PROGRAM BIMBINGAN KEPIMPINAN (LEADERSHIP COACHING & MENTORING) PEGAWAI RAKAN PENINGKATAN SEKOLAH (SIPartner+) TAHUN 2016 Telah dibentangkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Pada SELASA, 29 DISEMBER 2015 Disediakan oleh: EN. AZMAN BIN SAFII & EN. MISRI BIN THARIANO Pegawai SIPartner+ Pejabat Pendidikan Kulai KERTAS KONSEP Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Persiaran Indahpura 4, 81000 Kulai,Johor Tel: 076605525 Faks: 076632782 Email: info[@]ppdkulai.com
39
Embed
Pejabat Pendidikan Daerah Kulaippdkulai.com/v9/attachments/article/1662/Kertas Konsep Program LCM...Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM BIMBINGAN KEPIMPINAN
(LEADERSHIP COACHING & MENTORING)
PEGAWAI RAKAN PENINGKATAN SEKOLAH
(SIPartner+) TAHUN 2016
Telah dibentangkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
Pada
SELASA, 29 DISEMBER 2015
Disediakan oleh: EN. AZMAN BIN SAFII & EN. MISRI BIN THARIANO
Pegawai SIPartner+ Pejabat Pendidikan Kulai
KERTAS KONSEP
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
Persiaran Indahpura 4, 81000 Kulai,Johor
Tel: 076605525
Faks: 076632782 Email: info[@]ppdkulai.com
1
1.0 PENDAHULUAN
Menerusi PPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Bagi tujuan ini, KPM telah menempatkan pembimbing guru Mata Pelajaran iaitu Pembimbing Khusus Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Pembimbing Pengetua iaitu Rakan Peningkatan Sekolah (School Improvement Partners + atau SIPartners+) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Pegawai SIPartner+ merupakan jawatan hakiki di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), yang diwujudkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi menjayakan Program Transformasi Daerah(DTP). Pegawai SIPartner+ berperanan sebagai pembimbing kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah.
2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dari aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.
2.2 Memberi bimbingan secara berfokus kepada sekolah-sekolah yang berada
dalam Band Rendah (4,5,6 dan 7) 2.2 Mengenal pasti sekolah-sekolah dalam daerah Kulai yang perlu diberi fokus
atau keutamaan berasaskan kepada strategi yang bersesuaian sama ada bagi tujuan pemantapan atau peningkatan ke band yang lebih tinggi.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kompetensi Pengetua dan Guru Besar serta pencapaian sekolah berlandaskan iltizam dan keinginan untuk meningatkan prestasi pencapaian sekolah.
3.2 Menyediakan konsep asas yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada
Pegawai SIPartner+ untuk menjalankan tanggungjawab bimbingan, Coaching dan Mentoring kepimpinan kepada Pengetua dan Guru Besar.
2
3.3 Mengenal pasti strategi yang bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan memantapkan pencapaian sekolah-sekolah dalam daerah Kulai dari aspek skor PKS SKPM dan Skor Komposit SKPM.
3.4 Membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja
supaya memenuhi standard kepimpinan Pendidikan Abad Ke-21. 3.5 Membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah supaya
mencapai Standard Kompetensi Kepengtuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). 3.6 Membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam aspek kemenjadian murid. 3.7 Meningkatkan hubungan bersama rakan strategik ke arah peningkatan dalam
kualiti pengurusan sekolah serta mewujudkan iklim perkongsian pintar dalam membangunkan organisasi sekolah.
4.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT
4.1 Tarikh : Januari – Disember 2016 4.2 Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang (mengikut kesesuaian waktu Pengetua dan Guru Besar/ 4 hari seminggu) 4.3 Tempat : Sekolah / PPD Kulai
5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
5.1 Peranan Pegawai SIPartner+
5.1.1 Mengadakan lawatan bimbingan Pengetua dan Guru Besar di sekolah untuk pemerhatian dan bimbingan terhadap pengurusan sekolah agar mencapai tahap kompetensi kepimpinan yang berkualiti.
5.1.2 Membimbing Pengetua dan Guru Besar melaksanakan program yang
diluluskan oleh pusat (cth: KSSR, KSSM, PBS dan LINUS). 5.1.3 Membimbing Pengetua dan Guru Besar dalam menyelesaikan
masalah dan melaksanakan intervensi serta membuat pelaporan kepada PPD untuk tindakan susulan.
