JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU PENDIDIKAN MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF TUGASAN TAKSIRAN Sebagai seorang guru yang prihatin anda dikehendaki mengenalpasti masalah membaca dan menulis yang dihadapi murid dalam pembelajaran jawi dalam kelas anda dan.menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Menulis satu esei pendek (2500-3000 patah perkataan) untuk menghuraikan masalah membaca dan menulis dalam pembelajaran jawi dan langkah-langkah pemulihan dan pengayaan.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
TUGASAN TAKSIRAN
Sebagai seorang guru yang prihatin anda dikehendaki mengenalpasti masalah
membaca dan menulis yang dihadapi murid dalam pembelajaran jawi dalam
kelas anda dan.menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti
pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Menulis satu esei pendek (2500-3000 patah perkataan) untuk menghuraikan
masalah membaca dan menulis dalam pembelajaran jawi dan langkah-
langkah pemulihan dan pengayaan.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
PENDAHULUAN
Sepanjang saya melaksanakan peranan sebagai guru j-Qaf di sek.keb.
Jalan Paya Besar,Lunas; program Pemulihan Jawi adalah menjadi
tanggungjawab kepada guru j-QAF untuk dilaksanakan seperti mana yang telah
direncanakan di dalam buku panduan ’Perlaksanaan Model-Model pengajaran
dan Pembelajaran dan Ko-kurikulum’. Dalam seminggu hanya 2 waktu atau satu
jam diperuntukkan untuk kelas pemulihan jawi.
Sepanjang tempoh satu jam, murid j-Qaf telah dipisahkan daripada murid
yang lain untuk belajar dengan menggunakan silibus j-Qaf. Semasa aktiviti j-Qaf
berlangsung, murid-murid memberikan tindak balas yang positif dengan
memberikan kerjasama sepanjang aktiviti dilangsungkan.
Kumpulan yang terpilih akan diberikan tumpuan dan mereka adalah dalam
kelompok kecil yang benar-benar bermasalah dan perlu kepada kelas pemulihan
jawi!
ISU
Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi
amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi kepada murid-murid yang
lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian yang
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
saya jalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini, didapati mereka
mengalami masalah dalam banyak perkara.
Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali
apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk
huruf jawi tunggal. Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan
perlu diajar supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi yang
menjadi sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan islam.
MASALAH
Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah
pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang
rendah. Konsep pendidikan pemulihan di dalam KBSR dan KBSM tertumpu
kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira. Justeru itu, sebelum
melaksanakan aktiviti pemulihan, seseorang guru itu harus mengenal pasti
apakah masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira yang
seringkali dihadapi oleh murid-murid. (Mok Soon Sang, 2003)
Di sini fokus utama dalam masalah penguasaan membaca jawi bagi mata
pelajaran pendidikan Islam. Contoh-contoh masalah penguasaan kemahiran
membaca ialah :
1. Masalah mengenal huruf tunggal yang diimlakkan.
Murid-murid sering kali keliru dengan huruf yang hampir sama,
Contoh: س ش ح خ ص ض
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
2. Masalah membaca suku kata terbuka daripada huruf-huruf.
Sukar menyebut suku kata terbuka yang diimlakkan
Contoh: سو دو كا بي شي
ضي ضو
3. Masalah membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf.
Sukar membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf
Contoh:
�ق ��غ دق ف��وغ ب��غ ت� بي
قه يق كوغ
4. Masalah membaca perkataan-perkataan mudah dari suku kata
terbuka dan tertutup.
Sukar menyebut perkataan-perkataan dari suku kata terbuka dan
tertutup.
Contoh: الم���ق م��مقه لوب��ه س� كاج
ماكن مينوم فافن توكغ
5. Masalah menyebut perkataan dengan betul dan lancar.
Murid seringkali sukar membunyikan huruf-huruf yang diimlakkan
dengan tepat dan lancar
Contoh: كوجيغ سيفوت مولوت كودا
بيرو ثلجي مات
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi di
kalangan murid-murid pemulihan jawi ialah seperti berikut:
Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh
dibaca langsung.
Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada
huruf.Contoh: ذ ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ذ
Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf
terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: اعوذ .Murid menulis huruf ذ
terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf ع .ا danو
Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti
menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang
lain.Contoh: اعوذ ditulis ذ اعو
Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan
semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar,
atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.
Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang
ditentukan.
Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf tunggal
yang serupa.
Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara
penulisan jawi dari kanan ke kiri.
Sukar menulis bentuk huruf jawi bercantum dan keliru ketika
menyambungnya sama ada di awal, di tengah dan di akhir perkataan.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra’. Murid-murid
keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir serupa.
Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak.
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka
perlu diadakan program pemulihan dan pengayaan. Kelemahan murid yang telah
dikenalpasti perlu diatasi melalui pemulihan dan kekuatannya perlu ditingkatkan
melalui aktiviti pengayaan (Ahmad Mohd Salleh, 2008).
Ahmad Mohd Salleh (2008) menekankan bahawa aktiviti pemulihan
adalah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selain itu, aktiviti pemulihan
membantu murid mengubah sikap daripada negatif kepada positif serta sikap
yakin diri dan minat terhadap pelajaran.
Manakala aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa
melalui aktiviti pelbagai atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid
untuk diselesaikan secara individu atau kelompok bagi membantu meningkatkan
kemahiran, meluaskan pengetahuan dan pengalaman.Melalui aktiviti pengayaan
murid akan dapat mengembangkan minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap
berdikari dan bakat kepimpinan mereka.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Untuk mendapatkan maklumat mengenai apa itu pemulihan dan
pengayaan serta mengetahui terperinci jenis-jenis aktivitinya, maka dijelaskan
seperti;
PEMULIHAN JAWI
Dalam hal pemulihan jawi, Ia dilaksanakan dengan satu penyusunan
jadual mengajar dengan mengikut jadual mengajar sedia ada, kanak-kanak
pemulihan meninggalkan kelas Jawi dalam kumpulan yang tidak melebihi 10
murid untuk mendapatkan perkhidmatan khas pemulihan dalam sebuah bilik
yang disediakan khas (Lampiran A).
Seorang guru pemulihan khas di tugaskan mengelola dan mengurus kelas
bimbingan khas pemulihan ini .Apabila cukup waktunya, iaitu dalam lingkungan
tempoh 45 minit , murid-murid pemulihan tadi akan pulang ke kelas biasa
masing-masing.( Ahmad Mohd Salleh, 2008)
BAGAIMANA MENGESAN MURID PERLU PEMULIHAN JAWI
Menurut Mok Soon Sang (2003), strategi pengesanan masalah
pembelajaran murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut yang
mana sama caranya mengesan murid bermasalah dalam jawi.Iaitu;
1. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan
kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan cara-cara berikut:
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
A) PEMERHATIAN
Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran
dalam kemahiran membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut;
Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat.
Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat.
Tidak boleh membaca ayat dengan lancar.
Membaca sesuatu perenggan terlalu lama.
Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan.
Menggunakan jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa
membaca.
Menggerakkan kepala dari kiri ke kanan, kemudian kanan ke kiri semasa
membaca.
Membaca dengan bunyi terlalu perlahan.
Menutup muka dengan buku semasa membaca.
Manakala murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam
kemahiran menulis boleh diperhatikan dengan cara memegang alatulis, gaya
anggota semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara am, kelemahan-kelemahan
penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut;
Bentuk huruf tidak ditulis tepat.
Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh.
Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat, kecil atau condong.
Jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Ejaan perkataan seringkali salah.
B) PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai semak yang digunakan
untuk mengesan murid dalam sesuatu unit pembelajaran. Borang rekod prestasi
ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang disusun
di bahagian atas dan senarai nama murid-murid yang disusun dari atas ke
bawah di sebelah kiri seperti dalam jadual 1(Lampiran B).
