Peperiksaan Seluruh kandungan Risalah Ru hakmilik di bawah tanggungjawa untuk tujuan perkongsian m tidak boleh dianggap nasih liabiliti kerugian dan kerosak Risalah Rujukan Peperiksaan Bert BUKAN SOALAN BOCO memberikan gamb www.peg n Bertulis Pegawai Hal Ehwal Isl http://pegawaihalehwalislam.com Disclaimer Disclaimer Disclaimer Disclaimer Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Isla ab Team Tipsptd dari www.pegawaihalehwalislam.co maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandung hat professional dan kami tidak bertanggungjawab a kan hasil dari maklumat dalam Risalah ini. Semua m tulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini adalah untuk OR daripada SPA. Ianya disusun untuk tujuan pendid baran kepada calon bentuk soalan yang mungkin dit Team Tipsptd, April 2011 gawaihalehwalislam.c lam 1 am S41 ini adalah om . Ianya diterbitkan gan Risalah ini atas sebarang maklumat dalam tujuan informasi dan dikan dan tanya. com
28
Embed
Pegawai Hal Ehwal Islam - Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan · A. ayat al-Quran tidak disusun mengikut kronologi ... D. Keruntuhan Tembok Berlin menandakan berakhirnya Perang Dingin
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
Seluruh kandungan Risalah Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41
hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tipsptd
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam
Risalah Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini adalah untuk tujuan informasi dan
BUKAN SOALAN BOCOR
memberikan gambaran kepada calon bentuk
www.pegawaihalehwalislam.com
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com
DisclaimerDisclaimerDisclaimerDisclaimer
Risalah Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41
awah tanggungjawab Team Tipsptd dari www.pegawaihalehwalislam.com
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Risalah ini. Semua maklumat dalam
Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini adalah untuk tujuan informasi dan
BUKAN SOALAN BOCOR daripada SPA. Ianya disusun untuk tujuan pendidikan dan
memberikan gambaran kepada calon bentuk soalan yang mungkin ditanya.
Team Tipsptd, April 2011
www.pegawaihalehwalislam.com
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
1
Risalah Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini adalah
.com. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Risalah ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
ini. Semua maklumat dalam
Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini adalah untuk tujuan informasi dan
daripada SPA. Ianya disusun untuk tujuan pendidikan dan
soalan yang mungkin ditanya.
www.pegawaihalehwalislam.com
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 2
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
Format Edaran Rasmi:
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 3
BAHAGIAN 1:
PSIKOLOGI [SAHSIAH DAN MINAT]
“Penerangan Format dan
Contoh Soalan”
SEKSYEN A dan B:
Sahsiah Diri dan Minat
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 4
SEKSYEN A dan B - SAHSIAH DIRI & MINAT
Penerangan Format
Dalam edaran umum oleh SPA, ianya adalah 2 bahagian yang berlainan di bawah penilaian
'PSIKOLOGI'. Sahsiah Diri dinialai dengan 200 soalan dalam masa 40 minit dan Minat dinilai dengan
227 soalan dalam masa 40 minit juga. Formatnya mungkin berubah tapi begitulah buat masa
sekarang melalui edaran makluman oleh pihak SPA. Dalam contoh ini kami gabungkan kedua-dua
bahagian dalam rangkuman contoh soalan untuk memberikan gambaran umum bagaimana soalan
jenis ini ditanya
CONTOH SOALAN;
1. Saya hanya dengar sahaja semasa ada perbincangan.
A. Ya B. Tidak
2. Saya berusaha menyimpan perasaan marah semasa saya dimarahi.
A. Ya B. Tidak
3. Saya akan sembunyi diri dalam bilik apabila merasa sedih.
A.Ya B. Tidak
4. Cara yang terbaik ialah mengundur diri daripada mencuba jika ada risiko gagal.
A. Ya B. Tidak
5. Kita harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk melaksanakan tugas dengan
cekap dan sempurna.
