Top Banner
KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian: Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan. Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa. RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN 1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka 2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu. CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN 1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar 2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar 3. Lebih mudah berputus asa 4. Lebih mudah mengganggu persekitaran 5. Lebih mudah ragu-ragu
22

pemulihan & pengayaan

Nov 13, 2015

Download

Documents

Joy Atie

free
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHANSuatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian:Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan.Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa. RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu. CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar3. Lebih mudah berputus asa4. Lebih mudah mengganggu persekitaran5. Lebih mudah ragu-ragu6. Cepat lupa7. Kurang cerdas dalam pemikiran8. Belajar secara lambat9. Mundur10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi11. Kekurangan sosial12. Kerencatan akal FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN1. Faktor psikologi A. Kecerdasan mentalB. Emosi yang tidak stabil1. Faktor biologi/kesihatanKanak-kanak biasanya menghadapi masalah neurologi, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.1. Faktor persekitaran A. Terdiri daripada bahasaB. Terdiri daripada amalan sekolah1. Faktor emosi dan social CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN1. Pemerhatian2. Melihat pada rekod prestasi3. Profil peribadi4. Ujian kertas dan pensel5. Latihan harian PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan3. Menentukan strategi p&p4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHANKumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan. PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN1. Aspek pendengaranSebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan1. Aspek penglihatanBBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.1. Aspek psikomotorBenda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

PENDIDIKAN PENGGAYAAN KONSEP PENGGAYAANIaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAANObjektif penggayaan untuk murid adalah:1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN 1. Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi2. Menulis (tulisan) : ayat yang lebih panjang3. Mengira (kiraan) : kiraan yang lebih mencabar

Objektif Pendidikan PemulihanPendidikan pemulihan yang diamalkan di Malaysia terbahagi kepada pemulihan dalam darjah yang perlu dilaksanakan oleh guru mata pelajaran setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Manakala satu lagi bentuk pendidikan pemulihan yang sedang diamalkan ialah pendidikan pemulihan khas di mana murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ditempatkan setelah guru mata pelajaran melaksanakan program pemulihan dalam darjah.

Realiti yang berlaku sekarang ini di sekolah-sekolah ialah kegagalan, kesukaran, dan kekangan-kekangan yang menyebabkan guru-guru mata pelajaran tidak dapat melaksanakan program pemulihan dalam darjah. Kekangan seperti jumlah pelajar yang terlalu ramai sehingga mencecah 40 - 45 orang murid dalam sebuah darjah menyebabkan guru tidak mampu melaksanakan program pemulihan dalam darjah. Beban tugas lain yang terlampau banyak juga menyebabkan guru tidak berupaya melaksanakan program pemulihan dalam darjah dengan berkesan. Hasilnya murid yang tidak dapat menguasai satu kemahiran pada peringkat awalnya akan terus mengumpul kegagalan dan kekecewaan ke tahun-tahun seterusnya.

Objektif pendidikan pemulihan amat murni agar guru-guru membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sehingga murid-murid ini berjaya menguasainya dan meneruskan pembelajaran mereka bersama rakan-rakan lain.

Melalui program pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah juga berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program pendidikan pemulihan di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu.

ASAS PENDIDIKAN PEMULIHAN

1. ASAS PENDIDIKAN PEMULIHAN1.1. DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN1.1.1. DEFINISI

Pringle (1966) : Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Tansley (1967) : Satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975) : Satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

Albertwhite (1977) : Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983 : 191) : Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983 : 371) : Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) : Langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) : Satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, dibawah kelolaan guru-guru pemulihan yang menerima latihan khas dalam bidang ini.

1.1.2. KONSEP

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

1.2. AMALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA1.2.1. RASIONAL DAN OBJEKTIF PEMULIHAN1.2.1.1. RASIONAL

Dari sudut FalsafahPelaksanaan program pemulihan khas akan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Oleh itu, ianya adalah selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua Dari sudut TeoriPendekatan pengajaran seperi Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical teaching telah terbukti berjaya. Oleh itu, langkah-langkah dalam pendekatan di atas telah dijadikan asas pelaksanaan program ini. Dari sudut PencegahanMasalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi pelaksanaan program ini amatlah diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut.

1.2.1.2. OBJEKTIF

Membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin. Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolah biasa. Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran. Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran. Menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

1.2.2. PELAKSANAAN PEMULIHANProgram pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.

Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrolmen) diperuntukkan satu (1) perjawatan Guru Khas Pemulihan. Peruntukan Guru Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas (n x 1.5). Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas sesuatu darjah. Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan. Program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pendidikan Negeri.

