PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA
DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK
MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA
DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya : MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO. 10, BLOK J, 2/1, PM. DR. ZALEHA ISMAIL
RUMAH AWAM AIR MOLEK 2,
75460 MELAKA.
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
PENGAKUAN
“Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan:………………………………..
Nama Penyelia I: PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL
Tarikh:………………………………………
Tandatangan:………………………………..
Nama Penyelia II: EN. MOHD KHALID KASMIN
Tarikh:………………………………………
PEMBANGUNAN RUANGAN TOKOH DAN KERJAYA
DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK.
MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI
Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER, 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
mana tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..........................................................
Nama pelajar : MOHD RAHIMI BIN ABD. GHANI
Tarikh : ..........................................................
iii
Teristimewa buat insan-insan tersayang…
Buat ayah dan bonda yang tercinta Abd Ghani Hj Mansor dan Noraini Hj Abu
Yang banyak berkorban dan memberikan semangat serta iringan doa buat kejayaan anaknya
Terima kasih di atas segala-galanya...
Buat kekanda dan adindaku Terima kasih di atas sokongan yang diberikan...
Buat sahabat baikku Mohd Syerwan Mohd Sani
Terima kasih diatas segala pertolongan yang dihulurkan...
Buat teman-teman seperjuangan Semoga diriku sentiasa berjaya dengan
kehadiran kalian semua... AMIN
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan
limpah dan izin-Nya, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dengan sempurnanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa
memberikan sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan projek ini dengan
jayanya.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat PM DR. ZALEHA BINTI
ISMAIL, selaku penyelia projek ini. Berbekalkan bimbingan dan teguran beliau
sepanjang proses pembangunan, barulah projek Sarjana Muda ini dapat direalisasikan.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat
yang turut sama memberi tunjuk ajar, idea dan sumbangan dalam usaha untuk
menyiapkan projek ini. Tanpa bantuan dan sokongan daripada kalian, sudah pasti projek
ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar.
Ucapan terima kasih turut dipanjangkan kepada pihak Perpustakaan Sultanah
Zanariah(PSZ) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas kerjasama
dan sumber rujukan yang telah diberikan sepanjang proses projek berjalan.
Akhir sekali diharapkan Projek Sarjana Muda ini dapat dimanfaatkan dan
memberikan maklumat yang berguna kepada mereka yang memerlukannya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penggunaan medium teknologi dalam bidang pendidikan masa kini sudah tidak
asing lagi. Bidang pendidikan perlu seiring dengan pembangunan teknologi negara.
Majalah elektronik (e-majalah) adalah merupakan antara majalah atas talian yang
berkonsepkan majalah multimedia yang melibatkan beberapa elemen media seperti
audio, video, text, gambar dan hyperlink. Majalah web Dunia Matematik dibangunkan
bertujuan menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau
matematik di sekolah agar pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa
sempadan. Dunia Matematik ini dibangunkan menggunakan gabungan perisian
pengurusan kursus dan pengurusan maklumat. Bagi tujuan pembangunan majalah web
Dunia Matematik ini, model ADDIE digunakan sebagai panduan rekabentuk manakala
majalah web berasaskan Sosial Konstruktivisme. Model ARCS pula diterapkan dalam
setiap artikel dan aktiviti yang meliputi elemen Perhatian, Perkaitan, Keyakinan, dan
Kepuasan agar mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Majalah web Dunia
Matematik diterbitkan setiap bulan merangkumi ruangan seperti Fokus, Kerjaya, Tokoh,
Isu Semasa, Kesenian, Statistik, Sejarah, Aplikasi, Tahukah Anda, Pelajari Matematik,
Perisian Matematik, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Namun, fokus projek ini lebih
mengkhusus terhadap membincangkan dua ruangan iaitu Kerjaya Matematik dan Tokoh
Matematik. Dalam dua belas isu yang diterbitkan, ruangan Kerjaya Matematik
berkisarkan mengenai kerjaya yang mengaplikasikan penggunaan matematik di
dalamnya, kelayakan yang diperlukan dan institusi yang menawarkan pengajian dalam
bidang ini. Selain itu, tokoh-tokoh matematik yang banyak memberi sumbangan dipilih
dan diketengahkan untuk menjadi sumber inspirasi dan idola kepada pembaca bagi
ruangan Tokoh Matematik. Elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video turut
diterapkan di dalam majalah web ini agar ianya menjadi lebih interaktif dan menarik.
