PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ASAS LANDSKAP DAN REKABENTUK LANDSKAP BAGI KURSUS HOLTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP NORULHUDA BINTI CHE EMBI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ASAS LANDSKAP DAN
REKABENTUK LANDSKAP BAGI KURSUS HOLTIKULTUR HIASAN DAN
LANDSKAP
NORULHUDA BINTI CHE EMBI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TAJUK ASAS
LANDSKAP DAN REKABENTUK LANDSKAP BAGI KURSUS
HOLTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP
NORULHUDA BINTI CHE EMBI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
v
DEDIKASI
Buat Ayahanda yang sentiasa sentiasa abadi di hati
Almarhummi Che Embi Bin Haji Din
Teristimewa buat bonda yang tercinta Salamiah Binti Haji Abdul Manan
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala doa restu dan semangat untuk
teruskan perjuangan menuntut ilmu sehingga ke akhirnya...
Buat kekanda-kekanda dan adinda
Salmirawati, Ahmad Zaki, Ahmad Kamil, Murnirah Mohamad Adam
Jutaan terima kasih kerana sentiasa menyokong dan memberi galakan kepadaku...
Teristimewa buat pembimbingku
Cik Nur Husna Binti Abdul Wahid
Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan...
Juga buat rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih atas segala dorongan, bantuan dan persahabatan yang dihulurkan..
Terima kasih, semoga jasa kalian semua akan diberkati Allah swt
Kepada Mu juga Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan, dan kekuatan agar
termakbul cita-cita.....Amin..
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-NYA, modul pembelajaran kendiri ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-
citakan. Selawat serta salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad saw pesuruh
Allah yang amat dirindui.
Di kesempatan ini penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung
semasa menyiapkan kajian ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan dan dorongan
yang diberikan kepada penulis dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Penghargaan juga ditujukan khas kepada ibu yang sering mendoakan kejayaan
dan kecemerlangan saya. Buat Arwah ayah segala nasihat dan tunjuk ajar akan selalu
diingati dan diamalkan.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan tidak terhingga kepada penyelia
penyelidikan Cik Nur Husna Binti Abdul Wahid yang tanpa jemu memberikan
bimbingan, tunjukajar dan panduan sepanjang penyelidikan dijalankan. Jutaan terima
kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bembantu dan memberikan
kerjasama dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Moga Allah SWT memberkati
hidup kalian.
vii
ABSTRAK
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan kaedah pembelajaran kendiri
yang direkabentuk secara sistematik dan terancang. Penggunaan MPK merupakan
kaedah terbaik bagi mengatasi masalah perbezaan individu yang timbul di kalangan
pelajar bagi membolehkan memahami isi pelajaran dengan lebih baik mengikut
kemampuan masing-masing. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina dan
menilai dua buah MPK iaitu MPK Asas Landskap dan MPK Rekabentuk Landskap bagi
kursus Holtikultur Hiasan dan Landskap untuk pensyarah dan pelajar tahun ketiga
program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup). Pembinaan kedua-dua modul ini adalah berdasarkan Model Teras Cabang
(Shaharom, 1994). Instrument kajian yang digunakan ialah temubual separa struktur dan
borang soal selidik. Kandungan dan kesesuaiannya MPK dinilai oleh seorang pensyarah
yang berpengalaman dalam bidang ini menerusi penilaian sumatif satu dengan satu
(PSSS) manakala penilaian sumatif kelompok kecil dilakukan oleh 30 orang pelajar
yang telah mengambil Holtikultur Hiasan dan Landskap. Data temubual yang diperolehi
telah ditranskripsi, manakala data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS version 16
bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan
kedua-dua MPK berjaya dibangunkan berdasarkan model teras cabang dan sesuai
dijadikan bahan P&P untuk pelajar tahun tiga program program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dan pensyarah-pensyarah
yang mengajar kursus Holtikultur Hiasan dan Landskap.
viii
ABSTRACT
Self Instructional Module (SIM) is a self instructional learning module that
designed systematically. SIM is the best method used to overcome different in
understanding learning content capabilities among students. The purposes of this study
is to developed and assess two SIM which are Basic Landscape and Landscape Design
for Decorative and Horticulture Landscape course as one of teaching and learning
method. Both SIMs will be used by Bachelor of Technology and Education (Living
Skill) programme students. Teras Cabang Model (Shaharom, 1994) had been used in
developing both SIM. Research instrument used was semi-structured interview and
questionnaire. The appropriated of both SIM were evaluated by an experienced lecturer
in the related field using one by one summative assessment (SPSS). Small clusters
Summative Assess were used to assess the appropriateness of both SIM among 30
students that had enrolled the course. Interviewed data were transcribed, while
questionnaire data were analyze using SPSS to obtain frequencies and mean. Result
showed that both SIM built according Teras Cabang model was a success and suitable
to be used as material for lecturer and third year students Bachelor of Technology and
Education (Living Skills) Programme for Decorative and Horticulture Landscape course.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PERAKUAN PENSYARAH ii
STATUS PENYELIDIKAN iii
PERAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
SENARAI SINGKATAN xix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 6
1.3 Pernyataan masalah 9
1.4 Objektif kajian 10
x
1.5 Persoalan kajian 11
1.6 Kepentingan kajian 12
1.6.1 Pelajar 12
1.6.2 Pensyarah 13
1.6.3 Institusi Pendidikan 13
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Batasan Kajian 14
1.9 Definisi istilah / Operational
1.9.1 Aktiviti Pemulihan 14
1.9.2 Aktiviti Pengayaan 15
1.9.3 Pembelajaran Masteri 15
1.9.4 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran 15
1.9.5 Modul Pembelajaran Kendiri 16
1.9.6 Landskap 16
1.9.7 Elemen Landskap 16
1.9.8 Prinsip landskap 16
1.10 Penutup 17
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Pengajaran bermodul 18
2.3 Modul Pembelajaran kendiri 20
2.3.1 Ciri-ciri Modul Pembelajaran Kendiri 21
2.4 Kriteria Penilaian MPK
2.4.1 Teks 22
2.4.2 Gambarajah 23
2.4.3 Soalan 24
2.4.4 Ringkasan 25
2.4.5 Aktiviti 25
xi
2.4.6 Objektif Pembelajaran 26
2.5 Model Modul Pembelajaran Kendiri
2.5.1 Model Burn 27
2.5.2 Model Klingstedt 29
2.5.3 Model Eijl 30
2.5.4 Model de Vito-Krockover 31
2.5.5 Model Meyer 32
2.5.6 Model Cece-Djadja 34
2.5.7 Model Teras Cabang Shaharom 34
2.6 Rasional Pemilihan Model Teras Cabang Shaharom 37
2.7 Kajian Lepas 40
2.8 Penutup 42
3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk kajian 44
3.3 Tempat Kajian 44
3.4 Sampel Kajian 44
3.5 Instrumen Kajian 45
3.6 Prosedur Pembinaan dan Penilaian 47
3.6.1 Pembinaan MPK 49
3.6.2 Penilaian Formatif 50
3.6.3 Penilaian Sumatif 51
3.6.4 Analisis Data 52
3.7 Penutup 55
xii
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 56
4.2 Pembinaan MPK 56
4.2.1 MPK Asas Landskap 58
4.2.2 MPK Rekabentuk Landskap 63
4.3 Analisis PSSS
4.3.1 Komponen Teras Cabang 68
4.3.2 Aspek Penilaian Modul 72
4.3.3 Kesesuaian MPK Sebagai Bahan P&P 74
4.4 Analisis PSKK
4.4.1 Demografi Responden 75
4.4.2 Komponen Teras Cabang 78
4.4.3 Aspek Penilaian Modul 80
4.4.4 Kesesuaian MPK Sebagai Bahan P&P 86
4.5.Penutup 88
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN, CADANGAN
