PANDUAN MEMBINA SOALAN(Untuk Panduan Guru Menyediakan Soalan
Yang Bermutu )ITEMKonsep ItemPerkara / alat yang digunakan untuk
mendapatkan respons yang berupa evidens yang boleh dipertimbangkan
dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk.Jenis
ItemAmaliLisanBertulisa. ObjektifMCQMultiple
CompletionPadananBenar/PalsuIsi Tempat Kosongb. SubjektifJawapan
PendekBerstrukturEseiKomponen ItemSecara am ;Tugasan - Apa yang
perlu diberikan sebagai responsArahan - Bagaimana cara memberikan
responsCiri ItemKetepatan dan KejelasanKetepatan : konstruk yang
diukurKejelasan : keboleh bacaannya, kejelasan ekpresinya dan
ketekalan stail (Consistency of style)KesesuaianAras kesukaran :
kesesuaian dengan aras kesukaran yang dihasratkan dan setiap item
harus ada jangkaan aras kesukaran.Kepentingan : Pentingnya perkara
yang disoal ditanyakan - konteks/situasi dan elak dari
perkara-perkara remeh.Bias : Tidak memberi faedah istimewa kepada
subkumpulan tertentu seperti gender, bangsa, status ekonomi, tempat
tinggal dsb.Keakuran (Confirmity)Dengan Spesifikasi (match the
spec.)Setiap ujian mesti ada spesifikasi. Oleh kerana item adalah
sebahagian daripada ujian, setiap item mestilah `confirm dengan
spesifikasi ujian. (Content validity)Dengan Kurikulum (match the
syllabus)Mesti selaras dengan objektif mata pelajaran. (Curricular
validity)Dengan PembelajaranMesti selaras dengan apa yang
dipelajari oleh murid. (Instructional validity)
PEMBINAAN UJIANUJIAN BERTULIS1.SOALAN ANEKA PILIHAN(MCQ)Item
yang mempunyai satu tugasan dan beberapa pilihan jawapan yang telah
ditetapkan, kebiasaannya empat atau lima.Satu item mengandungi
stem, pilihan jawapan, jawapan dan distraktor.Set item, dua atau
lebih item yang dibina berdasarkan satu petikan, masalah, carta
atau lain-lain bentuk rangsangan.Item aneka pilihan mempunyai
beberapa bentuk :Soalan terusSoalan terus dengan rangsanganSatu
jawapanDua pilihan jawapan yang betulTiga pilihan jawapan yang
betulPANDUAN MENULIS ITEMPilih konsep atau idea dan juga konstruk
yang hendak diuji (yang penting diketahui/difahami dan konstruk ;
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau
penilaian.Tulis stem disekitar idea yang dipilih ( jelas, tiada
~window dressing )Stem boleh berbentuk soalan, pernyataan tidak
lengkap atau pernyataan yang lengkap terhadap masalah yang hendak
diselesaikan.Pastikan hanya ada satu jawapan.Gunakan bahasa yang
mudah, tepat dan jelas.Set item ; Tentukan item-item yang dibina
berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan dari maklumat lain
atau daripada item sebelumnya. Setiap item mestilah `independent (
distraktor dalam satu item tidak membantu untuk menjawab item yang
lain ).Tentukan matlamat item dengan jelas. Jika item pengetahuan
jangan ditambah tokok dengan perkara yang tidak perlu; jika item
kritikal, pastikan item tidak dijawab dengan fakta semata.Jika
hendak membuat item sukar, pastikan kesukarannya kerana keperluan
calon membuat pemikiran yang lebih tinggi, bukan kerana perkara
yang disoal tidak penting.Tiada negatif berganda.Opsyen homogenous
tidak memberi clue , tidak berbentuk `payung, tidak menggunakan
istilah umum seperti selalunya, hanya, kesemua, dan lain-lain.Tiada
unsur bias jantina, bangsa, tempat dan bebas daripada isu politik,
agama dan emosi.
