PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DALAM BANDAR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG KHAMSAWATI BINTI JAAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DALAM
BANDAR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG
KHAMSAWATI BINTI JAAFAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN:
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi
pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DAERAH KUANTAN, PAHANG
2007/2008
KHAMSAWATI BINTI JAAFAR
√
( √ )
DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMANLOT 1, KG. BARU PANDAN 2BATU 5, JLN GAMBANG, 25150 KUANTAN, PAHANG.
28 APRIL 2008 28 APRIL 2008
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ............................................................
Nama Penyelia : DR. HJ MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
Tarikh : 28 APRIL 2008
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DALAM
BANDAR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG
KHAMSAWATI BINTI JAAFAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penulis : KHAMSAWATI BINTI JAAFAR
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Segala pujian atas limpah
dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W.”
Sentiasa disanubari buat ayahanda Allahyarham Hj Jaafar bin Salleh
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda
Buat bonda tercinta Hajah Azizah binti Harun
Buat kakak, abang-abang dan adik yang dikasihi,,
Norihan, Mohd Rosaimi, Ramzuzzaman, Ahmad Ramzan & Mohd Hafiz
Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas dorongan, nasihat,
semangat dan doa kalian telah memberi kekuatan dan keyakinan pada diri ini
untuk terus berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Budi dan
jasa kalian sentiasa diingatan hingga akhir hayat.
Buat Azizi Abdul Hamid,
Terima kasih atas kesabaranmu menambah kekuatanku dan
menjadi sumber inspirasi untuk ku buktikan kejayaan ini
Khas buat pensyarah dan teman-teman seperjuangan,
segala sumbangan dan pertolongan kalian mengeratkan lagi ikatan ukhuwah
antara kita. Semoga kejayaan dan ilmu yang kita perolehi mendapat keberkatan daripada
Allah yang maha esa..
Amin......
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dangan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Tak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penasihat penyelidikan, Dr. Hj Mohd Anuar bin Abdul Rahman yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pengetua-pengetua, dan guru-guru dari sekolah-sekolah menengah dalam bandar di daerah Kuantan yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.
Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu dan adik-beradik yang tanpa jemu mendoakan kejayaan buat diri ini. Akhir kalimah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang memberikan apa sahaja bantuan, sokongan dan khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Jasa baik kalian akan sentiasa saya kenang dan semoga hidup kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Sekian. Wassalam.
v
ABSTRAK
Pentaksiran kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
dilaksanakan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran di bawah sistem baru
penilaian pendidikan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kajian deskriptif ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk
masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran
kerja kursus. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang guru-guru KHB sekolah
menengah dalam bandar di daerah Kuantan, Pahang yang telah dilantik sebagai
pentaksir. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina berpandukan Dokumen
Pentaksiran Kerja Kursus KHB Kajian rintis telah dijalankan dan nilai
kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.89. Analisis data dibuat dengan
menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi,
peratusan, min dan sisihan piawai. Penganalisaan data turut menggunakan kaedah
statistik inferensi ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru
KHB dalam melaksanakan kerja kursus KHB adalah tinggi manakala tahap
kemahiran dan sikap guru pula adalah sederhana tinggi. Bentuk masalah utama yang
dihadapi oleh guru-guru KHB pula adalah berpunca dari diri guru sendiri yang tidak
mempunyai masa mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
pelaksanaan pentaksiran kerja kursus telah menambah beban tugas mereka. Dapatan
kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
antara jantina dalam melaksanakan kerja kursus. Akhir sekali beberapa cadangan
dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk penambahbaikan dan memastikan
keberkesanan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus KHB.
