PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA 1
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
1
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
2
PANDUAN TANDA BACA
AL-QURAN WARNA
MUDAH & RINGKAS
Penyusun
ZAKARIA NASIRUDIN
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
3
PANDUAN TANDA BACAAL-QURAN WARNA MUDAH & RINGKAS
Cetakan : Ogos 2020
Penyusun Zakaria Nasirudin Grafik Mohd Firdaus Ramlee Editor Sanisha Bogaraja
© Zakaria Nasirudin 2020
HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenar mengulang siar mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan
isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, gambar, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Usrah Haraki Sdn Bhd
dan penulis. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau
honorarium.
Diterbitkan untuk
Usrah Haraki Sdn Bhd 70A, Jalan MKJ/2, Jalan Medan Kamunting Jaya, 34600 Kamunting Perak Malaysia +6010-342 5467
wakafharaki.com
wakaf Quran Haraki
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
4
KANDUNGAN
Kata Penyusun 5
1. Al-Quran 6
Fungsi al-Quran Kepada Manusia 7
2. Sejarah Penulisan al-Quran Rasm Uthmani 8
3. Ilmu Asas Baca al-Quran 10
4. Faktor Bacaan al-Quran Yang Baik 11
5. Hukum Baca al-Quran Bertajwid 15
6 Kepentingan Tajwid Dalam Bacaan Al-Quran 17
7. Mudahnya Membaca al-Quran 21
9. Inovasi Al-Quran Berwarna 22
10. Panduan Tanda Baca Al-Quran Cordoba Karya Bestari
10.1 Panjang Pendek
10.2 Dengung
10.3 Tekankan
10.4 Abaikan
10.5 Melantun
10.6 Waqaf & Ibtida’
23
11 Penutup 29
LAMPIRAN A (Panduan Al-Quran Warna) 31
LAMPIRAN B (Haraki Prihatin) 32
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
5
KATA PENYUSUN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. KepadaNya kami meminta
pertolongan dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Selawat dan salam ke atas Rasul
kami yang sangat amanah, junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para
sahabat baginda sekalian.
Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah SWT
atas segala nikmat yang telah sama-sama kita kecapi.
Syukur saya kepada Allah SWT yang telah memberi taufiq dan hidayahNya
dapat saya hasilkan e-Book Panduan Tanda Baca al-Quran Warna. E-Book ini
dihasilkan bagi memudahkan pembaca membaca al-Quran dengan betul dan
bertajwid. E-Book ini menggunakan pendekatan yang tersendiri hasil penelitian
terhadap al-Quran al-Karim Waqaf Ibtida’ rasm Uthmani dengan tajwid kaedah
berwarna terbitan Karya Bestari dengan kerjasama PT Cordoba International
Indonesia.
E-Book ini hanya menekankan aspek bacaan al-Quran bertajwid sahaja,
manakala persoalan lain seperti huruf hijaiyah, ilmu rasm, makhraj dan sifat huruf,
lahjah Arab, hafazan dan sebagainya tidak ditekankan. E-Book ini merupakan nota
ringkas tajwid yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur terutama golongan
dewasa yang lebih mementingkan bacaan al-Quran dengan betul dan bertajwid
sahaja.
Akhir kata saya dengan rendah diri mengharapkan teguran yang membina dan
komentar daripada ulama’ al-Quran sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan
dalam e-Book ini agar dapat diperbaiki dan meningkatkan mutu isi kandungannya
pada terbitan akan datang. Segala kesempurnaan adalah milik Allah SWT manakala
kekurangan itu datang daripada diri saya.
Wallahu A’lam
Ikhlas daripada saya,
Zakaria Nasirudin 1 Ogos 2020/ 11 Zuhijjah 1441H
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
6
1. Al-QURAN
Al-Quran merupakan kalam Allah yang menjadi mukjizat teragung Nabi
Muhammad SAW dalam bahasa Arab yang dibawa oleh malaikat Jibril a.s. Ditulis
dalam mushaf bermula dari surah al-Fatihah hingga surah an-Nas. Dipindahkan
kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya. Ia terpelihara
dan dijaga dari sebarang bentuk perubahan dan pindaan hingga hari kiamat.
Dinamakan Kitab Suci kerana ia bebas daripada campur tangan manusia, serta
kandungannya sesuai dengan fitrah manusia dan tidak bercanggah di antara satu
sama lain.
Perbezaan antara al-Quran dengan ucapan yang lain (hadis Qudsi dan hadis
Nabawi) ialah al-Quran merupakan firman Allah SWT yang diturunkan dengan lafaz
dan makna yang jelas, serta dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. lalu tersebar
dalam bentuk-bentuk tetap dan tidak dapat ditiru malahan mendapat jaminan Allah
SWT. Ini berdasarkan firmanNya:
حافظونح لح كرح وإنا لح لحا الذ ن نحز إنا نح
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”(Surah al-Hijr 15: 9)
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
7
2. FUNGSI AL-QURAN KEPADA MANUSIA
Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia secara umum, petunjuk
bagi orang-orang yang bertakwa dan petunjuk bagi orang-orang yang beriman.
Kandungan al-Quran bersifat universal seperti yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan yang sangat penting dan berguna untuk orang yang beriman Islam dan
bertakwa. Firman Allah SWT:
يبح فيه هدى للمتقيح لكح الكتحاب لح رح ذح“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (al-Baqarah : 2)
Ia juga merupakan dasar hukum Islam dan sumber syariat Islam yang menjadi
rujukan selain hadis, ijma’ dan qias. Kandungannya merupakan pemisah antara yang
hak dan yang batil, atau antara yang benar dan yang salah, serta mengandungi
peringatan-peringatan agar terus bertakwa kepada Allah. Firman Allah SWT:
ول فحصل إنه لحقح“Sesungguhnya keterangan al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar).” (at-Tariq : 13)
Selain itu al-Quran merupakan penawar bagi penyakit samada berupa penyakit
fisikal, mental psikologi mahupun rohani. Firman Allah SWT:
ن رحححة للمؤمنيح وح اء وح ا هوح شفح ل منح القرآن مح ذ نح“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman kepadanya.” (al-Isra’ : 82)
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
8
3. SEJARAH PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI
Naskah al-Quran yang kita miliki sekarang telah melalui beberapa
fasa penulisan. Bermula zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW
mengarahkan penulis wahyu dalam kalangan sahabat mencatatkan ayat-ayat al-
Quran yang diterimanya. Di antara penulis al-Quran yang paling popular ialah
Abdullah ibnu Saad, Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, Ubai ibnu Kaab, Zaid ibnu
Thabit dan Muawiyah ibnu Abi Sufyan. Ketika itu penulisan dibuat pada kulit, tulang
unta dan kambing yang sudah disamak, serta pelepah tamar; ketulan batu dan
potongan kayu yang terpisah-pisah.
Setelah baginda Nabi SAW wafat, sewaktu kerajaan Islam di bawah
pemerintahan khalifah Saidina Abu Bakar RA, ramai orang Islam yang keluar daripada
Islam sehingga tercetusnya peperangan al-Yamamah pada tahun 12H menyebabkan
sejumlah besar sahabat yang hafaz al-Quran telah meninggal dunia. Hal ini
menimbulkan kebimbangan kepada Saidina Umar al-Khattab RA dan beliau
mencadangkan kepada khalifah Abu Bakar agar mengumpulkan dan membukukan al-
Quran. Oleh itu, khalifah Abu Bakar memerintahkan Zaid bin Thabit selaku ketua
penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW untuk menyusun lembaran-lembaran suhuf
yang terpisah tersebut lalu disimpan di tangan Abu Bakar. Setelah khalifah Abu Bakar
meninggal dunia pada tahun 13H, lembaran-lembaran tersebut disimpan dan dijaga
oleh khalifah Umar bin Khatab. Mushaf al-Quran berpindah ke tangan anak khalifah
Umar al-Khattab, iaitu Hafsah yang juga isteri Rasulullah SAW setelah khalifah Umar
meninggal dunia.
Semasa kerajaan Islam di bawah pimpinan khalifah Uthman bin Affan, Islam
telah berkembang luas hingga ke utara termasuk Azerbaijan, Armenia, Syam dan Iraq.
Oleh kerana kerajaan Islam dan umat Islam bertambah ramai, serta jajahan takluk
semakin luas menyebabkan wujudnya kepelbagaian bangsa, warna kulit dan bahasa.
Perbezaan yang ketara adalah dari segi bahasa dan dialek yang memberi kesan
dalam pembacaan al-Quran. Oleh yang sedemikian, khalifah Uthman menubuhkan
jawatankuasa diketuai Zaid bin Thabit al-Ansari bersama tiga orang Quraisy, iaitu
Abdullah bin Zubair, Said bin ‘As, dan Abdurrahman bin Harith agar menyalin
semula al-Quran yang disimpan oleh Hafsah. Tujuannya untuk menyeragamkan cara
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
9
bacaan mengikut bunyi orang Quraisy kerana al-Quran diturunkan di Makkah kepada
orang Quraisy. Kelima-lima mushaf itu kemudian diedarkan ke Makkah, Madinah,
Syam, Kufah dan Basrah bersama individu yang boleh mengajar. Mushaf ini digelar
sebagai mushaf Rasm Uthmani atau dikenali juga sebagai mushaf al-Imam,
manakala mushaf-mushaf lain dilupuskan.
Terdapat dua bentuk penulisan al-Quran, iaitu;
i. Rasm Qiasi / Rasm Imla’i : penulisan menurut kelaziman pengucapan.
ii. Rasm Istilahi / Rasm Utsmani : penulisan menurut kaedah tertentu di mana ia
tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia
menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti,
menyambung atau menceraikan huruf dan penulisan hamzah.
Dari segi khat (jenis tulisan) pada zaman Rasulullah saw, al-Quran telah ditulis
dengan khat al-Anbari an-Nubti (Nabetean). Pada zaman Abu Bakar hingga zaman
Uthman, al-Quran ditulis dengan khat al-Hijazi. Setelah itu, al-Quran ditulis pula
dengan khat Kufi, khat Raihan, khat Thuluth dan akhirnya khat Nasakh.Tulisan al-
Quran dengan menggunakan khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di
Hamburg, Jerman pada tahun 1113H (1694 Masihi) dan seterusnya dicetak di negara-
negara Islam yang lainnya sehingga ke hari ini.
Mushaf Rasm Uthmani ini ditulis dan dibaris mengikuti riwayat Hafs bin
Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi mengikut bacaan Asim bin Abu an-Najud
alKufi at-Tabi’I daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Habib as-Sulami daripada
Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Thabit dan Ubay bin Ka’ab daripada
Rasulullah SAW.
Ejaannya diambil daripada riwayat ulama Rasm (tulisan) bersumberkan
mushaf-mushaf yang telah dikirim oleh Khalifah Uthman bin Affan ke Mekah, Basrah,
Kufah dan Syam. Selain itu, beliau juga memperuntukkan mushaf kepada penduduk
Madinah, mushaf yang khusus untuknya dan mushaf-mushaf yang mansukh
daripadanya. Cara membariskan huruf diambil daripada perakuan ulama yang
mengambil tanda yang dibuat oleh al-Khalil bin Ahmad dan para pengikutnya daripada
kalangan al-Masyariqah (penduduk di sebelah timur) sebagai ganti tanda-tanda yang
dipakai oleh para pengikutnya daripada kalangan orang-orang Andalus dan al-
Magharibah (penduduk di sebelah barat).
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
10
Cuba buat perbandingan rasm Imla’i dan rasm Uthmani dari segi bentuk tulisan
dan baris ayat yang terdapat dalam Surah Baqarah : 267-270.
Contoh al-Quran rasm Imla’i Contoh al-Quran rasm Uthmani
Penerbitan al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia umumnya telah
berkembang pesat ekoran permintaan masyarakat Islam untuk mendalami ilmu al-
Quran dan memahami hukum-hukumnya. Bagi memudahkan dan menarik minat
masyarakat Islam mempelajari al-Quran, pelbagai kaedah baru pembelajaran al-
Quran diperkenalkan oleh penerbit-penerbit di Malaysia termasuk penggunaan warna
pada teks al-Quran bagi hukum tajwid, waqaf ibtida’, topik tertentu dan lain-lain. Selain
itu, terdapat juga penerbitan al-Quran berwarna untuk tujuan hiasan semata-mata dan
bukan membantu dalam proses pembelajaran al-Quran.
