Page 1
PENDIDIKAN INTEGRATIF DALAM ISLAM: KESEPADUAN IMAN,
ILMU DAN AMAL
(Integrative Education In Islam: Unity Faith, Knowledge And Charity)
Oleh:
Zuraidah binti Othman*
Dr Hajah Aizan binti Ali @ Mat Zin**
Abstrak
Menurut perspektif Islam, Ilmu Mengurus Diri mahupun Ilmu Mengurus
Sistem adalah penting untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan
di akhirat. Ilmu Mengurus Diri mempunyai taraf fardu ain dan wajib
dipelajari oleh semua orang Islam, kerana ia mengandungi ajaran-
ajaran mengenai akidah, syariah dan akhlak yang tidak dapat dicapai
melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah Allah. Namun,
untuk kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat, Ilmu
Mengurus Diri atau ilmu agama sahaja tidak mencukupi meskipun ia
merupakan ilmu yang paling tinggi dalam pandangan Islam. Manusia
memerlukan pengetahuan yang terperinci tentang alam fizikal, alam
kemanusiaan dan alam kemasyarakatan untuk menggunakan segala
potensi yang wujud, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang
akan membangun dirinya, alam sekitar dan masyarakat sesuai dengan
tuntutan akidah tauhid dan syariah Allah. Justeru itu, ilmu
pengetahuan yang dikategorikan sebagai Ilmu Mengurus Sistem perlu
dipelajari dan dikembangkan sebagai pelengkap kepada ilmu agama.
Ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda kewujudan,
kebesaran dan keagungan Allah di alam ini dapat memberikan roh
kepada ilmu dan membawa kepada peningkatan iman dan amal salih,
iaitu hubungan kerohanian dengan Allah dan rasul-Nya yang
melahirkan sifat ketakwaan dalam peribadi seseorang ilmuwan.
Kata Kunci: Integrasi, Ilmu Mengurus Diri, Ilmu Mengurus Sistem,
Pendidikan.
Abstract
Integration between theology (revelation) with the knowledge to make
sense of knowledge is comprehensive as core by combining an
appreciation of knowledge, faith and charity. It is considered the
continuing effort to integrate the mastery of knowledge, skills and
language as well as instilling good values as a whole based on the
concept of lifelong education. Integrative approach to education
emphasizes the development of individuals in a holistic and integrated
approach towards creating good human beings based on trust,
* Pelajar Ijazah Tinggi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya Kuala Lumpur. ** Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kuala Lumpur.
Page 2
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
confidence and devotion to God. Integrative education in Islam aims to
unite body and soul, world and hereafter derived from al-Quran and al-
Sunnah, guided by the spirit of faith, as well as compatibility between
faith, science and charity. Features integrative education in Islam is
derived from education al-Quran and al-Sunnah, Tawhid based
education, the integration of faith, learning and charity, and the
integration of the concept of religious knowledge and the knowledge of
the world. Islamic education based on faith, morals and sharia in
integrated operations can highlight the positive impact of the perfect
Muslim generation in all aspects, whether spiritual or physical.
Messenger missionary for 23 years in Mecca and Medina is based on
three basic integrated manner, based on knowledge and methodology
truly the Cherisher of him, has managed to produce a knowledgeable
Muslim community, faith and fear.
Keywords: Education, integrative, unity, knowledge, faith, charity
Pengenalan
Penggunaan istilah bersepadu bukanlah satu perkara asing dalam dunia pendidikan.
Pelbagai istilah telah digunakan untuk menggambarkan maksud yang bersamaan
dengan istilah bersepadu termasuklah istilah integratif. Shaharir Mohammad Zain
misalnya, menggunakan istilah „Pendidikan Terkamir‟, Mohammad Natsir pula
menggunakan istilah „Pendidikan Integral‟ dan Sidek Baba menggunakan istilah
„Pendidikan Integratif‟.
Integratif atau integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau
beberapa unsur, bahagian dan lain-lain – menjadi kesatuan, penyatuan – berpadu –
disatupadukan.1
Istilah bersepadu bermaksud bersatu, bercantum, bergabung, bertaut, bersebati,
bekerjasama, bermuafakat, seia sekata dan bersama-sama, yang dikonsepsikan dan
direalisasikan dengan berasaskan kepercayaan kepada Tuhan (kesepaduan
berpusatkan Pencipta dan bukan kesepaduan berpusatkan manusia). Lawan bersepadu
ialah berpecah, bercerai, bertaburan, bersendirian, berasingan, dualis, atau terpisah.2
Pendidikan integratif ialah medan pendidikan yang meliputi pendidikan akal,
pendidikan akhlak dan pendidikan bermasyarakat. Pendidikan akal bukan sekadar
untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia semata-mata, bahkan ia berperanan
menjadi alat yang dapat membawa manusia kepada keimanan yang hakiki.
Pendidikan akhlak pula merupakan intipati dan identiti kepada kehidupan manusia.
Manakala, pendidikan bermasyarakat pula bertujuan untuk menjaga kualiti dan
1 Kamus Dewan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 582.
2 Nik Azis Nik Pa, Program Pendidikan Pintar Cerdas (Kajang : Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam,
1990), 10 ; Nik Azis Nik Pa, Kesepaduan Dalam Pendidikan Matematik (Kuala Lumpur : Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999), 7.
Page 3
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
23
kelangsungan hidup umat manusia.3 Ia bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dan
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.4
Pendidikan integratif juga bermaksud pendidikan yang memadukan Ilmu Fardu Ain,
iaitu ilmu yang wajib ke atas setiap Muslim mempelajarinya secara individu seperti
ilmu fiqh dan ilmu usul (dasar-dasar agama), dengan Ilmu Fardu Kifayah, iaitu ilmu
yang diwajibkan ke atas umat Islam secara kelompok seperti ilmu perubatan,
astronomi dan sebagainya.5
Pengintegrasian di antara ilmu agama (wahyu) dengan ilmu akal menjadikan ilmu
bersifat menyeluruh sebagai teras dengan menggabungkan penghayatan ilmu, iman
dan amal.6 Ia dianggap usaha berterusan yang mengintegrasikan proses penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilai-nilai murni secara
menyeluruh berlandaskan konsep pendidikan seumur hidup.7
Pendekatan integratif dalam pendidikan menekankan perkembangan individu
secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan
kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai contoh, integrasi
dalam kurikulum boleh memberi maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam
satu-satu pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang
ilmu dalam sesuatu subjek yang diajar.8 Akhirnya, ia membawa kepada penyatuan
jiwa dan raga, dunia dan akhirat yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah,
dilandasi oleh semangat tauhid, serta keserasian antara iman, ilmu dan amal.9
Dalam konteks penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia, satu Forum
Pendidikan Sepadu yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia telah diadakan pada tahun 1984. Para tokoh pendidik Muslim tempatan
telah memberikan beberapa definisi pendidikan sepadu,10
di antaranya:
i) Shaharir Mohammad Zain:
Pendidikan Sepadu ialah pendidikan yang menekankan kepada kesatuan
ilmu pengetahuan, bukan pendidikan yang menekankan kepada
pemangsaan (pemetakan) ilmu atau bukan pendidikan yang bersifat
3 Salik Ahmad Ma‟lum, al-Fikr al-Tarbawy ‘inda al-Khatib al-Baghdadi (al-Madinah al-
Munawwarah, 1412H), 146. 4 „Abd al-Amir Syams al-Din, al-Fikr al-Tarbawi ‘inda al-Imam al-Ghazali (T.tp : Dar „Iqra‟, 1985),
25 ; Fathiyah Hasan Sulaiman, Sistem Pendidikan Versi al-Ghazali, terj. Fathur Rahman May &
Syamsuddin Asyrafi (Bandung : al-Maarif, 1993), 24. 5 al-Zarnuji. Burhan al-Islam, Kitab Ta‟lim al-Muta‟allim Tariq al-Ta‟allum. Muhammad „Abd al-
Qadir Ahmad (ed.) (Beirut : Matba‟ah al-Sa‟adah,1986), 10. 6 Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan, Pendidikan dan Pembangunan Manusia : Pendekatan
Bersepadu, 32. 7 Pukal Latihan KBSM: Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, Bab 4.
8 Mastura Badzis, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dalam artikelnya yang bertajuk
“Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif “,
laman sesawang www.minda madani.my, dicapai pada 15 Jun 2012. 9 Gamal Abdul Nasir Zakaria, Mohammad Natsir Pendidik Ummah (Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2003), 64. 10
Hasil dari bengkel dan forum inilah terlaksananya Kurikulum Bersepadu dalam sistem pendidikan di
Malaysia.
Page 4
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
khusus, berikhtisas atau kevokasian.11
Dalam memberikan takrif ini,
Shaharir telah menggunakan istilah „Pendidikan Terkamir‟ yang
menggunakan pendekatan usaha-usaha „Pengislaman Ilmu‟, „Sains Islam‟,
„Sains Keislaman‟ dan sebagainya, yang telah diusahakan oleh Ismail Raji
al-Faruqi.
ii) Abdul Halim Muhammad:
Pendidikan Sepadu merupakan seluruh proses pendidikan dan
perkembangan ilmu yang tidak terpisah dari tauhid. Sama ada rohani,
jasmani dan akli. Coraknya adalah bersepadu. Lantaran itu, segala ilmu
bersifat qudus dan sekaligus penglibatannya merupakan ibadah bagi
manusia.12
iii) Mohd Kamal Hassan:
Pendidikan Sepadu adalah pendidikan yang berdasarkan falsafah
kesepaduan di antara iman dan ilmu, jasad dan roh, dunia dan din, fikiran
dan hati, akal dan wahyu. Menerusi falsafah kesepaduan ini maka
dapatlah dididik manusia supaya tunduk kepada tuntutan akidah Islam,
syariah Islam dan akhlak Islam.13
Beliau melihat pendidikan dari
perspektif Islam yang total.
iv) Muhammad Syukri Salleh:
Pendidikan Sepadu bermaksud penyatuan ilmu dalam kehidupan,
keserasian di antara pembangunan ummah dengan pengajaran,
perhubungan di antara manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan
komponen-komponen di dalam dirinya, ke arah wujudnya keseimbangan
akal, rohani dan jasmani. Kemuncak pendidikan ialah untuk memperoleh
kesuburan hati atau lebih tepat disebut sebagai pendidikan hati.14
Hasil daripada Forum Pendidikan Sepadu tersebut, telah dirumuskan bahawa
pendidikan sepadu yang lebih menyeluruh ialah pendidikan yang bersumberkan al-
Quran dan hadis, di samping adanya integrasi disiplin ilmu akal ke arah membina
masyarakat ummah yang berteraskan akidah.15
11
Takrif yang dikemukakan oleh Shaharir Mohammad Zain dalam Forum Pendidikan Sepadu pada
30 Oktober 1984 Anjuran UKM. Pada tahun 1981, al-Faruqi telah menubuhkan dan memimpin The
International Institute of Islamic Thought (IIIT) sebagai satu platform untuk mewujudkan dan
menggerakkan sistem pendidikan berasaskan „pengislaman ilmu‟. Bagi merealisasikan pemikiran ini,
al-Faruqi telah menghasilkan sebuah buku panduan bekerja yang bertajuk Islamization of Knowledge:
General Principles and Workplan. 12
Takrif yang dikemukakan oleh Abdul Halim Muhamad dalam Forum Pendidikan Sepadu pada 30
Oktober 1984 Anjuran UKM. 13
Tajul Ariffin Noordin, Konsep Asas Pendidikan Sepadu, 11. 14
Pengertian yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh dalam kertas kerjanya yang bertajuk
„Beberapa aspek Kesepaduan Dalam Islam: Kes Ilmu Pembangunan Berteraskan Islam‟ yang
dibentangkan dalam Forum Pendidikan Sepadu pada 30 Oktober 1984 Anjuran UKM. Beliau telah
menerangkan maksud kesepaduan iaitu „Pembangunan dan kesepaduan antara Ilmu Fardu Ain dengan
Ilmu Fardu Kifayah, antara ilmu daruri dengan ilmu nazari, antara dalil aqli dengan dalil naqli, antara
akal dengan hati, antara ilmu dengan amal, antara hal-hal saintifik, natural dengan metafizik dan
supernatural‟. 15
Takrif yang dirumuskan hasil daripada Forum Pendidikan Sepadu pada 30 Oktober 1984 Anjuran
UKM. Lihat Tajul Ariffin Noordin, Konsep Asas Pendidikan Sepadu, 12,
Page 5
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
25
Daripada beberapa definisi yang dikemukakan oleh para tokoh pendidik di atas, maka
dapat disimpulkan bahawa pendidikan sepadu memiliki ciri-ciri khas seperti berikut:
i) pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
ii) pendidikan yang berteraskan tauhid.
iii) adanya integrasi antara iman, ilmu dan amal.
iv) tidak ada pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia.
Ilmu Fardu Ain mendapat tempat yang utama dalam hirarki ilmu Islam. Dari segi
kedudukannya dalam agama, kedua-duanya adalah ibadat fardu yang mempunyai satu
matlamat, iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t. Cuma Ilmu Fardu Ain termasuk
dalam ibadat khusus yang memberi penekanan kepada aspek kerohanian, sedangkan
Ilmu Fardu Kifayah sebahagian besarnya tergolong dalam ibadat umum yang
mementingkan kepentingan umum. Dari segi pelaksanaannya, kedua-duanya saling
melengkapi antara satu sama lain.16
Fardu ain tidak sempurna tanpa fardu kifayah.
Misalnya solat memerlukan kain untuk menutup aurat. Mengusahakan kain adalah
fardu kifayah. Sebaliknya pula fardu kifayah tidak memberi erti tanpa pelaksanaan
fardu ain.
Banyak ilmu yang pada asalnya telah dikembangkan oleh para sarjana Islam sebagai
menyahut seruan al-Quran untuk meneroka semua bidang ilmu pengetahuan yang
bermanfaat, telah diresapi oleh unsur-unsur yang bercanggah dengan nilai-nilai tauhid
seperti sekularisme, atheisme, materialisme dan sebagainya. Hal ini menuntut suatu
usaha pembersihan dari unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam supaya ia
dapat dipergunakan untuk mencapai cita-cita Islam. Islam mempunyai pedoman yang
jelas dalam hal ini. Sebarang andaian atau teori yang bercanggah dengan kebenaran
wahyu dengan sendirinya akan tertolak. Sebaliknya sebarang teori yang tidak
bercanggah dengan wahyu dan memberi manfaat kepada umat Islam, maka ianya
dapat diterima, 17
berasaskan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Maksudnya: Hikmah itu barang kehilangan orang Mukmin, maka di mana
sahaja ia ditemui, dialah yang lebih berhak memilikinya.
Ilmu-ilmu tersebut boleh diibaratkan seperti barang permata yang jatuh ke tempat
najis. Adalah satu kebodohan jika tidak diambilnya dengan alasan ia dicemari oleh
kekotoran. Begitu juga, adalah satu kebodohan jika diambil dan memakainya
16
Al-Ghazali telah menjelaskan secara terperinci dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum al-Din, j. 1, bab 2 dan 3 ;
Lihat juga huraian menarik berkaitan Kesepaduan Ilmu dalam Wan Mohd Nor Wan Daud, Konsep
Ilmu Dalam Islam, terj. Rosnani Hashim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1994), 111; Hal
ini juga banyak dibicarakan oleh Hassan Langgulung, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma
(Selangor: Penerbit HIZBI, 1995); Nik Azis Nik Pa, Penghayatan Matematik: Perkembangan
Profesional KBSR & KBSM (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995); Syed Ali Ashraf,
Integration, Planning and Implementation Principles : Policies and Strategies, dalam An Integrated
Education System in a Multi-faith and Multi-cultural Country, editor Ghazali Basri (Kuala Lumpur:
Muslim Youth Movement of Malaysia – ABIM, 1991), 11-29. 17
Lihat Hassan Langgulung, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma, 35; Muhammad Syukri
Salleh, Pembangunan Berteraskan Islam (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., 2002).
Page 6
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
bersekali dengan najis. Sikap yang betul ialah mengambil dan membersihkannya dari
kekotoran dan memanfaatkannya.18
Hal ini juga dijelaskan secara tuntas oleh Ahmad Mohamad Said dengan menyatakan
bahawa tujuan integrasi ilmu dari segi „output‟ ialah untuk melahirkan insan salih
iaitu berjaya melaksanakan status dirinya sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Dari
segi „input‟nya adalah kandungan pendidikan yang terdiri daripada ilmu yang sepadu
iaitu kesepaduan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Dari sudut pedagogi pula, ia
merangkumi nilai (akhlak) dan kemahiran. Manakala dari sudut proses, penekanannya
adalah amalan dan penghayatan, di samping membina keyakinan diri serta
mengukuhkan iman. 19
Menurut Tajul Ariffin dan Nor ‟Aini Dan, kesepaduan terbahagi kepada dua bahagian
iaitu kesepaduan intra dan kesepaduan inter. Kesepaduan intra bermaksud
kesepaduan antara pelbagai komponen di dalam isi kandungan pendidikan Islam
yang dapat membina kekuatan dalaman. Kesepaduan intra tersebut akan melahirkan
kefahaman tasawur Islam yang jelas, diikuti dengan amalan yang benar dan
menghasilkan peribadi yang seimbang dan harmoni. Manakala kesepaduan inter pula
bermaksud roh pendidikan Islam hendaklah dihayati secara sepadu ke dalam
kurikulum mata pelajaran lain. Ia bermaksud keupayaan seseorang individu untuk
meletakkan semua maklumat yang diperoleh dan ilmu yang dipelajari dalam kerangka
epistemologi ilmu yang berpaksikan prinsip tauhid. Untuk melaksanakan
kesepaduan inter, kesepaduan intra perlu dilakukan terlebih dahulu.20
Konsep pendidikan bersepadu merupakan keistimewaan Islam. Ia berlawanan dengan
aliran pemikiran Barat yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang disebut
sebagai teologi dan sains atau religious knowledge di Barat. Dalam Islam, sebagai
contoh, bidang teologi dan sains tidak bercanggah antara satu sama lain dan saling
melengkapi. Kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu iaitu tauhid.21
Dalam
sistem pendidikan, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti ilmu
akidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep
bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu.
Dasar pendidikan yang memberi penekanan kepada aspek pembinaan manusia yang
seimbang dan sepadu dari segi akal, rohani dan jasmani merupakan satu keperluan.
Sistem pendidikan yang bersifat dualistik akan menimbulkan kesukaran untuk
melahirkan manusia yang seimbang dari segi mental, jasmani dan rohaninya.
Dualisme yang dimaksudkan ialah kurikulum yang memisahkan di antara pengajaran
agama (kerohanian) dengan disiplin-disiplin akal yang lain. Penekanan kepada
disiplin akal secara keterlaluan mengakibatkan berlaku pengabaian kepada aspek
keagamaan (kerohanian). Hasilnya lahirlah dua kempulan generasi muda yang
berbeza. Pertama, kumpulan pelajar yang terlalu mementingkan daya intelek tanpa
18
Wan Zahidi Wan Teh, Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam (Kuala Lumpur : Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1986), 15. 19
Ahmad Mohamad Said, Pendidikan Sepadu : Pelaksanaan, Penghayatan dan Persoalan (Kuala
Lumpur : Maktab Perguruan Islam, 1988). 20
Tajul Ariffin Noordin & Nor‟Aini Dan, Pendidikan dan Pembangunan Manusia : Pendekatan
Bersepadu, 46. 21
Mohd Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan : Satu Perspektif Bersepadu (Kuala Lumpur :
Nurin Enterprise, 1988), 25.
Page 7
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
27
penghayatan agama dan kerohanian yang tinggi. Kedua, kumpulan ahli agama yang
tidak dapat menguasai ilmu dari disiplin akliah.22
Dualisme merupakan masalah utama dalam menghasilkan manusia yang seimbang.
Justeru itu, konsep pendidikan yang bersifat integratif atau sepadu merupakan konsep
terbaik untuk pembinaan kesepaduan antara pembangunan atau pembinaan akal,
jasad dan kerohanian.23
Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, pembentukan falsafah pendidikan turut
melibatkan pemikiran-pemikiran daripada ahli pendidikan asing. Sifat sekularisme
mereka telah dijadikan acuan kepada negara dan kebudayaan kita. Kepercayaan
kepada Tuhan dipisahkan dari proses kognitif dalam pendidikan formal yang
berasaskan sekularisme. Tanpa disedari kita menerimanya dengan penuh
keyakinan.24
Pembentukan sahsiah individu Islam dalam masyarakat Islam hari ini tidak berkesan
sepenuhnya jika sistem pendidikan diperingkat yang lebih tinggi yang melatih bakal
pemimpin negara tidak didasarkan kepada Islam dari segi intelektualnya. Mereka
akan menyerah dengan mudah kepada paradigma epistemologi Barat yang lebih
dominan dan popular.25
Secara umumnya, kejayaan manusia adalah bergantung kepada keupayaan memilih
proses pembelajaran yang paling sesuai dengan kehidupannya. Menerusi proses
pembelajaran yang baik dan sihat, manusia terus maju dan membangun dari satu
tamadun ke tamadun yang lain. Justeru itu, kita harus menilai semula sama ada
konsep ilmu yang kita terima dan amalkan benar-benar unggul dalam usaha untuk
menghasilkan manusia yang berilmu, beriman dan beramal.26
Usaha untuk mencari
dan membina suatu paradigma ilmu yang baru sebagai pengganti kepada konsep
ilmu yang kita warisi sekarang amat diperlukan. Hal ini kerana, konsep ilmu yang
hanya bersandarkan rasional (akal), empirikal dan saintifik gagal menghasilkan
manusia yang berakhlak.27
Kenyataan dan pengakuan ahli pendidikan Barat dalam perkara ini dapat dijadikan
bukti mengapa kita memerlukan suatu paradigma ilmu yang baik. Di antaranya ialah:
....Telah wujud suatu pemisahan yang merbahaya diantara sains dan
penyelidikan di satu pihak, dengan nilai-nilai insani dan taat setia di pihak
lain. ......Pendidik telah memisahkan dirinya dari warisan rohaniah dari
zaman silam tetapi gagal menyediakan suatu penggantian yang memuaskan.
Akibatnya orang-orang terpelajar sendiri kehilangan pendirian dan keyakinan
22
Tajul Ariffin Noordin, Konsep Asas Pendidikan Sepadu (Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1988),
vii. 23
Ibid., viii. 24
Ibid. 25
Wan Mohd Nor Wan Daud, Konsep Ilmu Dalam Islam, terj. Rosnani Hashim, 188. Wan Mohd Nor
juga telah menghuraikan dengan panjang lebar berkaitan pendidikan Islam yang sepadu dan bermakna. 26
Tajul Ariffin Noordin, Konsep Asas Pendidikan Sepadu, viii. 27
Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Prof. Mohd Kamal Hassan dalam kertas kerja beliau bertajuk
“Al-Quran dan Sains” di Seminar Falsafah dan Sejarah Sains Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
pada 19 – 21 Julai 1985.
Page 8
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
atau nilai di samping tidak mempunyai satu pandangan duniawi yang
menyeluruh”.28
Daripada kenyataan di atas, jelaslah bahawa pemikir-pemikir Barat sendiri mengakui
bahawa dasar pendidikan yang ada tidak sempurna kerana ia tidak mampu untuk
membentuk manusia yang berakhlak. Justeru itu, usaha ke arah mencari dan
membina suatu paradigma ilmu yang lebih seimbang, integratif dan sepadu
merupakan satu tuntutan ke arah pembangunan tamadun bangsa yang berasaskan
nilai-nilai yang baik.
Berdasarkan analisis status pendidikan di universiti, Tajul Ariffin Noordin telah
mengenalpasti beberapa masalah segera yang menyokong perlunya konsep
Pendidikan Sepadu.29
Di antara masalah tersebut ialah:
i. Tajuk-tajuk dan kursus-kursus yang bersifat mengkhusus dan sempit
(walaupun agak mendalam), tidak dapat memberikan pengertian
bermakna dan mungkin juga akan hilang kelazatan penghayatan ilmunya.
Lantaran itu, ilmu yang dipelajari tidak dikaitkan dengan bidang-bidang
lain dalam kehidupan.
ii. Ilmu yang dipelajari secara terpisah dan terlalu mengkhusus boleh
melemahkan kreativiti pelajar-pelajar. Keadaan ini membuatkan mereka
merasakan disiplin dan tajuk-tajuk yang dipelajari sahaja penting. Tanpa
disedari mereka telah menghadkan maklumat yang mahu dipelajari.
Apabila maklumat yang diterima terbatas, tentulah proses pembelajaran
juga tidak akan berkembang dengan suburnya.
iii. Penyempitan ilmu juga mengakibatkan wujudnya polarisasi ilmu
seterusnya menyebabkan wujud pengelompokan dalam pemikiran dan
bidang-bidang pengajian. Polarisasi bidang-bidang ilmu berlaku bukan
sahaja di kalangan pelajar, malah juga di kalangan para pensyarah.
iv. Implikasi ilmu yang dipelajari terhadap kepercayaan yang akan terbina di
dalam diri dan jiwa pelajar-pelajar. Sesuatu yang dipelajari dan dikaji akan
menjadi kepercayaan yang teguh pada rupa dan jiwa pelajar. Seandainya
kepercayaan yang terbina dan diamalkan oleh pelajar-pelajar diasaskan
kepada ilmu yang sempit, terlalu mengkhusus dan terhad sahaja, maka
sudah tentu kepercayaan tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan.
Kerugian ini dalam jangka panjang bukan sahaja akan menimpa
masyarakat pelajar, tetapi juga masyarakat seluruhnya, agama, bangsa dan
negara.
Beberapa kekurangan tersebut telah lama wujud dalam sistem pendidikan Barat. Ini
menunjukkan sistem pendidikan Barat yang kita sanjung dan dijadikan contoh,
sebenarnya masih jauh dari keseimbangan dan kesempurnaan. Sebagai contoh, Walter
Lippman merasa bimbang bahawa sekolah dan universiti telah melahirkan manusia
yang tidak lagi faham prinsip-prinsip daya cipta masyarakat yang mereka mesti hidup
di dalamnya. Dengan hilangnya tradisi kebudayaan mereka, orang-orang Barat yang
terdidik secara baru tidak lagi mempunyai idea-idea, tanggapan, kewarasan, logik,
28
Kenyataan Prof. Harold H.Titus dalam bukunya Living Issues in Philosophy, New York, 1953, 420-
421. 29
Tajul Ariffin Noordin, Konsep Asas Pendidikan Sepadu,4-5.
Page 9
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
29
nilai-nilai tamadun Barat dalam bentuk dan isi fikiran serta semangat mereka.
Pendidikan sekarang ini jika berterusan akan menuju kepada kehancuran tamadun
Barat dan akhirnya membawa kebinasaan. 30
Selain daripada itu, pendidikan Barat juga telah gagal dalam menghasilkan pelajar-
pelajar yang dapat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. Perkara ini telah
disuarakan oleh Walter Mobeley, katanya:
...di bawah pengaruh pengecualian ilmiah, mereka menerima bulat-bulat
status quo dalam masyarakat dan politik, tanpa berfikir secara serius. Oleh
kerana dasar pecahan dan penyempitan pengajian, maka mereka tidak dapat
menyahut cabaran memikul tanggungjawab dalam menentukan tujuan
hidup.....31
Para pendidik Barat menyuarakan kebimbangan kerana sistem pendidikan mereka
juga gagal dalam menghasilkan pelajar yang berakhlak dan bermoral. Dalam hal ini
Prof. Titus menyatakan:
....pendidikan bukan sahaja telah memisahkan dirinya dari warisan rohani
(warisan silam), tetapi juga gagal menyediakan suatu penggantian yang
memuaskan...32
Dalam hal yang sama juga, Dawson telah menyatakan dengan ungkapan yang lebih
berkesan, iaitu:
....Kita (masyarakat Barat) harus mengakui kenyataan bahawa pengembangan
kuasa manusia menerusi sains dan teknologi, yang mana merupakan hasil dari
pemikiran manusia sebenarnya tidak mengukuhkan kekuatan pemikiran ke
arah kebaikan moral. Moral dan teknologi tidak pernah harmoni antara satu
sama lain. Apabila teknologi berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh,
moral pula menjadi lemah dan tidak dipentingkan langsung.....33
Dari pengakuan-pengakuan para sarjana Barat terhadap sistem pendidikan mereka,
maka seharusnya hal ini menjadi pengajaran yang berguna kepada kita. Sebelum kita
menyalin dan meniru sistem pendidikan mereka, maka seeloknya dikaji dengan
mendalam dan diperhalusi sebaik mungkin. Setelah kita menyedari ketempangan
tersebut, maka sewajarnyalah kita berusaha membina konsep pendidikan kita sendiri
yang lebih lengkap dan seimbang sifatnya bagi menggantikan sistem pendidikan yang
merupakan tiruan dari Barat.
Kegagalan sistem pendidikan Barat sebenarnya terletak pada takrif dan pemahaman
mereka yang salah terhadap pandangan hidup, tidak tepat dalam memahami fitrah
manusia, gagal dalam mengenal martabat ilmu mengikut urutannya dan gagal dalam
30
Ibid., 5. 31
Ibid., 6. 32
Ibid. 33
Ibid.
Page 10
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
memahami hakikat kejadian manusia, fungsinya dan matlamat hidup yang
sebenarnya. 34
Justeru itu, konsep Pendidikan Sepadu bukan sahaja lahir dari kesedaran akan
gagalnya sistem pendidikan sekular, malah ia juga lahir bersama-sama keruntuhan
tamadun Barat dan kehidupan moden. Konsep Pendidikan Sepadu membawa maksud
yang lebih lengkap, seimbang dan menjunjung kepentingan akhlak manusia. Ia telah
wujud bersama-sama dengan penciptaan manusia di dunia ini oleh Allah s.w.t.
Kesepaduan Iman, Ilmu dan Amal.
1. Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah
a) Al-Quran Sebagai Sumber Pendidikan Islam
Al-Quran merupakan sumber Pendidikan Islam yang utama. Al-Quran
merupakan petunjuk daripada Allah s.w.t. dan merupakan perlembagaan
kepada umat Islam. Al-Quran datang dari sisi Allah dan bukan ciptaan
manusia. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap Muslim beriman dengannya
dan seluruh isi kandungannya.35
Ayat-ayatnya terkandung peraturan Allah
s.w.t. Rasulullah s.a.w telah menjadikan al-Quran sebagai metodologi dan
asas penyampaiannya dalam mendidik umatnya.
Metodologi al-Quran yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam mendidik
para sahabat telah memberi beberapa implikasi, di antaranya : i) ayat al-Quran
yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w memberi kesan keyakinan yang mendalam
terhadap segala apa yang disampaikannya. Malah, al-Quran itu sendiri
merupakan sumber yang tidak perlu diragukan lagi kebenarannya sebagai
petunjuk kepada umat manusia dalam membangunkan diri mereka untuk
keselamatan di dunia dan di akhirat,36
ii) al-Quran mampu melembutkan jiwa
dan hati para pembaca serta pendengarnya. Proses pembangunan insan yang
hendak diterapkan akan menjadi lebih mudah apabila jiwa dan hati seseorang
itu dilembutkan dengan ayat-ayat Allah s.w.t.,37
iii) al-Quran merupakan
cahaya yang boleh memberikan cahaya hidayah kepada manusia. Melalui
cahaya hidayah ini, manusia akan kembali kepada Allah s.w.t., dan tanpanya
manusia akan tersesat.38
34
Abdul Halim Muhamad, dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Asas Pemikiran Sebagai Ulasan
kepada Kertas Prosiding Tentang Forum Pendidikan Sepadu pada 30 Oktober 1984”. Kertas ini telah
dibentangkan dalam Bengkel Pendidikan Sepadu yang diadakan di Pusat Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 14 September 1985. 35
Al-„Ankabut ayat 48-49. 36
Hal ini ditegaskan dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 1-2. 37
Bukti al-Quran memberi kesan kepada jiwa dan hati manusia telah dijelaskan oleh Allah s.w.t
melalui firman-Nya dalam surah al-Zumar ayat 23. Kemampuan al-Quran untuk melembutkan hati
manusia terbukti dalam sejarah umat Islam, antaranya ialah peristiwa pengislaman Umar r.a. yang
merupakan salah seorang musyrikin yang paling kuat menentang Islam. Namun, dengan kehendak
Allah s.w.t ., hati yang begitu keras dapat dilembutkan untuk menerima Islam setelah membaca al-
Quran surah Taha ayat 1-14 (al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 121; al-Nadawi, al-Sirah al-
Nabawiyyah, 150). 38
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 35 menjelaskan perumpamaan cahaya al-Quran itu.
Page 11
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
31
Setiap umat manusia perlu kepada pendidikan sebagaimana mereka perlu
kepada keperluan-keperluan lain untuk kehidupan. Manusia tidak mungkin
sampai ke kemuncak ketinggian dan kejayaan tanpa mempunyai pendidikan
yang sempurna. Oleh itu al-Quran amat mengambil berat masalah pendidikan
manusia dan menganggap Pendidikan Islam ialah pendidikan manusia
seluruhnya.
Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, al-Quran dijadikan sebagai satu mata
pelajaran dalam semua bidang pengajian. Rasulullah s.a.w. menghurai dan
mentafsir al-Quran kepada para sahabat serta membuat kesimpulan tentang
hukum-hakam yang terdapat dalam al-Quran dalam usaha untuk mendapat
keredhaan Allah s.w.t.39
Al-Quran mengandungi konsep pendidikan yang agung. Ia menjelaskan
konsep dan cara pendidikan yang sepatutnya dilalui oleh manusia kepada
keadaan yang lebih baik. Ia juga merupakan sumber Pendidikan Islam
pertama yang sepatutnya menjadi sumber rujukan manusia di sepanjang
zaman.40
Tujuan al-Quran dijadikan sumber Pendidikan Islam adalah untuk menanam
akidah ke dalam jiwa manusia. Oleh itu setiap pendidikan hendaklah
dimulakan dengan al-Quran kerana ia menjadi asas kepada pendidikan
keseluruhannya. Ajaran yang terkandung dalam al-Quran sahaja yang mampu
membina dan mengubah pemikiran manusia ke arah ketakwaan serta
menjauhkan diri daripada dosa. Hal ini kerana pendidikan yang berasaskan al-
Quran adalah punca kebaikan kepada pendidikan seluruhnya.
Al-Nahlawi menegaskan bahawa matlamat terpenting al-Quran ialah mendidik
manusia supaya mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t. 41
Antara lain
matlamat yang digariskan oleh al-Quran 42
ialah:
a. Mendidik akal supaya berfikir dan mengambil iktibar.
b. Pendidikan akhlak supaya manusia beristiqamah dengannya, tenang
serta mengambil petunjuk dengan syariatnya.
c. Mendidik hati dan perasaan, kecenderungan hati dan perasaan halus.
Matlamat pendidikan dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang salih dengan
pengertian keinsanan yang syumul, yang tidak mengenal batas masa, negeri dan
bangsa, malah merentasi sempadan dunia untuk menuju kepada Allah dan alam
akhirat.43
Dalam usaha membina insan yang salih, Islam tidak membiarkan
manusia teraba-raba menentukan kualitinya mengikut tanggapan dan hawa nafsu
39
Ahmad Shalaby, al-Tarbiyah al-Islamiyyah: Nuzumuha wa Falasifatuha (Misr: al-Nahdah al-
Misriyyah, 1978), 10. 40
Rujuk surah al-Nahl ayat 64 41
„Abd al-Rahman al-Nahlawy, al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Musykilat al-Mu’asarah (Riyad: al-
Maktabah al-Islamiyyah, 1982), 21. 42
Rujuk surah al-Hadid ayat 16 43
Wan Zahidi Wan Teh, Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam (Kuala Lumpur: Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1986), 19.
Page 12
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
masing-masing. Kualiti insan salih adalah seperti yang digariskan dalam al-Quran 44
iaitu:
a) manusia yang beriman kepada Allah dan membersihkan dirinya daripada
sebarang bentuk unsur syirik.
b) manusia yang melakukan amal salih dengan pengertiannya yang luas,
mencakupi seluruh kegiatan hidup manusia yang bermanafaat untuk dunia dan
akhirat.
c) manusia yang memiliki akhlak yang mulia sebagai buah dari iman yang sahih
dan amal yang salih.
Dalam epistemologi, al-Quran mengajak dan mengajar seluruh umat manusia
untuk berfikir, menggunakan akal secara beradab sesuai dengan fungsinya untuk
mencapai pengetahuan yang sebenar. Belajar dan menuntut ilmu merupakan satu
kewajipan.45
Kesimpulannya, segala ilmu pengetahuan naqli (keagamaan) bersumberkan
wahyu al-Quran kerana al-Quran merupakan kurniaan Allah s.w.t. kepada seluruh
manusia. Ajaran al-Quran melalui pendidikan bermatlamat mengeluarkan
manusia dari kegelapan kepada cahaya Islam. Allah s.w.t. sendiri menyifatkan al-
Quran sebagai nur atau cahaya.46
Al-Quran bukan sahaja merupakan nur, tetapi
juga merupakan furqan (pembeza) antara kebenaran dengan kebatilan.47
b) Al-Sunnah Sebagai Sumber Pendidikan Islam
Keberkesanan pendidikan Rasulullah s.a.w juga berkait rapat dengan dirinya
sebagai Rasul. Kerasulan Baginda s.a.w menjadikan segala yang datang daripada
Baginda juga dianggap sebagai sumber pendidikan Islam. Inilah kekuatan kedua
pendidikan Rasulullah s.a.w.
