Page 1 of 8 PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK MENERUSI KAEDAH ‘SELF DECLARATION’ KEPADA PENGIMPORT SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 1. Selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang membenarkan beberapa sektor termasuk pembinaan meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pihak CIDB telah mengeluarkan tatacara berikut untuk dipatuhi oleh pengimport yang telah mendapat Surat Kebenaran Beroperasi daripada MITI. 2. Pengimport yang layak untuk beroperasi sepanjang tempoh ini perlu memenuhi kriteria berikut: i. Mengemukakan Surat Kebenaran Beroperasi dari MITI. ii. Mematuhi garis panduan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan oleh kementerian dan agensi berkaitan. iii. Menyediakan laporan pemeriksaan produk yang dilaksanakan oleh pengimport kepada pejabat CIDB. iv. Laporan pemeriksaan produk perlu diluluskan dan mendapat kelulusan penggunaan produk oleh CIDB terlebih dahulu sebelum pengimport dibenarkan mengguna/mengalih produk. 3. Laporan pemeriksaan disediakan dalam format PDF berwarna dan perlu lengkap dengan maklumat berikut: i. No. permohonan, no. kontena, no. seal, jenis produk, kuantiti keseluruhan produk, bilangan bundle, standard, gred, dimensi produk, nama pengilang, nombor PC/FTTR (Rujuk kepada kelulusan No. TPIB), deklarasi pengimport beserta dengan tandatangan dan cop syarikat. ii. Gambar nombor seal yang jelas (sekiranya berkenaan). iii. Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena (sekiranya berkenaan). iv. Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh pegawai CIDB berdasarkan gambar-gambar tersebut. v. Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat number/standard/gred/jenis/brand/model. vi. Setiap gambar yang digunakan dalam laporan perlu mempunyai tarikh pada gambar tersebut. vii. Contoh format Laporan Pemeriksaan Produk boleh dirujuk di bahagian Lampiran B.
8
Embed
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK MENERUSI KAEDAH · LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP Nama Syarikat: ..... No. Permohonan COA: .....
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1 of 8
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK MENERUSI KAEDAH
‘SELF DECLARATION’ KEPADA PENGIMPORT SEPANJANG TEMPOH PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
1. Selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang membenarkan beberapa sektor
termasuk pembinaan meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berlangsung, pihak CIDB telah mengeluarkan tatacara berikut untuk dipatuhi oleh
pengimport yang telah mendapat Surat Kebenaran Beroperasi daripada MITI.
2. Pengimport yang layak untuk beroperasi sepanjang tempoh ini perlu memenuhi kriteria
berikut:
i. Mengemukakan Surat Kebenaran Beroperasi dari MITI.
ii. Mematuhi garis panduan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan
oleh kementerian dan agensi berkaitan.
iii. Menyediakan laporan pemeriksaan produk yang dilaksanakan oleh pengimport
kepada pejabat CIDB.
iv. Laporan pemeriksaan produk perlu diluluskan dan mendapat kelulusan
penggunaan produk oleh CIDB terlebih dahulu sebelum pengimport dibenarkan
mengguna/mengalih produk.
3. Laporan pemeriksaan disediakan dalam format PDF berwarna dan perlu lengkap dengan
maklumat berikut:
i. No. permohonan, no. kontena, no. seal, jenis produk, kuantiti keseluruhan
produk, bilangan bundle, standard, gred, dimensi produk, nama pengilang,
nombor PC/FTTR (Rujuk kepada kelulusan No. TPIB), deklarasi pengimport beserta
dengan tandatangan dan cop syarikat.
ii. Gambar nombor seal yang jelas (sekiranya berkenaan).
iii. Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena (sekiranya berkenaan).
iv. Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut
permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh
pegawai CIDB berdasarkan gambar-gambar tersebut.
v. Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat
number/standard/gred/jenis/brand/model.
vi. Setiap gambar yang digunakan dalam laporan perlu mempunyai tarikh pada
gambar tersebut.
vii. Contoh format Laporan Pemeriksaan Produk boleh dirujuk di bahagian Lampiran
B.
Page 2 of 8
5. CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis
pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
6. Dengan bersetuju menerimapakai kaedah ini, pengimport bersetuju memastikan laporan
pemeriksaan yang disediakan adalah tepat dan benar pada masa laporan tersebut
dikeluarkan. Sebarang penipuan laporan pemeriksaan akan menyebabkan pengimport
berhadapan dengan tindakan undang undang oleh CIDB di bawah Akta 520 CIDB.
7. Semua urusan dilaksanakan menerusi dalam talian (online), emel CIDB & ePermit.
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke alamat emel di bawah.