940519-12-5097
SINOPSIS
Kajian yang bertajuk Kegiatan Ekonomi Rumpai Laut syarikat
OMNI-GEL Sdn. Bhd di Semporna, Sabah ini bertujuan untuk mengkaji
perkembangan penanaman rumpai laut antara spesies rumpai laut.
Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak berhampiran
dengan lokasi kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik
sebagai instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu
Bahagian A mengenai demografi responden, Bahagian B mengenai respon
responden terhadap aspek persoalan kajian dan Bahagian C pilihan
cadangan. Pada bahagian B, Terdapat empat tema persoalan kajian
yang diutarakan dalam kajian ini iaitu, tahap kepuasan terhadap
barangan yang disediakan oleh Syarikat OMNI-GEL, cara layanan staf
atau pekerja terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan geografi
lokasi syarikat dan tempat pemprosesan, dan ciri-ciri syarikat
tersebut dipilih. Data yang diperoleh dianalisis dan dinyatakan
dalam bentuk statistik. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan
responden berpuas hati tentang pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd
di Semporna tentang penggunaan barangan rumpai laut. Akhir sekali,
beberapa cadangan untuk meningkatkan populariti pengusaha rumpai
laut turut dikemukakan agar dapat menarik lebih ramai pelanggan
untuk menggunakan barangan rumpai laut oleh pengusaha yang
terlibat.
ISI KANDUNGAN
PERKARAMUKA SURAT
1Sinopsis1
2Kandungan2
3Penghargaan3
4Pengenalan4 - 5
5Objektif kajian6
6Lokasi kajian7 8
7Kaedah kajian9 13
8Dapatan kajian14 - 34
9Rumusan35 36
10Rujukan37
11Lampiran38 - 41
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan
salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga
serta sahabat- sahabat baginda. Alhamdulillah syukur ke hadrat
Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah
mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya kerja kursus Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Jutaan apresiasi buat Cikgu Rosefah
binti Awang, selaku Guru Pengajian Am ini di atas sumbangan idea,
penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau
sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan kepada bonda yang tercinta, Indah binti
Maharaja Lambai di atas sokongan, motivasi serta iringan doa
kecemerlangan yang tidak putus-putus buat saya. Bondalah tunjang
inspirasi saya untuk terus maju dan cemerlang. Ucapan apresiasi
juga diberikan khas buat para guru Pengajian Am yang telah
mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian saya di SMK
Datuk Panglima Abdullah serta jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga
buat sahabat-sahabat Pra-Universiti, terima kasih atas sokongan
dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir kata, kepada semua
individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ribuan
terima kasih diucapkan atas segala kerjasama dan pengorbanan masa
yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat
membalasnya. Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.
PENGENALAN
Menurut Alfred Marshall (1890), ekonomi adalah satu pengkajian
yang melibatkan kegiatan perniagaan yang dijalankan di dalam
kehidupan yang biasa. Manakala menurut Lionel Robbins (1932) pula,
ekonomi didefinisikan sebagai Sains Pengkajian terhadap sifat
kelakuan manusia yang berhubung-kait pada suatu keperluan dengan
sumber keperluan untuk tujuan yang berbeza. Paul A. Samuelson
(1948) juga menjelaskan bahawa ekonomi adalah bagaimana seseorang
manusia menggunakan daya sumber dan langkah untuk menghasilkan
komoditi dan mengedarkannya untuk kegunaan yang berbeza.
Perniagaan rumpai laut di Daerah Semporna telah membawa kepada
satu fenomena yang mendorong para usahawan tempatan untuk bergiat
aktif dalam kegiatan perniagaan rumpai laut. Hal ini kerana
perniagaan yang melibatkan penjualan rumpai laut memberikan
keuntungan yang maksimum ekoran permintaan yang tinggi dalam
pasaran sama ada domestik mahupun antarabangsa. Faktor yang
demikian mendorong kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan hasil
rumpai laut ke peringkat yang lebih tinggi. Syarikat OMNI-GEL Sdn
Bhd merupakan syarikat pembekal dan pemprosesan rumpai laut
tempatan yang mendominasi dan memonopoli produk primer rumpai laut
ini di Semporna. Kawasan pemprosesan sumber primer yang banyak
dijalankan oleh syarikat ini ialah di Pulau Sebangkat dan Pulau
Bum-Bum, Semporna. Namun begitu, kajian ini lebih tertumpu di
kawasan Pulau Bum-Bum.
Menurut ensiklopedia bebas, Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan
akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. Ia terdiri
dari beberapa kelompok alga daripada pelbagai selular, iaitu alga
merah, alga hijau, dan alga perang. Rumpai laut dikenali secara
umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan
demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam
tumbuhan. Para ahli psikologi lebih gemar menggunakan terma "alga
marin" daripada "rumpai laut". Oleh itu, Kajian ini merangkumi
tentang aspek kegunaan rumpai laut dan jelas memberi manfaat dalam
kehidupan seharian.
Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti inovasi produk
daripada rumpai laut seperti alat penjagaan kesihatan dan makanan
berkhasiat. Hal ini kerana rumpai laut yang mengandungi banyak
khasiat membolehkan ianya mampu dikomersialkan ke pasaran
antarabangsa pada masa hadapan.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini, saya dapat;1. Mengkaji persepsi mengenai
tahap kepuasan pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap
pelanggan, keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan
ciri-ciri syarikat tersebut dipilih oleh pelanggan.
2. Mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti
Syarikat ini untuk terus berkembang.
LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan ditempat pemprosesan rumpai laut Syarikat
OMNI-GEL Sdn. Bhd. iaitu di Pulau Bum-Bum, Semporna. Lokasi kawasan
kajian ini terletak kira-kira 30 km dari PekanSemporna (arah
utara)dan memakan masa dalam anggaran 40 minit untuk sampai ke
destinasi dengan menaiki bot dan kenderaan van.Pulau Bum-Bumjuga
agak sukar untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan
pengangkutan lautan dan daratan yang terhad. Hal ini demikian
kerana,Pulau Bum Bum terletak di sebuah pulau yang terpencil.
Dianggarkan populasinya adalah dalam kitaran 3000 orang tempatan
yang bertempat di Pulau Bum-Bum. Manakala kedudukan kawasan
Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. ini terletak kira-kira 10 km dari Pekan
Semporna (arah selatan).
Sejarah Pulau Bum-BumPulau Bum-Bum mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Pulau ini terletak berdekatan dengankawasan yang
mempunyai kepelbagaian biodiversiti marin dan pertanian akuakultur.
Kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk masyarakatnya di
sekeliling. Sebagai contoh, adanya pusat pendidikan seperti,SMK
Berpusat Bum-Bum Terdapat juga beberapa jenis sekolah rendah di
sekitar Pulau Bum-Bum. Antaranya ialah, SK Terusan Tengah, SK
Balimbang, SK Bum-Bum dan sebagainya. Pusat pendidikan ini dapat
membantu para pelajar menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.
Pekerjaan utama penduduk di kawasaniniadalah lebih tertumpu
dalam sektor perikanan pinggir pantai, iaitu kegiatan menangkap
ikan yang berorientasikan pengeluaran dalam skala yang sedikit.
Menggunakan kaedah teknologi tradisonal untuk menangkap hasil laut
seperti, pukat tunda, tangkul, pukat tarik, jala, pompang, bubu,
pancing, kelong dan bot berenjin kecil. KampungGusung Melantaadalah
kampung yang berdekatan mempunyai tanah subur iaitu tanah pamah
yang rata dan ini menggalakkan sebahagian penduduk untuk terlibat
dalam aktiviti pertanian. Mereka juga mengusahakan tanaman
akuakultur rumpai laut dan bergiat aktif dalam aktiviti ini.
Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai nelayan di Syarikat
OMNI-GEL Sdn. Bhd.
KAEDAH KAJIAN
Pelaksanaan sesuatu kajian itu pastinya akan melibatkan kaedah
dan prosedur tertentu yang perlu dilakukan secara saintifik dan
teratur untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Antara
aspek-aspek yang digunakan dalam kaedah kajian ini ialah seperti
berikut;
a) Perspektif Kajian
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah
soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji mengedarkan 30
borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang paling sesuai
untuk menilai persepsi dan tahap kepuasan pelanggan terhadap
barangan serta layanan yang diberikan oleh pengusaha. Maklumat yang
diterima akan dianalisis secara kuantitatif, iaitu kuantiti yang
menggunakan kekerapan, angka, dan skor. Pengkaji juga menggunakan
kaedah pemerhatian khusus, pemerhatian ikut-serta, temu bual,
lawatan ke tapak kajian dan sebagainya dengan mengambil kira
batasan masa, tenaga, dan kewangan.
b) Skop Kajian
Skop kajian ini hanya memfokuskan kepada kegiatan ekonomi rumpai
laut daripada pengusaha industri rumpai laut di pekan Semporna
iaitu Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. mengikut empat tema persoalan
kajian iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap perkhidmatan yang
disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna,
keadaan kedudukan lokasi syarikat dan ciri-ciri syarikat tersebut
dipilih.
Rajah 1. Menunjukkan Carta Alir Proses Kajian
c) Instrumen Kajian
Bagi kaedah ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian yang sesuai dan merangkumi beberapa item
berdasarkan objektif kajian. Pengkaji mengedarkan 30 borang soal
selidik kepada responden yang berstatus pekerja, pelanggan atau
pengguna dan orang awam. Borang soal selidik yang disediakan
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Pada Bahagian A, responden dikehendaki menjawab
beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat dan demografi
responden. Pada Bahagian B pula responden dikehendaki menandakan
jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Empat tema soalan yang
diutarakan dalam kajian ini, iaitu sejauh mana tahap kepuasan
terhadap barangan yang disediakan, cara layanan staf terhadap
pelanggan atau pengguna, keadaan geografi lokasi syarikat dan
tempat pemprosesan serta ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.
Keempat-empat tema persoalan tersebut menggunakan nilai skala
seperti Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju, dan Sangat Tidak
Setuju. Seterusnya, pada Bahagian C, responden diminta untuk
mengemukakan cadangan sama ada berbentuk khusus ataupun umum.
Kandungan Borang Soal Selidik
Bahagian APenyataan mengenai maklumat diri dan demografi
responden seperti Umur, Jantina, Status (diklasifikasikan kepada
tiga sahaja, iaitu, Pekerja, Pelanggan atau pengguna, Orang Awam).
Responden dikehendaki menandakan (/) pada ruang yang
disediakan.
Bahagian BMempunyai empat tema persoalan yang berbeza. Persoalan
ini dijawab dengan menggunakan nilai skala yang disediakan mengikut
tahap penyataan. Empat tema soalan yang diutarakan dalam kajian
ini, iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap barangan yang
disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna,
keadaan kedudukan lokasi syarikat dan tempat pemprosesan serta
ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.1. Sangat Setuju2. Setuju3.
Tidak Setuju4. Sangat Tidak SetujuBahagian CBahagian ini meminta
responden untuk mengemukakan cadangan bagi meningkatkan populariti
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Syarikat.d) Kaedah
Pengumpulan Data
Pengkaji terlebih dahulu mengenal pasti sumber data yang
digunakan sama ada bersifat primer atau sekunder sebelum
menjelaskan kaedah yang digunakan untuk memperoleh data. Kemudian
pengkaji menjelaskan kaedah yang digunakan untuk memperoleh data
seperti daripada analisis dokumen atau penerbitan badan tertentu,
pemerhatian lapangan, menggunakan borang soal selidik, rujukan
internet, pemerhatian pengkaji, temu bual bersemuka, temu bual
menerusi telefon dan sebagainya.
e) Kaedah Menganalisis Data
Setelah borang soal selidik telah diedarkan kepada responden,
pengkaji mengumpul data yang diperoleh mengikut kadar pilihan nilai
skala yang terbanyak. Kemudian, pengkaji menganalisis data yang
diperoleh menggunakan cara kuantitatif dan kualitatif. Analisis ini
juga disertakan dengan komen responden mengenai tahap kepuasan
mereka hasil daripada kaedah temu bual yang dilakukan.
d) Kaedah Tambahan1. Kaedah PemerhatianMelalui kaedah
pemerhatian, Pengkaji telah menggunakan kamera untuk mengambil
gambar sebagai bukti menunjukkan suasana dan persekitaran kajian.
Walhal demikian, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi
daripada pelanggan pengusaha ini. Selain itu, kaedah ini juga lebih
berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh
pihak pengusaha. Melalui kaedah pemerhatian selama dua hari
berturut- turut ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat OMNI-GEL
Sdn. Bhd. mempunyai pelanggan yang ramai dari masyarakat Semporna.
Kebanyakan Pelanggan terdiri daripada pakar kosmetik, salun dan
bahagian farmasi membeli barangan di Syarikat OMNI-GEL Sdn.
Bhd.
2. Kaedah Temu BualPengkaji telah menemu bual 10 orang yang
terdiri daripada pengusaha, pekerja, pelanggan, dan orang awam yang
berada di sekitar kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat
tambahan.
DAPATAN KAJIANa) Persepsi pelanggan mengenai tahap kepuasan
pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan,
keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri
syarikat tersebut dipilih oleh pelanggan.
Melalui kaedah borang soal selidikBahagian ADengan menggunakan
fomula;Mencari Kadar Peratus ( % )Peratus (%) = Jumlah Responden x
Jumlah keseluruhan Responden
Jadual 1 : Taburan Responden Soal Selidik Mengikut JantinaJumlah
Responden Mengikut Jenis Jantina
Jenis JantinaBilangan (orang)Peratus (%)
Lelaki1343.3
Perempuan1756.6
JUMLAH30100
Rajah 2 : Peratus Responden Soal Selidik Mengikut JantinaHasil
kajian pengkaji mendapati bahawa kumpulan jantina responden adalah
berbeza mengikut demografi responden. Bilangan Responden lelaki
adalah sebanyak 13 orang dengan peratus 43.3 %. Manakala bilangan
perempuan pula berjumlah 17 (56.6%) daripada 30(100%) orang secara
keseluruhannya. Oleh itu, jelaslah bahawa responden perempuan
merupakan responden yang ramai menerima borang soal selidik secara
keseluruhannya dengan bilangan seramai 17 orang (56.6 %).
Jadual 2 : Taburan Responden Soal Selidik Mengikut UmurJumlah
Responden Mengikut Umur
Umur (tahun)Bilangan (orang)Peratus (%)
16 ke bawah00.00
17-202273.33
21-30516.67
31-4013.33
41-5026.66
51 ke atas00.00
JUMLAH30100
Rajah 3 : Peratus Responden Soal Selidik Mengikut Umur
Carta pai dan jadual menunjukkan bilangan responden yang dipilih
secara rawak berdasarkan umur. Hasil kajian ialah, tiada responden
yang berumur 16 tahun ke bawah menilai borang soal kaji selidik.