Mana-mana individu /syarikat yang ingin mencetak/ menerbit teks al-
Quran di Malaysia perlu mendapat lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 5
Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) Kementerian Dalam Negeri.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
11
4. ILMU ASAS BACA AL-QURAN
Untuk membaca al-Quran dengan baik, seseorang itu perlu menguasai lima ilmu
berikut:
1. Ilmu Rasm
- Kenal huruf hijaiyah tunggal dan bersambung
- Mampu membezakan setiap huruf hijaiyah
2. Ilmu Dabt
- Kenal tanda baca yang terdapat di dalam al-Quran seperti baris, sabdu, mati
(sukun)
3. Ilmu Makhraj Huruf
- Cara menyebut huruf dengan betul
- Mengetahui bagaimana sesuatu bunyi keluar dari rongga mulut, tekak,
hidung dan sebagainya
4. Ilmu Tajwid
- Kenal panjang, pendek dan dengung bacaan al-Quran
5. Lahjah Arab
- Cara sebutan yang betul mengikut loghat arab kerana al-Quran diturunkan
dalam bahasa Arab Quraisy.
Sekiranya kita mampu menguasai kelima-lima ilmu al-Quran ini, insyaallah kita boleh
membaca al-Quran dengan baik. Ada ilmu-ilmu lain seperti ilmu tarannum dan
sebagainya, tetapi tidak akan dibincangkan di dalam e-Book selain ilmu tajwid sahaja.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
12
5. FAKTOR BACAAN AL-QURAN YANG BAIK
Dalam menentukan bacaan al-Quran seseorang, terdapat beberapa faktor yang
telah digariskan oleh para al-Qurra’ seperti berikut:
i. Membaca dengan tertil, tenang tanpa gopoh dan mengikut kehendak tajwid.
Firman Allah SWT:
لح نحز ح مكث وح ح الاس علح ه علححأ اه لحقرح اه تحنيل وحقرآنا فحرحقنح
“Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya
kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (al-Isra’ : 106)
Firman Allah SWT:
تذل ال رح لحيه وح و زد عحح قرآنح تحرتيل أ
“Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".” (al-Muzammil : 4)
ii. Pengambilan secara talqqi dan musyafahah
Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau
bersemuka. Menurut istilah pula, talaqqi ialah pertemuan antara guru dan murid
secara bersemuka bermaksud guru membacakan sepotong ayat kepada
sekumpulan murid, lalu murid mengikut bacaan guru secara berhadapan
dengan guru beramai-ramai. Kaedah ini juga dilakukan oleh baginda Rasulullah
s.a.w. dengan malaikat Jibril sekali dalam setahun, dan pada akhir hayatnya,
baginda melakukannya dua kali dalam setahun.
Musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil
dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima
pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan
menyebutnya mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca
sepotong ayat kepada seorang murid, lalu murid itu mengikut contoh bacaan
guru secara individu.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
13
Firman Allah SWT:
ا ه وحقرآنحه فحإذح عح لحينحا جح لح به إن عح انحكح لحعجح لح تحرذك به لسحنحاه فحاتبع قرآنحه
قحرحأ
“Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (al-Qiyamah : 16-18)
iii. Membaca al-Quran secara tadabbur
Sabda Rasulullah SAW:
مح ح تح يح ادح رح ن أ قرح ليح فح الل عح مح مح كح
حانح رءح الق أ
“Sesiapa yang ingin bercakap dengan Allah SWT hendaklah dia membaca
al-Quran.”
Sabda Rasulullah SAW:
ح ا مح وت صح اس ال ن حسح أ رح ا قح ذح ن إ
ح رح انح رءح الق أ
ح تعالىالل شح يح ه يتح أ
“Seseorang yang paling baik suaranya ialah mereka yang apabila membaca al-
Quran, engkau melihatnya takut kepada Allah.” (Riwayat Jabir)
iv. Memperelokkan suara
Sabda Rasulullah SAW:
زح انح ءح روا الق ن يذ بحمك ات صوح أ
“Perhiaskanlah al-Quran dengan suara kamu.”
(Riwayat an-Nasai dan Abu Daud)
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
14
v. Bacaan dengan lahjah Arab
انح رءح وا الق ؤ قرح إ وح ب رح العح ون ح ل بحاهح ات صوح أ
“Bacalah al-Quran dengan gaya pertuturan Arab dan suaranya.”
(Riwayat Abu Daud)
Memelihara al-Quran dengan baik termasuk menjaga bacaannya mengikut
cara bacaan sebenar menjadi sunnah yang sepatutnya dikuasai umat Islam. Apabila
wahyu diturunkan, sahabat Rasulullah SAW akan pergi menemui Baginda untuk
mendengar firman Allah SWT dan bertalaqi secara langsung. Bagi kita yang tidak
sezaman dengan Nabi SAW, hendaklah mencari guru al-Quran muktabar untuk
mempelajari cara bacaan betul mengikut hukum ditetapkan. Daripada sudut
pembacaan, Rasulullah SAW membaca dengan jelas huruf demi huruf atau tartil, iaitu
bacaan elok mengikut tajwid.
Ya’la ibnu Mamlak RA meriwayatkan beliau bertanya kepada Ummu Salamah
r.a mengenai cara Nabi SAW membaca al-Quran, lalu beliau menunjukkan sifatnya
dengan satu bacaan yang jelas satu huruf demi satu huruf. Rasulullah SAW
memanjangkan pada tempat yang perlu dipanjangkan mengikut bilangan harakat
sepatutnya dan membaca ayat demi ayat mengikut wakaf (perhentian) ditetapkan.
Rasulullah SAW amat menjaga kesahihan bacaan diterimanya daripada Jibril AS dan
Baginda akan bertadarus dengan penghulu malaikat itu setiap kali Ramadan.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
15
6. HUKUM BACA AL-QURAN BERTAJWID
Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah bagi umat Islam. Jika
tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka
kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.
Hukum mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran adalah fardu ‘ain
ke atas setiap muslim tidak kira lelaki mahupun perempuan. Apabila seseorang itu
membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid.
Sekalipun semasa bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang
tidak wajib seperti dalam solat), al-Quran itu tetap wajib dibaca dengan bertajwid
sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Lalu, sesiapa yang
membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka
ia adalah berdosa.
Firman Allah S.W.T:
ذل القرآنح تحرتيل ت رح وحMaksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
(Surah al-Muzammil : 4)
Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya
adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya,
jangan mengubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal,
ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi. Syeikh al-
Sa’di berkata, tartil di sini memberi makna bahawa tartil al-Quran adalah dengannya
dapat mentadabbur dan berfikir, dan menggerakkan hati dengannya, dan
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan ayat-ayatNya, dan melakukan
persediaan yang sempurna keranaNya.
Ali bin Abu Talib ada mengatakan Tartil bermaksud menyebut huruf dengan
betul dan mengetahui tempat berhenti”.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
16
Membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa
yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas
dan ini bagi mengelakkan daripada tersilap ketika membaca yang boleh membawa
kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan kedua-duanya ialah kesalahan yang
besar dalam pembacaan al-Quran. Ini juga berdasarkan kepada kaedah:
باج وح وح ه فح ه ب ب إل اج الوح م ت يح ا لح مح
"Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan melainkan
dengan sesuatu perkara, maka perkara tersebut juga menjadi wajib."
Adapun mempelajari ilmu tajwid secara mendalam dalam bidangnya, maka ia
merupakan fardhu kifayah. Jika ada seorang atau sebahagian daripada masyarakat
telah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain. Namun
begitu, jika tiada yang mempelajarinya, maka semua menanggung dosa atas sebab
meninggalkan kewajipan tersebut.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
17
7. KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN
Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum
tajwid adalah seperti berikut:
7.1 Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran
Dengan mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu
akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan
atau mencacatkan bacaan. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada
dua, iaitu:
i. Kesalahan Nyata (لن الجلي )
Al-Lahn al-Jali ( لجلياللحن ا ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang
berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan huruf bacaan.
Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan
sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan
Jali (جلي ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas
dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah
al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata:
Sabda Nabi Muhammad SAW:
ان يلعنهرءح الق ان وح رءح ئ الق ار قح ب ر
“Ramai orang yang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran sendiri
melaknatnya”.
Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz boleh menyebabkan kerosakan makna
kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang
awam. Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama
tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja mahupun
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
18
tidak diendahkan. Jika kesalahan ini berlaku ketika solat maka hukum solat itu
tidak sah.
i. Menambah huruf
ii. Mengurangkan huruf
iii. Menukar huruf
iv. Menukar baris
Kesilapan yang nyata membawa makna yang lain atau mengubah makna
sebenar kerana dalam bahasa Arab, panjang dan pendek dalam satu perkataan
boleh membawa makna yang berbeza. Begitu juga jika makhraj huruf, jika tidak
disebut dengan betul juga boleh membawa makna yang berbeza. Oleh itu,
jangan sesekali belajar al-Quran secara sendiri menggunakan tulisan Rumi.
ii. Kesalahan Tersembunyi (لن خفي )
Al-Lahn al-Khafi ( اللحن الخفي ) ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan pada
sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan makhraj yang telah
ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan
makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir
dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.
Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan ialah haram jika
dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahagian ulama
menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu, haram bagi orang yang telah
mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam
bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu tajwid, maka wajiblah mereka
belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan
tersebut.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
19
7.2 Meningkatkan minat membaca al-Quran
Bacaan al-Quran bertajwid akan dapat menarik minat seseorang untuk
membaca al-Quran kerana pembaca akan merasa ketenangan dan tidak
bimbang akan perkara-perkara asas dalam bacaan al-Quran. Mereka akan
menumpukan pada tadabbur dan memahami isi kandungan al-Quran,
seterusnya mengamalkan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah. Ini
akan melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa.
7.3 Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul
Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid, mereka akan merasa
yakin semasa membaca al-Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu-ragu tentang
apa-apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tempat
dalam al-Quran sebanyak 30 juzuk itu. Mudah kata, walau diberi apa-apa juga
ayat al-Quran, mereka mampu membacanya dengan baik dan bertajwid kerana
mereka sudah menguasai asas dalam bacaan al-Quran.
Bagi golongan yang tidak tahu tentang hukum tajwid pula, mereka akan berasa
gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah
ayat yang dibacanya dari segi hukum tajwid.
7.4 Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat
Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menerangkan tentang
kelebihan membaca al-Quran yang dapat menjamin kebahagiaan seseorang di
dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT:
ا قوا مم نفححةح وحأ لح قحاموا الص
حأ وح تلونح كتحابح الل ينح يح إن ال
يحهم بورح لوحفذ نيحة يحرجونح تحارحة لحن تح لح ا وحعح زحقنحاهم س رحهم من فح يحزيدح جورحهم وح
كور أ فور شح ضله إنه غح
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
20
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Surah Fatir : 29-30)
Sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya.”
(Sahih Bukhari)
Ada banyak manfaat mempelajarinya termasuk mengenali secara tepat bunyi dan sifat
huruf betul, selain memahami hukum berkaitan dengan panjang dan pendek setiap
huruf. Bacaan baik juga akan menarik aura positif bukan sahaja bagi
pembacanya, bahkan turut terkesan bagi pendengar.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
21
8. MUDAHNYA MEMBACA AL-QURAN
“Ramai orang tertanya-tanya betul ke belajar membaca al-Quran boleh dalam
masa yang pantas dan singkat? Dalam masa yang singkat seseorang itu boleh
baca al-Quran? Macam tak percaya je...”
Seperti mana yang kita maklum, al-Quran diturunkan oleh Allah swt kepada manusia
sebagai panduan dan pedoman. Oleh kerana itu, al-Quran perlu dibaca, difahami,
ditadabbur, dihafaz dan diamalkan. Sekiranya ia sesuatu yang sukar, maka al-Quran
tidak berfungsi sebagai petunjuk. Mustahil Allah swt menurunkan satu kitab yang tidak
mendatangkan faedah.
Firman Allah swt:
نحا حس د ي لحقح انح ٱوح كر لقرءح د ل من م هح كر فح ١٧للذ“Dan sesunguhnya telah Kami mudahkan al-Quran itu untuk diambil pengajaran.” (al-Qamar : 17, 22, 32, 40)
Benarlah al-Quran itu mudah, tetapi yang menjadi persoalannya kenapa kita sukar
untuk menguasai bacaan al-Quran bertajwid, selain terpaksa menggunakan masa
yang lama untuk membolehkan seseorang itu membaca al-Quran bertajwid. Mungkin
kita perlu lihat semula pendekatan pengajaran al-Quran pada hari ini. Pelajaran
akademik sering dibuat penggubalan atau semakan kurikulum, serta pelbagai teknik
dan kaedah baharu digunapakai agar pelajaran tersebut menjadi mudah dan
berkesan. Namun begitu, berbeza dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
al-Quran. Oleh itu, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran al-Quran perlu berubah mengikut keadaan agar ia lebih interaktif dan
dapat menarik minat pelajar belajar membaca al-Quran. Yang tidak boleh diubah ialah
al-Quran. Ia akan kekal hingga ke hari kiamat.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
22
9. INOVASI AL-QURAN BERWARNA
Dari segi penerbitan al-Quran juga menghadapi perubahan dari segi khat,
kualiti kertas dan persembahannya. Pada hari ini, terdapat pelbagai variasi cetakan
al-Quran dalam pasaran. Ada mushaf al-Quran yang menggunakan tulisan khat yang
menarik, hiasan corak dan motif iluminasi yang pelbagai dan beragam. Ini membantu
pembaca tertarik untuk membaca al-Quran tersebut. Ada al-Quran yang memberi
warna khusus hanya kepada perkataan Allah. Ada juga penerbit yang mewarnakan
ayat-ayat khusus tentang perempuan dengan warna pink. Ada juga penerbit yang
mewarnakan teks al-Quran berdasarkan tajwid tertentu agar pembaca sentiasa ingat
hukum bacaan tertentu dengan melihat kod warna tersebut. Ini merupakan suatu
inisiatif dan inovasi yang baik bagi memudahkan masyarakat membaca al-Quran
bertajwid.
Ia merupakan suatu kaedah tambahan dalam pembelajaran al-Quran. Namun
demikian, pelajar hendaklah belajar dan memahami hukum tajwid sebenar
sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kaedah hukum tajwid. Oleh itu, untuk
belajar al-Quran dengan lebih jelas dan sempurna, pelajar hendaklah belajar melalui
guru secara langsung atau talaqqi musyafahah supaya guru dapat membetulkan
bacaan.
Panduan tanda baca dalam e-Book ini disusun berdasarkan kepada al-Quran
al-Karim mushaf resam Uthmani wakaf dan ibtida' yang diterbitkan oleh Karya Bestari
Sdn Bhd dengan usahasama PT Cordoba International Indonesia, Bandung Jawa
barat Indonesia. Penulis memilih al-Quran ini kerana ia bersesuaian dengan
pergerakan anggota tangan Kaedah Haraki yang dicipta oleh Haji Zakaria b Nasirudin
pada tahun 2013. Semoga dengan gabungan antara al-Quran berwarna dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran Kaedah Haraki mampu menarik minat
pembaca dan secara tidak langsung akan mempercepatkan seseorang membaca al-
Quran dengan betul dan bertajwid.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
23
10. PANDUAN TANDA BACA AL QURAN CORDOBA KARYA
BESTARI
Dalam e-Book ini, saya akan cuba jelaskan tentang kod warna al-Quran Karya
Bestari Codoba ini pada enam bahagian.
10.1 PANJANG PENDEK
Secara keseluruhannya al-Quran perlu dibaca mengikut kadar panjang pendek
yang tertentu. Kadar bacaan yang paling pendek ialah 1 harakat manakala kadar
bacaan paling panjang adalah 6 harakat. Bagi memudahkan kefahaman panjang
pendek harakat dipecahkan kepada tiga bahagian
10.1.1 Bacaan panjang 6 harakat
a. Bacaan panjang dibaca ketika terdapat simbol cacing sama ada ia
bersaiz besar mahupun kecil
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
24
b. Terdapat huruf alif wau ya berwarna biru sebelum wakaf.
Kadar panjang bacaan adalah 2/4/6 berdasarkan kelajuan seseorang
membaca al-quran. Jika bacaan laju (hadar) kadar kelajuan adalah 2
harakat. Sekiranya sederhana 4 harakat (tadwir). Jika perlahan (tahqiq)
kadar panjangnya adalah 6 harakat. Dalam kaedah haraki, tangan
hendaklah di depa hingga lurus ke sebelah kanan.
10.1.2. Bacaan panjang 2 harakat
Dibaca ketika terdapat huruf alif wau ya yang kosong iaitu tidak ada
sebarang baris atau simbol atasnya atau terdapat Alif wau ya yang kecil.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
25
10.1.3 Bacaan pendek 1 harakat
Bacaan pendek berlaku ketika dalam tiga keadaan
i. Tidak terdapat Alif wau ya yang kosong atau yang kecil di
hadapannya
ii. Terdapat tanda mati berwarna hitam atau hijau.
iii. Terdapat tanwin/ baris dua berwarna hitam.
10.2. DENGUNG
Di dalam al-Qur'an terdapat bacaan dengung. Kadar panjang harakatnya ialah
2 harakat. Seorang pembaca al-Quran perlu membaca dengan dengung
ketika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
2.1 Terdapat huruf Nun atau Mim berwarna merah atau hijau
2.2 Terdapat simbol sabdu berwarna merah
2.3 Terdapat simbol tanwin atau baris dua berwarna hijau atau merah
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
26
2.4 Terdapat simbol mim kecil berwarna merah
Sekiranya tidak terdapat 4 tanda yang dinyatakan di atas pembaca tidak perlu
membaca dengan dengung. Pembaca perlu membacanya dengan terang dan jelas.
10.3 TEKANKAN
Kita perlu menekankan bacaan ketika terdapat tanda sabdu berwarna hijau
atau hitam. Kaedah haraki menggunakan pergerakan genggam tangan
menunjukkan kesungguhan kerana Syahadah bermakna bersungguh atau
digandakan huruf.
10.4. ABAIKAN
Tidak semua huruf yang terdapat di dalam al-Quran perlu dibaca. Sekiranya
huruf tersebut berwarna kelabu ertinya huruf tersebut tidak perlu dibaca atau
perlu diabaikan ketika bacaan bersambung. Namun sekiranya ia terletak di
awal perkataan ya perlu dibaca berdasarkan hukum Alif wasal.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
27
10.5 MELANTUN
Kita perlu melantunkan bacaan apabila terdapat huruf ب ج د ق ط yang
bertanda mati hijau atau ketika 5 huruf tersebut berwarna hijau. Biasanya
huruf tersebut berwarna hijau ketika berada di hujung ayat.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
28
10.6 WAQAF/ IBTIDA'
Panduan waqaf ibtida’ yang dicadangkan dalam al-Quran ini tidak sesekali
mngubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca itu
mampu dan berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf
yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih
diutamakan. Namun jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda
waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. Di sini
terdapat tiga warna iaitu hijau muda, merah dan biru bagi membantu
pembaca mengetahui tempat yang sesuai untuk berhenti dan tempat yang
sesuai untuk menyambungkan bacaan.
i. Hijau Muda
Bagi ayat yang latar belakang kalimah (highlight perkataan) berwarna
hijau muda, pembaca boleh memberhentikan bacaan (waqaf) di akhir
perkataan yang berwarna hijau muda dan memulakan semula
(meneruskan) bacaan (ibtida’) dengan mengulang pada awal kalimah
yang berwarna hijau muda.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
29
ii. Merah Muda
Bagi ayat yang latar belakang kalimah (highlight perkataan) berwarna
merah muda, pembaca boleh berhenti (waqaf) pada akhir perkataan
yang berwarna merah muda dan memulakan semuala (meneruskan)
bacaan tanpa mengulang ada awal kalimah yang berwarna merah
muda tersebut.
iii. Biru
Warna biru muda berfungsi sebagai tanda pada alternatif untuk
memutus bacaan atau disebut Qata'
11. PENUTUP
Begitulah sedikit sebanyak panduan yang boleh saya kongsikan sebagai satu
cara bagi memudahkan seseorang membaca al-Quran bertajwid. Perkongsian kecil
ini hanya sebagai panduan asas dalam membaca al-Quran bertajwid. Sekurang-
kurangnya melalui panduan ini dapat membantu mereka yang ingin mengetahui asas
membaca al-Quran bertajwid. Saya tidak menekankan istilah hukum tajwid dalam
panduan ini kerana perbahasan tentang hukum tajwid sangat panjang dan
menggunakan istilah arab yang mungkin menjadikan satu kesukaran bagi mereka
yang baharu belajar membaca al-Quran bertajwid di peringkat asas. Oleh sebab itulah
dalam e Book ini saya hanya memberi panduan bacaan panjang pendek, dengung,
tekankan dan melantunkan bacaan berdasarkan al-Quran berwarna Cordoba Karya
Bestari.
Saya menasihatkan agar anda merujuk kepada guru al-Quran yang
berkelayaakn kerana asas dalam mempelajarai all-Quran adalah talaqqi musyafahah.
Semoga e-Book kecil ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang ingin
membaca al-Quran bertajwid. Sebarang teguran dan komen daripada anda sangat
dialu-alukan.
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
30
RUJUKAN
Al-Quran al-KarimWaqaf Ibtida’ Mushaf Rasm Uthmani Dengan Tajwid Kaedah
Berwarna, (2019) Shah Alam Karya Bestari Sdn Bhd.
Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986, Kementerian Dalam Negeri.
Garis Panduan Permohonan Lesen Mencetak Al-Quran.
Pedoman Tajwid Sistem Berwarna – Kementerian Agama Republik Indonesia vi.
Mushaf Tajwid Dar Al-Maarifah, Syria Damsyik
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
31
LAMPIRAN A
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
32
LAMPIRAN B
PANDUAN TANDA BACA AL-QURAN WARNA
33