Melalui rekod tersebut, mana-mana murid bermasalah akan dipantau
sama ada boleh menguasai setiap satu kemahiran berdasarkan sukatan yang
disediakan untuk program j-QAF. Penilaian dibuat berdasarkan tahap
penguasaan iaitu menguasai cemerlang, sederhana dan belum menguasai.
C) UJIAN KERTAS DAN PENSIL/ LATIHAN HARIAN
Selain pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi, guru juga boleh
mengesan masalah pembelajaran murid melalui pemeriksaan dan keputusan
ujian murid atau latihan harian bertulis. Hasilnya akan memberi gambaran yang
jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis seseorang murid.
D) KUIZ ATAU SOAL JAWAB
Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui aktiviti soal
jawab yang merupakan penilaian formatif di dalam kelas, bidang kelemahan
penguasaan kemahiran membaca dapat dikesan dengan serta merta.Dengan
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
cara ini guru dapat membetulkan kesilapan murid dan memberi aktiviti
pengukuhan bagi kemahiran pembacaan di kalangan murid.
2. Senaraikan semua masalah pembelajaran yang dikenal pasti.
3. Mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.
PROSEDUR DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN JAWI
Rajah A
Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa peranan guru dalam
merealisasikan aktiviti pemulihan dimulakan dengan langkah-langkah seperti
yang tertera pada rajah A.
Di dalam proses pengelolaan sesi pemulihan guru perlu mengenalpasti
murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan memerhatikan murid-
murid belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, berkomunikasi dengan
murid selepas pengajaran guru dan melihat hasil kerja rumah mereka.
Pengenalpastian murid.
Penganalisian masalah.
Perancangan dan Penyediaan Bahan.
Ujian dan Penilaian Tindakan SusulanPengajaran dan Pembelajaran
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Menganalisis masalah-masalah pembelajaran melalui ujian diagnostik.
Selalunya ujian diagnostik bertulis sama ada secara objektif dan subjektif
(Lampiran C).
Seterusnya rancangan program pemulihan dibuat antaranya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan
murid, penyampaian daripada konkrit kepada abstrak atau mudah kepada susah
mengikut kebolehan dan bahan bantu mengajar digunakan secara berkesan.
Pelaksanaan pengajaran pemulihan seperti yang dirancang dengan
memberi tumpuan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu.
Guru melakukan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian
hedaklah menguji kemahiran mengenal , membaca dan menulis huruf-huruf dan
suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dalam borang
penilaian kelas pemulihan Jawi (Lampiran D).
Berdasarkan hasil penilaian dan analisis yang dibuat, guru boleh
merancang tindakan susulan yang seterusnya melalui aktiviti pemulihan yang
lebih berkesan.
STRATEGI PENGAJARAN – PEMBELAJARAN PEMULIHAN
Mok Soon Sang (2003) menambah yang aktiviti pemulihan mempunyai
strategi-strategi berikut;.
a) Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara
berkumpulan.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan murid yang
menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid-murid yang
dapat menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan aktiviti
pengayaan semasa guru mengelolakan aktiviti pemulihan.
b) Strategi pengajaran-pembelajaran secara individu.
Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang
menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh
memantau atau membetulkan murid-murid secara bergilir-gilir.
c) Strategi bimbingan rakan sebaya
Murid yang dapat menguasai kemahiran boleh membantu murid
yang lemah.
d) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan
fizikal yang lemah.
Guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alatan
mengajar adalah cukup besar supaya murid-murid boleh
memegang atau memanipulasinya dengan mudah.
e) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai masalah
keupayaan visual yang kurang.
Bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni
supaya dapat menarik perhatian murid-murid. Guru juga perlu
menggunakan tulisan yang bersaiz besar supaya murid dapat
membaca arahan–arahan yang disediakan oleh guru dengan
mudah.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
f) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan
mendengar yang lemah.
