KERTAS KERJA MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 7 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ PENDETA ZA’BA DENGAN KERJASAMA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA TEMA “Insan berselawat, Insan penuh rahmat”
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJAMALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH
KOLEJ PENDETA ZA’BAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH7 MAC 2014
TEMPATKOLEJ PENDETA ZA’BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURANBIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA’BA
DENGAN KERJASAMAJABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKANKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
TEMA“Insan berselawat, Insan penuh rahmat”
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah” 7 Mac 2014
KERTAS KERJA
MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan kerjasama serta bantuan kewangan bagi
mengadakan Malam Dambakan Cinta Rasulullah.
2.0 PENDAHULUAN
Malam Dambakan Cinta Rasulullah merupakan program yang berkonsepkan islamik yang
mengajak para muslimin dan muslimat untuk beselawat dengan kaedah yang lebih interaktif .
Selain itu, menggalakkan mahasiswa/i dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
sentiasa berselawat dan mengingati Nabi Muhammad SAW. Terdapat kelainan pada program kali
ini yang mana selawat akan diadakan dalam bentuk konsert supaya golongan mahasiswa/i
terpanggil untuk berselawat secara beramai-ramai bagi memuji dan mengingati Nabi Muhammad
SAW. Pada akhir majlis, sumbangan akan diberikan kepada Rumah Anak Yatim Al-Munirah dan
juga Maahad Tahfiz Al-Ridhuan.
“Insan berselawat, Insan penuh rahmat” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk
menarik golongan mahasiswa/i bagi meraih cinta Allah dan sesiapa sahaja yang ingin merasakan
kemanisan iman.
Malam Dambakan Cinta Rasulullah merupakan program yang bernaung di bawah Karnival
Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14) yang juga merupakan satu salah satu program tradisi bagi
warga Kolej Pendeta Za’ba. KAPREZA ‘14 merupakan tahun ke-9 yang dianjurkan oleh Biro
Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba. Pada kali ini KAPREZA
‘14 diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia,
“Malam Dambakan Cinta Rasulullah” 7 Mac 2014
Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk merapatkan ukhuwah antara penghuni Kolej
Pendeta Za’ba dengan pihak pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga ukhuwah
bersama komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia
yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai salah satu landasan mendekatkan kita dengan Allah dan
Rasulullah S.A.W walaupun berada di dalam sebuah konsert. Malah dapat memperkenalkan
hiburan baru yang berunsur islamik dengan berselawat.
4.0 MATLAMAT
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i