Top Banner
PANTUN ANAK SINGAPURA Generasi Abad ke-21 Penasihat Mohamed Noh Daipi Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura Penyusun Dr Fadilah Isnin Pengetua Guru Pakar Bahasa Melayu Siti Faridah Omar Pegawai Pelatih Pusat Pusat Bahasa Melayu Singapura Kementerian Pendidikan Singapura M O E M E R A I K A N
136

Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

Jan 16, 2017

Download

Documents

ngothu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

PANTUNANAK SINGAPURA

Generasi Abad ke-21

PenasihatMohamed Noh Daipi

Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura

PenyusunDr Fadilah Isnin

Pengetua Guru Pakar Bahasa MelayuSiti Faridah Omar

Pegawai Pelatih Pusat

Pusat Bahasa Melayu SingapuraKementerian Pendidikan Singapura

MO

E MERAIKAN

Page 2: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

ISBN No: 978-981-09-5360-7

Cetakan Jun 2015

© 2015 Pusat Bahasa Melayu SingapuraKementerian Pendidikan Singapura13 Bishan Street 14Singapore 579787

Hak cipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan pakej ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau dalam apa jua cara sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.

Diterbitkan oleh:

Pusat Bahasa Melayu SingapuraKementerian Pendidikan Singapura

www.malaylanguagecentre.moe.edu.sgNo Tel: 6354 6951No Faks: 6258 6761

Dicetak oleh:Oxford Graphic Printers Pte Ltdwww.oxfordgraphic.com.sg

Page 3: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

KandunganSeungkap Kata Awal Bicara

Pantun Juara

Juara

Naib Juara

Naib Juara II

Pantun Hadiah Penghargaan

Singapura Tanah Airku

Keluargaku, Rakanku, Wargaku

Generasi Perintis, Wiraku

Melayuku, Watanku

Penghargaan

5

7

8

12

16

21

59

97

123

136

Page 4: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21
Page 5: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

5

Seungkap Kata Awal BicaraSalam sejahtera anak-anak sekalian

Pantun adalah salah satu puisi tradisional Melayu. Pantun boleh digunakan dalam acara-acara tertentu dan juga dalam komunikasi seharian kita. Dalam pantun terkandung nilai-nilai luhur dan ilmu seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Pak Tenas Effendy dalam salah satu pantunnya:

Apa guna orang bertenun,Untuk membuat kain dan baju;

Apa guna orang berpantun,Untuk menimba berbagai ilmu.

Oleh itu, anak-anak digalakkan mempelajari cara menulis dan membaca pantun. Anak-anak boleh menggunakan pantun dalam penulisan karangan. Kita tidak perlu rasa takut untuk menulis pantun. Usahakan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit; sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.

Buku Pantun Anak Singapura Generasi Abad ke-21 ini memuatkan 90 rangkap pantun empat kerat yang dihasilkan oleh para pemenang Peraduan Membaca dan Mengarang Pantun SG50. Diharapkan pantun-pantun ini merangsang anak-anak yang lain untuk belajar menulis pantun. Pusat Bahasa Melayu Singapura mengucapkan syabas kepada semua para pemenang.

Selamat membaca!

Mohamed Noh DaipiPengarah Pusat Bahasa Melayu SingapuraKementerian Pendidikan Singapura

Page 6: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

6

JuaraImam Solihin Bin Mohamed FariqSekolah Rendah Yio Chu Kang

Naib JuaraNur Haziyah Bte RamliSekolah Rendah Compassvale

Naib Juara IIWardah Murfiqah Bte Mohammad TaibSekolah Rendah Pasir Ris

Page 7: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

Pantun Juara

Page 8: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

8

Juara

Imam Solihin Bin Mohamed FariqDarjah 6

Sekolah Rendah Yio Chu Kang

Page 9: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

9

Mengayuh rakit mencari duku,Singgah sebentar di tepi muara;

Apabila ditanya tempat asalku,Aku bangga menjawab Singapura.

Page 10: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

10

Baju basah perlu dijemur,Jika dipakai dingin terasa;

Singapura aman juga makmur,Hidup tenteram berbilang bangsa.

Page 11: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

11

Buah manggis di atas para,Kulit dikupas isinya dimakan;

Cintai nusa sayangi negara,Jiwa raga rela kukorbankan.

Page 12: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

12

Naib Juara

Nur Haziyah Bte RamliDarjah 6

Sekolah Rendah Compassvale

Page 13: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

13

Terbang tinggi si burung merpati,Duduk bertenggek di pohon cempaka;

Zubir Said pencipta melodi,Menyeru semangat Majulah Singapura.

Page 14: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

14

Pergi ke pasar membeli kesum,Sambil berjalan menyanyikan lagu;

Lemah gemalai lenggang Puan Som,Pelestari anggun tarian Melayu.

Page 15: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

15

Berpuluh tahun mengukir sejarah,Megah berdiri Stadium Kallang;

Fandi Ahmad wira nan megah,Handal beraksi penyerang terbilang.

Page 16: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

16

Naib Juara II

Wardah Murfiqah Bte Mohammad TaibDarjah 6

Sekolah Rendah Pasir Ris

Page 17: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

17

Sambil membaca duduk di bangku,Membaca dapat menambah pengetahuan;

Wahai nak muda kaum bangsaku,Adat budayamu dilupa jangan.

Page 18: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

18

Raja adil raja disanjung,Rakyat sentiasa taat setia;

Adat dipeluk budi dijunjung,Takkan Melayu hilang di dunia.

Page 19: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

19

Hendak diangkat si kayu jati,Namun diri tidak berdaya;

Wahai teman yang saya hormati,Waspada diri tidak terpedaya.

Page 20: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

20

Dini Nur Rifqah Binte Muhammad Assad ElahiSekolah Rendah Bukit View

Irshah Irdani Bin AmidanSekolah Rendah Tampines

Julia Ardhana Bte JalilSekolah Rendah Jiemin

Nur Sarahfina Bte KamarudinSekolah Rendah Bendemeer

Nur Thahirah Bte JaafarSekolah Rendah Horizon

Nurin Afreena Bte AfzainizamSekolah Rendah Chua Chu Kang

Nurul Radhiah Bte AbdullahSekolah Rendah Horizon

Sakinah Binte YahyaSekolah Rendah Kheng Cheng

Siti Faziera RazaliSekolah Rendah Fengshan

Page 21: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

Singapura, Tanah Airku

Page 22: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

22

Dini Nur Rifqah Binte Muhammad Assad ElahiDarjah 5

Sekolah Rendah Bukit View

Page 23: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

23

Pergi ke Changi bersama saudara,Mendengar lagu sambil memandu;

Bunga orkid lambang Singapura,Warnanya putih, merah dan ungu.

Page 24: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

24

Menyambut gemilang hari bersejarah,Teriak merdeka memecah angkasa;

Rakyat bersatu menuju arah,Agar Singapura kekal sentosa.

Page 25: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

25

Jika hendak ke bandar Marina,Jangan sesat hilang arahmu;

Negara aman dan juga indah,Itulah Singapura tanah airku.

Page 26: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

26

Irshah Irdani Bin AmidanDarjah 6

Sekolah Rendah Tampines

Page 27: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

27

Sayang Singapura tanah airku,Indah sungguh mergastua di sini;

Saya suka di tempat kelahiranku,Aku hidup senang di sini.

Page 28: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

28

Lelaki perempuan menjadi askar,Mahu membela negara Singapura;

Kehidupan di sini tidaklah sukar,Segala keputusan dibuat segera.

Page 29: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

29

Masa begitu cepat berlalu,Ketika bersantai di dalam taman;

Terima kasih Encik Lee Kuan Yew,Kerana usahamu negara aman.

Page 30: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

30

Julia Ardhana Bte JalilDarjah 5

Sekolah Rendah Jiemin

Page 31: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

31

Pak Samad menjual duku,Dibeli oleh seorang kaya;

Singapura tanah airku,Aku bangga terhadapnya.

Page 32: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

32

Membeli mi rebus di kedai Cik Intan,Minum pula secawan kopi;

Singapura negara yang aman,Semua cabaran dapat dihadapi.

Page 33: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

33

Tersua Cik Ida di tepi jalan,Sanggulnya indah dicucuk bunga;

Kita ada ikon Merlion,Berbadan ikan berkepala singa.

Page 34: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

34

Nur Sarahfina Bte KamarudinDarjah 6

Sekolah Rendah Bendemeer

Page 35: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

35

Berbumbung atap berdinding papan,Hiasan rumah sempadan negeri;

Sepenuh hati rela berkorban,Kedaulatan negara teguh berdiri.

Page 36: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

36

Cendawan tumbuh penuh berisi,Disusun lurus di atas batu;

Bakat diasah berlandas meritokrasi,Generasi pelapis warga bermutu.

Page 37: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

37

Di pantai landai mencari lokan,Kokokan ayam di sunyi pagi;

Di pentas dunia tiada tandingan,Nama negaraku terjulang tinggi.

Page 38: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

38

Nur Thahirah Bte JaafarDarjah 5

Sekolah Rendah Horizon

Page 39: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

39

Menyusur sungai menaiki sampan,Hendak memancing si ikan keli;

Singapura tempatku dilahirkan,Tanah pusaka tempat berbakti.

Page 40: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

40

Mari belajar bersama-sama,Berusaha gigih sepenuh hati;

Singapura pasti terus berjaya,Hidup sejahtera rakyat sejati.

Page 41: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

41

Menangkap ikan dengan jaring,Ikan dijual di pasar raya;

Singapura akan terus bersaing,Menjadi terkenal seluruh dunia.

Page 42: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

42

Nurin Afreena Bte AfzainizamDarjah 6

Sekolah Rendah Chua Chu Kang

Page 43: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

43

Indah berseri cincin pusaka,Bertatah intan elok dipakai;

Lima puluh tahun negara merdeka,Negara sentosa aman dan damai.

Page 44: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

44

Remaja kini menjulang nusa,Bagai cahaya menyeri pandangan;

Singapura harmoni aman sentiasa,Berkat adanya pemimpin sanjungan.

Page 45: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

45

Baju kurung baju kebaya,Pakaian pengantin indah berseri;

Bersatu padu mencapai jaya,Singapura negaraku megah berdiri.

Page 46: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

46

Nurul Radhiah Bte AbdullahDarjah 5

Sekolah Rendah Horizon

Page 47: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

47

Menyeberang sungai dengan perahu,Perahu didayung sambil bernyanyi;

Singapura tanah airku,Negara yang amat aku sayangi.

Page 48: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

48

Waktu pagi pergi ke pasar,Sampai di pasar membeli kelapa;

Singapura tempatku membesar,Seumur hidup tidak kulupa.

Page 49: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

49

Singapura tanah airku,Pelbagai bangsa hidup bersaudara;

Merah putih warna bendaraku,Bersama kita membangun negara.

Page 50: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

50

Sakinah Binte YahyaDarjah 6

Sekolah Rendah Kheng Cheng

Page 51: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

51

Sate, kway teow, tose, muruku,Menjadi kegemaran pelbagai bangsa;

Bunga anggerik putih dan ungu,Vanda Miss Joaquim bunga negara.

Page 52: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

52

Taman Persisiran cantik berseri,Bendungan Marina airnya biru;

Pelancong datang dari luar negeri,Melihat keindahan tanah airku.

Page 53: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

53

Adnan membela kura-kura,Kura-kura dibela sedari dahulu;

Berbilang bangsa rakyat Singapura,Semoga Singapura maju selalu.

Page 54: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

54

Siti Faziera Bte RazaliDarjah 6

Sekolah Rendah Fengshan

Page 55: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

55

Bola sepak bola raga,Sukan dimain orang ramai;

Keamanan Singapura harus dijaga,Supaya negara aman damai.

Page 56: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

56

Pokok kelapa di kebun raya,Bunga cempaka di Taman Safari;

Aku cinta akan Singapura,Akan kubela sampai mati.

Page 57: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

57

Pergi kedai membeli pena,Pena diletak di dalam saku;

Singapuraku oh Singapura,Engkaulah tanah tumpah darahku.

Page 58: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

58

Fatin Nabilah Mohammad FaizalSekolah Rendah Fengshan

Felix Raqib Bin Felix RemieSekolah Rendah Loyang

Ilyas Bin AbdullahSekolah Rendah Pasir Ris

Muhammad Aqil Khan Bin Muhammad AqramSekolah Montfront Junior

Muhammad Zulkifli Bin OsmanSekolah Rendah Innova

Nur Syafinaz Bte MohamadSekolah Rendah Admiralty

Nur Tuhfah Izzah Binte Mohd RoslanSekolah Rendah South View

Nursyahidah Binte Mohammad RizalSekolah Rendah Park View

Puteri Izzaty Bte ZulkefleeSekolah Rendah Innova

Page 59: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

Keluargaku, Rakanku, Wiraku

Page 60: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

60

Fatin Nabilah Bte Mohammad FaizalDarjah 5

Sekolah Rendah Fengshan

Page 61: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

61

Sungguh cantik bekas tembaga,Untuk diberikan kepada nenekku;

Kasih sayang keluarga amat berharga;Sentiasa berada dalam hatiku.

Page 62: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

62

SG50 disambut dengan meriah,Disambut meriah memanglah jitu;

Keluarga dan rakanku buatku ceria,Mereka selamanya bintang hatiku.

Page 63: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

63

Minum kopi di waktu petang,Sambil minum membaca buku;

Keluargaku ibarat sebutir bintang,Sentiasa bercahaya dalam hatiku.

Page 64: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

64

Felix Raqib Bin Felix RemieDarjah 6

Sekolah Rendah Loyang

Page 65: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

65

Meja belajar selalu berselerak,Disapu teman mengguna perca;

Sayangi ibu, abang dan kakak,Begitulah ikatan antara saudara.

Page 66: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

66

Indah sungguh rakit Pak Wan,Dibuat dengan tekun dan cermat;

Nasihat-menasihati sesama kawan,Agar persahabatan membawa berkat.

Page 67: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

67

Melihat gadis menanam bunga,Bunga ditanam dengan kemas;

Dilihat manis dipandang mulia,Si warga muda berhati emas.

Page 68: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

68

Ilyas Bin AbdullahDarjah 6

Sekolah Rendah Pasir Ris

Page 69: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

69

Anak Cik Siti sangat cerdik,Suka bermain suku kata;

Sayang-menyayangi adik-beradik,Keluarga harmoni tiada sengketa.

Page 70: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

70

Menaiki kereta ke negeri Kedah,Di dalam kereta makan keria;

Apalah guna bertikam lidah,Bertolak ansur amalan mulia.

Page 71: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

71

Jalan-jalan di pasar malam,Hendak membeli buah kuini;

Jangan dilupa sejarah silam,Tiada dahulu, tiada kini.

Page 72: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

72

Muhammad Aqil Khan Bin Muhammad AqramDarjah 4

Sekolah Montfort Junior

Page 73: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

73

Makan bubur dengan sudu,Bubur dimasak oleh Nek Alia;

Kasih sayang harus sepadu,Semua pasti akan bahagia.

Page 74: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

74

Pergi ke Geylang membeli briyani,Keluar bersama dengan saudara;

Melayu, Cina, India dan Serani,Kita semua rakyat Singapura.

Page 75: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

75

Pergi ke padang bermain bola,Padang terletak di Jalan Kayu;

Kawan saya berbangsa Cina,Saya pula orang Melayu.

Page 76: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

76

Muhammad Zulkifli Bin OsmanDarjah 6

Sekolah Rendah Innova

Page 77: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

77

Abang saya sungguh kacak,Hendak pergi ke luar negara;

Sayangi adik hormati kakak,Itulah ikatan antara saudara.

Page 78: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

78

Sorong papan tarik papan,Buah keranji dalam perahu;

Sayangi saudara cintai teman,Kelak Allah mengasihi dirimu.

Page 79: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

79

Menunggang basikal pergi ke pekan,Terlupa hendak mengajak sesiapa;

Hormati guru sayangi rakan,Hidup bahagia kasihi ibu bapa.

Page 80: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

80

Nur Syafinaz Bte MohamadDarjah 4

Sekolah Rendah Admiralty

Page 81: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

81

Istana tetamu tersergam indah,Tempat berehat pemimpin setia;

Gedung ilmu terlaksana sudah,Lahirkan warga berwawasan mulia.

Page 82: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

82

Jalan melintas di atas titi,Hendak membeli kuih keria;

Hidup berkeluarga saling menghormati,Semoga kita kekal bahagia.

Page 83: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

83

Anak Pak Mat menanam halia,Halia diguna masak juadah;

Jadilah kita sahabat setia,Tidak mengungkit perkara yang sudah.

Page 84: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

84

Nur Tuhfah Izzah Binte Mohd RoslanDarjah 5

Sekolah Rendah South View

Page 85: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

85

Berjalan-jalan di Dunia Fantasi,Terdengar suara lunak belaka;

Teman sentiasa berada di sisi,Bersama suka dan juga duka.

Page 86: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

86

Emas permata cantik berseri,Hiasan indah si puteri raja;

Mari kita membangun negeri,Menjadi rakyat bersemangat waja.

Page 87: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

87

Ibu menghadiri sebuah kursus,Pergi ke sana berpakaian batik;

Air dicincang tiada putus,Itulah resmi, adik-beradik.

Page 88: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

88

Nursyahidah Binte Mohammad RizalDarjah 5

Sekolah Rendah Park View

Page 89: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

89

Pergi ke Geylang membeli baju,Buat sambutan di pagi raya;

Anak Melayu semakin maju,Rajin berusaha pasti berjaya.

Page 90: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

90

Yusof Ishak presiden pertama,Beliau seorang ketua negara;

Tidak hilang Melayu di dunia,Laksamana Tuah pernah berkata.

Page 91: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

91

Kait kelapa guna beruk,Buat hantaran wakil keluarga;

Kau ibarat Quran buruk,Meningkat usia masih berharga.

Page 92: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

92

Puteri Izzaty Bte ZulkefleeDarjah 6

Sekolah Rendah Innova

Page 93: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

93

Sarah menangis kerana tersedak,Akibat makan buah bidara;

Sayangi adik hormati kakak,Begitulah ikatan antara saudara.

Page 94: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

94

Membawa bakul bersama paman,Pergi ke pasar beli tenggiri;

Teman bukan sebarang teman,Teman sejati yang kita cari.

Page 95: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

95

Dari mana burung terbang,Dari awan yang ada pelangi;

Dari mana berkasih sayang,Dari ibu yang kita sayangi.

Page 96: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

96

Fidy Nuralisha Binte Mohamad FuadSekolah Rendah Pioneer

Inarah Hazirah HazmiSekolah Rendah Fengshan

Kiran JasvantSekolah Rendah Zhonghua

Muhammad Aiman Nabil Mohamad AzharSekolah Rendah Junyuan

Muhammad Fayze Bin Muhammad FaddlySekolah Fairfield Methodist (Rendah)

Razin Hilmansyah Bin RosliSekolah Rendah Pasir Ris

Page 97: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

Generasi Perintis, Wiraku

Page 98: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

98

Fidy Nuralisha Bte Mohamad FuadDarjah 5

Sekolah Rendah Pioneer

Page 99: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

99

Berenang di sungai si anak penyu,Mencari makan setiap hari;

Rajinlah belajar anak Melayu,Demi kejayaan bangsa sendiri.

Page 100: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

100

Pergi ke kedai anak Cik Siti,Hendak membeli buah bidara;

Dewasa kelak menabur bakti,Untuk masyarakat juga negara.

Page 101: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

101

Memanjat pokok si anak tupai,Di kejar oleh si anak kera;

Menara gading sudah dicapai,Mari berbakti kepada negara.

Page 102: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

102

Inarah Hazirah Bte HazmiDarjah 5

Sekolah Rendah Fengshan

Page 103: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

103

Pergi melancong bersama-sama,Kalau tersesat tolong tunjukkan;

Yusof Ishak presiden pertama,Jasa beliau kita kenangkan.

Page 104: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

104

Selepas bersolat kita berwirid,Di atas sejadah kita meminta;

Kenanglah jasa Pak Zubir Said,Penggubah lagu kebangsaan kita.

Page 105: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

105

Yusof Ishak presiden pertama,Wira kita Leftenan Adnan;

Zubir Said penggubah ternama,Lagu indah semua berkenan.

Page 106: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

106

Kiran JasvantDarjah 5

Sekolah Rendah Zhonghua

Page 107: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

107

Bekerja keras semasa muda,Marilah kita menabur bakti;

Perintis berusaha kita merasa,Jasa mereka terpahat di hati.

Page 108: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

108

Orang India makan capati,Capati dimakan dengan keema;

Generasi perintis tidak terganti,Marilah kita teladani mereka.

Page 109: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

109

Memancing ikan di atas jeti,Pergi bersama ayah dan abang;

Generasi perintis tetap di hati,Jasa mereka sentiasa kukenang.

Page 110: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

110

Muhammad Aiman Nabil Mohamad AzharDarjah 5

Sekolah Rendah Junyuan

Page 111: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

111

Dayung sampan ke pulau Sentosa,Sampan berisi kain sulaman;

Mari kekalkan budaya bangsa,Agar tak lenyap ditelan zaman.

Page 112: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

112

Cik Mat menangkap sembilang,Dimasak gulai berpati santan;

Adat dikendong budaya dijulang,Bangsa Melayu dilupa jangan.

Page 113: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

113

Duduk di rumah menganyam rotan,Pondok beratap daun rumbia;

Pepatah Hang Tuah jadi sebutan,Takkan Melayu hilang di dunia.

Page 114: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

114

Muhammad Fayze Bin Muhammad FaddlyDarjah 4

Sekolah Fairfield Methodist (Rendah)

Page 115: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

115

Berbangsa Cina dan Melayu,Bangsa India jangan dilupa;

Masing-masing ingin maju,Untuk membangun Singapura.

Page 116: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

116

Tuah bukan, Jebat pun bukan,Wiraku hanya manusia biasa;

Berbekalkan semangat dan kemahuan,Terbinalah negara yang berjaya.

Page 117: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

117

Tidak semua kenangan manis,Kenangan pahit juga diingat;

Segala pengorbanan warga perintis,Akan disanjung sepanjang hayat.

Page 118: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

118

Razin Hilmansyah Bin RosliDarjah 6

Sekolah Rendah Pasir Ris

Page 119: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

119

Pergi ke kedai membeli ciku,Tidak lupa mangga dan kuini;

Kerana tekadmu wahai perintisku,Aku nikmati keselesaan ini.

Page 120: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

120

Ais kepal mudah menitis,Meskipun cair enak dimakan;

Tidak dilupa warga perintis,Hargai peranan juga sumbangan.

Page 121: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

121

Pergi ke taman bersama Ramu,Memberi makan burung dan angsa;

Walaupun tidak mengenalimu,Akan kukenang segala jasa.

Page 122: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

122

Balqis Nureliyana Bte Mohamed ShariffSekolah Rendah Loyang

Nurhaz Liyana HazrinSekolah Rendah Temasek

Nurwardina Bte Mohd AzniSekolah Rendah Yio Chu Kang

Page 123: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

Melayuku, Watanku

Page 124: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

124

Balqis Nureliyana Bte Mohamed ShariffDarjah 6

Sekolah Rendah Loyang

Page 125: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

125

Buah manggis buah mengkudu,Dalam dulang di atas para;

Gigih berusaha bersatu padu,Melayuku bersatu membina negara.

Page 126: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

126

Pohon selasih subur di tanjung,Bersama dengan pohon bidara;

Harapan Melayuku tinggi dijunjung,Mencanai ilmu membina negara.

Page 127: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

127

Bunga matahari besar meninggi,Tumbuh indah segar di taman;

Semangat Melayu berdiri tinggi,Teguh bersatu menjaga kesejahteraan.

Page 128: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

128

Nurhaz Liyana HazrinDarjah 6

Sekolah Rendah Temasek

Page 129: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

129

Berjalan-jalan ke rumah Tok Kadi,Singgah sebentar di rumah Ramu;

Orang Melayu bangsa berbudi,Sentiasa ramah melayan tamu.

Page 130: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

130

Cik Minah ke pasar tani,Hendak membeli kuih baulu;

Pakaian Melayu anggun sekali,Marilah kita memakainya selalu.

Page 131: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

131

Cantik sungguh emas suasa,Disimpan rapi di dalam peti;

Orang Melayu berbudi bahasa,Ramai orang sangat menghormati.

Page 132: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

132

Nurwardina Bte Mohd AzniDarjah 6

Sekolah Rendah Yio Chu Kang

Page 133: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

133

Pergi ke taman duduk di bangku,Sambil melihat seekor angsa;

Bangga sungguh kaum Melayuku,Hidup rukun berbudi bahasa.

Page 134: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

134

Ibu memasak lauk kegemaranku,Juga kegemaran baba dan nyonya;

Berbilang kaum negaraku,Bahasa Melayu bahasa kebangsaannya.

Page 135: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

135

Berdoa sentiasa menjadi kaya,Bersyukur jika doa dikurnia;

Kuat berusaha penuh upaya,Negara terkenal seluruh dunia.

Page 136: Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21

136

PenghargaanUcapan setinggi-tinggi penghargaan dihulurkan kepada:

V Para Pengadil: \ Cikgu Rozita A Hamid, Guru Kanan Bahasa Melayu

Sekolah Rendah Woodlands Ring; \ Cikgu Tuminah Mohamed Bakir, Guru Kanan Bahasa Melayu

Sekolah Rendah Xingnan; \ Cikgu Noraishah Mostapa, Guru Kanan Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Siglap; \ Para Guru Pakar dan Pegawai Pelatih Pusat Bahasa Melayu Singapura:

Cikgu Rahmat Subadah, Cikgu Muhamad Rafi Abu Bakar,Cikgu Muslim Hanafiah dan Cikgu Arshid Abdullah;

V Penaja hadiah: \ Alam Cahaya; \ Oxford University Press Pte Ltd; \ Kato Trading; \ Everfirst Pte Ltd;

dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan peraduan, dan penerbitan buku ini.