Guru mesti memberi penerangan dengan suara yang kuat, terang
dan jelas serta pastikan apa yang hendak disampaikan itu dapat di
terima oleh murid-murid.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), bagi memastikan keberkesanan
kelas pemulihan Jawi dan kesesuaiannya dengan kemampuan murid, guru
dicadangkan banyak menggunakan kaedah yang sesuai dan memenuhi
keperluan murid-murid. Antara kaedahnya adalah:
A) KAEDAH PERMAINAN
Diambil daripada kata Musa Daia (1992), Ahmad Mohd Salleh
mengatakan permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai manusia
dan ia satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih
menarik dan praktis. Apatah lagi permainan adalah sesuai dengan naluri kanak-
kanak.
Sekiranya konsep main ini dicantumkan dengan belajar, maka istilah
disebut main sambil belajar. Faedah bermain bukan sahaja murid akan berasa
seronok tetapi mereka juga dapat membina perbendaharaan kata, bekerjasama,
bertolak ansur serta berupaya menerima kekalahan.
Antara bentuk-bentuk permainan yang dicadangkan dalam model kelas
pemulihan jawi adalah;
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
a) Permainan Bagi Huruf Tunggal:
Boling
Tenteng
Main kad
Keretapi
Main layang - layang
Ahli Astronomi
b) Permainan Bagi Kemahiran Suku Kata :
Sahiba
Pancing ikan
Harta karun
Rumah merpati
Tanda arah
Cabutan misteri
B) KAEDAH NYANYIAN
Salah satu cara gabung jalin seni dalam pendidikan ialah melalui lagu
atau nyanyian. Irama lagu dapat menarik minat murid-murid untuk ikut sama
dengan aktiviti dan menjadi mudah mengingati sesuatu kemahiran.Antara jenis
nyanyian yang dicadangkan ialah (Lampiran E);
Eja dan baca
Rasa Sayang Jawi
Vokal dan suku kata
Irama lagu tanya sama hati
Irama lagu aci-aci buka pintu
Irama lagu wau bulan
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
C) KAEDAH PANDANG DENGAR ( AUDIO VISUAL)
Penggunaan sebarang jenis audio visual seharusnya menjelaskan
maksud yang hendak disampaikan. Alat audio visual seharusnya digunakan
untuk mempamirkan imej huruf jawi dan menbunyikan sebutan yang betul. Dan
lebih penting suara dan objek dan apa sahaja adalah berkaitan dengan tajuk
atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat dan
didengar boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.
D) KAEDAH DEMONSTRASI DAN TUNJUK AJAR
Kaedah ini menuntut pemerhatian murid terhadap perlakuan guru dan
kemudian murid akan mengikuti gerak laku guru. Cara ini dapat menarik minat
kerana mereka turut serta mencuba sesuatu langkah pengajaran bersama-sama.
E) KAEDAH LATIH TUBI .
Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat
Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasul Allah
membaca ayat yang pertama turun ( اقراء ' ) . Baginda diajar membaca berulang
kali. membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi.
Latih tubi adalah satu cara penyampaian pengajaran yang mengulang-
ulang fakta atau perlakuan untuk mendapatkan kemahiran. Cara ini adalah
berdasarkan pengajaran cara deduktif di mana murid- murid diberikan satu-satu
rumusan, penyeluruhan atau aturan dan mereka diminta menghafalnya secara
berulang-ulang untuk mengingat perkara-perkara yang diajarkan itu dan untuk
digunakan pada situasi-situasi yang sesuai.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
F) KAEDAH SOAL JAWAB
Tujuan kaedah ini adalah untuk meransang pemikiran. Ia sebagai interaksi
pengajaran-pembelajaran antara guru dengan murid. Ahmad Mohd Salleh (2008)
menerangkan bahawa Rashidi Azizan dan Abd.Razak Habib (1995) berpendapat
kaedah menyoal boleh digunakan dalam bentuk bacaan dan tulisan.
Diambil dari kata Salihan Sias (1993) pula, kaedah menyoal dapat
membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir.Kaedah ini akan
membuatkan murid menumpukan perhatian dan fikiran terhadap apa yang
sedang diingati.Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan perkara lain.
