OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014 17 JANUARI – 22 JANUARI 2014 KERTAS KERJA OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2013 PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH : 17 - 22 JANUARI 2014 TEMPAT : KAMPUNG PARIT WARIJO, SERI MEDAN, BATU PAHAT ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA : PARLIMEN PARIT SULONG KERAJAAN NEGERI JOHOR “CEMERLANG BERSAMA JOHOR” Page 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
KERTAS KERJA OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2013
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH :17 - 22 JANUARI 2014
TEMPAT :KAMPUNG PARIT WARIJO, SERI MEDAN, BATU PAHAT
ANJURAN :PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA :PARLIMEN PARIT SULONGKERAJAAN NEGERI JOHOR
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
KAMPUNG PARIT WARIJO
TEMA :“ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ”
“CEMERLANG BERSAMA JOHOR” Page 1
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
KERTAS KERJAOPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM 2014
OPKIM 10 PENJURU DARUL TA’ZIM 2014 (BATU PAHAT)PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHORUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kerjasama dan bantuan
kewangan daripada pihak Y.B. Dato’ Noraini binti Ahmad selaku Ahli Parlimen Parit
Sulong Batu Pahat bagi melaksanakan Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul
Ta’zim (BATU PAHAT) 2014 yang akan dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak
Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Sekretariat Majlis
Tertinggi.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) adalah sebuah persatuan yang
berdaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 7
Disember 1975. Sepanjang penubuhannya, persatuan ini lebih menumpukan program-
program bersifat kemasyarakatan, akademik, kepimpinan dan latihan kendiri, operasi
khidmat masyarakat, motivasi akademik, dan kerjaya untuk ahli-ahlinya. Semua ini
digerakkan melalui program-program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh
keseluruhan keluarga Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) sama ada oleh para
Exco, senior, junior mahupun Alumni PERMAJ.
2.2 Dasar keterbukaan dan kekeluargaan yang diamalkan oleh PERMAJ telah
menyebabkan persatuan ini mampu menarik mahasiswa/i dari pelbagai negeri untuk turut
serta dalam mencurahkan bakti dan tenaga mereka dalam program-program yang
dirancangkan. Kewujudan sekretariat-sekretariat dalam persatuan ini ternyata mampu
mempelbagaikan program-program yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Lantaran itu,
di bawah Sekretariat Majlis Tertinggi PERMAJ UKM sesi 2013/2014 akan melaksanakan
Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim (BATU PAHAT) 2014.
Penganjuran program kali ini merupakan kesinambungan dari program-program yang telah
“CEMERLANG BERSAMA JOHOR” Page 2
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
dilakukan sebelum ini di mana adanya kursus kepimpinan exco PERMAJ bagi menerapkan
nilai-nilai kepimpinan, tanggungjawab dan kemahiran berorganisasi. Tujuan penubuhan
PERMAJ ini bukan sahaja melahirkan mahasiswa yang cemerlang akademik tetapi juga
cemerlang dari segi sahsiah. Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim
(BATU PAHAT) 2014 ini secara tidak langsung memberikan input penting kepada
mahasiswa/i yang sentiasa menjadi nilai tambah serta pengalaman berharga bersama
masyarakat.
3.0 MISI
Membentuk mahasiswa/i yang mempunyai jati diri, berkepimpinan dan bertanggungjawab
dalam masyarakat. Di samping itu, slogan ‘Cemerlang Bersama Johor’ sentiasa menjadi
pegangan dan prinsip setiap mahasiswa/i Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ).
Seterusnya, menjadikan mahasiswa/i UKM ini dilihat sebagai contoh dan tauladan yang baik
kepada masyarakat. Menyemai rasa hormat, kerjasama dan peribadi mulia dalam setiap
jiwa mahasiswa/i dalam menghulurkan bakti dalam apa jua termasuklah masa, wang dan
tenaga. Paduan ilmu, teori dan pengalaman akan dijadikan senjata ke arah kesejahteraan
dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan insaniah.
4.0 MATLAMAT
Untuk menjadi teraju Persatuan Anak Negeri yang unggul, beretika dan aktif dengan
mendukung falsafah, wawasan, misi dan matlamat UKM. Melahirkan bakal-bakal pemimpin
yang berketerampilan dan berwawasan. Seterusnya menjalinkan hubungan dan kerjasama
yang baik antara masyarakat setempat dan mahasiswa/i UKM yang berasal dari negeri Johor
amnya dan sekaligus memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai kehidupan
dalam suasana komuniti yang besar. Di samping itu, memupuk mahasiswa/i dalam
menggabungkan ilmu, teori dan pengalaman bagi mewujudkan komuniti masyarakat yang
harmoni, bertanggungjawab dan berwawasan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membina perhubungan baik antara mahasiswa/i PERMAJ dan masyarakat luar.
5.2 Memupuk sifat berkerjasama dan berkepimpinan dalam kalangan ahli PERMAJ.
5.3 Melahirkan mahasiswa/i yang mantap dari segi jasmani dan rohani.
5.4 Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta peribadi mulia yang sentiasa dijadikan
contoh dan tauladan masyarakat luar.
“CEMERLANG BERSAMA JOHOR” Page 3
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
5.5 Mewujudkan jaringan komunikasi mahasiswa/i dengan keluarga angkat untuk saling
berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan dan perpaduan masyarakat
dan negara.
6.0 TEMA
‘Cemerlang Bersama Johor’
7.0 ANJURAN
Majlis Tertinggi,
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
Dengan kerjasama : Parlimen Parit Sulong, Kerajaan Negeri Johor, JKKK Kampung
Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat
8.0 TARIKH
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada 17 Januari 2014 hingga 22 Januari 2014.
9.0 TEMPAT
Tempat program yang dicadangkan ialah Kampung Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.
10.0 PUBLISITI
Poster dan Flyers penyertaan program diedarkan di seluruh Kampus Induk UKM
Bangi.
Digital Board
Banner di sekitar kawasan program dan di dalam Kampus UKM
Laman web sosial Persatuan Mahasiswa Anak Johor ( PERMAJ )
www.facebook.com/groups/permajUKM/ dan
www.facebook.com/permaj.ukm
Membuat liputan akhbar dan siaran radio melalui johor.fm.
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmian Pembukaan dan Penyerahan Anak Angkat (Batu Pahat)Nama : Y.B. DATUK ZULKARNAIN BIN HAJI KAMISANJawatan : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Medan merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor
11.2 Perasmian Penutupan dan Penyerahan Kembali Anak Angkat (Batu Pahat)Nama : Y.B. DATO‘ NORAINI BINTI AHMADJawatan : Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Seramai 400 orang peserta termasuklah ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ),
Universiti Kebangsaan Malaysia yang terlibat dalam program ini secara keseluruhannya di
Johor. Setiap daerah akan dibahagikan 40 orang peserta termasuk di daerah Batu Pahat
termasuklah barisan urusetia yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi, exco-exco dan ahli-
ahli Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini
turut diikuti oleh pelajar antarabangsa dari pelbagai negara yang mengikuti kursus atau
pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini bagi mendedahkan budaya dan adat
masyarakat di Malaysia amnya dan Johor khususnya.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF KESELURUHAN PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PENGISIAN PROGRAM
15.1 Program Keagamaan dan Forum Perdana
Bagi menjayakan program ini maka satu majlis keagamaan akan diadakan. Pengisian bagi
program ini ialah Tahlil dan bacaan Yasin serta Solat Maghrib dan Hajat berjemaah. Selain
daripada itu, akan diadakan slot Forum Perdana yang akan membincangkan mengenai
“CEMERLANG BERSAMA JOHOR” Page 5
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
perpaduan dan kebajikan umat Islam khususnya.
15.2 Program Sukan Bersama Masyarakat
Bagi mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat, pengisian semangat
kesukanan akan diadakan. Pengisian program ini ialah sukan, sukan rakyat, sukaneka dan
aktiviti riadah.
15.3 Program Motivasi dan Seminar Masyarakat
Program ini diwujudkan bagi merapatkan hubungan mahasiswa dan pelajar-pelajar sekolah
di sekitar kawasan program. Program ini dilihat dapat membantu memberikan keyakinan
kepada pelajar-pelajar tentang semangat untuk belajar dan pendedahan suasana di
universiti. Selain itu, kami mewujudkan program seminar kepada masyarakat setempat
untuk menerangkan mengenai isu-isu semasa sama ada di dalam negara atau di peringkat
antarabangsa.
15.4 Khidmat Sosial dan Kesihatan
Di dalam program ini kami ingin menyemai rasa kebertanggungjawaban mahasiswa
terhadap kehidupan bermasyarakat. Mahasiswa berpeluang untuk bergotong-royong
bersama penduduk kampung di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama
manusia. Selain itu, pameran dan pemeriksaan kesihatan juga diadakan bagi memberikan
peluang kepada masyarakat kampung tentang kepentingan kesihatan dan amalan hidup
yang sihat.
15.5 Lain-lain program
Pelbagai program lain akan diadakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan sepanjang
program ini berlangsung.
16.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:
“CEMERLANG BERSAMA JOHOR” Page 6
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014
17 JANUARI – 22 JANUARI 2014
Persatuan Mahasiswa Anak Johor ( PERMAJ )Universiti Kebangsaan MalaysiaParas 3, Bangunan Pusanika,43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan.SHARUL AKMAL BIN JOHARI – 017-7960437 (PRESIDEN PERMAJ)MOHAMAD EZREEN HAIKAL BIN MAHAT – 0177489266 (KETUA PENGARAH BATU
PAHAT)
Tel : 03-89212311(HEP)Faks : 03-89253352(HEP)Laman web : www.facebook.com/groups/permajUKM/
: www.facebook.com/permaj.ukm
18.0 PENUTUP
Kewujudan program yang seumpama ini diharapkan dapat memupuk dan membina sifat dan
sikap bertanggungjawab, berkepimpinan dan peribadi mulia dalam kalangan mahasiswa/i
PERMAJ khususnya UKM amnya. Di samping itu, PERMAJ sentiasa melahirkan pemimpin-
pemimpin masyarakat melalui program-program yang dijalankan bagi mengenal tahap
masing-masing. Pemantapan dan pemerkasaan mahasiswa bersama masyarakat harap
dapat digiat dengan lebih baik dengan matlamat menerajui kempimpinan negara pada masa
hadapan. Ini dilihat selaras dengan matlamat persatuan ini yang sering diwar-warkan iaitu
‘Cemerlang Bersama Johor’ dan ‘Meneruskan Legasi Kegemilangan PERMAJ’.
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia
meletakkan harapan yang tinggi kepada Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru
Darul Ta’zim (BATU PAHAT) 2014 ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya demi
memartabatkan mahasiswa, agama, masyarakat dan negara. Dengan penciptaan slogan
‘Cemerlang Bersama Johor’ sentiasa menjadi pegangan dan prinsip setiap mahasiswa/i
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ).
Segala sokongan dan kerjasama amat kami harapkan terutamanya dari pihak Y.B.
Dato’ Noraini binti Ahmad selaku Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat untuk