-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanKarangan
berformatMenyatakan hujah-hujah sama ada menyokong atau membangkang
sesuatu tajuk.Memerlukan kemahiran berhujah dan pengetahuan yang
luas tentang tajukTerdapat dua situasi yang membezakan karangan
jenis perbahasan.
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanSituasi 1: pertandingan
perbahasanCiri-ciri :Kata alu-aluan, misalnya kepada pengerusi
majlis, para hakim, barisan pembangkang atau pencadang dan para
hadirin.Kata-kata penghadapan, misalnya hadirin sekalian, tuan-tuan
dan puan-puan, dsb..Perenggan penutup, yakni ucapan terima kasih
dan rumusan terhadap tajuk perbahasan anda.
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanSituasi 2 : tidak
berkaitan dengan pertandinganCiri-ciri :Perenggan pendahuluan
dimulakan terus dengan definisi anda terhadap kata, atau rangkaian
kata, atau frasa yang terdapat dalam tajuk; kata alu-aluan tidak
perlu ditulis.Perenggan penutup berisi rumusan, kesimpulan, atau
penegasan anda terhadap tajuk perbahasan tanpa memuatkan apa-apa
ucapan.
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanCara-cara menulis
karangan perbahasan.Formatnya adalah seperti
berikut:Pendahuluan-mengandungi kata alu-aluan semua yang hadir,
termasuk para hakim, dan jika bukan pertandingan terus dimulakan
dengan definisi tajuk.CONTOH
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasan(b) Isi-Mengandungi
hujah-hujah bernas dan bidasan(utk mematahkan hujah lawan). Jangan
lupa diselang-selikan dengan kata-kata penghadapan sebelum
memulakan perenggan baru utk menarik perhatian pendengar.CONTOH
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasan(c) Penutup-Memuatkan
kesimpulan di samping memberi penegasan tentang pendirian, sama ada
mencadang atau membangkang.CONTOH
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanTerdapat dua pendapat
yang bertentangan dalam perbahasan. Anda boleh memilih satu
pendirian iaitu sebagai pencadang atau sebagai
pembangkang.Pencadang menyokong tajuk yang diberi berikan
fakta-fakta yang bernas, berasas, dan mempunyai bukti yang
kukuh.
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanPembangkang membangkang
tajuk yang diberi perlu bijak menangkis/membidas setiap hujah pihak
pencadang dgn menyertakan bukti yang jelas dan tepat.
-
Panduan menulis karangan jenisperbahasanElakkan daripada
menyentuh isu-isu sensitif atau peribadi orang-orang tertentu. Guna
bahasa yang mudah, jelas, tepat, tegas dan dapat menarik perhatian
pendengar. Peribahasa/kiasan/pantun atau jenaka boleh diselitkan
utk menghidupkan perbahasan anda.
-
Contoh pendahuluan :Contoh 1 :Yang Mulia Tuan Penerusi Majlis,
para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, barisan pencadang
dan para hadirin sekalian. Saya, sebagai pihak pembangkang
menentang sepenuhnya kenyataan bahawa..
-
Contoh pendahuluan:Contoh 2 :Selamat pagi dan salam sejahtera
saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana dalam memastikan keadilan, barisan pencadang
yang dihormati dan para hadirin yang dihormati.
Hadirin sekalian,Berdirinya saya pada pagi yang bertuah ini,
adalah bertujuan untuk menegaskan dan meneruskan perjuangan
rakan-rakan saya, untuk membangkang sama sekali tajuk perbahasan
pada pagi ini, Kata-katapenghadapan
-
Contoh pendahuluan :Contoh 3 : kelemahan sesetengah pelajar
melayu dalam mata pelajaran bahasa melayu berpunca daripada sikap
tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa melayu. Bahaskan
tajuk ini.Apabila sesuatu peperiksaan diumumkan, pelbagai analisis
dibuat untuk mengkaji prestasi para pelajar. Salah satu hasil
analisis tersebut yang pernah kita baca ialah merosotnya pencapaian
pelajar melayu dalam mata pelajaran bahasa melayu. Oleh sebab yang
terlibat ialah pelajar-pelajar melayu yang bahasa ibundanya bahasa
melayu, maka pelbagai rumusan dibuat. Salah satu rumusan itu ialah
sikap tidak bersungguh-sungguh para pelajar melayu sendiri untuk
mempelajari bahasa melayu. Adakah benar rumusan itu? Jika benar,
mengapakah hal ini terjadi?
-
Contoh isi :Contoh 1 :Tajuk : Belajar Secara Berkumpulan Lebih
Baik Daripada Belajar Secara Sendirian. Sebagai pencadang, tuliskan
teks perbahasan anda.
Hadirin dan hadirat yang sangat saya muliakan, Hujah saya yang
pertama ialah belajar secara berkumpulan akan manghasilkan gabungan
idea yang bernas, padat, dan tepat, sama ada dari segi isi, huraian
atau contoh. Malahan, masalah yang dihadapi sewaktu belajar
bersendirian akan dapat diatasi dengan membincangkan masalah itu
bersama-sama.Hujah saya kedua ialah belajar secara
berkumpulan..
Kata-katapenghadapan
-
Contoh isi :Contoh 2 :Tajuk : Kemasukan Pekerja Asing ke
Malaysia Lebih Banyak Mendatangkan keburukan daripada Kebaikan.
Sebagai ketua pembangkang, tulis perbahasan anda.
Hadirin sekalian,Hujah saya yang pertama. Sektor perladangan
masih memberikan sumbangan kepada pendapatan negara. Bagaimanapun,
sektor itu sedang berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga
pekerja. Oleh sebab itu, bukankah kemasukan pekerja asing akan
dapat membantu melicinkan kerja-kerja di sektor tersebut ?Hujah
saya yang kedua..
-
Contoh isi :Contoh 3 : kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam
mata pelajaran bahasa melayu berpunca daripada sikap tidak
bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa melayu. Bahaskan tajuk
ini.Sesetengah pelajar melayu tidak mengambil berat terhadap mata
pelajaran bahasa melayu. Hal ini demikian kerana mereka menganggap
bahawa mereka sudah mahir berbahasa melayu. Ketika mata pelajaran
bahasa melayu diajarkan dalam kelas, maka pelajar-pelajar melayu
tersebut tidak menumpukan perhatia yang sepenuhnya.
-
Contoh penutup :Contoh 1 :Hadirin semua,Nampaknya masa
menghalang saya daripada terus berhujah. Sebelum saya mengundur
diri dari medan perbahasan ini, saya tetap dengan pendirian
menentang tajuk perbahasan ini. Sekian terima kasih.
-
Contoh penutup :Contoh 2 :Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati,Nampaknya masa tidak mengizinkan saya untuk terus
berhujah. Berdasarkan hujah-hujah saya tadi, nyatalah bahawa sokong
tajuk. Sekian, terima kasih.
-
Contoh penutup :Contoh 3 :
Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan, ternyatalah bahawa sikap
tidak bersungguh-sungguh sesetengah pelajar melayu itu sendirilah
yang menyebabkan mereka lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu.
Anggapan bahawa sebagai penutur asli maka pelajar melayu mudah
dapat mengusai bahasa melayu haruslah dikikis.
-
Tugasan dalam kumpulan : Bentuk 2 kumpulan.Tajuk perbahasan
ialah Tinggal di asrama lebih baik tinggal di rumah.
BincangkanPilih samada sebagai pihak pencadang atau
pembangkang.