3
5.1.4 Memastikan Pengetua dan Guru Besar dapat mengikuti setiap siri bimbingan yang dijalankan sebagaimana yang ditetapkan.
5.2 Tanggungjawab Pegawai SIPartner+.
5.2.1 Melaksanakan bimbingan Pengetua dan Guru Besar agar berupaya
melaksanakan pengurusan sekolah dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi aspirasi PPPM.
5.2.2 Membimbing Pengetua dan Guru Besar mengenal pasti isu-isu
pengurusan dan kepemimpinan serta merangka program intervensi yang bersesuaian.
5.2.3 Membimbing Pengetua dan Guru Besar dalam pembangunan
profesionalisme diri. 5.2.4 Membantu Pengetua dan Guru Besar agar berupaya melaksanakan
program intervensi sekolah berasaskan kepada keperluan untuk meningkatkan pencapaian akademik.
5.2.5 Mengupayakan Pengetua dan Guru Besar membentuk prasarana
fizikal dan landskap sekolah yang kondusif serta memenuhi keperluan Pendidikan Abad Ke-21.
5.2.6 Memastikan Pengetua dan Guru Besar berupaya membuat
keputusan berasaskan kepada data seperti dalam pengurusan Headcount.
6.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
6.1 Output Pegawai SIPartner+ (BPSH)
6.1.1 Bilangan Laporan
i) 24 pelaporan mingguan setahun di peringkat PPD
ii) 2 rumusan pelaporan setahun di peringkat JPN
iii) 2 rumusan pelaporan setahun di peringkat KPM
6.1.2 Bilangan PGB - 25 orang Pengetua dan Guru Besar setahun
6.1.3 Bilangan bimbingan setiap PGB - minimum 3 kali setahun
4
6.2 Outcome Pegawai SIPartner +
6.2.1 Peningkatan Skor SKPM Standard 1,2 dan 3 pada tahap 50% daripada sekolah-sekolah yang dibimbing.
6.2.2 Peningkatan GPS pada tahap 50% daripada sekolah-sekolah yang
dibimbing. 6.2.3 Pengetua dan Guru Besar berjaya membina Landskap Pendidikan
Abad Ke-21
7.0 KUMPULAN SASARAN
Bil KUMPULAN SASARAN CATATAN
7.1
Melaksanakan lawatan dan mengendalikan sesi bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar mengikut empat Kluster sekolah; a) Sekolah Kluster A (sekolah
band terendah, Sekolah Fokus, Pengetua dan Guru Besar Baharu & SABK)
b) Sekolah Kluster B (sekolah
band kedua terendah)
c) Sekolah Kluster C (sekolah calon TBP, SKK, JSC, sekolah Life Lab, ST).
d) Sekolah Kluster D (Sekolah
yang tidak berada dalam senarai sekolah Kluster A, B dan C)
Bimbingan Sekolah Kluster A, B, dan C a) Melaksanakan bimbingan
minimum ke atas 25 Pengetua/Guru Besar bagi setiap SIP+
b) Menggunakan 4 hari bekerja seminggu untuk melaksanakan LCM, minimum 1 jam bagi setiap sesi LCM.
c) Melaksanakan sesi LCM pada kekerapan 3 – 8 kali bagi setiap sekolah dalam setahun.
d) Dokumentasi dan pelaporan dapat disediakan pada tahap 100% 3 hari selepas setiap sesi dengan menggunakan borang SIP+ serta secara dalam talian.
e) Setiap SIP+ akan menyediakan profil pemimpin sekolah yang dibimbing.
f) Dapatan daripada sesi lawatan akan dibincangkan dan dilaporkan dalam sesi
5
Bil KUMPULAN SASARAN CATATAN
perbincangan SIP+ bersama SISC+ dan PPD.
g) Keberhasilan; Peningkatan Skor Komposit sekolah dibimbing pada tahap minimum 50%
Bimbingan Sekolah Kluster D a) Melaksanakan bimbingan
mengkut keperlauan, isu dan arahan daripada PPD.
b) Dokumentasi dan pelaporan dapat disediakan pada tahap 100% 3 hari selepas setiap sesi dengan menggunakan borang SIP+ khas serta secara dalam talian.
c) Setiap SIP+ akan menyediakan profil setiap pemimpin sekolah yang dibimbing.
d) Dapatan daripada sesi lawatan akan dibincangkan dan dilaporkan dalam sesi perbincangan SIP+ bersama SISC+ dan PPD.
e) Keberhasilan; Penambahbaikan dilaksanakan terhadap aspek yang telah dibimbing.
7.2 Membimbing Pengetua dan Guru Besar mengenal pasti isu-isu pengurusan dan kepimpinan dan merangka program intervensi yang sesuai mengikut kluster sekolah bimbingan.
a) Setiap sekolah yang dibimbing
berjaya;
i. mengenalpasti isu-isu kritikal berkaitan pengurusan dan kepimpinan.
ii. merangka program intervensi berimpak tinggi yang sesuai, melaksanakannya, memantau dan melakukan penilaian terhadap program.
iii. Pengetua dan Guru Besar
6
Bil KUMPULAN SASARAN CATATAN
berupaya menggunakan pendekatan pengurusan pendidikan Abad Ke-21 seperti PLC, penggunaan pendekatan dan alat kualiti dalam pengurusan program.
7.3
Membimbing Pengetua dan Guru Besar dalam pembangunan profesionalisme diri
a) Meningkatkan dan mengupayakan
kemahiran Pengetua dan Guru Besar dalam pengurusan sekolah berasaskan kepada isu-isu berkaitan ; i) Hala Tuju Sekolah ii) SKKSM iii) SKPM iv) Pendidikan Abad Ke-21 v) Pengurusan Krisis
b) Membimbing Pengetua dan Guru
Besar dalam pembangunan profesionalisme diri berasaskan analisis TNA (Trend Needs Analysis)
c) Melaksanakan PLC kepada
Sekolah Tumpuan Daerah Kluster 1, Pengetua dan Guru Besar Baharu dan SABK, Sekolah Program CeDO.
7.4 Membimbing dan menyediakan laporan pembangunan profesionalisme Pengetua dan Guru Besar yang dibimbing.
a) Membimbing Pengetua dan Guru
Besar dalam pembangunan profesionalisme menerusi; i) LCM Sekolah Kluster A, B dan
C ii) LCM Sekolah Kluster D
7
Bil KUMPULAN SASARAN CATATAN
b) Membantu PPD dalam
melaksanakan program Pembangunan Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar menerusi; i) Profesional Learning
Community (PLC) ii) Principal Peer Learning (PPL) iii) Kursus/ Bengkel/ Seminar/
Kolokium c) Melaporkan perkembangan dan
kemajuan setiap program intervensi yang dilaksanakan.
7.5
Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dalam sekolah dan daerah.
a) Mewujudkan dan berfungsi
sebagai System Player dalam melaksanakan PLC untuk sekolah mengikut kluster.
b) Mengupaya Pengetua dan Guru Besar melaksanakan PLC dan di sekolah.
c) Mengupayakan Pengetua dan
Guru Besar berperanan sebagai Key Player dalam bidang kritikal menerusi Profesional Learning Team (PLT)
7.6 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan program peningkatan prestasi sekolah mengikut arahan semasa PPD
a) Membantu PPD dalam mengenal
pasti sekolah bagi tujuan peningkatan prestasi sekolah; i) Peningkatan prestasi band
sekolah ii) Program Peningkatan Bahasa
Inggeris (sekolah menengah mencatat peratus kegagalan BI > 23%)
8
Bil KUMPULAN SASARAN CATATAN
iii) Peningkatan prestasi sekolah
7.7
Menyampaikan dan menjelaskan dasar dan inisiatif pendidikan semasa.
a) Membantu PPD dalam
menyampaikan dasar dan inisiatif pendiidkan semasa, seperti ; DTP, PPPM, KSSR, PBS, PT3 dan seumpamanya.
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
6.1 Tuntutan perjalanan mengikut Surat Siaran dan Pekeliling yang berkuat kuasa.
6.2 ABM mengikut tuntutan penyelaras DTP
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN
7.1 Carta Organisasi dal Aliran Kerja (Lampiran 1, 2 ) 7.2 Mesyuarat Pengurusan Pegawai SIPartner+ 7.3 Penyediaan Pelaporan Rumusan Pegawai SIPartner+ (2 kali setahun: April &
Oktober) 7.4 Post-Mortem dan Tindakan Susulan 7.5 Pemantauan Pelaksanaan Tugas Pegawai SIPartner+
7.5.1 Peringkat KPM (Dashboard / Manual: 2 kali setahun) 7.5.2 Peringkat JPN (Dashboard / Manual: 2 kali setahun) 7.5.3 Peringkat PPD (Dashboard / Manual: 4 kali setahun)
8.1 LCM yang dilaksanakan ke atas Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah, dibahagi kepada 3 Kluster iaitu Sekolah Kluster A, Kluster B, Kluster C dan
9
Kluster D. Penetapan Kluster sekolah adalah merujuk kepada kumpulan sekolah yang perlu diberi perhatian utama untuk dibantu, berasaskan kepada;
8.1.1 Pencapaian skor komposit/band sekolah 2015 bagi sekolah rendah
dan skor komposit/band tahun 2014 bagi sekolah menengah. 8.1.2 Sekolah Fokus JPN iaitu sekolah yang terlibat dalam Johore
Showcase (Sekolah Pendidikan Abad Ke-21, Sekolah Fokus JPN, Sekolah Transformasi, Sekolah Showcase, Sekolah terlibat dalam JSLC dan JDT)
8.1.3 Sekolah Fokus PPD iaitu Sekolah Kluster Kecemerlangan, sekolah
yang dicalonkan tawaran baru pengetua, sekolah yang mempunyai Pengetua/ Guru Besar baharu (baru dilantik dan baru bertukar masuk) dan Pengetua SABK.
8.1.4 Sekolah yang pada pertimbangan PPD perlu dibimbing.
8.2 Bimbingan Kepimpinan (LCM) Sekolaah Kluster A, B & C
8.2.1 Pegawai SIPartner+ membantu PPD dalam memberikan bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam program Program Pembangunan Profesionalisme dan intervensi yang sesuai.
8.2.2 Lawatan / Bimbingan Pegawai SIPartner+ akan berfokus kepada;
i) Program peningkatan Prestasi (SKPM, SPM, PT3, UPSR) ii) Pemantapan pengurusan (SKKSM, SPSK) iii) Amalan Pendidikan Abad Ke 21 iv) POSeJ/ PrOD v) Coaching & Mentoring vi) Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan vii) Program Pemantapan Bahasa Inggeris
8.2.3 LCM Sekolah PdP Abad Ke-21/ Sekolah Tranformasi/ Sekolah Showcase. SIP+ berperanan memberikan bimbingan kepada kepimpinan sekolah dalam memastikan PdP Abad Ke-21/ Sekolah
10
Tranformasi/ Sekolah Showcase dapat dilaksanakan pada peringkat sekolah dengan merujuk kepada 3 teras dalam melaksanakan Pendidikan Abad Ke-21 iaitu;
Quality Learning and Teaching), ii) Penglibatan Pihak yang Berkepentingan (Stakeholders
Engagement). 8.2.4 SIP+ memberikan bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar
dalam program Program Pembangunan Profesionalisme dan intervensi yang sesuai.
8.2.5 LCM Pengetua dan Guru Besar Baharu & SABK. LCM Pengetua dan
Guru Besar Baharu merujuk kepada bimbingan yang diberikan kepada; i) Pengetua dan Guru Besar Baharu yang baru dilantik di bawah
syarat baru pelantikan pemimpin sekolah. ii) Pengetua dan Guru Besar dari daerah lain yang baharu
bertukar ke sekolah-sekolah dalam pentadbiran PPD Kulai. iii) Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
8.2.6 SIPrtner+ memberikan bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam program Program Pembangunan Profesionalisme dan intervensi yang sesuai berdasarkan kepada;
i) Modul Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKKSM) ii) Modul PrOD atau POSe-J. iii) Modul Coaching & Mentoring iV) Modul PRIME
11
8.2.7 LCM Program dan Aktiviti Peningkatan Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah); LCM Program dan Aktiviti Bahasa Inggeris merujuk kepada bimbingan yang diberikan kepada Pengetua sekolah-sekolah “hotspot” Bahasa Inggeris (Peratus gagal Bahasa Inggeris yang melebihi 23% SPM 2015)
8.2.8 LCM Sekolah Tawaran Baru (Pegawai Unit Pengurusan Kualiti) ;
Pegawai SIPartner+ Membantu PPD (Pegawai Unit Pengurusan Kualiti) dalam membimbing kepimpinan Pengetua dan Guru Besar yang mempunyai potensi untuk dicalonkan sebagai Sekolah Tawaran Baru PGB (New Deal) membuat persiapan sebelum dilawati oleh JNJK.