A. Ya B. Tidak
6. Untuk menghilangkan bosan bekerja, saya menghiburkan diri.
A. Ya B. Tidak
7. Sebarang kerja yang orang lain tidak mampu laksanakan, saya berusaha lakukannya.
A. Ya B. Tidak
8. Jika dikongkong dengan rutin tetap, saya tidak suka bekerja.
A. Ya B. Tidak
9. Jika tiada orang yang rela membantu, kerja tidak dapat diselesaikan.
A. Ya B. Tidak
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 5
10. Saya bekerja secara kerjasama dengan orang lain untuk mengelak tanggungjawab.
A. Ya B. Tidak
11. Jika tiada sesuatu sistem yang teratur, kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
A. Ya B. Tidak
12. Apabila dikritik saya mudah mengawal emosi marah.
A. Ya B. Tidak
13. Saya berusaha menangani tekanan itu jika emosi ditekan.
A.Ya B. Tidak
14. Walaupun mungkin ada risiko gagal, saya berani mencuba.
A. Ya B. Tidak
15. Saya tidak akan merasa seronok jika tiada kerja.
A.Ya B. Tidak
16. Jika tiada risiko saya hanya mencuba.
A. Ya B. Tidak
17. Mesti ada semangat dan motivasi belajar jika hendak belajar dengan berkesan.
A. Ya B. Tidak
18. Saya menumpukan aktiviti yang digemari untuk melupakan kekecewaan.
A. Ya B. Tidak
19. Pengalaman pahit yang sering mengganggu saya sukar dikikis.
A. Ya B. Tidak
20. Saya akan menghebahkan prestasi saya apabila ada peluang untuk mendapat pandangan
tinggi orang lain.
A. Ya B. Tidak
NOTA: Walaupun soalan ini nampak mudah, tetapi ada perangkapnya (sebab itu tiada jawapan
diberikan) dan ramai calon GAGAL disebabkan Bahagian Sahsiah dan Minat. Kami simpulkan
dalam bahagian penutup di akhir ebook ini nanti
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 6
BAHAGIAN 2: KECENDERUNGAN
“Penerangan Format dan
Contoh Soalan”
SEKSYEN A:
Pengetahuan Am
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 7
SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM
Penerangan Format
Seksyen ini bakal menguji pengetahuan calon dalam pelbagai bidang yang luas dan tidak hanya
tertumpu kepada pengetahuan agama Islam sahaja, tetapi lebih jauh mencakupi politik, sosial, sains,
teknologi, sastera, kesenian, sukan, ekonomi dan lain-lain perkembangan. Boleh dikatakan amat
menyeluruh dan ianya bergantung kepada berapa pekanya calon kepada maklumat dedahan umum
melalui pembacaan dan pemerhatian. Format soalan adalah seperti berikut;
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
CONTOH SOALAN;
1. Pilih pernyataan yang benar mengenai ayat-ayat di dalam al-Quran
A. ayat al-Quran tidak disusun mengikut kronologi
B. ayat pertama sesuatu surah dijadikan nama bagi setiap surah
C. ayat di dalam sesuatu surah diturunkan pada tempat yang sama
D. ayat di dalam sesuatu surah diturunkan pada masa yang sama
2. Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib pada April 2009 dan ianya melibatkan
8 nilai utama termasuk nilai di bawah kecuali;
A. Ketabahan
B. Kesetiaan
C. Meritokrasi
D. Pemberian
E. Integriti
3. Malaysia menjadi tuan rumah pada temasya Sukan Komanwel 1998 dan mendapat tempat
keempat dengan pungutan keseluruhan 38 pingat. Berapakah jumlah pingat emas yang
dimenangi oleh Malaysia pada tahun tersebut?
A. 10
B. 11
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 8
C. 15
D. 7
E. 9
4. Bukan semua Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi Perdana Menteri tetapi semua
Perdana Menteri kecuali Tunku abdul rahman pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Siapakah atara berikut tidak pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
A. Tun Dr Ismail Abdul Rahman
B. Tan Sri Mohamad Ghazali Shafie
C. Tun Ghafar Baba
D. Tun Musa Hitam
E. Dato' Seri Anwar Ibrahim
5. Sunnah Qauliyyah ialah
A. segala perbuatan Nabi Muhammad s.a.w yang diberitakan oleh para sahabatnya
B. segala perkataan atau ucapan Nabi Muhammad s.a.w yang ada hubungannya dengan
pembinaan hukum Islam
C. persetujuan atau ketetapan Baginda s.a.w dalam bentuk lisan atau diam terhadap
sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh para sahabat di hadapannya
D. hadis yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w
6. Semua berikut adalah benar tentang prinsip umum ekonomi Islam, kecuali
A. takaful sebagai satu insuran nyawa atau pendidikan
B. tiada unsur ghash atau tipu
C. keseimbangan dalam semua sektor demi kesejahteraan rakyat
D. kemahiran pekerja dan teknologi yang produktif
7. Pernyataan berikut adalah benar berkenaan kriteria pengurusan sumber ekonomi Islam
kecuali
A. Tidak melakukan pembaziran di samping mengoptimumkan produk
B. Tidak menjejaskan ekosistem atau alam sekitar
C. Mengeksploitasi sepenuhnya sumber ekonomi
D. Menggunakan teknologi yang sesuai dan menjimatkan
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 9
8. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang moral dan akhlak?
