Top Banner
BAHAGIAN 4 BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2 Bab 2 PELUPUSAN EKSHIBIT 1. OBJEKTIF Objektif SOP ini ialah untuk mewujudkan keseragaman dalam kaedah dan tatacara pelupusan ekshibit bagi kes-kes yang dikendalikan oleh Pegawai- Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 2. SKOP SOP ini hendaklah digunapakai oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam pelupusan ekshibit. 3. PROSEDUR / TATACARA 3.1 TEMPOH PELUPUSAN (a) Arahan untuk melupuskan ekshibit hendaklah diambil dalam tempoh30 hari selepas tamat tempoh rayuan (14 hari) dari tarikh perintahMahkamah dikeluarkan dan tidak melebihi 30 hari dari tarikh tamat tempoh rayuan. (b) Bagi pelupusan ekshibit secara jualan lelong / sebutharga / tender dan yang melibatkan agensi lain, tempoh 30 hari adalah terpakai selepas keputusan muktamad diterima dari agensi tersebut. 3.2 PROSEDUR PELUPUSAN Pelupusan ekshibit bagi sesuatu kes hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dan Sijil Pelupusan Barang-barang Rampasan Sebagaimana format dari Pengawal dan hendaklah dipastikan setiap label pengenalan,tag, penandaan dan sebagainya dihilangkan terlebih dahulu.
38

PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

Aug 29, 2019

Download

Documents

dinhphuc
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Bab 2

PELUPUSAN EKSHIBIT

1. OBJEKTIF

Objektif SOP ini ialah untuk mewujudkan keseragaman dalam kaedah dan tatacara pelupusan ekshibit bagi kes-kes yang dikendalikan oleh Pegawai- Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

2. SKOP

SOP ini hendaklah digunapakai oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam pelupusan ekshibit.

3. PROSEDUR / TATACARA

3.1 TEMPOH PELUPUSAN

(a) Arahan untuk melupuskan ekshibit hendaklah diambil dalam tempoh30 hari selepas tamat tempoh rayuan (14 hari) dari tarikh perintahMahkamah dikeluarkan dan tidak melebihi 30 hari dari tarikh tamat tempoh rayuan.

(b) Bagi pelupusan ekshibit secara jualan lelong / sebutharga / tender dan yang melibatkan agensi lain, tempoh 30 hari adalah terpakai selepas keputusan muktamad diterima dari agensi tersebut.

3.2 PROSEDUR PELUPUSAN

Pelupusan ekshibit bagi sesuatu kes hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dan Sijil Pelupusan Barang-barang Rampasan – Sebagaimana format dari Pengawal dan hendaklah dipastikan setiap label pengenalan,tag, penandaan dan sebagainya dihilangkan terlebih dahulu.

Page 2: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

A. KES DI BAWAH AKTA KAWALAN HARGA 1946

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan hasil deposit hendaklah dikembalikan kepada pemilik sah atau dijadikan hasil Kerajaan berdasarkan perintah Mahkamah.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(c) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Bagi ekshibit yang melibatkan Akaun Deposit, arahan hendaklah diperolehi daripada Mahkamah/Pengawal.

(c) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthak atau dilupuskan rujuk kepada Mahkamah. (Seksyen 14 Akta Kawalan Harga 1946)

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Ekshibit boleh dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita berdasarkan arahan Pengawal.

(b) Bagi maksud perenggan (a) di atas, ”ekshibit” termasuklah hasil deposit.

(c) Hasil deposit boleh dijadikan hasil Kerajaan atas perintah Mahkamah.

(d) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(e) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

Page 3: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Ekshibit hendaklah dirujuk ke Mahkamah (Seksyen 14(2) Akta Kawalan Harga 1946) bagi mendapatkan perintah Mahkamah. Jika Mahkamah memerintahkan Hasil Deposit atau barangan untuk dikembalikan hendaklah :-

• Jika pemilik sah dapat dikesan, ekshibit hendaklah dikembalikan.

• Sekiranya pemilik sah tidak dapat dikesan, rujuk ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah terhadap ekshibit. Tindakan pelupusan ke atas ekshibit berdasarkan perintah Mahkamah. Rujuk Seksyen 14(2) Akta Kawalan Harga 1946.

(b) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthak atau dilupuskan, rujuk kepada Mahkamah.

B. KES DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan hasil deposit hendaklah dikembalikan kepada pemilik sah atau dijadikan hasil Kerajaan berdasarkan perintah Mahkamah.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan. Ekshibit melibatkan Lesen Barang Kawalan hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen.

(c) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita. (Pengawal boleh meletakkan syarat sebelum pemulangan).

(b) Bagi ekshibit yang melibatkan Akaun Deposit, arahan hendaklah diperolehi daripada Mahkamah/Pengawal.

Page 4: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan. Ekshibit yang melibatkan Lesen Barang Kawalan hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen.

(d) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthakkan, rujuk kepada Mahkamah. (Seksyen 26(2) Akta Kawalan Bekalan 1961).

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Ekshibit boleh dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita berdasarkan arahan pengawal.

(b) Bagi maksud perenggan (a) di atas, ”ekshibit” termasuklah Hasil deposit.

(c) Hasil deposit boleh dijadikan hasil Kerajaan atas perintah Mahkamah.

(d) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan. Ekshibit yang melibatkan Lesen Barang Kawalan hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen.

(e) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

iv Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Ekshibit boleh dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita berdasarkan arahan pengawal.

(b) Bagi maksud perenggan (a) di atas, ”ekshibit” termasuklah Hasil deposit.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan. Ekshibit yang melibatkan

Page 5: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Lesen Barang Kawalan hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen.

(d) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthakan, rujuk kepada Mahkamah.

C. KES DI BAWAH AKTA SEWA BELI 1967

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

Ekshibit merupakan barangan atau dokumen hendaklah dikembalikan kepada pemilik (Owner) seperti mana kehendak Seksyen 55A Akta Sewa Beli 1967.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada Owner daripada mana ekshibit tersebut disita.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada Owner daripada mana ekshibit tersebut disita.

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA)

Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada Owner daripada mana ekshibit tersebut disita.

D. KES DI BAWAH AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

Page 6: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) Bagi ekshibit yang bukan merupakan barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(d) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melupuskan atau melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Jika ekshibit melibatkan kesalahan di bawah Peraturan Jualan Murah, ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Ekshibit selain daripada barangan perihal dagangan palsu hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(c) Bagi maksud perenggan (b) di atas, ”ekshibit” termasuklah Deposit.

(d) Bagi barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dilupuskan setelah mendapat arahan Pengawal.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Pihak Mahkamah

(a) Jika arahan yang khusus mengenai pelupusan ekshibit telah diberi, ekshibit berkaitan hendaklah dilupuskan sepertimana yang diperintah.

(b) Jika tiada arahan khusus mengenai pelupusan ekshibit diberi, ekshibit berkaitan hendaklah dirujuk kepada Pengawal.

(c) Berdasarkan kepada Perintah Mahkamah ekshibit boleh dilucuthak atau dikembalikan.

v. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Ekshibit hendaklah dirujuk kepada Pengawal (Seksyen 32 Akta Perihal Dagangan 1972). Sekiranya Pengawal

Page 7: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

tidak dapat membuat keputusan, ianya hendaklah dirujuk kepada Mahkamah. Jika Mahkamah memutuskan :-

• ekshibit dikembalikan maka barangan hendaklah

dikembalikan.

• ekshibit diserah kepada Kementerian, maka rujuk kepada Pengawal untuk arahan pelupusan.

E. KES DI BAWAH AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan alat timbangan atau sukatan, dan Mahkamah mengarahkan untuk dilupuskan, rujuk kepada Ketua Inspektor Timbang dan Sukat untuk arahan.

(b) Bagi alat timbangan atau sukatan yang tidak mematuhi perintah bentuk, hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthak, rujuk kepada Mahkamah (Seksyen 28A Akta Timbang dan Sukat 1972).

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan alat timbangan atau sukatan, sekiranya Mahkamah mengarahkan untuk dilupuskan hendaklah dirujuk kepada Ketua Inspektor Timbang dan Sukat untuk arahan.

Page 8: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) Bagi alat timbangan atau sukatan yang tidak mematuhi perintah bentuk, hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari selepas tempoh rayuan, ia hendaklah dimusnahkan.

(d) Sekiranya ada tuntutan daripada pemilik hendaklah merujuk kepada Mahkamah. (Seksyen 28A (1) hingga (7) Akta Timbang dan Sukat 1972).

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA)

(a) Bagi ekshibit yang merupakan alat timbangan atau sukatan, ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.

(b) Bagi alat timbangan atau sukatan yang tidak mematuhi perintah bentuk, hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 30 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

F. KES DI BAWAH AKTA HAKCIPTA 1987

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barangan artikel, dokumen dan salinan langgaran, ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

(b) Bagi ekshibit yang bukan merupakan salinan langgaran ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pemilik sah atau pun apa-apa jua arahan Pengawal.

(c) Bagi ekshibit yang merupakan perekaan (contrivance) seperti alat perakam video, televisyen, radio-kaset, pembesar suara, mesin fotostat, mesin cetak dan sebagainya, di mana boleh, hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

Page 9: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(d) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada tuntutan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

ii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Pihak Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barangan artikel, dokumen dan salinan langgaran, ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

(b) Bagi ekshibit yang bukan merupakan salinan langgaran ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pemilik sah atau pun apa-apa jua arahan Pengawal.

(c) Bagi ekshibit yang merupakan perekaan (contrivance) seperti alat perakam video, televisyen, radio-kaset, pembesar suara, mesin fotostat, mesin cetak dan sebagainya, di mana oleh, hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

(d) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada tuntutan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Jika tiada tuntutan, ekshibit dianggap dirampas setelah tamat tempoh 1 bulan kalender dan dirujuk kepada Pengawal.

(b) Jika ada tuntutan, rujuk kepada Pengawal untuk dirujuk ke Mahkamah untuk arahan. (Seksyen 54(1) hingga (7) Akta Hakcipta 1987.

G. KES DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Sekiranya Mahkamah mengarahkan untuk pelupusan, rujuk kepada Pengawal untuk arahan.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

Page 10: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Bagi maksud perenggan (a) di atas, ”ekshibit” termasuklah Hasil deposit.

(c) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthakkan, rujuk kepada Mahkamah.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, permohonan untuk dikembalikan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari.

(b) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthak ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal untuk arahan. (Seksyen 35 Akta Jualan Langsung 1993).

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA)

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barang-barangan, ekshibit hendaklah dikembalikan sebagaimana arahan Pengawal.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(c) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthak, rujuk kepada Mahkamah. (Seksyen 35 Akta Jualan Langsung 1993)

H. KES DI BAWAH AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barang-barangan dan Mahkamah mengarahkan untuk dilupuskan hendaklah merujuk kepada Pengawal untuk arahan.

Page 11: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, permohonan untuk dikembalikan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Bagi maksud perenggan (a) di atas, ”ekshibit” termasuklah Hasil Deposit.

(c) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthak, rujuk kepada Mahkamah.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, permohonan untuk dikembalikan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari.

(b) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthak ke atas ekshibit, hendaklah dirujuk kepada Pengawal untuk arahan. (Seksyen 131 Akta Pelindungan Pengguna 1999).

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA)

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barang-barangan, ekshibit hendaklah dikembalikan setelah mendapat arahan Pengawal.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

Page 12: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

I. KES DI BAWAH AKTA CAKERA OPTIK 2000

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barangan, artikel, optik, buku atau dokumen, ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

(b) Bagi ekshibit yang merupakan mesin dan peralatan yang berkaitan, di mana boleh, hendaklah dijual secara terus / lelong / sebutharga / tender dan dijadikan Hasil Kerajaan.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada tuntutan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

ii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Berdasarkan kepada Perintah Mahkamah ekshibit boleh dilucuthak atau dikembalikan.

(b) Sekiranya dilucuthak atau dikembalikan ekshibit hendaklah dirujuk kepada Pengawal untuk arahan.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Pengawal boleh mengarahkan untuk dilupuskan atau dikembalikan.

(b) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthakkan, rujuk kepada Mahkamah.

J. KES DI BAWAH AKTA KAWALAN HARGA & ANTI PENCATUTAN 2011

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

Page 13: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) Bagi ekshibit yang bukan merupakan barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(d) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melupuskan atau melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Jika ekshibit melibatkan kesalahan di bawah Peraturan Jualan Murah, ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Ekshibit selain daripada barangan perihal dagangan palsu hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(c) Bagi maksud perenggan (b) di atas, ”ekshibit” termasuklah Deposit.

(d) Bagi barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dilupuskan setelah mendapat arahan Pengawal.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Pihak Mahkamah

(a) Jika arahan yang khusus mengenai pelupusan ekshibit telah diberi, ekshibit berkaitan hendaklah dilupuskan sepertimana yang diperintah.

(b) Jika tiada arahan khusus mengenai pelupusan ekshibit diberi, ekshibit berkaitan hendaklah dirujuk kepada Pengawal.

(c) Berdasarkan kepada Perintah Mahkamah ekshibit boleh dilucuthak atau dikembalikan.

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Ekshibit hendaklah dirujuk kepada Pengawal (Seksyen 35 Akta Perihal Dagangan 1972). Sekiranya Pengawal

Page 14: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

tidak dapat membuat keputusan, ianya hendaklah dirujuk kepada Mahkamah. Jika Mahkamah memutuskan :-

• ekshibit dikembalikan maka barangan hendaklah dikembalikan.

• ekshibit diserah kepada Kementerian, maka rujuk kepada Pengawal untuk arahan pelupusan.

K. KES DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI PIRAMID 1993

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Sekiranya Mahkamah mengarahkan untuk pelupusan , rujuk kepada Pengawal untuk arahan.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Bagi maksud perenggan (a) di atas, ”ekshibit” termasuklah Hasil deposit.

(c) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthakkan, rujuk kepada Mahkamah.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Mahkamah

(a) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, permohonan untuk dikembalikan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari.

(b) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melucuthak ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal untuk arahan. (Seksyen 35 Akta Jualan Langsung 1993).

Page 15: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA)

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barang-barangan, ekshibit hendaklah dikembalikan sebagaimana arahan Pengawal.

(b) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untukdikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(c) Sekiranya ekshibit perlu dilucuthak, rujuk kepada Mahkamah. (Seksyen 35 Akta Jualan Langsung 1993)

L. KES DI BAWAH AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

i. Bagi Kes-Kes Yang Telah Disabitkan Kesalahan Oleh Mahkamah

(a) Bagi ekshibit yang merupakan barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dilupuskan sebagaimana arahan Pengawal.

(b) Bagi ekshibit yang bukan merupakan barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan.

(c) Jika ekshibit merupakan dokumen seperti resit, invois, perjanjian dan sebagainya, jika tiada permohonan untuk dikembalikan diterima dalam tempoh 14 hari, ia hendaklah dimusnahkan.

(d) Sekiranya Mahkamah memutuskan bagi melupuskan atau melucuthakkan ke atas ekshibit, rujuk kepada Pengawal.

ii. Kes-Kes Kompaun Yang Telah Dibayar

(a) Jika ekshibit melibatkan kesalahan di bawah Peraturan Jualan Murah, ekshibit hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(b) Ekshibit selain daripada barangan perihal dagangan palsu hendaklah dikembalikan kepada pihak daripada mana ekshibit tersebut disita.

(c) Bagi maksud perenggan (b) di atas, ”ekshibit” termasuklah Deposit.

Page 16: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(d) Bagi barangan perihal dagangan palsu ekshibit hendaklah dilupuskan setelah mendapat arahan Pengawal.

iii. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Sebagai Dilepaskan Dan Dibebaskan (A & D) Oleh Pihak Mahkamah

(a) Jika arahan yang khusus mengenai pelupusan ekshibit telah diberi, ekshibit berkaitan hendaklah dilupuskan sepertimana yang diperintah.

(b) Jika tiada arahan khusus mengenai pelupusan ekshibit diberi, ekshibit berkaitan hendaklah dirujuk kepada Pengawal.

(c) Berdasarkan kepada Perintah Mahkamah ekshibit boleh dilucuthak atau dikembalikan.

iv. Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Untuk Tidak Diteruskan Oleh Timbalan Pendakwaraya (NFA).

(a) Jika tiada tuntutan, ekshibit dianggap dirampas setelah tamat tempoh 1 bulan kalender dan dirujuk kepada Pengawal.

(b) Jika ada tuntutan, rujuk kepada Pengawal untuk dirujuk ke Mahkamah untuk arahan. (Seksyen 47(1) hingga (7) Akta Perihal Dagangan 2011.

6.3 CARA PELUPUSAN

A. Dimusnahkan

i. Bagi memusnahkan ekshibit jenis cecair atau pepejal yang boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar atau mana-mana agensi yang berkaitan.

ii. Selepas mendapat arahan daripada Pengawal/Timbalan Pengawal, IO/RO hendaklah merujuk ke UPE bagi proses perlaksanaan pemusnahan ekshibit.

Page 17: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

B. Dikembalikan

i. Akuan Pemulangan Barang/Cek Bayaran hendaklah disediakan oleh IO/RO.

ii. Kandungkan sesalinan Akuan Pemulangan Barang/Cek Bayaran ke dalam kertas siasatan sebagai dokumen.

C. Dijual

Apabila Pengawal membuat keputusan bahawa ekshibit hendaklah

dilupuskan dengan cara seperti dinyatakan di bawah:-

i. Jualan secara lelong; atau

ii. Jualan secara sebutharga; atau

iii. Jualan secara tender (rujuk Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (BKPK) kementerian, sekiranya prosedur ini digunakan)

D. Derma

Kaedah derma dibenarkan bagi sesuatu barang sitaan yang tidak dicadang untuk dibuat jualan atau pemusnahan. Barang yang dimaksudkan mungkin ada manfaatnya kepada sesuatu organisasi dan bukan bersifat komersial.

Contoh barang yang boleh didermakan adalah seperti yang berikut;

i. Barangan logam yang telah dilucuthak, contohnya kenderaan lama boleh didermakan kepada institusi-institusi pengajian tinggi;

ii. Barangan elektrik yang disahkan masih selamat untuk digunakan oleh Suruhanjaya Tenaga, boleh diderma kepada rumah-rumah kebajikan atau surau;

iii. Apa-apa barang keperluan domestik/ isi rumah yang tidak dicadangkan untuk dijual disebabkan barangan tersebut bernilai kecil;

iv. Sebarang barang sitaan yang melibatkan kes cap dagang atau hakcipta TIDAK DIGALAKKAN untuk dilupuskan secara derma.

Akuan penyerahan dan penerimaan derma hendaklah dikandungkan dalam Kertas Siasatan.

Page 18: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

6.4 PELUCUTHAKAN

A. Pelucuthakan hendaklah dilaksanakan dalam keadaan berikut:

i. Arahan Secara Umum Oleh Mahkamah

Jika di akhir pendakwaan sesuatu kes, Mahkamah memerintahkan ekshibit diserahkan kepada Pegawai Pendakwa atau Kementerian untuk pelupusan, Pengawal boleh mengarahkan untuk melucuthakkan ekshibit.

ii. Tiada Tuntutan Ke atas Barangan Yang Disita

Selepas selesai sesuatu siasatan dan pemilikan barangan dikenalpasti, Pegawai Penyiasat hendaklah memberi suatu notis kepada pemilik barangan tersebut untuk membuat tuntutan secara bertulis.

Jika tiada sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana orang atau agennya secara bertulis kepada Pengawal dalam tempoh 30 hari selepas notis dikeluarkan maka pelucuthakan boleh dilaksanakan dengan arahan Pengawal.

B. Ekshibit atau Barangan Yang Hendak Dilucuthak:

Pelucuthakan barang-barang hanya melibatkan ekshibit kenderaan, mesin dan jentera atau apa-apa barangan yang pemilikannya berdaftar secara sah.

C. Tatacara Pelucuthakan Barang-Barang:

i. Ekshibit atau barangan yang hendak dilucuthak hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Pengawal untuk mendapatkan perintah lucuthak dari Mahkamah.

ii. Suatu permohonan pelucuthakan barang-barang yang disita hendaklah dibuat secara bertulis kepada Mahkamah oleh Pegawai Penyiasat/Pegawai Serbuan.

iii. Apabila perintah pelucuthakan barang-barang diperolehi dari Mahkamah, proses melucuthakkan barang-barang hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

(a) Apabila ianya melibatkan kenderaan darat, hendaklah merujuk Peraturan Pemindahan Hak Milik (JPJ).

Page 19: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(b) Bagi kenderaan lain selain kenderaan darat, hendaklah dirujuk kepada agensi berkaitan dan Peraturan Pemindahan Hak Milik (agensi berkaitan).

(c) Bagi mesin dan jentera atau apa-apa barangan yang pemilikannya berdaftar secara sah, hendaklah dirujuk kepada agensi/pihak berkaitan dan Peraturan Pemindahan Hak Milik (JPJ).

6.5 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

A. ARAHAN PELUPUSAN

IO 1. Terima arahan PU/KU untuk mohon kelulusan pelupusan ekshibit.

2. Serah KS kepada KSPgk/KPPN/KPPD .

KSPgk/KPPN/KPPD 3. Terima KS dan arahkan PE mohon arahan pelupusan dari Pengawal

PE 4. Kemukakan Laporan Ringkas Bagi Permohonan Pelupusan Ekshibit Bagi Setiap Kes.

Lampiran 1 dan sediakan Sijil Ekshibit Lampiran 2 kepada Pengawal untuk mendapatkan kelulusan.

Pengawal 5. Keluarkan Sijil Pelupusan.

KSPgk/KPPN/KPPD 6. Terima arahan pelupusan ekshibit dan kandungkan Sijil Pelupusan Barang-barang Rampasan dalam KS.

7. Arahkan IO/RO/PE untuk tindakan.

B. PELUPUSAN SECARA DIMUSNAH

KSPgk/KPPN/KPPD 1. Arahkan IO/RO/PE untuk mulakan proses pemusnahan.

IO/RO/PE 2. Dapatkan bantuan agensi tertentu jika perlu. .

3. PE sediakan ekshibit pada tarikh pelupusan.

KSPgk/KPPN/KPPD 4. Rujuk KS kepada IO/RO/PE untuk semak KS dan arahan tutup

Page 20: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

PRK 5. Kemaskini KS, Buku Daftar KS dan cap seperti berikut:-

C. DIKEMBALIKAN:

i. PEMULANGAN EKSHIBIT KEPADA OKT/TUAN PUNYA

KSPgk/KPPN/KPPD 1. Terima Sijil Pelupusan dari Pengawal untuk pelupusan ekshibit secara dipulangkan kepada Okt/Tuan Punya.

2. Arahkan PU/KU untuk laksanakan arahan pelupusan ekshibit.

PU/KU 3. Terima Sijil Pelupusan dari KSPgk/KPPN/KPPD dan arahkan IO untuk laksanakan pelupusan ekshibit secara dipulangkan kepada Okt/Tuan Punya melalui minit di KS.

IO 4. Laksanakan arahan dengan maklumkan kepada OKT/Tuanpunya tarikh pemulangan ekshibit.

5. Buat permohonan kepada PE untuk keluarkan ekshibit dari stor.

PE 6. Keluarkan ekshibit dari stor dan serahkan kepada IO.

IO 7. Sediakan Akuan Pemulangan Barang / Cek Bayaran - Lampiran 5 dan sesalinan diserah kepada OKT/Tuan punya.

8. Serahkan ekshibit kepada OKT/Tuan punya.

9. Kandungkan sesalinan Akuan Pemulangan Barang/Cek Bayaran - Lampiran 5 dalam kertas siasatan.

10. Kemaskini dan kemukakan Kertas Siasatan kepada

Page 21: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

KSPgk/KPPD untuk arahan tutup KS.

KSPgk/KPPN/KPPD 11. Semak KS.

12. Jika tidak lengkap, kembalikan kepada IO untuk pembetulan.

13. Jika lengkap, arahkan PRK tutup KS.

PRK 14. Kemaskini Buku Daftar KS dan cap seperti contoh berikut:-

D. DIDERMAKAN:

KSPgk/KPPN/KPPD 1. Tandatangan Sijil Pelupusan.

2. Minitkan kepada IO untuk tindakan pelupusan.

IO 1. Terima Sijil Pelupusan daripada KSPgk/KPPN/KPPD untuk pelupusan ekshibit secara derma.

2. Tentukan pihak yang akan menerima barang untuk didermakan.

3. Mohon pengeluaran ekshibit dari stor.

PE 1. Terima permohonan pengeluaran ekshibit daripada IO.

2. Merekod dalam buku pengeluaran ekshibit untuk tujuan pelupusan.

3. Serahkan barang kepada IO.

IO 1. Laksanakan penyerahan barang kepada penerima.

2. Sediakan akuan serahan dan penerimaan yang lengkap (nama penuh penerima, nombor Kad Pengenalan, saksi,

Page 22: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

tarikh, dan masa).

3. Kandungkan dan foliokan dokumen-dokumen pelupusan dalam Kertas Siasatan.

4. Minitkan KS kepada KSPgk/KPPN/KPPD hasil tindakan yang telah dilaksanakan.

KSPgk/KPPN/KPPD 1. Minit KS untuk “Kemas Untuk Simpan (KUS)”.

ii. PEMULANGAN DEPOSIT

KSPgk/KPPN/KPPD 1. Terima Sijil Pelupusan dari Pengawal dan arahkan KU untuk pulangkan deposit kepada Okt/Tuan Punya selaras dengan arahan Sijil Pelupusan.

KU 2. Arahkan IO untuk laksanakan pemulangan deposit kepada Okt/Tuan Punya melalui minit di KS.

IO

3. Terima KS dan sediakan dokumen dan maklumat berikut kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan:-

(a) Nama & No. K/P OKT/Tuan punya.

(b) Alamat OKT/Tuan punya.

(c) Sesalinan minit arahan KS.

(d) Sesalinan resit kewangan Kew 38.

(e) Sesalinan Penyata Pemungut.

(f) Sesalinan Penyata/Akaun Bank.

KSPgk/KPPN/KPPD 8. Semak KS.

9. Jika tidak lengkap, kembalikan kepada IO untuk pembetulan.

10. Jika lengkap, arahkan PRK tutup KS.

PRK 11. Kemaskini Buku Daftar KS dan cap seperti contoh berikut:-

Page 23: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

IO 12. Terima KS dan sediakan maklumat dan dokumen-dokumen berikut kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan:

i. No. Daftar Kes.

ii. Sesalinan minit arahan KS.

iii. Sesalinan resit kewangan Kew 38.

iv. Sesalinan Penyata Pemungut.

v. Sesalinan Voucher Journal.

13. Dapatkan dokumen yang membuktikan deposit telah dipindahkan ke dalam Hasil Kerajaan dan semak dokumen tersebut.

14. Serah KS kepada KSPgk/KPPN/KPPD untuk arahan penutupan KS.

KSPgk/KPPN/KPPD 15. Semak KS.

16. Jika tidak lengkap, kembalikan kepada IO untuk pembetulan.

17. Jika lengkap, arahkan PRK tutup KS.

PRK 18. Kemaskini Buku Daftar KS dan cap seperti contoh berikut:-

Page 24: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

D. DIJUAL SECARA LELONG/SEBUTHARGA/TENDER

KSPgk/KPPN/KPPD 1. Terima KS dari KPPgk dan arahkan KU untuk melupuskan ekshibit secara dijual selaras dengan arahan Sijil Pelupusan.

KU 2. Arahkan IO untuk laksanakan arahan melupuskan ekshibit secara dijual melalui minit di KS.

I.O 3. Terima KS dari KU dan sediakan dokumen-dokumen berikut:

i. Sesalinan Laporan Ringkas Bagi Permohonan Pelupusan Ekshibit Bagi Setiap Kes

ii. Sesalinan minit KS bagi setiap kes yang mengandungi arahan pelupusan.

iii. Sesalinan Sijil Pelupusan Barang-barang Rampasan –

4. Serahkan salinan dokumen-dokumen tersebut kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

Bahagian Pentadbiran dan

Kewangan

5. Terima senarai ekshibit yang hendak diljual beserta dokumen-dokumen sokongan lain dan semak.

6. Jika tidak lengkap, kembalikan kepada IO.

7. Jika lengkap, mulakan urusan pelupusan secara dijual dengan merujuk kepada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan – Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007.

8. Arahkan IO keluarkan ekshibit dari stor.

IO 9. Buat permohonan untuk keluarkan ekshibit dari stor.

Page 25: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

10. IO serahkan ekshibit kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

Bhg Pentadbiran dan Kewangan

11. Terima ekshibit dan mulakan urusan penjualan.

12. Selepas urusan penjualan selesai sediakan dokumen-dokumen berikut:

i. Sesalinan resit Kew.38.

ii. Sesalinan Penyata Pemungut.

iii. Sesalinan senarai ekshibit yang dijual.

13. Serahkan dokumen seperti di atas kepada IO.

IO 14. Terima sesalinan dokumen-dokumen seperti di Para 29 dan sediakan Makluman Pelupusan Ekshibit .

15. Hantar Makluman Pelupusan Ekshibit bersama salinan dokumen-dokumen ke Unit Pengurusan Ekshibit, Ibu Pejabat Putrajaya.

16. Foliokan sesalinan dokumen-dokumen tersebut dalam KS.

17. Kemukakan KS kepada KSPgk/KPPN/KPPD untuk arahan penutupan KS.

KSPgk/KPPN/KPPD 18. Semak KS.

19. Jika tidak lengkap, kembalikan kepada IO untuk pembetulan.

20. Jika lengkap, arahkan PRK tutup KS.

PRK 21. Kemaskini Kertas Siasatan, Buku Daftar Kes, Buku Daftar Ekshibit dan cap seperti berikut:-

PRK 21. Kemaskini Kertas Siasatan, Buku Daftar Kes, Buku Daftar Ekshibit dan cap seperti berikut:-

Page 26: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Page 27: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

7. CARTA ALIRAN

Page 28: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Page 29: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Page 30: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Page 31: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Page 32: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Page 33: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

8. LAMPIRAN

8.1 Sijil Pelupusan Barang Rampasan – Lampiran B 01

8.2 Sijil Penyaksian Pemusnahan Ekshibit – Lampiran B 02 8.3 Senarai ringkasan kes dan ekshibit yang akan - Lampiran B 03 Dilupuskan 8.4 Laporan ringkasan permohonan Pelupusan - Lampiran B 04 Ekshibit bagi setiap kes 8.5 Akuan Pemulangan Barang/Cek Bayaran - Lampiran B 05

Page 34: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN B 01

AKTA ……………… SIJIL PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN

RUJUK KES: …………………

Pada menjalankan kuasa-kuasa Pengawal yang diberikan di bawah Seksyen ………………, saya Mohd Roslan bin Mahayudin, Timbalan Pengawal …………………. dengan ini mengarahkan barang-barang yang disita daripada …………………………….. beralamat……………………………………………………. Pada ……………….. jam …………….. dan *( dilupuskan dengan cara / disifatkan telah dirampas di bawah Seksyen ………………….dilupuskan dengan cara ):-

(*potong mana yang tidak berkaitan)

Dimusnahkan Dikembalikan Deposit dijadikan hasil Kerajaan Dijual secara lelong Dijual secara sebutharga D Dijual secara tender

Ke atas barang-barang berikut:-

Perihal Barang Kuantiti

1.

2.

3.

………………………………………. (Mohd Roslan bin Mahayudin) Timbalan Pengawal …………….. Tarikh: ………………..

Page 35: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Lampiran B 02

.

SIJIL PEMUSNAHAN EKSHIBIT

Adalah disahkan bahawa ekshibit bagi No. Kes:*........................:............................ telah dimusnahkan dengan cara dipecahkan/dihancurkan/dikoyakkan/dan cara lain (nyatakan) ……....................................................................................... Pada ..................................................................………................................ di(tempat) …………...................................................................................................................

……………………….. UPE

Tarikh: …………………

……………………………..

……………………………..

IO/RO/PE Saksi

Tarikh: ……………… Tarikh: ………………

*Sila gunakan Lampiran A jika melebihi satu kertas siasatan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Bahagian Penguatkuasa Cawangan …………………..

Page 36: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

Lampiran B 03

SENARAI NO. KES BAGI PEMUSNAHAN EKSHIBIT CAWANGAN ……………………………………

BIL.

NO. KES

CARA MUSNAH

………………………..

UPE Tarikh: …………………

……………………………..

……………………………..

IO/RO/PE Saksi

Tarikh: ……………… Tarikh: ………………

Page 37: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN B 04

(Diisi dalam 2 salinan)

LAPORAN RINGKASAN PERMOHONAN PELUPUSAN EKSHIBIT BAGI SETIAP KES

Bil No. Kes

Jenis Kesalahan

Tempat Kejadian

Jenis/Barang Sitaan/Kuantiti

Nilai Semasa Kejadian

(RM)

Keputusan Kes

Catatan

Disahkan oleh ………………………….. ( ) Jawatan

Page 38: PELUPUSAN EKSHIBIT - myspak.kpdnkk.gov.mymyspak.kpdnkk.gov.my/DOKUMEN/Admin/download.php?filename=7 - BHG 4... · dagangan palsu ekshibit hendaklah dikembalikan. (c) Jika ekshibit

BAHAGIAN 4

BAB 2 – PELUPUSAN EKSHIBIT

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN B 05

BAHAGIAN PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, CAWANGAN …………………………….

AKUAN PEMULANGAN BARANG/CEK BAYARAN

BAGI KES NO………………………

Bahawa saya (Nama Pegawai) ………………………………………… No. K/P: ………….……………………

Jawatan ………………………………... mengaku telah memulangkan kepada (Nama Penerima)

……………………………………... No. K/P:……………………. di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan …………………………………. , barang-barang/cek

bayaran berikut:

1.

2

3.

4.

5.

…………………………….

(Tandatangan Penyerah) Tarikh:

Saya mengaku telah memeriksa dan menerima barang-barang/cek bayaran tersebut

dalam keadaan sempurna serta tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

…………………………… …………………………….

(Tandatangan Penerima) (Tandatangan Saksi)

Nama: Nama:

No. K/P: No. K/P:

Tarikh: Tarikh: