maju www.mod.gov.bn BILANGAN 2 | JANUARI—MAC 2016 Ministry of Development Brunei Darussalam PELETAKAN BATU ASAS BAGI PEMBINAAN JAMBATAN TEMBURONG 16 Januari 2016 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Majlis Peletakan Batu Asas bagi projek Jambatan Temburong. Majlis itu telah diadakan pada 16 Januari 2016. Projek Jambatan Temburong yang akan menghubungkan Jalan Utama Mentiri di Daerah Brunei dan Muara dengan Jalan Labu Estate di Daerah Temburong dengan merentasi Teluk Brunei itu adalah salah satu projek infrastruktur awam terbesar di negara ini. Negara Brunei Darussalam akan terus bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berdaya saing dengan terbinanya nanti jambatan penghubung di antara Daerah Brunei dan Muara dengan Daerah Temburong. Sebagai satu projek bertaraf mega, pembinaan jambatan itu akan melalui beberapa fasa atau pakej dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2019. Ilustrasi Jambatan Temburong yang akan menghubungkan Daerah Brunei dan Muara dengan Daerah Temburong. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Peletakan Batu Asas bagi projek Jambatan Temburong.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
maju www.mod.gov.bn
BILANGAN 2 | JANUARI—MAC 2016 Ministry of Development Brunei Darussalam
PELETAKAN BATU ASAS BAGI PEMBINAAN JAMBATAN TEMBURONG
16 Januari 2016
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telah berkenan
berangkat ke Majlis Peletakan Batu
Asas bagi projek Jambatan
Temburong. Majlis itu telah
diadakan pada 16 Januari 2016.
Projek Jambatan Temburong yang
akan menghubungkan Jalan Utama
Mentiri di Daerah Brunei dan Muara
dengan Jalan Labu Estate di Daerah
Temburong dengan merentasi Teluk
Brunei itu adalah salah satu projek
infrastruktur awam terbesar di
negara ini.
Negara Brunei Darussalam akan
terus bergerak ke arah
pertumbuhan ekonomi yang mantap
dan berdaya saing dengan
terbinanya nanti jambatan
penghubung di antara Daerah
Brunei dan Muara dengan Daerah
Temburong.
Sebagai satu projek bertaraf mega,
pembinaan jambatan itu akan
melalui beberapa fasa atau pakej
dan dijangka akan siap sepenuhnya
pada tahun 2019. Ilustrasi Jambatan Temburong yang akan menghubungkan Daerah Brunei dan
Muara dengan Daerah Temburong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Majlis
Peletakan Batu Asas bagi projek Jambatan Temburong.
PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI
2 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI RUMAH, RUMAH KEMBAR SERTA RUMAH TERES DI BAWAH RPN DAN STKRJ BAGI DAERAH
BRUNEI DAN MUARA
4 Februari 2016
Pada 4 Februari 2016, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyempurnakan
penganugerahan anak-anak kunci, rumah kembar serta rumah
teres Kampong Panchor (Mengkubau), Meragang, Tanah Jambu,
Rimba, Kampong Mata-Mata (Katok B), Kampong Tungku (Katok
A), dan Kampong Lugu kepada 1,234 orang penerima di bawah
Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia
Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan bercemar duli bagi
melawat beberapa rumah kediaman para penerima anak-anak
kunci.
Menurut perangkaan Jabatan Kemajuan Perumahan, lebih 27 ribu
buah rumah telah dibina. Dari jumlah tersebut sebanyak 24,682
unit rumah telah dianugerahkan kepada para penerima yang
berkelayakan di seluruh negara yang mana 15,844 unit adalah di
Daerah Brunei dan Muara.