8.2.9 LCM Sekolah Kluster Kecemerlangan/ Sekolah Berprestasi Tinggi:
Pegawai SIPartner+ membimbing kepimpinan Pengetua dan Guru Besar yang mempunyai potensi untuk dicalonkan sebagai Sekolah SKK / SBT membuat persiapan sebelum dilawati oleh JNJK.
8.2.10 Program CEDO (Unit Pengurusan Akademik); Pegawai SIPartner+
membantu PPD dalam membimbing kepimpinan Pengetua dan Guru Besar melaksanakan Program CEDO.
8.3 Bimbingan Kepimpinan (LCM) Sekolah Kluster D
8.3.1 Melaksanakan bimbingan mengkit keperluan, arahan daripada PPD dan bergantung kepada isu-isu yang timbul berkaitan pengurusan sekolah.
8.3.2 Setiap SIPartner+ akan menyediakan profil setiap pemimpin
sekolah yang dibimbing. 8.3.3 Dapatan daripada sesi lawatan akan dibincangkan dan dilaporkan
dalam sesi perbincangan SIPartner+ bersama SISC+ dan PPD.
9.0 PROSEDUR KERJA SIPARTNER+ (SOP)
9.1 Mengadakan Lawatan Bimbingan (Leadership Coaching & Mentoring) Pengetua dan Guru Besar
9.1.1 Melawat sekolah untuk mengadakan pemerhatian dan membimbing
Pengetua/ Guru Besar menggunakan pendekatan coaching.
12
9.1.2 Membantu Pengetua dan Guru Besar membangun profesionalisme diri dan seterusnya membangunkan organisasi.
9.1.3 Setiap SIPartner+ bertanggungjawab untuk mengadakan 4 kali
lawatan bimbingan seminggu ke Sekolah Menengah dan Rendah (Contoh: Kombinasi 3 SR + 1 SM atau 2 SM + 2 SR).
9.1.4 Membimbing Pengetua dan Guru Besar dalam mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah atau isu yang dihadapi menggunakan pendekatan atau mana-mana alat kualiti yang sesuai.
9.1.5 Penyelesaian masalah dan bimbingan; Melaporkan dan membantu
penyelesaian masalah-masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh Pengetua dan Guru Besar.
9.2 Perbincangan dalam pasukan bersama SISC+ bagi meningkatkan
keberkesanan bimbingan yang diadakan. Perbincangan mingguan sesama SISC+ dan SIPartner+ hendaklah dibuat pada setiap hari Ahad, minimum selama 30 minit sebelum perbincangan mingguan dengan Ketua PPD.
9.3 Memberikan laporan kepada Ketua PPD dapatan dari lawatan bimbingan pada setiap minggu. Sesi Pelaporan SIPartner+ dan SISC+ bersama PPD diadakan pada setiap hari Ahad, minimum 1 jam seminggu.
disediakan berdasarkan bulan ke bulan dan diadakan mengikut keperluan. Jadual akan dimuat naik dalam portal PPD untuk rujukan sekolah-sekolah.
9.5 Lawatan Bimbingan dilakukan berpandukan aliran proses yang
sistematik dengan melibatkan tiga tahap iaitu fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa pelaporan. (Rujuk Lampiran C)
9.6 Fasa pelaporan melibatkan proses penyediaan pelaporan, pembentangan,
post mortem dan kajian impak program yang telah dilaksanakan. 9.7 Pemantauan dan pengukuran akan dilakukan untuk mengukur tahap
keberkesanan pelaksanaan program Lawatan Bimbingan dan pencapaian KPI yang disasarkan.
9.8 Menyediakan Laporan Pelaksanaan Program dan membentangkannya dalam
Mesyuarat Pengurusan dalam tempoh 30 hari setelah program selesai iaitu pada akhir tahun.
13
9.9 Kajian semula akan dibuat berdasarkan dapatan mesyuarat post mortem untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program atau aktiviti yang telah dilaksanakan.Tindakan susulan akan dilaksanakan berpandukan keputusan mesyuarat post mortem.
