PENGENALAN Guru-guru bestari memerlukan kemahiran mengajar dan perlu cekap menggunakan pendekatan teknologi, menyelesaikan masalah, kaya ilmu dan berinisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan (Shaifol, 2003). Untuk merealisasikan pendidikan bestari, hala tuju latihan perguruan perlu melakukan pelbagai perubahan bagi melahirkan guru-guru bestari yang berupaya melaksanakan sekolah bestari dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sekolah bestari. Semua guru yang mengajar di sekolah juga perlu didedahkan dengan konsep pembelajaran bestari. T T o o p p i i kk9 9 Pembestarian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan asmani Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Me nj ela ska n ko nse p, de fi nis i d an ma tl amat Se kol ah Be sta ri ; 2. Me ngh ura ikan ele men -e lemen pen ga ja ra n da n pe mbe la ja ran dal am pendidikan bestari; dan 3. Me mbinc angka n cara pel aksa naa n pe nga ja ra n da n pe mbela ja ra n Pendidikan Jasmani menggunakan teknik bestari. HASIL PEMBELAJARAN
25
Embed
Pembestarian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani
Pembestarian dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
berinisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan (Shaifol,
2003). Untuk merealisasikan pendidikan bestari, hala tuju latihan
perguruan perlu melakukan pelbagai perubahan bagi melahirkan
guru-guru bestari yang berupaya melaksanakan sekolah bestari dan
memainkan peranan penting dalam pembentukan sekolah bestari. Semua
guru yang mengajar di sekolah juga perlu didedahkan dengan konsep
pembelajaran bestari.
TTooppiik k
99 Pembestarian
1. Menjelaskan konsep, definisi dan matlamat Sekolah Bestari;
2. Menghuraikan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan bestari; dan
3. Membincangkan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani menggunakan teknik bestari.
HASIL PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI 177
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia merupakan misi Kementerian Pendidikan
Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Bagi membentuk
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan usaha serta
strategi amat perlu untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan ke
arah kecemerlangan supaya ia boleh
bertapak kukuh untuk menghadapi abad ke-21 ini.
Sekolah Bestari merupakan sebuah institut pembelajaran yang
mengamalkan perubahan yang sistematik daripada aspek pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan untuk membolehkan pelajar menangani
cabaran era teknologi maklumat yang akan datang (Mohd Sani Ibrahim,
1998). Sekolah Bestari merupakan aplikasi Perdana Koridor Raya
Multimedia (MSC) bertujuan bagi menyediakan tenaga kerja berilmu
untuk industri teknologi tinggi. Industri teknologi tinggi dapat
mengeluarkan produk bernilai tambah yang mampu menguasai pasaran
dunia dan berdaya saing dengan negara-negara maju.
9.1.1 Definisi dan Konsep Sekolah Bestari
Sekolah bestari mempunyai pengertian yang cukup luas dari konsep
pedagogi. Konsep sekolah bestari mengikut acuan tersendiri, konsep
amalan pembelajaran
bestari dan konsep gaya pemikiran pelajar. Tiada istilah yang
tepat dan boleh diterima pakai berkaitan dengan sekolah bestari.
Istilah sekolah bestari telah diubah suai mengikut keadaan
tempatan, keperluan pendidikan serta keperluan teknologi dan
kurikulum.
Menurut „The Malaysian Smart School: An MSC Flagship Application: A
Conceptual Blueprint ‰ (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1997), sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun
secara sistematik terutamanya dari segi pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan sekolah bagi menyediakan pelajar menghadapi arus
perdana era maklumat.
Sekolah bestari boleh didefinisikan sebagai inistitusi yang
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar
minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran kritis dan
kreatif. Dengan ini corak pembelajaran Sekolah Bestari akan akan
melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya,
memegang teguh serta melaksanakan nilai-nilai murni dan akan
sentiasa menyumbangkan idea ke arah masyarakat Malaysia.