Berdasarkan pandangan al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyad al-Salihin,
dinyatakan bahawa penggunaan hadis atau sunnah adalah metodologi kedua
terpenting yang digunakan oleh Baginda s.a.w.,48
kerana penggunaannya dalam
penyampaian pendidikan dapat memberi keyakinan terhadap isi kandungan yang
disampaikan.
Pengertian sunnah dari segi bahasa adalah berasal daripada kalimah sanna yang
bererti perjalanan yang baik ataupun yang buruk.49
Rasulullah s.a.w menggunakan
kalimah ini bagi menggambarkan perjalanan yang baik dan perjalanan yang
buruk,50
sebagaimana hadis Baginda s.a.w:51
Terjemahan: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa merintis jalan yang baik
dan diikuti jalan itu (oleh orang lain), maka baginya (perintis itu) pahala dan
44
Ibid., 19. 45
Ibid. 46
Lihat al-Quran surah al-Ma‟idah ayat 15-16. 47
Lihat al-Quran surah al-Furqan ayat 1. 48
Al-Imam al-Nawawi, Riyad al-Salihin (Beirut : Dar al-Fikr al-Mu‟asir, 1983), 10. 49
Ibn Mandhur, Lisan al-‘Arab, j. 13 (Beirut : Dar al-Ihya‟ al-Turath al-„Arabiyy, 1988), 225. 50
Muhammad „Ajaj al-Khatib, Usul al-Hadith ‘Ulumuhu wa Mustalahuhu (Dimasyq : Dar al-Fikr,
1981), 17. 51
al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, j. 4 (Beirut : Dar al-Fikr, 1994), 308.
Page 13
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
33
pahala seumpama orang yang mengikutnya, tidak kurang sedikitpun daripada
pahala. (Begitu) juga sesiapa merintis jalan kejayaan dan diikuti jalan itu
(oleh orang lain), maka baginya (perintis itu) dosa dan dosa seumpama orang
yang mengikutnya, tidak kurang sedikitpun daripada dosa-dosa.
Pengertian sunnah dari perspektif ulama usul pula bermaksud segala sesuatu
daripada Rasulullah s.a.w yang bukan al-Quran al-Karim, sama ada dalam
bentuk sabda, perbuatan atau taqrir yang menjadi dalil kepada pembentukan
hukum syariah.
Hadis atau sunnah memberi tumpuan yang utama kepada kehidupan, iaitu
dengan mengatur kehidupan manusia berasaskan keimanan. Hadis mengambil
berat persoalan yang berkaitan dengan akhlak, kemasyarakatan, perjalanan
hidup, pendidikan dan tatacara perhubungan antara manusia dengan
Penciptanya. Risalahnya bermatlamat untuk membersih jiwa, mendidik
akhlak, cara menghadapi akhirat, zuhud di dunia, gemar beribadat, sukakan
kebaikan dan membentuk peribadi manusia supaya mengikut sunnah
Rasulullah s.a.w di dalam kehidupan seharian.52
Rasulullah s.a.w. mencerminkan dan mempamerkan akhlak al-Quran dalam
segala tindak-tanduknya. Baginda dianugerahkan oleh Allah s.w.t. tempat
yang khusus di kalangan kaum Muslimin. Oleh kerana Baginda mempamerkan
dan melaksanakan akhlak seperti akhlak al-Quran, maka Baginda Rasulullah
s.a.w. merupakan teladan terbaik yang harus diikuti. Oleh itu, segala yang
lahir daripada Rasulullah sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan
adalah sunnah yang wajib diikuti.53
Kewajipan berpegang kepada hadis datangnya dari al-Quran dan al-Sunnah
yang merupakan perintah dari Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, ijmak ulama
mewajibkan berpegang kepada hadis dan ianya merupakan ma ‘alima min al-
din bi al-darurah, iaitu perkara agama yang mesti diketahui, sama seperti
beriman kepada Allah dan Rasul. Oleh itu orang yang mengingkari kehujahan
sunnah (hujiyyah al-sunnah) dalam syariat Islam bererti dia telah mengingkari
sebahagian daripada ayat al-Quran yang membawa kepada tidak beriman
dengan al-Quran itu sendiri.
Kepentingan hadis atau sunnah dalam Islam tidak dapat dinafikan lagi kerana
ia dapat memandu manusia ke jalan kebenaran dan keselamatan dunia dan
akhirat. Ia juga merupakan sumber hukum kedua selepas al-Quran yang
wajib diikuti oleh umat Islam. Sunnah juga merupakan media dakwah ke jalan
Allah.
Kesimpulannya, Pendidikan Islam yang menggarap empat bidang utama iaitu
pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran yang sihat
serta kecergasan tubuh badan adalah bersumberkan apa yang terkandung di
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pendidikan Islam juga mempunyai cabang-
cabang falsafah yang tersendiri iaitu merangkumi metafizik, epistemologi dan
52
Abu Hasan „Ali al-Hasani al-Nadawi, Nahwa al-Tarbiyah al-Islamiyyah al-Hurrah (Beirut :
Mu‟assasah al-Risalah, 1982), 25. 53
Lihat al-Quran surah al-Hasyr ayat 7.
Page 14
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
etika. Dari segi metafizik, untuk mengenal Allah, kita hendaklah menghayati
al-Quran dan al-Sunnah supaya tidak terdapat kesalahan tafsiran serta
pemahaman yang boleh menimbulkan sebarang salah pengertian. Dalam
menjalani tugas harian, manusia diberi kebebasan agar kehidupannya
bermakna dan bermanfaat, tetapi mestilah berpandukan al-Quran dan al-
Sunnah. Iaitu mendahulukan kewajipan, kemudian barulah haknya. Allah
s.w.t menyediakan seluruh alam untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup
manusia. Kandungan alam perlu diterokai untuk kesejahteraan hidup ummah.
Islam menegaskan bahawa kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia
harus menghayati dan mengamalkan nilai yang mengarah kepada
keseimbangan menuju kesejahteraan dan kebahagiaan akhirat.
2. Pendidikan yang berteraskan Tauhid
Pendidikan Islam dibina berasaskan akidah Islam, iaitu akidah yang menyemaikan
keyakinan kepada wujudnya Allah, menyatakan dan menjelaskan tentang Rukun Iman
yang menjadi teras kepada akidah yang sahih. Akidah yang sahih ialah segala
perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang sesuai dengan dalil
syarak, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Akidah sahih ini bersumberkan wahyu
samawi yang datang daripada Allah s.w.t. sama ada berhubung dengan iktikad,
perundangan atau akhlak dan disampaikan kepada manusia melalui perantaraan
Rasulullah s.a.w. Akidah inilah yang menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada
petunjuk agama yang sebenar, petunjuk kepada jalan yang lurus dan diakui sah oleh
Allah s.w.t., dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam
yang dapat membezakan antara yang benar dengan salah.54
Dalam usaha menyebarkan akidah Islamiah kepada para sahabat yang pertama,
Rasulullah s.a.w. menghabiskan masa selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di
Madinah. Usaha ini bertujuan supaya akidah yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.
menjadi asas yang teguh dalam pendidikan rabbani dan memberi kesan yang
mendalam serta mempunyai matlamat membentuk insan yang bersifat rabbani
melalui pendidikan Islam yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.
Akidah Islam yang menjadi asas kepada Pendidikan Islam akan melahirkan manusia
yang dapat membezakan antara baik dengan buruk, antara petunjuk dengan sesat,
antara hak dengan batil dan antara iman dengan kufur. Seorang Muslim yang baik
akan membuat pilihan berteraskan akal yang dipandu oleh ilmu dan seterusnya dapat
menangkis segala cabaran hidup di dunia dan di akhirat.
Persidangan Dunia Pertama tentang Pendidikan Islam pada tahun 1977
memperakukan bahawa tujuan pendidikan Islam adalah untuk mewujudkan manusia
yang baik dan bertakwa, yang menyembah Allah dalam pengertian yang sebenar-
benarnya, membina kehidupan duniawinya menurut syariah (undang-undang Islam)
dan mengamalkannya untuk tujuan mengukuhkan keimanan. Tumpuan utama adalah
kepada pembangunan insan yang menyeluruh berteraskan kepada keimanan dan
ketauhidan kepada Allah s.w.t.
Syed Ali Ashraf dalam menghuraikan perkara ini, beliau mengatakan:
54
Lihat al-Quran surah ali-„Imran ayat 110.
Page 15
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
35
Faith and knowledge must go hand in hand. Faith is a spiritual gift and
knowledge in an intellectual acquisition through the use of man’s intellect
‘aql.....Islam does not allow the Muslims to dochotomize life and divide it into
that which belongs to God (Divine) and that which belongs to Caesar
(secular). Islam wants education to be a process in which curriculum and
teaching methods help each individual to unfold its own unique potentiality as
a representative of God on the earth. 55
Kenyataan beliau jelas menekankan kepada konsep pendidikan yang berasaskan
kepada kekuatan akidah yang perlu dijadikan tunjang dalam kehidupan manusia.
Pemikiran sekular yang memisahkan antara agama dengan keduniaan ditolak dalam
sistem pendidikan Islam. Akidah dan ilmu perlu disepadukan bagi memastikan insan
yang dididik dapat dibentuk sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas-tugasnya.
Pemisahan antara akidah dengan ilmu bakal melahirkan manusia tidak seimbang
yang akhirnya manusia ini akan melakukan kerosakan di muka bumi. Pemisahan ini
juga menyebabkan aspek kerohanian dengan sendirinya akan dikesampingkan
sehingga menyebabkan wujudnya keterbatasan dalam sumber ilmu. Ilmu pengetahuan
perlu berlandaskan kepada sesuatu yang kekal dan tidak kepada sesuatu yang relatif
untuk memastikan kewujudan ilmu itu selari dengan keyakinan yang mutlak dan
tidak bersifat sementara. Oleh sebab itu, dalam Islam keupayaan intelektual
mempunyai hubungan dengan Penciptanya. Apa yang lebih kritikal lagi ialah sistem
pendidikan yang tidak berasaskan akidah akan melahirkan sebuah masyarakat yang
tidak stabil dan harmonis kerana hilangnya teras akidah yang sepatutnya menjadi
garis panduan dalam kehidupan manusia sejagat hingga hari kiamat.56
Pendidikan sekular-liberal yang wujud di negara Barat khususnya perlu diberi
perhatian yang serius kerana pengaruh pendidikan mereka sentiasa dipromosikan
oleh tokoh-tokoh pendidikan Barat ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ancaman dari
kedua-dua fahaman ini perlu dihadapi dan ditangani oleh umat Islam seluruhnya.57
Sistem pendidikan yang tidak berasaskan akidah dan kemanusiaan sebenar perlu
diperbaiki kerana:
Such a system of education cultivates doubts, skepticism,and critical openness
rather than faith, certainty and intuitive realization. It makes man more and
more utilitarian and pragmatic or at best narrowly logical and rationalistic.58
Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa asas pemikiran pendidikan Islam adalah
berasaskan kepada paradigma tauhid yang mengesakan Allah s.w.t. kerana setiap
perlakuan yang dilakukan oleh manusia mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t.
Konsep tauhid ini menjadi asas kepada pengislaman sistem pendidikan umat Islam
yang selama ini dipengaruhi oleh ideologi dan pemikiran Barat yang sekular-liberal.
55
Syed Ali Ashraf, “A View of Education : Islamic Perspective”, in O‟Keeffe, Bernadette (ed.),
Schools for Tomorrow: Building Walls or Building Bridges (Sussex: The Falmer Press, 1988), 74. 56
Ibid. 57
Syed Ali Ashraf, Horizon Baru dalam Pendidikan Islam, terj. Ahmad Ismail (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1994), 3. 58
Syed Ali Ashraf, “AView of Education: Islamic Perspective”, 74.
Page 16
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
Sehubungan dengan itu, proses pengislaman pendidikan mestilah dimulakan dengan
konsep tauhid dan seterusnya dilaksanakan beberapa langkah yang sewajarnya.
Tindakan ini diambil kerana konsep pendidikan yang berasaskan kepada Islam
menekankan kepada akidah dan fungsi manusia sebagai khalifah Allah. Dengan kata
lain, sistem pendidikan dari perspektif Islam perlu dibina untuk melahirkan bukan
sahaja manusia biasa tetapi al-Insan al-Kamil (manusia sempurna) yang hanya boleh
diperoleh jika asas sistem pendidikannya berasaskan akidah.59
Pendidikan dalam Islam adalah bertujuan untuk melahirkan khalifah Allah yang
mempunyai perkembangan yang seimbang. Keseimbangan pembangunan manusia
ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana dengan kerohanian manusia
yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum yang disyariatkan oleh Allah
s.w.t. Proses membangunkan insan perlulah secara menyeluruh dari semua aspek
kehidupan sebagaimana yang dinyatakan oleh Syed Ali Ashraf:
Its aims at the ‘balanced growth’ of the total personality of man, so that his
mind and body, his wordly ambitions and bodily desires are kept under the
control of his spirit (roh) which alone can respond to revelations and hence to
revealed knowledge and thus have faith in the Quran and the sunnah.60
Berdasarkan pandangan ini, maka setiap pendidik, ibu bapa, masyarakat dan pihak
berkuasa seharusnya memberikan tumpuan yang seimbang dalam hal memberi
pendidikan kepada generasi muda. Hanya dengan pembangunan yang seimbang dan
disepadukan dengan keimanan kepada Allah s.w.t. sahaja yang akan dapat melahirkan
manusia yang benar-benar bertanggungjawab sebagai khalifah Allah. Dengan ini
Pendidikan Islam akan menjadi model kepada aliran pendidikan yang lain dalam
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang pengajian dengan
kekuatan paksinya iaitu akidah.61
Hal ini kerana, perkara utama yang akan
menentukan bahawa seluruh kehidupan manusia sentiasa terkawal, tetap dan tidak
terapung-apung ialah kepercayaan dan keyakinan mereka kepada Tuhan. Prinsip
ketuhanan akan menjadi paksi dalam kehidupan manusia.
3. Integrasi antara Iman, Ilmu dan Amal
Dalam pendidikan integratif, wahyu adalah teras kepada akal. Justeru itu, matlamat
pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan akidah. Kemurnian akidah akan
menjelmakan akhlak yang baik. Daripada akhlak yang baik ini akan terpancarlah
nilai murni yang akan dimanifestasikan melalui tingkahlaku yang baik. Aliran ini
seterusnya dihayati ke dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Dengan
ini dapat melahirkan pelajar yang berintelek, berakhlak dan bertakwa (Lihat Rajah 1).
59
Syed Ali Ashraf, Horizon Baru dalam Pendidikan Islam, terj. Ahmad Ismail (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), 3. 60
Syed Ali Ashraf, “AView of Education : Islamic Perspective”, 74. 61
Ibid.; Mohd Affandi Hassan juga turut menekankan peranan wahyu dalam pengurusan dari segi
„tawhidic paradigm‟. Sila rujuk kertas kerja beliau,“Falsafah, Prinsip dan Amalan Pengurusan Masa
Kini Ke arah Mencari Model Alternatif”, dalam Jurnal Penyelidikan Islam, Bil.6, 1986, Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 50-82.
Page 17
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
37
Rajah 1: Kesepaduan Ilmu Akal + Ilmu Wahyu
(Sumber: Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan, Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan Bersepadu, 81).
Konsep pendidikan berasaskan kepada kekuatan akidah perlu dijadikan tunjang
dalam kehidupan manusia. Akidah dan ilmu perlu disepadukan bagi memastikan
insan yang dididik dapat dibentuk sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas-tugasnya.62
Manusia dicipta oleh Allah s.w.t dan dilengkapi dengan potensi dan kemampuan
untuk hidup, baik yang berupa fizikal mahupun bukan fizikal. Ini meliputi kesedaran
akal fikiran dan perasaan yang berfungsi dengan penuh keharmonian. Justeru itu,
manusia diberi kemampuan dan kesanggupan menilai sesuatu dan mengambil
keputusan untuk bertindak dengan bijaksana berdasarkan ilmu yang diperoleh
daripada fungsi akal fikiran, perasaan dan kesedarannya dengan keizinan daripada
Allah s.w.t.63
Etika pula mestilah diasaskan kepada akidah Islamiah demi kebaikan masyarakat
beragama dan masyarakat bangsa pada umumnya. Memandangkan dasarnya adalah
akidah, maka etika dan akhlak harus diyakini kebenarannya dan harus pula
diamalkan.64
Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat utama dari tarbiah
Rasulullah s.a.w. dan Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Pendidikan Islam juga bermatlamat untuk membangunkan manusia. Matlamat
tersebut dapat direalisasikan dengan penghayatan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Pernyataan FPN dengan jelas menentukan wawasan dan hala tuju pendidikan yang
sememangnya bercorak individu dan masyarakat secara bersepadu. Kedua-duanya
adalah selaras dan bermatlamatkan pembinaan insan yang baik, dan sekali gus dapat
berfungsi sebagai anggota masyarakat dan warga negara yang berguna.65
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pernyataan Falsafah Pendidikan Islam secara
jelas menjurus kepada pembangunan insan dalam empat aspek yang utama iaitu:
62
Syed Ali Ashraf, “A View of Education : Islamic Perspective”, 74. 63
Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan, Pendidikan dan Pembangunan Manusia, 11. 64
Ibid., 12. 65
Wan Zahidi Wan Teh, Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam , 19.
Akidah Akhlak Nilai
Murni
(Moral)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _
Kognitif
Afektif
Psikomotor
Page 18
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
i) menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran
seumur hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan.
ii) membentuk umat Islam menjadi hamba Allah yang mahir,
berkeperibadian tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari
dengan ajaran Islam.
iii) membentuk umat Islam yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat
dan alam sekitar.
iv) Membentuk insan salih sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di
dunia dan akhirat.
4. Tidak ada pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan
yang baik memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Ini bermakna ia dapat
memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmani secara wajar dan mencukupi. Ia
melihat bahawa segala aktiviti hidupnya tidak terpisah daripada aktiviti agama.66
Dalam hal ini, Mohd Kamal Hassan turut menekankan bahawa paradigma
perkembangan moden dan sekular yang kurang tambatan kerohanian dan etika sedikit
sebanyak bertanggungjawab atas krisis kewangan dan ekonomi 2009. Para penggubal
polisi, intelektual dan cendekiawan Islam mempunyai kewajipan untuk
mempromosikan paradigma tauhid bagi pembangunan holistik dan pengetahuan
holistik. Berkaitan rapat dengan paradigma perkembangan ini adalah isu epistemologi
akal manusia yang bebas dan menyangkal kepentingan serta kesahihan wahyu Ilahi
sebagai satu sumber pengetahuan dan kebijaksanaan. Terbukti al-Quran telah
mengemukakan model Ulu al-Albab, iaitu orang yang sempurna akalnya sebagai
ilmuwan dan cendekiawan yang tiada tolok bandingnya dalam menggabungkan
pemahaman Kitab Alam dan Kitab Ilmu Wahyu, dan mengintegrasikan penaakulan
manusia dengan Ilmu Wahyu. Justeru itu, dicadangkan supaya negara-negara Islam
membangunkan institusi pembelajaran dan sistem pembelajaran yang
menggabungkan ilmu duniawi dan ilmu agama secara harmoni dan simbiotik.67
Malah, kaedah integrasi atau kesepaduan ini dapat melahirkan sikap yang dikehendaki
oleh Allah s.w.t., sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran, yang bermaksud:
66
Rujuk Pukal Latihan KBSM : Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990, Bab 4 ; Telah sekian lama kita menerima dan mengamalkan konsep matlamat pendidikan yang
dirujuk dari Barat. Matlamat yang dimaksudkan ialah pembinaan kognitif yang menyentuh
perkembangan minda, afektif untuk membina sikap, perasaan, jiwa, sentimen dan keperibadian yang
baik. Seterusnya psikomotor yang berusaha membina kemahiran dan keterampilan yang canggih.