SOALAN JAWAPAN RINGKAS( SJR )Kelebihan SJRMudah dibinaHanya
mengukur takat pengingatan kadangkala kefahaman calon tentang
sesuatu maklumat atau faktaTidak memerlukan sesuatu peraturan
pemarkahan yang terperinci yang selalunya sukar dibinaCalon
dikehendaki memberikan jawapanDapat mengelakkan calon meneka
mana-mana jawapan yang betul seperti dalam bentuk benar/salah, atau
soalan pelbagai pilihan.Keadaan ini meninggikan lagi kebolehan
bahawa calon tahu tentang sesuatu fakta itu.Boleh memuatkan lebih
banyak soalan dalam sesuatu ujian.Keadaan ini dapat menentukan skop
kandungan yang lebih luasd untuk diuji dan sekali gus meninggikan
kesahan kandungan ujian.Batasan SJRHanya sesuai digunakan untuk
menguji kemahiran kognitif peringkat rendah iaitu pengetahuan dan
kefahaman. Kebanyakan SJR dianggap sukar apabila ramai calon tidak
boleh menjawan soalan yang dikemukakan. Kesukaran soalan mungkin
disebabkan calon tidak dapat mengingat kembali apa yang telah
dibaca, dipelajari atau soalan yang dikemukakan tidak didalam
pengetahuan calon berkenaan. Kebolehan mengingat merupakan asas
kepada kemahiran kognitif yang lain. Mengingat merupakan satu
kemahiran penting kerana tidak semua calon dapat mengingat sesuatu
dengan cepat dan mengekalkan ingatannya dalam satu tempoh yang
lama. Mengingat mempunyai satu kaedah yang tersendiri. Kaedah
mengingat yang berkesan tidak sama dengan setiap individu. Namun
demikian terdapat satu panduan umum untuk mengingat sesuatu.
Sebagai contoh, calon kerap diarah untuk melakukan latih tubi yang
bertujuan supaya sesuatu yang dipelajari dapat dikekalkan dalam
ingatan masing-masing. Mengingat akan menjadi lebih berkesan jika
ia dibuat kena pada masa dan keadaannya. Malahan mengingat menjadi
satu budaya dalam kehidupan orang-orang islam. Adalah menjadi
fardhu kifayah dalam sesuatu tempat itu mempunyai seseorang yang
boleh mengingati kandungan Al-Quran. Disini dapat dilihat betapa
pentingnya aspek mengingat dalam kehidupan orang-orang islam
malahan dituntut oleh agamanya untuk mengingat.Pemarkatan SJR
mungkin kurang objektif berbanding dengan pemarkatan soalan
berbagai pilihan yang dimarkat oleh mesin. Keadaan ini mungkin
boleh berlaku apabila pembina kurang berhati-hati dalam membina
soalan. Berbagai bentuk SJR boleh dibina.Memerlukan lebih banyak
masa untuk memarkatkannyaberbanding dengan soalan objektif berbagai
pilihan atau soalan benar/salah.Kurangnya kemudahan komputer yang
boleh digunakan untuk memarkatkan SJR
PANDUAN MENULIS SJRSoalan yang dibina mestilah mengukur satu
kemahiran yang tepat dan khusus. Kemahiran yang hendak diukur
ditentukan menggunakan JPU. Pematuhan kepada JPU menguatkan lagi
kesahan kandungan ujian. Perlu diingatkan kembali bahawa SJR amat
sesuai bagi soalan berkaitan ingatan kepada sesuatu
perkara.Tentukan bahawa soalan itu boleh dijawab dalam dua atau
tiga ayat ringkas. Jika jawapan yang diberikan memerlukan calon
menulis lebih dari 3 ayat ringkas, maka kaedah esei hendaklah
digunakan.Tentukan sama ada satu jawapan sahaja yang betul atau
beberapa jawapan yang homogen juga boleh diterima sebagai jawapan
betul.Pastikan semua pemeriksa bersetuju dengan jawapan bagi setiap
soalan. Untuk mengelakkan terdapatnya beberapa jawapan yang boleh
diterima sebagai jawapan betul, bina soalan yang jawapan betulnya
adalah terhad kepada satu atau dua jawapan sahaja.Tentukan aras
kebolehan bacaan bagi sesuatu soalan itudi bawah kebolehan bacaan
seseorang calon untuk membolehkan calon memahami tugasan soalan
dengan sekali bacaan sahaja. Calon tidak perlu membaca sesuatu
soalan berulang-ulang bagi mendapatkan tugasan sesuatu soalan itu.
Aras kemahiran membaca yang diperlukan untuk memahami sesuatu
soalan mestilah rendah dari kemahiran membaca calon untuk menjawab
soalan yang berkenaan.Tentukan juga penggunaan nahu dan
perbendaharaan kata yang digunakan dalam ujian sama dengan yang
digunakan semasa pengajaran di bilik darjah. Perlu diingatkan
sekali lagiwalaupun SJR memerlukan calon mengingat tetapi calon
tidak perlu mengingatsetiap ayat dalam buku teks. Yang perlu
diingat ialah fakta yang berkaitan dengannya. Keadaan ini berbeza
dengan hafazan ayat-ayat Al Quran dan hadith di mana setiap patah
perkataan, tanda bacaan dan sebagainya mestilah diingat dengan
tepat.Pastikan format soalan dan ujian membenarkan pemeriksa
memarkat jawapan calon dengan lebih berkesan. Ini boleh dibuat
dengan menyediakan satu ruangan kahs untuk calon menuliskan
jawapannya. Keadaan ini akan memudahkan pemeriksa menyemak jawapan
calon dan memarkatkannya.
SOALAN ESEIKemahiran menulis adalah penting terutamanya kepada
pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas. Kelebihan
soalan jenis esei ialah untuk mencungkil kemahiran pelajar menulis
dari segi ;Mengorganisasikan ideaMensepadukan ideaMensintesiskan
pengetahuannyaMenggunakan maklumat menyelesaikan masalahInovatif
dalam pendekatan terhadap sesuatu masalahUntuk memastikan harapan
ini tercapai, tugasan soalan mestilah dibentuk. Untuk merasakan
nilai soalan esei dan appraising kebolehan calon dapat mengumpul
dan menggunakan bahasa secara yang lebih berkesan bergantuk kepada
cara penulisan tugasan soalan untuk mengeluarkan (tapping)
kebolehan ini dan boleh menstruktrurkan situasi supaya faktor lain
tidak dapat menyekat appraisal yang diharapkan.PANDUAN MENULIS
ESEI( Thorndike & Hagen, 1968 )Pembina soalan mestilah jelas
tentang jenis proses yang calon perlukan untuk menjawab
soalan-soalan yang bakal dikemukakan pada tahap mana mengikut
Taksonomi Bloom sesuatu soalan itu harus dibina. Contoh :
seandainya pembina inginkan calon mencerakinkan sesuatu maklumat
dan membuat penilaian ke atas maklumat itu, maka pembina harus
dapat membentuk satu soalan yang dapat mengukur tentang kebolehan
calon mencerakinkan dan membuat keputusan ke atas maklumat
berkenaan. Perlu diingatkan pembina mestilah selalu menyemak
kurikulum sama ada kemahiran yang diperlukan itu sejajar dengan
kehendak kurikulum.Gunakan bahan-bahan baru atau keadaan yang
serupa dalam membentuk soalan esei. Elakkan dari penggunaan
perkataan yang serupa seperti dalam buku teks kecuali
istilah-istilah khas.Soalan esei lebih sesuai untuk pengujian
tentang kefahaman dan pemikiran calon bagi sesuatu aspek, perkara
dan sebagainya. Adalah rugi sekiranya soalan esei digunakan untuk
mendapatkan maklumat seperti : Apakah, Siapa, Bila, Senaraikan dan
sebagainya. Kata kerja berkenaan lebih cenderung kepada
mengeluarkan maklumat dari hafalan atau ingatan. ( Kata kerja yang
sesuai boleh didapati dari nota taksonomi Bloom )Tuliskan tugasan
esei dengan jelas supayacalon tidak ragu-ragu atau keliru dengan
tugasan soalan. Jawapan calon mestilah mencerminkan taraf kefahaman
atau penguasaan calon dalam tugasan yang disoal dan bukannya
bagaimana calon cuba menjelaskan kehendak tugasan soalan.Soalan
yang berkaitan dengan isu-isu kontroversi seharusnya menyoal untuk
isu berkenaan dan dinilai dari aspek persembahan bukti menyokong
untuk isu berkenaan daripada calon bersetuju dengan isu
itu.Pastikan soalan esei dapat mengeluarkan perlakuan yang
dikehendaki oleh pembina soalan. Contoh : Nyatakan
definisipertanian persekitaran terkawal (ppt).Dalam soalan ini,
p;embina ujian tidak mahu pendapat calon tentang definisippttetapi
definisi ppt yang sebenarnya dalam pertanian. Pembina perlukan
fakta bukannya pendapat.Pastikan panjang dan kompleksnya jawapan
yang diperlukan bertepatan dengan aras kematangan calon. Maklumat
ini boleh didapati dariobjektif kurikulum.Sediakan peraturan
pemarkahan bersama dengan setiap soalan yang dibina. Peraturan
pemarkahan akan memastikan kepada pembina bahawa itulah jawapan
yang dikehendaki daripada soalan yang dibina. Seandainya tiadak
terdapat sebarang padanan antara soalan dengan peraturan
pemarkahan, satu penyemakan semula hendaklah dibuat. Pembina
hendaklah perbetulkan tugasan soalan atau peraturan pemarkahan
bergantung kepada keadaan. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan
yang betul dan tepat sebelum membina soalan yang lain.Pastikan masa
adalah mencukupi untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Masa
hendaklah bersesuaian dengan panjang dan kompleksnya jawapan yang
diberi.Adalah lebih baik markat maksimum bagi setiap soalan dicatat
disebelah setiap soalan. Ini memudahkan calon merancang menjawab
soalan yang bertepatan dan bersesuaian dengan kebolehan mereka.
