TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU. NAMA KURSUS : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK KOD KURSUS : EED 3217 NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN OLEH ; NAMA : SARIYATOM BINTI IBRHIM NOMBOR MATRIKS : J 44226 PROGRAM : BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG) 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU.
NAMA KURSUS : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
KOD KURSUS : EED 3217
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN
OLEH ;
NAMA : SARIYATOM BINTI IBRHIM
NOMBOR MATRIKS : J 44226
PROGRAM : BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN
SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG)
SEMESTER : SATU
1
TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU.
1.0. PENGENALAN
Pantun merupakan warisan kebudayaan masyarakat Melayu yang diwarisi
secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi hinggalah ke hari ini. Pantun
merupakan hak mutlak masyarakat Melayu kerana dari segi sejarah dan hak miliknya
tidak diketahui siapakah penciptanya. Sejarah pantun bermula sebelum orang-orang
Melayu tahu membaca dan menulis lagi dan dilafazkan secara lisan. Pantun dilafazkan
secara berbalas-balas atau ada soal jawab (jual beli) yang mengandungi nilai estetika
yang tinggi dan pemikiran yang mendalam tentang sesuatu perkara.. Isinya padat
mengandungi nasihat, sindiran, peribahasa, motivasi, gurauan, luahan hati dan
seumpamanya. Malah sampiran atau pembayangnya juga mengandungi kaitan dengan
maksud.
Pantun dikatakan mempunyai pemikiran yang tinggi kerana proses
penciptaannnya itu sendiri. Pantun mempunyai bentuk dan ciri-cirinya yang terikat iaitu
tidak terlepas dari ikatan dan peraturan-peraturan tertentu supaya apabila pantun
dilafazkan akan lahir satu rasa kesedapan dan keunikannya kerana pantun dilafazkan
secara lisan dengan intonasi dan lenggokknya yang santun dan santai.
Malah pantun juga telah dilagukan dalam lagu rakyat seperti “Dondang
Sayang”, lagu-lagu Melayu Asli seperti lagu “Gurindam Jiwa” dan lagu kanak-kanak
seperti lagu “Anak Rusa Nani”, lagu “Geylang Si Paku Geylang”, “Rasa Sayang Eh”
dan dalam tarian seperti tarian “Canggung” (Perlis), tarian “Lotah” (Perak), permainan
(Terengganu), permainan “Gendang” (Sarawak), dan tarian “Anding” (Sabah). Pantun
digunakan dalam tarian, permaianan dan lagu-lagu rakyat dengan tujuan untuk
berhibur, melahirkan kesyukuran, perubatan, dan meraikan majlis-majis tertentu seperti
majlis perkahwinan, bercukur, berkhatan, menuai padi dan upacara keagamaan.
2.0. DEFINISI DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH
2.1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
Pantun bermaksud sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris
dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang
selainnya mengandungi maksudnya).
2.2. Kamus Sastera Melayu Terkini (2000)
Puisi Melayu yang asli dan popular. Setiap rangkap terdiri atas sampiran dan
maksud. Rima akhirnya a-b-a-b. Ada pantun 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, dan 18 (kerat) baris
serangkap serta pantun berkait. Namun demikian, pantun empat keratlah yang paling
popular.
2.3. Koecharaningrat.
Pantun dalam kebudayaan Melayu berasal daripada kepercayaan mereka pada
zaman purba yang meyakini bahasa berirama dan indah itu mengandungi kekuatan
ghaib dan luar biasa (Mana). Apabila kata-kata yang indah itu diucapkan, lalu dapat
mempengaruhi roh datuk nenek sehingga dapat memberikan kemakmuran dan
kebahagiaan kepada orang yang masih hidup.
2.4. Prof. Van Ophuysen.
Sebuah pantun dipandang orang Melayu bagus kalu beberapa perkataan
daripada sebuah baris bersanjak dengan perkataan daripada sebuah baris yang menjadi
3
pasangannya. Dalam pantun-pantun yang indah-indah, boleh dikatakan segala
perkataan pada baris ketiga bersanjak dengan segala perkataan pada baris pertama.
2.5. Sdr. Usman Awang
Pantun adalah tradisi puisi rakyat (lisan) dan masih hidup subur di kampung-
kampung, iaitu dalam golongan luar bandar yang belum merasai arus hidup yang pesat
di kota.
2.6. Sdr. Kassim Ahmad.
Pantun adalah hasil masyarakat yang tertutup yang mementingkan adat istiadat,
konvensi dan tradisi. Pantun sebagai puisi lisan, iaitu pantun dikarangkan untuk
dilagukan beramai-ramai atau diucapkan sewaktu lawan bergurau dan bukan untuk
dibaca.
2.7. Rogayah A. Hamid (Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional, DBP)
Pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa Melayu yang tidak
tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia. 1
2.8. Abdul Halim Salleh (Penggiat Pantun)
Pantun yang baik sepatutnya memiliki dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata yang indah.2
2.9. Dr. Harun Mat Piah (Penulis dan Penyelidik Pantun)
Sejarah dan perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan pantun
adalah milik bangsa dan tamadun Melayu. “Pemahaman terhadap pantun Melayu
sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sastera dan budaya Melayu sendiri
1 Kertas kerja ‘Kebijaksanaan Emosi Dalam Pantun’ , Seminar Pantun 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara, Kuala Lumpur.2 Kertas kerja ‘Berbalas Pantun Dan Kaedahnya’ Seminar Pantu 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan , Kesenian dan Warisan, Kuala Lumpur.
4
termasuk ciri-ciri keunikan bahasa, aspek estetika dan etikanya, nilai dan pemikiran,
jati diri dan pandangan dunia.3
2.10. Za’ba (Pendeta Bahasa)
Karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik
dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.
3.0. ASAL-USUL PANTUN
Perkataan ‘pantun’ dikatakan berasal daripada perkataan bahasa
Sanskrit ,paribhasya atau bahasa Jawa ‘parik’ yang bererti peribahasa dalam bahasa
Melayu. Menurut Dr. Brandsetter, perkataan ‘pantun’ berasal daripada akar kata
‘tun’yang terdapat dalam bahasa Jawa iaitu ‘tuntun’, dalam bahasa Tagalog disebut
‘tonton’ yang diucapkan dalam aturan tertentu, bahasa Sunda, pantun bermaksud satu
cerita (Karangan ) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik.
Manakala, dalam masyarakat Melayu, pantun bereti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun
dalam struktur empat baris serangkap. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu
menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti
atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa
Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan
sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat
tersebut.
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu, puisi tulen milik orang
Melayu yang tumbuh subur lama sebelum orang Melayu tahu menulis dan membaca.
Pantun dicipta sebagai satu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan 3Kertas kerja “Sejarah Pantun dan Keindahannya’. Sumber : Utusan Malaysia 02/03/2006.
5
terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara, malahan pantun digunakan untuk
menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan bersuka-suka. Dalam hubungan ini banyak
yang telah ditulis dan dikaji tentang dunia pantun Melayu terutamanya tentang asal-
usulnya, peranannya mahupun dari segi bentuknya yang membezakannya dengan
bentuk puisi Melayu yang lain. Beberapa orang tokoh seperi R.O. Winstedt, Andrian
Van Ophuysen, Hoesein Djajadiningrat, Hans Overback, R.J. Wilkinson dan Pendeta
Za’ba adalah para pengkaji yang banyak memperkatakan tentang pantun Melayu.
Kajian terbaru mengenai pantun yang cukup penting ialah Alam Pantun Melayu :
Studies on the Malay Pantun (DBP, 1988) oleh seorang sarjana Perancis iaitu Francois-
Rene Daillie.
Tidak dapat dinafikan terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan bagi
pengertian pantun di Nusantara. Dalam bahasa Sunda disebut “Toen”; bahasa Pampaga
menyebutnya “Tuntun”: bahasa Tagalog menyebutnya “Tonton” ; sementara bahasa
Jawa menyebutnya “Tuntun”, “Atuntun”, “Matuntun”; bahasa Bisayan pula
menyebutnya sebagai “Panton”; dan bahasa Toba menyebutnya “Pantun”. Mungkin
dari segi struktur bahasa, pantun dalam pelbagai kelompok itu berbeza tetapi pada
dasarnya tetap sama iaitu merujuk kepada sesuatu yang tersusun, teratur sama ada pada
ucapan, pimpinan, didikan, dan kesopanan yang dapat dikesan dalam serangkap pantun.
4. SEJARAH PERKEMBANGAN PANTUN
Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di
seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah
simbol artistik masyarakat Nusantara dan mencerminkan kebijaksaanaan masyarakat
berfikir. Pantun merupakan alat komunikasi komunikasi yang penting dan tinggi
martabatnya. Pantun bersifat ringkas, padat dan mampu melahirkan aspirasi masyarakat
6
dengan begitu jelas. Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan
dialek. Seterusnya, pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan
Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (imigran Malaysia dan
Indonesia). Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu dan
mungkin lebih tua daripada itu seperti yang dicatat dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan
Sejarah Melayu.
4.1. PETA PERKEMBANGAN PANTUN DI ASIA DAN DI DUNIA.
7
5.0. BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama
pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan
kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua
kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam
setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam
rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau
isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai
hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya
seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi
pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat
dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah
antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
8
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting
untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan
menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat
yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
5.1. KANDUNGAN PANTUN MELAYU
5.1.1. Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.
Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud.
Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada
baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
5.1.2. Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam
pantun tersebut(tema).
5.1.3. Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.
Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
5.1.4. Suku kata
9
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap
baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun
yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
5.1.5. Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris
pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud
dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima
a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh
pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
5.2. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
10
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur
alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan
maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif