Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu www.ppdkbb.moe.gov.my Edisi 08/2016 AKTIVITI SEPTEMBER 2016 SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) 01 September Majlis Bacaan Yassin UPSR Peringkat PPDKBB 01 – 08 September Pendampingan UPSR 04 September Perbarisan Sempena Hari Merdeka Daerah Bandar Baharu 2016 di Dataran Serdang 11 September / 09 Zulhijjah 1437H Satu Jam Bersama Al-Quran 14, 21, 28 September Halaqah Hassanah PPDKBB 20 – 22 September PrOD Fasa 3 di PKG Padang Serai 26 September Bicara Profesional di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bersama Dr. Jonathan Newton dari Victoria University of Wellington, New Zealand 28 September Dialog Prestasi Dashboard Online Bil. 10/2016 Kontigen PPDKBB Perbarisan Kemerdekaan 04 September 2016 Kementerian akan memastikan murid dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kementerian juga akan berusaha meletakkan asas di peringkat sekolah untuk memastikan negara mempunyai bilangan siswazah STEM yang berkelayakan dan mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi Malaysia. Antara langkah yang akan diambil termasuk: Meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum: Menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi, meningkatkan penggunaan kemudahan pengajaran yang praktikal, dan menjadikan kandungan relevan dengan kehidupan harian untuk meningkatkan minat; Meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru: Melatih guru di sekolah rendah dan menengah untuk mengajar kurikulum yang disemak semula; dan Meningkatkan kesedaran murid dan orang awam: Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan murid tentang STEM, melalui kempen kebangsaan. Sumber: PPPM 2013-2025 (4-7) Blended learning is a combination of offline (face-to-face, traditional learning) and online learning in a way that the one compliments the other. www.talentlms.com