5.1 Pengenalan 89
5.2 Rumusan 89
5.3 Perbincangan
5.3.1 Komponen Teras Cabang 92
5.3.2 Aspek Penilaian Modul 93
5.3.3 Kesesuaian MPK Sebagai Bahan P&p 97
5.4 Kesimpulan 98
5.5 Cadangan Penambahbaikan Modul
5.5.1.Penambahbaikan Penulisan Komponen
Dan Aspek Dalam MPK 98
5.5.2.Menerapkan Unsur Ilustrasi dan Grafik 100
xiii
5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan
5.6.1 Menjalankan Ujian Lapangan 101
5.6.2 Memperkembangkan Penggunaan MPK
Dalam bentuk Perisian Multimedia 101
5.7 Penutup 102
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model-model MPK 40
3.1 Pecahan Soalan Mengikut Bahagian Soal
Selidik 46
3.2 Kandungan MPK Asas Landskap 49
3.3 Kandungan MPK Rekabentuk landskap 50
3.4 Kaedah Pengiraan Nilai Tahap Kesesuaian
MPK 54
3.5 Pengelasan tahap Kesesuaian MPK 54
4.1 Komponen-komponen dalam MPK Asas
Landskap 58
4.2 Komponen-komponen dalam MPK
Rekabentuk landskap 64
4.3 Peratus Responden Mengikut Jantina 75
4.4 Peratus Responden Mengikut Umur 76
4.5 Peratus Responden Mengikut Pengalaman 77
4.6 Pencapaian Responden dalam Peperiksaan
Hortikultur Hiasan dan landskap. 77
4.7 Penggunaan Komponen Teras cabang
Dalam Pembinaan MPK 79
4.8 Penilaian Aspek Teks 80
xv
4.9 Penilaian Aspek Ringkasan 81
4.10 Penilaian Aspek Gambarajah 82
4.11 Penilaian Aspek Objektif Pembelajaran 83
4.12 Penilaian Aspek Latihan dan Ujian 84
4.13 Penilaian Aspek Aktiviti 85
4.14 Nilai Min Keseluruhan Aspek Penilaian
Modul 86
4.15 Kesesuaian MPK Sebagai Bahan P&P 87
xvi
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
3.1 Rangka Kerja Keseluruhan Pembinaan
dan Penilaian MPK 48
4.1(a) Kulit hadapan MPK Asas Landskap 60
4.1(b) Kandungan MPK Asas Landskap 60
4.1(c) Kandungan Pembelajaran Teras 61
4.1(d) Aktiviti MPK Asas Landskap 61
4.1(e) Ujian Diagnostik 61
4.1(f) Soalan Ujian Mengikut aras Taxanomi 61
4.1(g) Bahagian Pengukuhan MPK Asas Landskap 62
4.1(h) Objektif Pembelajaran Pemulihan MPK Asas
Landskap 62
4.1(i) Objektif Pembelajaran Pengayaan MPK Asas
Landskap 62
4.1(j) Maklumbalas MPK Asas Landskap 62
4.1(k) Rujukan MPK Asas Landskap 63
4.2(a) Kulit Buku MPK Rekabentuk Landskap 65
4.2(b) Kandungan MPK Rekabentuk Landskap 65
4.2(c) Aktiviti Teras MPK Rekabentuk Landskap 66
4.2(d) Aktiviti MPK Rekabentuk Landskap 66
xvii
4.2(e) Ujian Diagnostik MPK Rekabentuk Landskap 66
4.2(f) Pengukuhan MPK Rekabentuk Landskap 66
4.2(g) Maklumbalas MPK Rekabentuk Landskap 67
4.2(h) Rujukan MPK Rekabentuk Landskap 67
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik Kajian Tinjauan
B Borang Soal selidik
C Soalan Temubual
D Transkrip Temubual
E Kesahanan Soal Selidik 1
F Kesahanan Soal Selidik 2
G Kesahan Kandungan Modul
xix
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKNA
MPK Modul Pembelajaran Kendiri
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PFSS Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PSSS Penilaian Sumatif Satu dengan Satu
PSKK Penilaian Sumatif Kelompok Kecil
PSM Projek Sarjana Muda
PB Pembelajaran Bermodul
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan ialah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuas-kuasa
semulajadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang meliputi pendidikan formal dan
pendidikan bukan formal. (Najeemah, 2006). Pendidikan merupakan agen utama
perkembangan individu dalam melahirkan modal insan yang berwawasan seiring dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara”.
(Falsafah Pendidikan Malaysia).
2
Pendidikan mampu mengembangkan potensi individu melalui pelbagai kaedah
pembelajaran bagi memberi peluang kepada setiap individu tidak mengira latarbelakang
dan keupayaan pelajar. Bagi menyesuaikan pembelajaran dengan kehendak, keperluan
dan kesediaan pelajar, guru tidak boleh terlalu terikat dengan hanya satu kaedah atau
teknik sahaja (Shahabuddin et al, 2007). Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku
pada tingkah laku dan pengalaman seharian. Pembelajaran adalah proses aktif yang
memerlukan kerjasama dan kemahuan individu yang ingin memilikinya (Mumtaz
Begam, 2009). Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang
individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk sesuatu
tingkah laku atau tindakan.
Salah satu isu yang sering menjadi tajuk utama dalam perbincangan antara guru-guru
adalah terdapatnya perbezaan individu pelajar di dalam kelas. Guru-guru dapat
mengesan perbezaan individu yang ketara di dalam kelas terutama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan individu adalah sebahagian dari aspek
perkembangan individu pelajar ( Mahani et al, 2003). Kekangan ini menimbulkan
inspirasi kepada para pendidik untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi
mewarnai suasana pengajaran dan pembelajaran kearah yang lebih mudah dan
menyeronokkan. Kaedah pembelajaran ini juga lebih menggalakkan dan secara tidak
langsung kefahaman dan kemahiran pelajar dapat dijana dan ditingkatkan.
MPK merupakan kaedah mengendalikan proses pembelajaran dengan lebih
berkeyakinan serta dapat menggalakkan minda yang aktif dan kreatif. Penggunaan
MPK dapat mengubah cara pembelajaran pelajar dan pengajaran guru di semua
peringkat pengajian tidak kira sekolah atau institusi pengajian tinggi. Ini sekaligus
membuka ruang pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan minat tersendiri.
3
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar
biasanya terikat pada urutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama
seperti yang dialami oleh rakan-rakan yang lain. Salah satu langkah yang boleh diambil
dalam menangani masalah ini adalah dengan mengindividukan pengajaran iaitu
membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai mengikut kebolehan para pelajar.
(Shaharom, 1993).
Pembelajaran kendiri membolehkan pelajar belajar sendiri dengan menggunakan
bahan pembelajaran dan bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Bahan yang
digunakan dalam pengajaran kendiri merupakan pengajaran terancang, iaitu bahan yang
akan dipelajari telah disusun secara berturutan. Kaedah ini membolehkan pembelajaran
dibuat secara individu mengikut kebolehan mereka, mengajar diri sendiri, menguji diri
sendiri dan membuat pembetulan setelah pembelajaran (Esah, 2004). “Menurut
Rowntree (1995), pengajaran kendiri disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti buku
kerja, modul pembelajaran kendiri, dan juga bentuk pembelajaran berbantu komputer”.
Menurut Mohd Kasim (1994), melalui buku Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi,
pembelajaran kendiri ditakrifkan sebagai suatu proses pembelajaran yang dikendalikan
sendiri oleh pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang dirancang dan diatur yang
bertujuan memupuk serta memahami minat belajar berterusan di kalangan pelajar.
Kaedah pembelajaran menggunakan modul pembelajaran kendiri membolehkan
kemudahlenturan dari segi pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Ini secara langsung memberikan pelajar sedikit ruang „kebebasan‟ untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan gaya masing-masing
dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam sesuatu modul
berkenaan (Shaharom, 1990).
4
Selain itu, elemen motivasi merupakan salah satu kaedah dalam meransang dan
menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara. Motivasi adalah satu proses
membangkitkan, mengarah dan mengekalkan tingkah laku kearah tujuan tertentu, yang
sebelumnya tidak ada gerakan kearah tujuan tersebut.(Mohd Sharani dan Zainal Madon,
2005). Motivasi merupakan dorongan dari dalaman dalam bentuk harapan dan
menggerakkan individu. Dengan adanya modul pembelajaran kendiri ia dapat
memotivasikan pelajar untuk lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran tanpa
mengira tempat dan masa.
“Setiap individu adalah unik. Perbezaan individu merujuk kepada keperluan peribadi,
nilai, sikap, minat dan kebolehan yang manusia bawa dalam diri mereka.
Memandangkan ciri-ciri ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain, maka
begitu jugalah dengan apa yang akan memotivasikan individu tersebut.”
