Pegawai Veterinar Pengenalan Dalam rancangan Malaysia ke 9 dan Dasar Pertanian Negara ke 2 dan 3 ( DPN2: 1992-2010 ) mengatakan bahawa akan memberi fokus kepada penjagaan kesihatan haiwan dan pembangunan industri penternakan dengan tujuan untuk mengeksploitasi bidang pertanian dalam menjanakan ekonomi Negara. Ini adalah selari dengan Dasar Bioteknologi Negara berasaskan kepada 9 teras yang kesemuanya dikaitkan dengan penjanaan industri dan pengkomersialan produk berasaskan pertanian serta peningkatan dalam penghasilan bahan makanan. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pegawai Veterinar
Pengenalan
Dalam rancangan Malaysia ke 9 dan Dasar Pertanian Negara ke 2 dan 3 ( DPN2: 1992-
2010 ) mengatakan bahawa akan memberi fokus kepada penjagaan kesihatan haiwan dan
pembangunan industri penternakan dengan tujuan untuk mengeksploitasi bidang pertanian dalam
menjanakan ekonomi Negara. Ini adalah selari dengan Dasar Bioteknologi Negara berasaskan
kepada 9 teras yang kesemuanya dikaitkan dengan penjanaan industri dan pengkomersialan
produk berasaskan pertanian serta peningkatan dalam penghasilan bahan makanan.
1
Haiwan merupakan makhluk yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia.
Kelangsungan kehidupan menusia bergantung kepada kejayaan kehidupan haiwan. Oleh yang
demikian adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memastikan wujud keseimbangan
dalam kehidupan dalam antara manusia dan haiwan. Salah satu bidang yang penting dalam
bidang perubatan veterinar ini adalah dalam penjagaan kesihatan haiwan dan penyelidikan
perubatan. Pelbagai kajian telah dijalankan yang membawa kepada penemuan yang telaj
memberi manfaat kepada manusia dan yang paling penting penenmuan ini telah memberi
manfaat kepada manusia dan yang paling penting penemuan ini telah ditemui melalui
penyelidikan yang melibatkan perubatan veterinar.
Tugas seorang doctor perubatan veterinar bukan hanya terhad kepada pnjagaan kesihatan
haiwan tetapi juga mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan manusia. Ini adalah kerana terdapat
pelbagai penyakit haiwan yang boleh berjangkit kepada manusia. Antara contonnya penyakit
seperti selsema burung, anjing gila, dan sebagainya. kesemua penyakit ini berpunca daripada
haiwan dan sekiranya rawatan tidak diberi dan pencegahan tidak dilakukan ianya boleh
dipindahkan kepada manusia dan membawa maut.
2
Pengertian veterinar
Kerjaya adalah pekerjaan yang dapat memenuhi kepuasan lahir batin yang didasari oleh
penguasaan ilmu pengetahuan, ketrampilan, perilaku yang sebelum menjalankan tugasnya wajib
bersumpah atas gelar yang disandangnya,selama manjalanjan tugas wajib mematuhi kode etik
yang telah ditetapkan ol;eh organisasi kerjayanya (Anonim A, 2008).
Veterinar adalah ilmu yang mempelajari tentang aspek kesejahteraan timbal balik antara
manusia, haiwan, dan lingkungan yang meliputi penyakit, budi daya, mutu dan keamanan
produksi sehingga sumber daya alam lestari (Anonim A, 2008).
Kerjaya Veterinar iaitu pekerjaan yang didasari atas ilmu-ilmu kedoktaran haiwan yang
menjalankan tugasnya wajib menikrarkan sumpah Kedoktaran Haiwan dan mematuhi kode etik
yang telah ditetapkan sebagai Doktar Haiwan (Anonim A, 2008).