Ketiga-tiga matlamat ini iaitu kognitif, afektif dan psikomotor adalah baik. Walau bagaimanapun,
ketiga-tiganya adalah bersifat ilmu akal sahaja. Akal semata-mata tanpa berpaksikan wahyu tidak
mampu menjelmakan nilai, moral dan akhlak yang baik. Individu tersebut mungkin berjaya, tetapi
belum tentu ia akan berfungsi sebagai insan yang baik (Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan,
Pendidikan dan Pembangunan Manusia : Pendekatan Bersepadu, 80 ; Lihat juga Tajul Ariffin
Noordin & Nor Aini Dan, Menobatkan Paradigma al-Quran Sebagai Realiti Pendekatan Bersepadu,
2006, 315-318). 67
Mohd Kamal Hassan, “A Return to the Quranic Paradigm of Development and Integrated
Knowledge : The Ulu al-Albab Model”, dalam Intellectual Discourse 2010, Vol. 18, No. 2, 183-210.
Kertas kerja ini juga telah dibentangkan dalam International Conference on the Development of the
Ummatic Vision, anjuran Jabatan Sosiologi dan Antropologi di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) pada 28 Julai 2009.
Page 19
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
39
Dan demikianlah antara manusia dan binatang ternak, ada yang berlainan
jenis dan warnanya. Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan
hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Pengampun.
Fatir 35:28
Pendidikan Islam yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak dalam operasinya yang
bersepadu dapat menonjolkan kesan yang positif bagi melahirkan generasi Muslim
yang sempurna dalam semua aspek, sama ada dari segi rohani mahupun jasmani.
Dakwah Rasulullah s.a.w selama 23 tahun di Mekah dan Madinah yang berteraskan
tiga asas tersebut secara sepadu, berpandukan ilmu dan perkaedahan rabbani-Nya,
berjaya menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan bertakwa.
Melalui wahyu iaitu al-Quran, Allah s.w.t menyuruh manusia untuk meneliti,
berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t. Seterusnya manusia
melalui kemampuan akal yang ada padanya, dipertanggungkan untuk menggunakan
akal tersebut bagi mengkaji dan menyelidik berkenaan kejadian alam. Melalui
penyelidikan tersebut manusia akan mampu mengenal pasti sistem yang mengawal
alam ini. Pendedahan tentang sistem tersebut sudah tentu akan menjadikan manusia
dapat hidup secara lebih baik dan terancang. Pendedahan ini juga sepatutnya
mengukuhkan keimanan manusia apabila mengetahui ketelitian dan kehebatan sistem
yang mengatur alam ini. Hal ini kerana ia menggambarkan kehebatan dan keagungan
pencipta sistem tersebut iaitu Allah s.w.t.
Keupayaan para sarjana Islam silam untuk menggabungkan antara ketaatan kepada
perintah wahyu dengan kekuatan akal yang rasional telah membolehkan mereka untuk
memberikan suntikan keimanan dalam setiap penemuan dan penyelidikan mereka.
Realiti inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah
orang yang berilmu.
Fatir 35:28
Ilmu sains merupakan salah satu ilmu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk
dipelajari seperti ilmu keagamaan. Namun, ilmu agama merupakan teras kepada
segala ilmu yang lain seperti ilmu sains dan teknologi. Ilmu agama membawa
manusia kepada pengakuan dan pengenalan terhadap Allah s.w.t dan keesaan-Nya,
manakala ilmu sains membawa manusia untuk lebih mengenali Allah s.w.t dan
keagungan-Nya, iaitu melalui penelitian dan kajian terhadap alam semesta.68
Adalah menjadi satu keperluan kepada manusia untuk mengaitkan ilmu sains dan
teknologi yang diketahui dengan kekaguman terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Melalui
pengetahuan dan penyelidikan terhadap sistem yang mengatur alam ini, manusia akan
melihat kehebatan Allah s.w.t., Pencipta alam ini, dengan sistem yang begitu teratur
dan sempurna. Dengan itu manusia akan lebih menyedari kekerdilan dirinya di
hadapan Allah s.w.t., Penguasa alam semesta.
68
Seyyed Hossein Nasr, An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines (Boston : Shambala
Publications Inc., 1992), 72.
Page 20
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
Menurut Perspektif Islam, semua jenis ilmu, sama ada yang bersifat keduniaan
mahupun keakhiratan, spiritual mahupun fizikal, kedua-duanya bersifat sepadu bagi
mendorong dan membimbing pemiliknya supaya mengenal Allah dan mengabdikan
diri kepada-Nya. Ia juga akan membawa pemiliknya mencapai kebahagiaan di dunia
dan di akhirat. Di sinilah terserlahnya Islam sebagai suatu sistem hidup yang
sempurna dan lengkap.
Kesimpulan
Konsep integratif mencerminkan hakikat sifat ilmu itu sendiri. Ilmu sejak asal lagi
tidak pernah bersifat sekular, terpisah dan sempit. Sifat ilmu tidak terbatas kepada
akal dan pancaindera sahaja. Ilmu yang dipamerkan oleh Allah s.w.t kepada kita
cukup luas. Ilmu itu saling berkait dan berpadu dengan begitu seimbang dan harmoni.
Inilah yang melambangkan kebesaran Allah s.w.t. Dengan wujudnya konsep integratif
dalam pendidikan, memberikan kita satu asas yang benar untuk mempelajari dan
memahami tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.
Manhaj Rabbani merupakan satu manhaj yang unggul dan unik. Ia merupakan satu
aspek yang amat penting dari fasa kehidupan manusia. Manhaj inilah yang telah
melahirkan satu umat dan tamadun yang tinggi dalam sejarah umat manusia.69
Tersisihnya umat ini dari kedudukannya sebagai umat yang menerajui kepimpinan
dunia ini adalah disebabkan penyelewengan mereka dari manhaj Ilahi ini.
Tidak ada jalan lain bagi umat ini untuk menebus kembali keagungan yang telah
terlucut dari tangan mereka sejak beberapa abad lamanya melainkan dengan
mengikuti jalan yang telah dilalui oleh generasi pertama dahulu. Generasi Muslim
yang sebenarnya tidak akan terbina melainkan melalui proses pendidikan Islam.
Rujukan
„Abd al-Amir Syams al-Din. al-Madhhab al-Tarbawi ‘inda Ibn Jama’ah. T.tp: Dar
Iqra‟, t.t.
Abdul Halim Muhamad. “Asas Pemikiran Sebagai Ulasan kepada Kertas Prosiding
Tentang Forum Pendidikan Sepadu pada 30 Oktober 1984”. Kertas kerja,
Bengkel Pendidikan Sepadu, 14 September 1985. Pusat Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Mohamad Said. Pendidikan Sepadu: Pelaksanaan, Penghayatan dan
Persoalan. Kuala Lumpur: Maktab Perguruan Islam, 1988.
Ahmad Syalabi. Farah al-Tarbiyah al-Islamiyyah. Qahirah: al-Kasyaf, 1954.
_____________. al-Tarbiyah al-Islamiyyah: Nuzumuha wa Falasifatuha. Misr: al-
Nahdah al-Misriyyah, 1978.
al-Alwani, Taha Jabir. The Islamization of Knowledge: Yesterday and Today. London:
The International Institute of Islamic Thought (IIIT), 1995.
_________________. “The Islamization of Knowledge: Yesterday and Today”, The
American Journal of Islamic Social Science, 1995, 12(1), 81-106.
69
Hal ini digambarkan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 139.
Page 21
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
41
al-Faruqi, Ismail Raji. Islamization of Knowledge: General Principles and Work
Plan, Herndon Virginia: The International Institute of Islamic Thought (IIIT),
1989.
_________________. Pengislaman Ilmu (terj. Mustafa Kasim). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
_________________. Tawhid: Its Implications for Thought and Life. Herndon
Virginia: The International Institute of Islamic Thought (IIIT), 1992.
al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jilid 1. Beirut: Dar al-Ma‟rifah, t.t.
al-Nadawi, Abu Hasan „Ali al-Hasani. Nahwa al-Tarbiyah al-Islamiyyah al-Hurrah.
Beirut: Mu‟assasah al-Risalah, 1982.
al-Nahlawi, Abdurrahman. Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung:
CV Diponegoro, 1992.
______________________. al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Musykilat al-Mu’asarah.
Riyad: al-Maktabah al-Islamiyyah, 1982.
al-Nawawi, al-Imam. Riyad al-Salihin. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‟asir, 1983.
al-Syaibany, Omar Mohammad al-Toumy. Falsafah Pendidikan Islam (terj. Hasan
Langgulung). Jakarta: Bulan Bintang, 1979.
al-Tirmidhi. Sunan al-Tirmidhi. Beirut: Dar al-Fikr, 1994.
al-Zarnuji. Burhan al-Islam, Kitab Ta‟lim al-Muta‟allim Tariq al-Ta‟allum.
Muhammad „Abd al-Qadir Ahmad (ed.). Qahirah: Matba‟ah al-Sa‟adah,1986.
Digital Islamic Resource Centre (DIRC) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
di www.dirc.jakim.gov.my. dan www.IslamGRID.gov.my.
Fathiyyah Hasan Sulayman. Madhahib fi al-Tarbiyah: Bahth fi al-Madhhab al-
Tarbawy ’inda Ibn Khaldun. Misr: Maktabah al-Nahdah, t.t.
Fathiyah Hasan Sulaiman. Sistem Pendidikan Versi al-Ghazali, terj. Fathur Rahman
May & Syamsuddin Asyrafi. Bandung: al-Maarif, 1993.
Gamal Abdul Nasir Zakaria. Mohammad Natsir: Pendidik Ummah. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.
Harold H.Titus. Living Issues in Philosophy. New York, 1953.
Hasan Langgulung. “Bentuk dan Falsafah Kurikulum 3M”. Kertas kerja Seminar
Kurikulum 3M. Universiti Kebangsaaan Malaysia, 30-31 Mac 1981.
________________. “Teacher‟s Role and Some Aspects of Teaching Methodology:
Islamic Approach”, dalam Muslim Education Quarterly 1:1, 21-32, 1983.
________________. Pendidikan dan Peradaban Islam: Suatu Analisa Sosio-
Psikologi. Jakarta: Pustaka al-Husna, 1985.
________________. Manusia dan Pendidikan: Satu Analisa Psikologi, Filsafat dan
Pendidikan. Jakarta: Pustaka Al-Husna, 1986.
________________. “Teacher Education: The Islamic Perspectives”, dalam Muslim
Education Quarterly 5:2, 89-99, 1988.
________________. Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Selangor: Penerbit
HIZBI, 1995.
Page 22
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
________________. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1997.
________________. “Islamisasi Pendidikan dari Perspektif Metodologi”. Kertas
kerja Seminar Kebangsaan Islamisasi Pendidikan Menangani Cabaran.
Anjuran Jabatan Pendidikan, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 14-16 Julai 1998.
________________. A Psycho-pedagogical Approach of Islamization of Knowledge.
Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia (IIUM), 2002.
________________. Asas-Asas Pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka al-Husna Baru,
2003.
_________________. “Knowledge and Truth as Core Values in Science and
Religion”, Jurnal Pendidikan Islam, 4:10, 2004, 68-79. Kajang: Institut
Pengajian Ilmu-ilmu Islam IPI-ABIM.
Ibn Mandhur. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Ihya‟ al-Turath al-„Arabiyy, 1988.
Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pukal Latihan KBSM: Falsafah Pendidikan
Negara, 1990.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dualisme Dalam Pendidikan. 1996.
Khurshid Ahmad. Principles of Islamic Education. Islamic Publication, 1968.
Mastura Badzis. “Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif”. Artikel dalam bentuk pdf., laman sesawang
www.minda madani.my, dicapai pada 15 Jun 2012.
Mohd Affandi Hassan. “Falsafah, Prinsip dan Amalan Pengurusan Masa Kini Ke
arah Mencari Model Alternatif”, Jurnal Penyelidikan Islam, Bil.6, 1986, 50-82.
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Kamal Hassan. “Ke arah Penyerapan Unsur-unsur Islam dalam Dasar
Pendidikan Negara”. Kertas kerja, Majlis Ulang Tahun ke 25 Pengajian
Melayu, Okt. 1978.
_________________. “Penghayatan Islam Dalam Mempelajari dan Mengembangkan
Ilmu”. Kertas kerja, Forum Pendidikan Sepadu, 30 Oktober 1984, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
_________________. “Peranan Akidah Dalam Pendidikan Islam Sebagai Asas Untuk
Pembangunan Ummah”. Kertas Kerja, Seminar Kefahaman Akidah Ahlus
Sunnah Wal Jamaah, Bandar Seri Begawan, 19 September 1985.
_________________. “Al-Quran dan Sains”. Kertas kerja, Seminar Falsafah dan
Sejarah Sains Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 19 – 21 Julai 1985.
_________________. “Penghayatan Islam dalam Mempelajari dan Mengembangkan
Ilmu”. Jurnal Pendidikan Islam, j.1, 1987, Kajang: Institut Pengajian Ilmu-ilmu
Islam IPI-ABIM.
_________________. Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1988.
Page 23
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
43
_________________. “A Return to the Quranic Paradigm of Development and
Integrated Knowledge: The Ulu al-Albab Model”, Intellectual Discourse
2010, Vol. 18, No. 2, 183-210.
Muhammad „Ajaj al-Khatib. Usul al-Hadith ‘Ulumuhu wa Mustalahuhu. Dimasyq:
Dar al-Fikr, 1981.
Muhammad Syukri Salleh. “Beberapa aspek Kesepaduan Dalam Islam: Kes Ilmu
Pembangunan Berteraskan Islam”. Kertas kerja, Forum Pendidikan Sepadu, 30
Oktober 1984, Universiti Kebangsaan Malaysia.
_____________________. Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002.
Nik Azis Nik Pa. Program Pendidikan Pintar Cerdas. Kajang: Institut Pengajian
Ilmu-ilmu Islam, 1990.
______________. Penghayatan Matematik: Perkembangan Profesional KBSR &
KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.
_____________. Kesepaduan Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999.
Osman Bakar. Classification of Knowledge in Islam. Kuala Lumpur: Institute for
Policy Research, 1992.
Salik Ahmad Ma‟lum. al-Fikr al-Tarbawy ‘inda al-Khatib al-Baghdadi . al-Madinah
al-Munawwarah, 1412H.
Seyyed Hossein Nasr. “On the Teaching of Philosophy in the Muslim World”,
Hamdard Islamicus, IV, Vol.2, 1981.
___________________. An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines.
Boston: Shambala Publications Inc., 1992.
Seyed Mahdi Sajjadi. “Religious Education and the Delegitimation if Knowledge”,
The American Journal in Islamic Social Sciences, 25:2, 83-99
Shaharir Mohd Zain. “Pendidikan Sains Terkamir di Peringkat Universiti”, dalam
Tajul Ariffin Noordin & Abdul Raof Dalip. Pendidikan Sepadu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986.
Syed Ali Ashraf. “AView of Education: Islamic Perspective”, in O‟Keeffe,
Bernadette (ed.), Schools for Tomorrow: Building Walls or Building Bridges.
Sussex: The Falmer Press, 1988.
_______________. “Integration, Planning and Implementation Principles: Policies
and Strategies”, dalam Ghazali Basri (ed.), An Integrated Education System in a
Multi-faith and Multi-cultural Country. Kuala Lumpur: Muslim Youth
Movement of Malaysia – ABIM, 1991.
________________. Horizon Baru dalam Pendidikan Islam (terj. Ahmad Ismail).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. Aims and Objective of Islamic Education. Jeddah:
King Abdul Aziz University, 1979.
_____________________________. The Concept of Education in Islam: A
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM), 1980.
Page 24
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 21-45
_____________________________. Islam and Secularism. Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1993.
_____________________________. Konsep Pendidikan dalam Islam (terj. Haidar
Bagir.). Bandung: Mizan, 1994.
Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf. Krisis Dalam Pendidikan Islam (terj.
Maso‟od Abdul Rashid). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
Tajul Ariffin Noordin. “Penghayatan Pendidikan Sepadu dalam Sains”. Kertas kerja,
Seminar Falsafah Sejarah Sains Islam, 19-21 Julai 1985, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
___________________. Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise, 1988.
___________________. Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
___________________. Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
___________________. “Falsafah dan Wawasan Pendidikan Negara: Pengalaman di
Malaysia”, dalam Drs. Isjoni & Drs. Suarman (ed.) Falsafah dan Sistem
Pendidikan. Pekan Baru: UNRI Press, 2003.
Tajul Ariffin Noordin & Abdul Raof Dalip. Pendidikan Sepadu. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1986.
Tajul Ariffin Noordin & Abdul Rahman Kurais, “KBSM dari Pandangan Kita” dalam
Jurnal Pendidikan Islam, 2:6, 1987.
Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan Bersepadu. Selangor: As-Syabab Media, 2002.
__________________________________. “Menobatkan Paradigma al-Quran
Sebagai Realiti Pendidikan Bersepadu”, dalam Abdul Halim Tamuri et al. (ed.)
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah, Prosiding
Wacana Pendidikan Islam Siri 5, 5-6 Ogos 2006, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Wan Mohd Nor Wan Daud. “Hubungan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia”, dalam
Mohd Idris Jauzi (ed.). Faham Ilmu: Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise, 1990.
______________________. “Konsep Ilmu dan Implikasinya kepada Perkembangan
Kurikulum”, dalam Mohd Idris Jauzi (ed.). Reformasi Pendidikan Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1991.
______________________. Konsep Ilmu Dalam Islam (terj. Rosnani Hashim. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1994 (Teks asal dalam Bahasa Inggeris).
______________________. The Commemorative Volume on the Conferment of the
al-Ghazali Chair of Islamic Thought. Kuala Lumpur : ISTAC, 1994.
______________________. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1997.
Page 25
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu Dan Amal
45
______________________. Pembangunan di Malaysia: Ke arah Satu Kefahaman
Baru yang Lebih Sempurna. Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda
(INMIND), 2002.
______________________. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib
al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2005.
______________________. Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006.‟
Wan Zahidi Wan Teh. Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1986.