-
PERCUMA EDISI 2 - 8 Julai 2020, 10 - 16 Zulkaedah 1441
Rakyat diseru peka,waspada ancaman denggi
Sekolah bermula 15 dan 22 Julai
Peneroka teruja dapat rumah selesa, harga rendah
MUKA 2 MUKA 9 MUKA 17MUKA 3
Pastikan negeri kekal berdaya saing
MB bentang pelan pulih ekonomi
SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Sharafuddin Idris Shah
Alhaj berkenan semua masjid dan surau di negeri ini dibu-ka semula
mulai 3 Julai untuk solat Jumaat.
Sultan Selangor bertitah rumah ibadat itu juga dibenarkan untuk
mendirikan so-lat fardu lima waktu berjemaah dengan mematuhi
tatacara operasi piawai (SOP).
Solat Jumaat dan fardu berjemaah di
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku
Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di Shah Alam serta Masjid Raja Haji
Fi Sabilillah, Cyberjaya 2, Sepang di-hadkan 1,000 orang.
Kehadiran jemaah semua masjid lain pula ditetapkan maksimum 500
orang ter-takluk kepada kapasiti premis berkenaan.
Bagi surau yang ada kebenaran me-
ngadakan solat Jumaat, bilangan maksi-mum adalah 40 orang.
Syarat sama terpakai untuk solat fardu berjemaah bagi surau lain.
Jumlah tersebut tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid
atau surau.
Sultan Sharafuddin juga mengingat-kan jemaah agar mematuhi SOP
termasuk mengambil wuduk di rumah, memba-wa sejadah, memakai
pelitup muka dan
mengamalkan penjarakan sosial.“Bagi mereka yang tidak sihat
adalah
dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan
surau,” titah baginda me-nerusi kenyataan Setiausaha Sulitnya Dato'
Mohamad Munir Bani pada 1 Julai lalu.
Untuk sambutan Aidiladha pada 31 Julai ini, baginda bertitah
sembelihan korban hanya dilakukan di masjid.
Kebun surau jana RM20,000
Sultan titah semua masjid, surau dibuka semula
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memberi penerangan
mengenai pembinaan Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung ketika
majlis penyerahan surat tawaran pangsapuri itu di Batu Caves pada
27 Jun lalu. Penerimamerupakan peneroka asal Kampung Seri
Temenggong. Foto Radin Wazir
OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN
GOMBAK - Pelan pemulihan ekonomi jang-ka sederhana akan
dibentang pada 13 Julai, hari pertama persidangan Dewan Negeri
Selangor (DNS), kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan itu dirangka untuk
tempoh enam bulan ter-akhir tahun ini bagi memastikan Selangor
kekal berdaya saing dan mampan susulan kesan Covid-19.
“Saya akan maklumkan kepada DNS (mengenai) perancangan Kerajaan
Negeri sehingga akhir tahun supaya kita dapat pu-lihkan
ekonomi.
“Selain itu, kita juga akan membentang- kan pencapaian
pentadbiran Kerajaan Se-langor,” katanya selepas menghadiri
pro-gram Ziarah Kasih Dewan Undangan Ne-geri Sungai Tua pada 27 Jun
lalu.
Sidang itu dijadual diadakan sehingga 24 Julai dengan tatacara
operasi piawai (SOP) ketat. Semua yang terlibat diwajib-kan
menjalani saringan Covid-19.
Pelan tersebut dijangka memberi tum-puan kepada isu perumahan,
pendidikan dan pekerjaan. Siaran langsung DNS boleh diikuti melalui
YouTube TVSelangor.
Sebelum ini, Selangor menyediakan dua fasa pakej rangsangan
ekonomi Se-langor Prihatin, masing-masing berjum-lah RM127.78 juta
dan RM272.5 juta, bagi
membela segenap lapisan rakyat.Melalui pakej itu, penjaja dan
peniaga
kecil berlesen antara penerima bantuan sekali bayar RM500,
petugas barisan hada-pan (RM200), pesakit Covid-19 (RM1,000) dan
mahasiswa (RM200).
Ahli Dewan Negeri diberi kelongga-
ran untuk menggunakan peruntukan RM30,000 bagi membantu orang
ramai yang kesempitan sepanjang Perintah Ka-walan Pergerakan.
Pakej itu juga memberi pengecualian dan penangguhan bayaran
tertentu ter-masuk Projek Perumahan Rakyat, Skim
Smart Sewa dan sewa premis pihak ber- kuasa tempatan.
Selangor turut menganjurkan e-Bazar Raya dan Ramadan bagi
membolehkan usahawan beroperasi. Pasar Agro Sela- ngor turut
diadakan bagi membantu petani memasarkan produk mereka.
MUKA 12 MUKA 12 && 13 13
-
2Utama
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
KEADILAN kukuh di AmpangSHAH ALAM – Dato’ Seri Amirudin Shari
ya-kin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kekal kukuh di Ampang
meskipun sebahagian pemimpin meninggalkan parti itu.
Pengerusi KEADILAN Selangor berkata beliau yakin majoriti ahli
parti setia dengan prinsip perjuangan dan terus memperta- hankan
agenda reformasi sebagai matlamat asas.
"Saya yakin pemimpin masyarakat di sini (Ampang) terus memainkan
peranan pen-ting melaksanakan amanah dan mandat diberikan rakyat,”
katanya pada 21 Jun.
SHAH ALAM – Industri aeroangkasa di Selangor mampu mewujudkan
40,000 peluang kerja dalam tempoh 10 tahun, kata Dato’ Menteri
Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sasaran tersebut bergantung
kepada keadaan ekonomi semasa, namun tidak mustahil dicapai.
“Kalau daripada pengalaman lalu baik selepas perang dunia atau
kemelese-tan ekonomi besar, aeroangkasa akan
meningkat dua kali ganda berbanding sebelum krisis.
“Jika sebelum ini kita anggarkan 20,000 ke 30,000 peluang kerja,
kalau ber-jaya pulihkan sektor ini dengan betul si-lap-silap angka
berganda kepada 40,000,” katanya pada 26 Jun.
Sementara itu, Amirudin berkata program pendidikan teknikal dan
vo-kasional (TVET) terus diperhebat bagi menarik minat belia sekali
gus melahir-
kan tenaga mahir.Di Selangor, katanya, pemerkasaan
TVET melalui Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas
Smart Selangor (Ikti-sass) membabitkan peruntukan RM25 juta.
“Tahun lalu, seramai 46 pelatih Iktis-ass berjaya menamatkan
pengajian da-lam aeroangkasa hasil perkongsian pin-tar dengan GE
Engine Services Malaysia Sdn Bhd selain kerjasama Universiti Kuala
Lumpur dan politeknik,” katanya.
Boleh wujud 40,000 peluang kerja
OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN
SHAH ALAM – Pelan pemulihan ekonomi akan dibentang dalam tempoh
terdekat bagi merancakkan industri aeroangkasa, kata Dato’ Menteri
Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rang-sangan ekonomi dilakukan
bagi menja-dikan Selangor sebagai pemain utama peringkat global
dalam tempoh 10 tahun.
“Penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) beri kesan besar kepada industri aeroangka-sa sama ada bidang
perkhidmatan atau pembuatan.
“Walaupun kebanyakan sektor mula beroperasi, namun proses
pemulihan industri aeroangkasa masih perlahan contohnya kapal
terbang tidak dapat bergerak dan jumlah penumpang juga menurun,”
katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) antara Invest Se-langor Berhad dan Industri
Aeroangkasa Malaysia (MAIA) pada 26 Jun.
Invest Selangor diwakili Ketua Pega-wai Eksekutif Dato’ Hasan
Azhari Idris
Pelan pemulihan ekonomi
Rancakkan industri aeroangkasa
manakala MAIA diwakili presidennya Na-guib Mohd Nor.
Amirudin berkata Kerajaan Negeri se-dia mendapatkan pandangan
pemain utama dari semasa ke semasa bagi me- rancakkan sektor
berkenaan.
Selangor mahu menjadi pemain uta-ma industri aeroangkasa global
pada 2030 menerusi Pelan Tindakan Aeroang-kasa yang dikendali
Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Selangor Darul Ehsan
(S-DAICO).
SHAH ALAM – Permohonan Selangor Ad-vance mula dibuka pada 1
Julai bagi mem-bantu usahawan industri kecil dan sederha-na (IKS)
yang terkesan akibat Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.
“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta bertujuan mempercepat
aliran tunai untuk memulihkan ekonomi golongan berkaitan susulan
Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP).
“Permohonan boleh dibuat meneru-si www.selangoradvance.com.my
dengan melengkapkan butiran seperti nama, e-mel, nama syarikat dan
jawatan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di laman sesawang
amiru-dinshari.com pada 30 Jun.
Beliau berkata tempoh bayaran dibuat dua hari dengan syarat
pemohon perlu mengemukakan dokumen lengkap.
Katanya, pada peringkat awal Selangor Advance diperkenalkan bagi
kerja perolehan, kontrak dan kerja ditender di bawah anak syarikat
Kerajaan Negeri khususnya Pemer-badanan Menteri Besar (MBI
Selangor) sebe-lum dikembangkan kepada pihak berkuasa tempatan
(PBT) dan seluruh aktiviti ekonomi di Selangor.
Selangor Advance dibuka 1 Julai
SHAH ALAM – Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan pemimpin di
Selangor menge-lak sengketa dan amalan mengadu domba sebaliknya
menjunjung mandat rakyat.
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata
pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) di ne-geri ini teguh
kerana terus memegang prinsip perjuangan dan agenda reformasi.
“Usah bazirkan masa kita dengan sengke-ta dan adu domba, perkara
utama adalah menjunjung amanah dan mandat yang telah diberikan
rakyat,” katanya.
Melalui video di Facebook sempena Je-lajah Silaturahim Parlimen
Ampang pada 21 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar berharap penduduk di
situ terus mengekalkan ke- sejahteraan.
Junjung mandat, elak sengketa
SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat lebih peka
terhadap wabak denggi, di sebalik kebimbangan penularan pandemik
Covid-19.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia masih menjadi ancaman
dengan purata peningkatan lapan peratus kes pada se-tiap
minggu.
“Habitat Aedes harus dihapuskan. Pas-tikan kebersihan dan tiada
air terkumpul di kawasan cetek supaya kes denggi tidak berlaku di
kawasan anda,” katanya pada 29 Jun.
Amirudin berkata sejumlah RM5 juta diperuntukkan dalam
Belanjawan Se-langor 2020 bagi memerangi denggi
merangkumi aktiviti pencegahan dan kawalan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Ke- sihatan Negeri Selangor
Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman berkata sebanyak 30,130 kes direkodkan
sehingga minggu epidemik 26 yang berakhir 27 Jun lalu.
“Petaling muncul daerah tertinggi kes demam denggi dengan 10,655
kes diikuti Klang (5,722), Hulu Langat (5,369), Gom-bak (4,366) dan
Sepang (1,674) manakala 29 kematian dilaporkan iaitu penurunan satu
kes berbanding minggu sama tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata 337 lokasi dikenal pas-ti aktif wabak denggi
membabitkan 55
MB seru rakyat peka, waspada ancaman denggiHabitat Aedes harus
dihapuskan. Pastikan kebersihan dan tiada air terkumpul di kawasan
cetek supaya kes denggi tidak berlaku di kawasan andaAMIRUDIN
SHARIDato’ Menteri Besar
kawasan titik panas, tidak terkawal (29), terkawal (238) dan
baharu (15).
Amirudin bersama EXCO Pelaburan, Dato' Teng Chang Khim
menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Invest Selangor dan
MAIA pada 26 Jun
-
Utama3SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
InformasiTerkinidi jari anda
BATU CAVES – Kerajaan Selangor memantau semua projek perumahan
terbengkalai.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata
sebahagian projek tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
“Kita juga akan melihat sama ada terdapat kesan tambahan kepada
jumlah projek peru-mahan terbengkalai selepas PKP.
“Ini kerana selepas PKP mungkin ada be-berapa projek yang tidak
boleh bertahan disebabkan pemaju berdepan tekanan kuat.
“Namun, kita berharap Lembaga Peruma-han Hartanah Selangor dan
EXCO berkaitan meneliti hal ini,” katanya pada 27 Jun.
Projek terbengkalai dipantau
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor beker-jasama dengan Suruhanjaya
Syarikat Ma-laysia (SSM) bagi mengemas kini senarai ahli lembaga
pengarah pemaju peruma-han bermasalah.