Calon mempunyai banyak pembolehubah yang mesti dipertimbangkan
dalam menjawab sesuatu soalan. Ini termasuklah :Kesukaran
itemMasaPemberatan setiap soalanSediakan satu JPU sebelum mula
menulis soalan. JPU digunakan untuk memastikan dan menentukan mutu
soalan yang diberi menepati prinsip-prinsip pembinaan
ujian.RINGKASAN PANDUAN MENULIS ITEM ESEISebahagian daripadanya
sama dengan prinsip penulisan item MCQ , antaranya ;Pastikan konsep
atau ideadan konstruk yang hendak diuji.Tugasan spesifik dan
berfokusRangsangan, jika digunakan hendaklah yang relevan dan mudah
difahamiLaras bahasa sesuai dengan tahap calon dan jelasTiada
`window dressingBebas dari isu sensitif dan biasPeraturan
pemarkahan memenuhi keperluan itemPEMARKATAN SOALAN ESEITerdapat
TIGA kaedah utama dalam pemarkatan soalan eseiPermarkatan
HolistikPemarkatan AnalitikPemarkatan Trait Primer (primary
trait)Pemarkatan HolistikHolostik dari perkataan Greek Holos yang
bermakna keseluruhan atau secukupnya. Kaedah holistik juga disebut
sebagai pendekatan general impression tau whole impression
berdasarkan perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan kepada
sesuatu standard yang telah ditetapkan.Pendekatan holistik
menggunakan nilai absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya
diterjemahkan kepada cemerlang, baik, sederhana, lulus atau
sebagainya. Pemarkatan secara holistik boleh mempercepatkan proses
pemarkatan. Namun demikian pemarkatan secara holistik tidak dapat
memberikan memberikan maklumat yang jelas bagi setiap pemarkatan
tentang kelemahan atau kekuatan calon apabila mereka mendapat
markat yang rendah atau tinggi.Pemarkatan AnalitikPemarlkatan
analitik dibuat secara menyemak fakta yang diberi secara terperinci
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
Kriteria yang dinyatakan adalah peraturan pemarkahan yang telah
disediakan oleh pembina soalan yang berkenaan. Pemarkahan ini
dibuat sebaik sahaja soalan digubal bagi memastikan jawapan yang
diberikan itu adalah sebenarnya yang dikehendaki berdasarkan soalan
yang dibina itu.Kaedah ini dapat memberikan maklumat yang
terperinci tentang kekuatan dan kelemahan seseorang calon dalam
menjawab sesuatu soalan.Pemarkatan Trait PrimerPendekatan
pemarkatan trait primer memberi penekanan kepada tujuan sesuatu
soalan esei dibina. Ia mempunyai andaian setiap bentuk penulisan
itu mempunyai tujuan yang berlainan. Memarkatkan soalan esei
memerlukan satu definisi yang tegas tentang tujuannya dan
pemarkatan dibuat berdasarkan bagaimana calon dapat memenuhi tujuan
berkenaan.Contoh :Tujuan bagi sesuatu editorial ialah cuba
mempengaruhi pembaca agar menyetujui pendapat yang dikemukakan.
Calon dikehendaki menulis editorial dan akan dimarkatkan
berdasarkan kepada aras kebolehan calon memujuk atau meyakinkan
pembacanya. Faktor-faktor lain seperti idea menarik, organisasi
perkataan dan stail penulisan adalah dianggap sekunder.KELEMAHAN
SOALAN PILIHANCalon akan memilih soalan yang berlainan. Ini akan
menyukarkan pihak pemeriksa atau badan peperiksaan untuk membuat
perbandingan antara calon dalam menentukan penguasaan calon dalam
setiap soalan kerana calon dianggap menjawab ujian yang berlainan.
Contoh : jika sesuatu ujian mengandungi 8 soalan esei dan calon
pula diberi pilihan untuk menjawab 4 soalan sahaja. Andaikan calon
A menjawab soalan 1, 3, 5, dan 7 manakala calon B menjawab soalan
2, 4, 6 dan 8, maka jeelaslah diperhatikan bahawa kedua-dua calon
itu telah menjawan dua ujian yang berbeza.Pemilihan boleh
meninggikan lagi prestasi calon dalam sesuatu ujian walaupun
penguasaan calon dalam bidang yang diuji belum dianggap memuaskan.
Contoh : Jika satu ujian itu mengandungi 8 tajuk utama, satu soalan
diuntukkan bagi setiap tajuk. Calon pula dikehendaki memilih 4
soalan daripada 8 soalan yang diberi dan calon memilih Soalan 1, 2,
3, dan 4 untuk menjawabnya dan mendapat markah terbaik. Besar
kemungkinan calon yang mendapat markah terbaik itu kerana mereka
telah diasuh untuk mempelajari 4 tajuk sahaja iaitu Soalan 1, 2, 3
dan 4. Ini tidak memberi gambaran yang sebenar bahawa pencapaian
calon yang tinggi dalam ujian berkenaan bermakna mereka telah pun
mendapat penguasaan yang baik dalam seluruh kandungan mata
pelajaran itu.PANDUAN KAJIAN SEMULA ITEM SECARA KESELURUHANPastikan
item ;Sesuai untuk digunakan (accept), boleh dibaiki (KIV) atau
dibuang terus (reject).Menguji pengetahuan dan kemahiran yang
sesuai dan bernilai untuk diuji.Boleh ditulis dalam bentuk lain
yang lebih baik.Dalam lingkungan kesukaran yang dikehendaki; tidak
terlalu mudah atau tidak terlalu sukar.Laras bahasa yang sesuai (
stem dan distraktor )Tidak mengandungi isu sensitif, dan bias (
stem dan distraktor )Pastikan Stem ;Jelas dan padat : baiki
bahasaMengandungi maklumat yang perlu sahajaPastikan Pilihan
Jawapan ;Bentuk yang seragamSesuai dengan stem : secara logik dan
tata bahasaJelas dan padar : baiki bahasaSeolah-olah jawapan yang
betul walaupun tidak betul / half truePastikan Jawapan ;TepatTidak
terlalu menonjol hingga mudah calon mendapatkannya ( panjang, lain
daripada yang lain, terlalu detail dsb. )Pastikan Distraktor
;Setiap distraktor berfungsi ( boleh dijustifikasikan sebagai
kemungkinan jawapan )Selari : tidak terlalu menonjol hingga boleh
menunjuk kepada jawapan.KATA TUGAS DALAM SOALAN
PEPERIKSAANDefinisiKata tugas atau kata kerja ialah perkataan yang
digunakan untuk memberi arahan kepada calon untuk menjawab soalan.
Kata tugas yang betul amat penting supaya setiap soalan itu lebih
jelas difahami oleh calon, apakah kehendak soalan yang sebenarnya.
