-
CREATIVE MINDS
STEM.ORG.MY | No A-5-07, One South Street Mall, Jalan Serdang
Perdana, Seksyen 6, 43300 Seri Kembangan Selangor
GARIS PANDUAN e-KURSUS
TM FUTURE SKILLS 2020
Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020 disediakan sebagai
rujukan
kepada peserta e-Kursus TM Future Skills. e-Kursus ini
dilaksanakan oleh
Creative Minds terhadap guru-guru bawah Projek Transformasi
Pendidikan
Centric IR 4.0 di Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.
Diharapkan garis panduan ini dapat membantu dan memudahkan
pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 dalam kalangan
guru.
-
ms | 2
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
e-kursus TM Future Skills
Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melaksanakan pelbagai program
yang bercorak
pembangunan insan dalam komuniti pendidikan melalui inisiatif
Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR). Dalam konteks ini, TM Future Skills memfokuskan
pendidikan digital yang berteraskan
teknologi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan menekankan
kemahiran masa depan (future skills).
Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills bertujuan memberikan
pengetahuan dan kemahiran
kepada para guru dan murid agar berupaya mendepani cabaran
kemajuan teknologi IR 4.0 serta
berdaya saing di peringkat global.
Teknologi yang akan diketengahkan:
Data Logging – Pocketlab
3D Modeling
✓ Menggunakan teknologi Pocketlab, iaitu sebuah data logger
mini.
✓ Sesuai digunakan untuk menjalankan eksperimen Sains dan
Fizik
✓ Aplikasi langsung ujikaji Sains dan Matematik
Skil: ▪ Menggunakan Pocketlab data logger
untuk merekodkan data saintifik secara digital.
▪ Menggunakan spreadsheet seperti Google Sheet atau MS Excel
untuk menganalisa data yang telah direkodkan.
✓ Menggunakan teknologi 3D Printer. ✓ Sesuai digunakan untuk
merekacipta
inovasi mudah dan prototaip. ✓ Aplikasi langsung subjek Reka
Bentuk
dan Teknologi Skil: ▪ Menggunakan perisian atas talian
(tinkercad.com) untuk mencipta rekabentuk model 3D.
▪ Menggunakan 3D Printer untuk mencetak objek yang telah direka
bentuk menggunakan tinkercad.com
-
ms | 3
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Cara menyertai e-kursus
e-kursus TM Future Skills 2020 merupakan kursus secara dalam
talian yang disertai oleh guru-
guru dari sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar/Pudu
sahaja.
▪ e-kursus yang ditawarkan adalah percuma dan tiada bayaran
dikenakan.
▪ Terhad kepada 21 buah sekolah rendah dan menengah yang
terpilih dalam Projek
Transformasi Pendidikan Centric IR4.0 peringkat PPD
Bangsar/Pudu.
▪ e-kursus terbuka kepada pasukan pelaksana projek dan guru-guru
yang berminat.
Pengkhususan subjek pengajaran yang berkait dengan bidang STEM
adalah digalakkan.
▪ Terdapat dua kaedah untuk menyertai e-kursus:
i. Secara Live melalui platform Cisco Webex
ii. Melalui Portal www.stem.org.my selepas sesi Live
diadakan
▪ Kaedah secara Live membolehkan peserta berinteraksi secara
langsung dengan pelatih.
▪ Peserta yang tidak dapat menyertai sesi e-kursus secara Live
boleh mengikutinya di
portal dalam tempoh yang ditetapkan.
✓ Interaksi secara langsung dengan pelatih.
✓ Mengandungi tips-tips tambahan. ✓ Melalui platform Cisco
Webex.
✓ Melalui portal setelah sesi Live tamat. ✓ Untuk guru yang
tidak dapat
menyertai sesi secara Live. ✓ Boleh diakses melalui portal
stem.org.my
http://www.stem.org.my/
-
ms | 4
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Carta Alir Pelaksanaan e-Kursus Secara Live (Cisco Webex)
Tempoh pelaksanaan bagi setiap sesi e-kursus adalah seperti yang
berikut:
No Sesi e-Kursus Masa
1 Pengenalan 10 min
2 Sesi pembentangan (Tutorial) 45 min
3 Rumusan 10 min
4 Sesi Q&A 15 min
5 Penutup 10 min
Jumlah Masa: 90 min
Jadual 1: Jadual Sesi e-Kursus
Guru mendaftar di portal TM Future Skills
(www.stem.org.my)
Link akses kepada e-kursus diemelkan
menjelang tarikh kursus diadakan.
Sertai e-kursus melalui link yang telah diemelkan.
Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi
e-kursus.
Guru menjawabUjian Kefahaman (3 kali percubaan)
-
ms | 5
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Panduan Tambahan
Guru membuat pendaftaran e-kursus di portal TM Future Skills di
www.stem.org.my
Rajah 1: Layari stem.org.my dan klik pada tab “TM Future Skills
– PPD Bangsar/Pudu”.
Rajah 2: Klik pada "Register my interest"
http://www.stem.org.my/
-
ms | 6
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Rajah 3: Lengkapkan borang pendaftaran yang dipaparkan.
Rajah 4: Pendaftaran yang telah selesai akan dipaparkan.
-
ms | 7
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Rajah 5: Guru yang berjaya membuat pendaftaran akan menerima
e-mel pengesahan.
Link akses kepada e-kursus diemelkan menjelang tarikh
diadakan.
Rajah 6: Semak e-mel untuk mendapatkan link akses e-kursus.
-
ms | 8
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Sekiranya anda membuka link melalui PC/Laptop:
Melalui PC/Laptop
1. Klik pada Link di e-mel
2. Tuliskan butiran diri dan klik Next
e-Kursus
-
ms | 9
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
3. Klik pada “Start Meeting” setelah bersedia.
-
ms | 10
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Sekiranya anda membuka link melalui telefon pintar:
Melalui Telefon Pintar
1. Download Applikasi Cisco Webex Meet
2. Klik Join Meeting pada E-mail
-
ms | 11
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
3. Klik “Allow” sekiranya pop-up keluar. Applikasi Cisco Webex
Meet akan digunakan secara automatik.
4. Sekiranya berjaya masuk, peserta akan melihat paparan seperti
yang berikut:
-
ms | 12
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi
e-kursus
Peserta e-kursus perlu menjawab Ujian Kefahaman selepas tamat
setiap sesi e-kursus.
▪ Ujian kefahaman adalah berkaitan topik-topik yang dibentangkan
sepanjang e-kursus.
▪ Peserta diberikan percubaan sebanyak 3 kali semasa menjawab
ujian.
▪ Markah terbaik daripada 3 kali percubaan tersebut akan
direkodkan.
▪ Link akses Ujian Kefahaman dalam bentuk Google Form akan
diberikan melalui e-mel
setelah tamat sesi e-kursus.
-
ms | 13
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Carta Alir Pelaksanaan e-Kursus Melalui Portal
Bahagian ini disediakan untuk peserta yang tidak dapat mengikuti
sesi e-kursus secara
live melalui platform Webex.
Video pembentangan (tutorial) dirakam dan dimuat naik di portal
stem.org.my.
Guru mendaftar di portal TM Future Skills
(www.stem.org.my)
Klik pada laman (page)e-Learning
Klik pada Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric
IR4.0
Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi
e-kursus
Guru menjawab Ujian Kefahaman(3 kali percubaa)
-
ms | 14
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Panduan Tambahan
1. Membuat pendaftaran di portal TM Future Skills
www.stem.org.my
Rajah 7: Membuat pendaftaran di laman web stem.org.my
❖ Pengesahan butiran akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.
http://www.stem.org.my/
-
ms | 15
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
2. Klik pada laman (page) e-Learning
3. Klik pada Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric
IR4.0
Rajah 8: Peserta dari sekolah projek PPD Bangsar/Pudu yang
berdaftar sahaja dapat melihat papara Modul Projek Transformasi
Pendidikan Centric IR4.0
-
ms | 16
Dikuasakan oleh
TM FUTURE SKILLS
Platform
Online STEM Community | stem.org.my
Penutup
Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 bertujuan untuk
memberikan pendedahan dan
kemahiran berteraskan teknologi IR 4.0 kepada warga pendidik.
Melalui e-kursus ini, diharapkan
dapat meningkatkan kapasiti guru serta memantapkan pendidikan
digital di sekolah. Murid yang
telah didedahkan pengetahuan dan kemahiran teknologi digital
akan lebih kompetitif di
peringkat pengajian tinggi dan peringkat global, seterusnya
berdaya saing dalam dunia kerjaya
melalui keyakinan digital (digital confidence).
Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 turut menyokong dan
memberikan impak terhadap
pelaksanaan Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0 di
sekolah Pejabat Pendidikan Daerah
Bangsar/Pudu. Inisiatif ini akan menjadi pemangkin untuk
merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dan pihak korporat dalam usaha memantapkan
pendidikan melalui
teknologi terkini seiring dengan perkembangan IR4.0.
Penghargaan
Telekom Malaysia Berhad
Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu
Multimedia Universiti
Panel Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020
1. Muhammad Shafiq bin Shahrul Amar (Creative Minds)
2. Syed Abdul Hadi bin Syed Abdul Rahman (Creative Minds)
3. Izuan Alif bin Mohd Arifin (Creative Minds)
4. Ahmad Aizat bin Arzmi (Creative Minds)
5. Ong Li Choo (SISC+ PPD Bangsar/Pudu)