vi
ABSTRACT
The coursework assessment for Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) subject
was implemented under School Based Assessment. The descriptive research was
carried out to identify the level of knowledge, skills, attitude and the problem, which
faced by the KHB teachers in implementing the coursework assessments. This study
consist 70 KHB teachers from the secondary schools in Kuantan which already
appointed as assessors. Questionnaire was chosen as research instrumen which was
distributed by referring to the KHB Coursework Assessment Document. A pilot
research was done and the reliability value was 0.89. The data was analyzed by
using the SPSS Application version 14.0 in order to find the frequency, percentage,
mean and standard deviation. The data analysis was also using the t-test inference
statistic method. The outcome of the research showed that the level of knowledge in
implementing the KHB coursework among KHB teachers was high while the skills
level and teacher’s attitude was in moderate level. The problem faced by KHB
teachers was actually can’t finished the syllabus and implementing the coursework
assessment. The outcome of the research also shows that there was no different in
the level of knowledge, skills and attitude between gender in implementing the
coursework. Lastly, several suggestions were given in order to upgrade and to make
sure the effectiveness of KHB coursework assessment implementations.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis 8
1.7 Rasional Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Skop dan Batasan Kajian 11
1.10 Definisi Istilah 12
1.10.1 Guru KHB 12
1.10.2 Kerja Kursus 12
viii
1.10.3 Pentaksiran 13
1.10.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 13
1.10.5 Penilaian Kerja Kursus KHB 13
1.10.6 Pengetahuan 14
1.10.7 Kemahiran 14
1.10.8 Sikap 14
1.10.9 Bentuk Masalah 15
1.11 Penutup 15
2 TINJAUAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Latar Belakang KHB Sekolah Menengah 16
2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 19
2.3.1 Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah 22
2.3.2 Pentaksiran Kerja Kursus KHB 23
2.3.3 Sistem Pentaksiran Kerja Kursus KHB 24
2.4 Peranan Guru KHB Dalam Pentaksiran Kerja Kursus 26
2.4.1 Pengetahuan Dan Kemahiran Guru KHB Terhadap
Pentaksiran Kerja Kursus 27
2.4.2 Sikap Guru Terhadap Mata Pelajaran KHB Dan
Pentaksiran Kerja Kursus 29
2.5 Masalah Guru KHB Dalam Melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus 31
2.6 Penilaian Kerja Kursus Mata Pelajaran KHB 33
2.7 Penutup 34
3 METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Sampel Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
3.5 Kajian Rintis 40
ix
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Kaedah Analisis Data 41
3.8 Penutup 42
4 ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 44
4.3 Analisis Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian 49
4.3.1 Tahap Pengetahuan Guru-guru KHB
Dalam Melaksanakan Pentaksiran
Kerja Kursus KHB 49
4.3.2 Tahap Kemahiran Guru-guru KHB
Dalam Melaksanakan Pentaksiran
Kerja Kursus KHB 51
4.3.3 Sikap Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus KHB 52
4.3.4 Bentuk Masalah Utama Yang Dihadapi Oleh
Guru-guru KHB Semasa Melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus KHB 54
4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis 56
4.4.1 Ho 1 : Tidak Terdapat Perbezaan Tahap
Pengetahuan Antara Guru Lelaki Dan
Guru Perempuan Dalam melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus KHB 57
4.4.2 Ho 2 : Tidak Terdapat Perbezaan Tahap
Kemahiran Antara Guru Lelaki Dan
Guru Perempuan dalam melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus KHB 57
4.4.3 Ho 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Sikap
Antara Guru Lelaki dan Guru Perempuan
Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja
Kerja Kursus KHB 58
4.5 Penutup 59
x
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 60
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan Kajian 60
5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 63
5.3.1 Tahap Pengetahuan Guru-guru KHB
Dalam Melaksanakan Pentaksiran
Kerja Kursus KHB 64
5.3.2 Tahap Kemahiran Guru-guru KHB Dalam
Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 67
5.3.3 Sikap Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus KHB 70
5.3.4 Bentuk Masalah UtamaYang Dihadapi Oleh
Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan
Pentaksiran Kerja Kursus KHB 72
5.4 Cadangan Kajian 74
5.4.1 Cadangan Kajian Tindakan 75
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.5 Penutup 78
RUJUKAN 79
Lampiran A - G 85 - 98
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Jadual Pelaksanaan PBS 5
2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 17
2.2 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB 18
2.3 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB 18
2.4 Pelaksanaan Kerja Kursus Mengikut Modul 21
2.5 Gred Pelaporan pencapaian pelajar 25
2.6 Gred Dan Unit Numerik 26
3.1 Senarai Sekolah Dan Bilangan Guru 37
3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian Dan Jenis Item 38
3.3 Skor Skala Likert 39
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42
4.1 Taburan Responden Yang Menjawab Soal Selidik Berdasarkan Sekolah 44
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik 45
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan (Opsyen) 46
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah
Kelas KHB Yang Diajar Dalam Seminggu 46
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar KHB 47
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengendalikan Penilaian Kerja Kursus KHB 47
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Cara Mendapat Maklumat Tentang Pentaksiran Kerja Kursus KHB 48
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Mata Pelajaran Lain Yang Diajar Selain KHB 48
xii
4.10 Tahap Pengetahuan Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 50
4.11 Tahap Kemahiran Guru-guru KHB Dalam
Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 51
4.12 Sikap Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 53
4.13 Bentuk Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-guru KHB Semasa Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 55
4.14 Analisis Ujian-t Bagi Tahap Pengetahuan Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB Berdasarkan Jantina. 57
4.15 Analisis Ujian-t Bagi Tahap Kemahiran Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB Berdasarkan Jantina. 58
4.16 Analisis Ujian-t Bagi Aspek Sikap Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB Berdasarkan Jantina. 60
xiii
SENARAI SINGKATAN
Ho 1 Hipotesis 1
Ho 2 Hipotesis 2
Ho 3 Hipotesis 3
Bil. - Bilangan
Jum. - Jumlah
Sig. - Signifikan
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PBK - Penggredan Berasaskan Kriteria
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
PMR - Penilaian Menengah Rendah
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SP - Sisihan Piawai
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
xiv
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI SIMBOL
f - Frekuensi
% - Peratus
α Alpha Cronbach
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 85
B Surat Kebenaran EPRD 93
C Surat Kebenaran JPN Pahang 94
D Surat Kebenaran UTM 95
E Surat Pengesahan Soal Selidik 96
F Nilai Alpha Kajian Rintis 97
G Nilai Analisis Data 98
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan salah satu
mata pelajaran teras yang telah diperkenalkan pada awal tahun 1989 sebagai
Kemahiran Hidup Program Peralihan dan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh
negara pada tahun 1991. Namun begitu, pada tahun 2002 terdapat sedikit perubahan
kandungan dalam kurikulum KHB. Beberapa tajuk disusun semula bagi
mengukuhkan kandungannya. KHB yang diperkenalkan melalui Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) digubal sebegitu rupa selari dengan kehendak Falsafah
Pelajaran Kebangsaan (FPK). Mata pelajaran ini wajib diambil oleh semua pelajar
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.
Mata pelajaran KHB adalah berunsurkan teknologi dan memberi penekanan
kepada aspek kemahiran. Apa yang diharapkan, dengan penggubalan mata pelajaran
ini, ia mampu meningkatkan daya pengeluaran negara dengan lebih produktif
berteraskan teknologi. Sejajar dengan itu, ia mampu memenuhi kehendak dasar dan
keperluan negara dalam merealisasikan wawasan 2020 (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2002).
Hala tuju mata pelajaran KHB ialah melahirkan insan berdikari yang celik
teknologi dan ekonomi serta kreatif dan berinisiatif dalam mengharungi globalisasi
dan cabaran masa hadapan. Kandungan KHB merupakan sebahagian daripada usaha
2 kerajaan dalam mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan kepada
generasi kini dan akan datang.
Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan.
Bahagian Teras terdiri daripada satu bidang pengetahuan iaitu Reka Bentuk dan
Teknologi. Bahagian Pilihan pula mempunyai empat bidang pengetahuan iaitu
Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan
Keusahawanan. Setiap pelajar wajib mengambil semua bidang pengetahuan dalam
Bahagian Teras. Mereka diberi peluang untuk memilih salah satu daripada empat
bidang pengetahuan dalam Bahagian Pilihan mengikut minat dan bakat masing-
masing.
Menurut Yahya (1993), objektif KHB membolehkan pelajar melakukan kerja
yang asas dan mudah tanpa meminta bantuan orang lain. Oleh itu, dalam
merealisasikan objektif ini, pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bentuk
aktiviti dan kerja amali. Apa yang terkandung di dalam sukatan pelajaran dapat
disebar luas ketika menjalankan aktiviti dan kerja amali. Kerja amali yang
dijalankan dalam mata pelajaran KHB antaranya ialah Elektrik, Elektronik, Jahitan,
Kerja Paip, Reka Cipta, Tanaman Hiasan, Lukisan Teknik, Reka Bentuk Dan
Teknologi, Pemakanan dan Pengurusan Sajian.
Bermula tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di bawah
tanggungjawab Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan sistem
baru iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam menjalankan penilaian ke
atas peningkatan pembelajaran pelajar. Sistem ini merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan ianya dirancang, ditadbir, diskor dan
dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM.
PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak
sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses pentaksiran dalam PBS selaras dengan kehendak Dasar Pentaksiran
Pendidikan iaitu pentaksiran pendidikan adalah satu proses mendapatkan maklumat
3 tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi diri sebagai
modal insan selaras dengan hasrat FPK dan matlamat Program KBSR/KBSM.
Dalam melaksanakan kerja kursus, pihak LPM telah menyediakan Manual
Pengurusan dan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang berkaitan dengan sistem
penilaian yang meliputi tugasan dalam bentuk projek, aspek yang perlu dinilai dan
kriteria penilaian.
