INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR KERTAS CADANGAN PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL Tarikh 7 Mac 2010 Tempat Gelanggang Futsal IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Anjuran PISMP-IPG 5E Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KERTAS CADANGAN PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR
KERTAS CADANGAN
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL
Tarikh
7 Mac 2010
Tempat
Gelanggang Futsal
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Anjuran
PISMP-IPG 5E
Dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
KERTAS CADANGAN
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL
PERINGKAT IPG KBM, KUALA LUMPUR.
TAHUN 2010
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mempertimbang dan
meluluskan cadangan bagi menjayakan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan
Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pertandingan Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
akan dijalankan pada 7 Mac 2010 dan diadakan di gelanggang Futsal IPG
Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
2.2 Pertandingan Futsal 2010 merupakan sebuah program bercorak pertandingan
yang menggunakan sukan futsal sebagai mediumnya. Futsal adalah salah satu
sukan rekreasi yang sihat dan memerlukan kemahiran dan strategi yang kemas
semasa bermain. Di samping itu, ia dapat melatih pemain menjadi lebih berani
dan berjiwa tegar. Semangat berpasukan sangat penting dalam permainan futsal
ini bagi mengorak langkah kemenangan bersama. Oleh itu, pertandingan futsal
ini diharapkan dapat menerapkan nilai semangat berpasukan dalam setiap diri
peserta.
2.3 Program yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh PISMP 5E ini juga diadakan
bertujuan menggalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang
mencabar di samping menguji minda selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sendiri iaitu untuk melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik malah dari segi kokurikulum.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Pertandingan ini dijalankan untuk memenuhi jam kredit dalam proforma
Pendidikan Jasmani bagi pelajar PISMP IPG Semester 5.
3.2 Program ini dianjurkan bertujuan untuk :
3.2.1 Melahirkan bakal pendidik keluaran IPG Kampus Bahasa Melayu yang unggul
dengan melengkapkan mereka dengan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.
3.2.2 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar IPG Kampus Bahasa
Melayu melalui aktiviti rekreasi yang menyihatkan.
3.2.3 Mengetengahkan dan memperkenalkan sukan futsal dengan lebih dekat kepada
para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.
4. STRATEGI PERLAKSANAAN
4.1 TARIKH
7 Mac 2010 (Ahad)
4.2 MASA
8.00 pagi hingga 4.00 petang
4.3 TEMPAT
Gelanggang Futsal, IPG Kampus Bahasa Melayu
4.4 ANJURAN
PISMP-IPG 5E dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4.4 JAWATANKUASA PENGELOLA
Rujuk “Lampiran I”
4.5 SENARAI TUGAS
Rujuk “Lampiran ll”
4.6 PERATURAN PERTANDINGAN
Rujuk “Lampiran lll”
4.7 PENYERTAAN DAN MAKLUMAT PESERTA
Program ini melibatkan 8 kumpulan yang akan bertanding di mana setiap
kumpulan diwakili 7 orang pemain. Oleh itu, sasaran penyertaan adalah seramai
56 orang.
4.8 ATURCARA PROGRAM
Rujuk “Lampiran IV”
4.9 JADUAL PERTANDINGAN
Rujuk “Lampiran V”
5. IMPLIKASI
5.1 Pertandingan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM516.50.
Rujuk “Lampiran Vl”
6. SYOR
Ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG Kampus
Bahasa Melayu adalah dimohon mempertimbangkan dan meluluskan Kertas
Cadangan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Futsal Peringkat IPG
Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP IPG 5E.
Disediakan oleh,
…………………………………………..
( KHAIRUNNISA MOHD HANIFIAH )
Setiausaha,
Pengurusan dan Pengelolaan
Pertandingan Futsal 2010
Anjuran PISMP 5E
IPG Kampus Bahasa Melayu
LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
PERTANDINGAN FUTSAL 2010 ANJURAN PISMP 5E
Pengerusi : Mohamad Firdaus bin Bakri
Setiausaha : Khairunnisa binti Mohd Hanifiah
Bendahari : Anas bin Abdul Aziz
Ahli Jawatankuasa :
Peralatan : Mohamad Syukri bin Zainuddin (Ketua)
Abdul Hadi bin Muhamad Azmi
Nur Amalina binti Hamzah
Noor Syamilah binti Md Maliki
Pertandingan : Mohd Ashraf Ikhwan bin Rosli (Ketua)
Azrizal Bin Zaini
Zainab binti Zahari
Najwa binti Mohd Rozmi
Seranta dan Siaraya: Mohd Idham bin Ibrahim (Ketua)
Izhar Raihan bin Mohd Yazid
Mohd Hafiz bin Zakaria
Hadiah dan Tajaan : Siti Salwa binti Ismail (Ketua)
Norfarehan binti Fadzin
Laporan dan
Dokumentasi : ’Afifah binti Mohd Rosli (Ketua)
Mohamad Syukri bin Ishak
Norkairil Fadzillah binti Ibrahim
Tugas-tugas Khas : Youhan bin Yon (Ketua)
Nurhaslina binti Hasnan
Keselamatan : Azmil Fazrul bin Ahmad Puad (Ketua)
Siti Maslizawati binti Zakaria
Muhamad Naim bin Roslee
Makanan : Julia binti Ehmawai (Ketua)
Norlinda binti Ramli
LAMPIRAN 2
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN FUTSAL
ANJURAN PISMP 5E
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
PENGERUSI Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa
Induk
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.
Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan
kejohanan berjalan dengan lancar.
Memastikan semua AJK telah melapor untuk bertugas
Membuat keputusan dan menentukan perjalanan program
SETIAUSAHA Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-
fail sebagai rujukan
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
dalam perlaksanaan program
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang
berkenaan
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan
surat pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
Menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat
BENDAHARI Mencadang yuran ahli dan memungutnya
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap
jawatankuasa
Merekodkan semua wang keluar dan masuk
Mengumpulkan semua resit-resit pembelian.
Menyediakan akaun yang lengkap
Mengeluarkan wang pendahuluan
Membuat bayaran terhadap tanggungan / perbelanjaan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap
mengenai perbelanjaan yang digunakan
PERALATAN Memohon / menerima / mengumpul segala peralatan dari
semua AJK
Membuat pinjaman peralatan dari stor sukan
Menyediakan senarai semak peralatan.
Mempastikan barang pinjaman selamat samada sebelum,
semasa dan selepas aktiviti.
Agihan pengawasan kepada kumpulan tertentu jika perlu.
Menyediakan borang semakan penerimaan dan
penghantaran supaya kerja pengurusan dapat
dikemaskinikan.
Menghantar balik pinjaman pada masa yang ditetapkan
Mengenalpasti alatan yang rosak / perlu diganti atau dibaiki.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
pertandingan
PERTANDINGAN Kepegawaian
Pengadil
Format pertandingan
Undang-undang
Penyelia peserta
Mencari dan menetapkan peserta
Urusetia pertandingan
Pemarkahan dan sebarang urusan lain
Teknikal
Penyediaan tempat dan penyelenggaraan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
SERANTA & SIARAYA Menentukan alat keperluan siaraya dalam keadaan baik
Mengawal sistem siaraya sepanjang pertandingan
Menyimpan semula alat-alat yang telah digunakan selepas pertandingan
Menyediakan ‘backup’ sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada alatan
Menyedia dan memasang banner Pertandingan Futsal
Menghebahkan aktiviti kepada umum melalui laman web,
hand out/menampal maklumat tentang aktiviti.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
HADIAH & SIJIL Menentukan cenderamata
Menentukan anggaran perbelanjaan dan mengenalpasti
penerima hadiah
Menentukan bilangan hadiah /sijil yang diperlukan dan
membuat persiapan awal
Mencari tajaan & membuat surat untuk penaja
Menyenarai dan menyusun hadiah mengikut kategori
Menyedia dan menghias meja hadiah
Menyusun dan menyampaikan hadiah pada pemenang
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
LAPORAN &
DOKUMENTASI/BUKU
PROGRAM
Mendapatkan laporan bagi setiap AJK dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program
Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir
Laporan hendaklah disemak oleh setiausaha sebelum dibukukan.
Menyediakan buku dan tentatif program serta senarai nama peserta.
Menyediakanlaporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti
TUGAS-TUGAS
KHAS/KEBERSIHAN
Menyelenggara dan membantu Biro Aktiviti dan Kebajikan.
Memastikan kebersihan kawasan pertandingan sebelum,
semasa dan selepas pertandingaan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
KESELAMATAN Memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang pertandingan
Memberikan bantuan keselamatan /pertolongan cemas apabila diperlukan
Menyediakan perkhidmatan rawatan di tempat pertandingan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
MAKANAN Membuat anggaran perbelanjaan untuk makanan.
Menguruskan penyediaan dan tempahan makanan dan
minuman peserta.
Menyediakan jamuan kecilan setiap kali mesyuarat.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
LAMPIRAN 3
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PISMP 5E 2010
1.0 UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola
Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM )
yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1)
2.0 PERATURAN KEJOHANAN
2.1 PENGENALAN
2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP 5E.
2.1.2 Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar PISMP
semester 5 sebagai pengadil jemputan dan mempunyai
pengalaman dalam bidang pengadilan.
2.2 TARIKH DAN TEMPAT
2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 7HB MAC 2010 bertempat di
Gelanggang Futsal Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
2.2.2 Taklimat dan undian akan diadakan pada 4HB MAC DI KELAS
TINGKAT BAWAH ASRAMA BUKIT PANTAI pada jam 9.00
malam.Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang
penyertaan sebelum 1HB MAC 2010.
2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian sekirannya tiadanya
wakil.
2.3 FORMAT KEJOHANAN
2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan
kalah mati di pusingan seterusnya.
2.3.2 8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.Perlawanan secara liga di
setiap kumpulan(setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan
diperingkat kumpulan)
2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat
separuh akhir.
2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah
mata keseluruhan di peringkat kumpulan.3 mata akan diberikan
sekirannya menang,1 mata akan diberikan sekirannya seri
manakala tiada mata akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.
2.3.6 Sekiranya mata sama,keputusan pemenang akan dikira mengikut
format berikut iaitu
a)Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira
sebagai pemenang.
b)Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya
terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati(3 pemain
sahaja)
2.3.7 Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada
separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua
termasuk 1 minit waktu rehat.
2.4 KATEGORI PERTANDINGAN
2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA
kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan.
2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan
sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM5 sahaja.
2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan
yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai
kejohonan futsal ini.
2.5.5 Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal