PANDUAN PENYELIAAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SEMUA PEGAWAI/PENSYARAH PENYELIA/PEMANTAU LATIHAN INDUSTRI Sebelum Penyeliaan (Hantar kepada UPLI 7 hari sebelum pemantauan dibuat). Menyediakan keperluan dokumen. o Surat arahan tugas luar/Surat Perlantikan Penyelia/Pemantau Lawatan (3 salinan) (WARNA BIRU) o Borang permohonan perjalanan rasmi (2 salinan)(guna format e-Sis). o Borang menggunakan kenderaan sendiri ( jika membawa kenderaan) (2 salinan) o Borang Pengantian Pengajaran Kursus (kategori I & II sahaja) (2 salinan). Hantar surat temujanji kepada firma/syarikat yang hendak dilawati selewat-lewatnya seminggu dari tarikh lawatan. Surat boleh diperolehi dari UPLI dan satu salinan hendaklah diserah kepada pembantu tadbir UPLI untuk difailkan. Buat susulan temujanji melalui telefon jika perlu. Penyeliaan terdiri dari 1-2 orang pensyarah. Tuntutan terhad kepada maksima 1 bayaran sewa hotel atau lojing mengikut bilangan pensyarah yang melawat. Semasa Penyeliaan Pensyarah Penyelia/Pemantau hendaklah berpakaian kemas seperti mana hari kerja biasa semasa membuat penyeliaan untuk menjaga imej POLIMAS. Ketepatan masa temujanji hendaklan diutamakan. Hubungi syarikat berkenaan jika tidak dapat datang tepat pada masa yang dijanjikan. Pastikan Jurnal Refleksi pelajar diperiksa dan ditandatangani, nama pensyarah Penyelia/Pemantau serta tarikh. Pensyarah Penyelia/Pemantau digalakkan membawa cop sendiri untuk pengesahan. Panduan Penyeliaan Jurnal Refleksi: 1. Hanya rekod berkaitan kerja-kerja yang dilakukan sahaja. Aktiviti peribadi dilarang sama sekali. 2. Catatan hendaklah berbentuk ringkas dan padat. Catatan berbentuk karangan tidak digalakkan. 3. Memasukkan lakaran-lakaran dan pengiraan yang berkaitan. 4. Jika kerja yang berulang hendaklah dinyatakan langkah-langkah kerja. 5. Pelajar boleh menyambung catatan walaupun tarikh berlainan. 6. Jika pelajar mengambil cuti, mukasurat berkenaan hendaklah dipalang dan ditulis cuti atau kepilkan borang cuti (MC). Jika cuti panjang memadai dengan catatan pada satu muka surat sahaja. 7. Ditandatangani dan disahkan oleh penyelia firma setiap minggu pada ruangan yang disediakan. Pastikan pelajar dan firma/syarikat mengisi borang maklumbalas latihan yang dibawa bersama. Isi borang maklumbalas pensyarah penyelia/pemantau dan jadual laporan seperti yang disertakan. Isi Borang Tindakan Segera seperti yang disertakan jika pelajar bermasalah . Selepas Penyeliaan Ketua kumpulan dikehendaki menghantar semua maklumbalas pelajar, syarikat dan pensyarah Penyelia/Pemantau ke UPLI. Laporkan segera kepada UPLI jika terdapat firma/pelajar bermasalah. Hantar jadual laporan penyeliaan yang lengkap kepada UPLI dengan segera selepas pemantauan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan ke Unit Kewangan POLIMAS sebelum 5hb pada bulan berikutnya.