BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS SGDU 2113 Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan – SGDU 2113 Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan – TAJUK: PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Disediakan Oleh : Azhar Bin Ahmad Azhar Bin Ahmad 201388 201388 Mohd Tahir Bin Lokman Mohd Tahir Bin Lokman 201397 201397 Nazzir Hussain Bin Mydeen Nazzir Hussain Bin Mydeen 201400 201400 Kamalaselvi A/P Nadarajan Kamalaselvi A/P Nadarajan 201391 201391 PENSYARAH PENSYARAH En. Ramly Mohd Ali En. Ramly Mohd Ali Tarikh Serah Tugasan Tarikh Serah Tugasan 1 Februari 2010 1 Februari 2010 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKANKOLEJ SASTERA DAN SAINS
SGDU 2113 – Pengurusan Sumber Manusia Dalam PendidikanSGDU 2113 – Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan
TAJUK:
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Disediakan Oleh :
Azhar Bin AhmadAzhar Bin Ahmad 201388201388Mohd Tahir Bin LokmanMohd Tahir Bin Lokman 201397201397Nazzir Hussain Bin MydeenNazzir Hussain Bin Mydeen 201400201400Kamalaselvi A/P NadarajanKamalaselvi A/P Nadarajan 201391201391
PENSYARAHPENSYARAH
En. Ramly Mohd AliEn. Ramly Mohd Ali
Tarikh Serah TugasanTarikh Serah Tugasan1 Februari 20101 Februari 2010
1
Kandungan :
Bil Perkara Halaman
1. Definisi Pembangunan Sumber Manusia 3
2. Fungsi Pembangunan Sumber Manusia 5
3. Tugas Lazim Pembangunan Sumber Manusia 7
4. Tiga Komponen Pembangunan Sumber Manusia 8
5. Empat Bidang Kecekapan Pembangunan Sumber Manusia 9
6. Pembangunan Sumber Manusia Dalam Pendidikan 12
7. Rumusan 17
8. Bibliografi 18
9. Lampiran 1 : Cetakkan Persembahan MS Powerpoint 20
2
Definisi Pembangunan Sumber Manusia
Para pekerja adalah aset yang paling berharga dalam sesuatu
organisasi. Tanpa sumbangan para pekerja adalah mustahil untuk mencapai
matlamat dan tujuan sesuatu organisasi diwujudkan. Manusia dan potensi
mereka adalah aset penting yang akan memacu sesuatu organisasi untuk
mencapai objektif penubuhannya.
Organisasi pada hari ini berkembang pesat dan berubah mengikut
kehendak masa. Perubahan ini juga akan mempengaruhi para pekerjanya.
Untuk mengoptimakan keberkesanan sesuatu organisasi, kemahiran dan
kemampuan potensi manusianya dari segi kemahiran, masa dan bakat perlu
diuruskan dengan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pembangunan Sumber Manusia adalah pendekatan strategik dan
holistik dalam mengurus dan membangunkan aset paling iaitu para pekerja
yang secara individu dan secara kolektif menyumbang ke arah mencapai
matlamat organisasi. Pembangunan Sumber Manusia merangkumi pemilihan
dan perlantikkan pekerja, membangunkan kemampuan dan kemahiran
mereka, menggunakan perkhidmatan mereka dan membayar upah yang
setimpal dengan tugas mereka dan keperluan organisasi.
3
Pembangunan Sumber Manusia adalah satu cara memperkembangkan
modal insan dalam sesebuah organisasi. Pembangunan Sumber Manusia
adalah kombinasi latihan dan pendidikan dan dalam konteks yang lebih luas,
dasar penjagaan kesihatan dan penggajian yang bersesuaian. Adam Smith
menegaskan , “Kemampuan individu bergantung pada akses mereka
kepada pendidikan”. Pembangunan Sumber Manusia adalah medium yang
memandu proses antara latihan dan pendidikan dalam suatu persekitaran
yang luas dan menggalakkan.
Pembangunan Sumber Manusia bukanlah satu objektif yang boleh
dinyatakan, malahan satu siri proses berterusan yang tersusun, “ dengan
objektif pembelajaran yang tertentu.” (Nadler,1984) Dalam konteks
kebangsaan, ia menjadi pendekatan strategik terhadap hubung-kait antara
sektor kesihatan, pendidikan dan pasaran kerja.
4
Fungsi Pembangunan Sumber Manusia
Tujuan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia diwujudkan di sesuatu
organisasi adalah untuk membantu organisasi tersebut mencapai tujuan
penubuhannya, dengan menarik dan mengekalkan para pekerja yang terbaik
dan menguruskan mereka dengan secara efektif. Kata kunci di sini adalah
Pemadanan. Pendekatan Pembangunan Sumber Manusia berusaha
memadankan antara keperluan dan arah strategik organisasi dengan
pengurusan dan kebajikan para pekerja yang efektif (Miller, 1989).
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia adalah bertanggung
menyediakan peluang –peluang pendidikan dan perkembangan staf,
merancang dan menjalankan program-program latihan dan intervensi.
Jabatan juga membangunkan kemahiran yang kritikal yang akan
membolehkan individu menjalankan kerja buat sekarang dan kerja buat masa
hadapan melalui program latihan dan pembelajaran. Dalam masa yang sama,
ia juga mengalakkan kumpulan-kumpulan kecil dalam organisasi memulakan
dan menguruskan perubahan positif. Pada dasarnya ia menjalankan proses
strategik, yang mengimbangi antara keperluan organisasi dan individu.
Pembangunan Sumber Manusia mengambil pendekatan strategik dan
holistik untuk membawa perubahan dalam sikap di tempat kerja dengan
mengguna-pakai strategi dan teknik pembelajaran yang pelbagai.
5
Hukum asas yang diguna-pakai adalah manusia bukan mesin semata-
mata. Oleh yang demikian, kita perlu ada pengawasan pelbagai disiplin
terhadap manusia di tempat kerja demi menjamin kebajikan mereka
terpelihara di samping organisasi mendapat perkhidmatan mereka. Bidang
seperti Psikologi, perhubungan industri, teori kritikal dan sebagainya
memainkan peranan yang besar untuk mencapai tujuan ini.
Kepentingan ini agak jelas dengan kewujudan banyak institusi pegajian
tinggi yang menawarkan ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang
Pengurusan Sumber Manusia pada masa sekarang.
6
Tugas Lazim Pembangunan Sumber Manusia
Antara tugas dan amalan lazim Pembangunan Sumber Manusia adalah
seperti :
Pembangunan Organisasi, memastikan wujudnya hubungan antara
unit dan dalam unit yang sihat dan terbuka. Disamping mengalakkan
unit-unit dalam organisasi memulakan dan menguruskan perubahan
positif
Pembangunan Ekskutif , di mana staf peringkat Ekskutif, Pengurusan
dan Penyelia diberi pendedahan serta pengukuhan tugas dan
tanggungjawab mereka
Pembangunan Pemimpin, Seminar serta Kursus kepimpinan pelbagai
peringkat
Pembangunan Kemahiran Profesional, Pembangunan Kemahiran
yang Spesifik
Pengurusan Ganjaran dan Pengiktirafan, Mengenal pasti dan
menentukan penerima penghargaan di kalangan staf,
Pemetaan Kompentensi, Pemetaan Tahap Kecekapan staf merentasi
organisasi, dari peringkat tertinggi hingga ke bawah
Pengurusan Bakat, Mengenal-pasti dan Menguruskan bakat di
kalangan staf untuk dibangunkan.
Latihan dan Arahan Kerja Teknikal
7
Pengintergrasian Staf Baru, di mana para staf baru diperkenalkan
kepada organisasi dan diberi pendedahan tentang peranan mereka
dalam konteks organisasi yang luas.
Kempen Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja
Tiga Komponen Utama dalam Pembangunan Sumber Manusia
Tiga komponen utama dalam pembangunan sumber manusia iaitu :-
1. Latihan dan Pembangunan, iaitu mengenalpasti dan memastikan
melalui latihan yang terancang membangunkan kecekapan yang
kritikal agar staf mampu menjalankan tugasnya kini dan tugas-tugas di
masa depan.
2. Pembangunan Karier, memastikan wujud satu keselarian antara
perancangan dan perkembangan karier individu dan kehendak serta
keperluan organisasi, untuk mencapai padanan optima antara
keperluan individu dan keperluan organisasi.
