PELAN STRATEGIK 2017 2022 SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
PELAN STRATEGIK
20172022
SURUHANJAYA INTEGRITIAGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
K A N D U N G A N
07
13
17
21
39
43
Kata Alu-aluan
BAB 1 – PENDAHULUANRingkasan EksekutifLatar Belakang EAICFungsi dan Peranan EAICPunca KuasaDasar
BAB 2 – SENARIO PERSEKITARANPemegang Taruh dan Rakan Strategik AgensiIsu-isu/Cabaran-cabaran Strategik Berdasarkan Analisa Persekitaran
BAB 3 – HALA TUJU STRATEGIKVisiMisiMoto/SloganNilai-nilai Bersama
BAB 4 – STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKANTeras StrategikPelan TindakanTeras Strategik 1Teras Strategik 2Teras Strategik 3Teras Strategik 4
BAB 5 – IMPLEMENTASI KE ARAH KEJAYAANMekanisme PelaksanaanPemantauanPenilaianElemen Penentu KejayaanThe Way Forward
BAB 6 – PENUTUP
Pelan Strategik EAIC 2017-2022 ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuhkan hala tuju EAIC dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan Malaysia berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)4
Kata Alu-aluan Pengerusi EAICSyukur saya ke hadrat Ilahi, dengan izin dan limpah kurnia Nya “Pelan Strategik Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) 2017-2022” telah berjaya dihasilkan. Penyediaan Pelan Strategik EAIC 2017-2022 ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuhkan hala tuju EAIC dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan Malaysia berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik. Sehubungan dengan itu, semua pihak khususnya seluruh warga kerja EAIC memberi sokongan dan komitmen untuk menjayakan Pelan Strategik EAIC 2017-2022 ini. Pelan Strategik yang dihasilkan ini adalah salah satu usaha EAIC untuk menangani perubahan persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar.
Seperti yang kita sedia maklum, penubuhan EAIC melalui Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] adalah dilakukan selaras dengan hasrat Kerajaan bagi mengukuh dan memperkasakan budaya integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, telus, adil dan prihatin ke atas aspirasi dan keperluan masyarakat. Kesungguhan pihak Kerajaan yang ingin melihat usaha pengukuhan dan peningkatan budaya integriti dan seterusnya memertabatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan bukan sesuatu yang harus dipandang ringan. Pelbagai perundangan dan institusi yang diwujudkan ke arah hasrat tersebut adalah gambaran keseriusan Kerajaan terhadapnya.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Pelan Strategik ini. Saya menyeru semua warga kerja EAIC untuk bersama-sama berusaha menjayakan semua program di bawah Pelan Strategik ini.
YA Datuk Yaacob bin Haji Md SamPengerusi EAIC
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 5
Setiap tugasan yang diberikan adalah merupakan
suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik
dan selengkap mungkin. Setiap warga kerja EAIC
tanpa mengira kedudukan mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan
segala program dan agenda yang dirancang oleh EAIC
dapat direalisasikan dengan sempurna dan memberi
manfaat serta kesan yang diharapkan.
Petikan Ucapan YA Datuk Yaacob Haji Md Sam di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 EAIC pada 16 Februari 2017.
Bab 1
Pendahuluan
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik EAIC 2017 – 2022 merupakan perancangan EAIC dalam menyambut dan memberi kesan ke atas hasrat Kerajaan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas yang menetapkan EAIC sebagai badan (selain daripada SPRM) yang diberi tanggungjawab bagi mengukuhkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan. Pelan Strategik ini menetapkan 4 Teras Strategik dan Formulasi Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh EAIC. Teras Pertama : Pemantapan Penyampaian Perkhidmatan Dalam Pengurusan Aduan dan Siasatan. Teras Kedua : Pemantapan Perundangan, Dasar dan Prosedur. Teras Ketiga : Pendidikan, Pencegahan dan Pembudayaan Nilai Integriti. Teras Keempat : Pemantapan Keupayaan dan Kapasiti Organisasi. Pelan Strategik ini juga menjelaskan Mekanisme Pelaksanaan dan Elemen Penentu Kejayaan dalam menentukan progress dan pencapaian yang dihasratkan terhadapnya. Pelan Strategik ini juga akan membentuk garis panduan dalam gerak kerja EAIC dalam semua perancangan, program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh warga kerja EAIC.
LATAR BELAKANG EAIC
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasan (EAIC) merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, 2009 (Akta 700) diwartakan pada 3 September 2009 dan mulai berkuat kuasa pada 1 April 2011.
Seksyen 4 Akta 700 tersebut memperuntukkan lapan fungsi khusus Suruhanjaya termasuk untuk menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian; merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku seseorang pegawai penguat kuasa; melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa; mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan; membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa; membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat syor-syor yang perlu yang berhubungan dengannya.
EAIC adalah merupakan sebuah badan bebas yang dikehendaki mengemukakan laporan tahunan mengenai semua aktivitinya kepada Parlimen seperti mana yang dikehendaki oleh seksyen 47 Akta 700. Seksyen 46 Akta 700 pula menghendaki Kerajaan supaya memperuntukkan dana yang mencukupi yang membolehkan EAIC menunaikan fungsinya secara berkesan seperti yang dihasratkan oleh Akta 700 tersebut.
Kini EAIC telah beroperasi selama 6 tahun melalui dokongan dan peranan oleh barisan tujuh orang Pesuruhjaya EAIC yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lantikan selama 3 tahun dengan dibantu oleh pegawai-pegawai lantikan EAIC serta beberapa orang pegawai kanan yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di awal penubuhan EAIC, terdapat 29 perjawatan. Kini terdapat 78 perjawatan yang telah diisikan sepenuhnya bagi menganggotai tujuh Bahagian yang terdapat di EAIC dalam mana sebahagian besar perjawatan tersebut ditempatkan di Bahagian Operasi EAIC.