EXCO perumahan berkata ia bagi mengelak pihak tidak
bertanggungjawab menubuhkan syarikat baharu serta men-jalankan
projek pembangunan di Selan-gor.
“Maklumat pemaju dan ahli lembaga pengarah projek terbengkalai
akan dipa-parkan di laman web Lembaga Peruma-han dan Hartanah
Selangor (LPHS) serta diedar kepada pihak berkuasa tempatan.
“Kerajaan Negeri tidak berkompromi dengan sikap lepas tangan
pihak pema-ju. Mereka disenarai hitam kerana memi-liki rekod buruk
gagal menyiapkan projek perumahan,” kata Haniza Talha pada 27 Jun
lalu.
Beliau berkata pemaju perlu mendaftar Sistem Pendaftaran Pemaju
(Spem) dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kebenaran merancang
bagi semakan status kelayakan.
“Kebenaran merancang akan ditarik jika Spem mengesan ahli
lembaga pengarah yang disenarai hitam. Cukup-cukuplah kita
berkompromi dengan pihak tidak ber-tanggungjawab dan bagi pihak
Kerajaan Selangor, kita lebih berhati-hati memberi kebenaran
merancang," katanya.
Pemaju rekod burukdisenarai hitam
SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 di negeri ini mencatat satu
angka selama 10 hari ber-turut-turut sejak 21 Jun, kata Pasukan
Petu-gas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).
STFC berkata amalan norma baharu ter-bukti berkesan melandaikan
keluk dengan kes baharu berdigit tunggal dicatatkan lebih
seminggu.
“Dengan kadar yang begitu rendah, po-tensi sifar kes baharu
adalah tinggi,” katanya pada 30 Jun.
Lebih seminggu catat satu angka kes
OLEH ZAREEF MUZAMMIL
BATU CAVES – Seramai 29 peneroka asal Kampung Seri Temenggong di
sini bakal memiliki pangsapuri melalui projek Ru-mah Selangorku
selewat-lewatnya awal tahun hadapan, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berka-ta projek Perbadanan Kemajuan
Ne-geri Selangor (PKNS) dan Melati Ehsan Holdings Berhad, selaku
kontraktor, kini mencapai tahap kemajuan 90 peratus sejak dimulakan
pada Mei 2018.
“Cita-cita kita sejak 2008 untuk pas-
tikan tanah kerajaan boleh dijelaskan, tetapi ada sedikit
masalah sebab sudah jadi (tanah) hak milik maka kita ubah format
dengan bina rumah.
“Selepas ini, mereka boleh tinggal dalam suasana berbeza dengan
pemi-likan tanah yang sah selain dilengkapi kemudahan dan paling
penting tiada perseteruan dengan mana-mana pihak sebagaimana
tahun-tahun sebelum- nya,” katanya pada 27 Jun lalu.
Beliau berkata harga bagi unit pang-sapuri antara RM60,000 ke
RM65,000, enam kali ganda lebih murah ber-
banding nilai asal yang mencecah RM200,000.
"Selain itu keluasan juga ditambah kepada 900 kaki per segi
dengan kemu-dahan dua tempat letak kereta setiap rumah.
“Ini antara ciri-ciri kita mahu bagi me-mastikan tiada sesiapa
tertinggal sebalikn-ya mendapat hak milik seadilnya dan tidak
menganiaya premium tanah yang sudah dibayar pembeli,” katanya
sambil mengin-gatkan bakal pemilik tidak menjual rumah berkenaan
kerana ia aset berharga pada masa depan.
29 peneroka dapat unit Rumah Selangorku
Kediaman selesa, harga lebih rendah
Amirudin meninjau kerja pembinaan pangsapuri Selangorku Seri
Temenggung, Batu Caves pada 27 Jun
BATU CAVES – Peneroka asal Kampung Seri Temenggong teruja
ditawarkan kediaman selesa dengan harga rendah menerusi projek
Rumah Selangorku.
Menyifatkan ia sangat berbaloi, mereka berterima kasih kepada
Kerajaan Selangor pimpinan Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin
Shari atas inisiatif berkenaan sekali gus mengembalikan hak
mereka.
Penduduk hargai usaha Kerajaan Negeri
“Jika diikutkan, tiga tahun lalu kami (peneroka) diberi tawaran
buat rumah berharga antara RM160,000 hingga RM200,000 namun diarah
bayar hanya RM65,000.
“Saya berbesar hati terutama ke-pada Kerajaan Selangor dan
pema-ju yang mengambil berat perkara ini. Anak-anak pasti gembira
dapat
khabar boleh pindah ke rumah baharu awal tahun hadapan."
Abdul Ayup, 74
“Saya terharu kerana harga ditawarkan sangat mampu milik. Ruang
rumah yang luas memberi keselesaan kepada saya lima sekeluarga.
“Saya gembira dan ber-terima kasih kepada Kera-jaan Negeri
kerana mem-bantu kami (peneroka) mendapatkan hak yang
sepatutnya."
Nik Norizan Ibrahim, 58
-
4Utama
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG
GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila
MustaphaAzwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha
Aliff Fikri [email protected]
SHAH ALAM – Bantuan RM400 kepada pe-niaga kecil melalui program
Blueprint Pem-basmian Kemiskinan Selangor melegakan golongan itu
yang terjejas pendapatan su-sulan Covid-19.
Penolong Pegawai Daerah (Pembangu-nan) Hulu Selangor Azizan Mat
Hashim ber-kata seramai 201 peniaga, kebanyakannya penjual makanan
di kawasan berkenaan menerima manfaat.
“Ramai yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
justeru bantuan ini menenangkan mereka. Sebenarnya ramai yang layak
tetapi kita pilih yang terjejas te-ruk,” katanya pada 29 Jun.
Sementara itu, Penghulu Mukim Sungai Buloh 1 Yusri Abdullah
berkata seramai 45 peniaga kecil di kawasannya menerima man-faat
itu selepas putus pendapatan ketika PKP dan kini berniaga di
rumah.
“Bagus apabila ada bantuan ini. Kita juga melawat rumah mereka
untuk lihat perkem-bangan perniagaan,” katanya.
Peniaga kecil lega dapat bantuan
OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri mem-peruntukkan hampir RM430,000
kepada 1,072 penerima Bantuan Blueprint Pem-basmian Kemiskinan yang
terjejas akibat Covid-19.
EXCO pembangunan sosio ekonomi dan kerajaan prihatin berkata
bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Se-langor Prihatin 2.0
membolehkan pene-rima mendapat RM400 seorang yang di-
serahkan kepada wakil di setiap Pejabat Daerah dan Tanah.
“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,
ban-tuan RM400 sedikit sebanyak dapat dija- dikan modal memulakan
kembali perni-agaan.
“Namun, Kerajaan Negeri sentiasa me-nekankan agar penerima
mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kes-ihatan, Majlis
Keselamatan Negara ma- hupun pihak berkuasa tempatan,” kata V
Ganabatirau pada 29 Jun.Terdahulu, beliau menyempurnakan
majlis penyerahan cek cura di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah.
Ganabatirau berkata majoriti peneri-ma menjalankan perniagaan
kecil-keci-lan berasaskan makanan dengan pecah-an kaum 954 Melayu,
India (78) dan Cina (40).
Beliau menjelaskan RM400.28 juta diperuntukkan dalam pakej
Selangor Pri-hatin bagi membantu rakyat.
Blueprint Pembasmian Kemiskinan
RM430,000 bantu 1,072 penerima
Daerah Peruntukan
Hulu Selangor RM80,400
Sabak Bernam RM68,000
Sepang RM67,600
Kuala Langat RM57,200
Klang RM44,400
Kuala Selangor RM41,200
Hulu Langat RM30,400
Gombak RM22,800
Petaling RM18,000Ganabatirau bersama penerima pada majlis
penyerahan program Bantuan Kewan-gan Khas kepada penerima Bantuan
Blueprint Pembasmian Kemiskinan pada 29 Jun
SHAH ALAM – Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) me-
nawarkan program latihan kepa-da usahawan baharu untuk me-mantapkan
strategi perniagaan bagi menarik pelanggan.
Pengurusnya Mohammad Syukri Ismail berkata ia dilak-sanakan
menerusi Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) yang
dibangunkan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC).
“Latihan kami berikan kepa-da peserta sebelum ini berjaya
mengubah beberapa usahawan baharu menjadi usahawan ke-las menengah
selepas produk mereka semakin dikenali apabila tampil dengan
pembungkusan lebih menarik.
“Kita jemput para usahawan meletakkan produk secara percu-ma di
Kedai Serbaneka Kohijrah
dan uruskan strategi pemasaran,” katanya pada 25 Jun.
Menurut beliau, pemasaran produk di Kedai Serbaneka Kohij- rah
tidak tertumpu kepada usa-hawan Selangor, malah terbuka kepada
peniaga seluruh Malaysia.
Kerajaan Negeri memperke-nalkan Seldec untuk usahawan
memasarkan produk ke seluruh Selangor menerusi pembelian da-lam
talian yang disokong Seldec Rider.
Seldec menyasarkan 7,800 pe-luang pekerjaan dalam tempoh lima
tahun selain pembukaan lebih banyak hab pengumpulan produk untuk
dipasarkan.
Kohijrah tawar program latihan
Agihan peruntukan mengikut daerah
-
Utama5SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
InformasiTerkinidi jari anda
SEPANG – Operasi Pasar Agro Selangor pan-du lalu diteruskan
kerana memberi manfaat kepada peniaga dan pembeli, kata EXCO
in-dustri asas tani.
Ir Izham Hashim berkata pasar itu juga ditambah baik selaras
tatacara operasi pia-waian (SOP) bagi memudahkan semua pi-hak.
“Kita akan teruskan. Sejak dilaksanakan ketika Perintah Kawalan
Pergerakan, nilai jualan mencecah hampir RM15 juta.
“Pembeli turut memuji kerana jualan lebih segar dan murah
berbanding harga kawalan malah proses pembelian mudah tanpa
me-merlukan mereka keluar kereta,” katanya pada 22 Jun.
Izham berkata ia juga membantu petani mengatasi masalah lambakan
hasil dan pi-haknya memperuntukkan RM250,000 bagi membeli produk
pertanian berkenaan.
Pasar Agro pandu lalu diteruskan
SHAH ALAM – Kaedah akuaponik dan hidro-ponik diperluaskan kepada
pekebun komu-niti di bandar bagi meningkatkan pengelu-aran hasil
tani.
EXCO pertanian berkata kaedah penana-man moden kawasan kecil di
bandar perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya memberi pulangan tinggi
kepada pekebun.
“Tanaman akuaponik memerlukan ka-wasan kecil malah satu per
empat ekar sudah mencukupi dengan binaan penghadang hu-jan selain
menghasilkan sayur-sayuran dan ikan bernilai tinggi serta
bermutu.
“Begitu juga hidroponik yang boleh di-buat di luar atau dalam
rumah penghadang hujan. Keadaan tanah dan cuaca tidak men-jadi
masalah kerana menggunakan media cecair serta baja mesra alam,”
kata Ir Izham Hashim pada 24 Jun.
Akuaponik tingkat hasil pekebun bandar
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menyasar- kan 35 peratus daripada
keluasan tanah di Selangor sebagai hutan simpan kekal da-lam tempoh
lima tahun.
EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata ia sasaran jangka panjang
manakala jang-ka pendek tidak kurang 30 peratus daripa-da keluasan
tanah negeri.
“Ia menyaksikan peningkatan men-jelang 2025 meliputi kawasan
kira-kira 250,207 hektar termasuk hutan darat asli, hutan paya
gambut dan hutan paya laut.
“Manakala, bagi setiap pengambilan ka-wasan hutan simpanan kekal
untuk pem-bangunan, pembinaan talian penghantar elektrik, lebuh
raya dan saluran paip ia per-lu digantikan dengan sama saiz atau
lebih kawasan hutan gantian,” katanya pada 24 Jun.
Sasar 35 peratus hutan simpan kekal
OLEH ZAREEF MUZAMMIL
SHAH ALAM – Selangor berpoten-si memperluaskan tanaman durian
kerana mempunyai akses logistik dan pelancongan tani, kata penolong
pen-garah kanan Lembaga Pemasaran Per-tanian Persekutuan (Fama)
Selangor.
Mohd Firdaus Ab Aziz berkata du-rian boleh menjadi penyumbang
pendapatan negara menggantikan ta-naman lain yang kurang
menghasilkan pulangan.
“Durian klon komersial seperti D197 atau Musang King
dikategorikan se-bagai sumber kekayaan baharu nega-ra selain
kelapa, nanas, jagung bijirin dan tenusu.
“Ia boleh ditanam atau diusahakan di mana-mana sahaja selain
pengusa-ha perlu memastikan bekalan air men-cukupi, pembajaan dan
pengurusan ladang yang sesuai,” katanya pada 26 Jun.
Beliau berkata Malaysia turut men-jadi pengeksport durian Musang
King kepada hampir 20 negara termasuk Singapura, China, Korea dan
Amerika Syarikat.
Jadi sumber kekayaan baharu
Selangor berpotensi perluas hasil durian
Peniaga menunjukkan durian Musang King yang dijual di gerai
berhadapan Giant Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Jun
SHAH ALAM – Selangor mengenal pasti lebih 12 jenis tanaman
sokongan berpo-tensi dipasarkan secara meluas.
EXCO pertanian Ir Izham Hashim berkata ia termasuk durian
belan-da, nanas MD2, halia, cendawan,
pisang Cavendish, roselle (asam paya) dan kelapa pandan.
“Di Selangor Fruits Valley (SFV) kita usa-
hakan hampir 400 ekar durian bermu-tu tinggi manakala
durian Belanda di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan
Selangor kelolaan Jabatan Pertanian Selangor,” katanya pada 24
Jun.
SFV di Rawang adalah ladang buah-buahan tropika berkeluasan 646
hektar yang memiliki tanaman seperti belimbing, jambu batu,
rambutan, pula-san dan betik.
Ia diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri memodenkan
sektor pertanian supaya lebih berdaya maju dan bersifat
komersial.
SHAH ALAM – Lima ketua kampung wanita di negeri ini mempamerkan
prestasi cemerlang walaupun berdepan cabaran termasuk kawalan
emosi.
EXCO pembangunan luar bandar berkata kejayaan diukur melalui
pe-nilaian bintang dan kerjasama de-ngan ahli jawatankuasa di
kawasan ma- sing-masing.
“Cabaran wanita sebagai pemimpin di kampung berbeza dengan
bidang korporat, justeru elemen ini (kawalan emosi) perlu diberi
perhatian kerana ia menentukan kelancaran urus tadbir.
“Setakat ini, semua ketua kampung baik lelaki mahupun wanita
menjalan- kan tugas dengan baik,” kata Rodziah Ismail pada 28
Jun.
Seramai 371 ketua kampung didaf- tarkan di seluruh negeri bagi
sesi 2018/2020 yang berkhidmat mulai 1 Oktober 2018 hingga 31
Disember 2020.
Selangor muncul negeri pertama melantik ketua kampung wanita
se-laras hasrat memberdaya golongan itu sebagai pembuat
keputusan.
Ketua kampung wanita tunjuk prestasi baik
Lebih 12 tanaman sokongan miliki potensi pasaran
-
6Utama
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
BATU CAVES – Kerajaan Negeri menum-pukan strategi memulihkan
semula pe-lancongan domestik yang terjejas susulan pandemik
Covid-19.
Dato’ Menteri Besar berkata jumlah pe-lancong masih rendah
meskipun sektor tersebut dibuka berperingkat mulai 4 Mei lalu.
“Pengunjung masih tidak selesa dan mungkin mengambil masa antara
enam hingga setahun untuk pulih, justeru kita tumpu (pelancongan)
domestik supaya pasaran ini betul-betul digerakkan,” kata Dato’
Seri Amirudin Shari pada 27 Jun.
Beliau berkata usul mengenainya diben-tangkan Tourism Selangor
dalam Mesyua-rat Tindakan Ekonomi Selangor baru-baru ini.
Rangka strategi, tumpu domestik
SHAH ALAM – Lokasi pelancongan Sky Mir-ror di Kuala Selangor
beroperasi kembali selepas hampir tiga bulan ditutup susulan
Perintah Kawalan Pergerakan.
Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Ju-wairiya Zulkifli berkata
orang ramai digalak-kan berkunjung ke situ selari kempen Pusing
Selangor Dulu! bagi merasai keindahan serta pengalaman unik ketika
berada di negeri ini.
“Ketika berada di Sky Mirror, pengunjung berpeluang melihat
beting pasir di permu-kaan laut untuk selama beberapa jam akibat
fenomena air surut.
“Suasana berkenaan pasti membuat pe-ngunjung teruja tetapi
jangan lupa untuk patuh tatacara operasi piawai (SOP) Kemen-terian
Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada 25 Jun.
Sky Mirror Kuala Selangor dilawati ham-pir 200 pelancong setiap
hari dari dalam dan luar negara termasuk Jepun, Korea, Taiwan dan
Hong Kong.
Sky Mirror kini boleh dikunjungi
SHAH ALAM – Keunikan produk pelancon-gan yang belum popular di
negeri ini antara fokus Tourism Selangor bagi menarik sem-ula
pengunjung selepas sektor itu kembali beroperasi bulan lalu.
Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata ia termasuk Chong
Kok Kopitiam di Klang, Wishing Tree di Sabak Bernam dan Kuil Wat
Chetawan di Petaling Jaya.
“Usaha promosi digerakkan secara ak-tif melalui laman sesawang
Selangor.travel serta media sosial.
"Selain itu, semua pusat pelancon-gan digalakkan membuat
pembersihan menyeluruh supaya pelancong berasa se-lamat untuk
mengunjungi premis mereka,” katanya pada 23 Jun.
Tonjol lokasi unik belum popular
OLEH NADIAH ZAMLUS
SHAH ALAM – Tourism Selangor sedia meneliti program pelancongan
baharu menggantikan aktiviti tahunan berska-la besar selari
perkembangan semasa Covid-19.
Pengurus besarnya mengakui acara ta-hunan berskala besar seperti
Festival Bon Odori dan Selangor International Indige-nous Arts
Festival (SIIAF) penting untuk menjana ekonomi negeri.
Namun, Azrul Shah Mohamad berka-ta penganjurannya terpaksa
dibatalkan bagi memenuhi garis panduan Kemen- terian Kesihatan
Malaysia (KKM).
“Bagaimanapun, Tourism Selangor se-dang menilai dan membuat
perancangan rapi berkenaan beberapa acara pelan-congan baharu yang
lebih relevan dilak-sanakan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan.
“Sekiranya ada program pelancon-gan terbaharu, kita hebahkannya
kepa-da masyarakat menerusi pelbagai me-dium yang mudah untuk
mereka tahu,” katanya.
Tahun lalu, Festival Bon Odori di Kom-pleks Sukan Negara
(Panasonic) meneri-ma kehadiran lebih 40,000 pengunjung.
Festival berskala besar yang diadakan sejak 2008 mendapat
kerjasama penuh
Ganti program skala besar
Teroka tarikan baharu gamit pengunjung
SHAH ALAM – Pembukaan semula pintu sempadan negara untuk
perubatan mem-beri kelebihan buat Selangor kerana lebih 20 hospital
ber-daftar dengan Majlis Pelan-congan Kesihatan Malaysia (MHTC)
terletak di negeri ini.
Pengurus Besar Tourism Se-langor Azrul Shah Mohamad berkata
pengumuman itu membolehkan pihaknya fokus kepada sektor pelancongan
perubatan bagi menjana ekonomi negeri sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan
Pemulihan (PKPP).“Antara hospital berdaftar dengan
MHTC ialah Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Wanita Metro,
Hospital Mata Tun Hussein Onn, Hospital Columbia Asia Puchong, Prof
Muhaya Eye & Lasik Centre serta Avisena Specialist
Hos-pital.
“Justeru, sasaran baharu kedatangan pelancong se-
ramai enam juta orang pada tahun ini boleh tercapai,”
katanya.
Pada Februari lalu, Azrul Shah berkata bagi tempoh Januari
hingga September 2019, seramai 142,000 pelancong Indo-nesia
direkodkan memasuki negeri ini untuk perubatan.
Sementara jumlah pesakit mendapat-kan rawatan di Selangor
meningkat dari-pada 135,000 pada 2015 kepada 240,000 orang pada
2018.
Pada 16 Jun lalu, Menteri Kanan (Ke- selamatan) Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata kemasukan warga asing ke nega-ra ini
untuk perubatan dibenarkan tetapi perlu mendaftar dengan MHTC.
Pelancongan perubatan 'lubuk' jana ekonomi
SHAH ALAM – Orang ramai boleh mengikuti sidang mesyuarat kedua
penggal ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 pada 13 hingga 24
Julai se-cara langsung menerusi YouTube TV Se-langor.
Berita terkini berkaitan persidangan boleh diperolehi dengan
melayari portal
berita SelangorKini.Sidang yang berlangsung dua ming-
gu dipantau ketat dengan mewajibkan semua individu terlibat
menjalani sari- ngan Covid-19.
Speaker DNS Ng Suee Lim berkata sa-ringan dengan kerjasama
Jabatan Kesi-hatan Negeri Selangor (JKNS) dilakukan
secara pandu lalu lima hari sebelum per-sidangan bagi
keselamatan dan kesiha-tan setiap individu.
DNS sempat bersidang selama dua hari mulai 16 Mac lalu sebelum
ditang-guhkan susulan Perintah Kawalan Perge- rakan (PKP) yang
diperkenalkan secara mengejut akibat penularan Covid-19.
Saksikan sidang dewan secara langsung
Kerajaan Negeri, Tourism Selangor, In-vest Selangor Sdn Bhd,
Sekolah Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun.
Sementara SIIAF yang mempamer-kan khazanah warisan kaum Orang
Asal
menarik lebih 10,000 pengunjung.Tahun lalu, acara tahun itu
turut di-
sertai Orang Asal dari Comoros Island, Afrika, Papua New Guinea,
Korea Sela-tan, Taiwan, Indonesia dan Sri Lanka.
Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah
Alam pada 20 Julai tahun lalu menarik kehadiran lebih 40,000 dan
menjana ekonomi negeri
-
Nasional7SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
InformasiTerkinidi jari anda
KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diun-jurkan menguncup sebanyak
3.1 peratus ta-hun ini akibat kelembapan aktiviti ekonomi susulan
pandemik Covid-19 dan dijangka kembali mencatat pertumbuhan pada
2021 pada 6.9 peratus berikutan penularan wa-bak semakin
berkurangan, menurut Bank Dunia.
“Unjuran dalam jangka masa terdekat, bagaimanapun, tidak dapat
dipastikan pada masa ni.
“Pandemik ini, disertai dunia pekerjaan yang berubah turut
meningkatkan keper-luan sistem perlindungan sosial yang le-bih baik
di Malaysia,” kata Bank Dunia da-lam laporan Pemantauan Ekonomi
Malaysia bertajuk ‘Surviving the Storm'.
Laporan itu turut menyarankan usaha kerajaan dalam masa terdekat
untuk mem-beri tumpuan kepada usaha membantu dan pemulihan dengan
meningkatkan bantuan sosial kepada golongan isi rumah berpendapatan
rendah, menambah baik penyampaian program perlindungan sosial serta
mempromosi pemulihan pekerjaan. – BERNAMA
Ekonomi negara kuncup 3.1 peratus
KUALA LUMPUR – Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia
berkembang 2.9 peratus suku ke suku pada suku pertama 2020 ke-pada
RM1.5 trilion apabila kedua-dua bon kerajaan dan korporat meningkat
di ten-gah-tengah penularan pandemik Covid-19, kata Bank
Pembangunan Asia (ADB).
ADB dalam keluaran terbaharu laporan Asia Bond Monitor yang
dikeluarkan pada 25 Jun berkata jumlah sukuk tertunggak, atau bon
Islam meningkat 3.1 peratus suku ke suku kepada RM966.7 bilion pada
akhir Mac.
“Bon kerajaan membentuk 52.6 pera-tus daripada keseluruhan bon
mata wang tempatan Malaysia dengan nilai mencecah AS$186 bilion
(AS$1=RM4.27).
“Ini merupakan peningkatan 3.9 peratus daripada suku sebelumnya
dan 4.9 peratus lebih besar berbanding tempoh yang sama pada 2019,”
kata bank itu.
ADB berkata bon korporat menyumbang 47.4 peratus daripada jumlah
bon, bernilai AS$167.6 bilion pada Suku Pertama 2020. – BERNAMA
Bon mata wang tempatan naikSERDANG – Pelan Strategik
Pembangu-
nan Industri Tuna 2020-2030 sedang dise-diakan bagi
mengembangkan industri perikanan tuna sebagai salah satu sum-ber
kekayaan baharu negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Perikanan.
Datuk Munir Mohd Nawi berkata pelan itu mengandungi 10 strategi
dan inisiatif
pembangunan dan pengurusan industri tuna negara.
“Sehingga 2019, sebanyak 17 vesel (kapal) penangkapan tuna dan
sebuah vesel carrier dilesenkan yang beroperasi di Lautan Hindi
dengan hasil tangkapan sebanyak 2,760.60 tan metrik dengan nilai
anggaran RM35 juta,” katanya pada 24 Jun.
Menurut Munir, industri tuna terbaha-gi kepada dua iaitu tuna
oseanik dan tuna neritik.
Pelabuhan Pulau Pinang dan Langkawi disenaraikan Jabatan
Perikanan sebagai pelabuhan pendaratan tuna oleh kapal beroperasi
di Lautan Hindi, katanya. -BER-NAMA
Kembang industri tuna, sumber kekayaan baharu
SHAH ALAM – Hampir 70 juta buku terkumpul di gudang selepas
Pes-ta Buku Kuala Lumpur 2020 (PBKL 2020) ditangguhkan susulan
penu-laran Covid-19, kata pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
(MBKM).
Khair Ngadiron berkata kesan pan-demik masih dirasai walaupun
jualan buku mula beralih dalam talian.
“Kita sedang melihat sama ada jualan secara dalam talian ini
mem-berikan kesan langsung atau tidak, tetapi jualan fizikal masih
perlu.
“Pembelian secara organisasi seperti sekolah biasanya
menggu-
nakan surat tawaran dan agak sukar dijalankan melalui dalam
talian,” ka-tanya pada 26 Jun.
Beliau berkata, MBKM mengambil pendekatan baharu menganjurkan
jualan buku terbesar menerusi la-man e-dagang Shopee bermula 26 Jun
hingga 8 Julai bagi mengurang-kan kesan penangguhan PBKL 2020.
Menurutnya, sebanyak 140 pe-niaga menyertai jualan itu dengan
pelbagai tawaran potongan har-ga menggantikan pesta buku yang
sepatutnya berlangsung 27 Mac hingga 5 April lalu.
70 juta buku tersadai kini di Shopee
SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan akan berlaku
adil ter- hadap semua negeri walaupun berada di bawah pimpinan
pembangkang sebagai usaha menjana semula ekonomi nega-ra susulan
impak penularan pandemik Covid-19.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak timbul
perbezaan ideologi politik dalam isu pembangunan ekonomi kera-na ia
tanggungjawab bersama terutama ketika pasca Covid-19.
“Kita ketepikan politik, ini adalah ma-sanya kerajaan
Persekutuan dan kera-jaan negeri perlu berganding bahu un-tuk
menangani cabaran yang dihadapi semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan Covid-19.
“Sangat penting bagi kita, kerajaan Persekutuan dan negeri untuk
saling bekerjasama,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan
Pembangunan Negeri Se-langor (MTPNg) yang turut dihadiri Dato’
Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amiru-din Shari 29 Jun lalu.
Mengenai mesyuarat tersebut, Mo-
Jana pembangunan selepas Covid-19
Adil kepada semua, tolak ideologi politik
hamed Azmin yang juga Pengerusi MT-PNg Selangor berkata ia
bersetuju supaya beberapa projek infrastruktur diluluskan sebelum
ini disegerakan pelaksanaannya.
Beliau berkata langkah berkenaan dilihat perlu dilakukan kerana
projek in-frastruktur tersebut mempunyai kesan gandaan terhadap
penjanaan ekonomi negeri dan juga negara.
Selain itu, katanya, mesyuarat tersebut
juga menumpukan kepada keperluan in-frastruktur bagi menyokong
pertumbu-han ekonomi digital di Selangor.
“Hari ini (29 Jun), Telekom Malaysia Berhad membentangkan kertas
kerja mengenai usaha Kerajaan Selangor untuk meningkatkan
infrastruktur jalinan fiber optik di negeri ini dan kita akan
member-ikan sokongan terhadap langkah terse-but,” katanya. –
BERNAMA
Mohamed Azmin mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri
Selangor (MTPNg) yang turut dihadiri Amirudin di Shah Alam, pada 29
Jun lalu
-
8Nasional
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
SHAH ALAM – Kadar sembuh kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan
96.4 peratus, an-tara tertinggi di Asean, kata ketua pengarah
kesihatan.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ka-dar kematian juga
antara terendah di seluruh dunia iaitu 1.41 peratus dan tiada kes
dilapor-kan dalam tempoh 12 hari sejak 15 Jun lalu.
“Genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan
dilaksanakan, kes harian mencapai satu angka selama empat hari
berturut-turut mulai 23 Jun lalu, malah penularan dalam kalangan
rakyat tem-patan menurun.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangki-tan Covid-19 juga menurun
setiap hari. Un-tuk pertama kali sejak PKP dikuatkuasakan, kes
aktif kurang 200 pada hari ini,” katanya pada 26 Jun.
Kadar sembuh antara tertinggi
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Ma-laysia (KKM) mengesan satu
lagi komplikasi terhadap bekas pesakit Covid-19 iaitu keta- hanan
tubuh tidak kekal.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata
pihaknya mendapati antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG
(immunoglobulin G) berkura- ngan selepas tiga bulan.
“Jadi mungkin ada kesan kepada imuniti individu tersebut. Jadi
kalau individu terse-but mempunyai imuniti yang rendah, maka mudah
mendapat jangkitan kuman lain bu-kan hanya Covid-19,” katanya pada
24 Jun.
Dr Noor Hisham berkata rawatan susulan perlu dilakukan bagi
memantau kesihatan bekas pesakit terutama dalam kategori 4 dan
5.
KKM kini melaksanakan pemantauan ter-hadap pesakit yang pulih,
bagi melihat ke-san sampingan jangka panjang. – BERNAMA
Antibodi bekas pesakit menurun
SHAH ALAM – Pematuhan masyarakat ter-hadap tatacara operasi
piawai (SOP) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) semakin menurun, kata ketua pengarah
kesihatan.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan beberapa premis
perniagaan dan syarikat beroperasi tidak mengikut tatacara
sepatutnya.
“SOP dan norma baharu sering ditekan-kan kerajaan sememangnya
bertindak se-bagai sistem pertahanan negara terhadap penularan
Covid-19.
“Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai
tidak alpa dan men-gambil mudah dengan pematuhan ini,” ka-tanya
pada 25 Jun.
PKPP: Premis niagamudah alpa SOP
SHAH ALAM – Politik tidak wajar jadi medan sepak terajang
merebut kuasa, sebalik- nya memainkan peranan merangka dasar
terbaik mengurus tadbir rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pel-bagai kenyataan bahkan tohmahan berkaitan isu
peralihan kuasa disuara-kan kebelakangan ini hingga menga- baikan
tanggungjawab sebenar se-orang pemimpin.
“Kita perlu balik kepada landasan ba-hawa politik ini bukan
sepak te- rajang politikus untuk sekadar mencari helah atau taktik
mere-but kuasa. Politik terkait dengan urus tadbir dan soal
rakyat.
“Apakah politik ini bermak-na kita perlu memperkaya-kan sanak
saudara dan puak kita. Apakah (politik) ini tan-pa dasar yang nak
menjaga kepentingan rakyat jelata?”
katanya pada 26 Jun.Sebaliknya, presiden Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN) berkata keutamaan
harus diberi bagi mencari titik perda-maian apabila wujud
pertikaian sete- rusnya mengumpul kekuatan memba- ngunkan
negara.
Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan menjelaskan pemimpin
tidak harus menyimpan dendam kesumat teta-pi mendepani masalah
rakyat dengan mencari hala tuju baharu yang memba-wa perubahan
lebih baik.
“Tentunya (perlu) penghayatan Islam, soal kedudukan orang
Melayu, Bumipu- tera dan rakyat di negara kita. Bagi saya ini harus
menjadi tekad kita dan landasan kita,” kata Anwar.
Politik bukan ‘sepak terajang’ rebut kuasa
SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menggesa parti
gabungan Pa-katan Harapan (PAKATAN) berusaha mem-perkukuh kerjasama
berikutan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin diawalkan.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata
PAKA-TAN perlu bersiap sedia kerana PRU15 di-
jangka lebih awal daripada 2023, tempoh mandat sepatutnya
berakhir.
“Majlis Pimpinan Pusat (KEADILAN) berpendirian bahawa kerjasama
an-tara parti-parti Pakatan Harapan mesti diperkukuh,” katanya pada
28 Jun.
Beliau juga mengingatkan parti gabungan supaya tidak
terperangkap
dengan usaha pihak tertentu mela-ga-lagakan mereka sebagaimana
pen-galaman KEADILAN.
Dalam kenyataan sama, beliau ber-kata parti juga berpendirian
cadangan berkaitan calon perdana menteri tidak harus dijadikan
mainan politik peribadi mana-mana tokoh.
PAKATAN diseru perkukuh kerjasama hadapi PRU15
OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibra-him mengulangi gesaan supaya
sidang Parlimen diadakan secepat mungkin jika Kerajaan Persekutuan
benar-benar menjunjung tinggi institusi itu sebagai tiang seri
demokrasi.
Menurut beliau, Parlimen bukan sekadar tempat mewujudkan
un-dang-undang baharu tetapi sebagai badan pengimbang kepada cabang
ek-sekutif seperti dinyatakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
“Namun, lain halnya di Malaysia di mana kerajaan yang ada pada
hari ini, yang tidak hanya tidak ada keabsah-an tetapi
terus-terusan menginjak se-tiap aspek demokrasi, termasuk terus
mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen atau Dewan Rakyat.
Landasan penting lulus peruntukan, elak kecurangan
Anwar desak sidang Parlimen dipercepat
“Gejala ini ternyata tidak berlaku di negara-negara maju yang
lain, terma-suk jiran kita Singapura,” kata ketua pembangkang dalam
kenyataan sem-pena Hari Parlimen Sedunia 2020 pada 30 Jun.
Beliau berkata peranan Parlimen tatkala pandemik Covid-19 bagi
melu-luskan peruntukan kecemasan me-mastikan kebertanggungjawaban
dan meneliti setiap tindakan Kerajaan agar kebocoran atau
kecurangan dielakkan.
Namun, lain halnya di Malaysia di mana kerajaan yang ada pada
hari ini, yang tidak hanya tidak ada keabsahan tetapi terus terusan
menginjak setiap aspek demokrasi, termasuk terus mengelak untuk
mengadakan sidang Parlimen atau Dewan RakyatANWAR IBRAHIMKetua
Pembangkang
-
Nasional9SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
InformasiTerkinidi jari anda
SHAH ALAM – Sebanyak 54 taman tema yang melibatkan lebih 10,000
tenaga ker-ja dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai, kata menteri
kanan (keselamatan).
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata had pengunjung
berdasarkan kapasiti ru-ang serta saiz taman tema.
“Pengusaha perlu patuh tatacara operasi piawai (SOP) termasuk
penjarakan sosial se-tiap masa, memeriksa suhu badan pengun-jung
serta menyediakan cecair pembasmi kuman.
“Pengusaha juga perlu mengikut garis panduan pengurusan dan
penyelengga-raan kolam renang awam pihak berkuasa tempatan serta
garis panduan pemantau-an kualiti kolam air,” katanya pada 29
Julai.
Ismail Sabri berkata pengunjung perlu mendaftar melalui aplikasi
MySejahtera. Garis panduan boleh dirujuk melalui la-man sesawang
Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya.
54 taman tema kembali dibuka
KUALA LUMPUR – Lanjutan moratorium bersasar adalah terpulang
kepada bank, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul
Aziz.
Bagaimanapun, beliau berpendapat ba-hawa bank perlu mengkaji
bantuan disasar-kan tetapi menekankan ia tidak boleh dipak-sa
berbuat demikian.
“Terdapat banyak permintaan daripa-da mereka yang memerlukan
lebih banyak masa untuk moratorium. Oleh itu, ini sebe-narnya
terpulang kepada bank sama ada mereka boleh atau tidak tetapi pada
pan-dangan peribadi saya, kita perlu menolong orang yang perlu
ditolong,” katanya pada 28 Jun.
Beliau berkata di bawah Pakej Rangsan-gan Ekonomi Prihatin
Rakyat (PRIHATIN), BNM mencadangkan moratorium automatik kepada
semua pembayaran balik pinjaman oleh individu serta perusahaan
kecil dan se-derhana selama enam bulan bermula 1 April hingga 30
September yang memberi man-faat kepada semua orang.
“Pada masa akan datang, saya fikir yang terbaik ialah kita
memberi tumpuan kepa-da kumpulan sasaran memerlukan,” katanya. –
BERNAMA
Lanjut moratorium terpulang bank
KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,200 pemandu mabuk dan positif
kandungan alkohol melebihi had ditahan meneru-si Op Mabuk sejak
awal tahun hingga 15 Jun.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit
Aman Datuk Azis-man Alias berkata jumlah itu direkodkan menerusi
507 operasi yang dijalankan di
seluruh negara.“Daripada jum-
lah itu, 14,949 in-dividu diperiksa berbanding tem-poh sama
tahun lepas dengan ha-nya 6,426 peme- riksaan ke atas pe-
mandu direkodkan.“Peningkatan jumlah pemeriksaan me-
nerusi operasi ini jelas menunjukkan usa-ha polis membanteras
gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol melebihi had
ditetapkan,” katanya pada 26 Jun.
Azisman berkata, dalam masa sama, polis masih giat menjalankan
Op Mabuk setiap hari dengan tumpuan diberi pada hujung minggu
berikutan dalam tempoh berkenaan didapati lebih banyak kes
pe-manduan bawah pengaruh alkohol di- laporkan. – BERNAMA
1,200 pemandu mabuk ditahan sejak Januari
SHAH ALAM – Prestasi cemerlang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri
Amirudin Shari mentadbir Selangor dipuji.
Menteri Perdagangan Antarabang-sa dan Industri, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali gembira negeri itu dipimpin pasukan yang kuat
untuk meneruskan dasar peduli rakyat.
“Selangor sangat penting bagi ke- rajaan Persekutuan dan
menyumbang lebih 23 peratus kepada keluaran da-lam negara kasar
nasional, justeru kita harus pastikan tiada gangguan.
“Saya sekarang mewakili kerajaan (pusat) tetapi Selangor sangat
dekat di hati saya dan saya gembira negeri
ini mempunyai pasukan yang kuat di bawah (pimpinan) Amirudin,”
katanya seperti dilaporkan The Star pada 29 Jun.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Tindakan Pembangunan Negeri Sela- ngor yang turut disertai
Amirudin.
Amirudin tadbir Selangor dengan baik
Kementerian sedia tiga model
Sekolah bermula 15 dan 22 JulaiOLEH AMIN RIDZUAN ISHAK
SHAH ALAM – Pelajar peringkat menengah yang tidak menduduki
peperiksaan awam memulakan perse-kolahan mulai 15 Julai ini, kata
menteri kanan (pendidikan).
Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata mu-rid tahun lima dan enam turut
memu-lakan pembelajaran pada tarikh sama manakala tahap lebih
rendah mulai 22 Julai.
“Berdasarkan situasi semasa penu-laran Covid-19, Kementerian
Kesiha-tan serta Majlis Keselamatan Negara bersetuju pembukaan
penuh sekolah dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya pada 1
Julai.
Mohd Radzi berkata sesi perseko-lahan akan dibuat mengikut tiga
mo- del yang ditetapkan Kementerian Pen-didikan iaitu satu sesi,
dua sesi dan sistem penggiliran.
Katanya, satu sesi dilakukan jika se-kolah ada ruang mencukupi
termasuk kelas untuk mematuhi penjarakan so-sial manakala dua sesi
diamal sekira- nya tidak berupaya berbuat demikian.
Mengikut sistem penggiliran untuk sekolah menengah pula, beliau
berka-ta pelajar tingkatan satu hingga empat hadir bergilir
berdasarkan kelas atau aliran.
"Jika sekolah mempunyai ruang mencukupi, murid tingkatan empat
akan turut hadir setiap hari,” katanya.
Bagi sekolah rendah pula, Mohd Radzi berkata murid tahun satu
hingga enam hadir bergilir dan pembelajaran diteruskan di rumah
ketika giliran tidak ke sekolah.
Senarai sekolah mengikut model akan dimaklumkan Kementerian
Pen-didikan selewat-lewatnya seminggu sebelum persekolahan dibuka
semula.
Berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19, Kementerian
Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara bersetuju pembukaan penuh
sekolah dilaksanakan dalam tempoh terdekatDR MOHD RADZIMenteri
Kanan (Pendidikan)
-
10 SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
DIBUKA UNTUK JUALAN
-
DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 2 - 8 Julai
2020
InformasiTerkinidi jari anda
inggu lepas kita sudah menelusuri beberapa teknologi terbaharu
serta trend digitalisasi terkini. Selain
ciptaan inovatif seperti penggunaan dron dan juga meluasnya
kecanduan kepada platform di ‘permukaan’ seperti WhatsApp, Telegram
dan Instagram, banyak lagi yang tersembunyi dalam apa yang
dipanggil Dark Web (Web Gelap).
Dunia Web Gelap ini terselit di celah-celah transaksi ‘halal’
dan sah yang berlaku setiap saat dan menghubungkan pembunuh upahan,
penjual senjata curi, tentera penggodam upahan, pereka dadah
sintetik terbaharu serta apa-apa sahaja perkara yang mampu
difikirkan tetapi tidak mungkin dijual secara terbuka di alam maya
yang biasa kita layari.
Dengan menggunakan mata wang tersendiri yang dipanggil mata wang
kripto, banyak urusan jualan barangan berunsurkan jenayah terlepas
daripada dikesan pihak bank dan pihak berkuasa negara-negara di
dunia kerana ia memerlukan sejumlah kelengkapan digital yang
berbeza dengan kemahiran pasukan bertindak siber yang berkeupayaan
untuk melakukan penjejakan data serta mahir dalam kriptologi.
Tidak dinafikan, bukan semua wang kripto bermasalah. Ada
beberapa negara yang telah menyokong penggunaannya, dan menyebabkan
penjualannya ‘meletup’ beberapa ketika serta melahirkan jutawan
segera (seperti pembelian saham secara pukal baru-baru ini
menyedari jatuhnya nilai beberapa kaunter saham yang biasanya
sentiasa tinggi dan mahal).
Menyedari tiadanya pengawalan yang meluas dan berkesan terhadap
penggunaan mata wang sebegini, beberapa negara lain mula bertindak
dan mengharamkan penggunaan malah pembelian wang digital seperti
Bitcoin.
Ternyata, teknologi bukanlah isu yang menjadi punca masalah yang
berlaku. Seperti pisau, teknologi boleh menjadi rakan dan juga
menjadi lawan bergantung kepada penggunaannya.
Asas-muasal kepada mata wang kripto adalah sebuah kaedah
pengekodan data yang disebut rantaian blok. Ia adalah pendekatan
terbaharu yang mampu mencipta revolusi kepada penyimpanan rekod
yang lebih terbuka dan lebih selamat di masa hadapan.
Saat ini kerajaan mungkin tidak berminat dengan rantaian blok
dan mata wang kripto. Tetapi seperti mana sebahagian negara-negara
Eropah kini telah menghalalkan ganja (malah Amsterdam dan beberapa
negeri di Amerika melihat kenaikan jualan ganja yang luar biasa
sebelum perintah berkurung tempoh hari) atau seperti jiran kita
sendiri Thailand yang sudah menghalalkan ketum dan kini menjadi
pengeksport utama tanaman tersebut, tidak mustahil kalau suatu hari
nanti pandangan kerajaan kepada perkara-perkara ini turut berubah
setelah negara-negara di dunia berjaya merumuskan dasar bersama
bagi
memantau penyalahgunaannya.
Didik masyarakat celik digital
Badan-badan berasaskan teknologi seperti Smart Selangor Delivery
Unit (SSDU) telah pun menjadi pemangkin dalam meletakkan batu asas
kepada penggunaan teknologi yang terkini, selain daripada aplikasi
seperti Smart Parking, CEPAT dan lain-lain yang telah berjaya
dilaksanakan. Barangkali banyak lagi penerokaan cabang seperti
teknologi kripto dapat dimanfaatkan malah dikomersialkan,
lebih-lebih lagi dalam dunia internet segalanya (IoT) sekarang
ini.
Mujur Selangor sentiasa selangkah ke
hadapan dan bersiap siaga untuk membantu mengangkat perusahaan
sosial (social enterprise) dan perusahaan tunas rintisan (startup)
dengan pembentukan organisasi seliaan seperti Majlis Teknologi
Maklumat dan E-dagang Selangor (SITEC).
Dengan kerjasama badan berwajib dan pihak berkepentingan yang
lain, sebetulnya banyak usaha jangkauan celik digital yang dapat
digerakkan untuk menjelaskan peranan teknologi terbaharu malah
mendidik orang ramai agak tidak tertipu dengannya. Jika
dilengkapkan pula dengan kecelikan kewangan (financial literacy),
sekurang-kurangnya rakyat tidak mudah menjadi mangsa skim pelaburan
yang tidak kita tahu asal-usulnya, seperti menjana
kripto, serta permainan tukaran mata wang yang tidak sah.
Ia juga dapat mengelakkan mereka dari ditipu daripada sebarang
cubaan scam, dan akan lebih cakna daripada terperangkap dengan
dugaan judi siber yang sedang meningkat naik sewaktu Perintah
Kawalan Pergerakan ini (memandangkan pusat judi tidak dibenarkan
beroperasi). Dan kepada yang lebih kreatif, ramai yang telah
mengambil kesempatan teknologi sedia ada dengan menjadi pencipta
kandungan (content creator) dan memanfaatkan wadah seperti YouTube,
Bigo dan juga TikTok untuk menjana pendapatan.
Ternyata masa depan berada dalam genggaman sesiapa yang
menguasai teknologi. Sudah sampai masanya untuk kita juga tidak
ketinggalan dalam persaingan ini. Dalam perang perdagangan
Amerika-China, ada ruang dan peluang untuk Selangor rebut sebagai
penjana satu perempat daripada kek ekonomi Malaysia. Ada ungkapan
yang berguna untuk kita ingati: “if you can’t beat them, join them”
(jika tidak boleh kalahkan, sertai mereka).
BAHAGIAN AKHIR
M
Selangor sentiasa selangkah ke hadapan
Manfaat teknologi, teroka cabang kriptologi
Tidak dinafikan, bukan semua wang kripto bermasalah. Ada
beberapa negara yang telah menyokong penggunaannya, dan menyebabkan
penjualannya ‘meletup’ beberapa ketika serta
melahirkan jutawan segera (seperti pembelian saham secara pukal
baru-baru ini menyedari jatuhnya nilai beberapa kaunter saham
yang biasanya sentiasa tinggi dan mahal)
-
Klik! Klik!13SelangorKini 2 - 8 Julai 202012 SelangorKini 2 - 8
Julai 2020
Kempen Pusing Selangor Dulu! digerakkan Tourism Selangor dengan
menyasarkan enam juta pelancong tempatan sejak Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan dilaksanakan mulai Jun. Pelbagai destinasi
menarik boleh dikunjungi seluruh ahli
keluarga terbentang di pelosok negeri ini. Boleh dikatakan
semuanya ada di Selangor.
Selain lokasinya serba lengkap dengan pelbagai kemudahan, akses
ke sana juga senang dengan jaringan jalan yang lengkap.
Jurufoto SelangorKini Asri Sapfie, Fikri Yusof, Hafiz Othman dan
Remy Arifin merakam pelbagai destinasi percutian. Tourism Selangor
turut menyediakan gambar lokasi menarik.
1. Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Selangor di Shah Alam
mempamerkan produk termasuk khat dan mashaf al-Quran. Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah hanya terletak bersebelahan muzium itu,
yang berdiri megah di tepi Taman Tasik Shah Alam.
2. Penggemar sukan air beriadah di Sungai Selangor di Kuala Kubu
Bharu, Hulu Selangor. Mereka juga boleh mencuba tali hayun (rope
swing) pada paras ketinggian 60 meter di jambatan jalan utama dari
bandar itu ke Bukit Fraser.
3. Sebanyak 25 halangan laluan tergantung di antara pokok boleh
dirasai di Skytrex Sungai Congkak, Hulu Langat. Peminat haiwan pula
boleh ke Ostrich Wonderland di Semenyih, sekitar 45 minit
perjalanan dari situ.
4. Pintu gerbang yang dibina 35 tahun lalu sempena sambutan
Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
tersergam di laluan masuk ke Pulau Ketam, Klang. Di situ,
pengunjung dapat menikmati makanan laut segar selain menaiki
basikal berenjin.
5. Kehijauan Bukit Jugra, Kuala Langat dapat disaksikan ketika
bermain luncur layar. Di daerah ini, pengunjung boleh melawat
Istana Bandar dan Masjid Sultan Alaeddin, selain Pantai Kelanang
dan Pantai Morib. Panoramanya sesuai untuk peminat fotografi.
6. Ragam pengunjung ketika bergambar di beting pasir Sky Mirror
di Kuala Selangor yang mendapat jolokan Salar De Uyuni Malaysia.
Daya tarikan lain termasuklah tapak istana lama Bukit Melawati dan
Taman Alam Kuala Selangor.
7. Aksi pengunjung ketika mencuba sukan ekstrem Air Rider di One
Utama, Petaling Jaya. Di Kota Damansara pula ada Muzium Coklat yang
dibuka sejak 2012. Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi
membuat makanan ringan itu.
8. Keunikan tempat penginapan Padi Box di Sekinchan, Sabak
Bernam yang dikelilingi sawah. Jika berkesempatan, pelawat boleh
mengetahui cara menanam padi dengan mengunjungi kilang memproses
padi tidak jauh dari situ.
9. Pengunjung berpeluang menikmati minuman buah naga ketika
berada di ladang HL Farm, Sepang. Di daerah sama, mereka juga boleh
melawat Muzium Automobil Nasional yang mempamerkan kereta dan
motosikal pelbagai model.
10. Kanak-kanak bermain layang-layang di Pantai Bagan Lalang,
Sepang. Mereka juga boleh bermandi-manda bersama ahli keluarga.
Bagi kaki pancing, Rumah Rakit Memancing Jeti Wak Sempuh terletak
di muara sungai Sepang.
11. Peminat sukan ekstrem memanjat tebing di Taman Ekstrem Gua
Damai, Batu Caves. Selain itu, Kolam Air Panas Selayang terletak
tidak jauh dari situ, sesuai bagi seisi keluarga beriadah.
12. Kanak-kanak teruja bermain air di Bangi Wonderland, Hulu
Langat. Penggemar papan selaju pula boleh bermain di Taman Tasik
Cempaka Skatepark, 21 minit dari situ.
13. Pengunjung merakam kumpulan ribuan kelip-kelip di atas
sampan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Peminat mural pula boleh
ke Sasaran Art Park di Sungai Buloh.
10
11
12
13
1 2
4 6
5
7 8 9
3
Jom ronda Jom ronda Selangor!Selangor!
-
14ADN
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
OLEH ZAREEF MUZAMMIL
HULU LANGAT - Premis Bank Makanan (Food Bank N23) di Medan
Selera Taman Pinggiran Delima di sini mula beroperasi se-jak 22
Jun.
Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata ia
diwujudkan untuk berkongsi rezeki dengan penduduk memer-lukan.
Katanya, pusat penyediaan barangan keperluan secara percuma itu
beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 12
tengah hari.
“Setakat ini tidak ramai lagi yang meneri-ma manfaat dan kita
akan menguar-uarkan kepada penduduk berkaitan operasinya.
“Kita berharap mereka yang betul-betul terdesak dan memerlukan
hadir ke Food Bank N23,” katanya pada 24 Jun.
Bank makanan Dusun Tua mula operasi
Kenderaan berat punca jalan rosakSHAH ALAM - Ratu-san kenderaan
be-rat berulang alik ke Pelabuhan Klang se-tiap hari menyebab-kan
jalan di kawasan berkenaan rosak te-ruk.
Ahli Dewan Ne-gerinya Azmizam Zaman Huri berkata meskipun RM50
juta diperuntukkan bagi membaiki jalan namun tidak mencukupi untuk
menampung kero-sakan.
“Terdapat 363 syarikat kontena beropera-si di kawasan industri
dan membabitkan pe- ngangkutan berat melalui jalan utama me-
nyebabkan lubang, tidak rata dan beralun.
“Setiap jalan diuruskan pihak berbeza, jadi peruntukan
dikeluarkan juga berbeza. Kera-jaan perlu fikir langkah jangka
panjang an-taranya buat jalan simen seperti di Lebuhra-ya Utara
Selatan untuk pastikan jalan tidak rosak,” katanya pada 24 Jun.
YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N53N53 MORIBMORIB
nNama: Hasnul Baharuddin
nUmur: 53 tahun nNegeri kelahiran Selangor
n Aktiviti masa lapang: Riadah, membaca
nFalsafah hidup: Setiap keikhlasan akan datang kebaikan
nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Ahli farmasi
n Alamat pejabat ADN: No.78A, Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting
nNombor telefon ADN: 03-3181 4263
nE-mel: [email protected]
nFacebook: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib - YB Hasnul
N53 MORIB
Gerai terbakar, ADN bantu permudah urusanSHAH ALAM - Kejadian
gerai terbakar di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi mendapat perhatian
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal.
Mazwan Johar berkata pihak-nya akan bertemu Majlis Per-bandaran
Kajang (MPKj) bagi membantu peniaga terlibat-memperoleh tapak gerai
baharu sekali gus mengelakkan sumber pencarian mereka terjejas.
“Saya berjanji membantu mereka beruru-san dengan MPKj untuk
mendapatkan gerai
gantian sementara supaya boleh memulakan semula perniagaan
sebelum menanti gerai terbakar didirikan semula,” katanya pada 29
Jun.
“Semoga mereka tabah menghadapi ujian yang me- nimpa dan berjaya
membina perniagaan masing-masing dengan lebih baik daripada
da-hulu.”
Pada 21 Jun lalu, tiga gerai berdekatan se-buah stesen minyak di
sana musnah. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bantu penduduk memerlukan
SHAH ALAM - Bagi membantu melicinkan urusan perniagaan peniaga
Kompleks PKNS, satu perbincangan diadakan Pejabat Dato’ Menteri
Besar pada 30 Jun.
Isu peniaga Kompleks PKNS dipeduliAhli Dewan Negeri Kota
Anggerik berka-
ta pertemuan diadakan bagi menyelesaikan perkara berbangkit
mengenai premis perni-agaan di pusat bandar itu.
“Pelbagai isu penting telah dibawa dan dibincangkan antaranya
berkaitan kadar sewa premis, masalah pengurusan, keba-jikan peniaga
serta strategi jangka panjang demi mengekalkan kelangsungan operasi
Kompleks PKNS,” kata Najwan Halimi.
“Pihak Pejabat Dato’ Menteri Besar menza-hirkan komitmen untuk
membantu membe-la kebajikan peniaga yang terjejas.”
Perjumpaan tersebut dihadiri wakil jawa- tankuasa Persatuan
Peniaga-Peniaga Kom-pleks PKNS dan Setiausaha Politik kepada Dato’
Menteri Besar, Borhan Aman Shah.
Perniagaan peniaga Kompleks PKNS terje-jas susulan Perintah
Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac akibat penularan pandemik
Covid-19.
-
15SelangorKini 2 - 8 Julai 2020Album
InformasiTerkinidi jari anda
Merasmikan Pusat Jualan Produk IKS, GPC Food Station di Kampung
Meru, Klang
ADN MERUMohd Fakhrulrazi Mokhtar
ADN DUSUN TUAEdry Faizal Eddy Yusof
Meninjau hasil tanaman cili dan tembikai ketika melawat kebun
komuniti di Kampung Melaka, Hulu Langat
Mengedar pelitup muka dan cecair nyahkuman di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam
ADN BATU TIGARodziah Ismail
Memantau kerja penyusunan semula petak penjaja di Pasar Pagi
Kampung Baru, Seri Kembangan
ADN SERI KEMBANGANEan Yong Hian Wah
Mengedarkan barangan keperluan asas kepada penduduk di sekitar
pekan Rawang, Gombak
Chua Wei KiatADN RAWANG
Melihat pemasangan katil pesakit untuk diserahkan kepada warga
emas di Parit 9, Sabak Bernam
Ahmad Mustain OthmanADN SABAK
-
16Hadiah Sastera Selangor
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
Oleh Azrin Fauzi
[ 14 ] LANTAS pintu depan yang tidak pernah kubuka, kukatup
kembali. (“Engkaukah yang sedang masuk ke sini?”) Untuk entah kali
keberapa, kukuncinya semula. Kerana hari telah pun digu-lung
gelita, daun pintu sepatutnya terus diam di situ; yang di luar
tidak akan lagi masuk ke dalam dan yang di dalam, ingin keluar ke
mana? Dan kerana apa? Ceritanya di dalam rumah ini. Kumatikan tivi
yang tidak henti-henti menghe-bahkan berita tentang kematian. Di
mana yang ditonton tidak lagi berasa apa-apa dan yang menonton
kehabisan hiba. Pada waktu nyawa sudah menjadi angka-angka yang
tidak kuke-nal lagi siapa. Seperti menatap wajah dalam fo-to-foto
yang tergantung kekejangan di dinding: telah kuceroboh rumah yang
salah?
Ada gesekan yang mendayu-dayu – “Devil’s Trill Sonata”? – yang
sudah lama kuingat-ingat datang dari sini.
Mana mungkin tersilap. Banglo yang berdiri di lereng bukit
inilah yang telah lama kuperhati dari bawah sana, sepanjang
bergelandangan. Sememangnya kuimpikan untuk tenggelam da-lam
dakapan sebuah kediaman, walau hanya untuk sementara. Kerana
khabarnya, dia akan pulang selepas dua minggu nanti. Ada pesawat
dari Itali yang tidak terkecuali. Dan pada malam ini, sesudah
menggeledah almari demi almari, aku menjadi tuan kepada rumah ini,
walaupun tidak jumpa pakaian oleh tangan-tangan per-eka ternama,
cuba juga menyarung jubah dan serbannya, kalaupun sudah tentu tidak
kena denganku – cuba-cuba menjadi dia. Dia yang tidak kukenal
siapa. Mataku tertancap semula kepada wajah dalam foto. Adakah dia
akan men-genaliku? Mata-mata kamera tivi litar tertutup
(CCTV) mengerling kepadaku. Seolah-olah ingin memberitahu:
engkau tunggu!
Kerusi malas berhayun. Ada angin merempuh jendela, jatuh
terduduk di atasnya. Haruskah aku menyapa?
[ 7 ]Nyaring siren menyiat lenaku. Ada tanda
tanya yang tergantung di cuping telinga: Ama-ran yang tidak
perlu kupedulikan? Tetapi untuk menyambut kantuk kembali di dalam
tab man-di, menenggelamkan ingatanku kepada teman-teman di luar
sana; jikalau mereka sudah ke-temu dengan rumah-rumah tidak
berpenghuni untuk dicerobohi. Kerana di kala semua diarah untuk
duduk di rumah, untuk berkongsi hanya akan menetakkan satu kata
sahaja di kepa-la: nahas. Ini ialah kecelakaan lain yang tiada
sesiapa inginkan. Yang akan membangkitkan kematian demi kematian.
Dan lebih celaka, kematian kami di luar data! Benarlah, kami ini
hanyalah ketiadaan yang mengosong juga yang memenuhkan.
Busa sabun dari dalam tab mandi melimpah ke lantai, membasahkan
naskhah-naskhah den-gan nama yang sama pada tulangnya. Barang-kali
dia gemar menikmati apa-apa yang ditulis oleh pengarang ini. Atau
dialah pengarangnya. Entahlah, aku tidak tahu. Kerana aku tidak
ke-nal dia siapa. Kubelek-belek pula naskhah oleh Dante Alighieri;
Inferno menggigil kekuyupan di dalam tab mandi; mencari-cari dosaku
sendiri?
Dan “Devil’s Trill Sonata” kedengaran lagi. Sonata daripada
gesekan biola oleh syaitan yang diingat-ingat Giuseppe Tartini
dalam mimpinya. Adakah aku berada dalam mimpi pemuzik yang telah
mati? Mustahil, kerana aku di dalam banglo yang terletak di pinggir
Kuala Lumpur, jauh dari kesakitan dunia yang kronik di luar sana.
Seperti apa yang dikatakan nama
yang sama pada tulang-tulang buku itu: “Dunia di mana penyiasat
dan penjenayah ialah orang yang sama, justeru siapa yang terlebih
dahulu membongkar siapa? Apabila pemburu juga men-jadi mangsa,
sudahnya memakan diri? Apabila yang celik dan yang buta juga orang
yang sama, siapa yang memperbodoh siapa dengan cahaya? Ketika
moralis juga menjadi pendosa, akhirnya menghukum diri sendiri?”
[ 4 ]Malam tidak pernah selamat tanpa ucapan
“Selamat malam.” Ada kegelisahan yang meng-gelora, sering
membuatku terbayangkan ada mata yang sedang memerhatiku dari luar
jen-dela. Serba-serbi tidak kena.
Roti berkulat. Susu membasi. Jendela tern-ganga dan sebiji gelas
kosong bergolek ke pinggir meja. Dan yang lain-lain pun turut sama
bergerak ke pinggir tarikh luputnya. Ada hapak dan hamis maut yang
terhembus masuk me-nembus langsir. Sehingga ikan-ikan emas
ter-apung di dalam hijau akuarium, mengembung dengan buih-buih yang
menghanyir. Jam tidak lagi berdetak kerana waktu sedang
senyap-sen-yap bergerak – membunuh dalam diam. Ada lagi dosa yang
belum dilangsai? Ada bongkaran rah-sia yang terbengkalai? Dan
sebiji butang yang tertanggal, terlepas ke atas lantai. Kenapa yang
kusentuh tidak sempat selesai? Hanya ma-ta-mata kamera CCTV yang
masih memandang. Hanya sonata itu yang kekal berkumandang.
Jika “Devil’s Trill Sonata” hampir buat Tar-tini hancurkan biola
dan ucap selamat tinggal kepada dunia muzik yang dinafasinya kerana
merasakan gubahan sonatanya ini tidak setara dengan apa yang
dimainkan oleh syaitan dalam mimpinya itu, sonata yang bersipongang
di da-lam rumah ini pula hampir memaksaku untuk menghancurkan
“Devil’s Trill Sonata” itu sendiri.
Sehinggalah pemburuan bunyi ini membawaku ke besmen yang
menyimpan sebuah kotak ber-isi kamkorder dan sebilangan pita sistem
video rumah (VHS) berserta pemainnya. Pada empat belas pita VHS itu
telah dilabel dengan na-ma-nama. Mungkin esok sahaja kerana malam
telah lewat untuk kubersihkan debu-debu, me-nontonnya.
[ . ]Apa yang kutonton semalam: episod gelap
yang menyesakseksakan. Seksaan demi sek-saan dengan sonata
Tartini sebagai runut bunyi, diulang-ulang demi memuaskan mimpi;
sesia-pa pun akan takut tatkala menatap wajahku sewaktu pita VHS
itu dimainkan. Langsung ku-matikan video berlabel nama yang serupa
den-gan namaku sendiri. Tidak sanggup kuteruskan; sekiranya
benar-benar berlaku mahupun helah visual oleh kesan praktikal
persis filem-filem giallo Itali. Kerana antara nikmat dengan
ke-sakitan, bukanlah pilihan yang perlu kulihat kini. Kurenung
lensa kamera CCTV yang tergantung menunduk seakan-akan menjelaskan:
aku dan tuan rumah tidak akan bertemu dan kami tidak akan saling
mengenali. Kerana dia tidak akan dapat melihatku dan aku juga
begitu. Sama ada penghuninya penumpang pesawat dari Itali atau
rumah ini yang salah dicerobohi, ada nafas yang mengerikan.
Angka-angka kematian meninggi di kaca tivi. Ingin kutinggalkan
rumah ini meski-pun dia tidak akan pulang lagi. (“Engkau boleh
mengikutku kalau kaumahu. Tapi jangan deka-tiku.”) Sekalipun aku
tidak akan ditangkap kamera CCTV, aku tetap ingin keluar melalui
pintu belakang, melalui lubang kunci – hilang ke dalam titik.
Ingatan Meletus di Kening
Berapakah jarak usia dengan kenangan?
Ingatan berputar, buih-buihmeletus di kening; palitan
ungumenyerak di dahi
Dalam pandangan jernihkau mengisar tempat duduksedang ruh telah
kembalipada sela masa lalu
Dinginkah, atau hangatkahmemori yang cuba tersenyum— anehkau
selalu sajatidak dapat merasaudaranya yang benar
Pasirkah yang membutirsebegini kesatatau sebenarnya
kerikilmelukai kenang
Tubuhmu kaku—dindingdan lantai kamarbasah dilimpahair
mengombakdari hujung matamubiru.
Wardah Puteh
Episod gelap seorang pendosa di pinggir
pandemik
-
17SelangorKini 2 - 8 Julai 2020Rencana
InformasiTerkinidi jari anda
OLEH NAZLI IBRAHIMFOTO OLEH HAFIZ OTHMAN
Penduduk Seksyen 20, Shah Alam tidak perlu lagi bersusah payah
ke kedai untuk men-cari bahan perisa makanan mentah. Hanya petik
sendiri. Percuma.Semua tanaman herba – daun kesum, daun
salam, daun kari, daun bidara, daun sup, pudina, bunga kantan
mahupun limau purut – boleh di- ambil bila-bila masa pun.
Bahan itu penting bagi membangkitkan aroma masakan antaranya
asam pedas, asam rebus, ma-sakan kari, sup, tomyam mahupun sekadar
hiasan lauk pauk.
Di Kebun Komuniti Surau al-Husna di seksyen itu, sayur-sayuran
seperti sawi, kangkung, cili me-rah dan jagung juga ditanam dan
boleh dibeli pada kadar bawah harga pasaran.
Sawi, misalnya boleh dibeli pada harga RM10 sekalipun harga
pasaran mencecah RM15 sekilo. Begitu juga ikan ternakan seperti
keli dan talapia yang turut diusahakan di kebun tersebut. Hanya
berharga RM5 sekilo berbanding harga pasaran sekitar RM8 manakala
talapia merah cuma RM12
sekilo (harga pasaran RM15). Berkat usaha gotong-royong sejak
tiga tahun
lalu juga membolehkan pengurusan surau men-jana pendapatan
sehingga RM20,000 sepanjang tempoh itu.
Gotong-royongSemuanya bermula apabila seorang jemaah, Su-
kati Saleh, 61, giat menjalankan penanaman kecil- kecilan sejak
2017. Bermula menanam serai tepi parit, beliau kemudian diamanahkan
untuk meluaskan ke-bun melalui modal RM700.
Mulanya tidak ramai yang berminat menyertai usaha tersebut
tetapi semakin lama bilangannya kian bertambah.
“Pada Ahad minggu pertama setiap bulan kami adakan gotong royong
dan ada juga datang pada hu-jung minggu, cuti umum atau sebelah
petang selepas waktu kerja,” katanya.
Namun, setiap usaha pasti ada rintangannya. Mereka pernah
berdepan masalah serangga perosak tetapi isu itu diatasi melalui
bimbingan Jabatan Perta-nian Selangor. Jabatan itu juga membantu
memberi benih dan baja. Majlis Bandaraya Shah Alam dan Uni-versiti
UCSI turut menghulurkan bantuan.
Hasil tuaian kemudian dihebah di surau dan apli- kasi kumpulan
WhatsApp penduduk setempat. Jualan kangkung dan sawi mampu mencecah
RM500 sekali tuai setiap sebulan. Jagung pula dituai dua bulan
seka-li, turut menghasilkan jualan RM600 sekali tuai.
Ternakan keli dan talapia merah pula terjamin dari aspek
kebersihan dan kesucian khasnya dalam aspek pemakanan ikan. Mereka
menjadikan kangkung se-bagai makanan ikan.
“Ada segelintir penternak komersial mementing- kan keuntungan
semata-mata dengan memberi pel-bagai jenis makanan termasuk sumber
tidak halal seperti lemak atau perut khinzir.
“Tiada kos pekerja, jadi kami dapat pasarkan pada harga lebih
murah dan yang penting dijamin tidak dicemari makanan bukan-bukan,”
kata Sukati lagi.
Laman dapurKebun Komuniti Surau al-Husna kemudian diper-
luas ke rumah sekitar melalui program laman dapur, sebuah projek
membangunkan kebun di rumah pe-serta.
Lebih sepuluh peserta diberi tunjuk ajar, bekalan tanah, baja
dan benih.
Antara mereka ialah pasangan suami isteri, Nor Azwa Ab Mutalip,
42, dan suami, Hezry Rokman, 42. Mereka menamakan kebun mereka
‘Edible Eco Back-yard Garden’.
Laman itu turut terpilih menyertai Anugerah Lanskap Shah Alam
2019 tetapi proses penjurian ter-tangguh berikutan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan.
Pasangan itu memilih tema ‘eat your garden’ un-tuk laman yang
dipenuhi lebih 60 jenis tanaman. Dari buah-buahan, herba hingga
lebih 40 pokok hiasan.
Herba yang ditanam pasangan guru dan penyun-ting foto sejak 2018
kebanyakannya sesuai untuk ma-sakan manakala buah-buahan pula
antaranya marki-sa, tembikai dan delima.
“Pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang. Kebetulan Surau
al-Husna ada usahakan kebun komu-niti dan mereka juga buat bengkel
untuk penduduk.
“Bermula di situ, peserta sama-sama buat, ziarah menziarahi
laman dapur rumah lain, bertukar penge- tahuan, berkongsi hasil
tanaman dan benih. Hubu- ngan jadi lebih erat dan menyeronokkan,”
katanya.
Lebih 90 peratus perkakasan dan hiasan di ‘Edi-ble Eco Backyard
Garden’ menggunakan bahan kitar semula termasuk bekas minuman,
tayar dan kayu terbuang.
Nor Azwa dan suami juga dapat mengurangkan sampah rumah dengan
memproses sisa dapur dan daun kering untuk dijadikan baja kompos
tana- mannya.
Hasil tanaman ‘Edible Eco Backyard Garden’ ti-dak dipasarkan
tetapi diagih percuma kepada jiran tetangga dan jemaah surau
tersebut.
Kebun surau jana RM20,000
1Sukati memeriksa tanaman kangkung sementara menunggu masa
dituai2Selain sayur-sayuran, Kebun Komuniti Surau al-Husna juga
menternak keli dan talapia3Nor Azwa menyiram tanaman sayurnya
supaya kekal subur4Ruang santai di Edible Eco Backyard Garden
Berkat gotong-royong masyarakat setempat
1
2
3
4
Kebun surau jana RM20,000
-
18PBT
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
OLEH NADIAH ZAMLUS
SHAH ALAM - Selangor menggunakan kamera litar tertutup (CCTV)
bagi me-mantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) premis
sepanjang Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan.
EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han
berkata ia memudahkan pihak berkuasa tempatan menjaga
keselamatan orang awam tanpa kerap turun padang.
“Pemasangan CCTV sudah lama dilak-sanakan di Selangor bagi
pelbagai tu-juan dan dimanfaatkan ketika PKP mulai 18 Mac lalu.
“Walaupun tiada penguat kuasa turun padang tetapi CCTV ada
untuk
pantau, justeru pastikan anda sentiasa patuhi SOP bagi mencegah
jangkitan wabak,” katanya pada 27 Jun.
Pada 1 November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri
Amirudin Shari memaklumkan tambahan 5,000 unit CCTV di seluruh
negeri yang dilengkapi teknologi pengimbas wajah dan diselia dari
pusat arahan.
Mudahkan PBT jaga keselamatan awam
Guna CCTV pantau pematuhan SOP
KAJANG - Pemilik tanah persendirian berdepan risiko kehilangan
hak milik jika berkomplot dengan sindiket pelupusan sampah haram,
tegas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid berkata notis pemulihan
mengikut Kanun Tanah Negara akan dikenakan untuk ke- salahan
pertama, disusuli notis tunjuk se-bab dan rampasan jika
berulang.
“MPKj tidak bertolak ansur memandang-kan bilangan tapak sampah
haram bertam-bah, justeru pemilik yang berbuat demikian berdepan
tindakan undang-undang serta tanah dirampas,” katanya pada 26
Jun.
Zulkefli berkata pihaknya berazam membanteras kegiatan tidak
bermoral bagi memastikan kualiti hidup masyarakat lebih baik.
Pada 4 Jun lalu, MPKj mengeluarkan kompaun RM25,000 terhadap
pemilik tanah persendirian di Kampung Sungai Serai dan Kampung
Sungai Semungkis, Hulu Langat kerana menjadikan tanah mereka
sebagai tapak pelupusan sampah haram.
Rampas tanah jika lupus sampah haram
Tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Plaza Tol Sungai Long,
Kajang
SHAH ALAM - Sebanyak 56 garaj di- bina tanpa kebenaran di Jalan
Meranti, Batang Kali diroboh pada 22 hingga 24 Jun lalu, kata
Majlis Daerah Hulu Sela- ngor (MDHS).
MDHS dalam kenyataan memaklum tindakan mengikut Seksyen 46(1)
(a) ia-itu halangan di tempat awam Akta Jalan, Parit dan Bangunan
1974 (Akta 133) su-sulan operasi khas cegah denggi dan ga-raj
haram.
Katanya, empat traktor dan lori digu-nakan meroboh serta
mengangkut sisa ke tapak pelupusan Sungai Sabai.
“Orang ramai dinasihat mematuhi peraturan dan jangan membina
struktur di rizab kerajaan. MDHS tidak akan ber-kompromi dan
tindakan tegas akan diam-bil kepada pihak yang berdegil,”
katanya.
MDHS roboh 56 garaj tanpa kebenaran
SHAH ALAM - Status Subang Jaya daripada perbandaran kepada
bandar raya berkuat-kuasa mulai 20 Oktober depan selepas mendapat
perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Su-bang Jaya (MPSJ) Noraini
Roslan berkata pi-hak berkuasa tempatan itu menduduki taraf
perbandaran selama 22 tahun sejak 1997.
“Syukur MPSJ mendapat perkenan Sul-tan Selangor dan tarikh
pengisytiharan ser-ta penguatkuasaan Majlis Bandaraya Subang Jaya
(MBSJ) adalah pada 20 Oktober 2020,” katanya pada 24 Jun.
Pada November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri
Amirudin Shari mengumum-kan MPSJ berjaya menukar status kepada MBSJ
melalui surat Kementerian Peruma- han dan Kerajaan Tempatan pada 31
Okto-ber 2019.
Subang Jaya tukar status 20 Oktober
SHAH ALAM - Seorang pemilik rumah di Jenjarom yang menjalankan
aktiviti pernia- gaan barangan lusuh di kediamannya diberi amaran
oleh Majlis Perbandaran Kuala La-ngat (MPKL).
Yang dipertuanya berkata ia melanggar peraturan dan pihaknya
tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas jika pemilik te-rus
berdegil.
"MPKL ke lokasi dan mendapati antara ba-rangan adalah tayar,
tong, peti ais dan besi buruk,” kata Mohamad Zain A Hamid pada 28
Jun.
MPKL mengeluarkan notis kesalahan bawah Undang-Undang Kecil 3,
Undang-Un-dang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustri-an MDKL
2007.
Salah niaga barang lusuh di rumah
KAJANG - Bukit Broga, Semenyih ditutup dua minggu berkuat kuasa
27 Jun lalu su-sulan pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP),
kata yang dipertua Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj).
Dato’ Zulkefli Khalid berkata penutupan sementara lokasi
pendakian terkenal dipu-tuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Keselamatan Negeri Selangor pada 24 Jun.
“... maka tindakan (penutupan) sewa-jarnya dibuat kerana mereka
(pendaki) tidak prihatin keadaan semasa Covid-19 terutama ketika
kerajaan sedang berusaha mengekangnya,” katanya.
Pada 22 Jun lalu, Bukit Broga sesak dikun-jungi orang ramai
selepas kerajaan membe-narkan semula aktiviti sukan dan rekreasi
termasuk mendaki bermula 15 Jun lalu.
Bukit Broga ditutup 14 hari
MDHS menjalankan operasi meroboh struktur tanpa kebenaran di
atas rizab kerajaan di kawasan Batang Kali
-
19SelangorKini 2 - 8 Julai 2020PBT
InformasiTerkinidi jari anda
OLEH ZAREEF MUZAMMIL
PUCHONG - Pihak berkuasa tempatan (PBT) berhak menghentikan
operasi pa-sar pagi dan pasar malam jika peniaga gagal mematuhi
tatacara operasi piawai (SOP) termasuk tidak memakai pelitup muka
ketika berniaga.
EXCO kerajaan tempatan berkata ia sebahagian syarat
undang-undang kecil PBT bagi mengelak jangkitan Covid-19.
“Tatacara operasi piawai (SOP) pasar pagi dan pasar malam
sentiasa ditambah
Henti operasi jika gagal patuh SOP
Masyarakat disaran amal konsep BELI
baik di setiap PBT, jika tidak dipatuhi atau keadaan sukar
dikawal maka PBT akan mengenakan tindakan.
“Mereka (PBT) perlu siasat, kalau langsung tidak dapat kawal,
peniaga ge-rai terbabit kena tutup. Walaupun ia (tu-tup) bukan satu
cara yang orang mahu tengok tetapi kita mengharapkan semua patuh
SOP,” kata Ng Sze Han pada 28 Jun.
Beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap peniaga yang
tidak memakai pelitup muka ketika menjual makanan sedangkan
pelanggan me-makainya.
Pada masa sama, Sze Han menyaran- kan masyarakat mengamalkan
konsep BELI semasa membuat pembelian.
Suasana di Pasar Pagi MPSJ Bandar Puchong Jaya yang kembali
dibuka pada 16 Jun dengan tatacara operasi piawai ketat
KAJANG - Taman Rekreasi Sungai Chua dibuka sepenuhnya pada 1
Julai selepas penaiktarafan, kata yang dipertua Majlis Perbandaran
Kajang (MPKj).
Dato’ Zulkefli Khalid berkata pembukaan taman awam itu mengikut
tatacara operasi piawai (SOP) ketat sepanjang Pe- rintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Bagi mengelak timbul masalah, kita minta kerjasama masyarakat
mematuhi SOP seperti mengawal penjarakan sosial dan tidak
berkumpul.
“Sekiranya dikesan melanggar arahan, kita akan terus menutup dan
tidak membenarkan sesiapa memasuki taman rekreasi ini,” katanya
pada 25 Jun.
Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai me-melihara
kemudahan asas disediakan selain menjaga ke-bersihan.
Taman Rekreasi Sungai Chua dibangunkan sejak Disem-ber tahun
lalu dengan kos RM1.3 juta membabitkan dua fasa pembangunan.
Taman Rekreasi Sungai Chua mula dibuka
Zulkefli membuat lawatan tapak sambil menunggang basikal di
Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang pada 25 Jun
SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Sela- ngor (MDHS) tidak
teragak-agak menu-tup operasi atau mengambil tindakan
penguatkuasaan ke atas peniaga yang gagal mematuhi tatacara operasi
piawai (SOP) pasar pagi dan malam.
MDHS dalam kenyataan pada 23
Jun turut mengingatkan peniaga tidak menggunakan khidmat warga
asing dan pekerja dihadkan kepada tiga orang sa-haja.
Pengunjung pula, katanya perlu sen-tiasa mengamalkan penjarakan
sosial dan mengikut laluan keluar masuk yang
betul.Bermula 15 Jun lalu, sebanyak lapan
pasar di kawasan itu dibenarkan ber- operasi iaitu di Serendah,
Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu, Rasa,
Kalumpang dan Antara Gapi.
Tutup operasi jika penjaja pasar ingkar
KAJANG - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melancarkan aplikasi
e-Lesen bagi memo-hon dan memperbaharui lesen dalam tem-poh
singkat.
Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid ber-kata ia membabitkan
lesen pemilikan anjing dan 52 lesen tidak berisiko seperti premis
menjual kasut, permainan dan roti.
“Bersesuaian norma baharu, orang ra-mai hanya berurusan
menggunakan telefon bimbit dengan permohonan (lesen) kurang 10
minit dan e-Lesen MPKj boleh didapati di App Store dan Google Play
Store,” katanya pada 26 Jun.
Mohon lesen jual roti, kasut 10 minit
KAJANG - Lebih 70 peniaga warga asing dikenakan tindakan
termasuk barang niaga disita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak
18 Mac lalu.
Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid ber-kata tindakan selaras
arahan Kerajaan Neg-eri awal Jun lalu yang melarang mereka ber-
niaga.
“MPKj tidak sesekali berkompromi kera-na kebenaran niaga hanya
diberikan kepada rakyat tempatan,” katanya yang menegaskan operasi
terus dipergiatkan jika ada berdegil.
Zulkefli berkata peniaga tempatan pula boleh dilucutkan hak
milik premis dan lesen jika mengupah pekerja warga asing atau
memberi kebenaran sewa.
Warga asing dilarang memiliki lesen per-niagaan, menjadi peniaga
sementara atau diambil bekerja selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri meluluskan Undang-undang Kecil Penjaja pada 3 Jun lalu.
Lebih 70 peniaga asing digempur
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap siaga
menjalankan kerja pem-bersihan beberapa lokasi berisiko bencana
terutama banjir.
Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ah-mad Tajuddin berkata kerja
mengorek dan mengeluarkan sampah dalam parit segera dilakukan.
“Kita juga menubuhkan pasukan tindakan segera (Pantas) untuk
menyalurkan laporan awal situasi bencana atau bantuan kecema-san
dan logistik kepada pasukan keselamatan yang sentiasa bersiap-sedia
24 jam,” katanya pada 25 Jun.
Beliau berkata MPK sentiasa memantau kawasan bencana menerusi 76
lokasi kamera litar tertutup disusuli saluran maklumat di
WhatsApp.
“Pos gerakan turut dibuka bagi membantu mangsa banjir dan mereka
boleh membuat aduan kerosakan kediaman, peralatan pe-rabot dan
perkara berkaitan,” katanya.
MPK bersih kawasan risiko banjir
B – Beratur dan mengamalkan penjarakan sosial setiap masa
E – E-dompet sebagai pembayaran alternatif
L – Lajukan proses pembelian dan sediakan senarai beli belah
I – Imbas kod QR SELangkah (Langkah Masuk Dengan Se-lamat) bagi
memudahkan pro-ses menjejak kontak rapat
Konsep BELI merujuk kepada :
-
20Pendidikan
SelangorKini 2 - 8 Julai 2020
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) membuat penjadualan
semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian itu
dengan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini
dipinda ke 6 Januari hingga 9 Februari tahun depan.
Peperiksaan itu sebelum ini dijadual ber-
mula 16 November hingga 7 Disember ini, menurut kementerian itu
dalam satu ke- nyataan 28 Jun lalu.
Menurut KPM, penjadualan semula itu dibuat bagi membolehkan
pelajar mem-punyai tempoh pembelajaran yang cukup dan dapat membuat
persediaan rapi untuk
menduduki peperiksaan.“KPM mengambil kira keperluan untuk
mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan
tersebut terma-suk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan
bagi 2021 yang akan dimak-lumkan kelak," katanya. – BERNAMA
Beri peluang pelajar buat persediaan
SPM bermula 6 Januari tahun depan
SHAH ALAM - Universiti Selangor (Uni-sel) menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) bersama Selgate Healthcare Sdn Bhd
(Selgate) bagi ker-jasama khidmat kesihatan.
Pengarah Komunikasi Korporat Uni-sel Hasril Abu Hassan berkata
perjanji-an meliputi pembukaan klinik Selcare
di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya.“Jalinan ini termasuk
membina pro-
jek Makmal Klinikal Diagnostik dan Pu-sat Fisioterapi
Unisel-Selgate Shah Alam yang akan memfokuskan khidmat ke-pada
kakitangan, pelajar serta orang awam.
“Selain itu, ia bagi menerokai pro-
gram akademik dalam bidang sains ke- sihatan antara kedua-dua
pihak,” kata- nya pada 24 Jun.
Pemeteraian MoU oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof
Dato’ Dr Mo-hammad Redzuan Othman manakala Selgate diwakili
pengarah eksekutifnya Noor Hisham Mohd Ghouth.
Unisel-Selgate jalin kerjasama kesihatan
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) (17 Ogos - 30 September
2020)Sesi pertama peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (3 -
14 Ogos dan 28 - 9 Oktober 2020) bagi semester tiga dan satu Sesi
kedua SVM bagi semester keempat dan kedua (18 - 29 Januari 2021 dan
17 - 28 Mei 2021)Mata pelajaran Bahasa Melayu SVM - ujian lisan (16
November 2020 - 6 Januari 2021)Mata pelajaran Sejarah SVM (7
Januari 2021) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (17 - 25 Februari
2021)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kohort 2020 (12 - 18
Ogos 2020) peperiksaan semester dua STPM kohort 2020 semester tiga
(1 - 9 Mac 2021)STPM kohort 2021 semester satu (22 - 25 Februari
2021)Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (4 Februari 2021)Mata
Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) (18 November 2020)
Peperiksaan Tarikh baharu
SHAH ALAM - Kerjasama pengurusan sekolah dengan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) me- lancarkan pembukaan semula sesi
persekolahan pada 24 Jun lalu, kata Penggerak Ibu Bapa Komu-niti
(PI