i. Definisi moral mencakupi semua aspek termasuk kerohanian
ii. Sumber moral bersifat pandangan manusiawi atau dibuat manusia
iii. Sumber akhlak berasal daripada perundangan Islam di samping pandangan ilmuwan
Islam
iv. Definisi akhlak terbatas kepada perilaku luaran semata-mata
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv
9. Apakah kesan modenisasi yang tidak terkawal terhadap pembentukan moral dan akhlak?
A. Penyebaran agama Islam dengan mudah melalui ICT
B. Keruntuhan moral disebabkan penyebaran laman sesawang lucah
C. Penagihan dadah disebabkan kegiatan sindiket haram
D. Kegiatan pelacuran bertambah disebabkan manusia sudah tidak bermoral
10. Apakah yang dimaksudkan pembangunan madani dan insan?
A. Pembangunan medan dan manusia
B. Pembangunan fizikal dan fikiran
C. Pembangunan pendidikan dan manusia
D. Pembangunan fizikal dan insan
11. Pembangunan insan sebagai pembangunan manusia sebagai eset memerlukan
A. Penglibatan keseluruhan anggota masyarakat
B. Pembangunan minda sahaja
C. Pembangunan minda dan intelek sahaja
D. Pembangunan material tanpa pembangunan agama
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 10
12. Antara berikut, yang manakah merupakan kegiatan sains yang pro Islam?
A. Menjalankan teknologi pengklonan tanpa terkawal
B. Mengutamakan keuntungan secara mutlak
C. Memakmurkan kehidupan manusia dengan kemajuan sains
D. Meningkatkan taraf hidup manusia sahaja
13. Hubungan sunnah Allah dengan sains adalah seperti berikut:
A. Penemuan sains mengiakan sunnah Allah s.w.t
B. Sunnah Allah s.w.t dan sains tidak selari
C. Sunnah Allah s.w.t dan sains hanya kebetulan sahaja
D. Sunnah Allah s.w.t dan sains hanya kebetulan dalam bahagian tertentu
14. Antara fakta berikut, yang manakah tidak benar tentang tembok Berlin?
A. Tembok Berlin memisahkan sempadan di antara Jerman Barat dan Jerman Timur
B. Tembok Berlin menjadi simbol sempadan antara Eropah kapitalis dengan Eropah sosialis
C. Tembok Berlin terletak di sempadan Jerman dengan Perancis
D. Keruntuhan Tembok Berlin menandakan berakhirnya Perang Dingin Barat-Rusia
15. Objektif penubuhan Tabung Wang Antarabangsa (IMF) pada 1946 tahun ialah
A. Membekalkan pinjaman kewangan untuk negara-negara Barat
B. Mengadakan forum perdagangan antarabangsa
C. Mempromosi kerjasama antarabangsa dari sudut kewangan
D. Menyediakan tabung untuk perniagaan yang bermasalah
16. Mengapakah sebahagian umat Islam menolak kewujudan hadis?
A. Kerana salah faham tentang hakikat catatan dan pembukuan hadis
B. Kerana hadis tidak bertarikh atau berharibulan
C. Kerana hadis ditulis dalam bahasa Arab
D. Kerana hadis sukar difahami disebabkan bahasa kunonya
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 11
17. Sebelum masuk ke gagasan Malaysia, Sabah menggunakan nama 'Borneo Utara' sejak tahun
1881. Tahun berapakah nama 'Sabah' digunakan menggantikan nama 'Borneo Utara'?
A. 1957
B. 1939
C. 1900
D. 1963
E. 1960
18. Antara pernyataan berikut, yang manakah paling tepat tentang faktor yang menyebabkan
Barat memusuhi Islam?
A. Tiada lagi musuh Barat selepas kejatuhan bekas republik Rusia komunis
B. Islam menyaingi Barat dari sudut tersebarnya pengaruhnya hingga ke Eropah
C. Barat bimbang terhadap kemajuan umat Islam
D. Barat berasa sangsi terhadap keupayaan Iran menghasilkan senjata nuklear
19. Berikut benar mengenai skop perpaduan ummah, skop usul dan furu’ kecuali
A. Ibadat sembahyang, manakala kefarduan untuk membaca berbeza di kalangan mazhab
B. Skop usul tidak wajar ditolak ansurkan dan furu’ boleh dipertimbangkan
C. Skop usul boleh ditolak ansurkan tetapi persoalan furu’ tidak boleh
D. Kedua-dua skop usul dan furu’ boleh ditolak ansurkan
20. Mengapakah Islam dianggap sebagai agama perpaduan?
A. Kerana penganutnya memang suka bersatu
B. Kerana semua perintah dan larangan Islam menekankan aspek perpaduan ummah
C. Kerana umat Islam semakin diancam di pentas global
D. Kerana tuntutan perubahan masa
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 12
21. Propaganda tentang pertembungan peradaban mempunyai kepentingan berikut:
A. Menghapuskan keganasan dunia
B. Menjaga kedudukan Barat dalam menguasai ekonomi dan politik dunia
C. Memberi amaran tentang ancaman peperangan terhadap keamanan dunia
D. Menstabilkan politik dan keamanan dunia
22. Dialog peradaban perlu diasaskan pada asas agama bukan kepada nilai sosial yang berubah
dan seumpamanya kerana
A. Agama pada asasnya menyokong tentang keadilan dan kesamarataan
B. Agama terbesar dunia ini hanya tertumpu pada agama Samawi (Yahudi, Kristian dan
Islam)
C. Agama Samawi dan falsafah manusia (konfucious, Hindu dan Buddha) mempunyai
bilangan penganut yang ramai
D. Agama tidak sama dengan cult atau ajaran sesat
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 13
“Penerangan Format
dan Contoh Soalan”
SEKSYEN B:
Daya Menyelesaikan Masalah
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 14
SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Penerangan Format
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item
berkonsepkan perkara-perkara yang mencakupi; ‘Kemahiran Logik’ dimana dalam seksyen ini calon
dikehendaki menggunakan kecerdasan minda dan sanubari dalam menilai kempetensi logik untuk
memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah; ‘Kemahiran Menginterpretasi
Data’ yang diberi dalam bentuk pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data
tersebut untuk menyelesaikannya; ‘Konsep Matematik’ yang menguji kemahiran matematik calon
yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas
matematik, pemahaman konsep elementari matematik dan kebolehan untuk berfikir secara
kuantitatif. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan tingkatan 5 (Sijil
Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon
kerana telah melalui tingkatan 5.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka soalan)
CONTOH SOALAN;
1. "Ramai pelajar perempuan suka Mawi. Ramai pelajar universiti adalah perempuan". Apakah
kesimpulan yang paling tepat merujuk kepada kenyataan di atas?
A - Ramai pelajar perempuan belajar di university
B - Ramai pelajar universiti sukakan Mawi
C - Setiap pelajar perempuan sukakan Mawi
D - Setiap pelajar universiti adalah perempuan
2. "Kali ini Mizi betul-betul berjanji mahu mencintai Husna sepenuh hati". Berdasarkan janji
tersebut, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
I. Mizi tak pernah mencintai Husna sebelum itu
II. Satu ketika dahulu, Mizi juga pernah berjanji untuk mencintai Husna sepenuh hati
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 15
III. Mizi pernah mencintai Husna sebelum ini tapi tidak sepenuh hati
IV. Janji Mizi kali ini mungkin sekadar mengambil hati dan dusta sahaja
A - II, III sahaja
B - I, II, III sahaja
C - II, III, IV sahaja
D - I, II, III, IV
3. Jumlah calon peperiksaan kemasukan kerajaan berbeza setiap bulan dan secara kasarnya
adalah seperti berikut;
Calon April: 5/12
Calon Mei: 2/9
Calon Oktober: 1/9
Calon November: 1/4
Jika jumlah calon pada bulan Mei adalah 360 orang, berapakah bilangan calon untuk bulan
November?
A - lebih dari 180 kurang dari 300 orang
B - lebih dari 500 kurang dari 1000 orang
C - lebih dari 360 kurang dari 800 orang
D - lebih dari 800 kurang dari 960 orang
4. Soalan edaran umum oleh SPA
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 16
5. Soalan edaran umum oleh SPA
6. Sebuah kereta bergerak 80km/jam. Berapakah masa yang digunakan untuk bergerak sejauh
400 kilometer?
A - 360 minit
B - 240 minit
C - 300 minit
D - 200 minit
7. Hanya 40% calon lulus peperiksaan bertulis Julai lepas dan 60 orang berada dalam senarai
simpanan 5%. Berapakah jumlah keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan bertulis
Julai tersebut?
A - 1200 orang
B - 1000 orang
C - 800 orang
D - 600 orang
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 17
8. Berapakah harga bagi 35 buah buku rujukan jika harga bagi 5 buah buku rujukan ialah
RM40?
A - RM 370
B - RM 200
C - RM 280
D - RM 250
9. Berapakah perimeter pentagon di bawah jika setiap sisinya adalah 5cm?
A - 20cm
B - 25cm
C - 30cm
D - 15cm
10. Azmir mendapat 70 markah dalam peperiksaan Matematik manakala Jamil pula hanya
mendapat 40 markah. Markah Jamil lebih rendah daripada Zul manakala markah Noraini
pula lebih tinggi daripada markah Zul tetapi markahnya lebih rendah dari markah Azmir.
Markah siapakah paling tinggi?
A - Azmir
B - Jamil
C - Zul
D - Noraini
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 18
“Penerangan Format dan
Contoh Soalan”
SEKSYEN C:
Kefahaman Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Dan Bahasa Arab
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 19
SEKSYEN C - KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU
DAN BAHASA ARAB
Penerangan Format
Ianya adalah seksyen ketiga dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mudah atau
seperti bahagian bonus dalam keseluruhan kertas peperiksaan. Anda diberikan masa 45 minit untuk
membaca petikan dan menjawab soalan. Markah yang diperuntukkan adalah 30 markah dan ianya
tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga
tahun 2009.
Sekali lagi formatnya;
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka soalan)
Dalam bahagian ini anda akan diberikan petikan esei, dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab. Setiap esei pula kebiasaannya mengandungi antara 300 – 400 patah perkataan dan
secara umumnya dikemukakan 5 soalan untuk setiap satu esei. Semua soalan adalah berpandukan
esei yang diberikan dan jangan sesekali menggunakan logik akal anda dalam bahagian ini. Untuk
memudahkan anda, kami cerakinkan apa yang perlu anda ‘grab’ semasa membaca esei tersebut;
o Objektif esei tersebut
o Penerangan atau buah fikiran penulis yang berkait terus dengan tajuk esei tersebut
o Kandungan esei tersebut secara kolektif sama ada merujuk kepada sesuatu isu dan
dinyatakan dengan sinis
o Pendirian penulis dalam mengolah tajuk tersebut
o Isi penting yang dinyatakan secara khusus melalui perenggan
Peperiksaan Bertulis Pegawai Hal Ehwal Islam
http://pegawaihalehwalislam.com 20
CONTOH SOALAN;
Passage 1: Health: Beware that joint pain Original article by: Kasmiah Mustapha
IF you are suffering from joint pain and swelling, seek medical attention as you could be suffering
from rheumatoid arthritis (RA). Rheumatologist Dr. Amir Azlan Zain says early diagnosis and
treatment can prevent loss of function and joint damage as well as other problems.
“Many sufferers often ignore the pain as they think that it will go away. It is essential to differentiate
between normal joint pain and joint pain with swelling. If your joints are painful and have been
swollen for some time, especially if there is no history of trauma, you need to immediately seek
medical attention.
“Early diagnosis and treatment can minimise damage to the joints. It can also slow down or even
stop the disease from progressing.” Dr. Amir says, new tests for RA allows doctors to diagnose the
disease quickly and treat it early. “If left untreated, RA can cause problems to the lungs, skin and
eyes. People with RA have a shorter life span because of higher incidence of heart attacks and
strokes.” RA is a chronic inflammatory disease that affects the hands and feet, although other joints
may be affected. Sufferers will experience inflammation of the lining, or synovium, of the joints. It
can lead to long-term joint damage, resulting in chronic pain, loss of function and disability. Late
treatment could lead to permanent damage, including tendon, ligament, cartilage, bone destruction
and deformity.
It’s estimated that RA affects about five in 1,000 people in Malaysia. It is most common between the
ages of 30 and 50. Women are more commonly affected than men. Most people experience flare-
ups with months or even years between each flare-up when there is little inflammation. This does
not mean that there are no problems between the flare-ups, as some damage is caused each time
the joint is inflamed. These people will have some pain in their joints and may have to modify their
lifestyles, but are able to lead fairly normal lives.
About one in 20 will have RA that becomes progressively worse, despite treatment. They will also
have pain in other parts of the body apart from their joints.
The cause of RA is still unknown although it has been identified as an autoimmune disease as those
with the illness have an abnormal immune system. In a healthy immune system, white blood cells
produce antibodies that protect the body against foreign substances. People who have RA have an
immune system that mistakes the body’s healthy tissue for a foreign invader and attacks it.