Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya.
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
Apa yang anda lihat
Siapa mereka Apa yang mereka buat
T N U A N P
P A N T U N
S H T N A A I
A S I H A TN
CIRI – CIRI PANTUN
1. Ada 4-5 patah perkataan sebaris.
2. Mempunyai rima akhir abab
3. Mempunyai pembayang dan
maksud.
4. Mempunyai maksud untuk disampaikan
PANTUN NASIHAT
Pernahkan anda berpantun.
(dengarkan baik-baik)
PUISI TRADISI
Pantun Empat Kerat
Budi
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
PANTUN 4 KERAT (BUDI)
Seeorang yang tidak diingati, biasanya tidak akan disebut-sebut oleh
orang lain walaupun telah menabur bakti
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
PANTUN 4 KERAT (BUDI)
Menjadi kebiasaan hidup manusia, orang yang telah meninggal
dunia sentiasa disebut-sebut orang / dikenang orang.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan
PANTUN 4 KERAT (BUDI)
Sedikit kebaikan yang dibuat, akan tetap diingati
sampai bila-bila
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun
PANTUN 4 KERAT (BUDI)
Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka
dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila
KOSA KATA
Punggur = dahan kayu yang mati
Resam = kebiasaan hidup
TEMA PANTUN
KEPENTINGAN HIDUP BERBUDI
DALAM MASYARAKAT
Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam
kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi
akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain
sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia
PERSOALAN
i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan
menjadi ingatan
ii. Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat
sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia
iii. Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan
dikenang orang
iv. Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam
masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas seumur hidup
NILAI
i. Berbudi bahasa – berbudi walaupun kecil
ii. Mengenang budi – orang berjasa sentiasa
dihargai
iii. Kasih sayang - orang yang berbudi
sentiasa disayangi
i. Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar
diingati masyarakat
ii. Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil
iii. Kita mesti menghargai jasa dan budi yang
dicurahkan oleh orang lain terhadap kita
iv. Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.
LATIHAN
1. Apakah maksud rangkap 2.
2. Apakah peribahasa yang berkaitan
dengan orang yang tidak mengenang
budi?
3. Nyatakan 2 nilai dalam pantun di atas?