1.2.3. PERBEZAAN PEMULIHAN KHAS DAN PEMULIHAN DALAM KBSR KBSR menyarankan agar kaedah kumpulan digunakan untuk melaksanakan program KBSR dalam kelas. Sehubungan dengan itu, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Pembahagian kumpulan ini dilakukan dengan adanya penilaian. Kumpulan cerdas dan sederhana bolehlah menjalani aktiviti pengayaan. Kumpulan lambat akan diberikan pendidikan pemulihan dalam kelas biasa, selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemulihan dalam kelas biasa juga merupakan pemulihan dalam KBSR. Ia adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan dalam kelas biasa, mereka akan dinilai. Bagi yang berjaya, mereka akan diberikan program pengayaan seperti yang dilakukan kumpulan cerdas dan sederhana. Bagi yang belum melepasi penilaian, mereka akan ditempatkan dalam satu kelas khas dan diberikan satu program pemulihan yang disediakan oleh guru pemulihan. Pemulihan khas ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.

RPH pemulihan dan pengayaan Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 4 EpsilonTarikh : 23 April 2008Masa : 60 minitBilangan murid : 20 orangTajuk : Kesenian dan kebudayaanObjektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:

i. Melafazkan pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul.ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsanganiii. Menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam pantun .Fokus Utama :

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.Aras : 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk menyokong fakta.

Fokus Sampingan :

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur , membaca dan menulisTatabahasa : Kata adjektif , ayat tunggal dan ayat majmukKosa kata : Merayau , tarian , nyanyian , mengiringi dan gugur .Ilmu : Kajian Tempatan.Nilai Murni : Kerajinan, patriotisme dan semangat bekerjasama.Kemahiran berfikir : Menganalisis Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik dan intrapersonalKajian masa depan : Menjangka akibatICT : Tutorial Strategi : Kontekstual , direktif dan metakognatifPengetahuan Sedia ada : membina ayat.: mengetahui serba sedikit mengenai budaya yang ada di Malaysia.Bahan Bantu Mengajar : Hampran grafik Pantun: Komputer riba: LCD: Pengurusan grafik: Lampiran kerja

Aktiviti :Markah/masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi :5 minit1. Apakah kesenianyang popular diMalaysia?

2. Siapa yang pernahmelihat persembahankesenian?

3. Waktu bilakah acara kesenian selalu diadakan? Guru bertanya kepada murid tentang kesenian yang popular di Malaysia. Guru dan murid bersoal jawab dengan murid tentang perkara tersebut . Guru mengaitkan jawapan muriddengan tajukpelajaran . Strategi:Soal jawabNilai:MenghargaiLangkah 1( 10 minit )

Sajak Guru memaparkan pantun di layar putih. Guru membaca pantun dan diikuti o Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka untuk membacapantun tersebut .

Guru membetulkankesilapan murid sekiranya ada .BBM:Persembahan grafikpantun Komputer ribaLCDNilai:KerjasamaBeraniLangkah 2

( 20 minit )Pantun Murid dibahagikan kepada empatkumpulan dan dikehendaki membincangkan isi-isi pentingyang terdapat dalamsetiap rangkap pantun tersebut. Wakil bagi setiapkumpulan diminta ke hadapan kelas danmembentangkan hasil perbincangan. Guru dan murid bersoal jawab tentang isi perbincangan yang diperolehi. Guru mengedarkan lampiran pengurusan grafik kepada murid murid . Murid murid di minta untuk mencatatkan isi perbincangan di dalam lampiran tersebut .

BBM:

Hamparan grafikpantunPengurusan grafikStrategi:PerbincanganPembentanganNilai:KerjasamaBeraniLangkah 3

( 20 minit ) Pemulihan dan PengayaanKata AdjektifTerangGelapEnakPahitLebatMasamAmanIndah Guru mengedarkan lampiran kerja kepada murid murid . Murid muriddikehendaki menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam setiap rangkap pantun . Guru mencatatkan kata adjektif yang telah disenaraikan oleh muriddi papan tulis Guru membahagikanmurid murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pengayaan dan kumpulanpemulihan.

Guru meminta murid murid dari kumpulan pengayaan untuk membuat ayat majmuk manakala kumpulan pemulihan membuat ayat tunggal berdasarkan kata adjektif yang telah dicatatkan di papan tulis .BBM:Hamparan grafik pantunLampiran kerjaStrategi:PerbincanganPembentanganNilai:KerjasamaBerani

Penutup :5 minitPenutup kognatif :Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?

Penutup Sosial : Apakah perasaan kamu setelah mempelajari tajuk hari ini? Murid-murid menyebut secara beramai-ramai kata adjektif yang telah dipelajari pada hari ini . Guru membuat penutup kognatif dan sosial.Kerja rumah : Mengumpul gambar-gambar alat muzik tradisional dalam buku skrap.Nilai Murni :MenghargaiRefleksi / ulasanBerdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran , saya mendapati murid murid sudah dapat membaca pantun dengan menggunakan intonansi dan nada suara yang betul . Murid murid juga dapat mengenali beberapa jenis kebudayaan yang terdapat di Malaysia . Kebolehan murid - murid dari kumpulan pemulihan dalam menghasilkan ayat tunggal yang baik juga dapat dipertingkatkan .