(Aizzat Mohd Nasurddin dan Intan Osman, 2006:259)
Modul merupakan satu kaedah pembelajaran kendiri yang membolehkan
pelajar mempelajari sesuatu topik secara lebih mendalam. Penggunaan modul ini mudah
dipraktikkan dirumah kerana ianya boleh dibuat tanpa bantuan dan guru mengikut minat
dan keupayaan pelajar. Menurut Postlethwait (1973), modul seharusnya diberi
pengertian “ unit-unit mata pelajaran, khususnya isi kandungan”, bukan unit media atau
blok masa atau penerbitan kecil-kecil kerana menurut beliau unit-unit matapelajaran,
khususnya isi kandungan dalam matapelajaran adalah pengetahuan yang harus
diutamakan dalam pembelajaran manakala media massa dan lain-lain hanya membantu
dan menyokong pembelajaran pengetahuan itu semata-mata.
5
Terdapat beberapa maksud MPK. Menurut Goldschmid (1973:16) MPK adalah:
“satu unit bebas yang serba lengkap dengan siri-siri perancangan melibatkan aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektif-
objektif tertentu dengan jelas.”
Shaharom &Yap (1995) pula menyatakan:
“MPK merupakan satu pakej pembelajaran yang sistematik dan terancang yang berbeza
dari segi panjang, kandungan dan formatnya serta bertujuan untuk membolehkan pelajar
belajar sendiri mengikut keperluan kendirinya.”
Terdapat beberapa kajian telah dilakukan diperingkat institusi pengajian tinggi.
Fisher, guenther dan Mac Whinney (1977), dalam mata pelajaran Genetik untuk melihat
keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri mampu telah meningkatkan dan
memperbaiki pencapaian akademik pelajar kolej. Brewer (1977) pula telah membuat
satu kajian kes untuk melihat kesan inovasi yang diperkenalkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan modul pengajaran kendiri bagi
matapelajaran Anatomi. Beliau telah merumuskan bahawa terdapat peningkatan markah
yang ketara pada kelompok yang menggunakan modul pengajaran kendiri.
Secara keseluruhannya, MPK boleh disimpulkan sebagai satu bahan
pembelajaran bersifat kendiri yang dibuat dengan sistematik, lengkap dan terancang.
Melalui pendekatan ini pelajar bebas menentukan kebolehan mereka berpandukan
objektif-objektif yang perlu dicapai di dalam MPK. Objektif yang terdapat dalam MPK
dapat membantu pelajar untuk menentukan sendiri gaya pembelajaran yang diminati
seterusnya dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan serta dapat mengulanginya
semula sekiranya objektif pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya.
6
1.2 Latar Belakang Masalah
Kursus Holtikultur Tanaman Hiasan merupakan salah satukursus yang perlu
diduduki oleh pelajar tahun 3 bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kursus ini mendedahkan pelajar tentang pelbagai
pengetahuan tentang Holtikultur Tanaman Hiasan fungsi lanskap, jenis lanskap elemen
lanskap, prinsip rekabentuk lanskap, masalah dan penyelenggaraan lanskap. Dalam
kursus ini pelajar bukan sahaja diajar secara teori malah juga didedahkan dengan proses
merekabentuk lanskap dalam keadaan sebenar.
Hasil daripada kajian tinjauan yang dilakukan mendapati tahap keperluan
penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi subjek Holtikultur Tanaman Hiasan
terutama dalam topik lanskap adalah di tahap sederhana. Min yang diperolehi dalam
kajian tersebut adalah sebanyak 3.26 dan sisihan piawai 0.81 di mana membuktikan
pelajar masih memerlukan modul dalam mempelajari subjek berkenaan.
Tidak seperti kursus teori yang lain kursus ini memerlukan pelajar untuk
menggunakan kreativiti dan pemikiran pelajar itu sendiri untuk merekabentuk
menggunakan elemen lanskap berpandukan prinsip rekabentuk bagi menghasilkan
sebuah lanskap yang sebenar. Rekabentuk boleh ditakrifkan sebagai penggunaan prinsip
saintifik, maklumat teknikal dan imaginasi. Keyakinan diri dalam merekabentuk
diperolehi melalui pengalaman lampau. (Mohamad Kasim, 2000).
Aktiviti rekabentuk tidak hanya melibatkan rekabentuk produk semata-mata
sebaliknya ia juga meliputi beberapa bidang lain seperti struktur bangunan dan lanskap.
Rekabentuk lanskap bermaksud membentuk dan menyusun ruang dan unsur-unsur
lanskap (seperti tumbuhan, struktur, air, batu) yang terdapat pada sesuatu kawasan
7
luaran serta memperkayakan ruang-ruang tersebut dengan menyusun unsur-unsur seni
melalui proses dan prinsip-prinsip rekabentuk (Mustafa Kamal, 2002). Kejayaan proses
rekabentuk sering dikaitkan dengan individu yang pintar dan kreatif. Pelajar yang lemah
dalam pembelajaran sering menganggap diri mereka tidak kreatif. Kreativiti bukanlah
sesuatu yang hanya dimiliki oleh mereka yang bergelar “genius”. Kita semua mampu
berkreativiti dalam persekitaran yang sesuai jika kita benar-benar berinspirasi. Lagipun
kreativiti adalah suatu aktiviti hasil daripada proses pemikiran individu yang biasa.
(Kam Keong Yew, 2002). Minda yang kreatif memerlukan mereka yang praktikal,
tekun dan sabar untuk menterjemah kreativiti menjadi kenyataan. (Azmie, 2006).
Setiap individu berbeza keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya.(Ahmad Fadzli, 2009). Keupayaan berfikir dan menaakul
mungkin meningkat seiring dengan peningkatan usia. Tahap penerimaan ilmu berbeza
bagi setiap invidu. Individu yang mempunyai pengalaman atau pernah mempelajari
ilmu berkaitan akan lebih mudah menerima dan memahami ilmu tersebut berbanding
individu yang baru mengenalinya. Sehubungan itu tempoh masa bagi mempelajari
bahan tersebut perlu ditambah bagi membolehkan individu memahami konsep-konsep
yang dipelajari. Kefahaman tentang konsep dan elemen dalam lanskap penting bagi
memudahkan sesuatu rekabentuk lanskap dibuat.
Tempoh masa bukan sahaja memberi kesan dalam memahami konsep, malah
masa yang mencukupi juga perlu dalam menghasilkan rekabentuk lanskap yang
menarik. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan
atau tiba-tiba. Sebaliknya ia adalah proses yang memakan masa berminggu-minggu,
berbulan-bulan malah bertahun-tahun sebelum dapat membuahkan hasil. Ini
termasuklah proses berfikir, percubaan dan ujian sehingga terhasil produk yang diingini.
(Mohamad Kasim, 2000).
8
Peruntukan tempoh pembelajaran tiga jam bagi kelas amali dan satu jam untuk
kelas teori bukanlah suatu masa yang mencukupi untuk mempelajari, memahami dan
menguasai kaedah merekabentuk lanskap dengan baik. Proses P&P sebenar didapati
pelajar biasanyanya terikat kepada urutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran
yang sama seperti dialami oleh rakan-rakan mereka yang lain (Shaharom dan Yap,
1993). Pelajar mengalami kesukaran mengikuti pelajaran kerana pelbagai faktor
kesediaan yang dihadapi. Bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
seterusnya bersam-sama rakan yang lain, mereka perlulah diberikan pengajaran secara
individu supaya pemahaman mereka menjadi lebih baik. (Shahabuddin et al, 2007).
Sehubungan dengan itu, masa dan bahan pembelajaran kendiri diperlukan dalam
membantu meningkatkan kefahaman mereka.
Selain kewujudan perbezaan individu, beberapa masalah lain turut timbul dalam
membantu memperkembangkan ilmu dan minat pelajar. Di pasaran kini lambakan buku
rujukan banyak memberi faedah kepada para pelajar. Walaubagaimanapun kebanyakan
rujukan adalah berbahasa inggeris dan ini menyukarkan pelajar yang tidak mempunyai
latar belakang yang baik dalam bahasa inggeris untuk membuat rujukan tambahan.
Umumnya, dalam proses pembangunan Negara, bahasa menjadi penting kerana
berfungsi sebagai jambatan antara ilmu pengetahuan dengan penggunaan bahasa (Khalil,
1986).