G) IMLAK
Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas
kaedah hafalan diutamakan . Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa
yang direncanakan oleh guru yang mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan
dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari.
H) KAEDAH PENERANGAN DAN PEMAHAMAN.
Guru terlebih dahulu menerangkan pembelajaran kepada pelajar, kemudian
guru mengadakan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas Ini adalah untuk
mengetahui sejauh manakah kefahaman para pelajar. Persoalan akan diajukan
kepada pelajar secara rawak, kemudian pelajar yang dapat menjawab akan
diletakkan dalam kumpulan berasingan daripada kumpulan yang masih belum
memahami. Ini akan membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih
kepada pelajar yang kurang faham.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
BAHAN BANTU MENGAJAR SEBAGAI BAHAN PEMULIHAN
Bahan bantu mengajar mesti menarik dan jelas dilihat oleh murid. Sebagai
contoh penggunaan warna bagi membezakan suku kata. Bagi pelajaran konsep,
guru boleh menggunakan benda-benda maujud yang boleh disentuh, dipegang
atau dimainkan oleh murid. (Mok Soon Sang,2003). Berikut adalah contoh-
contoh bahan pemulihan bagi pelajaran jawi:
1. Kad Huruf Tunggal
2. Kad Huruf Tunggal dengan Ejaan.
3. Kad Suku Kata dan Perkataan
4. Kad Gambar
د ي
ف
ج
ش جو ي
دادا باجو
دDal
فFa
جJim
لLam
جاري
ش
جاون جاكوغجم
ورناكن حروف ق
ف م ق ت ق ف
ل ن ف ق ت ق
ق ط ق م ق ف
ق ق ف ت ق ب
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
5. Kad Permainan
6. Lembaran Kerja
"بولتكن حروف " ق
س ي ف ق ج ح ل ق ج ت
غ ن ق س ف ي ق ط ل ت ق ل
ت ب
جاري
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMULIHAN:
Ahmad Mohd Salleh (2008) telah mencadangkan langkah-langkah
pemulihan seperti berikut;
MENULIS: MAIN KAD HURUF
Aplikasi yang digunakan ialah secara:
1) Penerangan
2) Soal jawab permainan
Bidang : Pemulihan Jawi
Tajuk : Menulis dan membaca huruf س dan ش
Masalah : Murid keliru dengan bentuk dan bunyi huruf س dan ش
Punca Masalah : Murid tidak dapat membezakan bunyi huruf س dan ش
Kemahiran : Menulis dengan betul huruf tunggal jawi.
Kaedah : Penerangan, soal jawab dan permainan.
Penyerapan : Bahasa melayu
Aktiviti:
1. Guru menunjukkan kad huruf kepada murid-murid. Guru
membunyikan huruf itu dan diikuti oleh murid.
2. Ulang langkah 1 dengan kad huruf .
س
ش
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
3. Imbaskan kad dan satu persatu dengan murid
membunyikan sendiri huruf-huruf tersebut. Ulang aktiviti ini beberapa kali.
4. Guru menjelaskan cara dan kaedah penulisan huruf yang betul.
5. Guru meminta murid melakar huruf tersebut di angin dan di belakang
rakan.
6. Guru menyuruh murid mengenalpasti bunyi huruf dengan menunjukkan
kad gambar yang mengandungi perkataan yang bermula dengan س dan
.ش
6. Guru menyuruh murid memberikan perkataan-perkataan yang bermula
dengan huruf س dan ش.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja. Kemudian guru meminta murid
menulis huruf jawi sebagaimana yang ada pada lembaran tersebut.
س ش س ش ش ش س س ش ش
س ش
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Berdasarkan aktiviti contoh 1, murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran menulis dan membaca jawi, aktiviti pemulihan yang sesuai
dilaksanakan ialah dengan permainan kad huruf, supaya murid-murid boleh
mengenal dan paling penting menulis huruf-huruf jawi tunggal. Di samping itu
juga murid-murid akan merasa seronok untuk belajar membaca jawi.
Cadangan Aktiviti Penulisan Secara Terperinci
Aktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu :-