Top Banner
1 Pembangunan Mahasiswa Islam Melalui Kerangka Daie Ulama & Umara Ab. Halim Tamuri 1 & Mokmin Basri 2 Pendahuluan Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia (1 st WCOME) pada Mac 1977 di Mekah yang dihadiri sekitar 350 sarjana Islam seluruh dunia merupakan titik tolak mengembalikan semula kegemilangan pendidikan dalam masyarakat Islam (Ghulam 2000). Pelbagai resolusi penting telah dipersetujui bersama dari perkara asas iaitu memberikan makna pendidikan dalam Islam hinggalah kepada saranan yang berbentuk operasi dan tindakan. Antara saranan yang penting adalah penubuhan Universiti Islam dengan matlamat menawarkan kurikulum yang mengintegrasikan antara ilmu wahyu dan ilmu aqal. Selain merujuk 1 st WCOME, kertas ini juga merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 2025 (PPPMPT) agar perancangan dan pelaksanaan Pembangunan Mahasiswa Islam selari dengan kehendak agama dan Negara selain rujukan kitab dan sumber ilmiah yang lain. Persoalan Kajian 1 st WCOME menyatakan dengan jelas bahawa matlamat Pendidikan Islam iaitu "Realisasi pengabdian mutlak kepada Allah pada tahap individu, masyarakat dan umat manusia seluruhnya" (Ghulam 2000). Selain itu, PPPMPT 2015 – 2025 juga menegaskan tentang matlamat kerajaan Malaysia untuk melahirkan pelajar dan graduan yang seimbang antara Akhlaq dan Ilmu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
17

Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

Apr 03, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

1

Pembangunan Mahasiswa Islam Melalui Kerangka Daie Ulama & Umara

Ab. Halim Tamuri1 &Mokmin Basri2

Pendahuluan

Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia (1st WCOME) pada Mac 1977 di Mekah

yang dihadiri sekitar 350 sarjana Islam seluruh dunia merupakan titik tolak mengembalikan

semula kegemilangan pendidikan dalam masyarakat Islam (Ghulam 2000). Pelbagai resolusi

penting telah dipersetujui bersama dari perkara asas iaitu memberikan makna pendidikan

dalam Islam hinggalah kepada saranan yang berbentuk operasi dan tindakan. Antara saranan

yang penting adalah penubuhan Universiti Islam dengan matlamat menawarkan kurikulum

yang mengintegrasikan antara ilmu wahyu dan ilmu aqal. Selain merujuk 1st WCOME, kertas

ini juga merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 ­ 2025

(PPPM­PT) agar perancangan dan pelaksanaan Pembangunan Mahasiswa Islam selari dengan

kehendak agama dan Negara selain rujukan kitab dan sumber ilmiah yang lain.

Persoalan Kajian

1st WCOME menyatakan dengan jelas bahawa matlamat Pendidikan Islam iaitu "Realisasi

pengabdian mutlak kepada Allah pada tahap individu, masyarakat dan umat manusia

seluruhnya" (Ghulam 2000). Selain itu, PPPM­PT 2015 – 2025 juga menegaskan tentang

matlamat kerajaan Malaysia untuk melahirkan pelajar dan graduan yang seimbang antara

Akhlaq dan Ilmu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Page 2: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

2

Rajah 1: Atribut Pelajar dan Graduan

Walaupun matlamat telah ditunjukkan dengan jelas, namun apakah bentuk pendekatan,

strategi dan proses bagi melaksanakan saranan dan matlamat yang digariskan oleh 1st

WCOME dan PPPM­PT 2015 – 2025?

Justeru, kertas kerja ini mencadangkan satu kerangka yang boleh dilaksanakan oleh Institusi

Pengajian Tinggi Islam bagi membangunkan Mahasiswa masing­masing. Bagi tujuan itu,

beberapa model pembangunan mahasiswa dikaji terlebih dahulu bagi tujuan perbandingan

dan tanda aras.

Model Pembangunan Mahasiswa Universiti dan Pengkaji lain

Beberapa model pembangunan mahasiswa universiti dalam dan luar Negara dikenalpasti dan

dikaji. Antara komponen yang dikaji adalah matlamat, ciri, komponen dan proses yang

hendak ditunjukkan melalui model mereka.

Page 3: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

3

i. Emporia State University

Rajah 2: Emporia State University Co­Curricular Learning and Development Model

Emporia State University mengemukakan lima matlamat iaitu kecekapan amali, kognitif,

tanggungjawab sivik dan sosial, pencapaian akademik dan kebolehan Interpersonal dan

intrapersonal. Setiap satu matlmat melalui pula lapan kitaran proses seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 2.

ii. Marquette University

Page 4: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

4

Rajah 3: Marquette University Leadership Development Model

Marquette University mengemukakan satu model pembangunan kepimpinan yang

merangkumi tiga peringkat iaitu Individu, Kumpulan dan Komuniti seperti ditunjukkan dalam

Rajah 3. Setiap peringkat ditentukan nilai yang mahu dikeluarkan dari dalam diri pelajar.

iii. Yishun Junior College

Page 5: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

5

Rajah 4: Model Responsibility & Diversity in Active Leadership (RaDiAL)

Yishun Junior College mengemukakan satu model yang dinamakan RaDiAL bagi

membangunkan mahasiswanya sebagai seorang pemimpin. Model ini bermula dengan

komponen yang paling asas iaitu pembinaan karakter kepada pembangunan mahasiswa yang

seimbang hinggalah menjadi pemimpin yang bersedia untuk memimpin diperingkat global.

iv. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Rajah 5: Model Pembangunan Mahasiswa Transformasi Multidimensi

Page 6: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

6

Bagi membangunkan mahasiswa mereka, Universiti Teknologi Malaysia menggunakan satu

model yang dinamakan Model Pembangunan Mahasiswa Transformasi Multidimensi.

Individu Holistik yang ingin dikeluarkan melalui UTM adalah graduan yang mempunyai

perkembangan sosial dan personal, pencapaian akademik dan pembangunan kerjaya.

Matlamat ini dapat dihasilkan melalui sistem sokongan dan mentoring melalui bahagian dan

unit tertentu dalam struktur pentadbiran UTM. Selain itu, persekitaran dan budaya seperti

budaya pengetahuan, hubungan industri dan antarabangsa dijangka dapat membantu

melahirkan individu holistik di UTM.

v. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

UniMAP memperkenalkan model pembangunan modal insan yang dikenali Program Seven

Pillars yang merangkumi perkara di bawah:

1. Kursus Bina Negara (BTN)

2. Program Jalan Kaki Lasak

3. Program Bersama Komuniti ­ Bakti Siswa Perdana

4. Wacana Sosial

5. Bengkel Kepimpinan

6. Kursus Kemahiran Komunikasi

7. Kursus Etika Sosial.

Program Seven Pillars yang diwajibkan kepada semua pelajar UniMAP adalah merupakan

program kemahiran umum (generic skills) atau lebih dikenali sebagai kemahiran insaniah

yang dapat dijadikan wadah dalam pembinaan dan pembangunan mahasiswa yang

Page 7: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

7

mempunyai nilai dan ciri­ciri yang seimbang dari segi pembelajaran di bilik kuliah dan

pembangunan kendiri melalui kegiatan ko­kurikulum di luar bilik kuliah. Program ini sangat

berpotensi untuk dijadikan sebagai program pembangunan belia positif di peringkat Universiti

Malaysia Perlis (UniMAP) (Kamarudin et al. 2010).

vi. Universiti Sains Malaysia (USM)

USM memperkenalkan model pembangunan siswa dan siswi mereka melalui lapan teras

utama (Zaiyana 2014) iaitu;

a. Cinta akan universiti

b. Cinta akan negara/patriotisme/menghormati negara

c. Jati diri

d. Ketahanan diri

e. Bertemakan kelestarian

f. Kemahiran insaniah

g. Kerohanian

h. Keupayaan intelektual

vii. Model Sinergi Bersepadu

Prof. Madya Dr. Tajul Rosli dan Prof. Madya Dr. Nor’Aini Dan mengemukakan satu

cadangan model pembangunan mahasiswa berdasarkan Model Sinergi bersepadu yang mana

menurut mereka boleh menjadi asas pembentukan sahsiah dan peribadi setiap individu

supaya benar­benar baik. Peribadi dan sahsiah yang baik ini akan menjadi unit­unit yang

bermakna dalam pembinaan kehidupan yang sejahtera di peringkat global (Tajul & Nor’ Aini

2006).

Page 8: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

8

Rajah 6: Model Sinergi Bersepadu

viii. Pembangunan Modal Insan Holistik Pelajar (HSD)

Nurul Haerani & Ahmad Esa (2013) mencadangkan satu rangka modul Pembangunan Modal

Insan Holistik Pelajar (HSD) menerusi aktiviti kokurikulum politeknik dan dijangka boleh

digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Negara serta Jabatan Pengajian Politeknik

Malaysia bagi menghasilkan graduan yang berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi

kehendak pasaran dan memiliki daya saing yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) di samping merealisasikan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa

Dua (2011­2015).

Hasil kajian tersebut menjangkakan dapat memberikan perspektif yang berbeza bagi

menghasilkan siswazah berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi kehendak pasaran dan

memiliki daya saing yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Selain itu, kajian tersebut dapat memberi gambaran dalam penambah baikan kepada pihak

Jabatan Pengajian Politeknik dalam usaha menghasilkan graduan atau modal insan yang

Page 9: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

9

seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai

murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti unggul

(towering personality) dan holistik seterusnya meningkatkan keboleh pasaran mereka di alam

pekerjaan. Oleh kerana kajian ini masih diperingkat awal, tiada model yang ditunjukan.

Semua model pembangunan mahasiswa yang dibentangkan di atas kecuali model Tajul dan

Nor’ Aini (2006) merupakan model dari universiti yang tidak berteraskan Islam. Justeru

sudah pasti matlamat pembangunan mahasiswa mereka seperti yang ditunjukkan melalui

model berkenaan tidak menunjukkan perkaitan dengan Allah. Model Tajul dan Nor’ Aini

pula menunjukkan bagaimana mahasiswa perlu mengembangkan potensi mereka berdasarkan

kepada kekuatan spiritual iaitu Al­Quran dan As­Sunnah yang mana kekuatan ini seterusnya

disepadukan dengan komponen universial. Model Tajul dan Nor’ Aini hanya memberikan

penekanan pembinaan kekuatan dalaman namun tidak menunjukkan proses­proses luaran lain

yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan mahasiswa.

Carian dari laman sesawang Kolej, Kolej Universiti dan Universiti Islam tidak menemukan

Model pembangunan mahasiswa Institusi berkenaan. Sewajarnya input, proses dan matlamat

pembangunan mahasiswa Islam ditunjukkan melalui model yang mudah difahami dan

disediakan bagi capaian oleh mereka yang berminat terutama kepada mahasiswa mereka.

Mahasiswa dan ibu bapa mereka wajar mengetahuai bagaimanakah mereka atau anak mereka

dibentuk dalam universiti berkenaan. Seumpama membeli sebuah kereta yang gah dan rumah

yang indah, ia bermula dengan proses melihat model yang dipamerkan. Model yang indah

biasanya gambaran kepada keindahan sebenar kereta atau rumah yang ingin dimiliki.

Temuan kajian ini membuktikan bahawa adalah menjadi keperluan supaya satu model

pembangunan mahasiswa Islam disediakan bagi memberikan gambaran bentuk dan

bagaimana sesorang mahasiswa Islam dibentuk sehari pertama mereka menjejaki kaki ke

Universiti hinggalah langkah terakhir keluar sebagai seorang graduan. Justeru, kertas ini

mencadangkan satu model yang dijangka dapat digunakan sebagai asas kepada pembangunan

mahasiswa di Institusi masing­masing.

Page 10: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

10

Asas Pembangunan Model

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Islamabad pada tahun 1980 diakui sebagai

Universiti yang pertama menyahut saranan 1st WCOME 1977. Diikuti oleh Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditubuhkan pada tahun 1983 di Gombak. Umumnya,

penubuhan Kolej, Kolej Universiti dan Universiti Islam hampir disemua negeri di Malaysia

juga dengan matlamat yang sama iaitu Integrasi Ilmu.

Selain Universiti Islam, satu lagi organisasi yang mendokong dan menyambut saranan 1st

WCOME adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang diasaskan oleh

Profesor Ismail Al­Faruqi. Dalam 1st WCOME 1997, beliau juga menjadi Jawatankuasa

Pemandu dan bertindak sebagai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Berkaitan Sains Sosial.

Gerakan yang diasaskan beliau ini telah menerbitkan satu buku khusus berkaitan latihan

kepimpinan bertajuk “Panduan Latihan Bagi Petugas Islam” pada tahun 1991 yang

bermatlamat untuk melahirkan pemimpin Islam yang dinamik sebagai pelopor perubahan

sosial dengan memperoleh ilmu dan kebijaksanaan serta mengamalkan dakwah dengan

persepsi dan komunikasi yang menyakinkan dan efektif (Hisham Altalib 1991). Oleh itu,

faktor kepimpinan juga wajar diambil perhatian secara serius.

Dapat disimpulkan ada tiga komponen utama yang perlu ditangani oleh Kolej, Kolej

Universiti dan Universiti Islam iaitu:

1. Menawarkan kurikulum bersepadu bagi melahirkan graduan yang mahir dengan ilmunya

dalam ertikata lain, Universiti Islam berperanan melahirkan para ulama.

2. Melahirkan graduan yang dapat menggunakan ilmu yang ditimba untuk berperanan dalam

masyarakat melalui kerja­kerja dakwah.

3. Melahirkan graduan yang digilap potensi dan peribadi mereka agar menjadi pemimpin

yang baik di peringkat paling asas iaitu memimpin diri dan rumahtangga hinggalah

sebahagiannya berupaya menjadi pemimpin ummah Negara dan dunia.

Page 11: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

11

Justeru, kajian ini mencadangkan satu model yang mudah difahami dan praktikal bagi

mencapai matlamat pendidikan Islam seperti saranan 1st WCOME iaitu melahirkan para Dai’,

Ulama dan Umara.

Model Pembangunan Mahasiswa Melalui Kerangka Daie, Ulama dan Umara

Berdasarkan asas yang dibincangkan di atas, berikut adalah cadangan model pembangunan

mahasiswa Islam berteraskan Daie, Ulama dan Umara.

Rajah 7: Model Pembangunan Mahasiswa Islam Berteraskan Daie, Ulama dan Umara

Ciri­ciri Model

Page 12: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

12

1. Penentuan Stakeholder yang terlibat membentuk pembangunan mahasiswa di

Universiti.

Antara stakeholder yang terlibat membangunkan mahasiswa adalah Masjid/ Pusat Islam,

Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Bahagian Kediaman dan Timbalan Dekan

Pembangunan Mahasiswa di Fakulti.

2. Penetapan tujahan setiap Stakeholder yang dikenalpasti. Sebagai contoh, Masjid/

Pusat Islam menentapkan fokusnya untuk menganjurkan program bagi membantu

membangunkan ciri dan sifat daie dalam kalangan mahasiswa. Sementara itu Fakulti

fokus kepada pembangunan karakter dan personaliti mahasiswa.

3. Penentuan attribute Daie, Ulama dan Umara’.

Berikut adalah antara senarai attribute seorang Daie, Ulama dan Umara berdasarkan

pandangan sarjana Islam seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.

Daie Ulama Umara’

Dr. Abdul Karem Zaidan Imam Ghazali r.a. Syaidina Ali r.a

∙Berlaku benar ∙Mampu menanggungkesusahan

∙ Takut dan Taatlah Hanyapada Allah

∙ Sabar ∙Bersabar dengan kesulitan ∙ Cintai dan Kasihilah Rakyat/mereka yang dibawahnya

∙Kasih Sayang ∙Duduk dengan rasa hormatserta berkelakuan tenangketika bersama manusia.

∙ Lembut dan Rendah Hati

∙Merendahkan diri ∙Meninggalkan takbur di atassekalian hambaNya kecualiterhadap orang yang zalim.

∙ Hormati Keadilan dan HakAsasi

∙Bergaul dan beruzlah ∙Mencegah daripadakezaliman.

∙ Lindungi Hak SemuaGolongan

Page 13: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

13

Yusof Al­Qardhawi (1983) ∙Memilih tawaduk padaperhimpunan dan pada majlisorang ramai

∙ Jaga Hubungan Baik denganRakyat/ orang bawahan

∙Memiliki Ilmu pengetahuanIslam

∙Meninggalkan gurau­sendadan bermain­main

∙ menjaga Anak Yatim

∙Memiliki pengetahuan sejarah ∙ Tidak mengasingkan/memencilkan Diri

∙ Pengetahuan bahasa dankesusasteraan

Khaliq & Rodrigue (2011)

∙ Pengetahuan tentang ilmukemanusian

∙ Sabar

∙ Pengetahuan ilmiah ∙ Fasih/ Pintar

∙ Pengetahuan tentang realiti didunia Islam, antarabangsa dll

∙ kemurahan

Jadual 1: Senarai Attribute Seorang Daie, Ulama dan Umara

4. Menentukan niche dakwah bagi setiap kelab/persatuan.

Penentuan ini perlu dilakukan agar tiada mana­mana bidang dakwah yang tercicir dari

usaha dakwah. Setiap persatuan memilih bidang dakwah tersendiri disamping program

khusus untuk kelab/persatuan masing­masing. Jadual 2 menunjukkan bidang dakwah

yang perlu dilaksanakan melalu kelab/Persatuan.

1. Aktivis Alam Sekitar 10. Penagih dadah 19. Golongan muallaf

2. Rumah Orang tua 11. Setinggan 20. Bersama Pelarian sepertiEtnik Rohingya, dll

3. Golongan gelandangan 12. Dakwah pembantu rumah 21. Kanak2 autisme

4. Anak yatim 13. Dakwah pekerja pembinaan 22. Seni budaya

Page 14: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

14

5. Remaja hamil luar nikah 14. Pelajar istimewa 23. Khazanah manuskrip bangsa

6. OKU ­ Cacat Penglihatan 15. Pelajar lemah 24. Kanak­kanak HIV

7. OKU ­ Cacat pendengaran 16. Bencana alam 25. Pelajar lemah

8. OKU2 lain 17. Dakwah Pesakit di hospital 26. Ibu tunggal

9. Golongan Pelacur 18. Juvana 27. Orang Asli

Jadual 2: Bidang dakwah

5. Wakaf sebagai Governance Universiti berdikari seperti saranan ke­5 dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025.

6. Kebajikan Pelajar juga perlu diambil berat dengan menyediakan tabung bantuan khas

seperti tabung infaq pelajar.

7. Latihan dan jaringan daie dan Umara di peringkat Universiti, kebangsaan dan

antarabangsa. Antara jaringan yang boleh diterokai oleh pelajar adalah The

International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO) di peringkat

antarabangsa.

8. Mewujudkan Biah Solehah dalam kampus universiti melalui badan dakwah seperti

BADAR, serta penguatkuasaan peraturan oleh Bahagian Keselamatan.

9. Penawaran sukan Sunnah iaitu berkuda, memanah dan berenang dalam bentuk

kokurikulum atau kelab.

10. Usrah, Mentoring dan Islah diri bagi membentuk peribadi mahasiswa yang berakhlaq

mulia.

11. Prasarana yang baik dan menyokong pembangunan pelajar seperti kelas pengajian,

makmal, kemudahan Teknologi Maklumat, padang permainan dan lain­lain.

Page 15: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

15

12. Infostruktur juga perlu disediakan semaksimum mungkin melalui kerjasama

perpustakaan dalam IPTIM.

Beberapa cadangan Pelaksanaan Model

Bagi membantu merealisasikan pelaksanaan model ini, berikut disenaraikan beberapa

cadangan untuk dilaksanakan melalui Persidangan Meja Bulat Pertama Rektor­Rektor Institut

Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) dan penubuhan Asean Islamic Universities

Association.

1. Mewujudkan rangkaian kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui penubuhan

Sekretariat Pembangunan Mahasiswa di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Islam

Malaysia (IPTIM).

2. Melaksanakan program pertukaran pelajar dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi

Islam Malaysia (IPTIM).

3. Mewujudkan rangkaian kerjasama dan dan pertukaran mahasiswa melalui penubuhan

Sekretariat Pembangunan Mahasiswa di peringkat ASEAN.

4. Mewujudkan rangkaian kerjasama dan dan pertukaran mahasiswa melalui penubuhan

Sekretariat Pembangunan Mahasiswa di peringkat dunia melalui International Islamic

Federation of Student Organizations (IIFSO).

5. Menubuhkan Persidangan Perpustakaan­Perpustakaan IPTIM seperti juga PERPUN

(Persidangan Perpustakaan­perpustakaan Universiti dan Negara) bagi menambahkan

lagi bilangan koleksi yang boleh dipinjam oleh mahasiswa.

Penutup

Model Pembangunan Mahasiswa Islam Holistik merupakan model yang dimerujuk kepada

saranan Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia (1st WCOME) pada Mac 1977 di

Mekah dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025

sebagai asas penting matlamat pendidikan Islam.

Page 16: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

16

Model ini dicadangkan supaya diperhalusi di peringkat Kolej, Kolej Universiti atau Universiti

masing­masing dengan penambahan dan pengubahan berdasarkan pendekatan

masing­masing. Semoga semua pelajar yang dikeluarkan melalui Kolej, Kolej Universiti atau

Universiti Islam merupakan mahasiswa yang holistik yang menjalankan kerja­kerja dakwah,

memiliki ilmu yang mantap sebagai permulaan menjadi Ulama dengan memiliki peribadi dan

karakter seorang Umara’.

Rujukan

Abdul Karem Zaidan. 1997. Dasar­Dasar Ilmu Da'wah. Dewan Pustaka Fajar. Shah Alam.

Ghulam Nabi Saqeb. 2000. Some Reflections on Islamization of Education Since 1977Makkah Conference: Accomplishments, Failures and Tasks Ahead. IntellectualDiscourse. Vol 8, No 1, pg 45­68.

Imam Ghazali. Bidayah al­Hidayah (Abu Ali Al­Banjari An Nadwi Terj.). 1995 PenerbitPustaka Darussalam Sdn. Bhd. Alor Star.

Kamarudin Hussin, Mohammad Rezal Hamzah, Suffian Hadi Ayub, Suraiya Ibrahim,Norizah Ahmad. Program Seven Pillars : Satu Model Pembangunan MahasiswaSeimbang. Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) ­ 29 March 2010.https://www.researchgate.net/publication/261367628_Program_Seven_Pillars__satu_model_pembangunan_mahasiswa_seimbang [5 April 2015].

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025.

Khaliq Ahmad & Rodrigue Fontaine. 2011. Islamic Leadership at the International IslamicUniversity Malaysia. International Journal of Economics, Management and Accounting19, no. 2 (2011): 121­35.

Muḥammad ibn al­Ḥusayn Sharīf al­Raḍī, Muhammad Hasyim Assagaf. 1999. Puncakkefasihan (Terjemah kitab Nahjul­Balaghah). Penerbit Lentera Basritama.

Nurul Haerani Mohamad & Ahmad Esa. 2013. Pembangunan Modal Insan Holistik PelajarMenerusi Aktiviti Kokurikulum. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2013.11­12 November 2013. Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah Pulau Pinang.Anjuran IPG Kampus Darulaman & Universiti Sains Malaysia.

Tajul Rosli & Nor’Aini Dan. 2006. Pembangunan Mahasiswa Berdasarkan Model SinergiBersepadu. dlm. Abdul Razak Ahmad Peny. Mahasiswa Abad 21. Penerbit Fakulti

Page 17: Pembangunan Mahasiswa Islam melalui Kerangka Daie, Ulama & Umara

17

pendidikan UKM.

Wan Izzuddin Wan Sulaiman; Altalib, Hisham; Nor Adnan Abdullah. 1992. Panduan latihanbagi petugas Islam. Kuala Lumpur Nurin Enterprise.

Yusuf Qardhawi. 1983. Kritik dan saran untuk para Da'i. Media Da'wah

Zaiyana. 2014. Pengenalan PIMPIN Siswa.http://bhepp.usm.my/index.php/sektor­utama/ppksp/pimpin­siswa. [5 April 2015]

Prof. Dato’ Dr. 1Ab. Halim bin Tamuri

Rektor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bandar Seri Putra,

43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

[email protected]

Dr. 2Mokmin bin Basri

Tim. Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bandar Seri Putra,

43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

[email protected]

Kertas kerja dibentang:

1st Roundtable Conference of Rectors of Islamic Higher Institutions Malaysia (IPTIM).

Sesi V, 24 ­ 26 April 2015, Labersa Grand Hotel & Convention Centre, Pekan Baru, Riau,Indonesia.