PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) TAJUK PASTRI LAPIS, BERDASARKAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP). SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
33
Embed
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) TAJUK PASTRI LAPIS, BERDASARKAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN
MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP).
SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN:
JUDUL:
Saya
mengaku memTeknologi Ma
1. Tesis ada2. Perpustak
sahaja.3. Perpustak
tinggi.4. **Sila tan
_________(TANDAT
Alamat tetapLot 2716, JaKayu Ara P82010 PontiJohor Darul
Tarikh: 24 A
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER(PBK) TAJUK PASTRI LAPIS BERDASARKAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN
MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDATEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
SESI PENGAJIAN: 2005/2009
SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN(HURUF BESAR)
benarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universitilaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
lah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.aan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
aan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
dakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
* Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya iniadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh : 24 APRIL 2009
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) TAJUK PASTRI LAPIS, BERDASARKAN KURSUS ASAS
PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN
Tarikh : 24 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Sekalung Penghargaan ku titipkan,
Buat Ayah dan Ibu tercinta,
Atas segala jasa dan pengorbanan yang tak putus dicurahkan,
Pembakar semangat setiap masa
Demi mencapai cita-cita yang diimpikan.
Sekuntum Kasih
Buat keluarga yang tersayang.
Pendorong diwaktu aku lemah,
Terima kasih atas ketulusan yang telah diberikan.
Buat guru-guru dan warga pensyarah yang amat disanjungi
Pengorbanan dan jasa kalian tidak ternilai
Mendidik aku menjadi insan berguna
Buat sahabat seperjuangan yang dihargai,
Terima kasih atas segenap perkongsian ilmu dan cerita
Perjuangan kita masih jauh dihadapan
Moga kalian beroleh kejayaan di penghujungnya
Juga buat seluruh warga Fakulti Pendidikan UTM
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah segala kesyukuran diucapkan kepada Allah Subhanahu Wataala
serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wassalam kerana dengan limpah rahmat serta keredhaan dan keberkatannya sahajalah
saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan ilmiah ini.
Jutaan terima kasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Cik Sarimah
Binti Ismail yang telah memberikan saya ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam
menyempurnakan kajian ini sebaik yang mungkin. Sesungguhnya, tanpa dorongan,
sokongan, nasihat dan teguran dari beliau, belum tentu saya dapat menyempurnakan
penulisan ini dengan sebaiknya. Penghargaan juga diberikan kepada Penasihat
Multimedia, Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Mohd Sidek yang telah memberikan
sedikit sebanyak input dan bantuan dalam pembangunan perisian ini. Penghargaan juga
diberikan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga serta rakan-rakan seperjuangan 4
SPH yang juga membantu dalam menyiapkan penulisan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih diberikan kepada adik-adik 1 SPH sesi
2008/2009 yang membantu dalam penilaian perisian yang dibangunkan serta semua
warga universiti dan mereka yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam
menyiapkan penulisan ini.
Sekian , wassalam.
v
ABSTRAK
Dalam bidang pendidikan, penggunaan perisian multimedia telah mula
diperkenalkan di peringat sekolah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Penggunaan
perisian multimedia ini merupakan salah satu alternatif yang boleh digunapakai dalam
menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar. Ia juga menggunakan konsep
pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran mengikut
masa yang dikehendaki. Sejak kebelakangan ini banyak pihak termasuk guru-guru
sekolah bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia juga sering mengalu-alukan
penggunaan teknologi multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah.
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu kaedah pembelajaran yang
boleh diketengahkan penggunaannya. Oleh itu, objektif projek ini ialah untuk membina
sebuah perisian PBK bertajuk “Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Tajuk Pastri Lapis, berdasarkan kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tahun
satu Program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)” Proses
pembinaan perisian PBK ini mengambil model ADDIE yang mengandungi proses
analisis keperluan, reka bentuk perisian, pembangunan perisian, pelaksanaan dan
penilaian serta pengujian. Di dalamnya juga terdapat panduan pembinaannya di samping
beberapa teori pendidikan. Proses pembinaannya merangkumi perisian Authorware 7.1,
perisian SwishMax serta perisian tambahan lain. Perisian ini membolehkan seorang
belajar tanpa bimbingan pengajar mengikut masa dan tempat yang sesuai dengan
kehendak mereka sendiri. Adalah diharapkan perisian ini dapat digunakan sebagai satu
alat pembelajaran kendiri serta meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam kursus
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan khususnya dalam topik Pastri Lapis. Antara
kandungan yang terdapat dalam perisian ini termasuk Pengenalan Pastri, Langkah
menyediakan pastri lapis, video penyediaan pastri dan uji minda.
vi
ABSTRACT
In the field of education, the use of multimedia software has been introduced
from primary school up to higher level as an alternative in conveying the subject matters
to students. It uses a self-learning concept allows students to do revision for the subject
matters at their own time and pace. Lately, societies including teachers and even
Ministry of Education have encouraged the use of multimedia technology in the process
of teaching and learning in classroom. Computer Aided Learning (CAL) is one of the
learning methods which could be implemented. Therefore, the objective of this project is
to create CAL software for the of Basic Food Preparation and Nutrition, titled
“Computer Base Learning Software Development (CBL) Puff Pastry based on subject
syllabus “Basic Food Preparation and Nutrition year one, course Bachelor of
Technology with Education (Living Skills)”. This CAL software was built base on
ADDIE models which includes need-analysis process; software design, development
and testing; implementation and evaluation. It also includes guides on its development
and some education theories. Several programming engines have been used in this
project mainly Authorware 7.1 and SwishMax. This CAL software would enable
students to self learn without the presence of instructor at their own time. We hope that
this software would be beneficial in assisting students to improve their understanding
thus improving their achievement in the course Basic Food Preparation and Nutrition.
The content of this CBL included Introduction of Pastry, Step to do the puff pastry,
Video preparation of Puff Pastry and evaluation
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI` iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
PETUNJUK CARTA ALIR xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
viii
BAHAGIAN SATUPENGENALAN
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif PBK 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Objektif Perisian 11
1.7 Skop Perisian 12
1.8 Kepentingan Perisian 13
1.9 Definisi Istilah 13
1.9.1 Perisian 14
1.9.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14
1.9.3 Komputer 14
1.9.4 Pastri 15
1.9.5 Kepintaran Buatan 15
1.9.6 Multimedia 15
ix
BAHAGIAN DUASOOTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Pengenalan Kepada PBK 17
2.3 Perkembangan (PBK) di Malaysia 20
2.4 Jenis-jenis PBK 21
2.4.1 Latih Tubi 21
2.4.2 Tutorial 22
2.4.3 Permainan Pendidikan 23
2.4.4 Simulasi 23
2.4.5 Penyelesaian Masalah 24
2.5 Teori Pembelajaran 25
2.5.1 Teori Tingkah Laku 26
2.5.2 Teori Konstruktivisme 29
2.5.3 Teori Kognitivisme 31
2.5.4 Teori Andragogi 31
2.5.5 Teori Minimal 32
2.6 Strategi PBK dan Contoh Aplikasinya 33
2.6.1 Penerangan tertumpu 34
2.6.2 Penglibatan aktif 34
2.6.3 Eksposisi atau ‘Direct Instruction’ 35
2.6.4 Tugasan yang pelbagai dan konsisten 36
2.6.5 Pembelajaran Koperatif 37
2.6.6 Pembelajaran Kendiri 38
2.6.7 Masteri 38
x
2.6.8 Analisis 39
2.6.9 Strategi Pemetaan Konsep 40
2.6.10 Perbincangan 40
2.6.11 Melalui Rujukan Terancang 41
2.7 Kelebihan PBK 41
2.7.1 Menarik dan Menyeronokkan 42
2.7.2 Maklum balas serta merta 42
2.7.3 Mudah Alih 42
2.7.4 Pengajaran Individu dan Berulang kali 43
2.7.5 Interaktif 43
2.7.6 Melibatkan Penggunaan Lebih dari Satu
Deria 43
2.8 Kekurangan PBK 44
2.8.1 Tertakluk kepada Kemudahan
Perkakasan dan Perisian 44
2.8.2 Masa Pembangunan Tinggi 44
2.8.3 Kepakaran Tinggi 45
2.8.4 Kos Tinggi 45
2.8.5 Terlalu Menyeronokkan 46
2.9 Multimedia 46
2.9.1 Teks 47
2.9.2 Grafik 47
2.9.3 Audio 47
2.9.4 Video 48
2.9.5 Animasi 48
2.9.6 Hiperteks 49
2.9.7 Hipermedia 49
xi
BAHAGIAN TIGAREKA BENTUK PERISIAN
BAB III REKA BENTUK PERISIAN 50
3.1 Pendahuluan 50
3.2 Perancangan Reka Bentuk 50
3.2.1 Analisis 52
3.2.2 Reka Bentuk 52
3.2.3 Pembangunan 52
3.2.4 Pelaksanaan 53
3.2.5 Penilaian 53
3.3 Cara Pelaksanaan 54
3.4 Pembinaan Carta Alir 54
3.5 Perkakasan dan Perisian Yang Digunakan 56
3.5.1 Perkakasan Yang Digunakan 56
3.5.2 Perisian Yang Digunakan 57
3.5.2.1 Teks 58
3.5.2.2 Grafik 58
3.5.2.3 Audio 59
3.5.2.4 Video 59
xii
BAHAGIAN EMPAT
PEMBANGUNAN PERISIAN
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 60
4.1 Pendahuluan 60
4.2 Kandungan Perisian 60
4.2.1 Tajuk Perisian 61
4.2.2 Pendaftaran Pengguna 62
4.2.3 Intro Perisian 63
4.2.4 Menu Utama 64
4.2.5 Pelajaran 65
4.2.5.1 Pengenalan 66
4.2.5.2 Fungsi Pastri 67
4.2.5.3 Jenis-jenis Pastri 67
4.2.5.4 Bahan 68
4.2.5.5 Penyediaan 69
4.2.5.6 Peringatan 72
4.2.6 Galeri 73
4.2.7 Uji Minda 76
4.2.7.1 Soalan Objektif 76
4.2.7.2 Soalan Subjektif 78
4.2.8 Maklumat Perisian 80
4.2.8.1 Objektif Pembelajaran 81
4.2.8.2 Penghargaan 82
4.2.8.3 Panduan Penggunaan 84
4.2.8.4 Matlamat Perisian 84
4.2.8.5 Pembangun Perisian 85
xiii
4.2.9 Keluar Ke Windows 86
4.3 Pempakejan Perisian 87
4.4 Penilaian Perisian 88
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 96
5.1 Pengenalan 96
5.2 Perbincangan 96
5.2.1 Penguasaan Yang Menyeluruh Terhadap
Proses Pembangunan Perisian PBK 97
5.2.2 Instrumen dan Elemen-elemen dalam
Pembangunan Perisian 98
5.3 Kekuatan Perisian yang Dibina 99
5.4 Kelemahan Perisian yang Dibina 100
5.5 Cadangan 101
5.5.1 Pembangunan Perisian Menggunakan Dwi Tulisan 101
5.5.2 Pembangunan Perisian Dihasilkan Dalam tajuk
Pembelajaran yang Pelbagai 102
5.5.3 Pendedahan Lebih Meluas Kepada Guru Dalam
Pembangunan PBK 102
5.5.4 Sumber Rujukan Pembangunan Perisian 103
5.5.5 Pembangunan Projek Dilakukan Secara
Berkumpulan 103
5.6 Kesimpulan 103
BIBLIOGRAFI 106LAMPIRAN 109
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Edaran Soal Selidik Latar Belakang Masalah 5
1.2 Analisis Keperluan PBK Pastri Lapis 6
3.1 Simbol Carta Alir 55
4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 90
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 90
4.3 Penilaian Keselesaan Pengguna 91
4.4 Membantu Pelajar Memahami Pastri Lapis 91
4.5 Penilaian Kesesuaian Rekabentuk Antaramuka 92
4.6 Penilaian Kesesuaian Rekabentuk Interaksi 93
4.7 Penilaian Motivasi 93
4.8 Bahagian Yang Paling Diminati 94
4.9 Bahagian Yang Kurang Diminati 94
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model ADDIE 51
4.1 Paparan Muka Hadapan 61
4.2 Paparan Pendaftaran Pengguna 62
4.3 Paparan Aluan Pengguna 63
4.4 Paparan Intro 63
4.5 Paparan Menu Utama 64
4.6 Paparan Menu Pelajaran 65
4.7 Paparan Menu Pengenalan 66
4.8 Paparan Fungsi Pastri 67
4.9 Paparan Jenis-jenis Pastri 67
4.10 Paparan Bahan Asas Pastri 69
4.11 Paparan Penyediaan 70
4.12 Paparan Peringatan 72
4.13 Paparan Menu Galeri 73
4.14 Paparan Galeri Gambar 73
4.15 Paparan Galeri Video 74
4.16 Paparan Video Pastri Lapis 75
4.17 Paparan Galeri Video Ditamatkan 75
4.18 Paparan Uji Minda 76
4.19 Paparan Bahagian Objektif 77
4.20 Paparan Respon Jawapan Betul dan Jawapan Salah 78
4.21 Paparan Bahagian Subjektif 79
xvi
4.22 Paparan Respon Masa Tamat Soalan Subjektif 80
4.23 Maklumat Perisian 81
4.24 Paparan Objektif Pembelajaran 82
4.25 Paparan Penghargaan 83
4.26 Paparan Panduan Penggunaan 84
4.27 Paparan Matlamat Perisian 85
4.28 Paparan Pembangun Perisian 86
4.29 Paparan Keluar 87
xvii
SENARAI SINGKATAN
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
ABM - Alat Bantu Mengajar
CD - Compact Disc atau Cakera Padat
CAL - Computer Aided Learning atau PBK
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
FPN - Falsafah Pendidikan Nasional
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ICT - Information Communication Technology atau
Teknologi Informasi dan Komunikasi
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
xviii
PETUNJUK CARTA ALIR
1. Skrin Pengenalan
2. Pendaftaran Pengguna
3. Aluan Pengguna
4. Intro
5. Menu Utama
6. Pelajaran
7. Galeri
8. Uji Minda
9. Maklumat Perisian
10. Tajuk Pengenalan
11. Tajuk Kegunaan
12. Tajuk Jenis
13. Tajuk Bahan
14. Tajuk Penyediaan
15. Tajuk Peringatan
16. Galeri Gambar
17. Galeri Video Penyediaan Pastri Lapis
18. Paparan Soalan Objektif
19. Paparan Soalan Subjektif
20. Paparan Objektif Pembelajaran
21. Paparan Maklumat
22. Paparan Panduan
23. Paparan Penghargaan
24. Paparan Pembangun
25. Keluar Perisian
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir 106
B Soal Selidik Latar Belakang Masalah 107
C Borang Penilaian Perisian Multimedia (Pelajar) 111
20
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi
dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd, 1995).
Kewujudan multimedia yang mengabungkan pelbagai bentuk media ini sedikit sebanyak
telah mempengaruhi serta memberi kesan terhadap kandungan dan kurikulum setiap
matapelajaran samada di sekolah mahupun institut pengajian tinggi. Tugas guru-guru
masa kini juga semakin mencabar, di mana pembelajaran secara konvensional
(berasaskan ‘talk and calk’) telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya
pembelajaran yang dilengkapkan dengan kemudahan komputer. Walau bagaimanapun
tugas dan tanggungjawab daripada pensyarah masih diperlukan sebagai perantara antara
pelajar dengan mata pelajaran”. (Harian Metro, Selasa, 3 Julai 2001: A5). Multimedia
berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep
dengan cepat dan mudah. (Brown & Bush (1992), Toh & Ng (1994), Rio & Kasiran
(1994), serta Baharuddin & Mohd (1995))
21
Kaedah konvensional terlalu bergantung kepada kehadiran tenaga pengajar serta
bahan-bahan rujukan lain untuk memahami setiap proses, langkah demi langkah.
Keadaan ini telah membataskan peningkatan tahap kefahaman pelajar. Dengan adanya
sistem pembangunan tutorial, selain dari dapat menarik minat belajar, ia juga dapat
membantu pelajar untuk belajar dengan cara kendiri pada bila-bila masa diperlukan
dalam keadaan sesi pembelajaran yang konsisten. Pelajar juga akan mengetahui prestasi
pembelajaran mereka dengan menjawab beberapa soalan sebagai menguji tahap
kefahaman mereka. (Mohd. Helmy Abd Wahab, Norlida Hassan, 2006)
Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik
Azis, 1989);
1. Pembelajaran tentang komputer, perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
a) memproses data penyelidikan
b) memproses perkataan
3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
a) pengaturan murid
b) PBK
PPBK ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran
buatan untuk membantu seseorang belajar (Jamaluddin, 1989). Mikrokomputer
digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program
yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau
perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).
22
Dalam PBK, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses
pengajaran sebenar dalam kelas, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan
pemudahcara. Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam PBK (Abd.
Rahman, 1995). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,
permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaludin, 1989).
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd, 1995).
Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar
memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Brown & Bush, 1992; Toh & Ng,
1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995).
Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan.
Antaranya iaitu;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali
Menurut Zulkifli Mohamed (1996), komputer mula diperkenalkan di negara
Malaysia dalam tahun 1966 di Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Akaun di Lembaga
Letrik Negara (LLN) dan jawatankuasa Pelabuhan Pulau Pinang. Di peringkat sekolah
(1983) pula, terdapat 70 buah sekolah dalam bandar yang mula menggunakan komputer.
Dalam masa kurang 3 tahun, menurut bancian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK) (1986), bilangan penggunaan komputer di sekolah meningkat melebihi tiga kali
ganda. Menurut jurnal Pendidikan Bistari dari laman Bahagian Teknologi Pendidikan
pula, statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah
23
dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara
8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui
rangkaian SchoolNet.
Terdapat tiga peringkat pembelajaran berbantukan komputer (PBK) seperti mana
yang dinyatakan oleh Robert Taylor (1980) iaitu pertama pembelajaran mengenai
komputer itu sendiri iaitu literasi komputer. Kedua komputer digunakan sebagai
medium memproses dan menyimpan segala data dan maklumat atau disebut sebagai
tool. Ketiga komputer adalah sebagai perantara dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Dengan demikian maka pembelajaran di dalam kelas telah
mencapai ke arah suatu tahap peningkatan kualiti pengajaran dan ia dilakukan
berdasarkan kemampuan pelajar.
Hal ini jelas menunjukkan negara Malaysia kini sudah ada titik-titik kemajuan
dalam penggunaan ICT secara meluas. Namun adalah diharapkan penggunaan komputer
yang meluas dalam bidang pendidikan pada masa sekarang menjadi penggerak bagi
merealisasikan impian negara dalam mewujudkan masyarakat berteknologi selari
dengan objektif Wawasan 2020 (Hairuddin Harun,1997).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah wajar
dilaksanakan agar sistem pendidikan Malaysia mampu untuk menghasilkan pelajar yang
bermutu. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
langsung dapat membantu pensyarah dalam mencapai objektif pengajaran. Dengan lain
24
perkataan penggunaan komputer akan dapat memberikan kesan besar kepada bidang
pendidikan. Penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di universiti kini tidak
terhad kepada mata pelajaran berteraskan sains dan teknologi sahaja. Kini mata
pelajaran berteraskan kemahiran seperti matapelajaran Asas Penyediaan Makanan dan
Pemakanan tahun satu kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
hidup) – SPH perlu turut diajar menggunakan teknologi PBK.
Menurut Mansur (1990) dalam kajian Ahmad Sukri (2003), pendidikan
berorientasikan pelajar atau pembelajaran pusatan pelajar adalah sangat dititik beratkan
dan diberi keutamaan dalam sistem pendidikan. Hasil kajian Chambers., 1983 pula telah
membuktikan bahawa, dalam sistem pengajaran berbantukan komputer, seseorang
pelajar dapat belajar dalam jangkamasa yang lebih pendek berbanding kaedah
pengajaran konvensional iaitu berasakan ‘talk and chalk’.
Pastri merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam sukatan matapelajaran
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tahun satu kursus Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) - SPH. Proses penyediaan pastri memerlukan
kemahiran, kesabaran dan juga ketelitian bagi menjamin kualiti hasil yang baik. Dalam