9.1
PENDIDIKAN JASMANI 178
(a) Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; dan
(b) Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat.
Dalam membentangkan Rancangan Malaysia ke 9 pada 31 Mac 2006,
Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdulah Ahmad Badawi
menyatakan:
„Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan
dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran
terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan
pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada
tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam
konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu
keperluan, bukan lagi satu kemewahan.‰
Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan
dan membentuk masyarakat yang mempunyai kesimbangan intelek,
rohani, emosi dan jasmani pelajar. Sekolah Bestari dilihat
merupakan platform yang terbaik
bagi menjayakan hasrat murni kerajaan. Sekolah Bestari
dilihat berupaya menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik
teknologi. Sekolah bestari juga akan meningkatkan penglibatan pihak
berkepentingan, mewujudkan peluang
bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu juga
mendemokrasikan pendidikan.
9.1.3 Konsep dan Matlamat Pengajaran Pembelajaran Bestari
Sekolah Bestari berkonsepkan institusi pembelajaran yang telah
direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
menghadapi zaman maklumat.
Jika dibuat perbandingan, Sekolah Tradisonal dan Sekolah
Bestari menunjukkan perbezaan yang jelas, khasnya dari segi gaya
pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah tradisional gaya
pembelajaran berasaskan guru dilaksanakan. Teknik pedagogi yang
digunakan tertumpu kepada hafalan dan pemindahan pengetahuan
sehala, Sekolah Bestari mempunyai gaya pembelajaran
berasaskan
PENDIDIKAN JASMANI 179
pelajar. Teknik pedagogi di Sekolah Bestari lebih memberi tumpuan
kepada maklumat, daya fikir, kreativiti, penyayang dan literasi
teknologi, sila rujuk
Jadual 9.1.
Jadual 9.1: Perbezaan Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan
Sekolah Bestari
Sekolah-sekolah Perbezaan
Tumpuan Hafalan; dan
Tumpuan pada maklumat;
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka
semula secara menyeluruh dari segi proses pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi cabaran
zaman maklumat. Sekolah Bestari akan mendorongkan pelajar
mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri
(self-directed ) mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Sekolah Bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding
sekolah sedia ada. Antara ciri-ciri tersebut ialah:
(a) Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaringan kawasan tempatan
(LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat
menggalakan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran;
(b) Sekolah ini juga dihubung melalui jaringan kawasan luas (WAN)
yang menyediakan sumber-sumber melalui Âon line Ê untuk
membolehkan guru- guru dan pelajar mendapat maklumat dari
rumah;
(c) Sekolah Bestari disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi;
(d) Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggungjawab
menyediakan situasi yang menggalakan pembelajaran terarah kendiri
secara berdikari; dan
(e) Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.
PENDIDIKAN JASMANI 180
(a) Ciri-ciri pelajar;
(b) Pendekatan pelajaran;
9.2.1 Ciri-ciri Pelajar
Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori, sila rujuk Rajah
9.1.
Rajah 9.1: Kategori-kategori ciri pelajar
Mari kita bincang kategori-kategori tersebut dengan lebih
mendalam.
SEMAK KENDIRI 9.1
PENDIDIKAN JASMANI 181
(i) Alam sekitar;
(i) Visual;
(i) Memerhati, mengenal pasti dan menganalisis gaya pembelajaran
pelajar;
(ii) Merancang pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya
pembelajaran pelajar;
(iii) Melaksanakan aktiviti serta alat bantu mengajar berasaskan
gaya pembelajaran pelajar; dan
(iv) Menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
keluasan aktiviti, pelbagai BBM, melibatkan stimulus (alam sekitar,
emosi, sosiologi, fizikal, psikologi).
(b) Kecerdasan Pelbagai Teori kecergasan pelbagai berpendapat
setiap pelajar mempunyai jenis kecerdasan yang berbeza. Dengan kata
lain setiap pelajar memiliki kecerdasan yang pelbagai. Tidak semua
pelajar mempunyai cara berfikir,
bertindak dan belajar yang sama. Perbezaan jenis kecerdasan
akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.
