Top Banner
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIC NURUL AINA BT ABDUL KARIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
26

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

Aug 30, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN

KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIC

NURUL AINA BT ABDUL KARIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN

KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya : NURUL AINA BINTI ABDUL KARIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : LOT 2919, PM. DR ZALEHA ISMAIL

KG CHABANG 4 CHETOK,

17040 PASIR MAS, KELANTAN.

Tarikh : 18 APRIL 2010 Tarikh : 18 APRIL 2010

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

PENGAKUAN

Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Tandatangan : ........................................

Nama Penyelia 1 : PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL

Tarikh :

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BAGI TAJUK STATISTICS

NURUL AINA BINTI ABDUL KARIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : _______________________

Nama Penulis : NURUL AINA BINTI ABDUL KARIM

Tarikh :

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda tercinta

Abdul Karim Ismail dan Sakinah Mat Ali

Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak

ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.

Juga doa yang sentiasa mengiringi anakanda sepanjang meneruskan

pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia.

Terima kasih kerana sentiasa bersama walaupun jauh di mata.

Kepada abang dan adik-adik yang dikasihi,

terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan

Buat teman-teman juga yang sentiasa memberi dorongan,

galakan serta doa kalian

untuk sama-sama terus berjaya

Semoga jasa anda semua diberkati dan dirahmati ALLAH sentiasa.

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, akhirnya saya berjaya menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan

kepada Prof Madya Dr Zaleha Ismail selaku penyelia PSM 1 dan PSM 2 yang telah

memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sehingga saya berjaya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Jutaan terima kasih buat ibu bapa, rakan seperjuangan yang membangunkan

sistem sokongan kendiri atas talian ini, Amirudin, Azida dan Asyikin serta rakan-

rakan lain yang terlibat secara langsung atau tidak atas doa, dorongan, sokongan dan

bantuan yang diberikan sehingga projek ini dapt dihasilkan. Jasa kalian amat

dihargai. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

Wassalam

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

v

ABSTRAK

Pemikiran statistik (Statistical Thinking) adalah strategi pemikiran yang

melibatkan penakulan logik dan analitik. Ianya akan menilai keseluruhan masalah,

komponen-komponen yang wujud dalam permasalah tersebut. Pemikiran statistik bukan

hanya mementingkan pemahaman masalah dan penyelesaian, tetapi menekankan proses

penyelesaian yang terlibat. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

metematik KBSM yang menekankan penakulan metematik (Mathematical Reasoning).

Walaupun KBSM memfokuskan kepada pemikiran kreatif dan kritis, penakulan dan

penyelesaian masalah, namun di peringkat pelaksanaan lazimnya, penumpuan terbatas

kepada kemahiran prosedur. Disamping itu, pembelajaran berasaskan web adalah satu

alternatif yang berkesan dalam pendidikan kerana kaedah ini menyediakan pembelajaran

perpusatkan pelajar. Kini, pembelajaran yang menggunakan e-pembelajaran banyak

diterapkan di sekolah dimana terdapat sekolah yang melanggan beberapa web portal

yang sedia ada yang hanya menekankan pembelajaran berasaskan peperiksaan (Exam

Oriented) semata-mata. Berbeza dengan web portal yang sedia ada, web portal yang

dibangunkan ini menerapkan unsur-unsur pemikiran statistik yang menjangkau isi

kandungan di sekolah. Bagi membangunkan web portal Pemikiran Statistik ini, perisian

sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai Moodle telah dipilih kerana mempunyai

ciri-ciri interaktif, mesra pengguna dan reka bentuknya yang menyokong prinsip

konstruktivisme social. Model ADDIE digunakan untuk membangunkan web

pembelajaran ini. Pelbagai bahan e-pembelajaran interaktif disediakan seperti aktiviti

yang menggunakan Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat, Journal, yang disediakan

oleh Moodle dan menggunakan beberapa perisian lain untuk membangunkan web ini.