9.9 Melaksanakan kajian impak ke atas kumpulan sasar untuk melihat
keberkesanan pelaksanaan program. Laporan kajian impak akan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan. Langkah melakukan penambahbaikan akan dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat.
10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN SIPARTNER+ DAN SISC+ 10.1 Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Tuan Haji Ishak bin Mahbob, PPD Pengurus DTP : En. Saliman bin Selamat, Timbalan PPD Penyelaras DTP : Tn. Hj. Mohd Dom bin Dui, Ketua Unit, Unit Pengurusan Akademik Penyelaras SIP+ : En. Azman bin Safii, Pegawai SIPartner + Penyelaras SISC+ : Pn. Anita Primus SISC+ Bahasa Inggeris (Menengah) Setiausaha DTP : Dr. Nurul Hidayah Liew Abdullah Penolong PPD Bahasa Melayu Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Yusof bin Katmi Ketua Unit, Unit Pengurusan Sekolah Tn. Hj. Che Musttapa bin Che Ismail Ketua Unit, Unit Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan En. Surjana bin Shukor Ketua Unit, Unit Pengurusan Kualiti En. Yackob bin K. Preeth Penolog PPD (Rendah)
14
En. Misri bin Thariano, Pegawai SIPartner + Pn. Lizawati binti Ahlit, Pegawai SISC+ B. Melayu (Menengah) Pn. Hairunnisak binti Alimun, Pegawai SISC+ Matematik (Menengah) Pn. Hazura binti Yusop, Pegawai SISC+ Matematik (Rendah) En. Norumzi bin Ismail, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu (Rendah) Pn. Zaidah binti Yusof, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu (Rendah) En. Herryan Syah bin Tupan @ Surian, Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris (Rendah) Pn. Julia Binti Abdul Muttalip, Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris (Rendah)
10.2 Peranan Jawatankuasa
10.2.1 Menubuhkan jawatankuasa yang melibatkan semua Pegawai
SIPartner+ dan SISC+. 10.2.2 Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan (4 kali setahun).
10.2.3 Merancang dan menetapkan bilangan guru dan sekolah yang memerlukan bimbingan.
10.2.4 Menyelaras dan memantau pelaksanaan bimbingan dan pementoran
supaya akur dengan Standard Prosedur Operasi (SOP). 10.2.5 Memberi sokongan dan bantuan terhadap pelaksanaan program dan
aktiviti. 10.2.6 Menerima, menyemak dan mengesahkan data dan laporan yang
15
dihantar setelah dibincangkan. 10.2.7 Mengadakan bengkel penyediaan pelaporan rumusan Pegawai
SIPartner+ dan SISC+(2 kali). 10.2.8 Menyediakan laporan rumusan mengikut ketetapan(Rujuk KPI). 10.2.9 Mengadakan post-mortem hasil daripada bimbingan. 10.2.10 Merancang dan menilai keberkesanan tindakan susulan.
11.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO
ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI
RISIKO
Sistem Sistem Pelaporan On-Line JPN Johor dan DTP tidak berfungsi.
Pelaporan disediakan secara Off-Line
Kewangan
Peruntukan tidak mencukupi
a) Mengubahsuai aktiviti
bimbingan dengan menngoptimumkan penggunaan peruntukan sedia ada.
b) Mengenal pasti dan
melaksankan aktiviti bimbingan mengikut keutamaan.
Peruntukan lewat diterima
Menjadualkan semula aktiviti.
Kepakaran dan
Kompetensi Profesionalisme
SIP+
SIPartner+ tidak mempunyai kemahiran dalam bidang yang diperlukan oleh Pengetua dan Guru Besar
SIPartner+ akan ; a) Melaksanakan Self
Directed Learning. b) Mengikuti Seminar atau
Kursus di IAB c) Menjalin Kerjasama
16
ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI
RISIKO dengan mendapatkan kemahiran yang diperlukan daripada rakan SIP+ dari daerah atau negeri lain.
d) Sesi PLC bersama SIP+ dan SISC+
e) Pembacaan buku
Pelanggan
Pengetua dan Guru Besar yang mahu dibimbing tidak mempunyai kelapangan masa mengikut sebagaimana ketetapan Jadual Lawatan
SIP+ akan menghubungi Pengetua dan Guru Besar sebelum mengadakan lawatan. Sebarang kegagalan melaksanakan lawatan bimbingan disebabkan kesebukan tugas Pengetua dan Guru Besar akan digantikan dengan tarikh baharu mengikut kesediaan Pengetua dan Guru Besar.
12.0 KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENGUKURANPROGRAM LAWATAN BIMBINGAN
12.1 Pemantauan dan pengukuran akan dilakukan untuk mengukur tahap keberkesanan pelaksanaan program Lawatan Bimbingan dan pencapaian KPI yang disasarkan berdasarkan kaedah berikut;
12.3 Laporan Pelaksanaan Program akan disediakan dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Pengurusan dalam tempoh 30 hari setelah program selesai iaitu pada akhir tahun.
12.4 Kajian semula akan dibuat berdasarkan dapatan mesyuarat post mortem
untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan program. Tindakan susulan akan dilaksanakan berpandukan keputusan mesyuarat post mortem.
12.5 Melaksanakan kajian impak ke atas kumpulan sasar untuk
melihat keberkesanan pelaksanaan program. Laporan kajian impak akan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan. Langkah melakukan penambahbaikan akan dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat.
13.0 RUMUSAN
Walaupun garis panduan telah diberikan, namun program bimbingan yang dilaksanakan seperti yang dirancang sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan penyesuaian pendekatan dan kaedah yang berbeza. Pegawai SIPartner+ akan melaksanakan rujukan dan berkolaboratif dengan pelbagai pihak supaya objektif bimbingan untuk memacu pencapaian sekolah dapat dicapai.
Disediakan Oleh; Disemak dan Disahkan Oleh; (AZMAN BIN SAFII) Rakan Peningkatan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
(HAJI ISHAK BIN MAHBOB) Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
18
LAMPIRAN A
CARTA ORGANISASI SIPARTNER+ BERDASARKAN BUKU PANDUAN PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH KPM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PENGURUSAN SEKOLAH
PEGAWAI SISC+
PENGURUSAN AKADEMIK
PEGAWAI SIPARTNER+
PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEMBANGUNAN & BEKALAN
UNIT ICT SOKONGAN
19
LAMPIRAN B PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PPD DAN JPN (SOP)
20
LAMPIRAN C
CARTA ALIR KERJA PENGURUSAN PPD
Mula
Pelaksanaan / Pelan Tindakan
Menyelaras Program SIPartner+ dan SISC+
Menerima Pelaporan
Memantau Pelaksanaan Tugas SIPartner+ dan SISC+
Menilai Pencapaian KPI
Membuat penambahbaikan dan tindakan susulan
Menyediakan pelaporan kepada JPN
Dokumentasi
Tamat
Tidak
Ya
Melaksanakan Intervensi
21
LAMPIRAN D
PROSES KERJA LAWATAN BIMBINGAN (COACHING & MENTORING)
MULA
SIPartners +
SIPartners +
Membuat Perancangan Bimbingan Memohon Kelulusan Pelan Bimbingan
Pegawai Pendidikan Daerah; Senarai Nama
Sekolah / Pengetua; Pelan Bimbingan
Tidak
Lulus?
Ya
Pegawai Pendidikan Daerah
SIPartners +
SIPartners +
SIPartners +
Mengeluarkan Surat Arahan Untuk Melaksanakan Bimbingan
Melaksanakan Program Bimbingan
Menyediakan Laporan Program Bimbingan
Membentangkan Laporan Keberkesanan
Pelaksanaan Program Bimbingan
Pegawai Pendidikan Daerah; Minit Mesyuarat
Pengurusan
SIPartner+ Pengetua; Pegawai Pendidikan Daerah
Laporan Bimbingan; Pegawai Pendidikan
Daerah; Lampiran 1 - 7 Laporan Keberkesanan
Program Bimbingan
Tidak
Berkesan?
