PART VI: SKILLS FOR PROTECTED AREAS PERSONNEL
PART VI:
SKILLS FOR PROTECTEDAREAS PERSONNEL
Essential Skills for Protected AreasPersonnel
By
Dr. Jamili NaisAssistant Director
Research and Education Division
SABAH PARKS
187
188
189
190
191
192
193
194
195
Lincoln University: ConservationCertifacate
By
Mr. Ariffin Johari&
Mr. Justinus GuntabidPark Rangers
SABAH PARKS
197
198
199
Pengurusan alam semulajadi telah mendapat perhatian secara global dan kesedaran tentangnya semakin
bertambah. Justeru itu, pelbagai langkah telah diambil untuk menwujudkan satu rangkaian pengurusan
alam semulajadi bagi memastikan sumber tersebut dapat diurus dan dimanfaatkan untuk kepentingan sejagat.
Antara langkah yang diambil adalah dengan memberi pendidikan dan latihan di semua peringkat. Kerajaan
juga telah mengubah dasar dengan memberi peluang latihan secara intensif kepada kakitangan, terutamanya
mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang konservasi dan ekopelancongan.
Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberi latihan kepada kakitangan Taman Negara dan
Perlindungan Hidupan Liar melalui program khas bersama Universiti Lincoln yang berpusat di New Zealand
untuk melatih kakitangan yang terpilih bagi mengikuti Program Sijil Pengurusan Konservasi dan
Ekopelancongan di Sekolah Latihan
Perhutanan Sarawak.
Dalam program ini, peserta diwajibkan untuk lulus sekurang-kurangnya empat dari lima modul yang
diwajibkan sebagai syarat untuk mendapat sijil dan dipertimbangkan untuk meneruskan pengajian hingga
ke peringkat diploma.
Modul yang wajib dihadiri oleh setiap peserta seperti berikut:
Modul 1: Pengurusan kawasan pelindungan (Taman Negara dan Sanktuari)
Modul 2: Pengurusan Pelancongan dan Rekreasi
Modul 3: Pengenalan kepada Pengurusan Ekologi dan Hidupan Liar
Modul 4: Interpretasi, Komunikasi dan Sains Sosial
Modul 5: Kejuruteraan
Setiap ,odul mengambil masa enam minggu di mana teori dan pratikal ditekankan untuk memberi
pendedahan kepada para peserta tentang masalah yang dihadapi dan cara penyelesaian di dalam menangani
cabaran pengurusan konservasi dan ekopelancongan.
Modul-modul yang dipilih adalah berkaitan antara satu sama lain dan kesemuanya telah dikenalpasti dapat
memantapkan pengurusan sumber secara profesional. Program ini secara amnya ialah untuk
memperlengkapkan pengurus taman dan sanktuari dengan pengetahuan dan pegalaman bagi mengawalselia
secara mapan dan sistematik.
Semua matapelajaran atau silibus menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, begitu juga tenaga pengajar
kebanyakkannya adalah pensyarah luar negara yang didatangkan khasdari Universiti Lincoln New Zealand.
200
Modul 1
PENGURUSAN KAWASAN TERLINDUNG
(PROTECTED AREA MANAGEMENT)
Modul ini memberi penekanan kepada cara yang pratikal dan sesuai untuk menguruskan
kawasan terlindung seperti taman negara dan sanktuari hidupan liar. Peserta didedahkan kepada teknik
asas untuk merekod, membuat plot, mengenalpasti, pemantauan dan membuat transek untuk mengambil
data hidupan liar yang terdapat di dalam sesebuah taman negara atau sanktuari serta membuat inventori
secara berkesan. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada teknik untuk membuat pemerhatian terhadap
spesis yang terancam dan cara untuk menyelia dan bertindak bagi mengawal spesis berkenaan dari kepupusan
kekal.
Kepentingan hidupan liar kepada hutan juga diberi penekanan dengan mengambil berbagai contoh, antaranya
ialah keseimbangan ekologi hutan yang amat bergantung kepada hidupa liar untuk terus wujud dan juga
sebaliknya. Rantaian ekologi ini secara langsung melibatkan manusia yang banyak bergantung kepada
sumber hutan bagi menyediakan keperluan harian. Berbagai sistem ekologi hutan hujan tropika ditekankan
kepada para peserta bagi memudahkan mereka membuat inventori atau mengurus jenis-jenis hutan tersebut.
Bagaimanapun, sistem manusia telah banyak memberi kemusnahan terhadap keseimbangan ekologi. Antara
contoh yang jelas adalah aktiviti pembalakan di mana kepupusan spesis tumbuhan dan haiwan menyebabkan
hutan sekunder yang wujud dianggap “Hutan Mati” oleh kebanyakan saintis kerana nilai boimas dan
keseimbangan hutan telah berkurangan.
Selain itu, peserta didedahkan kepada teknik perancangan keselamatan pelawat di dalam kawasan Taman
Negara. Penekanan diberi kepada kualiti pengurusan konservasi serta nilai konservasi dan operasi.
Fungsi-fungsi penguatkuasaan dan undang-undang juga ditekankan kepada peserta secara teori dan pratikal.
Ini termasuklah cara mengesan, nemangkap, mengawal dan memberi pendidikan kepada orang awam
terhadap nilai konservasi kepada manusia.
201
Silibus kepada modul ini adalah seperti berikut:
Protected area syestem
Conservation and Operational Value
l Appreciation of Conservation & Operational Dilemma
l Quality Conservation Management
l Function of Law and Enforcement
l Visitor Management and Planning
l Wildlife Management
l Wildlife Management(Pratical)
l Management
202
Modul 2
PENGURUSAN PELANCONGAN DAN REKREASI
(RECREATION AND TOURISM MANAGEMENT)
Modul 2 ini memberi pendedahan kepada peserta kepada konsep dan impak industri pelancongan kepada
sumber ekonomi negara. Industri pelancongan amat berkait rapat dengan Taman Negara kerana sumber
semulajadinya adalah tarikan nombor satu kepada pelancong, dalam dan luar negara.
Modul ini hanya melihat impak kepada ‘stakeholder’ sahaja tetapi juga kepada jiran sesebuah Taman
Negara. Konsep yang diamalkan oleh kebanyakan negara mempunyai produk pelancongan ialah agihan
pendapatan kepada penduduk tempatan atau jiran kepada Taman Negara dengan memberi peluang kepada
mereka untuk meraih keuntungan melalui perkhidmatan atau kraftangan dan budaya.
Peserta didedahkan kepada syestem pengurusan mapan terhadap fasiliti sedia ada terutamanya penginapan.
Model kepada pengurusan penginapan di adaptasi dari perkhidmatan hotel-hotel antarabangsa menurut
kesesuaian sesuatu Taman Negara dengan mengambilkira harga bilik/chalet, kelengkapan, keselesaan,
kualiti perkhidmatan, persekitaran dan sebagainya. Ini adalah peluang untuk pulangan jangka panjang
kerana pelancong dilihat mempunyai trend lawatan berulang kesesuatu Taman Negara.
Industri pelancongan walaupun memberi pulangan lumayan mempunyai impak negative sekiranya tidak
dikawal. Taman negara akan susut nilai semulajadi sekiranya kedatangan pelancong tidak diberi pendidikan
bagaimana berinteraksi dengan flora dan fauna, begitu juga dengan persekitaran Taman Negara itu sendiri.
Antara contoh yang diberikan ialah pembinaan bangunan yang mencacatkan pemandangan semulajadi.
Peserta diberi kefahaman tentang asas membuat penilaian lepada kesesuaian projek pembangunan untuk
jangka panjang dengan mengambilkira kesan jangka panjang dan juga sebagainya. Selain itu faktor bawaan
vektor oleh pelancong luar negara dititikberatkan dalam modul ini. Oleh yang demikian adalah penting bagi
agensi-agensi pelancongan diberi penerangan tentang perkara tersebut agar pihak agensi terbabit dapat
juga memberi penerangan terhadap perkara yang dibenarkan untuk dilakukan di dalam dan juga produk
yang terdapat di dalam sesebuah taman kepada pelanggan mereka.
Silibus bagi modul 2 adalah:
l Introduction to Recreational and Tourism
l Recreation and Tourism Impacts
l Cultural Tourism
l Nature Tourism Management
203
l Ecotourism
l Visitor Arrival Impact Management
l Recreation Planning
Sesi kerja amali bagi nodul ini adalah di Taman Negara Batang Ai, Lubok Antu selama dua minggu di
mana peserta tinggal di Rumah Panjang Kaum Iban untuk mengambil data impak industri pelancongan
terhadap ekonomi penduduk setempat.
Selainn itu, Taman Negara Niah juga adala antara tempat kerja amali, juga untuk mengambil data bagi
membuat perbandingan sosio ekonomi penduduk setempat dengan penduduk Batang Ai. Di sinii peserta
didedahkan kepada model pengurusan sumber yang amat sensitif kepada impak kedatangan pelancong
iaitu tinggalan kesan kewujudan manusia di Borneo sejak lenih empat ribu tahun.
Penekanan juga diberi terhadap pengurusan rekreasi, perancangan terhadap rekreasi yang dibolehkan
di dalam Taman Negar diambil berat dengan mengaplikasi berbagai syestem rekreasi seperti Visitor
Impacts Management (VIM), Limits of Acceptable Changes (LAC) dan Recreation Opportunity
Spectrum (ROS) dan lain-lain kaedah sebagai panduan pengurusan.
204
Modul 3
PENGURUSAN HIDUPAN LIAR DAN EKOLOGI
(WILDLIFE AND ECOLOGY MANAGEMENT)
Modul 3 memberi pendedahan kepada peserta kepada Sains Tanah secara teori. Peserta didedahkan
untuk bagaimana mengenal jenis tanah, proses ianya terjadi dan cara untuk mengenalpasti tanah melalui
ssample tanah dan metod untuk mengambil sample tanah.
Selain itu prinsip bio-geografi diperkenalkan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang bentuk
muka bumi, proses dan jenis batu-batan yang terdapat di Borneo. Pengenalan kepada ekologi marin dan
persekitarannya, botani, zoologi dan kepentingan ekologi tersebut kepada alam sekitar.
Perkaitan antara ketiga-tiga ekologi tersebut ditekankan di dalam modul ini kerana sumber tersebut amat
penting untuk keseimbangan (equilibirium) alam semulajadi. Interaksi antara haiwan dan tumbuhan
terutamanya di kawasan pesisir menjamin stok atau sumber berpanjangan terhadap ekonomi. Hutan bakau
adalah contoh jelas tentang interaksi dan kitaran hidupan marin.
Pengurusan hidupan liar juga didedahkan dalam modul ini. Taman Negara sepatutnya menjadi Kolam
Genetik kepada hidupan liar dan adalah amat penting untuk mengetahui cara pengurusan yang berkesan
bagi mengelakkan kepupusan kekal terhadap spesis yang terancam dengan mengetahui spesis, jumlah dan
status hidupan liar dipraktikkan dalam kerja lapangan di Taman Negara Bako sebagai kajian kes dan
peserta kemudiannya didedahkan kepada kaedah yang sesuai untuk Perancangan Pengurusan Sumber
melalui data terkumpul.
205
Modul 4
SAINS SOSIAL, INTERPRETASI DAN KOMUNIKASI
(COMMUNICATION, INTERPRETATION AND SOCIAL SCIENCE APPLICATION)
Modul 4 lebih kepada menggunakan bidang komunikasi sebagai alat untuk memberi pendidikan kepada
para pelawat tentang sumber sesuatu Taman Negara. Peserta diberi peluang untuk memandu pelancong
dengan memberi penerangan berkenaan kawasaan yang dilawati. Ini melibatkan penerangan jenis tumbuhan,
tanah, hidupan liar serta kepentingannya terhadap alam semulajadi.
Keberkesanan interpretasi melalui media elektronik didedahkan kepada peserta sebagai alat bagi memberi
penerangan kepada pelawat dengan menggunakan aplikasi yang sesuai seperti ‘Power Point’ dan sebagainya.
Peserta juga diberi peluang untuk membuat ‘brochure’ yang berkaitan dengan stesen masing-masing
mengikut garis panduan yang diberikan.
Penggunaan ‘slide projector’ juga ditekankan dimana peserta dikehendaki untuk mengambil gambar,
menyusun, membuat teks dan seterusnya memberi penerangan kepada pelawaat bekenaan objektif ‘slide’
masing-masing.
penyediaan pameran untuk pelawat juga penting dimana tarikan, objektif serta kesan kepada pelawat
diambil kira. Penyelidikan telah membuktikan bahawa peratusan masa pelawat untuk membaca apa yang
dipamerkan dan memahaminya adalah sangat rendah. Oleh itu penggunaan bahasa ringkas dan berkesan
serta gambar atau sebagainya yang dipamerkan hendaklah sentiasa dikemaskini dan memberi pendidikan
kepada pelawat selepas keluar daripada pusat-pusat pameran yang disediakan oleh sesebuah Taman
Negara.
206
Interpretasi juga hendaklah dapat diterima pakai oleh semua golongan. Peserta didedahkan kepada cara
untuk membuat penerangan kepada semua latarbelakang pelawat dengan menggunakan berbagai teknik
pendekatan. Dalam modul ini enam prinsip interpretasi yang diterima pakai iaitu ‘sterile, revelation, arts,
provoke, whole & children’ (Tilden, F. 1967). Dengan menggunakan prinsip tersebut, interpretasi yang
akan disampaikan tidak menyebabkan pelawat keliru dengan objektif Taman Negara.
Silibus dalam modul ini adalah seperti berikut:
l Introduction to social science
l Social science application for visitor management
l Nature conservation education
l Interpretation and media skills
l Visitor centre
l Modification/exhibition/evaluvtion
l Fundamental exhibition planning
207
Modul 5
KEJURUTERAAN UNTUK TAMAN NEGARA DAN KAWASAN TERLINDUNG
(PARKS AND RESERVED ENGINEERING)
Modul ini mendedahkan peserta cara mengenalpasti lokasi sesuai untuk pembangunan fasiliti kepada pelawat
dengan mengambilkira faktor kesan jangka panjang kepada fasiliti yang akan dibina dan juga kesan kepada
alam sekitar.
Peserta ditunjukkan untuk mengendali dan menyelenggara perealatan kerja harian seperti mesin rumput,
enjin sangkut, gergaji berantai dan sebagainya dengan betul. Langkah-langkah keselamatan juga ditekankan
contohnya kepentingan topi keselamatan, pelindung mata, telinga dan pakaian bersesuaian semasa
mengendalikan mesin.
Selain itu, modul ini banyak memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat pelan, memilih
bahan binaan yang sesuai, membuat kiraan yang betul tentang campuran konkrit, ketahanan binaan,
mengenalpasti serta menyelanggara kerosakan bangunan dan sebagainya sebagai langkah penjimatan kos
secara jangka panjang.
Penggunaan dan campuran minyak (lubricant) juga penting agar jangka hayat mesin-mesin yang sering
digunakan dapat bertahan lebih lama kerana seringkali kerosakan berpunca daripada penggunaan yang
tidak teratur menyebabkan kos penyelenggaraan sesebuah organisasi agak tinggi. Peserta diberi tunjuk
ajar untuk mengatasi masalah kerosakan kecil dan bagaimana memaksimumkan penggunaan mesin mengikut
manual yang diberikan.
Sistem pendawaian (1 phase & 3 phase) serta cara untuk membuat kiraan voltan yang digunakan juga
diberi penekanan. Ini adalah disebabkan kebanyakan Taman Negara berada di kawasan yang didak
mendapat bekalan elektrik seperti bandar, sebaliknya banyak bergantung kepada penggunaan janakuasa.
Oleh yang demikian pengetahuan tentang sistem elektrik amat penting kepada pengurus taman bagi
memudahkan perjalanan kerja dapat dilaksanakan tanpa memudaratkan janakuasa.
Pemasangan paip dan pembinaan tangki kumbahan dalam kawasan Taman Negara amat penting bagi
mengelakkan bakteria merebak dan memusnahkan ekologi sesuatu kawasan Taman Negara. Peserta diberi
panduan untuk menyediakan kawasan dan memasang tangki kumbahan yang mesra alam dan dapat
digunakan menurut kesesuaian sesebuah Taman Negara.
208
Peserta didedahkan kepada cara menguruskan fasiliti dengan baik bermula dari pemilihan lokasi hingga
kepada penyelenggaraan untuk jangka masa panjang dengan mengambilkira kesesuaian tanah, sejarah
kawasan, impak terhadap alam sekitar kepada fasiliti. Fasiliti yang dimaksudkan adalah termasuk bangunan,
denai dan sebagainya untuk meminimumkan risiko kepada pelawat. Pendedahan kepada asas geomorpologi
dan hidrologi oleh pensyarah kepada para peserta dilihat memberi panduan berguna untuk perancangan
membina sesuatu fasiliti di dalam kawasan Taman Negara.
Cara untuk menangani hakisan juga telah ditunjukkan dalam modul ini kerana tidak dapat dinafikan hakisan
berlaku akibat sama ada dilakukan oleh manusia secara tidak sengaja atau kerana faktor alam. Contoh
jelas yang sering dihadapi ialah hakisan tanah di permukaan denai, hakisan pantai dan tanah runtuh. Peserta
dilatih untuk mengenalpasti punca hakisan dan cara menanganinya secara efektif.
Zoning di sesebuah Taman Negara juga penting bagi mengelakkan kerosakan kekal dan kepupusan flora
dan fauna kerana banyak kajian saintifik menunjukkan aktiviti manusia walau seminimum mungkin sekalipun
tetap memberi impak besar terhadap alam semulajadi. Garis panduan untuk menetapkan zon adalah
bergantung kepada kesesuaian sesebuah Taman Negara itu sendiri. Peserta didedahkan kepada teknik
penzonan yang sesuai dengan mengambilkira interaksi alam semulajadi dan aktiviti manusia.
Silibus dalam modul ini adalah seperti di bawah:
l Project management
l Design skills
l Architecture
l Engineering
l Practical skills
l Surveying
l Map reading
l Advanced technology
l Toilets
l Occupational health and safety
l Fire prevention and fighting
l Camping and picnic area
209
Modul 6PROJEK PENYELIDIKAN INDIVIDU
(RESEARCH REPORT (DISSERTATION)
Modul ini adalah kerja amali secara individu dimana peserta diberi tempoh selama sebulan untuk menyediakan
laporan berkenaan tajuk yang mereka pilih. Semua kerja-kerja penyelidikan adalah dijalankan distesen
masing-masing dan mestilah mempunyai hunungkait tentang masalah yang sedang dan bakal dihadapi oleh
sesebuah stesen berkenaan dengan diseliakan oleh seorang penyelia yang dilantik oleh pihal Universiti
Lincoln.
Tujuan untuk mengadakan modul ini adalah melemgkapkan pelajar kepada teknik penyediaan laporan
penyelidikan secara individu kerana skil tersebut amat perlu dalam bidang Konservasi. Semua laporan
yang disediakan hendaklah dalam format saintifik berasaskan fakta dan menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya.
projek yang dijalankan oleh peserta Taman-Taman Sabah ialah:
Nama:
Projek:
Nama: Ariffin Johari Ariff
Projek: Kualiti Air Bawah Tanah di Taman Tungku Abdul Rahman,
Pulau Mamutik, Kota Kinabalu.
210
RUMUSAN
Program ini adalah amat berguna kepada peserta dan juga jabatan masing-masing kerana kesemua silibus
dalam kelima-lima modul ini menumpukan kepada pengurusan Taman Negara dan Sanktuari secara
berkesan. Program ini lebih kepada menyediakan seorang Pengurus Taman yang serba boleh dalam
menjalankan tugas harian dan menghadapi cabaran kerja secara profesional.
Berbagai teknik dan pengetahuan berguna diperolehi bagi memantapkan pengurusan Taman Negara. Apa
yang lebih penting sepanjang program ini dijalankan ialah peserta dapat mengenalpasti kelemahan yang
wujud dalam sistem sedia ada dan berpeluang menimba pengalaman daripada pensyarah luar negara yang
telah berkhidmat dengan Taman Negara yang mempunyai sistem pengurusan terkemuka di dunia.
Program ini telah memberi gambaran sebenar tentang cabaran yang dihadapi oleh Taman Negara khasnya
di Malaysia dan perlu ada tindakan proaktif bagi menanganinya. Melalui program yang amat berguna ini,
peserta akan dapat melaksanakan sistem pengurusan yang teratur dan berkesan serta mengamalkannya
bagi menjamin pengurusan konservasi yang berkualitii tinggi.
Program ini juga menumpukan kepada penggunaan aplikasi komputer yang relevan bagi tujuan pengumpulan
data serta membuat analisis dengan lebih sistematik dalan menyediakan laporan atau kerja dan sebagainya.
Secara keseluruhan, program ini amat berguna kepada Taman Sabah bagi mencapai matlamat pengurusan
mapan dan berkualiti untuk jangka panjang.
211
Making a Winning Presentation andBriefing
By
Mr. Taidin SuhaimunConsultant
USAHAWAN GROUP MANAGEMENTCONSULTANTS
213
214
215
216
217
218
219
Teamwork/Team Building
By
Mr. Taidin SuhaiminConsultant
USAHAWAN GROUP MANAGEMENTCONSULTANT
221
222
223