Sejarah veterinar di dunia
Perkataan Veterinar berasal dari perkataan latin Veterinae yang bererti haiwan penarik
(sapi, kuda, dll). Orang-orang yang mempelajari sejarah menemukan tulisan Cina tentang
penyakit kuda, sapi, dan kerbau pada tahun 2500 S.M. juga lukisan India kuno berumur 4000
tahun menunjukkan manusia merawat kuda dan gajah. Lukisan mesir kuno juga menunjukkan
bagaimana mereka merawat ternakan dan anjing mereka agar sihat. Orang Romawi kuno
menyebut doktar haiwan sebagai veterinarius ( Anonim B, 2009 ).
Kerjaya Veterinar merupakan kerjaya yang sangat tua di dunia, yang muncul sebagai
pengembang kerjaya Kedoktaran di zaman Yunani Kuno pada 460-367 Sebelum Masehi(SM)
oleh Bapa Kedoktaran di dunia bernama Hippocrates. Kerjaya kedoktaran haiwan dikembangkan
oleh ilmuwan generasi berikutnya, bernama Aristoteles yang terkenal dengan bukunya “Historia
Animalium” (Story of Animals) yang menghuraikan lebih dari 500 spesies haiwan ( Anonim B,
2009 ).
3
Veterinar Di Malaysia
Selepas Perang Dunia Kedua, dua orang pelajar muda dari Tanah Melayu dipilih dan
dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian veterinar di United Kingdom. Pada
tahun 1950an dan 1960an lebih ramai lagi dipilih untuk pengajian tersebut bukan sahaja di
United Kingdom tetapi juga di Australia, Kanada dan New Zealand di bawah biasiswa
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pelan Kolombo. Mereka yang pulang untuk menyertai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan adalah kira-kira 2-3 orang setahun.
Ianya semakin membimbangkan bilamana pada tahun 1960an, jumlah mereka amat
berkurangan untuk menampung keperluan perkhidmatan terutama apabila pemindahan
tanggungjawab sepenuhnya untuk penternakan haiwan berlaku pada tahun 1962. Pada tahun
itu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menyerahkan memorandum kepada Ahli
Perancangan Pengajian Tinggi mengenai keperluan pengajian veterinar di Malaya.
Perlunya sebuah sekolah veterinar di Malaya diperbincangkan di Mesyuarat FAO
mengenai Haemorrhagic septicaemia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan
cadangan tersebut kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Kedua Panel Pakar FAO/WHO
mengenai Pengajian Veterinar di Rom pada tahun 1963.
Perkara ini sekali lagi dibincangkan secara umum pada tahun 1968 di Persidangan
Tahunan Pertama Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura. Perdana Menteri waktu
itu, YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam ucapan perasmian persidangan,
berjanji akan mengkaji persoalan penubuhan fakulti veterinar sekiranya cadangan itu
dikemukakan. Justeru itu, satu jawatan kuasa kecil pengajian veterinar telah ditubuhkan oleh
Persatuan untuk menangani perkara ini. Akhirnya satu kertas kerja diserahkan kepada
Persatuan Perancangan Pengajian Tinggi yang mana mencadangkan penubuhan Fakulti
Veterinar di Universiti Malaya. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil.
4
Pada tahun 1967, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menerbitkan laporan yang
bertajuk “Cadangan untuk Perkembangan Industri Ternakan dan Susunan Semula
Perkhidmatan Veterinar”. Pada tahun berikutnya, seorang pengajar veterinar yang ternama,
Sir William Weipers, dari Sekolah Veterinar Universiti Glasgow telah diundang ke Malaysia
oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura
untuk membentangkan kertas kerja mengenai “Veterinary education : A study of the needs
of Malaysia and Singapore” dalam Persidangan Tahunan Pertama Persatuan di Singapura
pada bulan Ogos 1968. Pada bulan November, dalam tahun yang sama, Kajian Veterinaire
telah mengulas dengan panjang lebar mengenai “the Case for a Veterinary Faculty in
Malaysia”.
5
Syarat-Syarat Kemasukan
1. Syarat Am
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik
ii. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/
setaraf
iii. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
ATAU
Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam
mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata
pelajaran lain
iv. Mengambil Malaysian University English Test (MUET
2.Calon STPM dan setaraf
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia Kertas Julai. Dan;
ii. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan :
a) Gred C (NGMP 2.00) matapelajaran Pengajian Am; dan
b) Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) matapelajaran lain; dan
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English
Test (MUET).