3. Pembangunan Organisasi, memastikan wujudnya hubungan antara
unit dan dalam unit yang sihat dan terbuka. Disamping mengalakkan
unit-unit dalam organisasi memulakan dan menguruskan perubahan
positif.
8
9
Empat Bidang Kecekapan dalam Pembangunan Sumber Manusia
1. Kecekapan Teknikal
a. Pemahaman dan Pembelajaran Dewasa
b. Pemahaman Teori dan Teknik Pembangunan Karier
c. Kemahiran Mengenali Kecekapan
d. Kemahiran Komputer
e. Kemahiran Sistem elektronik
f. Kemahiran Kajian
g. Kemahiran dan pengetahuan Fungsi
h. Kemahiran Praserana
i. Kemahiran Penyediaan Matlamat
j. Kemahiran menilai prestasi
k. Pemahaman Tajuk Perkara
l. Pemahaman Teori dan Teknik Latihan dan Pembangunan
10
2. Kecekapan Perniagaan
a. Pemahaman Perniagaan
b. Kemahiran analisa kos - nilai
c. Kemahiran Membahagi kerja (Penurunan Kuasa)
d. Pemahaman Industri
e. Pemahaman Gelagat Organisasi
f. Teori dan Teknik pembangunan organisasi
g. Pemahaman Struktur Organisasi
h. Kemahiran Pengurusan Projek
i. Kemahiran Pengurusan Rekod
11
3. Kecekapan Interpersonal
a. Kemahiran Melatih
b. Kemahiran Memberi Maklum balas
c. Kemahiran Memproses secara kumpulan
d. Kemahiran Berunding
e. Kemahiran Membuat Persembahan
f. Kemahiran Menyoal
g. Kemahiran Membina Perhubungan
h. Kemahiran Menulis
4. Kecekapan Intelek
a. Kemahiran Mengecilkan dan meringkaskan Data
b. Kemahiran Mengkaji Maklumat
c. Intelek yang versatil
d. Kemahiran Membina Model
e. Kemahiran Pemerhatian
f. Pengetahuan Kendiri
g. Kemahiran Wawasan
Pembangunan Sumber Manusia Dalam Pendidikan
12
Seperti juga organisasi lain, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah
mengenalpasti keperluan dan telah menubuhkan Bahagian Sumber Manusia
bagi mengurus sumber manusia melalui sistem pengurusan yang berkualiti
dalam usaha berterusan mencapai matlamat kecemerlangan Pendidikan
Negara.
Bagi memartabatkan lagi profesion keguruan, fokus telah diberikan
terhadap peningkatan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terdiri daripada enam (6) teras. Salah
satu teras yang terdapat dalam pelan induk ini ialah Teras 5 iaitu
’Memartabatkan Profesion Keguruan’.
Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) : 5
Fokus
Fokus 1 : Menambahbaik Sistem Pemilihan Calon Guru
Fokus 2 : Memantapkan Latihan Perguruan
Fokus 3 : Memantapkan Kerjaya Guru
Fokus 4 : Menambahbaik Persekitaran Kerja dan Kebajikan
Guru
Fokus 5 : Memantapkan Perancangan dan Pengurusan Sumber
Manusia.
13
Dengan penetapan Perancangan dan Pengurusan Sumber Manusia
antara lima fokus menunjukkan kesungguhan pihak Kementerian menjaga
aset terpenting mereka iatu para guru. Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha menguruskan dan menjaga
kebajikan para guru telah menggariskan enam fungsi utama berikut :
1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia, kajian
pemantapan skim Perkhidmatan Guru dan Bukan Guru, Kajian
Norma Perjawatan Guru dan Bukan Guru dan menguruskan Pelan
Perancangan Strategik Sumber Manusia Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) serta mentadbir dan mengurus HRMIS
2. Mengkaji permohonan penstrukturan semula / penstrukturan fungsi
serta pertambahan jawatan bagi Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan Institusi Pendidikan di bawah KPM,
mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggran Belanja
Mengurus (ABM) dan menjalankan naziran dan semakan perjawatan
dan perkhidmatan.
3. Menguruskan kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan seperti
lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke
perkhidmatan berpencen, penempatan, pertukaran, pinjaman,