(c) Kompetensi Kecerdasan Emosi EIC) Kompentensi pelajar
boleh dikumpulkan kepada dua iaitu kompetensi peribadi dan
sosial.
PENDIDIKAN JASMANI 182
(i) Kompetensi Peribadi
9.2.2 Pendekatan Pembelajaran
Pendekatan pembelajaran boleh di bahagikan kepada empat kategori
iaitu, sila rujuk Rajah 9.2.
Rajah 9.2: Kategori-kategori pendekatan pembelajaran
Mari kita bincang kategori-kategori tersebut dengan lebih
mendalam.
(a) Berpusatkan Pelajar Pembelajaran berpusatkan pelajar
menjurus kepada penglibatan luas murid dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran
berpusatkan pelajar ialah:
PENDIDIKAN JASMANI 183
(ii) Pembelajaran dapat merangsang dan memberi peluang kepada
pelajar berinteraksi antara pelajar tanpa batas sempadan;
(iii) Pelajar digalakan berinteraksi dengan guru;
(iv) Pelajar dapat berinteraksi dan menggunakan sumber yang
disediakan oleh guru dengan kadar yang optimum; dan
(v) Pelajar bebas untuk mengemukakan hujah atau pandangan dengan
bukti konkrit dan saintifik.
Langkah yang perlu dilakukan oleh guru dalam melaksanakan
pembelajaran berpusatkan pelajar:
(i) Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang bersesuaian dengan
pembelajaran berpusatkan pelajar;
(ii) Membentuk dan mengajukan soalan bersifat terbuka;
(iii) Sabar memberi masa kepada pelajar mengemukan respon;
(iv) Menglibatan pelajar berasaskan kekuatan dan kelemahan
pelajar;
(v) Menggalakkan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar
untuk berinteraksi secara individu, kelas atau kumpulan;
(vi) Menyediakan prosedur pemantauan dan penilaian aktiviti
pelajar;
(vii) Merancang dan membuat penilaian secara
kolaboratif .; dan
(viii) Membenarkan pelajar membuat penilaian rakan sebaya.
(b) Pembelajaran Bersifat Individu Pembelajaran bersifat
individu menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar. Pembelajaran
Bersifat Individu akan membantu pelajar meningkatkan penguasaan dan
kefahaman terhadap apa yang dipelajari. Empat tunjang pembelajaran
bersifat individu ialah, sila rujuk Jadual 9.2.
PENDIDIKAN JASMANI 184
Faktor-faktor Penerangan
Pembelajaran Masteri Tajuk pembelajaran dipecah-pecahkan kepada
beberapa sub tajuk mengikut pemeringkatan pembelajaran.
Setelah menguasai sesuatu sub tajuk pelajar akan berpindah ke
sub tajuk seterusnya yang lebih sesuai.
Pembelajaran Masteri memberi peluang kepada pelajar menguasai
sesuatu sub tajuk sebelum berpindah kepada sub tajuk yang lebih
sukar.
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
Dalam pembelajaran kadar kendiri, pelajar diberi tanggungjawab
mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul
pembelajaran yang dibuat berperingkat.
Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke
tahap yang lebih tinggi atau topik lain.
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Pembelajaran akses sendiri berlaku tanpa pengawalan secara langsung
daripada guru.
Pelajar disediakan bahan resos yang sesuai dengan topik dan hasil
pembelajaran tertentu.
Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam bilik akses
kendiri.
Pelajar akan mengakses maklumat yang terdapat dalam bilik
tersebut.
PENDIDIKAN JASMANI 185
(c) Pembelajaran Berdaya Fikir Kaedah ini memberi tumpuan
kepada kemahiran berfikir dan naluri ingin tahu dikalangan pelajar.
Pembelajaran berdaya fikir berusaha mewujudkan iklim bilik darjah
yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang
kompleks. Untuk mewujudkan pembelajaran berdaya fikir guru
perlu:
(i) Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang memerlukan pelajar
berfikir;
(ii) Mengemukakan soalan terbuka;
(iv) Mengambil masa menunggu respon pelajar;
(v) Sentiasa menerima apa sahaja respon pelajar;
(vi) Mengalakkan interaksi dalam kelas;
(vii) Elakkan memberi pandangan;
(ix) Minta pelajar membuat refleksi.
(d) Pembelajaran Berbantukan Teknologi Konsep pembelajaran
berbantukan teknologi berfokuskan kepada penggunaan aplikasi
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara
aplikasi yang selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah:
(i) Komputer;
(ii) Internet;
(iii) E-mel;
(iv) Telesidang;
(vi) Perbualan (chat ).
Mengakses maklumat;
Mencari maklumat;
PENDIDIKAN JASMANI 186
Strategi pembelajaran terbahagi kepada sembilan strategi, sila
rujuk Rajah 9.3.
Rajah 9.3: Sembilan strategi pembelajaran
PENDIDIKAN JASMANI 187
(a) Strategi Direktif Terarah) Strategi direktif berperanan
untuk membantu pelajar memperoleh maklumat, pengetahuan dan
kemahiran. Pelajar diarah untuk mematuhi langkah-langkah tertentu
yang disampaikan oleh guru. Melalui strategi direktif pelajar
menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan tentang
sesuatu kemahiran atau konsep daripada guru.
Ciri-ciri strategi direktif ialah:
(iii) Melatih mengikut prosedur tertentu.
(b) Strategi Koperatif Strategi koperatif memerlukan pelajar
bekerjasama dalam kumpulan. Dalam strategi koperatif ini pelajar
berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus
atau mendapatkan satu hasil antara (end-
product ) yang ada kaitan dengan isi kandungan
matapelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach )
dalam pembelajaran koperatif membolehkan proses mencipta,
menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat
kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk
cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
(c) Strategi Kolaboratif Strategi pembelajaran kolaboratif
merupakan satu proses menghasilkan sesuatu tugasan besar secara
kolektif dengan rakan-rakan yang berlainan. Walaupun ada persamaan
dalam beberapa aspek tetapi pembelajaran kolaboratif berbeza
daripada pembelajaran koperatif.
Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran
kolaboratif ditunjukkan dalam Jadual 9.3.
PENDIDIKAN JASMANI 188
Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kolaboratif
Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku
sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau
komunikasi fizikal atau virtual.
Setiap ahli saling bergantung dalam menentukan kejayaan
pasukan.
Tiada perjanjian atau pergantungan dalam kolaborasi bersama.
Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau
aktiviti pasukan untuk mencapai objektif.
Pemantauan guru pada tahap minimum dan tidak berstruktur.
Hasil secara kumpulan. Hasil secara individu.
(d) Strategi Generatif Strategi generatif menjana idea secara
kritis dan kreatif melalui pengintegrasian idea baru dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada (schemata ). Guru
bertindak sebagai fasilitator . Dalam strategi ini
pelajar
belajar dan bertindak berdasarkan kreativiti, pemahaman,
keaslian, rekaan dan penyelesaian secara unik.
Pelajar berhadapan dengan proses pembelajaran yang menjurus ke arah
pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran pelajar
diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan
kreatif. Strategi ini dapat melahirkan seorang individu yang
bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu
situasi.
(e) Strategi Mediatif Dalam strategi ini guru sebagai
fasilitator dan memberi bimbingan kepada pelajar untuk mempelajari
bagaimana mengaplikasikan pengetahuanm
bagi menyelesaikan masalah. Strategi mediatif dapat
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, mengenal pasti andaian, membuat inferens dan
hipotesis.
PENDIDIKAN JASMANI 189
(f) Strategi Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Pengajaran berasaskan kajian masa depan merupakan strategi secara
saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Dalam
kajian masa depan pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif
untuk meninjau dan mengkaji perubahan keadaan daripada masa lalu ke
sekarang dan seterusnya meramal dan membuat generalisasi keadaan
masa depan.
Ciri-ciri strategi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan
pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam
sekitar selain daripada menerapkan nilai murni, tanggungjawab dan
bekerjasama dikalangan pelajar.
(g) Strategi Konteks Luar Bilik Darjah Pelajar belajar
melalui aktiviti yang terfokus dan intensif dalam satu tempoh masa
yang pendek seperti menghadiri seminar, bengkel, mengendalikan
projek, sesi hands-on, activity-based learning dan do-it
yourself programs. Program pembelajaran boleh
dikendalikan sendiri dengan mengambil inisiatif dalam mengatur dan
memilih latihan, kerja amali dalam makmal dan aktiviti di
lapangan.
(h) Strategi Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran
kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on .
Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya
mengaitkan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah. Mengikut
teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara
yang
bermakna dalam rangka minda mereka.
PENDIDIKAN JASMANI 190
Intergrasi kemahiran generik terbahagi kepada lima, sila rujuk
Rajah 9.4.
Rajah 9.4: Lima intergrasi kemahiran generik
Mari kita bincang kemahiran-kemahiran tersebut dengan lebih
mendalam.
(a) Kemahiran Mentafsir dan Menilai Penilaian sebagai satu
prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin,
1992). Ciri-ciri kemahiran mentaksir dan menilai dalam Sekolah
Bestari ialah:
Kaedah menilai yang menyeluruh dan holostik;
Mengesan kemajuan pelajar secara lebih fleksibel;
Mengambil kira tahap kesediaan pelajar;
Mengambil kira tahap kecerdasan pelajar; dan
Komponen Kemahiran Mentafsir dan Menilai.
(i) Kontrak Pembelajaran
PENDIDIKAN JASMANI 191
(ii) Penilaian Portfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk
mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu
jangkamasa yang dipersetujui bersama. Portfolio merupakan
dokumentasi yang berstruktur. Membina portfolio memerlukan
perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses
pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman tentang dokumen.
Penilaian portfolio menjana pemikiran yang kritis serta pemilihan
maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir. Kandungan
portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan
mengikut logik. Penilaian Portfolio bersifat reflektif yang
dirangsangkan melalui soalan-soalan. Penilaian portfolio perlu
dijalankan berterusan supaya guru dapat melihat perkembangan
pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria.
(iii) Penilaian Kendiri
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai
terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan
mengetahui apa yang mereka benar-benar gagal menguasai atau
memahaminya. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga gagal
mengenal pasti keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi,
pertimbangan dan penilaian. Dalam konteks ini, penilaian kendiri
adalah sebaik-baiknya. Penilaian kendiri membolehkan pelajar
menilai dan seterusnya mengenal diri sendiri.
(iv) Penilaian Melalui Pemerhatian
PENDIDIKAN JASMANI 192
(v) Penilaian Projek
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu
tempoh masa yang tertentu. Projek melibatkan kutipan serta analisis
data dan persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks
kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
Tugasan
boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan
dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Penilaiannya
dijalankan pada setiap tahap proses ke tahap hasil yang siap.
Penilaian projek akan mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Penilaian projek memerlukan interaksi guru-murid yang berupa
bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Projek
dibina berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir
secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut
bidang masing-masing.
(vi) Penilaian Ujian
Penilaian di sekolah perlu memberi peluang kepada pelajar
mengembangkan potensinya secara bebas. Penilaian bertujuan mengesan
kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel,
bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Penilai perlu mengambil kira
keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara dan pelbagai
kecerdasan pelajar dalam menilai.
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan
kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan
prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif
tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian
manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan
nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian,
portfolio, projek dan lain-lain).