Ya
SIPartners + Mengambil Tindakan Penambahbaikan
Berterusan
TAMAT
22
LAMPIRAN E
KERANGKA KERJA PROSES LAWATAN BIMBINGAN
(COACHING & MENTORING) SIPARTNERS+
Latihan
Membina Kepercayaan
Temu Bual Konteks 1
Pemerhatian 1 Temu Bual Konteks 2
Pelaksanaan
Pemerhatian 2 Maklum balas Penilaian
23
LAMPIRAN F
PROGRAM BIMBINGAN KEPIMPINAN SEKOLAH (LCM) TAHUN 2016
ANALISIS SEKOLAH MENGIKUT KLUSTER SEKOLAH
BIL KOD KELOMPOK / KLUSTER SEKOLAH
EN. AZMAN
EN. MISRI
JUM WAJ. KPI LCM
KPI LCM / OUTPUT SIP+
SR SM SR SM EN. AZMAN
EN. MISRI
1 KA Sekolah Kluster A 6 1 2 3 12 8 56 40
2 KA (FN)
Sekolah Kluster A (Fokus Negeri) 1 1 2 1 5 8 16 24
3 KA (KB)
Sekolah Kluster A (Kepimpinan Baharu & SABK) 0 3 1 1 5 8 24 16
JUMLAH SEKOLAH KLUSTER A 7 5 5 5
22 32 96 80 12 10
5 KB Sekolah Kluster B 4 0 9 0 13 5 20 45
6 KB (KB)
Sekolah Kluster B (Kepimpinan Baharu) 0 2 1 0 3 5 10 5
JUMLAH SEKOLAH KLUSTER B 4 2 10 0
16 10 30 50 6 10
7 KC Sekolah Kluster C 2 1 1 2 6 3 9 9
8 KC (KB)
Sekolah Kluster C (Kepimpinan Baharu) 2 0 0 0 2 3 6 0
9 KC (LL) Sekolah Kluster C (Life Lab) 1 0 0 1 2 3 3 3
10 KC (SC)
Sekolah Kluster C (Sekolah Showcase) 0 1 1 0 2 3 3 3
JUMLAH SEKOLAH KLUSTER C 5 2 2 3
12 12 21 15 7 5
11 KD Sekolah Kluster D (LCM Mengikut Keperluan) 10 1 9 1 10 0 0 0
JUMLAH SEKOLAH KLUSTER A-C 16 9 17 8 50 21 33 21
JUMLAH KESELURUHAN SEKOLAH KLUSTER A-C 25 25
JUMLAH SEKOLAH KLUSTER A-D 26 10 26 9 60 54 147 145
JUMLAH KESELURUHAN SEKOLAH KLUSTER A-D 36 35 71 292
24
ANALISIS SEKOLAH MENGIKUT PROGRAM (KPM/JPN/PPD)
BIL KOD PROGRAM KPM/JPN/PPD EN. AZMAN EN. MISRI
JUMLAH SR SM SR SM
1 SA Sekolah Amanah 1 0 0 0 1
2 SKK Sekolah Kluster Kecemerlangan 2 2 0 1 5
3 ST Sekolah Tranformasi 0 0 1 0 1
4 P21 Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 3 1 2 4 10
5 SFN Sekolah Fokus Negeri 1 1 2 1 5
6 SSC Sekolah Showcase 0 1 1 0 2
7 JDT Sekolah JDT 0 1 0 0 1
8 JSL JSLC 0 0 0 0 0
9 PGB Program PrOD PGB Baharu & SABK 2 5 2 4 13
10 CED Program CEDO 2 4 6 2 14
11 PPS Program Peningkatan Prestasi Sekolah 9 6 7 4 26
12 SLL Sekolah Life Lab 1 0 0 1 2
25
LAMPIRAN G
PROGRAM BIMBINGAN KEPIMPINAN SEKOLAH (LCM) TAHUN 2016
SENARAI SEKOLAH MINGIKUT KLUSTER BIMBINGAN
KUMPULAN 1
PEGAWAI SIP+ : EN AZMAN BIN SAFII
BIL KOD SEKOLAH BAND SISC+ STATUS LCM SIP+
PROG KPM &
JPN PROG PPD
1 JBA8025 SK SRI GUNUNG PULAI 1 NI JA HY KC (KB) PGB
2 JBA8020 SK FELDA INAS 1 ZY JA HY KD
3 JBA8014 SK LKTP SUNGAI SAYONG 2 NI HS HY KC (LL) SKK, PA21 SLL, PPS
4 JBC8002 SJK(C) BEMBAN, 2 NI JA HY KD PPS
5 JBC8004 SJK(C) SEDENAK 2 ZY HS HY KD PPS
6 JBA8021 SK MURNI JAYA 2 NI HS HY KD PPS
7 JBA8024 SK TAMAN SRI PULAI 2 ZY HS HY KD PPS
8 JBA8017 SK BANDAR TENGGARA 1 2 ZY JA HY KD SKK, P21 PPS