Sekolah sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam
melaksanakan PBS perlu menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan
bengkel. Pihak sekolah juga perlu menyediakan peralatan dan bahan yang
mencukupi bagi membolehkan kelancaran pelaksanakan PBS untuk tujuan
pentaksiran dan pembelajaran. Guru-guru pula akan menjalankan pentaksiran dan
penilaian ke atas kerja projek pelajar serta menguruskan penyimpanan dan pelaporan
rekod skor pelajar. Melalui PBS guru dapat menilai tahap penguasaan pelajar dari
segi pengetahuan, kemahiran, sikap serta minat pelajar melalui pemerhatian terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh mereka.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan
pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Pentaksiran bagi mata pelajaran KHB
adalah dalam bentuk kerja kursus yang merangkumi proses kerja amali, bukti dalam
bentuk projek (evidens), folio (pendokumentasian projek) dan laporan yang perlu
dibuat oleh pelajar selepas selesai melakukan setiap aspek kemahiran dalam kerja
amali. Berdasarkan garis panduan dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus,
terdapat 20 aspek yang perlu dinilai berdasarkan 80 kriteria yang telah ditetapkan
oleh LPM. Ianya bertujuan agar pentaksiran yang dilaksanakan adalah adil, sahih
dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan.
4 1.2 Latar Belakang Masalah
Bermula tahun 2007, KPM melalui LPM telah memperkenalkan sistem PBS
ke atas beberapa mata pelajaran termasuklah KHB. Datuk Dr. Ahamad Sipon dalam
perutusannya sempena menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2007, menyatakan
bahawa sistem PBS lebih menjurus kepada assessmen of learning dan bukannya
assessmen for learning. Para guru juga perlu peka terhadap perkembangan terkini
dalam sistem pendidikan dan melengkapkan diri dengan kemahiran baru agar lebih
efisien dan efektif dalam proses pengajaran (Syuhada, Berita Harian. 17 Mei 2007).
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, aspek penilaian adalah salah
satu elemen penting. Penilaian dilihat sebagai satu proses mengukur dan mentafsir
kemahiran pelajar. Penilaian yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran
membolehkan guru mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar. Justeru
itu, guru dapat mengenal pasti kemahiran yang telah dikuasai dan kemahiran yang
masih belum dikuasai oleh pelajarnya bagi membolehkan guru tersebut mengambil
langkah seterusnya (Azman Wan Chik, 1987). Ini bertepatan dengan pelaksanaan
PBS yang mana penilaian ke atas kerja kursus pelajar dijalankan secara berterusan
mengikut aspek dan kriteria yang telah ditetapkan oleh LPM dalam Buku Panduan
Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB.
Bagi menentukan sama ada PBS benar-benar berhasil, proses pentaksiran
dan penilaian terhadap kerja kursus pelajar oleh guru perlulah dilaksanakan secara
telus dan adil. Ini sejajar dengan pendapat Mohd Ibrahim (1991) yang menegaskan
bahawa bagi menentukan sama ada pembelajaran benar-benar berhasil, proses
pengukuran dan penilaian perlu dilaksanakan dengan adil. Menurut beliau lagi,
penilaian dan pengukuran dari sudut psikomor perlu diberi perhatian terutamanya
bagi mata pelajaran yang mempunyai kerja amali.
Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menjayakan PBS.
Kerjasama dan komitmen yang jitu dan berterusan mampu mempertingkatkan
pelaksanaan PBS dalam usaha KPM merealisasikan tahap pendidikan bertaraf dunia.
Melalui sistem PBS, guru lebih mengenal pasti potensi pelajar seterusnya dapat
5 menjana modal insan cemerlang. Ekoran dari itu, guru perlu bersikap professional
dan jujur bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan PBS.
Dalam mata pelajaran KHB, semua pelajar perlu melaksanakan modul-modul
kerja kursus yang menjadi alat pengukuran dalam PBS. PBS mata pelajaran KHB
diperingkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada empat modul yang
mana Modul 1 mesti dilaksanakan semasa pelajar berada di Tingkatan Satu dan
Modul 2 dan Modul 3 perlu dilaksanakan semasa pelajar berada di Tingkatan Dua.
Manakala Modul 4 perlu laksanakan ketika berada di Tingkatan Tiga.
Guru sebagai pentaksir dilantik dan dilatih untuk melaksanakan aktiviti
pentaksiran di sekolah berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang
disediakan oleh LPM. Para guru perlu memastikan segala aktiviti pentaksiran
dipatuhi dan dijalankan mengikut Jadual Perancangan Pentaksiran yang telah
ditetapkan. Berikut adalah jadual berkaitan dengan pelaksanaan PBS secara ringkas :
Jadual 1.1 : Jadual pelaksanaan PBS
Mata Pelajaran Tingkatan Tarikh Pelaksanaan
Tingkatan 1 dan 2 Januari - Oktober Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 3 Januari - Julai
Sumber : Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus (2007)
Dalam melaksanakan PBS, guru sebagai pentaksir bertanggungjawab
menjalankan tugas pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas dan semua skor dibuat diperingkat sekolah. Pentaksir
akan merekod skor ke dalam Borang Skor Individu dan menyimpan evidens
pentaksiran dalam fail individu. Pentaksir juga akan memaklumkan skor kepada
murid yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap
taksiran dan seterusnya pentaksir akan memindahkan skor dari Borang Skor Individu
ke Borang Gred Induk.
6 Sebagaimana yang telah dirancang, proses penilaian dan pengukuran dalam
PBS terhadap kerja kursus dibuat berdasarkan empat modul yang telah disediakan
oleh LPM. Di dalam setiap modul terdapat item-item atau kriteria-kriteria yang perlu
dinilai oleh guru di mana penilaian dan pentaksiran dibuat terhadap pelajar sepanjang
proses menyediakan kerja kursus hingga selesai mengikut masa yang telah
ditetapkan. Walaupun pihak LPM telah menyediakan Dokumen Pentaksiran Kerja
Kursus KHB serta mengadakan kursus dan taklimat kepada guru-guru, namun timbul
persoalan tentang tahap pengetahuan, kemahiran, sikap profesional dan kejujuran
guru dan masalah yang mereka hadapi dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus.
Apa yang menjadi persoalannya kini, adakah guru-guru sebagai pentaksir
benar-benar memahami kehendak PBS dan kriteria-kriteria yang terdapat di dalam
setiap modul tatkala memberi markah kepada pelajar. Persoalannya lagi, apakah
guru sebagai pentaksir mampu meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah walaupun terdapat skema penskoran.
Tidak mustahil wujud kefahaman berbeza yang boleh menjejaskan kesahan dan
kebolehpercayaan pentaksiran seterusnya boleh mewujudkan ketidakadilan dipihak
pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
PBS adalah suatu sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dan
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2007. LPM (2007) dalam Mesyuarat
Pemantapan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB 2007 menyatakan bahawa
PBS adalah proses untuk mendapatkan maklumat diikuti dengan memberi nilai
seterusnya proses membuat keputusan apa yang perlu dilakukan ke atas murid dalam
pembelajaran mereka. Pelaksanaan ini dijalankan melalui evidens proses dan
evidens produk.
Justeru itu, sebagai sesuatu yang baru, penyelidik ingin mengkaji sejauh
manakah pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru KHB sebagai pentaksir
7 menjalankan proses pentaksiran kerja kursus dalam sistem PBS yang baru
diperkenalkan ini. Selain daripada itu penyelidik ingin mengetahui sejauh mana
mereka faham dengan kriteria-kriteria yang terdapat di dalam Buku Panduan
Pentaksiran Kerja Kursus yang telah ditetapkan oleh LPM hendak ditafsir dan
dinilai. Bagi tujuan ini, penyelidik akan menjalankan kajian ke atas guru-guru KHB
di sekolah menengah dalam bandar di daerah Kuantan, Pahang.
Sehubungan dengan itu, guru sebagai pentaksir kerja kursus yang dilantik
sewajarnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk
melaksanakan PBS di sekolah masing-masing dengan jayanya. Para guru juga perlu
benar-benar faham dengan konsep PBS kerana ia akan memberi keadilan kepada
pelajar yang dinilai seterusnya menggambarkan kewibawaan sekolah sebagai salah
satu institusi pendidikan negara. Oleh itu penyelidik merasakan kajian yang akan
dijalankan adalah suatu yang wajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :
1.4.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru KHB
dalam melaksanakan Kerja Kursus KHB.
1.4.2 Mengenal pasti bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB
semasa melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus.
1.4.3 Melihat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru-guru lelaki
dan guru-guru perempuan terhadap Penilaian Kerja Kursus.
8 1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menyingkap beberapa persoalan seperti:
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran
Kerja Kursus KHB?
1.5.2 Apakah tahap kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran
Kerja Kursus KHB?
1.5.3 Apakah sikap guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus
KHB?
1.5.4 Apakah bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB semasa
melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru-
guru lelaki dan guru-guru perempuan dalam melaksanakan penilaian kerja
kursus KHB?
1.6 Hipotesis Kajian
Bagi menjelaskan lagi persoalan kajian yang timbul, penyelidik telah
membuat hipotesis nul yang akan diuji dengan menggunakan statistik secara
kuantitatif. Hipotesis nul adalah seperti di bawah:
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan pengetahuan di antara guru-guru lelaki dan
guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan kemahiran di antara guru-guru lelaki dan
guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.