Diharapkan majalah web Dunia Matematik ini dapat dimanfaat dan membantu para
pelajar mengetahui bidang matematik ini sehingga menjangkau ke luar bilik darjah.
vi
ABSTRACT
Nowadays the uses of medium technology in education are no longer unfamiliar.
Education must be aligned to the technological development of the country. The
electronic magazine (e-magazine) is an online magazine that uses the concept of
multimedia magazine which collaborated with elements such as audio, video, text,
pictures, and hyperlink. The web magazine, Dunia Matematik is created to provide
students with mathematical knowledge that is both comprehensive and beyond school
mathematics thus students can explore mathematics without extensive boundaries.
Dunia Matematik was developed by using the combination of course and information
management software. It emphasizes ADDIE’s model for development, and also
implement the Social Constructivism through web-base instructional web magazine
design. For each activity and articles, ARCS’s model being applied include elements
such as Attention, Relevance, Confidence, and Satisfaction, to create an effective
learning environment. The web magazine, Dunia Matematik published once in a month
contains section, Focus, Career, Expertise, Current Issues, Arts, Statistics, History,
Applications, Did You Know, Learning Mathematics, Mathematics Software, Games,
IQ Test, and Quiz. However, this writing is focused on two sections only which are
Career in Mathematics and Mathematics Expertise. In the twelve issues of Dunia
Matematik published, the Career section indicate upon career that applied mathematics
in it, the qualifications required and institutes that offer courses for entering this field. In
addition, mathematicians that have given many contributions are focused on to become a
source of inspiration and idol to the reader as in Mathematicians Expertise section.
There is multimedia elements such as graphics, animation and videos incorporated in
this web magazine so it is more appealing to reader. It is hoped that with the presence of
this web magazine, it will gladden and help students learn mathematics field exist
beyond the classroom.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Projek 10
1.5 Kepentingan Projek 11
1.5.1 Pelajar 11
1.5.2 Guru 12
1.5.3 Sekolah 13
1.5.4 Ibu-bapa Dan Masyarakat 13
viii
1.6 Skop Dan Batasan Projek 14
1.7 Kerangka Teori Projek 15
1.8 Definisi dan Istilah 16
1.8.1 Internet 16
1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) 16
1.8.3 Laman Web 17
1.8.4 Majalah Web 17
1.8.5 Kerjaya Matematik 17
1.8.6 Tokoh Matematik 17
1.8.7 E-Pembelajaran 18
1.8.8 Pelajar 18
1.9 Penutup 18
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 E-Pembelajaran 21
2.2.1 E-Buku 23
2.2.2 E-Majalah 25
2.2.3 Kelebihan e-Pembelajaran 26
2.2.4 Kekurangan e-Pembelajaran 29
2.3 Keberkesanan Pembelajaran Matematik 30
2.4 Pendekatan Konstruktivisme Sosial 31
2.5 Perisian Bebas 33
2.6 Perisian Sumber Terbuka 35
2.6.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 40
2.7 Kerjaya Matematik 42
2.8 Tokoh Matematik 43
2.9 Penutup 45
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 46
ix
3.2 Kaedah Pelaksanaan 47
3.2.1 Analisis (Analysis) 48
3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 48
3.2.1.2 Ruangan Topik 50
3.2.1.3 Strategi Pelaksanaan 50
3.2.1.4 Kelebihan Laman Web 51
3.2.2 Rekabentuk (Design) 53
3.2.2.1 Perhatian (Attention) 54
3.2.2.2 Perkaitan (Relevance) 55
3.2.2.3 Keyakinan (Confidence) 55
3.2.2.4 Kepuasan (Satisfaction) 56
3.2.3 Pembangunan (Development) 56
3.2.3.1 Pembangunan E-Majalah Dunia
Matematik
61
3.2.3.2 Pembangunan Ruangan Kerjaya 71
3.2.3.3 Pembangunan Ruangan Tokoh 72
3.2.4 Perlaksanaan (Implementation) 72
3.2.5 Penilaian (Evaluation) 73
3.3 Penutup
75
4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB
4.1 Pengenalan 76
4.2 Bahan Majalah Web Dunia Matematik 77
4.3 Majalah Web Dunia Matematik 77
4.3.1 Pendaftaran dan Daftar Masuk 78
4.3.2 Paparan Home 79
4.3.3 Kerjaya 82
4.3.4 Tokoh 87
4.3.5 Paparan Skrin Edisi Lepas 89
4.3.6 Paparan Skrin Komen 90
4.3.7 Paparan Skrin Komuniti 92
x
4.3.8 Paparan Skrin Dunia Matematik 93
4.4 Hasil Penilaian Soal Selidik 94
4.4.1 Sikap Pelajar Terhadap Dunia Matematik 94
4.4.2 Sikap Pelajar Terhadap Ruangan Kerjaya 95
4.4.3 Sikap Pelajar Terhadap Ruangan Tokoh 96
4.4.4 Dunia Matematik Memberikan Maklumat
Tambahan
97
4.4.5 Majalah Dunia Matematik Menarik Minat 98
4.5 Penutup 99
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 101
5.2 Perbincangan 101
5.3 Kelebihan Majalah Web Dunia Matematik 103
5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 104
5.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa
Membangunkan Majalah Web Dunia Matematik
105
5.5.1 Pemilihan Tema Bulanan 105
5.5.2 Bahan Rujukan Untuk Artikel 105
5.5.3 Pemilihan Tokoh Yang Sesuai 106
5.5.4 Kekangan Masa 106
5.5.5 Capaian Internet 106
5.6 Cadangan 107
5.7 Kesimpulan 108
RUJUKAN 109
LAMPIRAN 110
xi
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 15
3.1 Rekabentuk Pembangunan Berdasarkan
Model ADDIE
47
3.2 Paparan Ruangan User Manager 62
3.3 Paparan Bahagian Menu Manager 63
3.4 Paparan bahagian Language Manager 64
3.5 Pemilihan Ikon Media Manager
Pada Panel Kawalan
65
3.6 Paparan Bahagian Media Manager 65
3.7 Langkah untuk penulisan dalam Section Manager 67
3.8 Langkah-langkah penulisan sinopsis dalam
Category Manager
69
3.9 Cara-cara memasukkan artikel dalam
ruangan Add New Article
71
3.10 Prosedur Penilaian 74
4.1 Skrin paparan home 78
4.2 Skrin paparan Register 79
4.3 Skrin Paparan Home 80
4.4 Carta Alir Dunia Matematik 81
4.5 Skrin Paparan Kerjaya Edisi Julai 2009 84
4.6 Skrin Paparan Kerjaya Edisi Januari 2010 85
4.7 Skrin Paparan Kerjaya Edisi Mei 2010 86
4.8 Skrin Paparan Tokoh Edisi Julai 2009 88
4.9 Skrin Paparan Tokoh Edisi Januari 2010 88
4.10 Skrin Paparan Tokoh Edisi Mei 2010 89
xii
4.11 Skrin Paparan Keluaran Lepas 90
4.12 Skrin Paparan Ruangan Menulis Komen 91
4.13 Skrin Paparan Komen 91
4.14 Skrin Paparan Komuniti 92
4.15 Skrin Paparan Dunia Matematik 93
4.16 Paparan Peratus Sikap Pelajar 94
4.17 Paparan peratus ruangan kerjaya membantu
pemilihan kerjaya dewasa kelak
95
4.18 Paparan peratus ruangan tokoh memberikan
inspirasi
96
4.19 Paparan Peratus Dari Sudut Memberi Maklumat 97
4.20 Paparan Peratus Majalah Dunia Matematik
Menarik Minat
98
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Perbezaan Laman Web Matematik 52
4.1 Tajuk Topik bagi Kerjaya berserta tema bulanan 83
xiii
SENARAI SINGKATAN
ADDIE - Analysis Design Development Implementation Evaluation
ARCS - Attention Relevant Confidence Satisfaction
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
CMS - Content Management System
ICT - Information and Communication Technology
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC - Multimedia Super Corridor
OSS - Open Source Software
OSI - Open Source Initiative
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9
R&D - Research and Development
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa kini kita dapat melihat negara sedang mengalami banyak
perubahan lebih-lebih lagi dalam usaha ke arah mencapai sebuah negara maju
seperti yang telah termaktub dalam Wawasan 2020. Bagi mencapai status sebuah
negara maju dalam tempoh yang ditetapkan, pelbagai keperluan baru terpaksa
dipenuhi. Oleh itu, komponen-komponen baru telah digubal serta diterapkan
dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.