Melalui laporan Kajian Impak Keberkesanan EAIC yang telah dijalankan oleh pakar perunding bebas pada tahun 2016, telah memperlihatkan banyak perkara penambahbaikan yang perlu dirancang dan dilaksanakan oleh EAIC dalam usaha penambahbaikan peranan EAIC yang berkesan dan efisien ke arah menangani persekitaran dan cabaran mendatang serta peranan dan fungsi yang telah diperkanunkan tersebut.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)8
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
FUNGSI DAN PERANAN EAIC
Fungsi statutori EAIC yang diperuntukkan di bawah seksyen 4(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] adalah :
Menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap 21 agensi penguatkuasaan sebagaimana disenaraikan di bawah jadual Akta 700;
Menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan salah laku yang diterima;
Merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa;
Melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;
Mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;
Menggalakkan kesedaran, pendidikan serta penambahbaikan berhubung dengan integriti dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
Membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau kepada sesuatu agensi penguatkuasaan dalam menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
Mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung dengannya;
Membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya;
Mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang bersesuaian dan semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya.
PUNCA KUASAAkta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700)
DASARRancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 9
CARTA ORGANISASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
UNIT AUDIT DALAM
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
BAHAGIAN DASAR, PENYELIDIKAN, INOVASI DAN URUS SETIA
UNIT INTEGRITI
PEGAWAI KHAS
SEKSYEN ADUAN
UNIT ADUAN PDRM
UNIT ADUAN LAIN-LAIN
AGENSI
SEKSYEN MEDIA DAN PUBLISITI
SEKSYEN PERHUBUNGAN
KORPORAT
SEKSYEN DASAR DAN
PENYELIDIKAN
SEKSYEN URUS SETIA
SEKSYEN INOVASI
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)10
PESURUHJAYA
PEJABAT PENGERUSI
PENGERUSI
SETIAUSAHA SURUHANJAYA / KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
BAHAGIAN OPERASI
SETIAUSAHA PEJABAT
SETIAUSAHA PEJABAT
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN KEWANGAN
SEKSYEN PEMBAYARAN
DAN AKAUN
SEKSYEN KESELAMATAN
SEKSYEN SIASATAN
UNIT SIASATAN
PDRM
UNIT SIASATAN LAIN-LAIN
AGENSI
SEKSYEN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
SEKSYEN PENTADBIRAN
SEKSYEN PEROLEHAN
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 11
Kementerian, Jabatan dan
Agensi perlu mewujud dan
mendokumenkan Pelan Strategik
jangka panjang, sederhana dan
pendek. Pelan ini hendaklah
dimaklumkan kepada seluruh
warga kerja Kementerian, Jabatan
dan Agensi masing-masing. Pelan
Strategik dan hala tuju organisasi
yang lengkap dan jelas dapat
memastikan visi, misi dan objektif
yang telah ditetapkan tercapai
Arahan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)12
Bab 2
Senario Persekitaran
PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDERS) DAN RAKAN STRATEGIK EAIC
PemegangTaruh
(Stakeholders)
Orang awam
Badan-Badan Bukan Kerajaan
21 Agensi Penguatkuasaan
Parlimen
Jemaah Menteri
MediaPegawai Penguat kuasa 21 Agensi Penguatkuasaan
Kesatuan Sekerja 21 Agensi Penguatkuasaan
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)14
Rakan Strategik
Kementerian dan Agensi Berkaitan
»» Kementerian Dalam Negeri (KDN)»» Kementerian Kewangan (MoF)»» Kementerian Kesihatan Malaysia»» Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia»» Jabatan Perdana Menteri»» Jabatan Peguam Negara»» Jabatan Perkhidmatan Awam»» Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)»» Institut Integriti Malaysia»» Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)»» Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia»» Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana
Menteri (MAMPU)»» Jabatan Akauntan Negara Malaysia»» Jabatan Audit Negara » Unit Integriti Agensi Seliaan
Badan-Badan Bukan Kerajaan
»» Amnesty International Malaysia»» Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)»» Persatuan-persatuan Pengguna »» TENAGANITA»» Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center)»» MERCY Malaysia
Badan Profesional
»» Majlis Peguam Malaysia
Pertubuhan Antarabangsa
»» Amnesty International»» United Nations Convention Against Corruption (UNCAC)»» United Nations High Commissioner for Refugees (UNCHR)
A.
B.
C.
D.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 15
ISU-ISU/CABARAN-CABARAN STRATEGIK BERDASARKAN ANALISA PERSEKITARAN
EAIC telah ditubuhkan pada 1 April 2011 di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diluluskan Parlimen pada tahun 2009. Penubuhan EAIC adalah bertujuan untuk membanteras dan mencegah salah laku dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.
Memperkukuhkan pengurusan serta pengendalian aduan dan siasatan
Isu melibatkan agensi seliaan yang semakin kompleks memerlukan pegawai EAIC yang berkemahiran undang-undang. Pelbagai Akta-akta yang dipertanggungjawabkan kepada agensi seliaan dan tatacara kerja memerlukan pegawai yang berkemahiran untuk mengaudit dan memantau aspek tertentu operasi dan tatacara kerja. Carta aliran kerja yang diguna pakai sedia ada memberi cabaran dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerana peningkatan aduan dan siasatan yang dijalankan tidak setara dengan nisbah bilangan pegawai sedia ada.
Menangani isu dengan efektif
Menjelaskan kepada kumpulan sasaran mengenai fungsi EAIC melalui aktiviti libat urus (engagement) kepada pelbagai kelompok. Menjelaskan tindakan dan syor yang telah dilakukan oleh EAIC sejak 2011.
Memperkukuhkan kepercayaan dan persepsi awam
Memainkan peranan efektif dalam membantu Kerajaan bagi membentuk dasar-dasar berkaitan pengukuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan serta pelaksanaan kerja-kerja penyiasatan aduan salah laku yang telus, credible dan profesional serta syor-syor tindakan yang perlu dilaksanakan yang dapat mengikis persepsi negatif masyarakat terhadap EAIC dan agensi penguatkuasaan.
Mengukuhkan sumber modal insan
Membina kemahiran dalam pengauditan,pemantauan operasi dan tatacara kerja, merumuskan perundangan dan pengesyoran langkah pentadbiran. Mewujudkan modal insan yang berkemahiran, dedikasi, cekap, berpengalaman serta mengelakkan berlakunya ‘brain drain’ dalam kalangan pegawai.
