PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.0Penyediaan Peralatan dan Bahan unutk Pemeliharaan 1.1Memilih lokasi Jenis-jenis Akuarium : 1. Akuarium kaca 2. Akuarium plastik 3. Akuarium kaca bulat 4. Akuarium kaca berbadan kayu 5. Akuarium kaca berbingkai aluminium 6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: • jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) • jenis ikan hiasan • bilangan ikan hiasan • saiz ikan hiasan • saiz akuarium
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.0 Penyediaan Peralatan dan Bahan unutk Pemeliharaan
1.1 Memilih lokasi
Jenis-jenis Akuarium :
1. Akuarium kaca
2. Akuarium plastik
3. Akuarium kaca bulat
4. Akuarium kaca berbadan kayu
5. Akuarium kaca berbingkai aluminium
6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang
Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:
• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
• jenis ikan hiasan
• bilangan ikan hiasan
• saiz ikan hiasan
• saiz akuarium
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk
ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan
yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.
Bagi amali pemeliharaan ikan hiasan pada kali ini, lokasi yang dipilih dalam menempatkan
ikan hiasan adalah sebuah akuarium yang bersaiz 180cm manakala jenis-jenis akuarium
pula adalah akuarium kaca.
1.2 Membersih dan Membasmi Kuman Peralatan
Kerja pembersihan perlu dilakukan supaya ikan hiasan dan tumbuhan akuatik
berkeadaan baik. Berikut adalah langkah –langkah pembersihan akuarium dan peralatan
yang bakal digunakan untuk pemeliharaan ikan hiasan yang dilakukan bersama ahli
kumpulan.
1. Pertama sekali kosongkan akuarium terlebih dahulu. Oleh kerana akuarium yang
kami gunakan adalah baru, maka proses pengeluaran air tidak dilakukan. Langkah
pertama, bersihkan akuarium dengan mengelap dinding akuarium menggunakan
span atau kain untuk membuang kotoran.
Membersihkan akuarium
Menggunakan span atau kain serta bahan pembasmi kotoran untuk membersihkan akuarium.
2. Bersihkan batu-batu dan hiasan yang akan dimasukkan ke dalam akuarium dengan
air bersih.
Langkah membersihkan batu-batu sungai
3. Bersihkan alat penapis dan buang kotoran yang terdapat padanya. Kemudian,
keringkan alat penapis tersebut. Bagi penapis yang baru, maka bolehlah dimasukkan
terus ke tempat penapis.
1.3 Menghias AkuariumBagi menimbulkan suasana menarik dan cantik pada akuarium, hiasan-hiasan tertentu.
Berikut merupakan hiasan-hiasan akuarium yang dipilih bersama rakan kumpulan yang
mana akan diletakkan ke dalam akuarium yang bakal digunakan bagi pemeliharaan ikan
hiasan pada tugasan kali ini.
1. Letakkan batu-batu sungai kecil atau batu-batu khas yang boleh dibeli di kedai-kedai
akuarium untuk menimbulkan suasana menarik akuarium tersebut.
2. Masukkan hiasan-hiasan yang telah dibersihkan ke dalam akuarium yang telah
diisikan batu sebelumnya. Hiasan yang diletakkan adalah bergantung kepada cita
rasa dan kreativiti individu.
1.4 Memasukkan dan Merawat Air
1. Masukkan klorin mengikut kandungan air. Peraturan untuk memasukkan anti klorin
terdapat pada botol nya. Bagi akuarium kami, sekurang-kurangnya 8 penutup
diperlukan.
2. Setelah klorin dimasukkan maka barulah air diisi ke dalam akuarium.
Akuarium yang telah siap diisi air dan anti
klorin.
Setelah anti klorin diletakkan, air perlu dibiarkan selama sekurang-kurangnya sehari
untuk anti klorin tersebut memberi kesan ke atas air. Namun perlu diingatkan untuk
permulaan jika akuarium kosong, tolong masukkan anti klorin dahulu sebelum memasukkan
air paip. kalau akuarium yang dah ada air tukar air 3 hari sekali atau sekurang-kurangnya
seminggu sekali. Buang 1/3 dari air lama dan gantikan dengan air paip yang baru. Tetapi
masukkan dahulu anti klorin.
1.5 Melepaskan Ikan ke Dalam Air1. Langkah seterusnya adalah melepaskan ikan hiasan ke dalam akuarium. Terdapat
banyak jenis ikan hiasan. Berikut merupakan ikan hiasan yang dipilih serta tujuan