SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/1 4 Unit SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa. Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu). Menyatakan jenis–jenis aksesori dalam pemasangan Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/1
4
Unit
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK
OBJEKTIF AM
Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa.
Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu).
Menyatakan jenis–jenis aksesori dalam pemasangan
Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan
Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/2
4.0 LITAR PENGGUNA
Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama
pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi
melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus
ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik.
4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna
Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama
pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat
perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. Komponen-komponen
tersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh Rajah 4.1 di bawah:
1 2 3 4 5
Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan
1. Fius pemutus dan perangkai neutral
- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.
2. Meter kWj
- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.
3. Suis utama
- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan
4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus
- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar.
5. Papan agihan
- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.
kWj
INPUT
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/3
4.0.2 Litar Akhir
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik
terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah ;
a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan
bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak
melebihi daripada sepatutnya.
b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan
bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa
mengganggu litar lain.
c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang
lain.
4.0.3 Permintaan maksima
Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat
perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus
keseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.
4.0.4 Litar akhir bagi soket alur keluar
Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
a) Litar jejari
litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar
yang di hujung sekali.
b) Litar gelang
litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada punca
masukannya di papan fius agihan.
c) Sulur
merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.
4.0.5 Litar akhir lampu
Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban
lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban
penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan
dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.
4.0.6 Litar akhir alat pegun
Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh
disambungkan ke soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perlu
dipasang untuk beban tersebut.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/4
4.1 AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN
Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang
paling banyak digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga
aksesori digunakan untuk tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas
pintas atau arus bocor.
4.1.1 Suis
Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan
menyambung bekalan kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis
diantaranya ialah suis togol, suis satu hala, suis satu kutub dua hala, suis siling
dan lain-lain.
Rajah 4.2 : Suis
4.1.2 Soket alur keluar dan palam .
Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik
mudah alih. Soket alur keluar mempuyai dua atau tiga alur terminal manakala
palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai dua
atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. Saiz piawai bagi
peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A.
Rajah 4.3 : Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/5
4.1.3 Perlindungan Arus Lebihan.
Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daripada kadar
maksima yang dibenarkan. Ianya mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara
berikut ;
a) Lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban
lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara
mengejut pada peringkat permulaan penghidupan)
b) Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini
menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan
mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.