Mempertingkatkan penggunaan aplikasi dalam talian
Penggunaan teknologi telah menghasilkan pelbagai cara dan kaedah baru dalam menjalankan tugas dan penyampaian perkhidmatan. Kecanggihan teknologi maklumat menyediakan kepelbagaian fungsi yang inovatif dan interaktif, menuntut kemampuan dan kemahiran warga kerja untuk mengaplikasikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)16
Bab 3
Hala TujuStrategik
VISI
MISIMOTO/ SLOGAN
NILAI-NILAI BERSAMAPeneraju dalam penguatkuasaan,
transformasi dan pembudayaan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan Malaysia
berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.
Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti di kalangan agensi penguatkuasaan melalui pengendalian aduan secara telus, berani, bertanggungjawab dan profesional.
Telus, Tegas, Efisien dan Berkesan
Profesionalisme
Dedikasi
Espirit De Corps
Inovasi
Integriti
Pembelajaran dan Pengetahuan
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)18
VISI
MISIMOTO/ SLOGAN
NILAI-NILAI BERSAMAPeneraju dalam penguatkuasaan,
transformasi dan pembudayaan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan Malaysia
berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.
Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti di kalangan agensi penguatkuasaan melalui pengendalian aduan secara telus, berani, bertanggungjawab dan profesional.
Telus, Tegas, Efisien dan Berkesan
Profesionalisme
Dedikasi
Espirit De Corps
Inovasi
Integriti
Pembelajaran dan Pengetahuan
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 19
Media mampu memberi kesan kepada pemikiran dan
kehidupan masyarakat serta pembinaan negara
Ucapan Malam Apresiasi Media 2017 EAICYA Datuk Yaacob Hj. Md Sam, Pengerusi EAIC.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)20
Bab 4
Strategi dan Formulasi Tindakan
TERASSTRATEGIK
TERASSTRATEGIK 1 2
Strategi 1: Pengurusan aduan salah laku Pegawai Penguat Kuasa dan Agensi Penguatkuasaan Seliaan secara efektif
Strategi 2: Pengurusan siasatan yang lebih efisien
Strategi 3: Pengurusan siasatan di bawah seksyen 28 Akta 700 yang lebih efisien- penyiasatan atas inisiatif sendiri -“Hokoku’ (Laporan)’ - Renraku’ (Komunikasi)-‘Sodan’ (Rujukan)
Strategi 4: Pembangunan pangkalan data dan statistik aduan dan siasatan yang komprehensif
Strategi 1: Pengukuhan mekanisme pengesanan salah laku pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan
Strategi 2: Pemantapan mekanisme siasatan oleh EAIC
Strategi 3: Pemerkasaan mekanisme pencegahan salah laku oleh pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan
Strategi 4: Pemerkasaan sistem pengurusan dan prosedur kerja EAIC dan agensi seliaan EAIC
PEMANTAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DALAM PENGURUSAN ADUAN DAN SIASATAN
PEMANTAPAN PERUNDANGAN, DASAR DAN PROSEDUR
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)22
TERASSTRATEGIK
TERASSTRATEGIK 3 4
Strategi 1: Menyebarluas dan memperkasa pendidikan dan kesedaran umum berhubung integriti
Strategi 2: Memperkukuhkan platform media sosial dan saluran komunikasi strategik EAIC
Strategi 3: Mempergiatkan hubungan kerjasama strategik EAIC dengan kumpulan sasar
Strategi 4: Membina dan memperkukuhkan pembudayaan integriti warga EAIC dan Bahagian/Unit Integriti agensi seliaan
Strategi 5: Membangun dan mewujudkan jalinan kerjasama dengan Bahagian/Unit Integriti GLC
Strategi 1: Pembangunan Pelan Pembangunan Sumber Manusia yang komprehensif
Strategi 2: Pembangunan modal insan yang berterusan melalui pengukuhan kompetensi secara holistik
Strategi 3: Mewujudkan ekosistem kerja yang lebih kondusif dan ergonomik serta persekitaran kerja yang lebih selamat dan terjamin
Strategi 4: Pengurusan aset dan pengurusan rekod
Strategi 5: Pemantapan tadbir urus dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Strategi 6: Pengukuhan infrastruktur, sistem dan pembudayaan ICT
Strategi 7: Pemantapan Tadbir Urus dalam Pengurusan Pengauditan
PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMBUDAYAAN NILAIINTEGRITI
PEMANTAPAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI ORGANISASI
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 23
PEMANTAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DALAM PENGURUSAN ADUAN DAN SIASATAN
EAIC akan terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan aduan dan siasatan supaya dapat meningkatkan kepuasan kumpulan sasaran serta melicinkan dan memantapkan lagi peranan EAIC. Tumpuan kepada aliran pengurusan aduan dan siasatan, memantapkan pelaksanaan sistem penyampaian elektronik dan penghasilan laporan yang lebih berkualiti, lengkap dan komprehensif.
TERAS1Pelan Tindakan
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
1) Pengurusan Aduan Salah Laku Pegawai Penguat Kuasa dan Agensi Penguatkuasan Seliaan Secara Efektif
Memastikan Setiap Aduan Dikendalikan Berdasarkan kepada Piagam Pelanggan dan SOP Aduan Dengan Lebih Cekap dan Efisien
1. Pembangunan Peraturan dan Garis Panduan Pengurusan Aduan
Bilangan Garis Panduan / SOP
i) 1 Garis Panduan Penerimaan Aduan
ii) 1 Garis Panduan Pengendalian Aduan
iii) 1 Garis Panduan Pemakluman Status Aduan
2018 BO
BKew
BDPIU
BUU
2. Round Table Discussion bersama Agensi Seliaan dan antara Bahagian dalam Suruhanjaya
Bilangan Round Table Discussion
Setahun sekali 2017 - 2022
BO
BKK
3. Program Mentor-mentee (Pegawai senior sebagai Mentor dan Pegawai junior mentee)
Kekerapan program
Berterusan 2017 - 2022
BO
4. Attachment (sangkutan) /
penyuburan bersilang
Kekerapan program
Sekali setahun 2020 BO
BKP
5. Training of the trainers (brown bag sessions)
Kekerapan program
Sekali setahun 2017-2022
BO
BKP
BKew
6. Pembangunan sistem penyampaian elektronik bersepadu
Bilangan Sistem elektronik
e-Aduan (surat status tindakan, surat siasatan awal, maklum balas daripada agensi penguatkuasaan, kertas pertimbanagan untuk MJKA dan kertas pertimbangan untuk MS)
E-Semakan (status aduan dan keputusan MS)
2017-2022
BO
BTM
BKew
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)24
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
2) Pengurusan siasatan yang lebih efisien
Memastikan siasatan yang dijalankan mengikut Piagam Pelanggan dan SOP Siasatan berdasarkan (i) pembangunan modal insan, (ii) pemantapan SOP Siasatan dan (iii) pembangunan teknologi maklumat.