Kekangan rujukan pembelajaran ini akan mewujudkan fenomena yang dikenali
sebagai sekatan ilmu. Menurut Khalil (1986) sekatan ilmu akan mengakibatkan
kemunduran pusat-pusat kecemerlangan dalam negeri dan seterusnya kemunduran
perkembangan ilmu pengetahuan di dalam bahasa nasional dan sebagai akibat Negara
akan menerima padahnya.
9
Bagi individu yang mempunyai latar belakang yang kurang memberangsangkan
dalam penguasaan Bahasa Inggeris, kekurangan rujukan dalam Bahasa Melayu akan
mengurangkan motivasi dalam diri mereka. Motivasi merupakan satu proses
membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku kearah tujuan tersebut
(Mohd Sharani et al, 2003). Motivasi dalam erti kata sebenarnya bukanlah berbentuk
tingkahlaku tetapi kondisi internal (dalam diri) yang kompleks tidak dapat difahami
secara langsung tetapi mempengaruhi tingkah laku seseorang (Mohd Sharani dan Zainal,
2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Latar belakang dan kemampuan individu dalam mengikuti kursus Holtikultur Tanaman
dan Landskap akan mempengaruhi kebolehan dan minat pelajar menguasai isi
pembelajaran. Jumlah masa kuliah yang diperuntukan oleh universiti juga menjadi
faktor kepada pembinaan kedua-dua MPK ini kerana jumlah minit masa kuliah adalah
tidak memadai untuk setiap individu belajar secara mendalam tentang elemen dan
prinsip rekabantuk bagi menghasilkan rekabentuk lanskap yang menarik dan tersusun.
Oleh itu, pembinaan kedua-dua MPK ini akan mampu memberi peluang kepada pelajar
untuk memahami elemen dan prinsip rekabentuk lanskap dan seterusnya
mengaplikasikan dalam keadaan sebenar. Kajian ini dijalankan bertujuan membina dua
buah MPK iaitu MPK asas landskap dan MPK Rekabentuk Lanskap. Dalam kajian ini
penggunaan komponen Model Teras Cabang dan enam pembolehubah yang dikaji bagi
menentukan kesesuaian MPK yang dibina sebagai bahan P&P bagi kursus Holtikultur
Tanaman Hiasan.iaitu teks gambarajah, soalan, ringkasan, aktiviti dan objektif
pembelajaran.
10
1.4 Objektif Kajian
Modul akademik yang hendak dibangunkan adalah menggunakan konsep memberi
kemudahan kepada penggunanya khususnya pelajar universiti mahupun pelajar sekolah.
Dengan mengambilkira konsep yang cuba ditekankan, beberapa objektif telah
dikenalpasti. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Membina dua buah MPK iaitu MPK Asas Landskap dan MPK Rekabentuk
Landskap berdasarkan Model Teras cabang.
MPK 1 : Asas Landskap
MPK 2: Rekabentuk Landskap
2. Menilai kesesuaian kedua-dua MPK yang telah dibina dari aspek :
a. teks
b. ringkasan
c. gambarajah
d. objektif pembelajaran
e. latihan dan ujian
f. aktiviti
3. Menilai kesesuaian kedua-dua MPK untuk dijadikan bahan P&P bagi subjek
Holtikultur Hiasan dan landskap melalui Penilaian Sumatif Satu dengan Satu
(PSSS) dan Penilaian Sumatif Kelompok Kecil (PSSK).
11
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah ditetapkan di atas, maka persoalan kajian ini adalah
seperti berikut:
1. Adakah modul pengajaran kendiri bertajuk Asas Landskap dan Rekabentuk
Landskap dapat dibina berdasarkan Model Teras Cabang?
2. Adakah pembinaan pengajaran kendiri bertajuk Asas Landskap dan Rekabentuk
Landskap dapat dibina berdasarkan aspek :
a. teks
b. ringkasan
c. gambarajah
d. objektif pembelajaran
e. latihan dan ujian
f. aktiviti
3. Adakah penilaian sumatif terhadap MPK Asas Landskap dan MPK Rekabentuk
Landskap menunjukkan ianya sesuai dijadikan bahan P&P Holtikultur Hiasan
dan Landskap?