PELAN TINDAKAN 2018 POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
PELANTINDAKAN2018POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
ISI K
AN
DUN
GA
N PRAKATA
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG
CARTA ORGANISASI
VISI DAN MISI
DASAR KUALITI
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015 – 2025
10 LONJAKANDALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025(PENDIDIKAN TINGGI)
PELAN TINDAKAN POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2018 i. Teras 1 - Graduan TVET yang berkualiti ii. Teras 2 – Melestari Institusi Kondusif iii. Teras 3 – Memperkaya Bakat iv. Teras 4 – Mengolah Reka Bentuk Sistem Pendidikan v. Teras 5 – Memantapkan Perkongsian Industri dan Komuniti JAWATANKUASA PELAN STRATEGIK PKT 2016-2020
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0
1
2
3
4
4
5
6
7
914192225
31
MUK
A S
URA
T
PRAKATAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Politeknik Kuala Terengganu (PKT) atas usaha yang telah digemblengkan bagi menghasilkan Pelan Tindakan PKT 2018 ini. Saya percaya seluruh warga kerja PKT telah bersedia menyahut cabaran untuk menjadikan PKT sebagai sebuah institusi pendidikan yang sentiasa relevan dengan perubahan semasa serta mampu memenuhi harapan pihak berkepentingan, pemegang taruh dan pelanggan.
Pelan Tindakan PKT 2018 dibangunkan selari dengan Pelan Strategik PKT 2016-2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2020 (Pendidikan Tinggi) (PPPM – PT).
Saya berharap seluruh warga kerja PKT akan dapat bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan visi, misi, matlamat, serta pelan tindakan yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan PKT 2018 ini. Bagi menjayakannya, seluruh warga kerja PKT hendaklah sentiasa mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan kepada produktiviti, inovasi dan semangat kerja berpasukan serta berani melaksanakan perubahan. Saya yakin bahawa Pelan Tindakan PKT 2018 akan melakarkan kejayaan yang lebih gemilang yang boleh kita semua banggakan.
HAJAH RADIAH BINTI CHE SU, A.M.T.PengarahPoliteknik Kuala Terengganu
PELAN TINDAKAN 2018
1
PENDAHULUANPelan Strategik PKT 2016 – 2020 digarap berlandaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 -2025 (Pendidikan Tinggi) yang menggariskan agenda transformasi pendidikan tinggi di Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk memastikan bahawa PKT bergerak ke arah mencapai aspirasi negara terutama di dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang.
Berpaksikan kepada 10 lonjakan utama di dalam agenda tersebut, penetapan matlamat dan pendekatan strategik telah dirangka dengan mengambilkira kepelbagaian keserakanan dan faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian matlamat bagi melahirkan graduan yang berkualiti, holistik dan mempunyai personaliti unggul yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Berlandaskan 7 matlamat iaitu Matlamat 1 Graduan TVET yang berkualiti, Matlamat 2 Kecemerlangan bakat akademik, Matlamat 3 Penghayatan pembelajaran sepanjang hayat, Matlamat 4 Kemantapan Tadbir urus, Matlamat 5 ekosistem Inovasi, Matlamat 6 Keunggulan Global dan Matlamat 7 Pembelajaran dalam talian tahap global, adalah jelas, tepat dan mampu menggapai kecemerlangan organsasi. Pendekatan strategik yang akan diambil adalah menyeluruh, bersepadu dan komprehensif yang mampu diterjemahkan di peringkat pelaksana.
Pada masa yang sama, kepesatan perkembangan teknologi maklumat merupakan satu peluang untuk mempertingkatkan produktiviti dan prestasi terutama di dalam memperkasakan
sistem penyampaian perkhidmatan dan pengurusan pendidikan bersesuaian dengan bidang teknologi maklumat yang merupakan bidang tujahan PKT.
Pelan strategik ini merupakan sebuah perancangan bersama yang akan membawa kepada kejayaan PKT. Walau bagaimanapun, pelan ini tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan pengurusan dan pendidikan akademik semata-mata, elemen atau unsur pembentukan sahsiah dan nila-nilai murni juga dititikberatkan dan diterap bagi perkembangan dan pembentukan warga kerja dan graduan yang seimbang dan harmonis.
Bagi merealisasikan agenda pendidikan ini, iltizam beserta komitmen yang tinggi dan bersepadu diperlukan bagi menzahirkan matlamat dan aspirasi bersama ke arah mencapai visi dan misi PKT.
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
2
LATA
R BE
LAKA
NG
Politeknik Kuala Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota Kuala Terengganu dengan rasminya telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 dengan menumpang bangunan Maktab Perguruan Pasir Panjang. Penubuhan PKKT adalah di bawah konsep kampus dalam kota. Selepas enam bulan beroperasi di Maktab Perguruan Pasir Panjang, akhirnya pada 1 Julai 1999 PKKT telah berpindah ke tapak lama bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu yang telah disewakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengambilan pertama adalah seramai 153 orang pada Jun 1999 untuk Program Sijil Kejuruteraan Awam sahaja. Disusuli Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Elektrik dan Elektronik. Bermula pada tahun 2003 Program Sijil Kejuruteraan Awam dan Program Sijil Kejuruteraan Mekanikal telah dipindahkan ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Mulai pertengahan Mei 2004, selaras dengan penubuhan kabinet baru selepas Pilihan raya Umum, Politeknik telah diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan ditukarkan namanya kepada Politeknik Kuala Terengganu (PKT). Memandangkan ruang yang agak terhad di bangunan sedia ada, pada 1 Julai 2005, bangunan tambahan telah disewa bagi menampung para pelajar yang semakin bertambah. Bangunan yang baru disewa dijadikan bilik kuliah untuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Walaupun bangunan tambahan telah disewa, ianya masih belum mampu menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Ini memaksa PKT menyewa satu lagi bangunan tambahan untuk Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada tahun 2007.
Selari dengan perkembangan pendidikan, pada sesi pengajian Julai 2009, Program Sijil telah dinaiktarafkan kepada diploma dengan penawaran Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pada sesi Jun 2010, berlaku lagi perubahan dalam Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan penamatan Diploma Elektrik dan Elektronik dan menawarkan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi).
Sejajar dengan keperluan untuk meningkatkan peluang pembelajaran dalam pendidikan teknikal kepada lepasan SPM maka PKT telah mengorak langkah dengan penambahan penawaran program baharu di politeknik ini mulai Sesi Jun 2014, iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik&Elektronik (DEE) dengan pengambilan pertamanya seramai 65 orang. Seterusnya pada Sesi Jun 2015, sekali lagi PKT menambah penawaran program Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian (DNS) dalam usaha untuk meningkatkan jumlah enrolmen pelajar serta menambah daya saing sebagai sebuah institusi yang utama dalam menawarkan latihan TVET terkemuka di Terengganu. Seramai 30 orang pelajar telah mendaftar untuk penawaran kali pertama bagi program DNS tersebut di PKT. PKT terus mengorak langkah dalam menempuh arus perubahan dan modenisasi digital agar seiring dengan perkembangan semasa dewasa ini. Seiring dengan keperluan 10 lonjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), maka mulai sesi Jun 2016 Program Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah dijenamakan semula serta dinaiktarafkan menjadi Program Diploma Teknologi Digital (DDT). Ini bersesuaian dalam usaha melonjak prestasi PKT kepada tahap yang optimum dan cemerlang seiring dengan konsep “Soaring Upwards” Kementerian Pendidikan Tinggi.
PELAN TINDAKAN 2018
3
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
4
VISI
MISI
DASAR KUALITI Menjadi institusi TVET yang berkualiti dalam melahirkan modal insan holistik dan menjadi pilihan utama industri menjelang 2020
Visi dan Misi Politeknik Kuala Terengganu dirangka selari dengan Visi dan Misi Jabatan Pengajian Politeknik. Ianya dikongsi dan dihayati bersama warga Politeknik Kuala Terengganu agar semua pihak dalam politeknik berusaha ke arah pencapaian Visi dan Misi ini.
Dasar kualiti PKT adalah membangunkan potensi pelajar PKT ke arah kecemerlangan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PKT komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak semula secara berterusan bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
Menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif bagi melahirkan modal insan holistik yang memenuhi keperluan industri
PELAN TINDAKAN 2018
5
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2015 – 2025
Aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi yang terbaik yang membolehkan Malaysia bersaing dalam ekonomi dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dirangka berasaskan pencapaian semasa yang memerlukan perubahan besar agar pendidikan tinggi di Malaysia sentiasa berdaya saing seiring trend global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini akan mendorong kecemerlangan berterusan dalam system pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga akan menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Empat Lonjakan yang pertama memfokus pada keberhasilan warga pendidikan tinggi, termasuk pelajar dalam laluan akademik dan TVET, komuniti akademik dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti pembelajaran sepanjang hayat. Enam Lonjakan seterusnya memberi tumpuan pada pemboleh (enablers) ekosistem pendidikan tinggi, merangkumi pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian.
(Pendidikan Tinggi)
Sumber :Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
6
DALAM PELANPEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2015-2025
LONJAKAN10
(Pendidikan Tinggi)
Sumber :Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
PELAN TINDAKAN 2018
7
PELANTINDAKAN
2018POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
8
TERAS 1MEMASTIKAN GRADUAN
TVET BERKUALITI
TERAS 2MELESTARI INSTITUSI
KONDUSIF
TERAS 3MEMPERKAYA BAKAT
TERAS 4MENGOLAH REKA BENTUK
SISTEM PENDIDIKAN
TERAS 5MEMANTAPKAN PERKONGSIAN
INDUSTRI & KOMUNITI
TERASPELAN
TINDAKANPKT
PELAN TINDAKAN 2018
9
Matlamat utama pendidikan di PKT ialah melahirkan graduan TVET yang berkualiti selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi dan tuntutan industri yang memerlukan tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti. Oleh yang demikian, ianya menjadi satu cabaran bagi PKT bagi menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan juga yang bercirikan keusahawanan bagi mengupayakan mereka untuk meneroka bidang-bidang yang lebih mencabar. Di samping itu, pembudayaan pembelajaran berterusan perlu diterapkan dalam kalangan pelajar dan juga seluruh komuniti agar setiap warga mempunyai sifat kemandirian yang tinggi serta kemahiran yang pelbagai. Oleh yang demikian, PKT mengambil inisiatif bagi menyediakan perkhidmatan latihan yang bersesuaian mengikut keperluan semasa. Program-program PSH perlu dirancang secara sistematik bagi memastikan PKT menghasilkan program yang berkualiti dan memenuhi standard yang terbaik.
MEMASTIKAN GRADUANTVET BERKUALITI
TERAS 1
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
10
MEMASTIKAN GRADUAN
TVETBERKUALITI
Melahirkan graduan yang boleh bekerja, berciri
keusahawanan dan seimbang melalui pembelajaran formal,
bukan formal dan tidak formal.
Memperkasakan pelajar melalui pembudayaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
OS 1.1 OS 1.2
PELAN TINDAKAN 2018
11
INITIATIF TERAS 1 MEMASTIKAN GRADUAN TVET BERKUALITI
OS 1.1 : Melahirkan graduan yang boleh bekerja, berciri keusahawanan dan seimbang melalui pembelajaran formal, bukan formal dan tidak formal.
OS 1.2 : Memperkasakan pelajar melalui pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
1.1
1 Tahap kepuasan majikan terhadap graduan yang bekerja 4% 3.8
Ketua Penyelidik Kajian Indeks Kepuasan Majikan
Penyelarasan kajian majikan
Bengkel pemurnian Instrumen soal selidik & temu bual
Pengumpulan data
Bengkel penulisan (dalaman)
Bengkel penulisan 1
Bengkel penulisan 2
Bengkel penyelarasan (dalaman)
Bengkel penyelarasan
Kolokium
JKE
Kursus dual professional certification; a- BWI b- Air condition Mechanical & VentilationFiber optic applicationFiber Optical Cable external dan internal system Fusion Splicing and Mechanical Splicing
JTMK Bengkel Reskilling JTMK
JMSK Bengkel Pengukuhan Kursus Matematik
JPAEnglish WeekEnglish CampKem Pembangunan Modal Insan
UPLI
Taklimat 1 Sesi DIS 2018
Lawatan Penyeliaan Pelajar Sesi DIS 2018
Taklimat 1 Sesi JUN 2019
Lawatan Penyeliaan Pelajar Sesi JUN 2019
4 Peratus kebolehpasaran graduan semasa konvokesyen 8% 90% Pegawai Pengesanan Graduan
Bengkel Pengesanan Graduan Pelajar Semester Akhir
Bengkel Pengesanan Graduan Fasa 1 (Pengumpulan Data Graduan)
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
12
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
1.1
Bengkel Pengesanan Graduan Fasa 2 (Pengemaskini Data Graduan)
Taklimat Pengesanan Graduan Bakal Graduan (Raptai Konvokesyen)
Bengkel Counterparts Pengesanan Graduan Politeknik Fasa 1
Bengkel Counterparts Pengesanan Graduan Politeknik Fasa 2
Kolokium Kebolehpasaran Graduan Politeknik
JKE
1. Lawatan Akademik pelajar ke Industri2. Program Kecemerlangan pelajar3. Management and financial programe4. Program pensyarah pelawat industry5. Penyertaan/Pertnadigan projek Inovasi pelajar
UPLI Mengemaskini maklumat pelajar Semester Akhir yang akan menjalani Latihan Industri
CISECTaklimat Kerjaya Pelajar Semester Akhir
Career Day 3.0
CONCEPT
E-Sport Tournament
E-Inkubator
Bengkel Rancangan Perniagaan
Siswapreneur Megasale
Gerak Usahawan Kampus
PENASIHATAN AKADEMIKBengkel Penggunaan Aplikasi iPAD (SPMP)
Kursus Modul Inspirasi Diri (MinD)
PENASIHATAN AKADEMIKBengkel Penggunaan Aplikasi iPAD (SPMP)
Kursus Modul Inspirasi Diri (MinD)
USKK
Teater
Program Kebudayaan
Karnival Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR)
Karnival MSP
Karnival Sukan Pantai
Kejohanan Ragbi
PELAN TINDAKAN 2018
13
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
Kejohanan Futsal ligaIPT
Kejohanan Jemputan
Kejohanan Badminton
Kejohanan Squasy
PERPUSTAKAAN Kuiz
1.2 5 Bilangan peserta PSH bagi setiap institusi 4% 500
Ketua Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
Kursus Asas Bowling
Kursus Asas Jahitan
Kursus Menangani Stress Dengan Urutan
Kursus Microsoft Power Point (Beginner, Intermediate & Advance
Kursus Microsoft Word (Beginner, Intermediate & Advance
Kursus Microsoft Excell (Beginner, Intermediate & Advance
Kursus Jahitan Manik
Kursus Google Aps
JKE
Domestic WiringBasic Arduino systemAutoCAD Soldering technique
JTMK
Kursus Android Application (Mobile Apps: Siri 1 / JTMK)Kursus Android Application (Mobile Apps: Siri 2 / JTMK)Kursus Asas Pengaturcaraan Web (HTMl /CSS/JAVA Script / JTMK)Kursus PHP dan MySQL / JTMK)* Jumlah Peserta 30 org
PERPUSTAKAAN
Bengkel Literasi Maklumat Siri 1
Bengkel Literasi Maklumat Siri 2
Bengkel Literasi Maklumat Siri 3
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
14
Keunggulan urus tadbir sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kemantapan proses pengurusan, kecekapan dan kemampuan pelaksana melaksanakan dasar dengan cemerlang, efektif dan sistematik . Keupayaan setiap warga yang mempunyai kemahiran dan kebolehan yang pelbagai diambilkira dan diterjemahkan di dalam struktur organisasi yang mantap bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan. Penerapan dan pembudayaan terhadap amalan yang baik dan nilai murni akan menjadikan warga PKT yang berintergriti, akauntabiliti dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi ke arah pengurusan tadbir yang mantap.
MELESTARI INSTITUSI KONDUSIF
TERAS 2
PELAN TINDAKAN 2018
15
C
B
D
A
E
MELESTARI INSTITUSI
KONDUSIF
Meningkatkan tadbir urus melalui Lean Management
Menjenama semula imej TVET
Mewujudkan persekitaran kondusif melalui budaya kerja yang positif
Meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan ke arah kemampanankewangan
Mencapai matlamat organisasi yang digariskan melalui keberkesanan kos
OS 2.1
OS 2.2
OS 2.3
OS 2.6
OS 2.7
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
16
INITIATIF TERAS 2 MELESTARI INSTITUSI KONDUSIF
OS 2.1 : Meningkatkan tadbir urus melalui Lean Management
OS 2.2 : Menjenama semula imej TVET
OS 2.3 : Mewujudkan persekitaran kondusif melalui budaya kerja yang positif
OS 2.6 : Meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan ke arah kemampanan kewangan
OS 2.7 : Mencapai matlamat organisasi yang digariskan melalui keberkesanan kos
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
2.1
Pasukan Audit DalamKursus Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
Audit Kualiti Dalaman
Pengurusan Kualiti
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS
2.2 7Peratus Program yang memenuhi norma di setiap institusi bagi pengambilan perdana
pada tahun semasa6% 50% HHP
Karnival masuk IPT zon Pantai Timur peringkat kebangsaan
Promosi ke sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus semasa keputusan SPM - 35 buah
Promosi bersama Yayasan Terengganu
Promosi melalui media sosial bagi lepasan SPM “blast SMS"
Promosi bersama Jabatan Akademik ke sekolah mengikut subjek kejuruteraan di sekolah terpilih - demostrasi
Sebaran informasi ke pelajar Kolej Komuniti sebagai feeder politeknik melalui media sosial
Memenuhi jemputan sekolah ke karnival kejaya sekolah bersama kuanselor poli dan sekolah
Sebaran program politeknik bersama komuniti setempat bersama program CSR
Pendaftaran pelajar baru sesi JUN 2019
Pendaftaran pelajar baru sesi DISEMBER 2019
CSR bersama MPP dan kelab YADIM ke rumah anak yatim sekitar Kuala Terengganu
CSR bersama komuniti setempat
Skuad Cakna Rumah Sewa - Lawatan muhibah ke rumah sewa pelajar sebanyak 2 kali setahun
PELAN TINDAKAN 2018
17
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
Konvoi dan larian murhibah merdeka
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan MPP
Pertandingan Keceriaan rumah sewa
9 Bilangan hebahan jabatan dan institusi di media sosial 4% 10
PRO
Hebahan Radio (2 kali setahun)
Hebahan Telivisyen (2 kali setahun)
Hebahan surat khabar
Lawatan Pelajar Sekolah ke PKT (2 kali setahun)
Poli TV
Talent Scouting (1 hari)
Bengkel Kewartawanan & Pengacaraan (2 hari)
Bengkel Penulisan Berita
Bengkel Grooming & Personaliti
PROCetakan Bahan Promosi
Cetakan Kalendar & Buku Nota Akademik
JKE Facebook JKEWhatsapp
ULPL
SOSIAL Media (Ads) per Progam
Pamphlet (per program)
Banner (per program)
Iklan (per program)
2.3
EKSAAudit EKSA oleh Agensi Luar
Audit Persijilan EKSA oleh MAMPU
PENTADBIRAN
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
Pengemaskinian dan Pemurnian myportfolio x 2 siri
Kursus Panduan Pengurusan Pejabat PKPA Bil. 5 Tahun 2007
Team Building X 2 SIRI
Lawatan Penanda Arasan
Kursus Pengurusan Kewangan
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
18
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
PERPUSTAKAAN
Hari Bersama Pelanggan
Lawatan Penanda Arasan & Perkongsian Ilmu
Hari Buku Sedunia
Kuiz Ramadhan
2.6 10Jumlah Pendapatan daripada program PSH yang berkaitan menyumbang kepada akaun
amanah
ULPL
Kursus Microsoft Power Point (Beginner, Intermediate & Advance
Kursus Microsoft Word (Beginner, Intermediate & Advance
Kursus Microsoft Excell (Beginner, Intermediate & Advance
Kursus Google Aps
JMSKProgram Maths4U
Kursus simen ferro
2.7
11 Peratus Institusi mencapai penjimatan mini-mun sebanyak 5% bayaran bil letrik 4% 5%
PNA
Kempen penjimatan letrik
12 Peratus prestasi perbelanjaan mengurus pada tahap tinggi yang dicapai oleh institusi 6% 99% Kepatuhan kepada syarat dan peraturan eSPKB/1GFMAS
14 Peratus pematuhan tatacara kewangan dalam audit kewangan tahunan 8% 85%
Audit Pengurusan / Kewangan
Audit/Naziran Kewangan
Bengkel Pengurusan Kewangan Secara Berhemah
PELAN TINDAKAN 2018
19
Tenaga akademik merupakan tonggak kepada kecemerlangan akademik pelajar. Sehubungan itu, penekanan kepada peningkatan ilmu pengetahuan, bakat dan kreativiti terutama di dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, usaha-usaha dalam mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi bagi meningkatkan kompetensi juga diberi keutamaan agar graduan yang dihasilkan berkualiti dan seimbang.
MEMPERKAYA BAKATTERAS 3
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
20
MEMPERKAYABAKAT
Melahirkan staf yang efektif melalui program
pembangunan bakat jangka panjang yang komprehensif
OS 3.1
PELAN TINDAKAN 2018
21
INITIATIF TERAS 3 MEMPERKAYA BAKAT
OS 3.1 : Melahirkan staf yang efektif melalui program pembangunan bakat jangka panjang yang komprehensif
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
15 Peratus PPPT yang mengikuti program pembangunan bakat bersama industri 8% 5%
ULPL Kursus Training of Trainer (Pembangunan Item : Bidang)
JKE Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) - TNB, KNS, TM, InfraDATA
JTMK Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) - 2 pensyarah/tahun
JMSK Bengkel Pembinaan Bahan Pembelajaran
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
22
Perkembangan teknologi maklumat terutama komunikasi dalam talian menjadi medium utama dalam kalangan generasi sekarang. Penggunaan internet telah menjadi satu kemestian dan keperluan di dalam kehidupan seharian. Justeru, teknologi ini dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan kualiti dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, penjimatan kos penyampaian, mudah capaian, dan membuka ruang kepada masyarakat global.
MENGOLAH REKA BENTUK SISTEM PENDIDIKAN
TERAS 4
PELAN TINDAKAN 2018
23
MENGOLAH REKA BENTUK SISTEM PENDIDIKAN
Meningkatkan mekanisme penyampaian berkesan
OS 4.2
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
24
INITIATIF TERAS 4 MENGOLAH REKA BENTUK SISTEM PENDIDIKAN
OS 4.2 : Meningkatkan mekanisme penyampaian berkesan
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
4.2
18 Kadar tamat pengajian di dalam tempoh (iGOT) 8% 70%
Pegawai Peperiksaan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik
UPLI Mesyuarat Industri LI Pelajar
19Peratus pelaksanaan pembelajaran teradun
dan pembangunan bahan pembelajaran digital
8% 100%
Pegawai E-Learning
Lawatan Penandarasan TECC
Anugerah Kecermelangan Digital
Kursus Pembangunan Video eMCC ( 60 org Pelajar )
Pertandingan Bahan Pembelajaran Digital
Kursus Pembangunan Bahan MOOC
Kursus Asas Video Kamera & Suntingan
Kursus Pembangunan Skrip & Kandungan
Kursus Video Animasi
JKE Bengkel Blended @ MOCC
JTMK Bengkel Blended @ MOCC
JPABengkel Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital
Bengkel Blended @ MOCC
USM Penyelenggaraan komputer dan infrastruktur rangkaian secara berkala
Perpustakaan Program Pendigitalan Soalan Peperiksaan
PELAN TINDAKAN 2018
25
Dasar pendidikan tinggi menjelaskan bahawa penyelidikan dan inovasi perlu dijadikan agenda utama dalam kalangan setiap warga politeknik. Justeru, usaha-usaha yang menjurus kepada penyelidikan dan inovasi perlu diperkasakan seiring dengan persekitaran yang menyokong kepada aktiviti tersebut.
MEMANTAPKAN PERKONGSIAN
INDUSTRI & KOMUNITI
TERAS 5
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
26
01
02
03
04
MEMANTAPKAN PERKONGSIAN INDUSTRI & KOMUNITI
Meningkatkan kerjasama dengan pihak industri
Memastikan sumbangan signifikan kepada negara dan komuniti
Mengukuhkan sokongan Alumni
Membangunkan ekosistem penyelidikan dan inovasi
OS 5.1
OS 5.2
OS 5.3
OS 5.4
PELAN TINDAKAN 2018
27
INITIATIF TERAS 5 MEMANTAPKAN PERKONGSIAN INDUSTRI & KOMUNITI
OS 5.1 : Meningkatkan kerjasama dengan pihak industri
OS 5.2 : Memastikan sumbangan signifikan kepada negara dan komuniti
OS 5.3 : Mengukuhkan sokongan Alumni
OS 5.4 : Membangunkan ekosistem penyelidikan dan inovasi
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
5.1 21 Bilangan industri / agensi yang mempunyai kolaborasi aktif dengan industri 8% 3
JKE
Building Wiring Installation (ABM)
Kursus Baikpulih Penghawa Dingin (ABM)
Taklimat (KNS Consultant Sdn Bhd)
Lawatan Tapak (KNS Consultant Sdn Bhd)
Taklimat (Shin Etsu Polymer (M) Sdn Bhd)
Karnival Kerjaya (Shin Etsu Polymer (M) Sdn Bhd)
Kursus Teori (InfraData Technology & Service Sdn Bhd)
Bengkel Amali (InfraData Technology & Service Sdn Bhd)
Kursus Teori (Sigtech Technologies Sdn Bhd)
Bengkel Amali (Sigtech Technologies Sdn Bhd)
Taklimat (Info-Matic Power Sdn Bhd)
Lawatan Tapak (Info-Matic Power Sdn Bhd)
Taklimat (Rohm-Wako Electronics (M) Sdn Bhd)
Lawatan Tapak (Rohm-Wako Electronics (M) Sdn Bhd)
Majlis CoC
JMSK Program celik maths
RND ESERI
CISEC JobsMalaysia
UPLI Iklan permohonan untuk Latihan Industri
JTMKiPerintis (Sangkutan Pelajar Ke Industri ) (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
Panel penilai Projek akhir bagi kursus DFT6014 (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
28
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
JTMK
iPerintis (Sangkutan Pelajar Ke Industri ) (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
Panel penilai Projek akhir bagi kursus DFT6014 (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
Coaching and mentoring (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
Bengkel Networking and Programming (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
Lawatan pensyarah ke syarikat (Mysoftcare Solution Sdn Bhd)
iPerintis (Sangkutan Pelajar Ke Industri ) (2y Communication)
Panel penilai Projek akhir bagi kursus DFT6014 (2y Communication)
Coaching and mentoring (2y Communication )
Bengkel Networking and Programming (2y Communication)
Lawatan pensyarah ke syarikat (2y Communication )
Panel penilai Projek akhir bagi kursus DFT6014 (Web Creative Solution )
Coaching and mentoring (Web Creative Solution )
Bengkel Networking and Programming (Web Creative Solution )
Panel penilai Projek akhir bagi kursus DFT6014 (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Coaching and mentoring (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
5.2 UPPSI
Program CSR di Pulau Karimun Indonesia
Program PRS School Attack 5 Sekolah Kuala Terengganu
Program gotong royong pembersihan suaru/masjid dan tanah perkuburan
5.3 Bilangan program/aktiviti yang melibatkan Alumni 4% 1
JTMK IR4.0 Revolution Sharing
Unit KeusahawananJTMK
JKETunjuk Ajarku Sifu
UPLI WhatApp Group Alumni
5.4 Bilangan produk inovasi yang diaplikasikan 4% 2 JKE (1)JTMK (1)
Bengkel Pengisian Projek Pelajar MyMohes
Bengkel Persediaan KIK
Bengkel Syarikat-Penyelidik PPRN (Penyediaan Proposal Syarikat)
Bengkel Penyelidik PPRN (Penyediaan Proposal Penyelidik)
Bidding Matching Session PPRN KPT
PELAN TINDAKAN 2018
29
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
5.4
Bilangan produk inovasi yang diaplikasikan 4% 2
JKE (1)JTMK (1)
Bengkel Pengisian Projek Pelajar MyMohes
Bengkel Persediaan KIK
Bengkel Syarikat-Penyelidik PPRN (Penyediaan Proposal Syarikat)
Bengkel Penyelidik PPRN (Penyediaan Proposal Penyelidik)
Bidding Matching Session PPRN KPT
Bengkel Penyediaan Dokumen KIK
Pertandingan Projek Pelajar sesi Disember 2018
Bengkel KIK Zon Timur
Bengkel Pemurnian dan Pertandingan KIK
Bengkel Pendaftaran Masalah Syarikat
Kursus Inovasi (Pembangunan Apps)
Pertandingan KIK Politeknik & KK
Pertandingan Inovasi Pelajar sesi Jun 2019
Penyertaan Pertandingan Inovasi (20 pelajar, 10 staf) keutamaan Signature Event JPPKK
JMSK KIK Penambahbaikan
Peratus kertas penyelidikan/kertas konsep penyelidikan yang diterbitkan di peringkat
zon/kebangsaan / antarabangsa melalui pemerkasaan penyelidikan
4% 10%
JKE (2)JTMK (2)JMSK (1)JPA (1)
Bengkel Politeknik Reseacher siri 1
Mini Seminar PKT
Aktiviti Kolaborasi (Seminar) Antarabangsa (ASEAN)
Bengkel Politeknik Reseacher siri 2
Penyertaan Seminar Kebangsaan (10 paper) keutamaan Signature Event JPPKK
Penerbitan dalam Jurnal Antarabangsa (5 papers)
JTMK Bengkel penghasilan Proposal (Bidang IT/ Niche Area/ COT)
PERPUSTAKAAN
Bengkel Pemurnian Penerbitan Siri 1
Bengkel Pemurnian Penerbitan Siri 2
Bengkel Pemurnian Penerbitan Siri 3
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
30
OS KPI PETUNJUK PENCAPAIAN UTAMA (KPI) WAJARAN SASARAN PELAKSANA AKTIVITI
Peratus tahap pencapaian status Centre of Technology (COT) 8.0% 15%
JKEJMSKJPA
UPIKULPLUIDMUPLI
KOLABORASI
*Aktiviti mengikut OS yang ditetapkanOS 2.6OS 3.1OS 4.1OS 4.2OS 4.3OS 5.1OS 5.2OS 5.4
PELAN TINDAKAN 2018
31
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
32
AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN PELAN STRATEGIK & BUSINESS PLAN
KETUA EDITOR & FASILITATORSuzana binti Mohd Ali
EDITOR Rashid Bin Mohamad (SETIAUSAHA)
Marzuki bin HussainAzhar bin Mahmud
Wati Binti MohamadMohd Zailani bin Sulong
Nik Roslini binti Nik IbrahimAbdul Ghani bin Jusoh
Suria bt EmbongMaziah binti Mohamad
PELAN TINDAKAN 2018
33
Pelan Tindakan PKT 2018 merangkumi 5 TERAS yang telah ditetapkan ke arah memenuhi hasrat dan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi). Pendekatan bersistematik dan kepelbagaian inisiatif telah dirangka agar semua strategi yang dirancang berjalan dapat dijayakan dan mencapai matlamat yang diharapkan.
Proses pemantauan dijalankan menerusi amalan peningkatan kualiti berterusan (CQI) bagi menjamin pencapaian petunjuk prestasi yang ditetapkan. Pelan strategik ini adalah merupakan dokumen dan garapan idea yang bersifat dinamik agar sentiasa mampu berdaya saing seiring kesesuaian dan perkembangan semasa.
PENUTUP
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
34
KEPADA
PENGARAH, AHLI-AHLI MESYUARAT PENGURUSAN
DAN SEMUA WARGA
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MEREALISASIKAN PENGHASILAN NASKAHPELAN TINDAKAN INI
SEKALUNG PENGHARGAAN
POLITEKNIK KUALA TERENGGANUJALAN SULTAN ISMAIL20200 KUALA TERENGGANUTEL: 09-6204100FAX: 09-6204102www.pkt.edu.my
PELAN TINDAKAN2018