1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanAcara sukan lompat jauh pada
asalnya dikenali dengan nama lompatan luas atau broad jump. Sejarah
permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum
Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan
tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis,
peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat
amat berlainan daripada lompatan pada masa kini. Berdasarkan
bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada
zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan
dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Apabila
Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh
termasuk sebagai acara padang bagi salah satu acara kejohanan
olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara
olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai
peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari
semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada
seperti sekarang.
Sukan lompat jauh merupakan salah satu sukan yang merangkumi
aspek kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh
mungkin dari tempat pelepasan. Peserta akan berlari pada tahap
maksima di atas landasan larian landas dan melakukan lompatan
sejauh mungkin melalui papan kayu yang dijadikan sebagai tempat
pelepasan (take off) dan mendarat di atas pasir. Tempat jatuhan
peserta akan ditanda dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh
peserta dari tempat pelepasan. Sukan lompat jauh ini di bahagikan
kepada empat fasa lakuan. Ianya meliputi teknik larian landas
(run), lonjakan (take off), layangan badan di udara (flight) dan
teknik mendarat (landing). Walaupun lompat jauh merupakan acara
yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yang
lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik.
Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari dengan betul bagi
mendapatkan lompatan yang baik. Ini kerana, sebagai satu acara
sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan. Justeru, ilmu
pengetahuan mengenainya perlu dipelajari bagi menjamin daripada
mengalami kecederaan.
Teknik-teknik lompatan baru telah diperkenalkan daripada
kajian-kajian saintifik yang dilakukan keatasnya. Rekod lompatan
terjauh, yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod
paling lama, kini sudah pun diperbaiki. Atlet Amerika Syarikat, Bob
Beamon telah melakukan lompatan sejauh 8.90 meter dalam Sukan
Olimpik tahun 1968 di Mexico dan rekod ini telah dipecahkan pula
oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell di
dalam World Championships Athletics (1991) di Tokyo dengan lompatan
sejauh 8.95 meter. Ini menunjukkan bahawa rekod pencapaian sesuatu
kejohanan akan sentiasa meningkat dan setiap rekod akan dipecahkan.
Semua ini disebabkan adanya bentuk latihan, pembaharuan teknik dan
keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.
Melihat kepada sejarah sukan lompat jauh, pengkaji telah melihat
bagaimana sesuatu bentuk latihan dapat membantu mempertingkatkan
prestasi di dalam sukan lompat jauh. Pengkaji telah mengenalpasti
fasa lonjakan telah menjadi masalah di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang telah dijalankan. Sukan lompat jauh
lebih banyak menumpukan kepada teknik larian dan teknik layangan
badan di udara dalam sesi latihan berbanding teknik lonjakan (take
off).
Antara faktor kebarangkalian mengapa fasa lonjakan tidak diambil
tumpuan adalah disebabkan fasa ini sukar untuk dikenalpasti kerana
kemahiran lonjakan ini berlaku dalam jangka masa yang pendek.
Melalui latihan ansur maju yang dijalankan oleh pengkaji, ternyata
murid tidak mampu untuk melonjak tinggi . Justeru, kajian ini
bertujuan untuk merangka satu bentuk latihan yang dapat
meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Hasil pembacaan dan rujukan
pengkaji, latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan
menggunakan latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan
yang bertujuan menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk
menghasilkan eksplosif (jenis pergerakkan yang reaktif) iaitu
merujuk kepada kuasa (Chu, 1992). Latihan pliometrik merupakan
salah satu latihan yang membolehkan otot sampai pada tahap maksimum
atau boleh menghampiri kekuatan maksimum dalam tempoh masa yang
singkat. Ia menggunakan simpanan tenaga elastik (keanjalan)
daripada eccentric contraction kepada concentric contraction.
Bagi menjalankan latihan pliometrik, pengkaji perlu mengambil
kira mengenai risiko kecederaan otot. Latihan pliometrik merupakan
latihan yang menggunakan semaksimum mungkin bahagian otot hamstring
dan quadrisep di bahagian kaki. Pengkaji perlu melakukan aktiviti
pemanasan badan (warm up) dan regangan otot sebelum memulakan
latihan.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Ekoran dari latihan ansur maju yang dijalankan, guru mendapati
semasa menjalankan aktiviti didapati terdapat masalah di kalangan
murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut.
Pengkaji telah menjalankan aktiviti ansur maju bagi kemahiran
lonjakan di dalam lakuan lompat jauh. Aktiviti tersebut dijalankan
terhadap 32 orang murid lelaki Tahun 5 Al-Ghazali. Pengkaji telah
merancang tiga aktiviti ansur maju iaitu berlari dengan mengangkat
lutut tinggi, berlari dan melonjak melepasi halangan dan berlari
dan menanduk belon tergantung. Bagi aktiviti tersebut, pengkaji
mendapati terdapat segelintir murid yang tidak mempunyai daya
lonjakan. Setelah diteliti, pengkaji dapat mengenalpasti murid
tersebut iaitu seramai lapan orang. Pengkaji memberikan arahan
serta demonstrasi teknik yang betul kepada murid tersebut bagi
membantu mereka memahami bagaimana aktiviti lonjakan tersebut
dilakukan. Di dalam aktiviti pertama, iaitu berlari dan mengangkat
lutut tinggi, murid tersebut tidak dapat mengangkat lutut ke paras
tinggi seperti yang dikehendaki. Mereka juga tidak mampu untuk
berlari sambil mengangkat lutut dengan baik.
Bagi aktiviti kedua, murid-murid tersebut menghadapi masalah
untuk melonjak melepasi halangan. Mereka hanya mampu melompat
sedikit sahaja dan tidak melepasi had ketinggian halangan yang
diletakkan oleh pengkaji. Seterusnya, bagi aktiviti menanduk belon
tergantung, mereka tidak mampu untuk melonjak tinggi untuk menanduk
belon. Pengkaji merendahkan sedikit ketinggian belon, namun
murid-murid tersebut masih tidak mampu melonjak ke tahap yang
dikehendaki oleh guru. Pengkaji telah membuat andaian kendiri
bahawa murid-murid ini mampu melakukan aktiviti tersebut tetapi
mempunyai masalah di dalam kuasa ekplosif kaki. Pengkaji telah
menemu bual lapan orang murid tersebut. Mereka menyatakan bahawa
mereka tidak mampu untuk melompat dan melonjak ke tahap yang
diinginkan oleh guru. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah
diajar cara melompat dan melakukan latihan yang dibentuk oleh guru.
Sebelum ini, mereka hanya melompat dan tidak mengetahui fasa-fasa
lakuan dalam lompat jauh. Di dalam kejohanan sukantara sekolah,
mereka hanya mendapat satu markah dan tiada markah kerana melebihi
papan lonjakan.
Lantaran itu, pengkaji telah mendapat gambaran awal bahawa
murid-murid ini mempunyai masalah di dalam kekuatan otot kaki dan
kuasa ekplosif kaki untuk melompat. Pengkaji perlu merangka satu
siri latihan yang dapat membantu dan meningkatkan prestasi
murid-murid tersebut terutamanya dalam memperbaiki fasa lonjakan
bagi membantu meningkatkan prestasi lonjakan dalam sukan lompat
jauh.
1.3 Refleksi Sorotan Literatur
Di dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pembacaan ilmiah
berkenaan kekuatan otot dan kuasa ekplosif kaki. Setiap jenis sukan
memerlukan kecergasan fizikal bagi menjamin sesuatu kemahiran
dicapai dengan baik dan cemerlang. Kekuatan otot memainkan peranan
penting kerana setiap kali bersukan, otot akan bekerja keras dan
berfungsi dalam keadaan semaksimum mungkin bagi mencapai hasil yang
terbaik. Perkara ini disokong kerana Dick (2002) menyatakan bahawa
kekuatan adalah komponen asas dalam menentukan keberkesanan
pencapaian dalam bidang sukan. Manakala Coleman (2002) menyarankan
bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum melatih kemahiran,
kelajuan, kuasa dan daya tahan. Tanpa asas yang kuat pada tubuh
badan, atlet tidak mampu beradaptasi dengan bentuk latihan kelajuan
atau kuasa yang berintensiti tinggi. Selain itu, tanpa asas
kekuatan yang baik, atlet juga tidak mampu untuk melakukan latihan
yang berulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan
otot (Asmadi, 2007). Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa
kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. Baechle (1994)
mendefinisikan kekuatan otot sebagai kemampuan otot atau sekumpulan
otot menghasilkan daya pada tahap kelajuan tertentu. Bompa (1999)
pula menyatakan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot untuk
menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan. Berdasarkan pernyataan
di atas, dapat disimpulkan bahawa kekuatan otot adalah merujuk
kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk mengatasi jumlah
beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya (Asmadi, 2007).
Bagi mendapat lompatan yang maksimum, kuasa eksplosif kaki
diperlukan kerana otot akan menghasilkan momentum lonjakan yang
tinggi. Bagi sukan lompat jauh, keperluan kekuatan dan kuasa
ekplosif kaki merupakan keperluan bagi mencapai kejayaan. Di dalam
konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakan memainkan
peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007). Kuasa
boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan dengan masa
yang diambil untuk melakukan sesuatu pergerakan. Kuasa ialah jumlah
kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kuasa juga
boleh ditakrifkan sebagai tindakan kekuatan dan kelajuan dalam
pergerakan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara komponen
kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan
menghasilkan kuasa otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula
dapat diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan
rintangan (Bompa, 1999). Penggunaan kaedah latihan yang berkesan
dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif otot dengan lebih efisien.
Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa terdapat beberapa
kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot
antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky,
1995; Hewet, 1996;Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000).
Melihat kepada kenyataan-kenyataan daripada kajian terdahulu,
pengkaji melihat latihan pliometrik adalah kaedah latihan terbaik
untuk meningkatkan keupayaan kuasa eksplosif kaki murid.
Sejarah latihan pliometrik mula diperkenalkan pada tahun 1960
oleh Yuri Veroshanki, seorang jurulatih atlet warga Russia.
Kejayaan beliau dalam latihan ini terbukti apabila atlet Russia,
Valery Borzov telah berjaya di dalam acara pecut 100 meter dan 200
meter. Hasil kejayaan itu, latihan pliometrik mula menjadi
perhatian dan Yuri Veroshanki dipanggil sebagai bapa penelitian
pliometrik (Godfrey,2006). Istilah Plyometrics adalah kombinasi
perkataan yang berasal dari bahasa Latin, iaitu plyo dan metrics
yang bermaksud peningkatan yang dapat diukur (Chu,1992). Meskipun
istilah itu mulai dikenalkan sejak pertengahan tahun 1960 atau
1970an, Bompa (1999) menyatakan bahawa latihan plyometric sudah
diamalkan pada jangka waktu yang lama. Hal ini kita ketahui dengan
pasti kerana kanak-kanak telah bermain lompat tali atau lompat
scotch, bentuk-bentuk permainan seperti latihan pliometrik.
Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan menghubungkan
kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis
pegerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu,
1992).
Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan
kekuatan dengan beban tetap (berat badan) dan latihan yang
mendorong kepada pergerakkan yang pantas dan isipadu (set dan
ulangan latihan) (Hedrick, 2003). Latihan pliometrik adalah subset
kepada stretch-shorten cycle yang menekankan peningkatan julat
regangan pergerakkan yang pantas dan maximal ballistic activation
of muscle (LaChance, 1995). Jurulatih yang melaksanakan program
latihan pliometrik harus memikirkan prinsip latihan asas apabila
merancang program latihan tersebut. Latihan pliometrik mestilah
spesifik untuk setiap atlet berdasarkan jenis sukan yang diceburi.
Jurulatih akan memberi tindakbalas kepada atlet bagaimana prestasi
dalam melaksanakan latihan tersebut. Kaedah latihan yang berkesan
hendaklah melalui suatu proses perancangan latihan yang sistematik
bagi mendapatkan kesan latihan yang maksimum (Zatsiorsky,1995).
Hasil daripada pembacaan ilmiah ini, pengkaji telah merumuskan
bahawa kaedah latihan pliometrik merupakan langkah terbaik dan
sesuai untuk dijadikan program bagi memperbaiki teknik lonjakan
kepada murid yang bermasalah . Pengkaji akan merangka bentuk
latihan yang bersistematik dan bersesuaian dengan responden supaya
kesan latihan dapat meningkatkan prestasi lonjakan kaki
responden.
2.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian ini adalah untuk membantu murid-murid yang
mengalami masalah di dalam fasa lonjakan di dalam kemahiran sukan
lompat jauh. Melalui kaedah latihan pliometrik, murid-murid dapat
meningkatkan kuasa eksplosif kaki. Pengkaji juga berharap
murid-murid dapat memahami konsep latihan yang sesuai dan
bersistematik dapat mempengaruhi pencapaian di dalam prestasi
mereka.
2.1Tinjauan Masalah
Sebelum melakukan kajian, pengkaji telah membuat tinjauan awal
permasalahan dengan melihat permasalahan tersebut dari pelbagai
aspek. Pengkaji ingin memastikan permasalahan yang dikaji dapat
memberi kesan jangka panjang terhadap murid-murid malahan untuk
diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sukan
lompat jauh.
2.1.1Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran lepas, pengkaji mendapati subjek mempunyai masalah
dalam melakukan aktiviti lonjakan yang melibatkan kuasa eksplosif
otot kaki. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
pendidikan jasmani yang dijalankan, pengkaji telah melihat beberapa
orang murid kerap melakukan kesalahan semasa proses ansur maju
latihan kemahiran lonjakan bagi sukan lompat jauh. Beberapa
aktiviti ansur maju pada sesi perkembangan menunjukkan beberapa
responden tidak dapat menguasai kemahiran melonjak untuk melepasi
halangan-halangan di dalam aktiviti tersebut.
Rajah 1: Kesalahan-kesalahan sepanjang aktiviti lonjakan
Rajah 1 menunjukkan pemerhatian awal yang dijalankan oleh
pengkaji, terhadap murid-murid yang bermasalah dan diasingkan
daripada kumpulan murid yang lain. Pengkaji meminta murid-murid
bermasalah tersebut melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Namun,
murid-murid tersebut tetap melakukan kesalahan yang sama seperti
hilang kawalan badan, jatuh, melanggar kon dan tidak berjaya
melepasi halangan.
2.2Analisis Masalah
Selepas meneliti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
murid-murid tersebut, pengkaji telah membuat refleksi kendiri
dengan melihat punca masalah tersebut berpunca daripada kekuatan
kaki murid, iaitu berkaitan kuasa eksplosif untuk melonjak ke
udara. Bagi memastikan andaian pengkaji tepat, satu sesi temubual
dijalankan selepas sesi P&P bagi melihat respon daripada murid
berkenaan.
Jadual 1: Transkrip temu bual umumRespons
PengkajiKenapa cikgu tengok awak susah sangat nak menguasai
kemahiran tadi? Kamu ada masalah atau awak sengaja buat-buat tak
boleh?
Murid 1Memang saya tak boleh, cikgu. Saya dah cuba, tapi tak
mampu, saya rasa malas dah ni, cikgu.
Murid 2Susah la, cikgu. Ni sampai rasa sakit dah kat belakang
peha saya. Saya tak main-main pun cikgu suruh tadi.
Murid 3Tak mampu la, cikgu. Saya memang tak boleh.
Murid 4Minta maaf, cikgu. Saya tak nak dah buat.
Daripada jadual 1, pengkaji telah dapat membuat kesimpulan awal
bahawa andaian awal pengkaji adalah tepat. Empat murid yang ditemu
bual secara umum menunjukkan mereka memang tidak berupaya menguasai
kemahiran lonjakan tersebut. Dengan ini, pengkaji telah merumuskan
bahawa masalah ini perlu dikaji kerana penguasaan kemahiran
lonjakan amat penting di dalam sukan lompat jauh, malahan kepada
sukan-sukan yang lain seperti lompat tinggi, lompat kijang dan
sebagainya.
2.2.1Ujian Pengesanan
Setelah pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapi murid,
ujian pengesanan dilakukan dengan lebih terperinci bagi mendapatkan
sampel kajian yang bermasalah untuk dijadikan responden terhadap
kajian yang akan dijalankan. Dengan menggunakan ujian lompat jauh
berdiri sebagai instrumen pengesanan sampel, pengkaji telah membuat
saringan terhadap murid Tahun Lima Al-Ghazali dan mengenal pasti
lapan sampel yang bermasalah.
Rajah 2: Ujian pengesanan sampel
Rajah 2 menunjukkan murid-murid Tahun Lima Al-Ghazali menjalani
ujian pengesanan awal melalui kaedah ujian lompat jauh berdiri bagi
melihat skor mereka. Melalui ujian pengesanan ini, pengkaji dapat
mengenalpasti murid yang benar-benar bermasalah dan dijadikan
responden untuk sampel kajian.
Lonjakan badan adalah teknik yang dilakukan pada fasa lonjakan
sebelum melayangkan badan di udara. Lonjakan memerlukan kusaa
eksplosif kaki yang bertenaga untuk membawa berat badan ke udara.
Oleh itu pengkaji ingin melihat bagaimana latihan pliometrik dapat
membantu subjek dalam meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Satu
bentuk latihan pliometrik iaitu standing jump over barrier dan
bentuk ujian iaitu lompat jauh berdiri digunakan ke atas responden.
Pengkaji telah membuat pembacaan ilmiah berkenaan latihan
pliometrik dan kaitannya dengan kuasa eksplosif kaki, dan dapat
melihat dengan jelas bahawa tindakan ini dapat memberi peluang
penambahbaikan di dalam penguasaan murid di dalam sukan lompat
jauh.
3.0OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah berhasrat untuk mencapai objektif berikut:
3.1Objektif Umum.3.1.1Untuk meningkatkan kuasa eksplosif
kaki.
3.2Objektif Khusus.3.2.1Untuk membentuk satu bentuk latihan
pliometrik yang sesuai dengan murid dan mencapai objektif
kajian.3.2.2Untuk mempertingkatkan kuasa eksplosif kaki bagi murid
yang menghadapi masalah.
3.3Untuk mencapai fokus dan objektif kajian, pengkaji akan
mendapatkan jawapan kepada persoalan berikut:3.3.1Adakah bentuk
latihan yang dirancang dapat meningkatkan prestasi murid dalam
ujian yang dijalankan?3.3.2Adakah bentuk latihan yang dijalankan
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh murid di dalam
penguasaan kemahiran lonjakan lompat jauh?
3.4 Batasan Kajian.
Kajian ini terbatas terhadap murid lelaki Tahun Lima Al-Ghazali
di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II pada sesi 2011. Masalah yang
timbul adalah tertumpu kepada responden yang mengalami masalah
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pengkaji.
Dengan ini, segala dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan
dengan lain-lain responden di tempat lain.
4.0KUMPULAN SASARAN
Kajian telah dijalankan ke atas lapan orang murid lelaki Tahun
Lima Al-Ghazali, SK Seri Budiman II, Kuala Terengganu, yang telah
dikenal pasti mempunyai masalah di dalam fasa lonjakan sukan lompat
jauh di dalam fasa perkembangan ansur maju sesi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani.
5.0TINDAKAN
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah
mengaplikasikan model Kemmis dan McTaggart (1988) untuk mengumpul
dan menganalisis data. Proses kajian tindakan melibatkan refleksi
ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.
Pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah
dan melaksanakan pelan yang dihasilkan. Dalam proses
pelaksanaannya, pengkaji perlu memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai
Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka
pengkaji perlu memulakan proses semula ke Gelungan Kedua dengan
proses yang sama tetapi corak latihan dan frekuensi diubah supaya
bersesuaian dengan objektif kajian sehinggalah masalah itu
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua pengkaji perlu mereflek dan
membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang telah dijalankan.
Rajah 3: Model Kemmis dan McTaggart (1988)Rajah 3 menunjukkan
gelungan proses tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988)
di mana pengkaji telah mengambil langkah mereflek, merancang,
bertindak dan memerhati. Pengkaji telah merangka satu pelan
tindakan hasil adaptasi daripada model tersebut.
Rajah 4: Pelan Tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart
(1988)
Pengkaji telah meneliti permasalahan yang berlaku sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran lompat
jauh. Hasil daripada catatan refleksi, pengkaji mula meneliti
masalah yang timbul dan mengkaji permasalahan tersebut. Apabila
pengkaji telah mengenalpasti masalah yang timbul, tindakan
selanjutnya ialah merancang untuk mencari jalan penyelesaian kepada
masalah tersebut. Di dalam proses merancang, pengkaji telah membuat
semakan literatur dan meninjau kajian-kajian terdahulu berkenaan
masalah di dalam kemahiran lonjakan lompat jauh. Perancangan yang
disusun mengambil kira semua aspek terutamnya berkaitan keselamatan
responden. Setelah meneliti dan membuat pembacaan yang teliti, satu
program latihan telah dirangka iaitu latihan pliometrik. Protokol
dan prosedur latihan dibentuk supaya dapat memenuhi kriteria yang
dikehendaki serta memastikan responden mudah memahami hasrat
pengkaji. Seterusnya, pengkaji mula bertindak dengan melakukan
latihan pliometrik enam minggu terhadap responden. Sepanjang proses
latihan berlaku, pengkaji telah merekod data temubual bersama
responden bagi melihat keberkesanan latihan. Selain itu, skor ujian
pra dan pos turut direkodkan bagi melihat peningkatan prestasi
responden terhadap program latihan yang dijalankan. Setelah selesai
tempoh latihan pliometrik dan ujian pos lompat jauh berdiri,
pengkaji telah menganalisis data dari segi pemerhatian dan skor
data yang diperolehi bagi melihat keberkesanan latihan dan
peningkatan prestasi di dalam fasa lonjakan setiap responden.
5.1 Prosedur Tindakan
Responden akan menjalani latihan pliometrik di bawah pengawasan
pengkaji selama tiga kali seminggu selama enam minggu. Latihan
pliometrik dijangka akan berjalan pada 28 Mac 2011 sehingga 06
Julai 2011. Pengkaji akan menggunakan masa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani di waktu pagi atau masa terluang
murid pada waktu petang. Pengkaji akan menggunakan 30 minit setiap
pagi untuk melaksanakan latihan pliometrik yang dirancang.
Seterusnya, pengkaji juga akan melakukan latihan tersebut pada
sebelah petang iaitu antara jam 1.30 petang hingga 2.00 petang.
Secara keseluruhannya, pengkaji akan melakukan latihan tersebut
selama 90 minit dalam tempoh tiga kali seminggu. Tempoh 30 minit
bagi setiap sesi tersebut meliputi sesi regangan otot selama lima
minit, latihan pliometrik selama 20 minit dan gerak kendur selama
lima minit.
National Association for Sports and Physical Education (NASPE)
(2005) menjelaskan bahawa prinsip latihan perlu memanipulasikan
bentuk latihan dan juga jumlah set dan pengulangan. NASPE juga
menyatakan bentuk latihan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia
9-11 tahun mengikut garis panduan FITT (fitness, intensity, time,
type) ialah:
Jadual 2: Jadual prinsip latihan mengikut garis panduan FITT
Umur9- 11 tahun
Kekerapan (frequency)2 -3 hari per seminggu
Intensiti (intensity)paling ringan
Masa (time)sekurang-kurangnya 1 set ( perlu lakukan 2 set ),
6-15 kali ulangan, sekurang-kurangnya 20-30 minit.
Jenis (type)kumpulan otot major
Chu (1992) telah menggambarkan skala intensiti untuk latihan
pliometrik seperti berikut:
HighDepth jumpsBox drills Multiple hops and jumps Standing jumps
LowJumps-in-place Exercises
Rajah 5: Skala intensiti latihan pliometrik
Berdasarkan kepada prinsip latihan mengikut garis panduan FITT
dan skala intensiti latihan pliometrik, pengkaji telah merangka
protokol program latihan yang bersesuaian dengan umur responden.
Melalui tindakan protokol ini, responden dapat melakukan sesi
program latihan dengan teratur dan sistematik.
Jadual 3: Protokol program latihan pliometrik enam minggu
MingguLatihanDrill PliometrikSet xUlanganIntensitiLatihan
Minggu 1Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah
Minggu 2Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah
Minggu 3Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah
Minggu 4Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah
Minggu 5Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah
Minggu 6Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah
5.1 Cara Mengumpul Data
5.1.1 Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai
untuk mengumpul data dan maklumat : Borang Skor Ujian Soal Selidik
Berstruktur
5.1.2 Berikut ialah alat kajian atau instrumen yang digunakan
untuk program latihan pliometrik dan mengukur kekuatan dan kuasa
eksplosif kaki responden yang terlibat : Latihan pliometrik
(standing jump over barrier) Ujian Lompat Jauh Berdiri
5.1.3 Alatan dan kemudahan bagi latihan pliometrik (standing
jump over barrier) dan ujian lompat jauh berdiri ialah: Pita lekat
Pita ukur Skitel 30 sm Penanda Pembaris panjang Pelapik getah
5.1.4 Pengurusan dan organisasi: Latihan pliometrik.
Rajah 6: Latihan pliometrik standing jump over barrier
Lapan skitel 30 sm disusun secara selari di atas padang. Jarak
di antara skitel adalah 1 meter.
Prosedur:1. Latihan ini dijalankan dengan murid memakai pakaian
dan kasut sukan yang sesuai.2. Responden 1 (R1) akan berdiri dalam
keadan sedia di garisan permulaan.3. Kedua-dua belah kaki
dirapatkan dengan keadaan selesa.4. Lutut dibengkokkan.5. Hayun
kedua dua belah tangan.6. Lompat melepasi ketinggian skitel dengan
membawa berat tubuh badan ke hadapan.7. Serap daya lompatan dengan
membengkokkan lutut dan merendahkan pusat graviti tubuh.8. Ulang
langkah 3 7 sehingga selesai di garisan penamat.9. Responden 2 (R2)
akan bergerak selepas R1 selesai hingga ke garisan penamat.10.
Latihan akan ditamatkan sekiranya R1 :- Tidak melepasi skitel.
Melompat dengan sebelah kaki. Menyentuh skitel. Tidak dapat
meneruskan lompatan dan berhenti
Ujian lompat jauh berdiri.
Pita pengukur
Rajah 7: Organisasi ujian lompat jauh berdiri
Prosedur:
1. Responden wajib memakai pakaian dan kasut sukan yang
bersesuaian.2. Murid berdiri di belakang garisan mula dalam keadaan
sedia.3. Kaki dibuka seluas bahu dan mengikut keselesaan
responden.4. Rendahkan tubuh dengan membengkokkan lutut.5. Hayunkan
tangan dan lompat dengan membawa berat tubuh ke hadapan.6. Mendarat
dengan menyerap daya lompatan dengan membengkokkan lutut.7. Berdiri
statik untuk diambil ukuran lompatan.8. Ujian akan terbatal
sekiranya :a. Murid melompat dengan sebelah kaki.b. Melompat
melebihi garisan mula.
5.3Cara Menganalisis Data
Responden juga diminta untuk melengkapkan butiran-butiran
peribadi diri yang disediakan seperti nama, berat, tinggi, dan
umur. (Rujuk Lampiran C). Setelah selesai mengisi borang yang
disediakan para responden bersedia untuk menjalani ujian pre-test
pada hari pertama di minggu yang pertama. Sebelum melakukan ujian
ini subjek diminta untuk melakukan aktiviti regangan dan memanaskan
badan terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berlakunya
kecederaan. Selesai sahaja ujian tersebut para responden akan
menjalani program latihan pliometrik enam minggu yang telah
ditetapkan oleh pengkaji mengikut jadual yang telah dirancang.
Responden akan diambil kedatangan setiap kali latihan dijalankan
dengan mengisi kad kedatangan yang telah disediakan oleh
penyelidik.
Jadual 4: Norma Ujian Lompat Jauh BerdiriTAHAPTAHAP 2
10 TAHUN11 TAHUN12 TAHUN
CemerlangLEBIH DARI 175.55LEBIH DARI 183.31LEBIH DARI 192.04
Sangat Baik151.70 175.54157.52 183.30170.26 192.03
Baik127.85 151.69131.71 157.51148.51 170.27
Sederhana104.00 127.84105.92 131.70126.75 148.50
LemahKURANG DARI 103.99KURANG DARI 105.91KURANG DARI 126.74
Jadual 4 menunjukkan norma ujian bagi lompat jauh berdiri dengan
meletakkan lima tahap pencapaian iaitu lemah, sederhana, baik,
sangat baik dan cemerlang. Penganalisisan data bagi kajian yang
dijalankan ini ialah dengan menggunakkan norma yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Ujian
Talent Identification (TID)
Setelah selesai sahaja latihan dijalankan pengkaji sekali
meminta para responden untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan.
Motifnya ialah untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang
kecederaan yang tidak diingini terjadi. Di akhir setiap kali
latihan dijalankan para responden akan dibekalkan dengan minuman
berglukosa.
Pada akhir ujian kecergasan ini sekali lagi para responden akan
menjalani ujian. Ujian ini dipanggil ujian post-test atau ujian
selepas, di mana setelah selesai mengharungi latihan selama enam
minggu bagi melihat sama ada terdapat sebarang peningkatan ataupun
tidak. Sekali lagi ujian lompat jauh berdiri akan dijalankan bagi
membandingkan keputusan ujian sebelum dan selepas latihan. Data
akan diambil dan diproses ke dalam program berbantukan
komputer.
6.0ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA
Dapatan kajian pra dan pos akan dilakukan pengkaji dengan
menggunakan ujian lompat jauh berdiri. Setelah melakukan ujian,
pengkaji akan merujuk kepada skala markah keseluruhan berdasarkan
norma ujian lompat jauh berdiri untuk menentukan tahap pencapaian
responden bagi tujuan pemerolehan data. Ujian akan dilaksanakan
sebelum dan selepas tamat tempoh rawatan latihan. Rawatan yang
diberi kepada subjek ialah dengan menjalani latihan pliometrik
iaitu standing jump over barrier. Pengkaji akan membandingkan hasil
dapatan tersebut bagi melihat keberkesanan rawatan.
Hasil dapatan data akan dianalisis menggunakan perisian
berbantukan komputer bagi melihat keberkesanan latihan terhadap
responden. Selain itu, pengkaji akan membuat soal selidik separa
berstruktur bagi mengetahui kesan latihan terhadap responden dan
pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan. Gred-gred yang
diperolehi melalui norma akan dianalisis oleh pengkaji.
Memandangkan pengkaji menggunakan data kuantitatif, maka pengkaji
akan menggunakan analisis berbentuk deskriptif. Analisis deskriptif
mengkehendaki pengkaji mencari kekerapan dan peratusan serta min
dan sisihan piawai bagi data yang diperolehi.
6.1Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?
6.1.1Analisis Data Ujian Pra dan Pos
Dalam mengumpulkan data kajian,satu borang telah diedarkan
kepada semua responden. Borang tersebut mengandungi nama, jantina,
berat, tinggi, Body Mass Index (BMI) dan data-data tentang latihan
dan ujian lompat jauh berdiri yang akan dijalani.(Rujuk Lampiran
A). Setelah selesai menjalankan ujian pra dan pos terhadap semua
responden, data mentah yang dicatat dianalisis secara deskriptif
bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan data. Data
yang berbentuk kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian
berbantukan komputer.
Jadual 5: Kumpulan responden, bilangan, umur dan
jantinaKumpulanBilangan Umur Jantina
Tahun 5 Al-GhazaliLapan Orang10 TahunLelaki
Jadual 5 di atas menunjukkan data yang berkaitan dengan
responden untuk kajian ini yang terdiri daripada kumpulan murid
tahun empat di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2. Bilangan
responden adalah seramai lapan orang. Umur responden kesemuanya
berusia 10 tahun. Responden yang di uji hanya terdiri daripada
jantina lelaki sahaja.
Jadual 6: Skor ujian pra mengikut respondenSampelSkor Ujian
Pra
PercubaanSkor TerbaikTahap
R1152156149156Baik
R2140138136140Baik
R3155162160160Sangat baik
R4142140138142Baik
R5152147150152Baik
R6128132131131Baik
R7124121121124Sederhana
R8142140145145Baik
Rajah 8: Markah ujian pra bagi setiap responden.
Hasil analisis ujian pra lompat jauh berdiri, pengkaji telah
melakukan dengan memberikan tiga percubaan kepada responden.
Daripada tiga percubaan tersebut, skor terbaik akan diambil kira
sebagai skor ujian untuk dianalisis. Responden mempunyai tiga
peluang percubaan dan bagi setiap percubaan responden bebas
mengambil masa untuk memastikan skor yang diperoleh menunjukkan
prestasi terbaik responden. Jadual 6 menunjukkan seorang sampel
sahaja mendapat skor pada tahap sangat baik (157.52 183.30cm), enam
responden berada pada tahap baik (131.71 157.51cm), dan seorang
berada pada tahap sederhana (105.92 131.70cm). Ukuran tahap adalah
merujuk kepada norma ujian lompat jauh berdiri ujian Talent
Identification (TID). (Rujuk Lampiran G). Daripada analisis ini,
pengkaji telah membuat ramalan awal supaya selepas menjalani
latihan pliometrik enam minggu, responden akan memperolehi
peningkatan skor dan berada pada tahap sekurang-kurangnya sangat
baik (157.52 183.30cm). Penekanan akan diberikan secara khusus
sepanjang latihan dan faktor ralat diambil kira supaya tindakan
yang dilakukan pengkaji memperolehi peningkatan skor.
Jadual 7: Markah ujian pos bagi setiap respondenSampelMarkah
Ujian Pos
PercubaanSkor TerbaikTahap
R1176174177177Sangat Baik
R2155152157157Sangat Baik
R3180180181181Sangat Baik
R4159157157159Sangat Baik
R5169172170172Sangat Baik
R6159162158162Sangat Baik
R7162165163165Sangat Baik
R8179179177179Sangat Baik
Rajah 9: Markah ujian pos bagi setiap responden.
Merujuk kepada analisis ujian pos, pengkaji telah melihat
peningkatan skor ujian selepas tempoh latihan pliometrik. Jadual 7
menunjukkan semua responden mencapai tahap skor sangat baik (157.52
183.30cm). Skor minimum telah dicapai oleh R2 dengan lompatan
sejauh 157cm, diikuti oleh R4 sejauh 159cm, R6 sejauh 162cm, R7
sejauh 165cm, R1 sejauh 177cm, R8 sejauh 179cm dan skor maksimum
telah berjaya dicapai oleh R3, iaitu sejauh 181cm. Daripada hasil
ujian pos, pengkaji telah membuat perbandingan dengan skor ujian
pra.
Jadual 8: Perbandingan markah ujian pra dan pos setiap
respondenRespondenUjian PraTahapUjian PosTahap
R1156Baik177Sangat Baik
R2140Baik157Sangat Baik
R3160Sangat baik181Sangat Baik
R4142Baik159Sangat Baik
R5152Baik172Sangat Baik
R6131Baik162Sangat Baik
R7124Sederhana 165Sangat Baik
R8145Baik 179Sangat Baik
Jadual 8 menunjukkan peningkatan skor ujian antara ujian pra dan
ujian pos. R1,R2,R4,R5,R6 dan R8 menunjukkan peningkatan daripada
tahap baik dengan purata skor baik (131.71 157.51cm), kepada tahap
sangat baik dengan purata skor sangat baik (157.52 183.30cm). R3
telah menunjukkan peningkatan dari segi skor ujian, tetapi masih
berada pada tahap yang sama iaitu sangat baik. R7 menunjukkan
peningkatan yang mendadak apabila meningkat dariapada tahap
sederhana kepada tahap sangat baik.
Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan pos setiap
responden.
Rajah 10 di atas menunjukkan graf bagi ujian sebelum dan ujian
selepas ujian lompat jauh berdiri untuk komponen kekuatan dan kuasa
eksplosif kaki. Graf menunjukkan semua hasil keputusan bagi setiap
responden yang di uji iaitu seramai lapan orang. Berlaku sedikit
peningkatan terhadap semua responden bagi skor ujian selepas.
Pengkaji mendapati peningkatan skor keseluruhan bagi semua
responden berlaku dengan peratus keseluruhan sebanyak 14.88%.
Jadual 9: Jadual min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan ujian
pascaRESPONDEN SKOR UJIAN PRASKOR UJIAN POS
Min143.75169
Responden N88
Sisihan Piawai12.2689.457
Jadual 9 menunjukkan bacaan nilai min bagi skor ujian pra
keseluruhan responden adalah 143.75cm. Bagi ujian pos, nilai bacaan
min bagi skor ujian pos keseluruhan responden ialah 169cm. Jadi,
dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan skor min bagi
keseluruhan responden bagi ujian pra dan ujian pos. Bacaan nilai
sisihan piawai bagi ujian pra ialah 12.268 manakala bacaan nilai
sisihan piawai bagi ujian pos ialah 9.457. Situasi tersebut
menggambarkan serakan skor bagi semasa ujian pra adalah lebih besar
berbanding serakan skor semasa ujian pos.
Rajah 11: Perbandingan skor min bagi ujian pra dan ujian lompat
jauh berdiriKesimpulannya, merujuk kepada Rajah 11, terdapat
peningkatan nilai min tahap penguasaan kuasa kaki responden di
dalam ujian lompat jauh berdiri yang dijalankan. Latihan pliometrik
enam minggu yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan keberkesanan
terhadap responden dengan peningkatan daripada segi min skor ujian
pra 143.75 kepada min skor ujian pos 169. Peningkatan min skor
adalah sebanyak 25.25 iaitu 14.95%.
6.2 Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan fasa lonjakan
lompat jauh?
6.2.1 Analisis Transkrip Temu Bual BerstrukturSesi temu bual
dijalankan melalui dua peringkat iaitu temu bual awal dan temu bual
akhir. Temu bual awal diadakan sebelum latihan pliometrik
dijalankan dan temu bual akhir diadakan selepas tamat ujian pos
terhadap semua responden yang terlibat. Sesi temu bual dijalankan
secara berstruktur dengan pengkaji telah menetapkan matlamat temu
bual dijalankan disamping mengambil kira penerangan responden
mengenai perasaan mereka terhadap program latihan yang dijalankan.
Sesi temu bual ini berbentuk santai dengan guru menetapkan
soalan-soalan yang ingin diajukan sambil mengambil keterangan lain
daripada responden. Tujuan dan rasional sesi temu bual ini
dijalankan ialah untuk melihat samada bentuk latihan yang diadakan
dapat membantu murid mengatasi masalah mereka di dalam menguasai
fasa lonjakan lompat jauh.
6.2.2 Analisis Transkrip Temu Bual AwalTemu bual awal dijalankan
selepas ujian pra di dalam bilik kaunseling. Tujuan pengkaji
menjalankan temu bual selepas ujian pra ialah untuk menunjukkan
prestasi murid tanpa menjalani sebarang latihan khusus untuk
menjalani ujian pra tersebut.Temu bual diadakan secara berstruktur,
iaitu soalan disediakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan disamping mengambil kira soalan-soalan lain secara
semi-formal. Pengkaji telah menyediakan empat soalan yang hendak
diajukan kepada semua responden. Tujuan temu bual awal ini diadakan
ialah untuk mencungkil persepsi dan pendapat responden terhadap
keberkesanan sistem latihan terutamanya terhadap masalah prestasi
kekuatan dan kuasa eksplosif kaki.
Jadual 10: Transkrip temu bual awalRespons
Pengkaji Apakah perasaan kamu apabila melihat keputusan ujian
lompat jauh berdiri yang telah cikgu jalankan?
Responden 1Tak puas hati, cikgu.
Responden 2Dekat sangat, nak buat sekali lagi.
Responden 3Tak boleh jauh la, cikgu.
Responden 4Dekat, cikgu. Orang lain jauh lagi.
Responden 5Nak buat lain, cikgu
Responden 6Nak buat lain.
Responden 7Tak puas hati ni, cikgu. Buat semula.
Responden 8Dekat la, cikgu.
Pengkaji
Adakah kamu tahu sebab dan masalah yang menyebabkan keputusan
awak sebegini?
Responden 1Tak tahu la, cikgu. (sambil tersenyum)
Responden 2Kaki saya tak kuat nak lompat, cikgu.
Responden 3Kaki tak kuat, cikgu.
Responden 4Rasa dok rok la, cikgu. (dialek Terengganu)
Responden 5Saya memang tak suka lompat-lompat ni, cikgu.
Responden 6Saya rasa lemah nak lompat, cikgu.
Responden 7Ntahsebab tak pernah main macam ni, cikgu.
Responden 8Sama jekaki dok rok cetong. (dialek Terengganu)
Pengkaji Adakah kamu pernah menjalani latihan untuk meningkatkan
kuasa eksplosif kaki kamu?
Responden 1Tak pernah,cikgu
Responden 2Sama la, cikgu. Tak pernah pun.
Responden 3Tak, cikgu.
Responden 4Tak pernah langsung, cikgu.
Responden 5Saya tak minat, cikgu.
Responden 6Tak, cikgu.
Responden 7Tak, cikgu.
Responden 8Dop, cikgu.
Pengkaji
Adakah kamu berminat mengikuti latihan pliometrik, iaitu latihan
khusus untuk memperbaiki prestasi kamu?
Responden 1Kalau cikgu yang ajar, saya nak. (dengan nada
seronok)
Responden 2Tak tahu la cikgu, saya malas la.
Responden 3Tak jadi menda gak, cikgu
Responden 4Malas la saya, cikgu.
Responden 5Main bola sedap lagi, cikgu
Responden 6Saya nak, cikgu
Responden 7Boleh, cikgu
Responden 8Saya ikut cikgu jer.
6.2.3 Analisis Temu Bual Awal
Pengkaji telah menentukan soalan bagi mendapatkan jawapan yang
menjurus kepada kehendak kajian. Jadual 10 menunjukkan hasil temu
bual semua responden yang mempunyai masalah berkaitan dengan
prestasi mereka. Hasil ujian pra lompat jauh berdiri menjadi
rujukan kepada prestasi awal mereka. hasil temu bual mendapati
murid tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka. Responden turut
mengakui mereka mempunyai masalah di dalam menguasai kemahiran
melonjak untuk mendapatkan skor yang baik. Pengkaji turut melihat
punca permasalahan ini berkaitan dengan perkembangan responden di
dalam penguasaan kuasa ekplosif kaki memandangkan responden tidak
pernah menjalani latihan berkaitan dengan aspek kuasa eksplosif
kaki. Responden juga berminat untuk menjalani latihan bagi
memperbaiki prestasi mereka.
Jadual 11: Analisis Kekerapan Temu Bual Awal.ItemsKekerapan
Prestasi skor ujian pra Skor tidak mencapai tahap yang
diingini.8
Masalah kuasa eksplosif kaki Lemah di dalam lonjakan8
Tidak pernah menjalani latihan Tiada latihan khusus berkaitan
kuasa eksplosif kaki8
Berminat menjalani latihan Memperbaiki prestasi Menyelesaikan
masalah4
Jadual 11 menunjukkan hasil analisis temu bual awal yang
dijalankan pengkaji. Di dalam item pertama sesi temu bual tersebut,
semua responden menyatakan skor ujian pra lompat jauh berdiri tidak
mencapai tahap yang diingini. Bagi item kedua, pengkaji mengajukan
soalan berkenaan masalah yang menyebabkan skor mereka tidak
mencapai tahap terbaik. Semua responden menjawab masalah tersebut
berpunca daripada kekuatan kaki mereka, iaitu merujuk kepada kuasa
eksplosif kaki yang lemah. Mereka bersependapat masalah tersebut
berpunca apabila tidak mampu untuk melonjak tinggi bagi mencapai
skor terbaik. Bagi item ketiga, pengkaji telah mengajukan soalan
berkenaan latihan yang pernah dijalani oleh responden pada masa
lalu, khusus pada bahagian kaki. Semua responden menyatakan mereka
tidak pernah menjalani latihan khusus untuk meningkatkan kuasa
eksplosif kaki mereka. Di dalam item yang keempat, hanya empat
responden berminat untuk menjalani latihan yang akan dijalankan.
Empat responden lain beranggapan, latihan tidak mampu merubah skor
ujian mereka kerana faktor lain seperti malas dan tidak mahu
berusaha memperbaiki prestasi mereka.
6.2.4 Analisis Transkrip Temu Bual Akhir.
Pengkaji menjalankan sesi temu bual akhir bersama semua
responden selepas selesai tempoh latihan pliometrik enam minggu dan
ujian pos lompat jauh berdiri. Tujuan dan rasional pengkaji ialah
untuk mendapat maklum balas berkenaan latihan yang dijalankan dan
keberkesanan latihan tersebut terhadap masalah yang dihadapi
responden.
Jadual 12: Transkrip temu bual akhirRespons
Pengkaji Apakah perasaan kamu selepas melihat peningkatan skor
di dalam ujian tadi?
Responden 1Bangga la cikgu. Banyak tu.(sambil menunjukkan kad
skor)
Responden 2Seronok, cikgu. Tak sabar nak tunggu main lagi.
Responden 3Tak sangka la, cikgu.
Responden 4Seronok, rasa nak buat lagi.
Responden 5Gagah, cikgu.
Responden 6Seronok, cikgu.
Responden 7Boleh dah wakil sekolah ni, cikgu. (sambil
tersenyum)
Responden 8Sedap tengok markah, cikgu.
Pengkaji Adakah kamu rasa masalah kamu dah selesai? Puas hati
tak?
Responden 1Puas hati dah ni, cikgu. Nak sama dengan markah cikgu
dahhehe. (sambil ketawa)
Responden 2Selesai la cikgu. Skor dah sampai tahap ni.
Responden 3Puas hati, cikgu.
Responden 4Puas, cikgu. Patot cikgu buat awal lg sebelum
sukantara.
Responden 5Yakin sikit nak lompat, cikgu. Memang puas hati.
Responden 6Suka la, cikgu. Sebab apa cikgu tak buat masa
awal-awal lagi?
Responden 7Puas hati, cikgu. Orang tak gelak dah tengok saya
lompat.
Responden 8Sedap la, cikgu. Puas hati. Dop caye rasa(dialek
Terengganu)
Pengkaji Adakah kamu setuju kalau cikgu cakap faktor kejayaan
kamu ni hasil latihan yang kita jalankan bersama?
Responden 1Memang dah, cikgu. Selalu lompathaha (sambil
ketawa)
Responden 2Memang la, cikgu.
Responden 3Cikgu la.
Responden 4Setuju sangat-sangat, cikgu.
Responden 5Memang la, cikgu. Cikgu kan bijakhaha (sambil
ketawa)
Responden 6Latihan yang kita buat kan, cikgu.
Responden 7Memang. Saya setuju.
Responden 8Setuju, cikgu.
Pengkaji Adakah kamu yakin, dengan latihan yang kita jalani
selama enam minggu ini, dapat membantu kamu dalam sukan lompat jauh
akan datang?
Responden 1Yakin, cikgu.
Responden 2Patut cikgu buat awal lagi.
Responden 3Yakin, cikgu.
Responden 4Boleh menang dengan darjah lima lagi, cikgu.
Responden 5Yakin sangat la, cikgu.
Responden 6Sama la, cikgu. Yakin jugak.
Responden 7Sekarang yakin, cikgu.
Responden 8Yakin, cikgu.
6.2.5 Analisis Temu Bual Akhir
Di dalam sesi temu bual akhir, pengkaji telah meletakkan
matlamat temu bual untuk melihat keberkesanan program ke atas
masalah kuasa eksplosif kaki mereka. Hasil analisis temu bual telah
dibentuk di dalam jadual kekerapan bagi memudahkan analisis data
dijalankan.
Jadual 13: Analisis kekerapan temu bual akhir.ItemsKekerapan
Prestasi skor ujian pos Skor mencapai tahap yang diingini8
Masalah kuasa eksplosif kaki Dapat diatasi dengan baik8
Jalan penyelesaian masalah Menjalani latihan khusus berkaitan
kuasa eksplosif kaki8
Berminat menjalani latihan Memperbaiki prestasi Meningkatkan
prestasi akan datang8
Jadual 13 menunjukkan jadual kekerapan bagi empat item temu bual
akhir yang dijalankan ke atas lapan responden. Pengkaji telah
menetapkan item soalan bagi sesi temu bual akhir bagi melihat
sejauh manakah keberkesanan program latihan pliometrik enam minggu
terhadap masalah responden di dalam penguasaan kemahiran lonjakan.
Bagi item pertama sesi temu bual tersebut, semua responden
menyatakan mereka mendapat skor terbaik bagi ujian pos yang
dijalankan. Semua responden telah melihat perubahan yang berlaku
apabila mereka mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan. Data
ujian pra dan pos ujian lompat jauh berdiri menunjukkan
peningkatan, dan semua responden berpuas hati dengan pencapaian
tersebut. Bagi item kedua, pengkaji melihat peningkatan yang
berlaku hasil dari latihan pliometrik yang dijalankan telah
membantu menyelesaikan masalah responden. Respon yang diterima
menunjukkan responden berpuas hati dan merasakan program latihan
tersebut banyak membantu mereka menguasai kemahiran lonjakan lantas
menghasilkan skor terbaik. Item ketiga, pengkaji melihat hasil
perubahan yang berlaku menunjukkan keberkesanan latihan tersebut.
Hasil temu bual yang dijalankan menunjukkan semua responden
bersetuju dan menyatakan hasrat supaya latihan ini terus
dijalankan. Di dalam item keempat, pengkaji mendapati semua
responden berminat untuk meneruskan latihan kerana melalui latihan
ini, mereka dapat merasai dan melihat perubahan yang positif dan
berharap latihan ini diteruskan untuk sesi akan datang.
7.0PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat kesimpulan bagi setiap
dapatan data yang dianalisis. Setiap dapatan data yang diperoleh
telah mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian.
7.1Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?Peningkatan skor ujian
pos di dalam ujian lompat jauh berdiri menunjukkan program latihan
pliometrik yang dijalankan oleh pengkaji berkesan terhadap lapan
responden tersebut. Program latihan ini adalah sangat signifikan
dalam meningkatkan keupayaan responden di dalam kuasa eksplosif
kaki. Hasil kajian lampau juga menunjukkan bahawa latihan yang
boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot adalah latihan
pliometrik (Rimmer & Slivert, 2000). Dengan menggunakan latihan
pliometrik standing jump over barrier, usaha meningkatkan kuasa
eksplosif kaki responden telah berjaya. Kejayaan kajian ini
bergantung kepada jenis latihan pliometrik yang sesuai dengan
keupayaan responden dengan meneliti set dan ulangan latihan.
Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan
kekuatan dengan beban tetap (berat badan) dan latihan yang
mendorong kepada pergerakan dan isipadu (set dan ulangan) (Hendrik,
2003). Tempoh latihan selama enam minggu turut menjadi faktor
kejayaan di dalam peningkatan skor responden. Latihan selama enam
minggu merupakan latihan yang ekonomi (paling singkat) untuk
melihat kesan latihan (Turner, 2003).
Melihat kepada skor ujian pra dan pos, peningkatan skor ujian
adalah jelas apabila setiap responden menunjukkan kesan positif.
Keputusan skor ujian pra lompat jauh berdiri menunjukkan pencapaian
seorang responden di tahap sederhana,lima responden berada pada
tahap baik dan seorang sahaja di tahap sangat baik. Selepas
menjalani latihan pliometrik, keputusan skor ujian pos lompat jauh
berdiri menunjukkan peningkatan positif apabila semua responden
sudah berada pada tahap sangat baik. Nilai min bagi ujian pra ialah
143.75 dan min ujian pos ialah 169. Nilai peningkatan min
keseluruhan responden ialah 15.385% membuktikan bahawa perlaksanaan
latihan pliometrik berkesan di dalam meningkatkan kuasa eksplosif
kaki.
7.2Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan fasa lonjakan
lompat jauh?Hasil kajian menunjukkan bentuk latihan yang dijalankan
pengkaji dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid di
dalam penguasaan fasa lonjakan. Masalah yang dihadapi oleh
responden lebih tertumpu kepada keupayaan kuasa kaki di dalam
melakukan lonjakan yang berulang-ulang. Sesi temu bual yang
dijalankan turut menunjukkan responden mempunyai masalah di dalam
penguasaan lonjakan kerana tidak berupaya untuk melonjak. Responden
dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi apabila ujian pra lompat
jauh berdiri yang dilakukan menunjukkan skor mereka yang tidak
mencapai tahap yang diingini. Dengan menggunakan kaedah temu bual,
pengkaji telah mencungkil persepsi responden tentang skor ujian pra
mereka. Hasilnya, responden mengakui mereka lemah di dalam aktiviti
melompat yang menggunakan kuasa eksplosif kaki. Setelah menjalani
latihan pliometrik yang dijalankan pengkaji, peningkatan skor ujian
pos lompat jauh berdiri menyebabkan responden merubah persepsi
berkenaan masalah yang mereka alami. Hasil temu bual akhir
membuktikan responden bersetuju bahawa kaedah latihan yang dipilih
berkesan di dalam meningkatkan kuasa eksplosif kaki.
7.3KesimpulanHasil analisis data yang dijalankan, pengkaji
berjaya membuktikan latihan pliometrik yang dirancang oleh pengkaji
berhasil meningkatkan skor ujian lompat jauh berdiri. Perancangan
yang teliti dari segi jenis, intensiti dan set latihan diambil kira
bagi memastikan latihan pengkaji berkesan. Temu bual yang
dijalankan turut membuktikan latihan pliometrik berkesan di dalam
menyelesaikan masalah responden di dalam penguasaan kuasa eksplosif
kaki.
8.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah selesai dan memperolehi hasil dalam menjalankan kajian
tindakan ini, pengkaji ingin membuat beberapa saranan kepada kajian
akan datang yang untuk menjalankan kajian berlandaskan kajian ini.
Bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti, seseorang
pengkaji perlu berhati-hati memilih latihan yang ingin dilakukan
sama ada menjurus kepada objektif kajian. Terdapat pelbagai latihan
di dalam Pendidikan Jasmani tetapi pemilihan latihan haruslah
menepati kehendak objektif kajian supaya kesan latihan yang
dilakukan mendapat kesan maksimum terhadap responden.
Kajian akan datang juga perlu memantau subjek untuk menjalani
latihan yang telah ditetapkan. Sekiranya pengkaji tidak mampu
berbuat demikian, pengkaji boleh menyuruh individu yang boleh
dipercayai bagi memantau responden menjalani latihan. Apabila ada
pemantauan, responden akan menjalani latihan dengan
bersungguh-sungguh. Jesteru, ia akan mengelakkan terdapat sebarang
ralat dalam pemerolehan keputusan kelak. Selain itu, pengkaji yang
akan datang mestilah memberi penerangan tentang prosedur kajian
dengan jelas teratur kepada subjek. Hal ini adalah bagi mengelakkan
berlaku sebarang kekeliruan kepada subjek.
Bilangan responden yang lebih besar dicadangkan untuk kajian
yang lebih luas dan menyeluruh. Pengkaji dapat mewujudkan kumpulan
responden kawalan dan kumpulan responden rawatan. Melalui kaedah
ini, keputusan kajian kajian dapat menguji keberkesanan latihan
pliometrik ini dengan lebih tepat dan jelas. Selain itu, kajian ini
juga dapat digeneralisasikan kepada bilangan populasi.Pengkaji juga
menyarankan agar bagi kajian seterusnya, latihan yang dikenakan
perlu mengambil kira aspek keselamatan terutamanya aspek kecederaan
otot. Asmadi (2007) menyatakan bahawa kecederaan serius akan
berlaku disebabkan oleh jenis latihan pliometrik yang digunakan
melebihi keupayaan otot. Kesimpulannya, jenis latihan dan intensiti
latihan yang dipilih haruslah bersesuaian bagi mengurangkan risiko
kecederaan.
SENARAI RUJUKAN
Asmadi Ishak. (2007). Kesan Periodisasi Model Non-Linear Latihan
Pliometrik dan Latihan Bebanan Terhadap Kuasa Otot Kaki Pada Atlet
Bola Tampar Universiti.Diperoleh pada April 17, 2011, daripada
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/KesanPeriodisasi.htm
Ahmad Wafi. (1996). Seri Teras Sukan Olahraga Padang. Kuala
Lumpur: Godmark Enterprise.Bompa, T.O. (1999). Periodization:
Theory and Methodology of Training (4th Ed.). Champaign: Human
Kinetics.
Baechle, T.R. (1994). Essentials of Strength Training and
Conditioning: National Strength and Conditioning Association.
Champaign: Human Kinetics.
Chu, Donald. A., Jumping into Plyometrics. Champaign, Illinois:
Human Kinetics Pub., 1992.
Croxdale, K., Morris, T. (2007). Plyometric Bench Press Training
for More Strength and Power. Diperoleh pada April 17, 2011,
daripada www.plyobenchpress.htm
Helen Tan. (1997). Manual Olahraga. Selangor: Setiakawan Sdn
Bhd
Hedrick, A., Dahoda, J., Rogers, R., Bennett, S., (2003),
Learning From Each Other: Plyometric Training, Strength and
Conditioning Journal, Vol. 25 (6), pp. 53-54
National Association for Sports and Physical Education. 2005.
(2nd ed.). The Physical Best Teachers Guide. Physical Education for
Lifelong Fitness. United States of America: Human Kinetics
Richard Godfrey. (2006)Detraining Why a change really is better
than a rest p.1. Diperoleh pada April 17, 2011, daripada
(http://www.pponline.co.uk/encyc/detraining.htm)
Rimmer, E., & Slievert, G. (2000). Effective of a Plymetrics
Intervention Program on Sprint Performance. The Journal of Strenght
and Conditioning Researh, 14(3) , 295-301
Turner, A., (2003) Improvement in Running Economy After 6 Weeks
of Plyometric Training, Journal of Strength and Conditioning
Research, 2003, 17(1), 6067
36