Bermula dari tahun 1996 hingga sekarang, Skim RPN dan STKRJ
telah menyediakan lebih 27 ribu unit rumah dengan sejumlah
besar di Daerah Brunei dan Muara iaitu sebanyak 18,480 buah
rumah; 6,585 buah di Daerah Belait; 2,223 buah rumah di Daerah
Tutong; dan sebanyak 403 buah rumah di Daerah Temburong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan penyerahan anak-anak kunci kepada penerima-penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan bercemar duli bagi
melawat beberapa rumah kediaman para penerima anak-anak kunci.
MAJLIS MESYUARAT NEGARA
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 3
Sesi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kedua Belas
Majlis Mesyuarat Negara telah diadakan pada 5 sehingga 22 Mac
2016. Bajet Kementerian Pembangunan telah pun dibincangkan
pada 15 Mac 2016 dan diluluskan pada 17 Mac 2016. Yang
Berhormat Menteri Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji
Bahrin bin Abdullah dalam mukadimah beliau telah
mengongsikan secara ringkas mengenai tumpuan dan keutamaan
Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2016/2017.
Pada Tahun Kewangan 2016/2017, dengan mengambil kira
perlunya mengukuhkan pengawalan dan meningkatkan
penjimatan perbelanjaan kerajaan, Kementerian Pembangunan
dan jabatan-jabatannya telah disokong untuk disediakan
peruntukan sebanyak B$234,779,890, iaitu penurunan hampir
21% dari peruntukan yang diluluskan bagi Tahun Kewangan
2015/2016.
Sesuai dengan Tema Belanjawan Tahun Kewangan 2016/2017,
iaitu “Mengukuhkan Iklim Perekonomian Bagi Mendukung
Pembangunan Berterusan”, Kementerian Pembangunan dalam
melaksanakan tanggungjawabnya secara amnya akan
memberikan penekanan kepada perkara-perkara berikut:
1. Rancangan Kemesraan pelanggan terhadap komuniti bisnes
dan orang ramai (business and citizen-friendliness);
2. Penjanaan dan pengukuhan hasil kewangan dari aktiviti-
aktiviti (program-program dan projek-projek yang
dijalankan);
3. Pembaikan pengurusan cashflow, termasuk keberkesanan
pengutipan hasil dan penyelesaian isu-isu tunggakan;
4. Peningkatan efficiency dalam pengurusan kos, sama ada
berupa kos organisasi mahu pun kos projek-projek yang
dikendalikan, dengan pengutamaan aktiviti-aktiviti yang
terpenting serta skop kerja yang benar-benar perlu,
termasuk penekanan cost effectiveness melalui
organisational streamlining and consolidation dan
pengendalian program-program dan projek-projek dengan
penekanan kepada value for money;
5. Pengenalan kaedah-kaedah PPP dalam pelaksanaan projek-
projek yang bersesuaian dan bankable, dengan melibatkan
kepakaran-kepakaran pelaburan dan kewangan dari luar
Kementerian Pembangunan yang berkepentingan; dan
6. Pertimbangan kesesuaian bagi pengkorporatan dan
penswastaan mana-mana perkhidmatan-perkhidmatan
yang berpotensi dicorporatise atau diprivatise.
Deliverables atau penyampaian perkhidmatan yang menjadi fokus
dan keutamaan Kementerian Pembangunan secara khususnya
ialah seperti berikut:
1. Rancangan Perumahan Negara yang berdayatahan
(sustainable) bagi manfaat golongan sasaran yang
berkelayakan dan memerlukan;
2. Perancangan dan penggunaan tanah yang optima dengan
fokus terhadap mendokong kegiatan sosio-ekonomi negara;
3. Proses permohonan-permohonan orang ramai yang lebih
efisyen;
4. Projek-projek Kerajaan seperti pembinaan Rancangan
Perumahan Negara (RPN) dan kemudahan awam yang mula
dibiayai melalui Public-Private Partnership (PPP);
5. Jumlah pegawai-pegawai kompeten dan profesional yang
meningkat melalui pengurusan sumber tenaga yang terarah;
dan
6. Kapasiti pengurusan kontrak, perundangan, dan
penguatkuasaan yang lebih mantap.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga memaklumkan
bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam baru-baru
ini telah memperkenankan penubuhan satu Housing Focus Group
yang melibatkan beberapa Kementerian dan Jabatan untuk sama-
sama menimbangkan isu-isu perumahan dan yang berkaitan
dengannya, dan membuat cadangan-cadangan tertentu bukan
sahaja dengan menumpukan kepada Rancangan Perumahan
Negara tetapi secara lebih meluas lagi.
Dalam memacu reformasi sama ada ke arah perkhidmatan-
perkhidmatan kepada orang ramai mahupun proses-proses
dalaman agar lebih berkesan, sejak bulan November 2015
Kementerian Pembangunan telah memperkenalkan Rolling
90-day Plan atau Pelan 90-hari, sebagai pendekatan pembaikan
berterusan (continuous improvement). Berasaskan pelan ini,
cadangan-cadangan pembaikan disenaraikan oleh jabatan-jabatan
dan bahagian-bahagian di dalam Kementerian, dan kemajuan
setiap inisiatif pembaikan dipantau secara berkala, sekurang-
kurangnya selepas setiap tiga bulan. Setakat ini ianya telah dapat
membuahkan hasil awal dengan menumpukan pemikiran
khususnya di kalangan peringkat pegawai-pegawai kanan
Kementerian untuk senantiasa mengusahakan pembaikan secara
berterusan.
PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2016
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka
Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai dengan ketua-ketua
jabatan, divisyen, dan unit di Kementerian Pembangunan,
serta urusetia Majlis Mesyuarat Negara 2016.
SESI MUZAKARAH
SESI MUZAKARAH BERSAMA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA
21 Januari 2016
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatannya di bawahnya
telah mengadakan sesi muzakarah bersama beberapa Yang
Berhormat, Ahli-Ahli Mesyuarat Negara .
Sesi muzakarah tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat
Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri
Pembangunan. Rombongan Yang Berhormat, Ahli-Ahli Mesyuarat
Negara diketuai oleh Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin
Akim.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam ucapannya telah
mengongsikan mengenai keperluan dan usaha-usaha yang giat
dijalankan bagi meneliti semula pendekatan, dasar dan peraturan
-peraturan tertentu bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang
diberikan dengan mengambilkira cabaran-cabaran ekonomi
semasa. Antara matlamat utama usaha-usaha tersebut adalah
bagi mengawal perbelanjaan kerajaan dengan memastikan
perbelanjaan yang lebih berhemah. Namun Kementerian
Pembangunan tetap akan memberi penekanan kepada
pemberian perkhidmatan yang terbaik dan akan terus berusaha
memastikan pelaksanaan program-program dan projek-projek
yang berkeutamaan supaya tidak menjejaskan kesejahteraan
rakyat dan penduduk negara ini. Kementerian Pembangunan
juga bermatlamat ke arah mengwujudkan persekitaran yang
pro-bisnes sesuai dengan usaha kerajaan untuk lebih
memudahkan para pelabur untuk memulakan dan menjalankan
perniagaan di negara ini.
Satu taklimat dengan tema ‘Kementerian Pembangunan – Ke
Arah Mendokong Pertumbuhan Ekonomi Negara’ telah
disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Lutfi bin
Abdullah, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan),
Kementerian Pembangunan. Taklimat tersebut menekankan
empat faktor utama yang terpenting untuk mendokong
pertumbuhan ekonomi negara iaitu perancangan guna tanah
yang teratur, perundangan yang mantap, penambahbaikan
proses dan prosedur sedia ada secara berterusan dan
pelaksanaan projek-projek berkepentingan.
Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim dalam ucapan
balasnya menyatakan sesi perbincangan pada pagi itu amat
produktif, kondusif dan bermanfaat di mana maklumat-
maklumat yang dikongsikan termasuk status terkini projek-
projek dan inisiatif-inisiatif Kementerian Pembangunan adalah
amat Ahli-Ahli Yang Berhormat hargai.
4 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin Abdullah, Menteri Pembangunan bergambar ramai dengan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dan ketua-ketua jab-
atan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan.
Sebahagian daripada Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara semasa sesi
muzakarah bersama Kementerian Pembangunan yang diadakan di Dewan
Betabur, Kementerian Pembangunan.
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 5
‘KEMENTERIAN PEMBANGUNAN: KE ARAH MENDOKONG PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA’
1. Perancangan guna tanah yang teratur
Untuk mempastikan tanah sedia ada yang agak terhad
diagihkan dan digunakan secara optima bagi pembangunan
fizikal ke arah pertumbuhan ekonomi Negara yang
berterusan untuk kesejahteraan rakyat. Perancangan guna-
tanah Negara yang teratur bagi mempastikan pembangunan
berdayatahan dimuatkan dalam Pelan Kemajuan
(Development Plan). Di antara lain tanah-tanah dizonkan bagi
sosial (penempatan perumahan, pendidikan, kesihatan,
keselamatan dan riadah) dan kemudahan infrastruktur
fizikal (jalanraya dan utiliti).
Selain itu tanah-tanah diagihkan/lupuskan (alienated)
kepada agensi kerajaan, pihak swasta dan perseorangan
mengikut dasar, peraturan, prosedur dan syarat-syarat
tertentu berasaskan perancangan dalam pelan kemajuan.
Dalam hal ini adalah penting bagi agensi kerajaan dan
pemegang teras (stakeholders) untuk mematuhi rancangan-
rancangan guna tanah dalam pelan-pelan kemajuan yang
disediakan.
2. Perundangan yang mantap dan komprehensif
Perkara ini adalah penting ke arah mempastikan
perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik mengikut
lunas undang-undang. Kementerian Pembangunan sentiasa
berusaha untuk mengemaskini perundangan sedia ada dan
menggubal undang-undang baru. Di antara undang-undang
baru yang telah berjaya digubal adalah Town Planners
Registration Order 2013 (dikuatkuasakan pada 45 September
2014) dan Building Control Order (BCO) 2010
(dikuatkuasakan pada 1 November 2015). Sementara undang
-undang yang sedang diperingkat akhir kelulusan adalah
Building Control (BSBA) Regulations 2016 (BSBA = billboards,
signage, banners and advertisements) dan Land Code
(Amendment) Order 2015.
3. Penambahbaikan berterusan proses dan prosedur
Kementerian Pembangunan sentiasa berusaha untuk
memperkemaskini proses dan prosedur khususnya yang
berkaitan dengan penambahbaikan permohonan tanah dan
bangunan yang boleh menyumbang kepada pembaikan
kedudukan Negara dalam laporan Bank Dunia bagi Ease of
Doing Business (EoDB). Ini termasuklah mengemaskini dan
meringkaskan proses bagi mendapatkan Kebenaran
Perancangan, mengeluarkan kebenaran kemajuan,
kebenaran mendiami atau menduduki bangunan dan
kebenaran penyambungan bekalan air yang di bawah
bidangkuasa jabatan-jabatan di bawah Kementerian
Pembangunan.
4. Perancangan dan pelaksanaan projek
Bagi mendokong pertumbuhan ekonomi, perancangan harus
disertai dengan pelaksanaan projek. Projek-projek mega
yang berjalan pada masa ini seperti pembinaan Jambatan
Temburong yang akan menghubungkan Daerah Temburong
dan Daerah Brunei-Muara dan pembinaan Jambatan yang
akan menghubungkan Sungai Kebun ke Jalan Residency
adalah di antara projek mega yang diharapkan akan dapat
menjana pertumbuhan ekonomi Negara dengan pembukaan
kawasan-kawasan pertumbuhan baru dan juga
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat oleh kerana
peningkatan accessibility atau kemudahsampaian.
SESI MUZAKARAH
KUNJUNGAN HORMAT
6 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
1
2
3
4
5
6
Kunjungan Muhibah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Ian Campbell (18 Februari 2016)
Kunjungan Muhibah Duta Besar Republik Turkey ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates (22 Februari 2016)
Kunjungan Muhibah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong (1 Mac 2016)
Kunjungan Muhibah Duta Besar Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ahmed bin Hashil Al Maskari
Kunjungan Muhibah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye (23 Mac 2016)
Kunjungan Muhibah Duta Besar Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre (16 Februari 2016)
1
2
3
4
5
6
PELANCARAN
SISTEM LARIS DILANCARKAN
17 Februari 2016
Dalam usaha untuk memudahkan menjalankan perniagaan dan
memberikan pemilik tanah serta pelabur di negara ini
kemudahan untuk menjalankan urusniaga berkaitan tanah secara
online, Kementerian Pembangunan telah mula menggunakan
Sistem Maklumat Pendaftaran dan Permohonan Tanah (Land
Application and Registration Information System - LARIS).
Sistem tersebut dimajukan dengan kerjasama di antara Jabatan
Tanah, Kementerian Pembangunan dan Brunei Solutions
Development Centre (BSDC) di bawah Pusat Kebangsaan
E-Kerajaan.
Timbalan Menteri Pembangunan, Yang
Mulia Dato Paduka Awang Haji
Suhaimi bin Haji Gafar telah
melancarkan sistem berkenaan.
LARIS membolehkan pemilik tanah
mengakses maklumat tanah mereka
secara online dan mendapatkan
kebenaran untuk memindah milik
tanah.
Selain itu ia juga menyediakan pemilik
tanah untuk membuat permohonan
secara online bagi mendapatkan
kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan, permohonan
tukar syarat khas tanah, pendaftaran gadaian dan pendaftaran
pajakan tanah persendirian.
Sistem, 'LARIS.gov.bn' ini boleh diakses melalui portal
e-Darussalam. Sebelum mengakses sistem tersebut, pengguna
dikehendaki mendaftar akaun e-Darussalam dan semua
permohonan memerlukan dokumen-dokumen untuk diimbas dan
dimuat naik untuk disertakan bersama permohonan berkenaan.
Dengan adanya sistem ini, pengurusan dan pentadbiran tanah
dijangka akan mengurangkan masa yang diambil untuk
mendapatkan kebenaran yang diperlukan bagi permohonan
tanah.
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 7
Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka
Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika melancarkan
Sistem LARIS yang diadakan di Ruang Legar, Kementerian
Pembangunan.
Turut menghadiri pelancaran Sistem LARIS ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan
Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, dan Timbalan
Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.
Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin
Haji sedang Gafar menyaksikan booth Sistem LARIS.
PERKHIDMATAN
8 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
PERMULAAN KUATKUASA PERINTAH KAWALAN BANGUNAN, 2014 4 Februari 2016
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah
memperkenankan bagi Perintah Kawalan Bangunan, 2014
dikuatkuasakan mulai 1 November 2015. Autoriti yang akan
bertanggungjawab untuk pentadbiran Perintah ini adalah
Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).
Perintah ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia untuk memperbaiki peraturan yang sedia ada
untuk menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai melalui
kawalan kemajuan pembangunan di Negara Brunei Darussalam.
Perintah ini memperuntukkan bahawa hanya Orang
Berkelayakan (Qualified Persons) yang dilantik pemaju sahaja
yang boleh menghadapkan pelan. Orang Berkelayakan dan
pembina-pembina akan bertanggungjawab untuk memastikan
kemajuan yang dijalankan mengikut peraturan dan piawaian
yang ditetapkan. Langkah ini adalah bagi memperkukuh
perkhidmatan ABCi dengan menambahbaik urus tadbir Orang
Berkelayakan dan pembina-pembina dengan memastikan
sebarang permohonan kemajuan atau pembinaan akan diproses
selaras dengan peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perintah
ini dan undang-undang lain yang berkenaan.
Dengan memusatkan semua penerimaan permohonan kebenaran
kemajuan, pembinaan, mendiami bangunan, termasuk bagi
kemajuan dalam kawasan-kawasan Bandaran di ABCi bukan
sahaja akan menyelaraskan proses-proses tetapi juga
memastikan keberkesanan pelaksanaan Perintah ini. Ia akan
membantu meningkatkan kualiti, menjimatkan kos dan masa, dan
turut memantapkan negara dalam urusan mengendalikan
perniagaan.
Dalam laporan Doing Business 2016 oleh World Bank, Negara
Brunei Darussalam mencapai kedudukan 21 dari 189 ekonomi
dunia bagi petunjuk Berurusan Dengan Kebenaran Pembinaan.
Sebagai usaha berterusan bagi memperbaiki perkhidmatan ini
dan dalam konteks petunjuk World Bank, proses mendapatkan
kebenaran pembinaan telah dipermudahkan kepada lima
peringkat sahaja iaitu:
i) Mendapatkan Kebenaran Perancangan dari
Jabatan Perancang Bandar dan Desa;
ii) Mendapatkan Kebenaran Kemajuan dari ABCi;
iii) Mendapatkan Kebenaran Memulakan Kemajuan
dari ABCi;
iv) Mendapatkan Kebenaran Mendiami dari ABCi;
dan
v) Mendapatkan Penyambungan Air dari Jabatan
Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.
Pelaksanaan ini akan menyumbang kepada urus tadbir yang
cekap dalam mempercepatkan kelulusan pembangunan serta
menggalakkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
13 Februari 2016
Sebagai usaha berterusan bagi
memperbaiki perkhidmatan proses
mendapatkan kebenaran-kebenaran
kemajuan, memulakan kemajuan dan
kesiapan kemajuan, Autoriti Kawalan
Bangunan dan Industri Pembinaan
(ABCi) telah mengadakan klinik bagi
Orang Berkelayakan yang terdiri dari
akitek-akitek yang berdaftar dengan
Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional
dan Juruukur Bahan. Klinik tersebut telah
diadakan selama 2 hari iaitu pada hari
Khamis, 11 Februari 2016, dan hari
Sabtu, 13 Februari 2016.
Klinik ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada Orang Berkelayakan
berbincang bersama pegawai-pegawai
ABCi berkaitan dengan permohonan-
permohonan yang masih dalam proses
penelitian. Klinik tersebut juga
merupakan salah satu usaha bagi pihak
ABCi untuk lebih telus mengenai status
permohonan-permohonan yang telah
dihadapkan.
Turut menjayakan klinik tersebut adalah
ahli-ahli teknikal ABCi yang terdiri dari
wakil-wakil Jabatan Perkhidmatan
Elektrik, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jabatan Saliran dan Pembetungan,
Jabatan Jalan Raya, Jabatan Perkhidmatan
Air, Jabatan Kesihatan Awam dan Telbru
Sdn Bhd. Klinik juga dapat membantu
Orang Berkelayakan mengemaskini
permohonan-permohonan yang telah
dihadapkan dan seterusnya
mendapatkan maklumat mengenai
keperluan piawaian dan garispanduan
yang dikehendaki dalam lukisan-lukisan
pelan yang telah dan akan dihadapkan.
Pendekatan melalui klinik seperti ini
akan menyumbang kepada urus tadbir
yang cekap untuk mempercepatkan lagi
kebenaran kemajuan dikeluarkan dan
menggalakkan serta meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara. Setelah
mendapat maklumbalas yang positif dan
cadangan-cadangan dari Orang
Berkelayakan, ABCi bercadang untuk
menjadikan klinik ini sebagai salah satu
aktiviti bulanan bagi memastikan
permohonan-permohonan yang
dihadapkan telah dan sedang melalui
proses-proses yang betul.
KLINIK ABCi BAGI ORANG BERKELAYAKAN
Pegawai-pegawai ABCi memberikan maklumat dan keterangan kepada Orang
Berkelayakan yang terdiri dari arkitek-arkitek yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek,
Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan.
LAWATAN KERJA
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 9
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah sedang
mendengar taklimat projek Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Lugu yang disampaikan oleh
salah seorang pegawai dari Jabatan Kemajuan Perumahan.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dari
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para kontraktor yang terlibat dalam projek berkenaan.
PROJEK PEMBINAAN RANCANGAN KEMAJUAN PERUMAHAN (RPN) KAMPONG LUGU
30 Januari 2016 — Menteri Pembangunan, Yang Berhormat
Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah serta pegawai-
pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-
jabatan di bawahnya telah mengadakan lawatan kerja
meninjau perkembangan projek Rancangan Kemajuan
Perumahan (RPN) Kampong Lugu.
Sebelum melawat ke tapak projek, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato
Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah diberikan taklimat mengenai projek
Rancangan Kemajuan Perumahan (RPN) Kampong Lugu.
(KIRI) Antara pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-
jabatan di bawahnya yang turut hadir semasa lawatan tersebut.
10 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
LAWATAN KERJA
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya serta para kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Sungai Kebun.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah
menyaksikan keadaan projek Jambatan Sungai Kebun.
PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN
18 Februari 2016 — Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji
Bahrin bin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan
Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek
Jambatan Sungai Kebun bagi melihat perkembangan projek berkenaan.
KEGIATAN
Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama para pesara lelaki dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.
3 Mac 2016
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi pegawai dan
kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya yang bersara pada 1 Oktober 2014 hingga 31
Disember 2015 telah diadakan pada 3 Mac 2016 di Dewan Indera
Pahlawan, Kementerian Pembangunan.
Majlis diadakan bagi menghargai jasa bakti pegawai dan
kakitangan yang telah menyumbangkan khidmat bakti kepada
negara.
Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada seramai
146 pesara terdiri dari 106 lelaki dan 40 orang perempuan dari
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya
telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang
Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.
Sebelum penyampaian dimulakan, Pemangku Pengarah
Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran
Metamin selaku pengerusi majlis dalam ucapan alu-aluannya
antara lain berkata persaraan bukanlah halangan dalam
meneruskan khidmat bakti dan sumbangan terhadap agama,
bangsa dan negara. Masa persaraan bolehlah digunakan dengan
perkara-perkara berfaedah misalnya berkecimpung dalam dunia
perniagaan, meneruskan pekerjaan di sektor swasta, bergiat
dalam badan-badan sukarelawan atau badan-badan bukan
kerajaan, dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan, sosial dan keugamaan.
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 11
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERSARA
(ATAS) Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai
bersama para pesara perempuan.
(KIRI) Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar juga salah
seorang penerima sijil penghargaan..
KEUGAMAAN
12 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W
9 Januari 2016
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah
mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi
memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan,
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
Majlis diisikan dengan Ceramah Khas bertajuk ‘Menghayati Sunnah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam’ yang disampaikan oleh Awang Haji
Badaruddin bin Haji Besar, Pegawai Pelajaran Ugama.
Antara lain intipati ceramah tersebut ialah mengenai penghayatan
Sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam aspek solat,
zikir, sedekah, dan sebagainya yang harus dipraktikkan secara
berterusan.
Majlis tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan,
Jabatan Kerja Raya.
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN JUARA PERTANDINGAN
PERBARISAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULUD
NABI MUHAMMAD S.A.W PERINGKAT NEGARA BAGI TAHUN
1437 HIJRAH
Kementerian Pembangunan pada tahun ini sekali lagi
menjuarai Pertandingan Perbarisan dan Perarakan
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W
Peringkat Negara dalam kategori Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan. Hadir menerima replika cek
$5,000 dan piala pada majlis penyampaian berkenaan
ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian
Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.
Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W
yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan..
LAWATAN
LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI RTB KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin bergambar ramai bersama para pegawai dari Radio Televisyen Brunei..
29 Februari 2016
Kementerian Pembangunan telah menerima kunjungan seramai
20 orang pegawai-pegawai dari Radio Televisyen Brunei (RTB),
Jabatan Perdana Menteri yang mengadakan lawatan sambil
belajar ke Kementerian Pembangunan. Rombongan ini terdiri
dari pegawai-pegawai B2 EB3 yang baru berkhidmat di jabatan
tersebut
Hadir mengalu-alukan kedatangan rombongan RTB ialah
Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Kementerian
Pembangunan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin.
Tujuan lawatan ini ialah untuk memberikan pengetahuan yang
relevan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan melalui
pendedahan mengenai peranan agensi kerajaan sebagai elemen
penting dalam komponen penerbitan dan penyelidikan.
Selain itu, lawatan ini juga adalah dihasrat untuk mengwujudkan
‘networking’ dan jalinan kerjasama yang lebih erat di antara
pegawai-pegawai baru RTB dengan pegawai-pegawai di
Kementerian Pembangunan.
Sesi lawatan diisikan dengan taklimat dari divisyen-divisyen dan
unit-unit di Kementerian Pembangunan yang disampaikan oleh
ketua divisyen dan pegawai-pegawai yang antaralain
membentangkan peranan utama dan bidang tugas divisyen dan
unit di kementerian ini. Sejurus selepas taklimat sesi soal jawab
juga diadakan.
Sebelum mengakhiri lawatan, rombongan para pegawai RTB
telah dibawa melawat ke pejabat Divisyen Pihak Berkuasa
Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 13
HARI KEBANGSAAN
14 | JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2
PASUKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SEMASA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-32
TEMPAT: BANDAR SERI BEGAWAN
TARIKH: 14 JAMADILAWAL 1437H / 23 FEBRUARI 2016M
Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Yang Mulia Awang Eddie bin Dato
Paduka Haji Sunny mengetuai pasukan Kementerian Pembangunan di perhimpunan
agung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32.
BARU BERKHIDMAT
PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN YANG BARU BERKHIDMAT DAN YANG DINAIKKAN PANGKAT
JANUARI-MAC 2016 | MAJU: BILANGAN 2 | 15
DYG NUR ITSNA AMANINA BINTI HAJI ABD RAHMAN
Pekerja Tingkat II Divisyen Pengurusan Korporat Tarikh melapor: 27 Oktober 2015
DYG SITI NOORAZRIYAH @ SITI NOORFATILLAH BINTI JOHAN
Pekerja Tingkat II Divisyen Perhubungan Antarabangsa dan Perhubungan Korporat Tarikh melapor: 28 Oktober 2015
AWG MOHD HAPIZ BIN HAJI IDRIS
Penguasa Unit Pemeliharaan Istana Tarikh melapor: 2 November 2015
DYG HALIMATUSA’DIAH BINTI HAJI TANGAH
Pekerja Tingkat II Divisyen Pengurusan Korporat Tarikh melapor: 2 November 2015
DYG ROSNANI BINTI HAJI UNTONG
Kerani Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap Tarikh melapor: 9 November 2015
DYG SITI HAJAR BINTI HAJI OSMAN
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I Divisyen Pengurusan Korporat Tarikh melapor: 18 Januari 2016
AWG MUHAMMAD HADI WAQIUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Pemeriksa Kawalan Kemajuan Divisyen Pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) Tarikh melapor: 9 Februari 2016
PENGIRAN SHAHARUDDIN BIN PENGIRAN HAJI YUSSOF
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I Divisyen Perhubungan Antarabangsa dan Perhubungan Korporat Tarikh naik pangkat: 7 November 2015
AWG HAJI MAS HOOD BIN HAJI JUMAT
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I Unit Audit Dalaman Tarikh naik pangkat: 7 Februari 2016