Sains Tingkatan 2 Bab 5 : Air dan Larutan Pemeliharaan Kualiti Air
Sains Tingkatan 2
Bab 5 : Air dan Larutan
Pemeliharaan Kualiti Air
ISI KANDUNGAN
tPpp Pffff Perkara1. Penghargaan
2. Pencemaran air yang berlaku di Malaysia
4. Cara mengawal pencemaran air
3. Bahan pencemar air dan kesannya
5. Kaedah pengawalan pencemaran air
6. Pembersihan air
Penghargaan
Bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Noridah bt Husain kerana
memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, jutaan terima kasih untuk ibu bapa saya kerana telah
memberikan sumbangan yang tidak putus-putus sama ada dari segi
kewangan, idea dan cadangan. Tidak lupa juga kepada rakan saya, Nik
Nur Shuhada yang tidak putus-putus meberikan maklumat untuk
menyiapkan tugasan ini.
Pencemaran air yang berlaku di Malaysia
Pencemaran air yang berlaku di Malaysia
Sebahagian besar bekalan air kita berpunca dari sungai. Namun, ada pihak
yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai ‘tong sampah besar’
mereka. Malah, tasik dan pantai kita juga tidak sebersih dan seindah dulu. Rata-
rata masalah pencemaran air disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri seperti
proses urbanisasi yang pesat, perindustrian dan pertanian.
Pencemaran air boleh didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal,haba,biologi atau riodaktif iaitu mana-
mana bahagian alam sekitar yang melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaaan
merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam
atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta
tumbuh-tumbuhan air.
Bahan pencemar air dan kesannya
1. Bahan buangan domestik
2. Bahan buangan perindustrian
Sampah sarap
Bahan kumbahan (air buangan dari tandas, sinki dan longkang)
Menyebabkan banjir kilat. Burung dan hidupan laut mati tercekik
akibat termakan bahan buangan plastik.
Mikroorganisma berbahaya daripada najis menyebabkan penyakit seperti taun dan disentri.
Detergan berfosfat dan najis menyebabkan ledakan alga (blum alga). Kekurangan oksigen terlarut di dalam air membunuh hidupan akuatik.
3. Bahan kimia dalam pertanian
Asid dan alkali
Sisa radioaktif
Bahan kimia toksik
Mengubah pH air lalu membunuh sesetengah hidupan. akuatik
Bersifat karsinogenik, iaitu boleh menyebabkan kanser.
Boleh membunuh hidupan akuatik pada dos yang tinggi.
Bahan kimia terkumpul dalam rantai makanan.
4. Aktiviti pembinaan dan penebangan hutan
Racun perosak
Baja kimia
Menyebabkan ledakan alga. Kekurangan oksigen terlarut di dalam air membunuh hidupan akuatik.
Merupakan toksik pada dos yang cukup tinggi.
Racun terkumpul dalam rantai makanan.
5. Aktiviti perkapalan
Cara mengawal pencemaran air
Kelodak
Menyekat penembusan cahaya matahari. Tumbuhan di dasar sungai mati akibat tidak dapat menjalani fotosintesis.
Sungai menjadi cetek dan menyebabkan banjir kilat
Tumpahan minyak
Merosakkan habitat di persisiran pantai.
Membunuh hidupan akuatik dan burung laut.
1) Bahan buangan dan sisa kimia tidak boleh dibuang ke dalam
sungai
2) Sampah dilupuskan secara sistematik oleh pihak pelupusan sampah
3) Bahan beracun dari kilang hendaklah ditapis atau dirawat sebelum
disalurkan ke sungai
4) Penjualan pentisid diperketatkan
5) Bahan bukan organik hendaklah dikitar semula
6) Mempergiatkan usaha mendapatkan tenaga biojisim daripada sampah
sarap
Kaedah pengawalan pencemaran air
a) Pemantauan
Pengawasan udara dan air untuk tumpahan mintak atau pembuangan sisa
di kawasan larangan
b) Menguatkuasakan Undang-undang
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang,
peraturan dan garis panduan berkenaan pencemaran air
c) Pencegahan
Kitar semula bahan buangan
Merawat kumbahan
Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur
Pembersihan air
a.Penurasan- Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan
(batuan,pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu
dibersihkan tersebut.
Kebaikan : Air menjadi jernih dan bebas daripada zarah terampai
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan
terlarut
b. Pendidihan - Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih,
iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut
c. Penyulingan
- Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang
disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas
kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan
terlarutKeburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan
d. Pengklorinan
- Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan
klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh
mikroorganisma
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidupKeburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut