Persekitaran Kondusif Inovasi Produktif PANDUAN PERLAKSANAAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S JKSPk
Persekitaran Kondusif Inovasi Produktif
PANDUAN PERLAKSANAAN
AMALAN PERSEKITARAN
BERKUALITI 5S JKSPk
1. 2
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
PENGENALAN 5S
Kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi
mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, tersusun dan
selamat
Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti
secara sistematik dan praktikal
Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti
perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja selain
memberi nilai tambah kepada imej organisasi
Satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan
mengekalkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam sesebuah
organisasi
5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti
Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam
memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran
Kerja
APA ITU 5S?
1. 3
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
DEFINISI 5S
OBJEKTIF 5S
1. Mewujudkan suasana bersih, kemas, tersusun dan teratur serta selamat
1. 4
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
2. Mewujudkan persekitaran dan kemudahan pejabat lebih teratur dan
mudah untuk diselenggara
3. Meningkatkan kreativiti dan inovasi
4. Meningkatkan motivasi dan disiplin
5. Memupuk semangat berpasukan
6. Memupuk nilai tanggungjawab terhadap kemudahan pejabat
7. Membina pembaikan berterusan di dalam peningkatan kualiti organisasi
FAEDAH 5S:
1. 5
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
KONSEP AMALAN 5S
S1- SISIH (SEIRI)
1. 6
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
SISIH – Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di
tempat kerja
KESAN KEJAYAAN SISIH
1. 7
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
S2- SUSUN (SEITON)
SUSUN - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah
diambil dan disimpan semula di tempatnya
1. 8
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
SUSUN secara berkesan:
Guna Falsafah 5S
Setiap Barang Ada Tempatnya dan Setiap Tempat ada Barangnya
Menggunakan kaedah First-In-First-Out (FIFO)
Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada
barang/peralatan/rekod
Menyusun barang/peralatan/rekod mengikut kategori
Memastikan barang disusun dengan sebaik mungkin supaya mudah
dicapai
TINDAKAN SUSUN
1. 9
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
KESAN KEJAYAAN SUSUN
Kesan Kejayaan SUSUN boleh diukur melalui:
Pencarian/ capaian barang/peralatan/dokumen dalam tempoh 30 saat
S3- SAPU (SEISO)
SAPU - Membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk,
kotoran dilantai, mesin dan peralatan
1. 1
0
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
SAPU secara berkesan
Mengagihkan Tugasan Pembersihan
Menentukan hak milik (ownership) ruang/ peralatan bagi setiap ahli
Mewujudkan kaedah pembersihan yang akan digunakan
Menyediakan peralatan dan bahan-bahan untuk kerja pembersihan
Melaksanakan kerja pembersihan
TINDAKAN SAPU
1. 1
1
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
KESAN KEJAYAAN SAPU
Kesan Kejayaan SAPU boleh diukur melalui:
Produk dan hasil kerja yang berkualiti
Persekitaran kerja yang selesa dan selamat
Keadaan persekitaran lebih bersih
Kos penyelenggaraan lebih rendah
S4- SERAGAM (SEIKETSU)
SERAGAM - sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri,
1. 1
2
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
susun atur atau peraturannya dengan mewujudkan keseragaman
prosedur, susun atur dan piawai
SERAGAM secara berkesan
Mewujudkan senarai semak tugasan dengan teknik 5W1H
Mewujudkan senarai semak peraturan inventori
Mengadakan prosedur kerja pembersihan
Mengadakan jadual penyelenggaraan
Mewujudkan model/aktiviti susun atur yang SERAGAM
TINDAKAN SERAGAM
1. 1
3
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
KESAN KEJAYAAN SERAGAM
Kesan Kejayaan SERAGAM boleh diukur melalui:
Mempunyai piawaian ruang tempat kerja yang lebih baik
Mempunyai impak visual yang positif
Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP)
S5- SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
SENTIASA AMAL - usaha mengekalkan 4 Amalan
5S yang pertama iaitu Seiri, Seiton, Seiso dan Seiketsu
di samping melaksanakan penambahbaikan
1. 1
4
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
berterusan di premis Jabatan/Agensi
Panduan Mengekalkan Amalan 5S
Meneruskan program kesedaran tentang kepentingan Amalan 5S
dengan mengadakan latihan yang berterusan
Memastikan audit dalaman Amalan 5S dilaksanakan secara berkala
Memastikan aktiviti promosi berterusan
Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang
ditunjukkan oleh warga Jabatan/Agensi
Mewujudkan sistem pemantauan yang efektif dan sistematik
KESAN KEJAYAAN SENTIASA AMAL :
Kesan Kejayaan SENTIASA AMAL boleh diukur melalui:
Prestasi cemerlang berterusan melalui aktiviti audit dalaman Amalan 5S
Jabatan/Agensi
Warga Jabatan/Agensi sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat melaksana
Amalan 5S di samping mematuhi peraturan di tempat kerja
Wujudnya disiplin dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga
Jabatan/Agensi
Warga mempunyai daya usaha untuk sentiasa mengamal dan menambahbaik
1. 1
5
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
Amalan 5S di tempat kerja
Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses kerja
Penyertaan dan kejayaan dalam konvensyen, pertandingan dan anugerah
berkaitan Amalan 5S
POLISI
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK
JKSPk beriltizam mengamalkan prinsip 5S bagi mewujudkan persekitaran kerja
yang kondusif demi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan yg
berintegriti, efisyen dan berkualiti.
1. 1
6
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
OBJEKTIF
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK:
1. mewujudkan persekitaran kerja yg bersih selesa sistematik, kondusif &
praktikal.
2. mengekal dan meningkatkan kualiti kerja kearah penyampaian
perkhidmatan yg memenuhi kepuasan pelanggan.
3. memastikan warga JKSPk berintegriti, berdisiplin, bermotivasi dan
membudayakan semangat kerja berpasukan yang berterusan.
4. memaksimumkan sumber tenaga manusia secara efisyen, menjimatkan
kos dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan.
5. memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti JKSPk berasaskan
Standard ISO 9001:2008 & MS 1900: 2005
1. 1
7
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
LOGO RASMI
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S,
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK
1. REKA BENTUK ASAS
1.1 Bentuk Kubah Masjid
Melambangkan ciri-ciri keislaman yang diamalkan terutamanya oleh
Institusi Agama seperti Jabatan kehakiman Syariah Perak
1. 1
8
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
1.2 Tulisan Besar 5S Yang Gah
Sebagai tanda kesungguhan dan semangat semua kakitangan
dalam melaksanakan amalan 5S
1.3 Jata Negeri Perak Darul Ridzuan
melambangkani tanda taat setia dan kesungguhan dalam
menjalankan tugas.
Semangat kecintaan kepada negeri menjadi fokus utama dalam
sebarang tindak tanduk kakitangan bagi menjayakan 5S ini.
2. PEMILIHAN WARNA (KOMBINASI WARNA PUTIH KUNING HITAM MERAH DAN
BIRU)
2.1 Warna Putih, Kuning Dan Hitam
mewakili warna negeri Perak
2.2 Warna Merah Putih Kuning Dan Biru
diaspirasikan dari warna Jalur Gemilang sebagai lambang penonjolan
pelaksanaan 5S ini bukan setakat untuk negeri Perak sahaja tetapi
juga kepada seluruh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri dalam
Negara Malaysia.
3. CIRI-CIRI ISTIMEWA
3.1 Bentuk Bunga Raya
lambang kecantikan dan ketulusan hati pengamalnya.
melambangkan keindahan yang bakal terhasil apabila amalan 5S
dapat dipraktikkan di Jabatan ini.
menggambarkan Jiwa Malaysia juga dapat dijelmakan kerana
bunga raya adalah merupakan bunga kebangsaan.
bersesuaian dengan kempen menanam bunga raya di pejabat
seperti pekeliling yang dikeluarkan oleh YB Setiausaha Kerajaan
Negeri Perak baru-baru ini.
1. 1
9
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
3.2 Akronim 5S iaitu, Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan
Sentiasa Amal
Dizahirkan agar semua kakitangan dapat menghayati nilai 5S tersebut
dengan berkesan sekali setelah memahami maksud 5S secara
langsung apabila melihat logo ini.
PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF
1. Takrif perkataan;
1.1. Persekitaran - Halaman, sekeliling atau suasana sesuatu tempat.
1.2. Kondusif - Selesa, tenang, tenteram dan harmoni.
1.3. Inovasi - Perihal sesuatu teknologi bagi menghasilkan output.
1.4. Produktif - Perihal sesuatu hasil yang lumayan dan maksimum.
2. Huraian moto.
2.1 5S adalah suatu amalan yang dibudayakan dalam sesebuah organisasi
bagi menghasilkan persekitaran yang selesa dan tenteram.
2.2 Apabila wujud suasana tenteram dalam dalam sesebuah organisasi
maka produktiviti outputnya akan bertambah dan berkualiti
1. 2
0
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
KRITERIA AUDIT DALAMAN
AMALAN 5S JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN A : DASAR, PERANCANGAN DAN DOKUMENTASI
Dasar Umum
Dasar Umum ini disediakan bagi menjadi panduan umum kepada seluruh
pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Perak di dalam
melaksanakan Persekitaran Berkualiti 5S. Dasar ini perlu dipatuhi di dalam
menyediakan apa-apa aktiviti dan dokumentasi yang berkaitan dengan
Persekitaran Berkualiti 5S Jabatan.
1. Bahasa
1.1 Bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia. Ia adalah selaras
dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
1.2 Bahasa lain adalah dibenarkan di dalam penggunaan seperti
nama atau sekiranya tiada perkataan yang tepat atau sesuai di
dalam Bahasa Malaysia bagi menggambarkan makna atau
maksud sesuatu keadaan atau tindakan atau benda.
1.3 Perkataan yang digunakan selain daripada bahasa Malaysia
hendaklah disendengkan dengan bertanda “………………”.
2. “Standard”
2.1 Jabatan akan menyediakan suatu “standard” yang akan diikuti
dan dipatuhi
2.2 “Standard” ini hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh di
semua peringkat Mahkamah, Bahagian dan Unit.
1. 2
1
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
2.3 “Standard” ini juga hendaklah dimaklumkan dan dilaksanakan
kepada semua kerja-kerja yang diserah urus kepada pembekal.
3. Pematuhan kepada Pekeliling/Arahan yang berkuatkuasa.
3.1. Setiap pelaksanaan mestilah mengambil kira, mematuhi dan
selaras dengan peraturan-peraturan/pekeliling-pekeliling/surat
pekeliling/ garis panduan/ arahan/ undang-undang kerajaan dan
Jabatan semasa dan sedang berkuatkuasa.
4. Selaras dengan Sistem Kualiti Jabatan
4.1 Setiap pelaksanaan amalan Persekitaran Berkualiti 5S hendaklah
mengambil kira, mematuhi dan selaras dengan Sistem Kualiti yang
telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan.
4.2 Ini termasuklah MS ISO 9001:2008, MS 1900:2005 dan Petunjuk
Prestasi Awam (KPI).
5. Mengambil Kira Aspek Keselamatan mengikut Arahan Keselamatan
5.1 Mematuhi arahan dan pekeliling daripada badan berautoriti atau
agensi yang berkaitan dengan keselamatan seperti Majlis
Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan
Kimia dan Jabatan Pertahanan Awam.
5.2 Ia termasuklah keselamatan dari aspek fizikal, susun atur perabut
dan pejabat, bahan kegunaan, pekerja dan data/maklumat.
6. Seragam
6.1 Mewujudkan suasana seragam terutama yang melibatkan
pengurusan fail, warna, kod dan seumpamanya.
1. 2
2
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
6.2 Pelaksanaan 5S mestilah seragam di peringkat daerah
melainkan apa-apa perkara yang telah dipersetujui
penyeragamannya di peringkat Jabatan.
7. Mesra Pelanggan
7.1 Setiap perancangan yang melibatkan pelaksanaan 5S juga
hendaklah bersifat mesra pelanggan.
7.2 Ini termasuklah kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)
dan Warga Emas.
7.3 Tanda arah atau papan tanda hendaklah jelas, diletakkan di
tempat yang bersesuaian, mudah dilihat dan difahami,
8. Penerapan Nilai dan Etika Murni
8.1 Sesuai dengan Pematuhan Syariah MS 1900:2005, penerapan Nilai
dan Etika Murni hendaklah dilaksanakan. Ini termasuklah seperti
mencatat “Kewajipan Menjalankan Tugas” di dalam dokumen-
dokumen rasmi Jabatan serta di persekitaran bangunan.
8.2 Melayan pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan
Jabatan dengan baik dan sopan.
8.3 Menjawab panggilan telefon mengikut arahan dan peraturan
yang berkuatkuasa.
9. Berimej Korperat, Bersih dan Teratur
9.1. Pelaksanaan amalan Persekitaran berkualiti perlu mengekalkan
imej Korperat sebagai sebuah jabatan perkhidmatan awam.
9.2. Susun atur mestilah teratur, bersih, kemas dan tersusun.
9.3. Setiap Pelabelan dan parkir yang dibuat mestilah minima dan
menggunakan warna yang seragam. Bagi label tulisan hitam dan
1. 2
3
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
latar belakang putih manakala untuk petunjuk arah tulisan
putih latar belakang hitam.
9.4. Hiasan adalah minima dan bersesuaian.
10. Menepati prinsip pelaksanaan Persekitaran Berkualiti Jabatan
10.1. Pelaksanaan Persekitaran 5S mestilah mengambil kira prinsip
pelaksanaan 5S iaitu jimat, selesa, kemudahcapaian dan
kemudahkesanan.
10.2. Bagi tujuan penjimatan, perlulah mengutamakan idea, kreativiti
dan inovasi
10.3. Hendaklah mengambilkira keselesaan pelanggan dan juga
kakitangan.
10.4. Bagi tujuan kemudahcapaian, susun atur setiap peralatan dan
dokumen mestilah boleh dicapai dalam tempoh 30 saat
10.5. Bagi tujuan kemudahkesanan, informasi ( direktori) pegawai yang
bertanggungjawab mestilah dipamerkan di setiap tempat
seliaannya.
10.6. Setiap sistem ,dokumen, dan susun atur yang dibuat mestilah
mudah dikesan.
Dasar 5S
1 Mengandungi Visi, Misi, Polisi, Objektif, Slogan dan Logo yang
ditandatangani oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perak dan mempunyai
tarikh.
1. 2
4
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
2 Turut mengandungi Carta Organisasi Jawatankuasa Induk 5S
dan Carta Perbatuan Jabatan
3 Dipaparkan dan disebarkan kepada warga agensi.
4 Keadaannya bersih dan dipasang pada tempat-tempat yang strategik.
5 Maksud dasar ini dapat memenuhi keperluan mengikut aktiviti
pelaksanaan Sistem 5S dan jelas kepada pekerja.
6 Bahasa yang digunakan mudah dan mengandungi elemen keperluan,
kebersihan dan keselamatan, produk/perkhidmatan, perkhidmatan
berkualiti, ciri kerja berpasukan serta kepuasan pelanggan.
Penglibatan Pengurusan Atasan
1. Melibatkan pengurusan atasan sebagai penaung/penasihat
Ekosistem 5s iaitu Ketua Hakim Syarie di peringakta Jabatan dan
Hakim-hakim di peringkat daerah.
2. Melibatkan pengurusan atasan dalam aktiviti 5s seperti program
kesedaran/pendedahan dan lawatan
3. Membentang dan melaporkan pelaksanaan aktiviti 5s dalam
mesyuarat pengurusan.
Jawatankuasa Pelaksana Induk 5S
1. Dilantik oleh Ketua Hakim Syarie dan dipersijilkan perlantikannya.
2. Terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa audit, latihan dan promosi dan
disebarkan ke setiap zon.
3. Carta organisasi, carta perbatuan dan pelan lantai pelaksanaan induk
disediakan dengan jelas dan disebarkan ke setiap zon.
4. Minit mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana direkod semasa mesyuarat
dan disimpan secara teratur serta diedarkan.
5. Perancangan dan pelaksanaan agenda Jawatankuasa Induk dalam
setahun hendaklah meliputi kesemua peringkat zon.
1. 2
5
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
6. Butiran yang terdapat dalam perancangan tersebut adalah
menyeluruh dan memuaskan dari kejelasan aktiviti dirancang.
7. Perancangan Pelaksanaan diselenggara, didokumenkan, diurus
dengan baik dan dikemaskini.
8. Pelaksanaan agenda yang dirancang hendaklah dinilai
keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan.
9. Jabatan hendaklah melantik fasilitator terlatih sebagai pakar rujuk
pelaksanaan Ekosistem 5s.
Jawatankuasa Latihan Induk
1 Jawatankuasa Latihan dilantik oleh Ketua Hakim Syarie dan dipersijilkan
perlantikannya.
2 Carta Perbatuan disediakan secara terperinci untuk setiap tahun yang
dirancang.
3 Perancangan yang terdapat dalam Carta Perbatuan tersebut adalah
menyeluruh dan membabitkan kesemua zon.
4 Aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
5 Perancangan Pelaksanaan diselengara, didokumenkan, diurus dengan
baik dan dikemaskini.
6 Program Latihan dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
7 Program latihan yang dijalankan dinilai keberkesanannya.
8 Pelaksanaan agenda yang dirancang hendaklah dinilai
keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan secara berterusan.
Jawatankuasa Promosi Induk
1 Jawatankuasa Promosi dilantik oleh Ketua Hakim Syarie dan dipersijilkan
perlantikannya.
2 Carta Perbatuan disediakan secara terperinci untuk setiap tahun yang
1. 2
6
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
dirancang.
3 Perancangan yang terdapat dalam Carta Perbatuan tersebut adalah
menyeluruh dan membabitkan kesemua zon.
4 Aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
5 Perancangan Pelaksanaan diselengara, didokumenkan, diurus dengan
baik dan dikemaskini.
6 Informasi mengenai 5S hendaklah dimaklumkan kepada semua ahli di
setiap zon dalam bentuk yang praktikal dan mudah difahami serta
menjadi panduan.
7 Program Promosi Luaran dan Dalaman hendaklah direkodkan.
8 Program Promosi yang dijalankan dinilai keberkesanannya.
9 Pelaksanaan agenda yang dirancang hendaklah dinilai
keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan secara berterusan.
10 Panduan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S hendaklah disediakan dan
diedarkan kepada setiap zon.
Jawatankuasa Audit Induk
1 Jawatankuasa Audit dilantik oleh Ketua Hakim Syarie.
2 Carta Perbatuan disediakan secara terperinci untuk setiap tahun yang
dirancang.
3 Perancangan yang terdapat dalam Carta Perbatuan tersebut adalah
menyeluruh dan membabitkan kesemua zon.
4 Aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
5 Perancangan Pelaksanaan diselengara, didokumenkan, diurus dengan
baik dan dikemaskini.
6 Audit dibuat secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7 Menyediakan Laporan Analisa Penemuan Audit setiap kali auditan
dibuat.
8 Mempunyai kriteria Audit yang lengkap dan sesuai untuk
1. 2
7
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
digunapakai dan disebarkan ke setiap zon.
9 Penemuan hasil audit dipamerkan untuk memberi maklumat dan
pengetahuan kepada semua pekerja.
Mesyuarat Kajian Semula Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh
Jawatankuasa Induk 5S
1 Mesyuarat Kajian Semula Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti
hendaklah dijadualkan dalam Carta Perbatuan Pelaksanaan Induk.
2 Mesyuarat mestilah dijadualkan sekurang-kurangnya dua kali setahun
dan dilaksanakan mengikut jadual.
3 Rekod mesyuarat hendaklah didokumenkan, diurus dengan baik dan
dikemaskini.
4 Setiap jawatankuasa mestilah mengemukakan laporan penilaian
keberkesanan pelaksanaan.
Sudut 5S (Induk)
1 Terletak di tempat yang strategik dan fungsi penggunaan yang
memuaskan.
2 Terdapat info berkaitan Amalan 5S untuk tujuan promosi yang terkini
3 Terdapat Dasar Sistem Amalan 5S.
4 Terdapat maklumat zon-zon 5S seperti lokasi, carta organisasi dan
gambar sebelum selepas aktiviti 5S
5 Terdapat gambar-gambar aktiviti 5S
6 Keadaannya bersih, tidak berdebu dan dipaparkan di lokasi-lokasi yang
sesuai.
7 Perkembangan terkini jawatankuasa latihan, promosi dan audit induk
hendaklah dipaparkan.
8 Keputusan analisa auditan hendaklah dipaparkan.
1. 2
8
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
Jawatankuasa Pelaksana 5S Zon
1. Pengerusi dilantik oleh Ketua Hakim Syarie dan dipersijilkan
perlantikannya.
2. Terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa audit, latihan dan promosi dan
disebarkan ke setiap zon.
3. Carta organisasi, carta perbatuan dan pelan lantai pelaksanaan induk
disediakan dengan jelas dan disebarkan ke setiap zon.
4. Minit mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana direkod semasa mesyuarat
dan disimpan secara teratur serta diedarkan.
5. Perancangan dan pelaksanaan agenda Jawatankuasa Induk dalam
setahun hendaklah meliputi kesemua peringkat zon.
6. Butiran yang terdapat dalam perancangan tersebut adalah
menyeluruh dan memuaskan dari kejelasan aktiviti dirancang.
7. Perancangan Pelaksanaan diselenggara, didokumenkan, diurus
dengan baik dan dikemaskini.
8. Pelaksanaan agenda yang dirancang hendaklah dinilai
keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan.
Jawatankuasa Latihan Zon
1 Jawatankuasa Latihan dilantik oleh Ketua Pejabat ( Pengerusi).
2 Carta Perbatuan disediakan secara terperinci untuk setiap tahun yang
dirancang.
3 Aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
4 Perancangan Pelaksanaan diselengara, didokumenkan, diurus dengan
baik dan dikemaskini.
5 Program Latihan dibuat sekurang-kurangnya satu kali setahun
1. 2
9
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
diperingkat zon.
6 Program latihan yang dijalankan dinilai keberkesanannya.
7 Pelaksanaan agenda yang dirancang hendaklah dinilai
keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan secara berterusan.
Jawatankuasa Promosi Zon
1 Jawatankuasa Promosi dilantik oleh Ketua Pejabat ( Pengerusi)
2 Carta Perbatuan disediakan secara terperinci untuk setiap tahun yang
dirancang.
3 Aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
4 Perancangan Pelaksanaan diselengara, didokumenkan, diurus dengan
baik dan dikemaskini.
5 Informasi mengenai 5S hendaklah dimaklumkan kepada semua ahli di
setiap zon dalam bentuk yang praktikal dan mudah difahami serta
menjadi panduan.
6 Program Promosi Luaran dan Dalaman hendaklah direkodkan.
7 Program Promosi yang dijalankan dinilai keberkesanannya.
8 Pelaksanaan agenda yang dirancang hendaklah dinilai
keberkesanannya dan dibuat penambahbaikan secara berterusan.
Jawatankuasa Audit Zon
1 Jawatankuasa Audit dilantik oleh Ketua Pejabat (Pengerusi).
2 Carta Perbatuan disediakan secara terperinci untuk setiap tahun yang
dirancang.
3 Aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
4 Perancangan Pelaksanaan diselengara, didokumenkan, diurus dengan
baik dan dikemaskini.
5 Audit dibuat secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
diperingkat zon sebelum auditan Induk dijalankan.
1. 3
0
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
6. Penemuan hasil audit dipamerkan untuk memberi maklumat
dan pengetahuan kepada semua pekerja.
Sudut 5S (Zon)
1 Terletak di tempat yang strategik dan fungsi penggunaan yang
memuaskan.
2 Boleh disediakan dalam bentuk fizikal atau maya.
3 Terdapat info berkaitan Amalan 5S untuk tujuan promosi yang terkini.
4 Terdapat Dasar Sistem Amalan 5S.
5 Terdapat Pelan Lantai.
6 Rekod aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan amalan 5S (gambar)
7 Penggunaan fungsi Sudut 5S untuk kumpulan masing-masing adalah
memuaskan.
8 Keadaannya bersih, tidak berdebu, dipasang di lokasi-lokasi yang sesuai
dan dikemaskini.
Rekod Aktiviti 5S ( induk / zon)
1 Wujudnya rekod aktiviti induk/zon 5S
2 Semua aktiviti direkodkan
3 Rekod diurus dan diselenggara dengan baik dan dikemaskini
4 Rekod disemak dan disahkan oleh pengerusi / penyelaras.
5 Rekod mudah dicapai dan diakses untuk rujukan dan
pengemaskinian.
1. 3
1
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
Galakan dan Penghargaan/Pengiktirafan
1 Melaksanakan aktiviti/program sebagai pemangkin untuk
mengamalkan Amalan 5S secara berterusan dan memberi
penghargaan sebagai galakan.
2. Melaksanakan program pengiktirafan Ekosistem 5S di peringkat agensi
(induk) seperti contoh-contoh anugerah berikut:
i. Zon Terbaik
ii. Bilik Terbaik
iii. Bahagian Terbaik
iv. Workstation Terbaik
v. Tandas Terbaik
vi. Hasil Kreativiti
vii. Anugerah Go Green Terbaik
3. Menerima pengiktirafan dan tanda aras sama ada di peringkat
jabatan, daerah, negeri, kebangsaan atau lain-lain.
4. Menyebar dan mempamerkan maklumat mengenai program
pengiktirafan kepada semua warga agensi.
Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi
1. Melaksanakan inovasi/Best Practice yang boleh meningkatkan
produktiviti dan kualiti warga kerja.
2. Melaksanakan program kreativiti dan inovasi seperti contoh-contoh
berikut:
i. Kreativiti menggunakan barangan terpakai.
ii. Barang terpakai untuk hiasan
iii. Hiasan/Kegunaan 5S
1. 3
2
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
Tindakan Penjimatan / Go Green
1. Melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara
menyeluruh seperti contoh-contoh berikut:
i. Notis/Arahan penjimatan tenaga
ii. Penggunaan lampu/peralatan save energy
iii. Penetapan suhu optimum (24 Celcius)
iv. Penjimatan kertas
v. Penjimatan air
vi. Kempen Hijau (Kitar Semula)
3. Peringkat zon hendaklah melaksanakan program kitar semula mengikut
Akta Pelupusan Sisa Pepejal seperti berikut.
a. Bekas Biru – Kertas
b. Bekas Coklat – Kaca
c. Bekas Jingga – Aluminium, besi dan plastik
4. Menyediakan rekod dan analisis penjimatan tenaga mengikut format
yang disediakan (buat format analisis penjimatan) dengan mengambil
kira aspek penjimatan seperti contoh:
i. Kos ; atau
ii. Masa ; atau
iii. Tenaga Pekerja
1. 3
3
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
KRITERIA AUDIT DALAMAN
AMALAN 5S JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN B : RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT
Lantai
1
Memastikan lantai memenuhi kriteria berikut:
i. Selamat dan tidak licin
ii. Tiada kekotoran/ sampah di lantai
iii.Tidak berlubang/pecah atau rosak
iv. Tong sampah disediakan
2 Menyedia program pemantauan dan memastikan
jadual pembersihan dipatuhi.
Dinding dan Siling
3 Memastikan dinding dan siling bersih dari kekotoran dan
dalam keadaan baik.
4 Menyediakan hiasan yang bersesuaian dan selaras
dengan imej korporat.
Lampu Dan Soket
1. 3
4
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
5 Memastikan semua lampu bersih, berfungsi dan dalam
keadaan baik.
6 Memastikan soket elektrik berfungsi dan dalam keadaan
baik.
Menyediakan pelabelan lampu di bilik atau ruang
gunasama menggunakan kaedah bernombor yang
berimej korporat ( yang melebihi 2 suis )
Susun Atur Peralatan
7 Menyeragamkan susunan laci meja/ mobile pedestal.
8
Memastikan peralatan kerja di ruang kerja/partition
dalam keadaan teratur, kemas dan seragam :
i. CPU
ii. Tray IN/ OUT
iii. Folder/ fail
iv. Perhiasan tidak keterlaluan
v. Kedudukan laci
Keadaan Peralatan
9 Menyusun alat tulis dengan kemas dan teratur di atas
meja/ tray dalam laci.
10 Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
1. 3
5
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
11 Memastikan tanda/label bersesuaian bagi barang yang
disimpan dalam ruang tertentu / laci.
12 Memastikan semua peralatan bebas daripada debu,
bersih dan kemas.
13
Mempamerkan tatacara penggunaan untuk peralatan
gunasama. (yang bersesuaian)
1. Fotostat
2. Mesin faks
3. Telefon
4. Alat siar raya
14 Mempamerkan arahan/notis bagi memastikan
peralatan disusun kemas.
Pelabelan dan Papan Tanda/Tanda Arah
15
Menyediakan tanda nama dan jawatan
pegawai/kakitangan pada bilik atau kubikel yang
seragam.
16 Menyediakan label yang bersesuaian dan seragam bagi
menunjukkan seksyen/unit.
17 Menggunakan papan tanda/tanda arah dengan tulisan
yang sesuai, jelas dan mudah dibaca.
1. 3
6
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
18 Meletakkan papan tanda/tanda arah di kedudukan
strategik dan mudah dilihat.
Perhiasan
19
Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras
dengan imej korporat.
20 Memastikan perhiasan yang digunakan tidak berdebu
dan dalam keadaan baik.
Mempamerkan maklumat korporat jabatan dan sentiasa
dikemaskini ( carta organisasi, piagam pelanggan dll )
Keperluan Umum
21 Menyedia dan memaparkan pelan lantai di bilik/ruang
gunasama yang mudah dilihat.
22
Menyedia dan memaparkan pelan lampu di bilik/ruang
gunasama yang mudah dilihat (sekiranya melebihi 2
suis).
23 Memaparkan senarai inventori (KEW-PA 7) di semua
bilik/ruang.
1. 3
7
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
24
Melantik Pegawai Bertanggungjawab (PIC) bagi setiap
ruang/bilik gunasama berserta nombor telefon untuk
dihubungi.
25 Menyedia dan memaparkan etika/tatacara
penggunaan bilik gunasama dengan jelas.
26 Merencanakan inisiatif/ tindakan proaktif pembaikan
sekiranya berlaku kerosakan dengan segera (jika ada).
Tetapan suhu penghawa dingin
RUANG KERJA
Meja Kerja Warga/Work Station/Kubikel Kerja
27 Memastikan meja kerja kemas dan peralatan disusun
dengan baik.
28
Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras
dengan imej korporat.
Bilik Pegawai
29 Memastikan meja kerja kemas dan peralatan disusun
dengan baik.
30 Memastikan susunan perabot kemas, teratur dan
bersesuaian.
1. 3
8
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
31
Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras
dengan imej korporat.
Stor Peralatan Pejabat
32
Memastikan stor memenuhi kriteria berikut:
i. Bersih;
ii. Tidak berdebu;
iii. Susunan kemas dan teratur
33
Menyediakan sistem rekod inventori yang jelas dan
teratur bagi memudahkan capaian barangan dengan
cepat dan pantas.
34 Menyediakan label pada setiap barang/bahan.
35
Menyediakan etika penggunaan dan peraturan
pengambilan barangan dari stor untuk dipatuhi warga
kerja.
36 Menyediakan kad inventori stok dengan maklumat yang
sentiasa dikemaskini.
37 Memastikan tiada bahan/peralatan yang tidak
diperlukan turut disimpan di dalam stor.
38 Menyediakan penanda aras minima barang dalam stor.
Bilik Fail
1. 3
9
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
39
Memastikan bilik fail memenuhi kriteria berikut:
i. Bersih
ii. Tidak berdebu
iii. Tersusun
iv. Kemas
40 Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam
keadaan teratur, baik dan kemas
41
Memastikan fail disusun kemas dengan teknik susunan
yang berkesan bagi memudahkan carian/ capaian
dalam tempoh 30 saat.
42
Menyediakan senarai indeks dan nombor fail.
43
Menyediakan label yang jelas dan mudah dilihat pada
setiap fail/dokumen yang mengandungi:
i. Tajuk fail
ii. Nombor susunan fail
44 Menyediakan sistem kawalan dan pergerakan fail untuk
semua kategori fail aktif / fail tidak aktif / fail tutup.
Memaparkan etika ketika berada di dalam bilik fail.
Fail kes yang aktif perlu dilabelkan mengikut nombor
bilangan kes, di tepi atas sebelah kanan fail.
1. 4
0
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
Susunan fail pentadbiran dan kewangan di dalam
kabinet fail disusun dengan tetulang disusun tegak
dengan nombor rujukan menghala ke hadapan. Cara
susunan fail ( contoh : tulisan, tajuk dan nombor fail
senang dilihat )
Rak fail aktif perlu mempunyai indeks senarai kes
mengikut tarikh.
Sudut/Bilik Cetak/Dokumentasi
45
Memastikan sudut/ bilik cetak/dokumentasi memenuhi
kriteria berikut:i. Bersihii. Tidak berdebuiii. Tersusuniv.
Kemasv. Selamat
46 Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam
keadaan teratur, baik dan kemas
Bilik Pemandu
47 Memastikan meja kerja kemas, bersih dan peralatan
disusun dengan baik.
48
Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras
dengan imej korporat.
Bilik Server/Terperingkat
1. 4
1
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
49
Memastikan bilik server/ terperingkat memenuhi kriteria
berikut:
i. Bersih
ii. Tidak berdebu
iii. Tersusun
iv. Kemas
v. Selamat
1. 4
2
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN
AMALAN 5S JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN C : TEMPAT UMUM
Lobi Utama
1. Semua persekitaran lobi utama /ruang hadapan hendaklah sentiasa
bersih, kemas, ceria dan selaras dengan imej korporat.
2. Maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini seperti Visi, Misi,
Maklumat pengurusan atasan, Moto dan piagam pelanggan hendaklah
dipamerkan.
3. Dokumen-dokumen seperti buku kedatangan pelawat dan direktori
pegawai, sudut informasi untuk pelanggan, perhiasan yang bersesuaian
dengan imej korporat.
4. Laluan Umum hendaklah bebas daripada sebarang halangan
5. Tanda arah / petunjuk yang disediakan mencukupi,informasi dan efektif
dengan menggunakan imej korporat.
6. Tong sampah hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai serta berada
dalam keadaan yang bersih, baik, diselenggara serta bilangan yang
mencukupi.
Kaunter Utama
1. Kaunter utama berimej korporat hendaklah memenuhi kriteria berikut:
1. 4
3
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
i. Sistem maklum balas pelanggan
ii. Direktori warga agensi
iii. Borang-borang / brosur berkaitan
iv. Bahan bacaan/ informasi
v. Info mengenai agensi/ piagam pelanggan
vi. Maklumat kadar bayaran (sekiranya ada)
2. Kaunter hendaklah sentiasa bersih, kemas dan ceria.
3. Usaha delighting the customer seperti persekitaran yang kondusif dan
kemudahan sokongan dilaksanakan.
4. Perkhidmatan yang disediakan hendaklah yang mesra pelanggan.
5. Carta aliran yang dipaparkan hendaklah yang telah dikemaskini.
Ruang Menunggu
1. Menyedia dan memastikan sofa/ tempat duduk dan bahan bacaan
dalam keadaan baik, bersih, teratur dan ceria selaras dengan imej
korporat.
2. Memastikan semua peralatan dan hiasan dalam keadaan bersih, kemas
dan teratur.
3. Hendaklah disediakan tong sampah yang bersesuaian dan mencukupi.
Laluan Utama
1. Semua susunan peralatan atau hiasan disepanjang laluan hendaklah
sentiasa kemas, bersih dan teratur.
2. Hendaklah dipastikan tiada halangan disemua laluan dan pintu
kecemasan.
Bilik Mesyuarat
1 Semua peralatan seperti kerusi, meja, jam dinding , mikrofon, skrin
komputer, projector hendaklah berada dalam keadaan baik.
2 Persekitararan bilik mesyuarat hendaklah bersih, kemas dan selamat.
1. 4
4
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
3 Mepamerkan/mempelihatkan/memaparkan imej koporat
dan di jaga dengan baik.
4 Peralatan di dalam Bilik Mesyuarat hendaklah dikemaskan selepas
digunakan.
Perpustakaan / Pusat Sumber
1. Memastikan ruang Perpustakaan/Pusat Sumber bersih, kemas dan teratur.
2. Menyediakan sistem susunan/capaian/label bahan bacaan yang
memudahkan pelanggan.
3. Menyediakan sistem rekod kawalan untuk memudahkan pemantauan
bahan bacaan.
4. Menyediakan indek buku.
Surau / Bilik Solat
1. Barang-barang/ peralatan seperti telekong/ kain pelikat, sejadah dan
tempat sangkut sejadah hendaklah dalam keadaan baik, boleh
digunakan dan dalam keadaan bersih.
2. Kemudahan seperti tanda arah kiblat diperakui oleh jabatan Mufti
Negeri Perak (ditampalkan) dan tanda arah kiblat diletakkan di siling,
Jadual waktu solat, cermin, rak menyimpan al-Quran dan bahan
bacaan, tempat letak/ rak kasut, selipar,label “ surau lelaki/ wanita”.
Lif
1. Memastikan lif berada dalam keadaan baik, bersih dan berfungsi
2. Menyediakan maklumat pegawai untuk dihubungi sekiranya berlaku
kecemasan.
3. Memaparkan nama bahagian/seksyen bagi setiap aras dengan jelas.
4. Memaparkan sijil Perakuan Keselamatan Mesin Angkat mengesahkan
penyelenggaraan lif secara berkala
5. Sistem kecemasan berfungsi dengan baik
6. Kemudahan OKU disediakan.
7. Mempamerkan arahan keselamatan jika berlaku kecemasan.
Pantri
1. Memastikan peralatan berada dalam keadaan baik, tersusun dan boleh
digunakan.
2. Memastikan pantri bersih, tidak berdebu dan dalam keadaan terurus.
1. 4
5
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
3. Menyediakan 2 jenis Tong sampah .
4. Larangan penggunaan polisterin dan digalakkan mengguna pinggan
dan cawan yang boleh di guna semula.
Tandas
1. Memastikan persekitaran tandas bersih dan kering.
2. Memastikan bau tandas menyenangkan.
3. Memastikan peralatan tandas berfungsi dengan baik.
4. Memastikan pengudaraan tandas baik.
5. Memaparkan pemakluman seperti jadual tugas, etika dan peraturan
penggunaan tandas
6. Menyediakan peralatan tambahan seperti berikut:
i. Cecair pencuci tangan
ii. Tisu tangan
iii. Bakul sampah/ Tong Sanitari
iv. Cermin Muka
v. Bahan pewangi
7. Menyediakan tandas OKU dan berfungsi dengan baik.
1. 4
6
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN
AMALAN 5S JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN D : KESELAMATAN PERSEKITARAN
Pelan tindakan Kecemasan
Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan yang mengandungi:
i. Arahan Keselamatan.
ii. Latihan pengungsian bangunan (fire-drill).
iii. Tanda Amaran.
iv. Pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul apabila berlaku
kebakaran
v. Tanda arah laluan kecemasan.
Menyediakan lampu kecemasan yang mudah dilihat serta tiada halangan.
Pendawaian/ Kabel
Memastikan pendawaian elektrik/telefon/kabel komputer/mesin/peralatan
dalam keadaan kemas, teratur dan selamat.
Peralatan Pencegahan Kebakaran
Memastikan alat pemadam menepati kriteria berikut:
i. Penyelengaraan secara berkala
ii. Mempunyai Tatacara Penggunaan
iii.Berkeadaan bersih
iv. Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai
Memastikan gelung hos pemadam api disediakan dan boleh digunakan.
Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup
Memaparkan tanda arah KELUAR dengan jelas.
Memastikan tiada halangan di laluan/ tangga/pintu kecemasan.
Kawasan Larangan
Mewujudkan langkah-langkah yang dikehendaki untuk mencegah
kemasukan orang-orang yang tidak dibenarkan mengikut arahan
keselamatan seperti berikut :
[i] mewujudkan lampu keselamatan serta menghadkan pintu keluar masuk.
[ii] Mengadakan papan-papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai
bagi menunjukkan kawasan atau tempat itu adalah kawasan larangan
atau tempat larangan.
Pas Keselamatan
Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.
Setiap orang yang berada di kawasan pejabat hendaklah mempamerkan
identiti sebagai pelawat atau pegawai jabatan.
Kawalan Kunci Keselamatan
Pegawai Keselamatan Jabatan hendaklah di pertanggungjawabkan ke atas
semua perkara berkaitan dengan kunci dan anak kunci termasuk kunci-kunci
keselamatan.Beliau juga dikehendaki menyelenggarakan sebuah bukudaftar
kunci serta mengemaskinikannya dan mebuat audit ke atas kunci-kunci
tersebut.
tiap-tiap penjawat awan yang diamanhkan dengan kunci-kunci jabatan
atau kunci-kunci keselamatan adalah juga bertanggungjawab ke atas
keselamatan kunci-kunci tersebut
sebuah peti keselamatan hendaklah digunakan untuk menyimpan semua
anak kunci yang tidak dipakai termasuk anak kunci pendua.
anak kunci keselamatan tidak boleh di label atau ditandakan dengan nama
dan alamat penggunanya atau alamat tempat di mana peti keselamatan
disimpan. Anak kunci juga tidak boleh dirangkaikan dengan anak kunci yang
lain seperti anak kunci persendirian.
Anak kunci pendua tambahan tidak sekali-ksli dibuat tanpa kebenaran
1. 4
9
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
Anak kunci pendua bagi peti besi serta bilik kebal hendaklah disimpan
mengikut peruntukan Arahan Perbendaharaan bab B prosidur perakaunan
(vii) Peti besi atau bilik kebal 135
penjawat awam yang mengunakan peti-peti keselamatan yang dipasang
dengan kunci tatakira hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut.
1. 5
0
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN
AMALAN 5S JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN E: KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN
Tempat Meletak Kenderaan (Bangunan Agensi di Kawasan Sendiri)
1. Menyediakan tempat meletak kenderaan yang sesuai untuk pekerja,
pelawat dan OKU.
2. Menyediakan tanda/ garisan yang jelas antara lot-lot yang disediakan.
3. Menyediakan tunjuk arah laluan pelawat yang jelas.
4. Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih.
Kawasan Persekitaran (Bangunan Agensi di Kawasan Sendiri)
1. Memastikan lampu jalan berfungsi dan dalam keadaan baik.
2. Memastikan jalan tidak berlubang dan dalam keadaan baik.
3. Menyediakan sistem kawalan laluan yang mudah difahami dan dipatuhi.
4. Memastikan tanaman/ pokok dijaga rapi dan tiada pokok rosak / mati di
sekitar kawasan.
5. Memastikan kawasan berumput bersih dan rumput tidak dibiarkan
panjang.
6. Menyediakan tong/ bakul sampah bersesuaian dan secukupnya .
7. Memastikan kawasan/ tong pengumpulan sampah bersih, tidak berbau
dan diuruskan dengan baik.
8. Memastikan pili bomba tidak dihalang dan dalam keadaan baik.
9. Memastikan pondok pengawal dalam keadaan baik dan bersih.
Kawasan Persekitaran (Agensi Berkongsi Bangunan/ Kawasan)
1. Menyediakan tunjuk arah laluan pelawat yang jelas.
1. 5
1
“ PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF”
2. Memastikan laluan ke pintu masuk tidak terhalang.
3. Menyediakan perhiasan minima selaras dengan imej korporat agensi.