Oleh itu, calon lebih mudah untuk memberikan jawapan mengikut
kehendak soalan.Kata tugas yang betul bagi sesuatu soalan ada
hubungkaitnya dengan kesahan dan kebolehpercayaan soalan itu
sendiri. Soalan yang mempunyai kata tugas yang tidak tepat boleh
mengelirukan calon. Ini mendorongkan calon memberi jawapan di luar
kehendak soalan.Berikut adalah kata tugas yang biasa digunakan
digunakan serta respon yang diharapkan daripada calon :Bil.Kata
TugasRespon yang diharapkan
1AnggarkanMemberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan atau
pertimbangan
2ApakahMemberi maklumat yang khusus / spesifik
3BagaimanakahMemperihalkan / memberikan penerangan tentang
cara/keadaan/langkah/kejadian
4BandingkanMemberi persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih
perkara
5Bariskan (Pend.Islam)Tuliskan ayat dan meletakkan tanda
bacaan
6BerapakahMemberi kuantiti
7BezakanMemberi kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih
perkara
8BilakahMenyatakan masa/waktu
9Binakan (Matematik)Binakan (Biologi)Melukis rajah/sesuatu
menggunakan kaedah atau alat geometriMembuat sesuatu menggunakan
kaedah tertentu
10BincangkanMemberi pandangan daripada beberapa aspek
11BuktikanMenyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta
12Cadangkan / Syorkan / SarankanMengemukakan sesuatu idea /
pendapat
13CarikanMemberi jawapan tanpa atau dengan hitungan ringkas
14CerakinkanMenghuraikan sesuatu kepada bahagian
15DeduksikanMembuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
16FokuskanMenumpukan kepada sesuatu aspek
17Gambarkan (Pend.Seni)Melukis gambar
18Garis kasarkanMemberi ciri-ciri penting secara umum untuk
sesuatu proses atau tindakan
19HitungkanMemberi jawapan melalui kaedah pengiraan
20HuraikanMemperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang
lebar / terperinci dan teratur
21IlustrasikanMenjelaskan dengan contoh / gambar rajah /
rajah
22JadualkanMembuat susunan acara / perkara yang diatur mengikut
masa yang ditentukan
23JelaskanMemberi keterangan tentang sesuatu supaya mudah
difahami
24KelaskanMengasingkan kepada beberapa kumpulan mengikut ciri
tertentu
25KemukakanMemberi pendapat sama ada menyokong / membangkang
26KenalpastikanMenunjukkan sesuatu berdasarkan fakta /
rangsangan yang diberi
27LakarkanMelukis rajah/gambar/graf/peta secara kasar
28LorekkanMelukis dengan garisan/corengan pada
kawasan/rantau/ruangan
29Lukiskan (Teknikal)Membuat rajah seperti
carta/gambar/graf/bentuk dengan menggunakan alat dan mengikut
ukuran atau skala yang tepat/terperinci
30MengapakahMemberi sebab
31NamakanMemberikan panggilan/sebutan bagi sesuatu
tempat/orang/proses/alat
32NyatakanMemberikan fakta tanpa huraian atau sokongan
33PeringkatkanMembuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut
tingkatan/aras tertentu
34RamalkanMembuat/menyatakan jangkaan sesuatu yang akan berlaku
berdasarkan fakta.
35RekodkanMencatatkan dapatan kajian/eksperimen/pemerhatian
mengikut format
36SenaraikanMenyatakan beberapa fakta/pernyataan dalam bentuk
point
37SiapakahMengenalpasti individu dalam konteks yang tertentu
38SusunkanMengatur mengikut tertib yang ditentukan
39TafsirkanMenerangkan maksud ayat dengan terperinci
40TakrifkanMemberi takrifan istilah yang diberikan
41TentukanMemberi kenyataan berdasarkan proses / alasan
42TentusahkanMengesahkan sesuatu dengan memberi bukti
43TerangkanMenyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan
sesuatu dengan sebab
44TerjemahkanMengalihkan bahasa
45UkurkanMemerlukan kuantiti dengan unit yang boleh didapati
daripada sesuatun alat pengukuran
46UlaskanMemberi pandangan/pendapat/komen/kritik
Ringkasan Bina ItemDalam bina item tentukan / kenalpasti perkara
berikut :1. KonstrukPengetahuanTerminologiFaktaKelaziman /
KonvensyenUrutanPengkelasanKriteriaMetodologiPrinsip /
GeneralisasiTeori /
StrukturPemahamanTerjemahanPentafsiranEkstrapolasi
AplikasiAnalisisSintesisPenilaianMenyelesai
masalahKuantitatifKomunikasiTopikAras
KesukaranRendahSederhanaTinggiNota : Ditentukan cara ~Expert
judgementpembina tentang kebolehan calon menjawab dan lebih tepat
secaraempirical judgement; rendah (90% betul), sederhana (50%) dan
Tinggi (20-30%)Bentuk SoalanObjektifMelengkapkan / Supply
typeJawapan ringkas (short answer)SoalanMelengkapkanPerkaitanJenis
Pilihan Mengenal (Select type recognition)Pilihan silih berganti
(Alternate choice)Benar - PalsuBetul - SalahYa TidakJenis
Kelompok/RumpunBentuk Padanan (Matching form)Padanan mudahPadanan
Mengikut Klassifikasi PernyataanAneka PilihanAneka Pilihan Jenis
Mudah (Simple Multiple Choice)Aneka Lengkapan (Multiple
completion)SubjektifEsei Jenis Terbuka (Open ended essays)Esei
Respons Berkembang (Extended respons essays)Esei Respons Terhad
(Restricted response essays)Berstruktur (Structured)Berpandu
(Guided)Jenis SoalanMengingat Semula / (recall)Sekadar pengingatan
sahajaPemikiran Kritis / (critical thinking)Perlu diproses
semula/fikirSoalan-Soalan Aras Taksonomi BloomDalam sistem
pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuannya ialah, menurut
A.E. Ashworth (1982) dalam Testing For Continous Assess: A Handbook
for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire) member
tujuh tujuan pengujian atau penilaianiaitu untuk dorongan,
diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan
meramal.Manakala menurut BenjaminBloom (1956) dalam Taxonomy Of
Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York:
David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang
disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.
1.Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali
maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.
Contoh:
Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?2.Pemahaman
Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran.
Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan
mereka sendiri.
Contoh:
Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji
sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis. Sumber
arkeologi berkaitan dengan
A.Bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam
bumi.
B.Benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari
gali.
C.Barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh
difahami.
D.Alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga
sekarang.
3.Aplikasi
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori,
prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari
serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan
kemuadian diaplikasikan dalam situasi baru.Contoh:
Pada tahun 1954 bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China
tetapi gagal. Yang manakah berikut menerangkand engan tepat tentang
kegagalan bapa Ahmad itu?
A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.
B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.
4.Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan
idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka
dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara
komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan
penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu
kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau
hujah-hujah.
Contoh:
Tuk JanggutTerkorban
Datuk Maharaja LelaDibunuh
Haji Abdul Rahman LimbongDibuang ke Makkah
Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?
A.Perjuangan kurang tersusun.
B.Perjuangan atas kepentingan peribadi.
C.Perjuangan mendapat tentangan Sultan.
D.Perjuan bersifat setempat.
5.Sintesis
Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan
pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada
sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Contoh:
Golongan diraja
UlamaGolongan pembesar dan pentadbir
Golongan rakyat jelata
Golongan hamba
Rajah di atas menggambarkan susun lapis masyarakat Melayu Melaka
pada abad ke15.
Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan
golongan di atas?
A.Mereka mempunyai peranan masing-masing.
B.Mereka dilarang mengubah taraf hidup sama sekali.
C.Mereka tinggal di kawasan yang berlainan.
D.Mereka jarang berhubung satu sama lain.
6.Penilaian
Aras kognitif yang mengkehendaki pelajar melakukan
penilaian,diskriminasi, member rasional dan menyatakan pendapat
dengan alas an-alasan tertentu.
Contoh:
Ketika mengiringi Sultan berangkat, Temenggung memillih tempat
duduk di atas kepala gajah. Temenggung memilih tempat berkenaan
kerana
A.Beliau pandai mengembalai gajah.
B.Beliau mesti melindungi Sultan daripada bahaya.
C.Beliau mahir dengan selok-belok jalan.
D.Beliau seorang yang gagah berani.
Aras KesukaranKonstruk / KemahiranKata Tugas
Rendah /
AchievementsPengetahuanKefahamanApakahBerapahSiapakahBilakahLabelkanSenaraikanNamakanDefinisikan
Sederhana /
CreditAplikasiAnalisisLakarkanJelaskanHuraikanBincangkanWajarkahRamalkanPerihalkanMenyelesaikan
Tinggi / Excellent
SintesisPenilaian
RumuskanSarankan/ syorkanUlaskanNilaikanIktibarMengarang