(b) Kemahiran Berfikir Berfikir merupakan aktiviti mental
yang berkaitan dengan otak. Pemikiran ialah proses menyusun,
menggunakan maklumat dan pengetahuan. Proses pemikiran merupakan
hubungan antara konsep, idea dan seterusnya membuat kesimpulan
untuk mencari pengertian yang baru daripda maklumat yang ada.
Pemikiran Kritis Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk
mengelakkan kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah.
Kemahiran ini memberi tumpuan kepada kebolehan menilai
kemunasabahan sesuatu idea iaitu
PENDIDIKAN JASMANI 193
menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi
alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Ini dapat
menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan
dibetulkan. Diantara aktiviti pemikiran kritis ialah:
(i) Membanding beza;
(ii) Membuat klasifikasi;
(iii) Menerang setopik;
(viii) Membuat inferens; dan
Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan
membangunkan minda untuk meneroka berbagai kemungkinan dalam
menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama
ada
bersifat maujud, abstrak atau gugusan. Diantara proses
kemahiran berfikir kreatif yang selalu digunakan dalam kelas
ialah:
Menjana idea;
(c) Kemahiran Belajar Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh
setiap pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang membantu
dalam kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran
seperti:
(i) Kemahiran carian;
(ii) Kemahiran komunikasi;
(iii) Kemahiran membaca;
PENDIDIKAN JASMANI 194
(vi) Kemahiran memerhati;
(vii) Kemahiran teknikal;
(x) Kemahiran menyampaikan maklumat.
(d) Kemahiran Fasilitator Fasilitator merupakan guru atau
kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat
pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan. Fasilitator
bertindak sebagai:
(i) Penyampai ilmu;
(e) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Terdapat dua
cara penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan iaitu:
(i) Pengajaran Berbantukan Komputer Dalam proses pengajaran
menggunakan computer, komputer digunakan oleh guru untuk
menyampaikan maklumat kepada pelajar.
Terdapat dua mod pengajaran berkomputer iaitu, sila rujuk Jadual
9.4:
Jadual 9.4: Dua Mod Pengajaran Berkomputer
Mod Pengajaran Berkomputer Penerangan
PENDIDIKAN JASMANI 195
Jadual 9.5: Empat Mod Pembelajaran Berkomputer
Mod Pembelajaran Penerangan
Penerokaan Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan,
pelajar mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium
untuk mencari dan mengakses maklumat. Bagi memastikan proses
pembelajaran tidak memakan masa, untuk mencari laman web yang
sesuai, pautan ke laman web disediakan dalam perisian yang
dibina.
Aplikasi Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah aplikasi,
teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai alat aplikasi
(alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran), bukan
sebagai mekanisma penyalur maklumat.
Komunikasi Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah komunikasi,
TMK digunakan untuk berkomunikasi. Dengan kaedah ini, pelajar akan
dapat berkomunikasi dan berbincang dengan rakan-rakan biar pun
berada jauh.
SEMAK KENDIRI 9.2
PENDIDIKAN JASMANI 196
PEMBESTARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan
ciri-ciri pelajar. Sebelum merancang aktiviti guru perlulah
menganalisis serta membuat pegamatan dan pemerhatian tentang
ciri-ciri pelajarnya. Contohnya bagi pelajar yang belajar
menggunakan gaya visual, guru boleh merancang aktiviti mengajar
menggunakan perisian multimedia interaktif tentang teknik-teknik
sukan dalam Pendidikan Jasmani. Bagi pelajar audiotori pula guru
boleh meminta pelajar ini melatih teknik yang di pelajari.
Dalam merangka dan merancang pendekatan pembelajaran guru
Pendidikan Jasmani perlu merangka pendekatan yang sesuai
dengan aktiviti. Guru boleh menyediakan soalan yang mencabar dan
memerlukan kajian, sebagai contoh kenapa pemain badminton mempunyai
fizikal yang rendah seperti Ardy Wiranata boleh menguasai gelangang
badminton dunia. Bagi mencari jawapan ini pelajar akan mengabungkan
teori sains dengan sukan. Pelajar akan mengakses maklumat secara
kendiri untuk mencari jawapan. Pelajar juga akan mencari maklumat
dengan menggunakan internet (kaedah pembelajaran
berbantukan komputer).