1. Pembangunan Peraturan dan Garis Panduan Pengurusan Siasatan
Bilangan Garis Panduan / SOP
i) Garis Panduan berkenaan dengan pematuhan PBT terhadap peruntukan di bawah subseksyen 30(2) Akta 700
ii) Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Siasatan di bawah subseksyen 27(4) Akta 700
iii) Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Siasatan di bawah seksyen 21 Akta 700
2019 BO
Agensi Luar / Perunding Luar
2) Program Mentor- mentee (Pegawai senior sebagai Mentor dan Pegawai junior mentee)
Kekerapan program
Berterusan 2017-2022
3. Attachment (sangkutan) /
penyuburan bersilang
Kekerapan program
Sekali setahun 2020 BO
BKP
BKew
Agensi Luar / Perunding Luar
4. Training of the trainers (brown bag sessions)
Kekerapan program
Sekali setahun 2017-2022
5. Pembangunan sistem penyampaian elektronik bersepadu
Bilangan Sistem elektronik
i) 1 e-Siasatan (Minit Arahan, ID, Keterangan (112), Dokumen, Borang Aduan, Fakta Kes, LDS)
ii) 1 e-Semakan (Status
Aduan, Pembukaan IP, Status Tindakan Siasatan, Keputusan Siasatan)
2017-2022
BO BTMBDPIU BKew
6. Kursus Penyediaan LDS yang merangkumi aspek penulisan, tatabahasa, penyediaan fakta kes, penyediaan laporan dan kaedah penyelidikan undang-undang.
Kekerapan Pra-LDS/Pasca
Siasatan
Setiap bulan (sebelum Mesyuarat Suruhanjaya)
2019 BO
BUU BDPIU
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 25
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
7. Pra-LDS/Pasca Siasatan (‘Management Team Investigation –MTI’) termasuklah –
i) Penyediaan dan pembentangan Fakta Kes sebelum penyediaan LDS
ii) Menganalisa
dokumen dan keterangan yang diperoleh
iii) Keperluan untuk
menjalankan siasatan lanjut
iv) Penetapan Syor Hukuman yang sesuai
Kekerapan Pra-L D S / P a s c a Siasatan
Setiap bulan (sebelum Mesyuarat Suruhanjaya)
3) Pengurusan siasatan di bawah sekyen 28 Akta 700 yang lebih efisien – penyiasatan atas inisiatif sendiri
-‘Hokoku’ (Laporan)
-‘Renraku’ (Komunikasi)
-‘Sodan’ (Rujukan)
Memastikan siasatan yang dijalankan mengikut Akta 700, Piagam Pelanggan dan SOP Pendengaran Awam berdasarkan (i) pembangunan modal insan, (ii) pemantapan SOP Siasatan dan (iii) pembangunan teknologi maklumat.
1. P e m b a n g u n a n Garis Panduan / SOP Pengurusan Siasatan
Bilangan Garis Panduan / SOP
i) Garis panduan / SOP pengurusan saksi polis, awam dan pakar
ii) Garis panduan/ SOP juruperunding
iii) Garis panduan/ SOP penyerahan sapina
iv) Garis panduan/ SOP ruang pendengaran awam
2019 BO
BKP
BUU
BDPI
Bkew
Agensi luar / perunding luar
2. Pembangunan sistem penyampaian elektronik bersepadu
Bilangan sistem elektronik
s-28 (siasatan awal, pasukan petugas, keputusan MS, pendengaran awam, laporan dapatan, kenyataan media).
2017-2022
BO
BTM
BKew
4) Pembangunan pangkalan data dan statistik aduan dan siasatan yang komprehensif
Menganalisa maklumat untuk menyediakan statistik yang sesuai dan tepat serta memudahkan pelaporan data dan statistik aduan dan siasatan
1. Mewujudkan jawatan pegawai statistik
2. Pembangunan e-Statistik
3. Menempatkan pegawai statistik secara kader di Suruhanjaya
Bilangan pegawai
Bilangan sistem
Bilangan pegawai
1 orang
1 sistem
1 orang
2018
2017-2022
2018
BO BKPBkew
BOBKew BTM
BOBKew BKP
TERAS
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)26
PEMANTAPAN PERUNDANGAN, DASAR DAN PROSEDUR
Untuk memperkasakan fungsi EAIC melalui mengenal pasti isu dan penyelesaian secara kolektif. Mewujudkan working group untuk menyemak, menyelaras, memantau, meminda prosedur, perundangan dan pembangunan sistem mengikut polisi semasa serta proses kerja yang jelas
TERAS 2
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
1. Pengukuhan mekanisme pengesanan salah laku pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan
Membasmi salah laku dalam kalangan pegawai dan agensi penguatkuasaan
1. Program “Rakan EAIC” dengan menjadi mata dan telinga EAIC
i) Mendaftar ahli
ii) Mewujudkan talian sms 15888 (myGovMobile) / whatsapp
Bilangan “Rakan EAIC” yang berdaftar
3,000 ahli dalam tempoh 5 tahun
2017 - 2022
SEMUA BAHAGIAN TERLIBAT
2. Penyediaan dasar dan pelaksanaan kerjasama pintar antara EAIC dengan agensi penguatkuasaan
Bilangan Dasar 1 dasar Pelaksanaan inisiatif (Mac 2018-2022) oleh semua agensi seliaan.
2017-Mac 2018
BDPIU
BUU
BO
UI
3. Kerjasama Unit Integriti EAIC dengan Unit Integriti agensi penguatkuasaan seliaan.
Bilangan Inisiatif Kerjasama Pintar yang dilaksanakan.
3 Inisiatif 2017 - 2022
4. Kerjasama berkaitan pelaksanaan SOP agensi penguatkuasaan
Bilangan Inisiatif Kerjasama Pintar yang dilaksanakan.
5 Inisiatif 2017 - 2022
5. Lawatan mengejut dan lawatan susulan
Bilangan lawatan mengejut, lawatan terancang dan lawatan susulan
3 lawatan mengejut dan 3 lawatan susulan dalam tempoh setahun.
2017 - 2022
BDPIU
BUU
BOUAD
6. Penyediaan senarai semak, skema pemarkahan.
Bilangan senarai semak
1 senarai semak 2017-2022
7. Kajian mengenai undang-undang dan tatacara pengurusan lokap, depot dan pusat tahanan.
Bilangan kajian 3 kajian 2017-2022
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 27
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
8. Pengauditan bagi tujuan pemarkahan dan penarafan.
Kekerapan pengauditan
3 pengauditan dalam tempoh setahun
2017 - 2022
9. Garis panduan penyediaan format laporan lawatan.
Bilangan garis panduan
1 garis panduan Mac 2018
10. Pembentukan Seksyen Naziran yang akan mengendalikan lawatan mengejut yang akan diadakan dan memantau perlaksanaan terhadap SOP yang digunakan agensi penguatkuasaan
Bilangan seksyen baharu
1 Seksyen Naziran 2020 BKP
11. Pembangunan pangkalan data dan pusat sumber maklumat (data tatatertib, statistik tahanan, perjawatan, anggota sentri, pegawai yang mengikuti latihan, bilangan kematian dalam tahanan, etc).
Bilangan pangkalan data
1 pangkalan data 2020 BO
BDPIU
BTM
2) Pemantapan mekanisme siasatan oleh EAIC.
i) Memastikan proses aduan dan siasatan yang dikendalikan EAIC dibuat secara telus dan efektif.
ii) Memastikan pematuhan perundangan dan tatacara
1. Penggubalan peraturan-peraturan di bawah Akta 700.
Bilangan peraturan yang digubal.
1 peraturan dalam dua tahun
2018-2022
BUU
BO
2. Pemantapan SOP berkaitan siasatan EAIC.
Bilangan SOP yang digubal dan disemak semula.
1 SOP setahun 2017 - 2022
BUU
BDPIU
BO
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)28
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
3) Pemerkasaan mekanisme pencegahan salah laku oleh pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.
Memastikan pegawai penguatkuasaa mengambil tindakan berhubung dengan SOP:
i) Mengetahui kewujudan SOP
ii) Kefahaman terhadap SOP
iii) Pelaksanaan dan pematuhan SOP
1. Penyelarasan dan penyeragaman modul kursus asas bagi pegawai penguat kuasa.
- Edaran buku modul kursus asas kepada pusat latihan agensi seliaan.
Bilangan pusat latihan yang melaksanakan modul kursus asas berkaitan.
5 pusat latihan 2017 - 2022
BDPIU
2. Pelaksanaan mekanisme yang berkesan untuk memantau dalam memastikan penyebaran, penyampaian SOP dan latihan kepada kumpulan sasaran.
Bilangan agensi yang mempunyai mekanisme pemantauan yang berkesan
20 agensi 2017 - 2022
BDPIU
BUU
BO
4) Pemerkasaan sistem pengurusan dan prosedur kerja EAIC dan agensi seliaan EAIC.
Kebolehupayaan pegawai melalui latihan tertentu yang berkaitan SOP.
1. Kajian dan semakan undang-undang dan prosedur kerja oleh seksyen khusus
Bilangan kajian 1 kajian setiap dua tahun
2018-2022
BO
BUU
BDPIU
BKK
BKP
BKew
BTM
UADUI
2. Penyediaan maklum balas ke atas SOP agensi penguatkuasaan yang disemak dalam tempoh 90 hari daripada tarikh penerimaan SOP
Peratusan pematuhan penyediaan maklum balas mengikut Piagam Pelanggan
50 % 2017 - 2022
BDPIU
BO
BUU
3. Penggubalan SOP mengikut keperluan semasa.
Bilangan SOP yang digubal
2 SOP setahun 2017 - 2022
BOBUUBDPIUBKKBKPBKewBTMUADUI
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 29
PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMBUDAYAAN NILAI INTEGRITI
Untuk meningkatkan kesedaran dengan memberi tumpuan dalam aktiviti pendidikan, pencegahan dan pembudayaan nilai integriti. Tumpuan diberikan kepada program yang melibatkan secara turun padang dan penyebaran melalui media sosial.
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
1) Menyebarluas dan memperkasa pendidikan dan kesedaran umum berhubung integriti
Meningkatkankan kesedaran nilai-nilai integriti selaras dengan peranan dan fungsi EAIC.
1. Dialog,Bengkel, Seminar, Perbincangan Meja Bulat ,
Peningkatan jumlah aduan daripada orang awam berkenaan agensi seliaan
10% 2017-2022
BKK
BO (UTAMA)
SEMUA BAHAGIAN LAIN (SOKONGAN)
2. Dialog Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan Mengikut Zon
Bilangan program
1 kali Utara1 kali Selatan1 kali Timur1 kali Tengah1 kali Sabah1kali Sarawak
2017-2022
3. Dialog Bersama Pengurusan Tertinggi Agensi Seliaan
Berdasarkan keperluan
2017-2022
4. Dialog/Bengkel / Seminar Bersama NGO atau Media
1 kali setahun 2017-2022
5. Penerbitan dan edaran bahan-bahan pendidikan (poster/ brosur /risalah) kepada semua kumpulan sasar
Bilangan penerbitan
1 brosur setahun
1 poster setahun
3 kali buletin setahun
2017-2022
6. Promosi dan Publisiti melalui pengiklanan di
i) PSA/Crawler
ii) Outdoor Display (dipaparan
Elektronik Pengangkutan Awam dan Pusat Perkhidmatan Awam - UTC,RTC
iii) Media Massa
3 saluran
4 kali setahun
1 kali setahun
1 kali setahun
2017-2022
TERAS 3
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)30
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
2) Memperkukuhkan platform media sosial dan saluran komunikasi strategik EAIC
Memberi pencerahan peranan dan fungsi EAIC serta memupuk kesedaran mengenai isu-isu salah laku pegawai / penguat kuasa agensi penguatkuasaan.