Persekitaran pembelajaran web portal ini turut disertakan grafik, audio, video dan

animasi yang menarik.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

vi

ABSTRACT

Statistical thinking is a mode of thinking that includes both logical and analytical

reasoning. It evaluates the "whole" of a problem, as well as its component parts, and

attempts to assess the effects on the whole of changing one or more variables. It attempts

to understand not only problems and solutions but the processes involved. This strategy

is paralleled with the objective mathematics education in KBSM which emphasize

mathematical reasoning. In the current practice, the learning of statistic only

concentrated on procedural skill instead of KBSM emphasize on creative thinking,

reasoning and problem solving. On the other hand, web based learning is viewed as an

effective means of delivering courses in education because this method can support

students-centered learning. Nowadays, many schools encourage their students to learn

through e-learning which they subscribed web portal in market. Unfortunately, these

web portals are too exam oriented. Different from the web portals in the market, this

web portal focuses on statistical thinking strategies. The web portal was constructed on a

course management system software name Moodle. Moodle is interactive and user

friendly while supporting the principles of social constructivism. To ensure the

developments are systematic, ADDIE’s models are adopted. This web portal provides

different of interactive activities which develop using Lesson, Quiz, Assignment, Forum,

Chat, and Journal that provide by Moodle. Besides that, the learning environment is

enhancing with interactive graphics, audio, video and animation.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

1.5.2 Guru

1.5.3 Sekolah

1.5.4 Ibu bapa dan masyarakat

8

8

9

9

9

1.6 Skop dan batasan projek 10

1.7 Kerangka Teori Projek 11

1.8 Definisi Istilah 12

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

viii

1.8.1 Pelajar

1.8.2 Web Portal Pendidikan

1.8.3 E-pembelajaran

1.8.4 Sistem Sokongan Kendiri atas Talian

1.8.5 Pengajaran

1.8.6 Pembelajaran

1.8.7 ICT

1.8.9 Pemikiran Statistik

12

12

12

13

13

14

14

14

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 E-pembelajaran

2.2.1 Definisi e-pembelajaran

2.2.2 Kelebihan e-pembelajaran

16

17

18

2.3 Portal Pendidikan 20

2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan

2 .3.2 Contoh Portal Pendidikan di

Malaysia

2.3.3.1 Web Portal Pendidikan

Utusan Malaysia

2.3.3.2 Cikgu. Net

2.3.3.3 Guru.net

2.3.3.4 Score A

2 .3.3 Contoh Portal Pendidikan Luar

Negara

2.3.3.1 CoolMath.com

2.3.3.2 IXL

21

21

22

23

23

24

24

25

25

2.4 Moodle 25

2.4.1 Kelebihan Moodle

2.5 Konstuktivisme Sosial

26

28

2.6 Pemikiran Statistik 29

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

ix

2.7 Penutup 31

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan

3.2 Kaedah Pelaksanaan

3.2.1 Analysis (Analisis)

3.2.1.1 Sukatan Pelajaran

3.2.1.2 Sasaran Pengguna

3.2.1.3 Pemikiran Statistik

3.2.1.4 Persekitaran Pembelajaran

3.2.2 Design (Rekabentuk)

3.2.3 Development (Pembangunan)

3.2.3.1 Prosedur Pembangunan Nota

Pengajaran Guru (Lecture

Note)

3.2.3.2 Prosedur Pembangunan Nota

Pembelajaran dan Latihan

Pelajar (Learn & Practice)

3.2.3.3 Prosedur Pembangunan Kuiz

(Test Yourself)

3.2.3.4 Prosedur Pembangunan

Tugasan Offline

3.2.3.5 Prosedur Pembangunan

Forum

3.2.3.6 Prosedur Pembangunan

Chat

3.2.3.7 Prosdur Pembangunan Journal

3.2.3.8 Prosedur Pembangunan Video

3.2.3.9 Prosedur Pembangunan Hot

Potatoes Quiz

3.2.4 Implementation ( Pelaksanaan)

3.2.5 Evaluation (Penilaian)

32

32

34

34

35

35

39

40

41

42

46

49

50

50

51

52

52

53

56

56

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

x

3.3 Penutup 57

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Sistem Sokongan Kendiri Atas talian

4.2.1 Skrin ‘Login’

4.2.2 Penyusunan dan struktur penyampaian

bahan e-pembelajaran

4.3 Hasil projek bahan e-pembelajaran bertajuk

Statistic

59

60

61

61

4.3.1 Nota Pembelajaran dan latihan

(Learn & Practice)

4.3.2 Kuiz (Test Yourself)

4.3.3 Nota guru (Lecture Note)

4.3.4 Crossword Puzzle - Hot Potatoes

4.3.5 Tugasan Offline (Do It Offline )

4.3.6 Forum (Who Child Is Smater?)

4.3.7 Forum

4.3.8 Perbualan (Chat)

4.3.9 Jurnal (Journal)

63

64

65

67

68

69

71

71

72

4.4 Pengujian 73

4.5 Penutup 74

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan projek 75

5.3 Keistimewaan dan kebaikan web portal

Statistics

77

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

xi

5.4 Kelemahan web portal Statistics 79

5.5 Masalah yang dihadapi 79

5.6 Cadangan penambahbaikan dan

pembangunan pada masa hadapan

80

5.7 Kesimpulan 81

RUJUKAN 82

LAMPIRAN 85

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1

3.2

Jadual item soalan, jawapan, maklumbalas dan

kesalahan lazim bagi kuiz

Ruang lingkup isi kandungan pembangunan

38

40

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 11

2.1 Dimensi 1: kitaran penyiasatan bagi rangka kerja

‘Statistical Thinking’

23

3.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 31

3.2

3.3

Permasalah yang dimasukkan dalam ruangan forum

yang melibatkan pemikiran statistik

Skrin Slide Presentation

37

43

3.4 Skrin Slide Presentation di simpan dalam format

HTML

43

3.5 Skrin Fail slide presentation yang di zipkan 43

3.6 Skrin yang menunjukkan untuk memuat naik fail nota 44

3.7 Skrin yang manunjukkan butang untuk memuat naik

fail nota

44

3.8 Skrin carian fail untuk di muat naik 44

3.9

3.10

3.11

Skrin lokasi butang Turn editing on

Skrin lokasi Add a Resource

Skrin menunjukkan url diperolehi dan dimasukkan

45

46

3.12 Skrin menunjukkan Add an activity 47

3.13 Skrin menunjukkan lesson yang ingin dibina 47

3.14

3.15

Skrin pilih image untuk dimasukkan dalam lesson

yang ingin dibina dan

Skrin carian fail gambar yang ingin dimasukkan

48

48

3.16 Skrin menunjukkan pilihan untuk membina soalan 49

3.17 Skrin menunjukkan pilihan untuk mamasukkan

soalan dari bank soalan ke Kuiz

49

3.18 Skrin menunjukkan ruangan forum yang akan dibina 51

3.19

3.20

3.21

Carta alir pembangunan Hot Potatoes Quiz

Skrin Jcross

Skrin JMatch

53

54

55

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

xiv

4.1 Skrin Login 60

4.2 Skrin Create new account 60

4.3 Skrin pilihan topik 60

4.4

4.5

4.6

4.7

Skrin Main Menu topik ‘STATISTICS’

Skrin yang menunjukkan penggunaan butang navigasi

Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota

pembelajaran dan latihan

Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah bagi

topik ‘Statistics’

62

63

63

64

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi

topik ‘Statistics’

Skrin paparan markah

Skrin pilihan untuk menyimpan nota

Slide yang terus dimainkan dalam mode skrin penuh

Skrin learning outcome bagi subtopic Pictograms

64

65

66

66

67

4.13 Skrin ‘Cross words puzzle’ yang dibangunkan

menggunakan perisian ‘Hot Potatoes’

