PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 18 GRADUAN IJAZAH SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA & SIJIL Membentuk Tunas Cemerlang UCAM BERHAK UNTUK MEMINDA ISI KANDUNGAN TANPA SEBARANG NOTIS PENTING Sila Baca Dengan Teliti Dokumen Ini
13
Embed
PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS …ucam.edu.my/konvokesyen/images/demo/docs/panduankonvo.pdf · paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, jeans dan seluar adalah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PANDUAN MAJLIS
KONVOKESYEN
UCAM AGROSAINS
MALAYSIA (UCAM)
KE 18
GRADUAN IJAZAH SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA,
DIPLOMA & SIJIL
Membentuk Tunas Cemerlang
UCAM BERHAK UNTUK MEMINDA ISI KANDUNGAN TANPA SEBARANG NOTIS
PENTING
Sila Baca Dengan Teliti
Dokumen Ini
2
MAKLUMAN PENTING
SENARAI SEMAK
Pastikan semua perkara seperti senarai di bawah telah dimuat turun dari laman web UCAM
(http://www.ucam.edu.my/konvokesyen) :-
1. Surat jemputan ke Majlis Konvokesyen UCAM ke 18.
2. Panduan Majlis Konvokesyen UCAM ke 18.
3. Borang Kehadiran Graduan/Ibu bapa.
4. Borang Pendaftaran Alumni
5. Borang Kaji Selidik Graduan
** (semua graduan yang HADIR/TIDAK HADIR perlu mengisi borang atas talian ang disediakan untuk
tindakan segera pihak UCAM selewat-lewatnya 20 Oktober 2019. Sebarang pertanyaan, sila emel
KEGAGALAN menyediakan dokumen di atas akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan untuk
mengambil pakaian konvokesyen. Pengambilan jubah pada hari konvokesyen adalah TIDAK AKAN
DILAYAN.
Graduan dinasihatkan supaya mematuhi jadual pengambilan dan pemulangan pakaian
konvokesyen. Berikut adalah butiran mengenai pengambilan dan pemulangan pakaian
konvokesyen :-
AMBIL JUBAH
23 Oktober 2019 Tempat : Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Masa : 8.30 pagi – 10 pgi
PULANG JUBAH 24 Oktober 2018 Tempat : Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Masa : 1.00 petang – 4.00 petang
** Graduan DIWAJIBKAN memulangkan jubah pada tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan
berbuat demikian, skrol dan TRANSKRIP AKAN DITAHAN dan KOMPAUN akan dikenakan.
PERATURAN DAN SYARAT PENYEWAAN PAKAIAN KONVOKESYEN
1. Graduan adalah bertanggungjawab kepada pakaian konvokesyen yang disewa. Sebarang
kerosakan pada pakaian konvokesyen adalah tanggungjawab graduan.
2. Graduan HANYA dibenarkan mengambil pakaian konvokesyen mengikut hari dan masa yang
ditetapkan bagi mengelak sebarang kesulitan pengurusan.
3. Graduan digalakkan mengambil pakaian konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang
sesuai.
4. Denda RM300 bagi graduan yang LEWAT memulangkan semula pakaian konvokesyen.
5. Denda RM500, skrol dan transkrip ditahan bagi graduan yang MENGHILANGKAN atau
MEROSAKKAN pakaian konvokesyen.
6. Denda RM200, skrol dan transkrip ditahan bagi graduan yang MENGHILANGKAN atau
MEROSAKKAN mortarboard.
9
BAYARAN
1. Bayaran adalah sebanyak RM70 dan bayaran ini termasuk gambar di pentas, kos pengurusan
dan perkhidmatan.
** GAMBAR – gambar asas di atas pentas sahaja (3 keping).
** PENGHANTARAN GAMBAR KONVOKESYEN AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK JURUFOTO
YANG DILANTIK. PASTIKAN GRADUAN MENGIKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SUPAYA
TIDAK MENIMBULKAN MASALAH SEMASA PROSES PENGHANTARAN GAMBAR.
PROSEDUR BAYARAN
1. Bayaran boleh dibuat secara terus ke akaun bank :
BANK CIMB atas nama KOLEJ RISDA SDN. BHD, CIMB CAWANGAN ALOR GAJAH,
No. Akaun : 8601159142
2. Salinan slip pembayaran hendaklah disimpan dan dibawa bersama semasa mengambil pakaian
konvokesyen.
3. ATAU Bayaran secara Tunai juga turut diterima semasa mengambil pakaian konvokesyen di
kaunter Jabatan Kewangan, UCAM.
4. Kegagalan graduan untuk membuat bayaran akan menyebabkan proses-proses seterusnya
TIDAK BOLEH DITERUSKAN :-
Mengambil pakaian konvokesyen
Mengambil kad jemputan konvokesyen
Menghadiri Majlis Konvokesyen
TUNTUTAN SKROL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
Skrol dan Transkrip Akademik boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian
akademik dengan syarat graduan tidak mempunyai tunggakan yuran dan juga alumni.