1. Pengoptimumkan media sosial sebagai saluran komunikasi dengan kumpulan sasar.
i) Bilangan pengunjung laman sesawang
ii) Bilangan pengikut Facebook, Twitter
i) 1 juta pengunjung laman sesawang
ii) 15 ribu pengikut Facebook.
iii) Purata post reach mencecah 1000 pengguna FB setiap 4 bulan.
iv) Kenaikan 50% daripada penonton (viewers) sedia ada
BKKBTM
2. Pengukuhan Pelan Media:
i) Kenaikan PR Value
ii) Hubungan dengan mediaa. Kenyataan
media b. Temubual
Radio/TV/Akhbar
c. Sidang Media d. Lawatan
Editorial e. Kolum /
Coretan Integriti di Media Cetak
f. Perjumpaan bersama media
g. EAIC Respon
i) Peratusan nilai media
ii) 7 Program
i) Peningkatan PR Value sebanyak 50% daripada sedia ada.a. Berdasarkan
keperluanb. 1 kali sebulan
Temubual c. Berdasarkan
keperluand. 2 kali setahune. 1 kali setahunf. 1 kali setahun g. Berdasarkan
keperluan
BKK
3. Penjenamaan EAIC
i. Info Grafik ii. Lagu Korporat iii. Jingleiv. Icon EAICv. EAIC TV
5 i. Berdasarkan keperluan
ii. One-offiii. One- offiv. One offv. 4 kali setahun
2017-2022
BKKBTMSEMUA BAHAGI(SOKONGAN)
3) Mempergiatkan hubungan kerjasama strategik EAIC dengan kumpulan sasar
Mempromosi dan menyebarluas kesedaran dan kefahaman mengenai EAIC dengan lebih meluas dan efektif yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak.
1. NBOS bersama: EAIC & Anda
Bilangan program
12 kali setahun 2017-2022
BKK
BO
SEMUA BAHAGIAN (SOKONGAN)
2. NBOS bersama: EAIC & Komuniti
Bilangan program
2 kali setahun
3. NBOS bersama: EAIC & Parlimen
Bilangan program
1 kali setahun
4. NBOS bersama: EAIC & Media
Bilangan program
1 kali setahun
5. NBOS bersama: EAIC & Siswa /
Belia
Bilangan program
1 kali setahun
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 31
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
4) Membina dan memperkukuhkan pembudayaan integriti warga EAIC dan Bahagian / Unit Integriti agensi seliaan
Memantapkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan mengamalkan budaya tadbir urus yang terbaik.
1. Mesyuarat penyelarasan bersama Bahagian / Unit integriti seliaan
Bilangan mesyuarat
1 kali setahun 2017 - 2022
UIBOBKKUnit Integriti Agensi di bawah seliaan EAICdanSemua warga kerja EAIC
2. Mystery Shopping
Bilangan program
2 kali setahun
3. Naziran pematuhan
Bilangan naziran 2 kali setahun
4. Latih semula Bilangan program
1 kali setahun
5. Perkongsian Wahana Integriti infografik
Bilangan perkongsian
2 kali setahun
5) Membangun dan mewujudkan jalinan kerjasama dengan
Bahagian / Unit Integriti GLC
Memperkukuhkan jalinan kerjasama pintar antara GLC /swasta untuk mendorong gerakan pemantapan integriti.
1. Perkongsian maklumat berkenaan etika kerja terbaik
Bilangan program
Sekali setahun
2. Penempatan pegawai di Unit Integriti GLC (Real life learning)
Bilangan pegawai
Seorang pegawai setahun
2017 - 2022
UI
3. CSR bersama GLC / Swasta
Bilangan program
Sekali setahun 2017 - 2022
UI
4. Penglibatan GLC / Swasta dalam program akar umbi bagi merakyatkan EAIC
Bilangan program
Sekali setahun 2017 - 2022
UI
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)32
PEMANTAPAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI ORGANISASI
Memperkasakan pembangunan keupayaan dan kapasiti dalaman untuk melahirkan sebuah organisasi yang kukuh, dinamik dan cemerlang. Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang bergantung kepada keupayaan dan kapasiti organisasi melalui pewujudan modal insan yang kompeten, pengurusan kewangan yang berhemat dan cekap, penggunaan ICT serta pengurusan keselamatan perlindungan dalam pelbagai aspek termasuk dokumen.
TERAS 4
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
1) Pembangunan Pelan Pembangunan Sumber Manusia yang komprehensif
Mengoptimumkan guna tenaga dan memastikan keperluan perjawatan sumber manusia selaras dengan fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh EAIC
1. Kajian semula struktur organisasi dan pengukuhan perjawatan.
Peratus penambahan pegawai dan peluang kemajuan kerjaya pegawai
80% penambahan pegawai
2022BKP
2. Pengukuhan pelan kemajuan kerjaya dan pelan penggantian
i) Bilangan pelan kemajuan kerjaya
ii) Bilangan pelan
penggantian
i)1 pelan kemajuan kerjaya
ii)1 pelan penggantian
2018
2) Pembangunan Modal Insan yang berterusan melalui pengukuhan kompetensi secara holistik
Memantapkan dan membudayakan “Knowledge Based” kepada pegawai EAIC
1. Program berteraskan “Towering Personality” kepada pegawai EAIC
2. Program latihan setahun secara bersepadu (POL)
i) Training of trainers (TOT)
ii) Program sangkutan
iii) Cross Fertilization
iv) Training Road Map
v) Subject Matter Experts (SME)
vi) Kursus yang bersifat Generic dan Functional (Must know, Good to know, Wise to know)
i) Peratus pelaksanaan program latihan
ii) Peratus
penyertaan pegawai
iii) Bilangan hari berkursus bagi pegawai
80% pelaksanaan program
80% penyertaan pegawaiTujuh (7) hari berkursus setahun bagi setiap pegawai
2017-2022
PPPSBOBUUBDPIUBKKBKewBTMBKPUADUI
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 33
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
3) Mewujudkan ekosistem kerja yang lebih kondusif dan ergonomik serta persekitaran kerja yang lebih selamat dan terjamin
Memastikan pegawai memperoleh kemudahan yang selesa dan tahap pengurusan keselamatan jabatan bebas dari sebarang ancaman dalam menyokong kepada kelestarian perkhidmatan
1. Pengoptimuman penggunaan ruang, kemudahan dan fasiliti pejabat
i) Peratus kepuasan pegawai berpuas hati melalui kaji selidik
ii) Penarafan bintang
80% pegawai berpuas hati
Empat bintang
2017-2022
BKP
2. Keselamatan perlindungan yang merangkumi fizikal, peribadi dan dokumen
i) Peratusan jaminan kepada tahap keselamatan perlindungan
ii) Bilangan garis panduan
80% jaminan kepada tahap keselamatan perlindungan
1 Garis Panduan Keselamatan PerlindunganManual pemeriksaan keselamatan perlindunganMemperkasakan program latihan keselamatan perlindungan
2017-2022
BKP
4) Pengurusan Aset & Pengurusan Rekod
Memastikan pengurusan aset dan pengurusan rekod EAIC
1. Pembangunan sistem aset dan stor berdasarkan kepada pematuhan pekeliling yang berkaitan
2. Penyediaan manual pengurusan rekod yang bersistematik
Bilangan sistem
Bilangan manual
Satu sistem
Satu manual
2018-2022
BKP
5) Pemantapan tadbir urus dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Memastikan pengurusan kewangan telus dan berintegriti serta meningkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan
1. Pembangunan sistem perakaunan yang memenuhi piawaian “Standard Accounting System For Government Agencies” (SAGA).
Bilangan sistem perakaunan di bangunkan.
Satu sistem 2017-2019
BKew
BTM
2. Pembangunan prosedur dan tatacara kerja pengurusan kewangan
Bilangan proses dan tatacara kerja pengurusan kewangan yang komprehensif diwujudkan.
4 Prosedur dan Tatacara Kerja Utama Pengurusan Kewangan :
i) Kawalan Bajet;
ii) Pengurusan Pembayaran;
iii) Pengurusan Perolehan; dan
iv) Pengurusan Akaun Amanah
2018 BKew
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)34
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
3. Pemantauan prestasi belanjawan dengan mengoptimumkan perbelanjaan mengurus secara bulanan
i) Memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi peruntukan.
ii) Mengoptimumkan perbelanjaan.
iii) Memastikan setiap inisiatif/ program/ aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dengan mengambil kira kepada perubahan dalam persekitaran serta hala tuju transformasi yang dirancang.
iv)Memastikan peraturan kewangan dipatuhi.
v) Menyediakan Penyata Kewangan
bagi Tahun Berakhir untuk pengauditan dan pembentangan di Parlimen.
i) Kekerapan pemantauan
ii) Sijil Audit bersih daripada Ketua Audit Negara
i) Empat kali setahun (secara sukuan)
ii) Sijil Audit bersih tanpa teguran Audit.
2017-2022
BKewBOBKKBDPIUBUUBTMUADUI
6) Pengukuhan infrastruktur, sistem dan pembudayaan ICT
Mempertingkat dan mengoptimumkan teknologi terkini dalam penyampaian perkhidmatan ICT
1. Naik taraf saluran aduan secara atas talian dan semakan status melalui laman sesawang EAIC
Peratusan penerimaan aduan secara atas talian
80% 2017-2022
BTM
BO
2. Pembangunan sistem pengurusan aduan secara atas talian yang mempunyai sistem kitaran kerja yang lengkap
Bilangan Sistem pengurusan dan pengendalian aduan yang mesra pengguna
1 2017 - 2022
3. Menaik taraf laman sesawang EAIC berdasarkan kriteria yang perlu dipatuhi pekeliling dan Provider-Based Evaluation (ProBE)
Peningkatan pengunjung
1 juta pengunjung 2017 - 2022
BTM & bahagian-bahagian EAIC yang bertindak sebagai pemilik kandungan
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 35
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
4. Peningkatan pembangunan sistem aplikasi bagi mewujudkan kitaran sistem yang bersepadu
Peratus peningkatan terhadap penggunaan sistem-sistem intranet
Mencapai sekurang-kurangnya 85% warga EAIC yang menggunakan sistem yang disediakan
2017 - 2022
BTM & bahagian-bahagian EAIC yang bertindak sebagai pengguna sistem
5. Peningkatan keselamatan dan infrastruktur ICT
Peratus pengurangan jumlah tiket ancaman keselamatan
Pengurangan 10% daripada jumlah tiket ancaman keselamatan
BTM
6. Pemantapan perkhidmatan ICT melalui peraturan, prosedur dan garis panduan yang diguna pakai melalui penyediaan kertas:
i) Dasar Keselamatan ICT
(DKICT) EAIC
ii) Pelan Strategik ICT
iii) Prosedur, garis panduan dan dasar berkaitan perkhidmatan ICT
Bilangan prosedur / garis panduan yang disediakan
30 prosedur/ garis panduan yang disediakan
2017-2022
BTM
7. Pengurusan projek ICT yang berkesan berdasarkan Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA)
Peratusan projek ICT yang dilaksana mengikut perancangan
80% 2017-2022
BTM
8. Pembudayaan perkongsian maklumat dan pengetahuan ICT melalui penggunaan teknologi terkini
i) Mengadakan latihan dan program change management terhadap sistem-sistem dan teknologi yang diguna pakai kepada warga EAIC
ii) Hebahan ICT melalui e-mel dan media elektronik
i) Tahap pemahaman warga EAIC terhadap pengetahuan dan perkhidmatan ICT
ii) Kekerapan hebahan
i) Mencapai sekurang-kurangnya 85%
ii) 1 bulan sekali
2017-2022
BTM
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)36
Strategi Objektif Program
Indikator Sasaran
(Kuantiti/ Kualiti)
Sasaran(Bilangan/ Peratusan)
Tahun/ Tempoh Sasaran
Bhg. Terlibat
7) Pemantapan Tadbir Urus Dalam Pengurusan Pengauditan
Memperkukuhkan keberkesanan kawalan dalaman melalui pendekatan yang bersistematik seiring dengan perkembangan semasa
1. Penggunaan sistem ACL dalam menjalankan kajian/analisis ke atas data aduan yang diterima dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh yang ditetapkan.
Peratus data/maklumat aduan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Suruhanjaya.