68

4.14 Skrin tugasan bagi topik ‘Statistics’ 69

4.15 Skrin forum yang memberi arahan untuk aktiviti

Statistical Thinking

70

4.16

4.17

4.18

4.19

Skrin yang menunjukkan pelajar perlu untuk menekan

‘Reply’ untuk memberikan pandangan

Skrin forum diskusi untuk membincangkan masalah

pelajar

Skrin Aktiviti Chat

Skrin journal

70

71

72

72

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment

HTML - Hypertext Markup Language

JPEG - Joint Photographic Experts Group

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

ABM -

NCTM -

LMS -

LAN -

WAN -

ICT -

NITA -

IPTA -

Alat Bantu Mengajar

National Council of Teaching of Mathematics

Learning Management System

Local Area Network

Wide area network

Information Communicaton Tecnology

National Information Technology Agenda

Institusi pengajian tinggi awam

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

Kerangka kerja Statistical Thinking

Contoh Nota pembelajaran pelajar

Contoh soalan tugasan

Contoh soalan ruangan Kuiz

85

86

89

90

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

1

BAB I

1.1 Pengenalan

Dalam menuju era pendidikan yang lebih berkesan dan berkualiti untuk

pendidikan bertaraf dunia, kurikulum di sekolah telah digubal mengikut perubahan

perkembangan teknologi maklumat yang ada kini. Menurut Roziah (2007), kurikulum

baru mengandungi literasi maklumat dan komunikasi dengan menggunakan sains dan

teknologi Kemunculan sekolah bestari di Malaysia pula telah menyebabkan perubahan

pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Baharudin,

2002) yang mana pelajar dan guru dilatih ke arah penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kini, kurikulum matamatik sangat menitikberatkan penggunaan ICT

sebagaimana yang dinyatakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Sukatan

Pelajaran Matematik (2004): In the teaching and learning of Mathematics, the use of

technology especially ICT is greatly emphasized. Teknologi merupakan satu alat yang

penting dalam perkembangan matematik. Dengan perkembangan teknologi, keupayaan

untuk menyelesaikan masalah atau mengaplikasikan matematik dalam kehidupan

seharian menjadi lebih pantas dan tepat. Pelbagai alat elektronik seperti kalkulator dan

software dibangunkan untuk tujuan tersebut. Perkembangan teknologi ini juga telah

membawa kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) sebagai sumber. Teknologi

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

2

membolehkan guru menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dan menarik perhatian

pelajar. Murid-murid yang mempunyai tumpuan perhatian yang rendah mungkin akan

lebih berminat dengan tugasan menggunakan komputer dan murid-murid yang kurang

kemahiran berinteraksi mungkin lebih selesa mempelajari matematik melalui

penggunaan komputer (Azman et al, 2002).

Dalam menuju sebuah negara maju, teknologi maklumat telah berkembang pesat

dalam pelbagai bidang. Tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Sains dan matematik

telah diberi keutamaan dalam merealisasikan perkembangan sains dan teknologi (Noor

Diyana, 2008). Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil pelbagai

inisiatif dalam menyediakan kemudahan komputer dan memperkembangkan

penggunaan IT serta menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat

melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan

berakhlak mulia (PIPP, 2006-2010). Ini merupakan tanggungjawab yang amat besar

bagi kerajaan yang disandarkan kepada guru-guru sekolah agar dalam membangunkan

modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain

daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mengalami perubahan yang

mana pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah. Pelajar boleh belajar di

mana-mana sahaja dengan bantuan teknologi iaitu belajar secara dalam talian (online)

atau disebut juga sebagai E-Pembelajaran (E-Learning). Pelbagai sumber pengajaran

dan pembelajaran disalurkan menerusi web dan internet bagi merealisasikan E-

Pembelajaran ini. Dalam era teknologi yang meluas kini, portal pendidikan dapat

dibangunkan dengan lebih mudah. Terdapat beberapa badan bukan kerajaan yang

mengambil peluang ini dengan membangunkan portal pendidikan bagi

memperkembangkan lagi pembelajaran berasaskan teknologi makluma. Antaranya ialah

Portal Pendidikan Utusan Malaysia yang menyediakan e-Tuisyen untuk pelbagai

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

3

peringkat pengajian iaitu bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan

UPSR hinggalah pelajar Pra-Universiti.

Perkembangan teknologi dalam pendidikan juga kini semakin berkembang. Pada

penghujung tahun 2008, Menteri Besar Datuk Ahmad Said mengumumkan satu

program e-books akan diberikan untuk setiap pelajar tahun 5 di negeri Terangganu

(Bernama, 2008). Ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi

dalam pendidikan.