Manakala responden yang berumur 17-20 tahun mempunyai bilangan
seramai 22 orang dengan peratus sebanyak 73.33 % yang menerima
borang soal kaji selidik. Responden yang berumur 21-30 tahun
mempunyai bilangan seramai 5 orang dengan 16.67 % dan responden
yang berumur 31-40 tahun pula mempunyai bilangan seramai seorang
(3.33%). Manakala responden yang berumur 41-50 tahun mempunyai
bilangan seramai 2 orang dengan peratusan sebanyak 6.66 % dan tiada
responden yang berumur 50 tahun ke atas bagi menilai borang soal
kaji selidik. Kesimpulannya, responden yang berumur 17-20 tahun
dengan peratusan sebanyak 73.33% merupakan majoriti keseluruhannya
mendominasi dalam penilaian borang soal selidik tersebut. Manakala
responden yang berumur 31-40 tahun (3.33%) merupakan responden yang
jarang sekali menerima penilaian borang soal selidik tersebut.
Jadual 3 : Taburan Responden Soal Selidik Mengikut StatusJumlah
Responden Mengikut Status
StatusBilangan (orang)Peratus (%)
Pelanggan1550.00
Orang Awam1033.33
Pekerja,Staf516.67
JUMLAH30100
Rajah 4 : Peratus Responden Soal Selidik Mengikut Status
Hasil kajian pengkaji mendapati bahawa status responden adalah
berbeza mengikut demografi responden. Bilangan responden yang
berstatus sebagai pelanggan adalah sebanyak 15 orang dengan peratus
50.0%. Manakala bilangan responden yang berstatus orang awam pula
berjumlah 10 (33.33%) daripada 30 orang (100%) secara
keseluruhannya. Bilangan responden yang berstatus pekerja dan staf
pula adalah berjumlah seramai 5 orang (16.67%). Oleh itu, jelaslah
bahawa responden yang berstatus pelanggan merupakan responden yang
ramai menerima borang soal selidik secara keseluruhannya dengan
bilangan seramai 15 orang (50%).
Bahagian B
Dalam bahagian ini diklasifikasikan kepada beberapa tema
persoalan yang berbeza. Empat tema soalan yang diutarakan dalam
kajian ini, iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap barangan yang
disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna,
keadaan kedudukan lokasi syarikat dan tempat pemprosesan serta
ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.Tahap skala1. Sangat Setuju2.
Setuju3. Tidak Setuju4. Sangat Tidak Setuju
1) Tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakanTahap
kepuasan terhadap barangan yang disediakan
BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak
setuju
%%%%
1.Kualiti rumpai laut adalah
memuaskan.2066.66826.6626.6600.00
2.Harga yang ditawarkan adalah
berpatutan2376.66413.33310.0000.00
3.Kuantiti barangan yang diberikan adalah
berpatutan2066.66516.66516.0000.00
Mengenai kualiti barangan rumpai laut yang disediakan oleh
Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd, Seramai 20 orang (66.66%) daripada 30
orang yang memilih Sangat setuju mengenai kualiti barangan rumpai
laut yang disediakan oleh Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd adalah
memuaskan. Seterusnya, seramai 8 orang (26.66%) adalah setuju
dengan penyataan tersebut. Dan selebihnya, seramai 2 orang(6.66%)
yang tidak bersetuju mengenai kualiti barangan Syarikat OMNI-GEL
Sdn Bhd.Mengenai harga yang ditawarkan pula, rata-rata responden
lebih berpuas hati dengan penyataan tersebut. Seramai 23 orang
(76.66%) Sangat Bersetuju dan 4 orang (13.33%) yang bersetuju
mengenai harga yang ditawarkan oleh pengusaha Syarikat ini adalah
berpatutan. Namun begitu, terdapat segelintir pelanggan yang masih
tidak berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan oleh
pengusaha, seperti yang dinyatakan oleh salah seorang
responden.
Pada pendapat ku, tidak wajarlah pengusaha menawarkan harga
sebegitu, kami kan orang susah, jadi biar semua orang di daerah
kita, semporna ini,dapat nikmati barangan itu bersama ah. Tidak
kira miskinkah tau kayakah, yang penting kita nikmati bersama.(
temubual pada 23 Mac 2013 ).Seterusnya, ramai responden yang
berpuas hati tentang kuantiti yang diagihkan kepada pelanggan
mengikut harga yang berpatutan dengan menyatakan Sangat Setuju
dengan sikap adil dalam mengagihkan barangan oleh pengusaha
Syarikat ini. Seramai 20 orang daripada 30 orang dengan peratusan
66.66 % menyatakan Sangat Setuju dengan penyataan ini. Seterusnya,
seramai 5 orang menyatakan Setuju dengan penyataan yang demikian
dengan peratusan 16.66 %. Manakala yang selebihnya menyatakan Tidak
Setuju terhadap penyataan tersebut dengan bilangan seramai 5 orang
dengan peratus 16.66 % atas alasan pengusaha tidak bersikap
adil.