Bagi menilai kemahiran dalam Pendidikan Jasmani guru perlu membuat
penilaian. Ujian kardiovaskular boleh dijadikan kayu pengukur untuk
menguji keberkesanan Pendidikan Jasmani dengan kesihatan
kardiovaskular. Rekod ujian kardiovaskular perlu disimpan oleh guru
dengan baik. Pelajar juga boleh diminta menyediakan portfolio bagi
membentuk kefahaman yang mendalam terhadap sesutu sukan. Penggunaan
pengajaran menggunakan teknik kemahiran
berfikir seperti membuat klasifikasi, menerangkan setopik dan
membuat ramalan selalu digunakan dalam mengajar matapelajaran
Pendidikan Jasmani. Terdapat berbagai lagi teknik dan cara yang
boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk membentuk
pengajaran dan pembelajaran bestari.
9.3
PENDIDIKAN JASMANI 197
Istilah sekolah bestari telah diubah suai mengikut keadaan
tempatan, keperluan pendidikan serta keperluan teknologi dan
kurikulum.
Sekolah bestari boleh didefinisikan sebagai inistitusi yang
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar
minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran kritis dan
kreatif.
Dengan ini corak pembelajaran Sekolah Bestari akan akan melahirkan
individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh
serta melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasa
menyumbangkan idea ke arah masyarakat Malaysia.
Objektif perlaksanaan sekolah bestari ialah:
(a) Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; dan
(b) Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat.
Sekolah Bestari berkonsepkan institusi pembelajaran yang telah
direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
menghadapi zaman maklumat.
Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori, iaitu:
(a) Gaya Pembelajaran;
Nyatakan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani menggunakan elemen bestari.
AKTIVITI 9.1
PENDIDIKAN JASMANI 198
(a) Berpusatkan Pelajar;
(d) Pembelajaran Berbantukan Teknologi.
(a) Strategi Direktif (Terarah);
(g) Strategi Konteks Luar Bilik Darjah;
(h) Strategi Pembelajaran Kontekstual; dan
(i) Strategi Metakognitif.
(a) Kemahiran Mentafsir dan Menilai;
(b) Kemahiran Berfikir;
(c) Kemahiran Belajar;
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan
ciri-ciri pelajar. Sebelum merancang aktiviti guru perlulah
menganalisis serta membuat pegamatan dan pemerhatian tentang
ciri-ciri pelajarnya.
PENDIDIKAN JASMANI 199
Contohnya bagi pelajar yang belajar menggunakan gaya visual, guru
boleh merancang aktiviti mengajar menggunakan perisian multimedia
interaktif tentang teknik-teknik sukan dalam Pendidikan Jasmani.
Bagi pelajar audiotori pula guru boleh meminta pelajar ini melatih
teknik yang di pelajari.
Generalisasi
2. Dalam melaksanakan pembelajaran sekolah bestari terdapat empat
elemen. Nyatakan elemen-elemen tersebut.
3. Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan pembelajaran
berpusatkan pelajar.
4. Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dalam kaedah
pembelajaran berbantukan teknologi.
5. Nyatakan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan
pembelajaran kolaboratif.
6. Nyatakan dua cara penggunaan teknologi maklumat dalam
pendidikan.
PENDIDIKAN JASMANI 200
1. Sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding
sekolah sedia ada. Apakah ciri-ciri tersebut?
2. Nyatakan 3 gaya pembelajaran VAK penguasaan dan kefahaman
terhadap apa yang dipelajari. Nyatakan empat tunjang pembelajaran
bersifat individu.
4. Nyatakan ciri-ciri strategi pembelajaran direktif.
5. Nyatakan ciri-ciri kemahiran mentaksir dan menilai dalam
bestari.
6. Senaraikan ENAM aktiviti pemikiran kritis.