Konsep matematik boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk interaktif dan

terkini melalui pembangunan web portal matematik. Dengan kemudahan teknologi ICT

dan unsur multimedia dalam dunia pendidikan matematik kini, keindahan Matematik

lebih mudah ditonjolkan dan menyeronokkan (Noor Diyana, 2008) sekali gus dapat

menarik perhatian pelajar untuk belajar.

Kurikulum Matematik juga telah mengalami beberapa perubahan. Pada lewat

tahun 70-an, satu pembaharuan kurikulum telah dibuat iaitu pengenalan kepada

matematik moden. Pendekatan pengajaran ketika ini lebih menekankan kepada

pemahaman konsep, diikuti dengan penekanan terhadap pengiraan. Pada tahun 80-an,

kurikulum telah di gubal sekali lagi agar dapat meimbangkan antara kemahiran dan

pemahaman pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan penyelesaian masalah yang

melibatkan masalah harian yang dihadapi oleh pelajar.

Pada 1986, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) mewujudkan

Commision on Standards for School Mathematics sebagai satu cara untuk meningkatkan

kualiti institusi pendidikan matematik. Matlamat piawaian (Commision on Standards for

School Mathematics) ialah pelajar belajar untuk menilai matematik; pelajar

berkeyakinan dengan kebolehan mereka untuk membuat matematik; pelajar berupaya

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

4

untuk menjadi penyelesai kepada masalah metematik; pelajar belajar untuk

berkomunikasi menggunakan metematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam matlamat menuju Wawasan 2020 iaitu hasrat Malaysia menjadi sebuah

negara maju, agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem

pendidikan bertaraf dunia (PIPP, 2006-2010). Dengan itu, kaedah pengajaran dan

pembelajaran juga perlu berubah agar sistem pendidikan tidak ketinggalan di belakang.

Guru dan pelajar perlu menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan mengaplikasikan kemudahan tersebut dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Kepelbagaian ragam dan tingkah laku pelajar di dalam kelas juga merupakan

satu faktor yang menyumbang kepada rasional penggunaan teknologi dalam pendidikan

memandangkan teknologi yang ada pada masa kini mampu untuk mempelbagaikan

kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kaizan (2008), guru yang mendekati

pelajar dengan kepelbagaian jenis kaedah akan menjadikan proses P&P itu berkesan

kepada pelajarnya dan ciri kepimpinan guru pula adalah bersifat demokratik.

Kadangkala, pelajar lebih aktif bertanya dan melakukan aktiviti semasa berada di alam

maya berbanding dalam kelas memandangkan pelajar tidak perlu risau atau malu untuk

berhadapan dan berinteraksi dengan guru ketika berada di alam maya.

Dengan menggunakan e-pembelajaran, pelajar boleh mengulang isi pembelajaran

sehingga mencapai kepuasan bagi sesuatu topik sebelum mempelajari topik lain. Bahan-

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

5

bahan interaktif yang ada juga membantu meningkatkan lagi keseronokan untuk belajar.

Masa untuk belajar juga lebih fleksibel dan boleh dilakukan di mana sahaja sekiranya

pelajar mempunyai komputer dan rangkaian internet.

Sistem pendidikan di Malaysia juga tidak menitik berat pemikiran dalam

pembelajaran matematik. Soalan-soalan biasanya lebih menekankan kepada kemahiran

pelajar menjawab soalan rutin, menggunakan formula dan menggunakan prosedur bagi

menjawab soalan. Pelajar kurang diberi peluang untuk berdiskusi berkenaan soalan

matematik, mencari kaedah penyelesaian sendiri, meneroka tentang matematik, meneka

atau meramal hasil yang akan diperolehi berdasarkan masalah dan tidak dibiasakan

untuk menjawab masalah-masalah yang bukan rutin di dalam kelas. Ini menyebabkan

ilmu matematik hanya difokuskan untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan dan

bukannya di gunakan dalam kehidupan seharian. Ini menjadikan pengetahuan matematik

kurang terbina dan menjadikan pelajar kurang menghargai metematik sebagai ilmu yang

bermanafaat untuk mereka.

Keadaan seperti ini hampir sama dengan situasi yang digambarkan oleh Ben-

Zvi(1996). Beliau menyatakan pembelajaran statistik hanya tertumpu kepada menghafal

fakta dan prosedure. Konsep statistik hanya bersandarkan situasi sebenar, suasana

pembelajaran adalah tetap dan biasanya akan mempunyai satu jawapan yang tepat bagi

setiap soalan. Walaupun masalah yang sebenar diutarakan, namun cara penyelesaiannya

yang mempunyai satu sahaja jawapan betul menjadikan masalah yang diutarakan kurang

releven, membosankan dan rutin semata.

Satu lagi kekangan yang biasa diutarakan oleh guru-guru untuk menggalakkan

pemikiran dalam mempelajari stastistik adalah tidak mempunyai masa yang mencukupi

dan tekanan untuk menghabiskan silibus, dan kurangnya pengetahuan dan minat.

Page 25: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

6

Dengan itu, tradisi pembelajaran lama diteruskan asalkan pelajar mendapat markah yang

tinggi dalam peperiksaan dan menaikkan peratus sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kesuntukan masa dalam bilik darjah menjadi kekangan bagi guru untuk

menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beban kerja yang

berat juga menjadikan guru tidak berkesempatan membangunkan alat bantu mengajar

yang baik untuk proses P&P.

Dengan itu, e-pembelajaran merupakan alternatif dalam membantu pelajar

mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak lagi bergantung kepada guru sepenuhnya

untuk mendapat ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh mengambil

inisiatif untuk menyampaikan ilmu di luar bilik darjah dengan berhubung dengan

mereka selepas waktu pembelajaran. Selaras dengan itu, satu projek e-pembelajaran

berbentuk web dilaksanakan bagi menghasilkan produk menyokong pembelajaran di

dalam kelas dan membantu pembelajaran kendiri untuk pelajar. Pengkhususan kali ini

adalah Matematik tingkatan dua topik Statistik.

Masalah pembelajaran pelajar seperti tidak berkeupayaan untuk mempelbagaikan

penyampaian, kegagalan menyelesaikan masalah statistik di luar latihan rutin mereka,

dan tidak boleh berkomunikasi dan berhujah dalam matematik menjadi masalah kepada

guru untuk memperkembangkan pemahaman matematik. Dengan itu, penerapan

pemikiran statistik dalam pembelajaran akan menggalakkan pelajar untuk berfikir

pelbagai situasi bagi menyelesaikan masalah statistik. Pelajar akan didedahkan dengan

Page 26: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri atas talian

7

pengenalan untuk mengumpul dan mendapatkan data, mempelbagaikan persembahan

data, mengambil kira situasi yang luar dari kebiasaan untuk diselesaikan, penaakulan

dengan simbol atau lambang statistik, dan mengintegrasikan statistik dangan kehidupan

seharian mereka. Untuk menggalakkan pemikiran statistik dalam pembelajaran,

pemahaman konsep juga penting bagi membolehkan pelajar menyelesaikan masalah

dalam pelbagai kaedah. Pemikiran statistik juga akan menggalakkan mereka untuk

berinteraksi bagi membincangkan masalah yang dialami. Ini akan membentuk keyakinan

dalam diri pelajar, perwatakan yang positif, mengajar mereka membuat keputusan,

memupuk semangat ingin tahu dan kebolehan mereka untuk mencipta sesuatu masalah

dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek pembangunan e-pembelajaran ini ialah untuk

membangunkan sebuah web portal dengan menggunakan Moodle sebagai Learning

Management System (LMS) bagi topik Statistic dalam matapelajaran Matematik

Tingkatan 2 KBSM. Ia mengandungi:

1. Sumber Pembelajaran Pelajar yang merangkumi nota untuk pemahaman

konsep stastistik dan latihan

2. Sumber Pengajaran Guru yang dapat digunakan oleh guru sebagai bahan

bantu mengajar di dalam kelas

3. Kuiz pengukuhan mengikut subtopik

4. Ruangan Pemikiran Statistik yang menggalakkan pelajar menganalisis,

membanding serta berfikir secara kreatif dan kritis.

5. Forum dan Perbualan