-
1
PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU)
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
SESI DISEMBER 2020
TARIKH PENDAFTARAN
ISNIN
1 MAC 2021
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
NO 64, JALAN SURIA 19,
TAMAN PUTERA
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR 07-335 8851/ 52
-
2
Penafian:
Ini adalah untuk kegunaan pelajar, ibubapa dan penjaga yang akan
mendaftar
di Politeknik METrO Johor Bahru bagi sesi Disember 2020.
Maklumat yang dinyatakan di dalam buku panduan ini adalah tepat
sehingga
pada tarikh buku ini dikeluarkan. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan melalui
laman sesawang www.pmjb.edu.my dan laman sosial Facebook rasmi
Politeknik
METrO Johor Bahru
(https://www.facebook.com/PoliteknikMETrOJohorBahru )
Disusun oleh:
Penaung
Hj. Azirin Bin Abd Aziz (Pengarah)
Penasihat 1
Pn. Nurlinda Binti Abdullah (Timbalan Pengarah)
Penasihat 2
Pn. Noraina binti Wahid (Ketua Unit HEP)
Ketua Editor
Pn. Nur Shazwani binti Sadzali (Pegawai Pengambilan &
Promosi)
Editor
Pn. Zilhaya Binti Mokdeh (Ketua Jabatan Sokongan Akademik)
Pn. Erlia binti Nasir (Pegawai Pengambilan & Data)
Pn. Nurzarimah binti Jamil (Pegawai Pembangunan Pelajar)
http://www.pmjb.edu.my/https://www.facebook.com/PoliteknikMETrOJohorBahru
-
3
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 Selamat Datang ke PMJB 4
2 Arahan 5
3 Peringatan Penting 6
4 Maklumat Am Institusi 7-8
5 Maklumat Sebelum Pendaftaran 9-10
6 Maklumat Hari Pendaftaran 11
7 Proses Pendaftaran 12- 13
8 Bayaran Yuran 14- 19
9 Sahsiah dan Rupa Diri 20- 22
10 Lain- lain Maklumat dan Peringatan 23
11 Lampiran 1: Borang Deklarasi Kesihatan 24
12 Senarai Semak 25- 26
13 Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu Semasa
Pandemik Covid 19
27- 28
-
4
SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KE
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Tahniah dan syabas atas kejayaan dipilih untuk melanjutkan
pengajian di Politeknik
METrO Johor Bahru (PMJB). Salah sebuah institusi pendidikan
teknikal dan
vokasional Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.
Sebagai persediaan proses Pendaftaran Pelajar Baharu, semua
calon pelajar
adalah dinasihatkan untuk membaca dengan teliti PANDUAN
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU ini. Ia bertujuan memastikan pelajar dan ibu bapa
dapat
membuat persediaan awal sebelum pendaftaran serta memastikan
proses
pendaftaran pelajar dapat berjalan dengan lancar dan
teratur.
-
5
ARAHAN
Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku
ini, fahamkan
dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.
Buku ini terdiri daripada 2 (DUA) bahagian utama.
BAHAGIAN A
Peringatan Penting
Maklumat Am Politeknik METrO Johor Bahru
Maklumat Sebelum Pendaftaran
Maklumat Hari Pendaftaran
Proses Pendaftaran
Bayaran Yuran
Sahsiah dan Rupa Diri
Lampiran dan Senarai Semak
Bahagian B
Pengurusan Pendaftaran Pelajar Semasa Pandemik COVID-19
-
6
1. Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari
pendaftaran. Anda dinasihatkan tidak datang mendaftar jika:
i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan
dengan: Kewarganegaraan Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan
Peperiksaan
Semester Akhir
ii. anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang
penyalahgunaan dadah.
2. Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tindakan
menarik balik atau pembatalan tawaran kemasukan ke Politeknik akan
dilakukan.
3. Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan
di
bawah ini, dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal
Pelajar, Politeknik dengan SEGERA sekiranya didapati Buta Warna
setelah membuat Pemeriksaan Doktor.
i. Diploma Seni Bina ii. Diploma Senibina Kapal iii. Diploma
Kejuruteraan Elektrik iv. Diploma Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik v. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) vi. Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer) vii. Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi) viii. Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Perubatan) ix. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) x.
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) xi. Diploma
Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi xii. Diploma Kejuruteraan
Elektrik (Kecekapan Tenaga) xiii. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
xiv.Diploma Kejuruteraan Perkapalan xv. Diploma Kejuruteraan
Penyenggaraan Pesawat xvi.Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian
xvii. Diploma Rekabentuk Grafik xviii. Diploma Teknologi Media
Cetak xix. Diploma Rekabentuk Industri
*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.
4. Pelajar di kehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman
web http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.
PERINGATAN PENTING
BAHAGIAN A
http://ambilan.mypolycc.edu.my/http://ambilan.mypolycc.edu.my/
-
7
PENGENALAN
1. LATAR BELAKANG POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) mula beroperasi pada 1 April
2011 dan
merupakan salah sebuah dari 36 buah politeknik di seluruh
negara. Sebagai
menyokong visi Politeknik Malaysia, untuk mejadi peneraju
institusi TVET yang
unggul, PMJB perlu diurus secara cekap dan sistematik. Dengan
itu, PMJB
mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan MS ISO
9001: 2015.
Selain itu, juga PMJB merupakan satu- satunya politeknik di
Malaysia yang
mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS
1900: 2014. Ini bagi
memastikan semua pengurusan dan pelaksanaan aktiviti di dalam
kampus adalah
selaras dengan tuntutan syariah.
PMJB sangat komited membangunkan modal insan inovatif dari
kalangan
pelajarnya sebagai menyokong sasaran ekonomi Iskandar
Malaysia.
Tahun 2021 juga memberikan signifikan yang besar kepada seluruh
warganya
kerana bakal meraikan 10 tahun penubuhannya.
2. KURSUS YANG DITAWARKAN
Politeknik METrO Johor Bahru menawarkan 3 program seperti
berikut:
a) Diploma Perbankan dan Kewangan Islam
Diploma in Islamic Banking & Finance (DIB)
b) Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
Diploma in Logistics and Supply Chain Management (DLS)
c) Diploma Keusahawanan
Diploma in Entrepreneurship (DEN)
MAKLUMAT AM INSTITUSI
-
8
3. LOKASI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU (PMJB)
Kampus PMJB berada di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dan
terletak di
Taman Putra bersebelahan Pasaraya Giant Southern City, Johor
Bahru. Alamat
PMJB ialah:
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
NO. 64 JALAN SURIA 19,
TAMAN PUTERA,
81100 JOHOR BAHRU,
JOHOR
07- 335 8851/52
Koordinat
Latitude: 1. 50487
Longitud: 103. 76012
-
9
1. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran.
Bawa
semua dokumen asal yang telah dikehendaki oleh PMJB pada hari
tersebut.
Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal
menunjukkan
dokumen-dokumen tersebut.
Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru juga berhak menarik balik
tawaran
belajar sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara
dokumen
asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon
ke
Politeknik.
Lengkapkan semua borang (BHEP1, BHEP2, BHEP3, BHEP4, BHEP5, dan
BHEP6)
sebelum diserahkan pada hari pendaftaran. (Borang- borang
berkenaan
telah diberikan bersama- sama Borang Setuju Terima)
Sila lakukan pemeriksaan doktor menggunakan borang Laporan
Pemeriksaan Doktor (BHEP2). Pemeriksaan doktor boleh dilakukan
di hospital
kerajaan atau klinik swasta.
Setiap pelajar WAJIB membuka akaun bank atas nama pelajar
sendiri. Bagi
pelajar yang ingin memohon pinjaman melalui Perbadanan
Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sila buka akaun Bank Islam
(BIMB) untuk
proses permohonan tersebut. Bagi pelajar yang ingin
menggunakan
kemudahan pinjaman lain, pelajar boleh membuka akaun
menggunakan
lain- lain bank.
2. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL
1. Politeknik METrO Johor Bahru TIDAK MENAWARKAN KEMUDAHAN
ASRAMA
kepada semua pelajar.
2. Bagi pelajar yang memerlukan kemudahan tempat tinggal,
Politeknik METrO
Johor Bahru hanya menyediakan senarai rumah atau bilik sewa.
Pelajar
boleh menyemak senarai pengusaha rumah sewa di laman web
www.pmjb.edu.my. Sebarang urusan berkaitan tempat tinggal
akan
diuruskan sendiri oleh pelajar bersama pemilik rumah sewa.
MAKLUMAT AM (SEBELUM PENDAFTARAN)
-
10
3. BANTUAN KEWANGAN
Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa/pinjaman
pendidikan,
pelajar diminta menyediakan keperluan-keperluan berikut:
PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
(PTPTN)
1) Pelajar perlu memohon PTPTN sendiri dengan melayari laman
sesawang PTPTN
di http://www.ptptn.gov.my
2) Rujuk panduan pendaftaran yang disediakan oleh pihak
PTPTN.
3) Membuka Akaun Bank Islam
4) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
Kad pengenalan pelajar
Kad pengenalan ibubapa
Surat tawaran kemasukan ke politeknik
Slip/ Sijil keputusan peperiksaan SPM
Sijil politeknik atau transkrip & sijil keputusan
peperiksaan SPM bagi pelajar
lulusan politeknik
Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/ bapa/ penjaga terkini
Sijil kematian ibu/ bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak
dapat
dikesan) sekiranya berkaitan sahaja.
Maklumat akaun Bank Islam yang mana mengandungi nama, nombor
akaun serta no. kad pengenalan pelajar (Salinan Pengesahan Akaun
Bank
Islam Malaysia Berhad)
Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal
atau
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Perhatian: Kesemua dokumen yang dinyatakan di atas HENDAKLAH
DISAHKAN
oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A @ Ketua Kampung @ Penghulu
yang
dilantik oleh kerajaan. Semua salinan dokumen-dokumen terbabit
hendaklah
dibawa ke politeknik.
PINJAMAN LAIN
1) Pelajar boleh memohon pinjaman/ biasiswa/ dermasiswa dari
mana-mana
institusi dan perlu membuat permohonan sendiri ke institusi
tersebut.
2) Pelajar boleh berhubung dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar
(HEP) PMJB
untuk mendapatkan Surat Akuan Pelajar selepas selesai proses
pendaftaran.
http://www.ptptn.gov.my/
-
11
TARIKH
1 MAC 2021 (ISNIN)
MASA
8.30 pagi – 4.30 petang
(Mohon rujuk tentatif untuk maklumat penuh)
TEMPAT
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
No 64, Jalan Suria 19,
Taman Putra,81100 Johor Bahru,
Johor
TENTATIF
8.30 pagi - 11.30 pagi
Pendaftaran pelajar dan semakan dokumen bersama
pegawai HEP
11.30 pagi- 12.30 tengahari
(a) Taklimat ibu bapa bersama pengurusan PMJB
(seorang sahaja dibenarkan samada ibu atau bapa)
di BK 4-6
(b) Taklimat pelajar bersama Penasihat Akademik di
bilik- bilik kuliah
2.00 petang- 4.30 petang
(a) Perjumpaan pelajar bersama pensyarah program
(b) Taklimat CIDOS bersama pegawai e- Learning
4.30 petang
Bersurai
Urusan rumah sewa
MINGGU SUAI
KENAL (MSK)
2-4 MAC 2021
MSK dijalankan secara atas talian
tentatif yang diberikan
Pelajar WAJIB menyertai MSK berkenaan
MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN
-
12
PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Selesai
PROSES PENDAFTARAN
Mula
1) Laksanakan kuarantin kendiri selama 10 hari sebelum hari
pendaftaran
2) Membuat bayaran yuran (patuhi SOP sekiranya perlu berurusan
di bank)
(Rujuk Jadual dan Kaedah Bayaran di m/s 14-19)
Lapor diri di Politeknik pada Hari Pendaftaran dengan
membawa:
1. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP)
2. Borang HEP 1- HEP 6
3. Resit Bayaran Yuran
4. Gambar berukuran passport (3 Keping)
5. Dokumen asal kad pengenalan dan slip peperiksaan
6. Salinan penyata buku akaun bank pelajar yang disahkan
oleh pegawai bank
7. Borang Deklarasi Kesihatan
1) Lengkapkan Borang HEP 1-6
2) Lengkapkan Borang Deklarasi Kesihatan
-
13
4. TEC 4
Mengambil Gambar Kad Pelajar
5. Mengambil barang koperasi
6. Taklimat
Ibu bapa (seorang sahaja) – BK 4-6
Pelajar (MK 2, MK 3, TEC 1 & TEC 2
7. Urusan rumah sewa
PROSES SEMASA HARI PENDAFTARAN
2. Makmal 2 (MK 2)
Membuat Pendaftaran online di sistem SPMP
1. Kaunter Pengawal Keselamatan
Melakukan saringan kesihatan dengan:
1. Serahan Borang Deklarasi Kesihatan kepada
pegawai bertugas (lampiran 1)
2. Ambil suhu
3. Scan aplikasi MySejahtera
3. TEC 1 & TEC 2
Pengesahan dan serahan dokumen berikutL:
1. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP)
2. Borang HEP 1- HEP 6
3. Resit Bayaran Yuran
4. Gambar berukuran passport (3 Keping)
5. Dokumen asal kad pengenalan dan slip peperiksaan
6. Salinan penyata buku akaun bank pelajar yang disahkan
oleh pegawai bank ** sila bawa bersama dokmen asal
TAMAT
-
14
1. MAKLUMAT AM
Terdapat DUA (2) jenis bayaran yang perlu dijelaskan di Bank
Islam Malaysia
Berhad (BIMB) oleh pelajar baru.
Bayaran yuran pengajian RM200.00 & bayaran Barangan
Keperluan Minggu
Suai Kenal RM300 boleh dijelaskan di mana-mana cawangan BIMB
yang
berdekatan dengan tempat kediaman pelajar
Nota: Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.
Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian Politeknik
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang
berlaku dalam proses pembayaran yuran. Pelajar dikehendaki
menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu
sebelum lapor diri di Politeknik.
Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan
sebagai
bukti pembayaran.
BIL JENIS
BAYARAN
JUMLAH
(RM) KAEDAH
BAYARAN
1
Yuran Pengajian
200.00 Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash
Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT
2
Bayaran
Barangan
Keperluan
Minggu Suai
Kenal
300.00
*Jumlah bayaran berbeza mengikut ketetapan
politeknik yang ditawarkan.
Bayar kepada:
KOPERASI POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU BERHAD
No akaun bank: 01014010055410 (BIMB)
3
Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak
pelajar.
BAYARAN YURAN
-
15
2. KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN (RM 200)
KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB
1) Pilih menu YURAN IPT. 4) Amaun akan dipaparkan mengikut
jenis
Bayaran
Gambarajah 1 Gambarajah 4
2) Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar. 5) Sahkan jumlah
kemasukan wang
6) Transaksi selesai dan ambil resit
Gambarajah 2
3) Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian (RM 200).
Pilih 01000251 RM 200
Gambarajah 3
-
16
KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN ATM BIMB
1. Pilih menu LAIN-LAIN.
5. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar.
Gambarajah 6
Gambarajah 10
2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT.
6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran
Pengajian RM200.
Gambarajah 7
Gambarajah 11
3. Pilih menu YURAN IPT.
7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.
Gambarajah 8
Gambarajah 12
4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan
didebit).
8. Sahkan jumlah kemasukan wang.
9. Transaksi selesai dan ambil Resit.
-
17
Yuran Pengajian RM 200
KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET
1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata
laluan.
2. Pilih “Bill Presentment”.
Gambarajah 13
3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada
ruang Kad Pengenalan dan klik “Submit”.
Gambarajah 14
4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar
dan klik “pay”. Klik menu Politeknik KPT untuk bayaran Yuran
Pengajian RM200.00.
Gambarajah 15
5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From
account” yang hendak
didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”.
Klik “Bill Presentment”
i. Pilih “New IC”.
ii. Masukkan No. Kad Pengenalan.
iii. Klik “Submit”.
http://www.bankislam.biz/
-
18
Cash Deposit Machine (CDM) BIMB
masukkan no akaun Koperasi PMJB
Auto Teller Machine (ATM) BIMB
pilih pindahan wang
Perbankan internet
antara BIMB & BIMB
pilih pindahan wang
Perbankan internet interbank BIMB & bukan
BIMB
pilih pindahan wang antara bank/ interbank
Kaunter BIMB
isi Slip Pembayaran
6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod
transaksi melalui sms. Masukkan no i-access code. Klik "Confirm"
untuk meneruskan pembayaran.
7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah
dilakukan. Tekan “print” setelah transaksi berjaya sebagai bukti
bayaran.
3. KAEDAH BAYARAN BARANGAN KEPERLUAN MINGGU SUAI KENAL (RM
300)
Pelajar boleh memilih salah satu dari kaedah di bawah:
Jumlah bayaran
POLI – RM200 POLI – RM630
Masukkan jumlah mengikut jenis bayaran
-
19
Pelajar perlu memasukkan/ menulis no akaun Koperasi PMJB
Sila simpan resit sebagai bukti apabila transaksi telah
selesai.
-
20
RUPADIRI PELAJAR
Semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
tertakluk kepada
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan
1997 (Akta 174) dan
semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya
pelajar-pelajar hendaklah
sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar
Islam) dan sopan.
Semua jenis pakaian yang “mencolok mata” dan tidak menepati
peraturan
Politeknik adalah dilarang sama sekali.
SEMASA HARI PENDAFTARAN
Lelaki Keterangan
Baju/ Tali Leher
Kemeja lengan panjang dan bertali leher.
Seluar/ Tali Pinggang
Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan denim tidak
dibenarkan.
Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang
yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.
Kasut Kasut bertutup penuh- Kasut sukan tidak dibenarkan.
Memakai sarung kaki dengan sempurna
Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan
Belakang tidak menyentuh paras kolar baju
Paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga
Paras depan tidak menyentuh paras dahi
Tidak berfesyen yang melampau
Lain-lain
Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang
adalah tidak dibenarkan.
Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar,
seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.
SAHSIAH DAN RUPA DIRI
-
21
Perempuan Keterangan
Baju WAJIB berbaju kurung bagi yang beragama Islam Blouse labuh
melepasi paras punggung bagi bukan Islam Bertudung jingga
(Orange)dan melebihi paras bahu bagi yang
beragama Islam dan tidak berfesyen.
Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti
pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan
mana- mana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan.
Kasut Kasut bertutup penuh.
Memakai sarung kaki dengan sempurna.
Rambut Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang
seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen
(hanya kepada pelajar bukan Islam).
SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN
Lelaki Keterangan
Baju Kemeja lengan panjang / pendek Baju T berkolar(tuck-in)
Baju Kebangsaan lengkap
Seluar Seluar ‘slack’ Kasut Kasut berstokin yang sesuai atau
kasut sukan Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan
Gambarajah 18
Gambarajah 19
-
22
Perempuan Keterangan
Baju Baju kebangsaan lengkap Berlengan panjang, kemas dan
bersopan Baju T berkolar Pakaian labuh melepasi paras punggung
Seluar Seluar ‘slack’ longgar Sarung/Maxi Labuh, longgar dan
tidak jarang
Kasut Kasut bertutup penuh atau kasut sukan
Rambut Kemas, diikat dan tidak diwarnakan
Gambarajah 20
-
23
LAIN- LAIN MAKLUMAT & PERINGATAN
1. Borang Jawapan Tawaran (BJT) dan Borang HEP 1 hingga HEP 6
perlu
dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4
untuk setiap
satu, cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan
belakang
helaian yang sama.
2. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik
kerajaan/swasta dengan
tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar
Politeknik.
3. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan
sijil serta
dokumen.
Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional /
Kumpulan A Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan
sahaja Pengetua Sekolah Menengah Pegawai Polis berpangkat ASP dan
ke atas Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas Penguasa
Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam Pengurus Felda atau
Pengurus Felcra Wakil Rakyat Pengamal Undang-undang Pesuruhjaya
Sumpah Jaksa Pendamai Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua
Kaum (Sabah & Sarawak)
(Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan
serta
majikan)
4. Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau
swasta, sila bawa
salinan Borang J (Cukai Pendapatan – jika ada) untuk tujuan
biasiswa/ pinjaman
pelajaran yang berkaitan.
5. Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia
hendaklah dari jenis yang
tidak boleh diprogramkan.
-
24
LAMPIRAN 1
BORANG DEKLARASI KESIHATAN
BUTIRAN PELAJAR & IBUBAPA / PENJAGA
NAMA PELAJAR:
NO K/P:
NO. TEL:
NAMA IBUBAPA/ PENJAGA: NO K/P:
NO. TEL (1):
NO. TEL (2):
ALAMAT RUMAH:
Adakah pelajar mengalami 2 atau lebih gejala berikut dalam
tempoh 2 minggu lepas?
Tiada/ No Fatigue / Keletihan
Demam/ Fever Runny nose or nasal congestion /
Selesema atau hidung sumbat
Chills/ Kesejukan Cough / Batuk
Shivering (rigor) / Menggigil Difficult breathing / Sesak
nafas
Body ache / Sakit badan Loss of smell and taste / Hilang
deria
baud an rasa
Headache / Sakit kepala Diarrhea / Cirit
Sore throat / Sakit tekak Nausea or vomiting / Loya atau
muntah
Adakah pelajar pernah mengunjungi lokasi berkaitan kluster
COVID-19?
Adakah pelajar berhubung rapat dengan seseorang yang positif
COVID-19 atau suspek dalam
tempoh 14 hari yang lepas?
Adakah pelajar berkunjung ke luar negara dalam tempoh 14 hari
yang lepas?
Adakah pelajar seorang sukarelawan Kementerian Kesihatan
Malaysia sejak 14 hari lalu?
Adakah pelajar telah menjalani pengasingan kendiri selama 10
hari sebelum tarikh 1/ 3/2021?
Saya ___________________________________________ No K/P:
________________________ sebagai
ibubapa/ penjaga kepada pelajar di atas, membuat akuan ini
dengan kepercayaan bahawa
semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah adalah benar dan
betul. Saya sesungguhnya
faham sekiranya maklumat yang saya berikan di atas bercanggah,
tidak benar atau palsu, saya
boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan mana- mana undang-
undang yang sedang
berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, borang deklarasi yang baru
hendaklah diisi jika ada
perubahan maklumat di atas selepas hari ini.
Akuan ini dibuat oleh (Ibubapa/ penjaga):
_______________________________________________
No K/P: __________________________________ Tarikh:
__________________
Tandatangan:
-
25
SENARAI SEMAK
Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya
perkara-perkara
berikut telah disediakan oleh anda sebelum hadir mendaftar di
Politeknik Metro
Johor Bahru pada tarikh yang telah dimaklumkan.