Ekoran daripada perkembangan era teknologi kini, kerajaan telah
memperkenalkan Sekolah Bestari bagi menyahut Wawasan 2020 di samping
merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia. Pembinaan objektif Sekolah
Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana salah
satu objektifnya ialah meningkatkan mutu pendidikan di semua institusi
pendidikan samada sekolah, kolej, ataupun universiti dengan perkembangan
teknologi maklumat terkini (Hamidah, 2000).
2
Dalam era perkembangan teknologi yang pesat kini, terdapat pelbagai
pendekatan kreatif dan kritis yang mempengaruhi dan menyumbang dalam
bidang kehidupan manusia. Dengan ini, aspek teknologi telah diadunkan dalam
kurikulum sekolah sebagai satu usaha ke arah memupuk dan menyemai minat
serta sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi. Rohani Abdul Hamid
(1999) menyatakan bahawa Sekolah Bestari bertujuan melakukan perubahan
sistemik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah seharusnya berlaku perubahan dengan menggunakan teknologi terkini.
Latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan kepada guru Sekolah Bestari. Bagi
menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional, sistem
pendidikan Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari mengutamakan
perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif.
Teknologi terkini seperti internet akan digunakan untuk mengembangkan
peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa bagi meningkatkan kualiti
pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar
pembelajaran individu (Mohamad, 2001).
Ahli pendidik, ibu bapa, dan pelajar percaya, sekolah seharusnya
mengasimilasikan teknologi dalam kurikulum sekolah kerana ianya membantu
dalam meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Roblyer, Edwards dan Havriluk, 1997). Kementerian Pendidikan Malaysia
berpendapat satu saluran maklumat terkini melalui Internet perlu diwujudkan.
Justeru itu, ini menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia seiring
dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat. Sehubungan itu, satu
3
portal pendidikan iaitu MySchoolNet dibangunkan hasil lanjutan daripada idea
berkenaan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network merupakan satu
projek yang berkonsepkan “Pendidikan Melalui Internet”.
Portal ini menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti
pendidikan. Selain menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT
dan pengetahuan am, pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web adalah
fokus utama portal ini diwujudkan. Antara bahan yang disediakan merangkumi
bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti tutoran, maklumat
pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan sembang-
sembang, forum dan lain-lain lagi. Contoh-contoh portal pendidikan yang ada di
Malaysia adalah MySchoolNet, Mytutor dan sebagainya.
Kesimpulannya, menurut Davis dan Crowther (1996) tujuan
pembelajaran berbantukan teknologi adalah untuk meningkatkan kecekapan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan internet dan
komputer dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan. Menurut
Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003) menyarankan bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan
sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah penggunaan
komputer juga boleh merubah kepentingan dalam silibus matematik .
Konsep kelas matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dapat diwujudkan melalui penggunaan elemen seperti e-
pembelajaran malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat
kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e-
pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
4
rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi
kandungan, interaksi atau pemudahcara (Jaya Kumar, 2003).
Penggunaan alat elektronik terutamanya internet dan sistem rangkaian
merupakan konsep e-pembelajaran dianggap sebagai satu pengaruh dalam
membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Justeru itu, terdapat banyak
kewujudan laman web dalam internet yang merupakan sumber ilmu baru yang
semakin penting dalam pendidikan maya. Ia bersifat global dan boleh dicapai
atau dilayari di mana-mana sahaja. Ini merupakan suatu dimensi baru dalam
dunia pendidikan sejagat. Justeru itu, pembangunan majalah web Dunia
Matematik ini akan menggalakkan interaksi antara murid, guru dan ibu bapa
serta masyarakat secara berterusan.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar seringkali merasakan matematik adalah mata pelajaran yang sukar
difahami. Keadaan ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapatkan
keputusan yang baik terutamanya bagi pelajar di luar bandar. Perkara ini
disebabkan oleh kekurangan kemudahan pendidikan di peringkat awal
persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah. Lantaran itu, kesannya dapat
kita lihat para pelajar merasa takut dan tidak yakin untuk mempelajari
matapelajaran ini di peringkat institusi pengajian tinggi. Selain itu juga menurut
Mohammad Khatim, (2003) masalah-masalah dalam pendidikan Matematik di
Malaysia yang telah dikenalpasti ialah :
Kekurangan perisian pembelajaran matematik
Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi
Kaedah pembelajaran agak membosankan
Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini
Kini, situasi yang lebih hebat ialah para pelajar hanya belajar untuk
meluluskan diri mereka dalam peperiksaan sahaja. Jelas disini, sistem pendidikan
kita adalah lebih tertumpu kepada peperiksaan semata-mata. Perkara ini sama
sekali bercanggah dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan
pembelajaran inilah seharusanya dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa
yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan menyelesaikan masalah di
samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik
dan seimbang.
6
Selain itu juga, guru sering kali mengamalkan proses pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional iaitu pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan guru. Penglibatan yang aktif hanyalah kepada guru yang hanya
menyampaikan maklumat tanpa menglibatkan pelajar. Maka terjadilah proses
pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan agak membosankan
pelajar. Ini juga akan mengakibatkan pelajar menjadi kurang minat dan kurang
prihatin semasa sesi pengajaran. Pelajar perlu didedahkan kepada teknik-teknik
atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan
berkesan agar perkara ini dapat diatasi. Seharusnya, guru bukan sekadar
berperanan menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada
pelajar, tetapi mereka berperanan untuk mewujudkan komunikasi pelajar (Nik
Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian, penggunaan elemen seperti e-
pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan
sebagainya.
Salah satu bahan e-pembelajaran ialah majalah web Dunia Matematik.
Para pelajar boleh belajar mengikut cara mereka sendiri dengan menggunakan
majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan
pendidikan. Pelajar juga bebas daripada terikat dengan masa dan tempat apabila
menggunakan laman web ini. Pelajar boleh belajar bila-bila masa, di mana-mana
dan mengikut kadar masing-masing (Faisal, 2002). Penggunaan majalah web
Dunia Matematik ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan
bentuk pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran
aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran
berasaskan sumber dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran menggunakan
majalah web Dunia Matematik ini juga boleh berlaku di luar waktu kelas dan
ianya kaya dengan maklumat dan media.
7
Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini adalah berpusatkan
pelajar dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori
konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran
yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif (Faisal, 2002). Fokusnya
adalah kepada keupayaan pelajar untuk membina makna dan membentuk
pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web
Dunia Matematik kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Pendapat konstruktivisme menyatakan proses pembelajaran boleh ditingkatkan
jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar dan pelajar dilibatkan
secara aktif (Yusof, 1999).
Dalam mengharungi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran guru juga perlu bersedia selain daripada pelajar itu
sendiri. Ini adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan
sama ada dalam situasi bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru
memainkan empat peranan dalam pembelajaran berasakan web iaitu :
i. Peranan sebagai fasilitator
ii. Peranan sebagai pengurus
iii. Peranan sosial, dan
iv. Peranan sebagai penasihat teknikal.
Kualiti dan mutu pengajaran seseorang guru akan menjadi lebih baik
melalui penggunaan teknologi yang sesuai. Proses pengajaran yang
menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik merupakan
pengajaran yang berkesan. Jika media ini digunakan dengan perancangan yang
teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan sesuatu maklumat pelajaran
dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan teknologi seperti e-pembelajaran ini dapat
meringankan beban guru disamping menjimatkan masa. Masa yang diperlukan
adalah lebih singkat untuk menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan
8
bahan e-pembelajaran. Kesannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dapat diwujudkan.
Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini diwujudkan untuk
membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi
gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan
matematik serta kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu
alat yang penting dalam aktiviti pengurusan maklumat dan kehidupan harian
seperti perniagaan, perubatan, perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik
Aziz Nik Pa, 1995). Matematik juga merupakan alat kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web Dunia Matematik ini
bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai
sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan berkesan seterusnya membantu para
pelajar untuk menguasai matapelajaran matematik ini dengan baik.
Pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya yang meluas
dalam bidang matematik juga merupakan tujuan majalah web Dunia Matematik.
Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk
kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Bahana, situasi kini
yang telah membuatkan para graduan memilih bidang pendidikan sebagai
kerjaya mereka. Namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam
bidang lain seperti perubatan, sains komputer, kejuruteraan dan sebagainya.
Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang Matematik sangat meluas dan tidak
terhad kepada bidang pendidikan sahaja.
Selain itu juga, peranan yang ingin ditonjolkan dalam majalah web Dunia
Matematik ini ialah untuk memperkenalkan tokoh-tokoh Matematik yang ada di
negara ini dan negara-negara lain. Ini membolehkan para pelajar melihat dengan
9
lebih dekat kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh tokoh-tokoh ini berdasarkan
pencapaian mereka. Lantaran itu ianya dapat memberi galakan dan semangat
kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokoh-
tokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut
bersyukur kerana mempunyai tokoh-tokoh yang hebat, berjiwa besar dan
berpandangan jauh di negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk
mencapai kejayaan (Mingguan Malaysia, 11 November 2007).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
matematik, ia tidak hanya melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada
murid semata-mata, tetapi pelajar juga mestilah dilibatkan secara aktif di dalam
membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang
dipelajari (Zawawi, 2000). Penegasan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM) melalui KBSM bahawa guru-guru perlu mengembangkan
kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif
kefahaman matematik mereka.
Faktor penting dalam mempengaruhi kerjaya pelajar ialah tahap
pendidikan atau pencapaian akademik pelajar. Menurut kajian yang dijalankan
oleh Ooi Kok Hai dalam Rohany Nasir (2003), kebanyakan pelajar sekolah
menengah kurang mendapat pendedahan mengenai kerjaya. Jadi pelajar ini tidak
dapat menilai kepentingan sesuatu matapelajaran terutamanya matematik dalam
membina kerjaya mereka.
Menurut Dr. Ismail Ibrahim dalam Utusan Malaysia, 9 Mac 2003,
generasi muda kita mungkin hanya akan berfikir bahawa orang yang bernama
10
tokoh itu adalah orang yang berlakon filem, yang menjadi penghibur dan
penyanyi, yang bersukan dan sebagainya sahaja, sedangkan orang yang
cemerlang dalam ilmu pengetahuan itu merupakan tokoh yang harus dipuja
sebenarnya. Jika kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai matlamat
untuk berjaya dan mencintai ilmu matematik ini maka gambaran-gambaran
seperti ini seharusnya ditonjolkan.
Diharapkan dengan kewujudan majalah web Dunia Matematik ini, ianya
dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif supaya
pelajar dapat mendalami bidang Matematik yang pelbagai termasuk bidang
Kerjaya dan Tokoh Matematik.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek bagi Majalah Web Matematik ini ialah :
i. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan
kursus topik „Kerjaya Dalam Matematik‟.
ii. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan
kursus topik „Tokoh Matematik‟.
iii. Mengenalpasti prespektif guru pelatih terhadap ruangan “Tokoh” dan
“Kerjaya”.