Bagi graduan yang tidak berkesempatan mengambil Skrol dan Transkrip Akademik atau tidak
menghadiri Istiadat Konvokesyen, ianya boleh DITUNTUT DALAM TEMPOH 90 HARI selepas tarikh
Istiadat Konvokesyen di Bahagian Pengambian dan Rekod Pelajar. Pihak UCAM tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas Skrol dan Transkrip
Akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan diatas. SILA PASTIKAN ANDA
TIDAK MEMPUNYAI YURAN TERTUNGGAK DAN TELAH MENDAFTAR SEBAGAI ALUMNI UCAM
APABILA BERURUSAN MENDAPATKAN SKROL DAN TRANSKRIP AKADEMIK.
10
Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil Skrol dan Transkrip dengan cara
mengemukakan surat perwakilan / kebenaran dan salinan kad pengenalan graduan serta
mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan orang yang diwakilkan dalam surat perwakilan /
kebenaran serta resit bayaran graduan.
Para graduan sama ada menghadiri Istiadat Konvokesyen atau tidak, dan belum menjelaskan yuran
graduan sepertimana yang ditetapkan atau masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan
UCAM, Skrol dan Transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga yuran / hutang tersebut dijelaskan.
BAGI GRADUAN YANG TIDAK MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN, SKROL DAN TRANSKRIP
TIDAK AKAN DIPOSKAN, GRADUAN ATAU WAKIL DIKEHENDAKI HADIR SENDIRI KE UCAM UNTUK
MENGAMBIL SKROL.
PERHATIAN
PASTIKAN JUBAH KONVOKESYEN ANDA
BERADA DI DALAM KEADAAN KEMAS DAN
DIGOSOK
11
SENARAI SEMAK
Apa perlu anda lakukan :
MASA BIL PERKARA DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA /
DISERTAKAN
SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
1. Menerima surat dan Buku Panduan Graduan / muat turun Buku Panduan Graduan dari laman web http://ucam.edu.my/konvokesyen
2. Baca dengan teliti setiap maklumat / kandungan set jemputan konvokesyen.
3
Semak tatacara berpakaian dan penampilan semasa konvokesyen. Sediakan keperluan jika tiada. Maklumkan kepada ibubapa / tetamu mengenai tatacara berpakaian semasa majlis konvokesyen. Sediakan keperluan jika tiada.
4
Layari laman web tracer (rujuk laman web) dan isikan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2018. Sila cetak Slip Pengesahan Kajian Pasaran dan simpan dengan baik. (anda perlu menyerahkan slip ini semasa mengambil jubah konvokesyen).
5
Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah yang dinyatakan. Simpan resit dengan baik (anda perlu menyerahkan resit asal semasa mengambil jubah konvokesyen).
6 Datang ke Dewan Konvokesyen pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk pengambilan jubah konvokesyen.
10 Datang dan berkumpul ditempat yang telah ditentukan (Sila tepati masa dan tatacara berpakaian yang ditetapkan)
- Kad Jemputan (dipegang oleh ibubapa / jemputan) - Q-Card (dipegang oleh graduan) - Set Jubah, mortarboard (dipegang oleh graduan) PERINGATAN Graduan diminta supaya tidak membawa sebarang beg / beg tangan, barang berharga dan dompet dan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan. Pihak UCAM tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan / kerosakan harta benda..
11 Beratur di dalam barisan / program anda mengikut arahan pegawai bertugas.
12 Berarak masuk dengan tertib
13 Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut arahan pegawai bertugas.
14 Tunggu giliran program anda menerima sijil/diploma/ijazah
15 Beratur untuk menerima sijil/diploma/ijazah apabila mendapat arahan pegawai bertugas.
16 Serahkan Q-Card kepada pegawai bertugas
17 Terima sijil /diploma/ijazah.
18 Duduk semula di tempat yang ditunjukkan oleh pegawai bertugas
SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
19 Pulangkan pakaian konvokesyen dalam keadaan baik. Tempat pemulangan pakaian konvokesyen adalah seperti mana yang dinyatakan muka surat 8
20 Ambil Sijil dan Transkrip (pastikan anda tidak berhutang kepada UCAM)
13
ALAMAT SURAT MENYURAT KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA LOT 2020, AYER PA’ABAS 78000 ALOR GAJAH, MELAKA (u.p : Bahagian Pengambilan dan Rekod Pelajar)
PERTANYAAN Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen UCAM Ke 18, graduan boleh menghubungi pegawai di :- Bahagian Pengambilan & Rekod Pelajar (BPRP) Tel : 06-5529 227/642 Faks : 06-5529 963 Emel : [email protected]