3.Calon Matrikulasi
6
i. Lulus SPM/setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
ii. Lulus matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-undang dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan,
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English
Test (MUET).
4. Keperluan khas
i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat
STPM dalam matapelajaran berikut :
a) Biologi dan
b) Salah SATU (1) daripada matapelajaran berikut :
i.Physics
ii.Chemistry
iii.Mathematics T
iv.Further Mathematics T
ii. Calon yang tidak mempunyai kelulusan matapelajaran Matematik T pada peringkat STPM
hendaklah lulus dengan kepujian matapelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM;
dan
a) Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam matapelajaran
berikut:
•Bahasa Inggeris; dan
•Matematik.
5.Kelayakan Lain Sebagai Ganti STPM
7
Pelajar yang mempunyai kelayakan Diploma dengan NGMP 2.00 (Gred C), dalam bidang-
bidang sains dan teknologi boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini.
Syarat Lantikan Pegawai Veterinar
i. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau
Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah
Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan
di Bahagian I Jadual Kedua. [Gaji permulaan ialah pada Gred G41: P1T7 RM2237.16];
dan
ii. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai
Veterinar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
i. Mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Veterinar
1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan Ijazah Am oleh kerajaan; dan
ii. Lulus Peperiksaan Khas anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar,UPM dan
Majlis Veterinar Malaysia; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Gred Gaji
8
Gred : G41
Kod Skim : 1951
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jadual Gaji :
P1T1 RM1694.46 - P1T27 RM4644.46
P2T1 RM1789.08 - P2T27 RM4922.73
P3T1 RM1887.88 - P3T27 RM5224.80
Spesifikasi Tugas
1. Pegawai Veterinar ( Doktor Haiwan ) akan melakukan aktiviti perubatan seperti
mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan,
memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan.
2. Mereka juga Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya,
memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan
kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang
import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan
mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran
Jabatan.
3. Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan
pemilik haiwan peliharaan mengenai cara pemakanan dan penjagaan yang betul kepada
mereka.
4. Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan;
5. Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk
mencegah penyakit;
6. Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau
sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan
makanan manusia;
7. Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan
haiwan;
9
8. Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian;
9. Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
10. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
11. Menyelia pekerja lain.
Bidang tugas Veterinar mengikut penempatan
1. Pusat Ternakan dan Ladang
- Pengurusan ternakan
- Pengurusan sumber tenaga
- Kawalan dan rawatan penyakit
- Sumber data dan maklumat (komputer)
- Permanian beradas
2. Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu
- Pentadbiran dan perancangan
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
- Kawalan dan rawatan penyakit
- Kesihatan gerompok
- Pemasaran produk dan bekalan
- Pengurusan sumber tenaga
3. Pejabat Haiwan Daerah
- Permanian beradas
- Kesihatan Gerompok
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
- Pemeriksaan dan pengawasan penyembelihan ternakan
- Pengurusan padang ragut
- Rawatan binatang kesayangan
- Projek-projek ternakan integrasi
10
4. Rumah sembelih
-Pentadbiran dan perancangan
- Pengurusan sumber tenaga
- Pemeriksaan daging
- Pemeriksaan ante-mortem
5. Unit Kesihatan Awam Veterinar
-Pemeriksaan loji pemprosesan
- Pemeriksaan daging
6. Stesyen Kuarantin
-Pengawasan penyakit berjangkit
- Pemeriksaan ternakan keluar masuk
7. Makmal Diagnosa
-Pengurusan ternakan kajian
- Kesihatan gerompok
- Membuat ujian penyakit
8. Pusat Latihan
-Tenaga pengajar
- Pengurusan ladang/ternakan
- Kesihatan gerompok
- R & D
- Penyeliaan pelatih
9. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri
11
-Pengurusan projek-projek ternakan
- Pengurusan sumber maklumat (komputer)