2) Cara layanan staf terhadap pelanggan atau penggunacara
layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna
BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak
setuju
%%%%
1.Pekerja memberikan layanan yang mesra kepada
anda1033.331860.0026.6600.00
2.Pekerja mempunyai tatasusila yang beradab semasa membuat
urusan penjualan2066.66826.6626.6600.00
3.Adil dalam mengagihkan kuantiti
barangan826.661033.331240.000.00
Mengenai penyataan pekerja memberikan layanan yang mesra kepada
anda, Seramai 10 orang (33.33%) daripada 30 orang yang memilih
Sangat setuju mengenai layanan yang mesra kepada responden oleh
pekerja staf Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd adalah memuaskan.
Seterusnya, seramai 18 orang (60.00%) adalah setuju dengan
penyataan tersebut. Dan selebihnya, seramai 2 (6.66%) orang yang
tidak bersetuju tentang layanan yang diberikan kepada responden
daripada pekerja staf Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd.Mengenai penyataan
Pekerja mempunyai tatasusila yang beradab semasa membuat urusan
penjualan pula, rata-rata responden lebih berpuas hati dengan
penyataan tersebut. Seramai 20 orang (66.66%) Sangat Bersetuju dan
8 orang yang bersetuju mengenai tatasusila dan peradaban pekerja
adalah memuaskan hati pelanggan. Namun begitu, terdapat segelintir
pelanggan yang masih tidak berpuas hati dengan harga barangan yang
ditawarkan oleh pengusaha. Seramai 2 orang dengan peratusan 6.66%
tidak bersetuju dengan penyataan tersebutSeterusnya, mengenai
keadilan pengusaha dalam mengagihkan sumber pula, majoritinya
responden kurang berpuas hati dengan menyatakan penilaian tidak
setuju. Seramai 12 orang dengan peratus 40.0 % tidak bersetuju
terhadap penyataan tersebut. Seramai 8 orang (26.66%) sangat setuju
dengan penyataan tersebut dan 10 orang memilih untuk bersetuju.
3) keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan
keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan
BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak
setuju
%%%%
1.Kawasan Syarikat adalah strategik dengan tempat
pemprosesan1033.331860.0026.6600.00
2.Dengan kemudahan perhubungan yang ada, pelanggan dapat
menjalankan urusan jual beli dengan
mudah1550.001446.713.3300.00
3.Syarikat mempunyai kemudahan telekomunikasi yang memudahkan
pelanggan berhubung.2066.661033.330.000.0000.00
Dalam kajian terhadap penyataan ini, hasil mendapati peratusan
paling tinggi terhadap soalan mengenai kawasan Syarikat adalah
strategik dengan tempat pemprosesan ialah 60.00 % iaitu seramai 18
orang responden atau pelanggan yang menyatakan jawapan Setuju, dan
diikuti 10 orang responden dengan kadar peratusan (33.33%)
menyatakan jawapan Sangat Setuju. Selebihnya, seramai 2 orang
(6.67%) menyatakan Tidak Setuju.
Selain itu, mengenai kemudahan perhubungan yang dimiliki
Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. majoriti responden sangat bersetuju
terhadap penyataan tersebut, iaitu seramai 15 orang dengan kadar
peratusan (50.0%). Bagi penilaian Setuju terhadap penyataan ini,
peratusan sebanyak 46.7% seramai 14 orang pelanggan. Seterusnya,
seramai seorang dengan kadar peratusan hanya 3.33% memilih untuk
tidak bersetuju. Oleh itu, rata-rata responden berpuas hati
terhadap kemudahan perhubungan yang dmili oleh syarikat ini.
Dengan kemudahan telekomunikasi yang disediakan, pelanggan
mendapat manfaat daripada perkhidmatan tersebut. Majoritinya,
responden lebih berpuas hati kerana seramai 20 orang dengan kadar
peratusan sebanyak 66.66% memilih skala Sangat Setuju terhadap
penyataan tersebut. Manakala selebihnya hanya bersetuju dengan
kadar peratusan sebanyak 33.33% seramai 10 hanya memilih untuk
Bersetuju.
4) ciri-ciri syarikat tersebut dipilihciri-ciri syarikat
tersebut dipilih
BilItem SoalanSangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak
setuju
%%%%
1.Bergiat lama dalam perniagaan rumpai laut merupakan faktor
yang mendorong pelanggan memilih Syarikat
tersebut.1756.71343.3300.0000.00
2.Berpotensi di pasaran antarabangsa.1550.001550.000.0000.00
3.Syarikat ini memonopoli perniagaan rumpai laut di
Semporna.2066.661033.3300.0000.00
Mengenai penyataan Bergiat lama dalam perniagaan rumpai laut
merupakan faktor yang mendorong pelanggan memilih Syarikat
tersebut., Seramai 17 orang (56.7%) daripada 30 orang yang memilih
Sangat setuju mengenai penyataan tersebut kepada responden.
Seterusnya, seramai 13 orang (43.33%) adalah setuju dengan
penyataan tersebut. Oleh itu, melalui analisis kajian ini pengkaji
mendapati responden sangat bersetuju mengenai faktor Syarikat ini
dipilih adalah kerana bergiat aktif dalam industri rumpai
laut.Mengenai penyataan Berpotensi di pasaran antarabangsa. pula,
rata-rata responden lebih berpuas hati dengan penyataan tersebut.
Seramai 15 orang (50.00%) Sangat Bersetuju dan juga 15 orang
(50.0%) yang bersetuju mengenai penyataan tersebut.
Seterusnya, mengenai penyataan Syarikat ini memonopoli
perniagaan rumpai laut di Semporna. pula, majoritinya responden
bersetuju dengan menyatakan penilaian Sangat Setuju. Seramai 20
orang dengan peratus 66.66% sangat bersetuju terhadap penyataan
tersebut. Manakala selebihnya pula memilih bersetuju. Seramai 10
orang dengan kadar peratusan sebanyak 33.33%. Jelaslah bahawa
responden bersetuju mengenai Syarikat ini memonopoli perniagaan
rumpai laut di daerah Semporna.b)
Melalui kaedah temu bual
Dalam kaedah temu bual, pengkaji mengemukakan soalan meminta
persepsi daripada responden atau pelanggan iaitu adakah anda
berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan oleh pembekal
rumpai laut selepas berlaku peningkatan harga?. Hal ini bertujuan
meminta pendapat daripada responden untuk memberi persepsi mengenai
harga yang ditawarkan oleh pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. di
daerah Semporna. Hanya lebih kurang 9 orang pelanggan sahaja yang
memberikan respon daripada 15 orang yang ditemu ramah. Responden
juga menyatakan pendapat yang positf dan negatif terhadap soalan
meminta persepsi daripada pelanggan. Sebagai contoh, responden
menyatakan, harga barangan mestilah bersesuaian mengikut keadaan
semasa di daerah semporna.
Pada pendapat ku, tidak wajarlah pengusaha menawarkan harga
sebegitu, kami kan orang susah, jadi biar semua orang di daerah
kita, semporna ini,dapat nikmati barangan itu bersama ah. Tidak
kira miskinkah tau kayakah, yang penting kita nikmati bersama.(
temubual pada 23 Mac 2013 ).
Selain itu, pengkaji mengemukakan soalan yang kedua, iaitu,
adakah anda berpuas hati dengan kualiti barangan rumpai laut yang
dikeluarkan oleh Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di Semporna?. Soalan
yang dikemukan bertujuan mengkaji persepsi responden mengenai
kualiti barangan yang disediakan. Hasil kajian mendapati kira-kira
13 orang daripada 15 orang yang menyatakan persepsi positif yang
berbeza. Manakala yang selebihnya, menyatakan komen yang negatif
mengenai kualiti barangan yang disediakan.
Manakala soalan yang ketiga pula, yang menyentuh perkara
mengenai layanan staf dan pekerja di Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd.
iaitu apa pendapat encik/cik mengenai layanan staf pekerja di
Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd itu?. Hasil temu bual mendapati responden
yang memberikan persepsi dan cadangan bahawa pengusaha perlu
mengikuti kursus kaedah untuk menguruskan perniagaan sekaligus
dapat menjadi role model kepada staf-staf lain agar dapat
menggalakkan pekerja untuk lebih komited serta meningkatkan mutu
dan kualiti perniagaan rumpai laut, sekaligus mengurangkan
ketidakpuashatian pelanggan terhadap layanan staf di syarikat
berkenaan.
Seterusnya, pengkaji mengemukakan soalan yang keempat yang
menyentuh mengenai keadilan pengusaha dalam mengagihkan kuantiti
barangan mengikut harga yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati
seramai 15 orang berpuas hati dengan sikap adil pengusaha dalam
mengagihkan barangan mengikut harga yang telah ditetapkan.
b) Cadangan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti
syarikat ini untuk terus berkembang.
Melalui analisis Borang Soal SelidikBahagian C
PerkaraKadar peratus yang SetujuKadar peratus yang tidak
setuju
Kemudahan infrastuktur perlu dinaiktaraf.83%17%
Lokasi syarikat perlu dipindah ke tempat yang lebih
strategik.87%13%
Menggunakan kaedah Mesra Pelanggan apabila menjalankan
urusniaga.100%0%
Menggunakan kemudahan internet untuk memperluaskan pasaran
supaya pelanggan dapat berhubung dengan pihak syarikat dengan lebih
mudah.100%0%
Sumber : Hasil Soal SelidikMenurut analisis yang dilakukan,
majoriti pelanggan atau orang awam di daerah ini bersetuju jika
kemudahan infrastruktur syarikat ini di naik taraf. Bilangan mereka
yang bersetuju adalah seramai 83%. Perkara ini meliputi penggunaan
mesin pengira yang lebih canggih, ruang menunggu yang selesa perlu
disediakan dan ruang syarikat ini perlu diluaskan lagi. Namun
demikian, seramai 17% pelanggan atau orang awam pula tidak
bersetuju jika Syarikat ini di naik taraf kerana selebihnya
berpendapat bahawa kemudahan yang pengusaha sediakan adalah cukup
memuaskan.
Seterusnya, seramai 87% responden yang terdiri daripada orang
awam, pekerja dan pelanggan juga bersetuju jika lokasi syarikat ini
dipindah ke tempat yang lebih strategik. Hal ini kerana, Lokasi
syarikat dengan tempat pemprosesan barangan adalah jauh sekali gus
kesukaran untuk berhubung dan memindahkan barangan yang telah
diproses ke syarikat tersebut dihadapi oleh sesetengah pekerja
syarikat ini. Malah, pelanggan juga akan turut sama mengalami
banyak kesulitan. Namun, seramai 13% pelanggan pula tidak bersetuju
jika lokasi syarikat ini dipindahkan.
Analisis juga mendapati seramai 100% pelanggan bersetuju bahawa
pekerja syarikat ini perlu menggunakan khidmat Mesra Pelanggan.
Perkara ini boleh memudahkan urusan pelanggan kerana tidak perlu
lagi timbul konflik mencurigai layanan staf jika hendak melakukan
urusan jual beli.
Seterusnya, pengkaji juga mendapati seramai 100% responden yang
memiliki status yang berbeza seperti pelanggan, pekerja dan orang
awam bersetuju jika syarikat ini menggunakan kemudahan internet
untuk memperluaskan pasaran. Hal yang demikian bertujuan untuk
memudahkan pelanggan yang bukan sahaja merupakan orang tempatan
malah pelanggan dari luar negara mudah untuk berhubung dengan pihak
syarikat.
Melalui Kaedah Temu bual
Dalam kaedah temu bual, soalan meminta cadangan daripada
responden atau pelanggan iaitu Apakah cadangan anda untuk
meningkatkan lagi mutu dan kualiti barangan yang ditawarkan oleh
pengusaha syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di Semporna, Sabah ?. Hal ini
bertujuan untuk meminta pendapat daripada responden untuk memberi
cadangan dalam meningkatkan lagi mutu dan kualiti barangan yang
ditawarkan oleh pengusaha. Hanya lebih kurang 9 orang pelanggan
sahaja yang memberikan respon daripada 30 borang soal selidik yang
diedarkan. Responden juga menyatakan pendapat yang positf dan
negatif terhadap soalan meminta cadangan daripada pelanggan.
Sebagai contoh, responden menyatakan, layanan staf perlu mesra,
baik, tidak sombong dan sebagainya, sekaligus meningkatkan lagi
keselesaan perkhidmatan pengangkutan bas ekspres.
Selain itu, terdapat juga responden yang memberikan cadangan
bahawa pengusaha juga perlu mengikuti kursus cara untuk menguruskan
perniagaan sekaligus dapat menjadi rol model kepada staf-staf dan
pihak pengusaha syarikat berkenaan agar dapat menggalakkan pekerja
untuk lebih komited serta meningkatkan mutu dan kualiti layanan
staf sekaligus mengurangkan ketidakpuashatian pelanggan terhadap
layanan yang diberikan oleh pihak syarikat.
Di samping itu, ada juga responden yang memberi cadangan bahawa
pengusaha syarikat OMNI-GEL perlu mempertingkatkan prasarana
kawasan syarikat tersebut agar dapat meningkatkan keselesaan
pelanggan misalnya menyediakan ruang menunggu yang lebih luas. Oleh
itu, responden yang memberikan cadangan ini sangat wajar diambil
kira oleh setiap pengusaha syarikat berkenaan supaya urusan jual
beli dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi keselesaan
kepada pelanggan dengan lebih baik.
HASIL PERBINCANGAN
Apakah langkah yang sesuai bagi mengurangkan masalah
ketidakpuashatian pelanggan terhadap barangan yang disediakan dan
pengurusan oleh pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di daerah
Semporna?
Antara langkah bagi menangani masalah ini ialah dengan menaik
taraf penggunaan teknologi pemprosesan. Dalam hal ini, pihak
pengusaha perlu menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih
bagi memastikan kualiti dan mutu sumber alam seperti rumpai laut
akan terjaga. Penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak
berkenaan untuk membuat penambahbaikan dalam menjamin kualiti
barangan dan kepuasan pengguna terhadap barangan yang disediakan.
Selain itu, pihak pengusaha seharusnya membuat penilaian semula ke
atas pekerja syarikat tersebut sama ada mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, pengusaha syarikat OMNI-GEL seharusnya membuat
perancangan dengan teliti terhadap prosedur keselamatan pengguna
produk syarikat tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna
terjamin dan kepuasan pengguna semakin meningkat. Selain itu, ia
dapat menjadi garis panduan kepada syarikat-syarikat yang lain
untuk memperbaiki sistem pengurusan serta mutu barangan
mereka.Seterusnya, pihak pengusaha perlu menaik taraf kemudahan
prasarana yang sedia ada bagi meningkatkan keselesaan pengguna
dalam melakukan urusan jual beli mereka. Hal yang demikian kerana
selain daripada kualiti barangan, soal keselesaan pelanggan dan
staf juga perlu dititikberatkan dan diambil tahu oleh pihak
pengusaha agar melancarkan dan memudahkan pelanggan untuk berurusan
dengan segera.
Oleh itu, pihak pengusaha syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd dalam
memastikan kepuasan pengguna barangan mereka perlulah memainkan
peranan penting agar masalah ketidakpuashatian pelanggan terhadap
barangan yang disediakan sekali gus meningkatkan kualiti dan mutu
pengurusan syarikat dengan lebih berkesan.
RUMUSANSecara keseluruhannya, objektif utama kajian ini adalah
untuk mengkaji persepsi mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara
layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi
syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat OMNI-GEL
Sdn Bhd dipilih oleh pelanggan. Objektif yang lain juga termasuklah
mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti
Syarikat ini untuk terus berkembang. Oleh itu, pelbagai kaedah
telah dijalankan sepanjang kajian ini berlangsung. Antaranya adalah
kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah soal selidik.
Melalui analisis borang soal selidik bahagian b, persoalan yang
pertama iaitu Tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan
menunjukkan bahawa kurang sambutan daripada pelanggan dengan
memperoleh peratusan yang tertinggi sebanyak 76.66%. Seterusnya,
cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna pula menunjukkan
responden berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pengusaha
dengan memperoleh peratusan yang tertinggi sebanyak 66%. Bagi
persoalan yang ketiga iaitu, keadaan geografi lokasi syarikat dan
tempat pemprosesan, masing-masing memperoleh peratusan sebanyak
66.66%.
Seterusnya pada objektif yang kedua pula, iaitu mencadangkan
beberapa langkah untuk meningkatkan populariti syarikat ini untuk
terus berkembang dilaksanakan melalui kaedah borang soal selidik
pada bahagian c dan kaedah temu bual bersama responden. Melalui
borang soal selidik, pengkaji mendapati responden lebih berpuas
hati dengan cadangan yang dikemukakan melalui borang soal selidik
dengan kadar peratusan tertinggi sebanyak 100%. Melalui kaedah temu
bual pula, hasil kajian mendapati responden memberikan komen yang
positif dengan mencadangkan beberapa langkah termasuklah kemudahan
prasarana kawasan syarikat tersebut.
Konklusinya, secara perspektifnya, objektif penyelidikan
mengenai persepsi mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara layanan
staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi syarikat dan
tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd
dipilih oleh pelanggan dan cadangan beberapa langkah untuk
meningkatkan populariti syarikat ini untuk terus berkembang adalah
tercapai dengan jayanya.
RUJUKAN
James Cochran,_____. Dewees: The Island and Its
People_______
http://kabilahabdhassan.blogspot.com/2011/03/kepentingan-rumpai-laut.html
http://nuaipentastick.blogspot.com/2013/03/pbs-pam-contoh-pbs-pam-faktor-faktor.html
http://zarmarinecollagen.blogspot.com/2012/08/kajian-mengenai-rumpai-laut.html
Enca Apin @ John Enca, 1995, Kaedah Penanaman Rumpai Laut,
Bahagian Pengembangan & Latihan, Jabatan Perikanan Sabah.
LAMPIRAN
1) Borang Soal Selidik
BORANG SOAL SELIDIK
SOALAN KAJI SELIDIK( sila tanda [ ] pada ruang jawapan )BAHAGIAN
A (maklumat diri)
1. Jantina : Lelaki Perempuan
2. Umur :16 ke bawah 21-30 41-5017-20 31-40 51 keatas
3. Status :Pekerja Pelanggan Orang Awam
BAHAGIAN Ba) Tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan
(Penyataan untuk pelanggan dan orang awam sahaja)1. Kualiti rumpai
laut adalah memuaskan: Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju
2. Harga yang ditawarkan adalah berpatutanSangat Setuju Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
3. Kuantiti barangan yang diberikan adalah berpatutanSangat
Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
b) cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna(Penyataan
untuk pelanggan)1. Pekerja memberikan layanan yang mesra kepada
andaSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju2. Pekerja
mempunyai tatasusila yang beradab semasa membuat urusan
penjualanSangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
3. Adil dalam mengagihkan kuantiti baranganSangat Setuju Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
c) keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat
pemprosesan(Penyataan terbuka kepada semua)1. Kawasan Syarikat
adalah strategik dengan tempat pemprosesanSangat Setuju Setuju
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
2. Dengan kemudahan perhubungan yang ada, pelanggan dapat
menjalankan urusan jual beli dengan mudahSangat Setuju Setuju Tidak
Setuju Sangat Tidak Setuju
3. Syarikat mempunyai kemudahan telekomunikasi yang memudahkan
pelanggan berhubung.Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
d) ciri-ciri syarikat tersebut dipilih(Penyataan terbuka kepada
semua)1. Bergiat lama dalam perniagaan rumpai laut merupakan faktor
yang mendorong pelanggan memilih Syarikat tersebut.Sangat Setuju
Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
2. Berpotensi dalam persaingan pasaran antarabangsa.Sangat
Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
3. Syarikat ini memonopoli perniagaan rumpai laut di
Semporna.Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
BAHAGIAN C
Cadangan:
1. Kemudahan infrastuktur perlu dinaiktaraf.
2. Lokasi syarikat perlu dipindah ke tempat yang lebih
strategik.
3. Menggunakan kaedah Mesra Pelanggan apabila menjalankan
urusniaga.
4. Menggunakan kemudahan internet untuk memperluaskan pasaran
supayapelanggan dapat berhubung dengan pihak syarikat dengan lebih
mudah.
2) Surat Sokongan Pengetua
3) Gambar Pemprosesan Rumpai Laut