DOKUMEN ASAL
1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik
3. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SMPV/ Sijil
akademik yang lain
4. Sijil Berhenti Sekolah
5. Sijil Kokurikulum yang berkaitan (terutamanya yang
mewakili
negara dan negeri)
6. Surat Akuan/ Testimonial sekolah (jika berkaitan)
SLIP BAYARAN
1. Slip Bank Islam – YURAN PENGAJIAN (RM200)
2. Slip Bank Islam – BAYARAN BARANGAN KEPERLUAN MINGGU SUAI
KENAL
(RM300)
3. Salinan penyata akaun bank pelajar (yang tertera nama pelajar
& no
akaun bank) yang disahkan oleh pegawai bank
BORANG PENDAFTARAN
1. Borang-borang Pendaftaran (BHEP1 hingga BHEP6) yang telah
lengkap
diisi dan semua diketipkan (staple) sekali mengikut tertib/
aturan
(Bawa Semasa Hari Pendaftaran)
GAMBAR
1. Gambar warna yang terkini berukuran passport 3 keping
-
26
BORANG DEKLARASI KESIHATAN (lampiran 1)
DOKUMEN- PINJAMAN PTPTN (2 salinan yang telah DISAHKAN-
sekiranya
memohon)
1. Surat Tawaran Kemasukan Politeknik
2. Slip/ Slip SPM
3. Sijil Berhenti Sekolah
4. Sijil-sijil Kokurikulum
5. Kad Pengenalan Pelajar
6. Kad Pengenalan Ibubapa/ Penjaga
7. Borang J (Penyata Pendapatan Ibubapa) Sip Gaji/ Pengesahan
Gaji
8. Tiga (3) salinan Buku Akaun Bank Islam (BIMB)
9. Salinan sijil nikah (bagi pelajar yang dah berkahwin)
PASTIKAN SEMUA SALINAN YANG DIBUAT/DISERTAKAN TELAH DISAHKAN
TERLEBIH DAHULU
SELAMAT DATANG DAN MENDAFTAR KE POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
-
27
Pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh
pihak Politeknik, KPT selaras dengan garis panduan yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020
(semasa pandemik Covid-19) adalah seperti berikut:
1) SEBELUM HARI PENDAFTARAN
a) Pelajar perlu melakukan PENGASINGAN KENDIRI selama 10 HARI
sebelum hari pendaftaran dan:
i. Pelajar perlu memastikan sentiasa berada di dalam rumah. ii.
Keluar rumah sekiranya perlu sahaja dengan mengamalkan
SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
iii. Menjaga kesihatan supaya berada dalam keadaan yang
baik.
b) Mengisi Borang Deklarasi Kesihatan (lampiran 1) yang
disediakan oleh pihak Politeknik METrO Johor Bahru.
i. Borang tersebut perlu disahkan oleh ibu bapa pelajar. ii.
Borang perlu diisi dan disahkan dengan jujur.
2) SEMASA HARI PENDAFTARAN
i. Urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara
berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada
satu-satu masa. ii. Perjalanan pelajar adalah ditanggung dan diurus
sendiri oleh pelajar.
BAHAGIAN B
PENGURUSAN PENDAFTARAN PELAJAR
BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID- 19
-
28
iii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan,
penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan
pengamalan penjarakan fizikal akan diadakan di seluruh Politeknik,
KPT.
iv. hanya SEORANG (1) orang waris sahaja yang dibenarkan
untuk
mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran.
v. pelajar yang tidak sihat, suhu badan melebihi 37.5, yang
bergejala COVID-19, berstatus Person under Investigation (PUI) atau
Person under Surveillance (PUS), boleh menangguhkan pendaftaran
dengan memaklumkan kepada pihak HEP Politeknik METrO Johor
Bahru.
vi. pelajar baharu akan mengikuti PdP secara hybrid (secara
online
dan bersemuka)
vii. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan
Politeknik METrO Johor Bahru.
Dalam keadaan negara menghadapi Pandemik Covid-19, Politeknik
METrO Johor
Bahru bersama-sama membantu Kerajaan Malaysia dalam mengawal
penyebaran virus ini dengan mematuhi segala prosedur operasi
standard (SOP)
yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
semua pihak
berkuasa negara. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari pelajar
dan waris untuk
sama-sama bersedia menerima segala arahan terkini yang
dikeluarkan dari masa
ke semasa bagi mengawal penularan wabak ini amat diharapkan.
-
29
UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
NO 64, JALAN SURIA 19,
TAMAN PUTERA
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR
07-335 8851/ 52
PoliteknikMETrOJohorBahru
politeknikmetrojohorbahru