- Pengurusan padang ragut
- Kesihatan gerompok
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
Setting Kedoktoran Veterinar
1. Ladang ternakan.
2. Industri ternakan dan pengeluaran makanan.
3. Klinik-klinik haiwan.
4. Kementerian Pertanian.
5. Zoo.
6. Makmal-makmal haiwan.
7. Membuka klinik haiwan sendiri.
Persekitaran Kerja Veterinar
1. Kawasan pejabat.
2. Kawasan ladang.
3. Pusat latihan.
4. Kawasan loji.
5. Ladang penternak.
6. Abatoir dan loji swasta.
Kategori Pegawai Veterinar ( Doctor Haiwan ) dalam inventori VPI mengikut RIASEC
12
Alatan ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang bibentuk oleh John
L.Holland mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vakosional dan
jenis personaliti seseorang. Alat ini bibina berasaskan Teori Holland yang mengandaikan bahawa
individu boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis
personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu. Alat ukuran VPI
mengandungi dua sekala iaitu skala primer dan skala sekunder.
Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat pekerjaan yang diukur oleh skala
primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprinsing (E) dan
Conventional (C).Sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala sekunder ialah
kawalan-Diri atau Self–Control (SC) , Maskuliniti-Feminiti (MF) , Status (ST), Infrequency
(INF), dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah tersebut dan enam jenis personaliti ini
merupakan 11 subskala dalam inventori.
Interpretasi kombinasi tiga kod mata Holland mengatakan bahawa Pegawai
Veterinar ataupun Doktor Haiwan termasuk dalam kategori IRA yang mana di dominasi oleh I
iaitu Investigatif yang mempunyai personaliti seperti Suka membuat pemerhatian, mempelajari,
menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan,
mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan
beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Ini selaras dengan bidang Doktor Haiwan yang perlu membuat penyelidikan tentang
penyakit haiwan, ubat yang sesuai untuk rawatan haiwan dan sebagainya. Manakala R pula iaitu
Realistik di katakan mempunyai perwatakan seperti mempunyai kemahiran atletik atau
mekanikal, Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang dan lebih suka
bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. Sesuai dengan kerjaya Doktor Haiwan yang
sudah semestinya perlu menyukai dan menyayangi haiwan. Seterusnya A iaitu Artistik pula
memiliki tingkahlaku seperti mempunyai kebolehan artistik dan inovatif, mempunyai kebolehan
intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur, tidak selesa dengan
kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Sifat-sifat yang bersesuaian dengan Pegawai Veterinar
13
1. Minat pada binatang tanpa perasaan sentimental, geli atau takut.
2. Perwatakan yang menenangkan dan bertanggungjawab.
3. Kemahiran dalam perniagaan dan asas akaun.
4. Kesihatan fizikal, kekuatan dan stamina.
5. Bergantung pada diri sendiri dan bersedia bekerja pada waktu yang kurang menarik.
6. Tidak alah pada binatang atau burung.
7. Kecenderungan dalam bidang sains.
8. Kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang awam.
9. Daya pemerhatian dan pertimbangan yang kuat.
10. Mengambil-tahu tentang perkembangan dalam perubatan kedoktoran haiwan masa kini.
11. Mengambil tahu tentang perkembangan dalam perubatan veterinar masa kini.
Ancaman/bahaya
14
(i) Terdedah kepada bahaya penyakit berjangkit (zoonotik).
(ii) Terdedah kepada kecederaan diri semasa mengendalikan haiwan.
(iii) Penyelewengan semasa kerja.
(iv) Kepentingan diri.
(v) Terdedah pada unsur rasuah.
Prospek Kerjaya Veterinar
Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan
veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang
pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan
perubatan, Universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan
antaraperbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor
Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef. Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai
Pegawai Haiwan, Pegawai Analisa Projek, Pengurus, Pegawai Penyelidik dan yang berkelayakan
boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.
Institusi-institusi pengajian tinggi awam yang menyediakan kursus tersebut antaranya ialah:
1. Universiti Putra Malaysia
2. University Malaysia Kelantan
3. Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli
Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan.
Gambar – gambar yang berkaitan dengan bidang veterinar