100% 2017-2022
UAD
BTM
2. Pengauditan terhadap sistem Pengurusan Aduan.
Peratus Peringatan dikeluarkan kepada Pengarah/pegawai Bahagian Operasi 1 hari awal dari tempoh yang ditetapkan.
80% 2017-2022
UAD
BO
3. Penyediaan manual
pengauditan sistem perakaunan dan sistem pengurusan aduan bagi tujuan pengauditan
dalaman
Bilangan manual 1 Manual 2017-2022
UAD
BKewBO
4. Penyediaan manual prosedur pengauditan terhadap keselamatan data Kerajaan secara elektronik.
Bilangan manual 1 Manual UAD
BTM
Pemilik data/maklumat terpering-kat
5. Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Audit mengikut aturan dan perancangan yang ditetapkan
Kekerapan mesyuarat
4 kali mesyuarat dalam setahun
2017-2022
UAD
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 37
Ketua jabatan di setiap agensi kerajaan dan penguatkuasaan perlu bersikap lebih terbuka dan bertanggungjawab terhadap media dalam memberi maklum balas kepada isu berkaitan dengan agensi terlibat
Ucapan Malam Apresiasi Media 2017 EAICYA Datuk Yaacob Haji Md Sam, Pengerusi EAIC.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)38
Bab 5
Implementasi Ke Arah
Kejayaan
I. Mekanisme Pelaksanaan
a. Jentera Pelaksanaan Satu jawatankuasa akan ditubuhkan yang diwakili oleh setiap bahagian untuk memainkan
peranan sebagai penyelaras kepada program atau aktiviti dalam pelan tindakan.
b. Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan Pengarah-pengarah bahagian hendaklah menyediakan anggaran peruntukan belanja
mengurus dan pembangunan berdasarkan kepada keperluan bagi menjayakan program atau aktiviti yang telah dicadangkan dalam pelan strategik ini
c. Laporan Pelaksanaan Laporan Pelaksanaan Pelan Strategik akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengarah Bahagian
dan Mesyuarat Suruhanjaya dalam tempoh dua kali setahun selepas mendapat pelaporan daripada setiap bahagian.
d. Kajian Prestasi Kajian prestasi yang akan dilaksanakan adalah untuk melihat dan menilai prestasi program
dan aktiviti yang dilaksanakan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan strategi, program, aktiviti yang dirancang selaras dengan senario baru perubahan persekitaran dan impak kepada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.
II. Pemantauan
Pelaporan pencapaian bagi setiap program dalam Mesyuarat Pengarah Bahagian dan Mesyuarat Suruhanjaya. Laporan Pencapaian setiap program perlu diberi perhatian di kedua-dua mesyuarat berkenaan dan peranan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif dalam memantau keberkesanan pelaksanaan program.
III. Penilaian
Program yang tidak mencapai sasaran dan tidak relevan dengan situasi semasa akan dinilai oleh satu jawatankuasa kerja yang akan dibentuk. Urus setia akan melaksanakan kajian semula pelan strategik bagi menyelaras hala tuju dan strategi yang bersesuaian dengan cabaran dan senario persekitaran semasa. Penilaian akan dibuat melalui maklum balas pelaporan dan cadangan oleh pihak jawatankuasa secara berkala.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)40
IV. Elemen Penentu Kejayaan
a. Pengurusan Pengurusan atasan EAIC perlu memberikan perhatian serta menunjukkan komitmen yang
tinggi bagi menjayakan pelan strategik ini. Komitmen yang ditonjolkan akan memberi impak kepada pencapaian matlamat pelan strategik yang dibuat.
b. Kepimpinan Pengetahuan, kepakaran yang tinggi berkaitan core business EAIC dan disiplin yang
ditunjukkan.
c. Tadbir Urus Memperkasakan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan untuk meningkatkan imej dan
kecemerlangan EAIC.
d. Pelan Media Meningkatkan hubungan kerjasama dengan media, pihak berkepentingan dan kumpulan sasar
bagi membolehkan hebahan maklumat dibuat dengan lebih tepat dan komprehensif.
e. Inovasi Mengaplikasikan sesuatu inisiatif atau perekayasaan di luar kelaziman yang boleh memberi
kepentingan kepada organisasi.
V. The Way Foward
EAIC akan terus memainkan peranan penting dalam pengukuhan dan pembudayaan integriti seperti yang telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. EAIC berharap untuk melonjak ke tahap berikut:a. Peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integritib. Menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berintegritic. Mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mengikut sasaran yang ditetapkan
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) 41
EAIC perlu mempunyai pelan tindakan yang jelas dan terancang dan berupaya direalisasikan bagi memainkan peranan utama (pengukuhan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan) seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan, dan masyarakat amnya.
Petikan Ucapan Pengerusi EAIC, YA Datuk Yaacob Haji Md Sam pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang EAIC 2015 pada 10 Mac 2016.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)42
Bab 6
Penutup
“Integriti Dijulang Negara Bermaruah”
Berhadapan dengan perubahan persekitaran, kemajuan teknologi, kehendak dan
ekspektasi pemegang taruh serta pelanggan menjadi cabaran kepada sistem penyampaian
perkhidmatan . Bagi memenuhi harapan tersebut, organisasi perlu diurus secara cekap dan
berkesan untuk mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Pelan strategik yang
disediakan adalah sebagai satu alat untuk membantu organisasi mencapai objektif yang
diharapkan sejajar dengan agenda Negara, memperkukuhkan organisasi dan memudahkan
warga kerja mencapai sasaran prestasi.
Justeru itu, pelan strategik ini perlu dijadikan bahan rujukan utama oleh pihak pengurusan
dan pelaksana EAIC bagi membolehkan program yang dirancang dapat mencapai sasaran
yang ditetapkan dan memberi impak kepada kumpulan sasar. Pelan strategik ini juga boleh
menjadi dokumen sokongan bagi menjustifikasikan permohonan anggaran perbelanjaan
tahunan yang meliputi belanja mengurus dan pembangunan bagi tempoh yang ditetapkan.
Pelaksanaan pelan strategik ini perlu dipantau secara berkala, dikaji dan dilakukan
penambahbaikan supaya selari dengan keperluan strategik EAIC, senario persekitaran dan
hasrat Kerajaan.
PELAN STRATEGIK SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)44