Top Banner
PANDUAN MEMIKAT 1 | PANDUAN MEMIKAT AHMAD FIKRI Hakcipta Terpelihara © 2011 Panduanmemikat.com Versi 1.0 Kemaskini Terakhir Pada JUN, 2011 Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, disimpan di dalam simpanan awam, atau disebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. Untuk menghubungi penulis, sila ke http://www.panduanmemikat.com. Anda tidak boleh mengedarkan buku ini secara percuma atau sebagai bonus E-Book. Penulis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika terbukti anda tidak mempunyai hak untuk menjual dan mengedar semula.
92

Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

Jan 28, 2016

Download

Documents

Eskay

Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

1 | P A N D U A N M E M I K A T

AHMAD FIKRI

Hakcipta Terpelihara © 2011 Panduanmemikat.com Versi 1.0 Kemaskini Terakhir Pada JUN, 2011

Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, disimpan di dalam simpanan awam, atau disebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. Untuk menghubungi penulis, sila ke http://www.panduanmemikat.com. Anda tidak boleh mengedarkan buku ini secara percuma atau sebagai bonus E-Book. Penulis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika terbukti anda tidak mempunyai hak untuk menjual dan mengedar semula.

Page 2: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

2 | P A N D U A N M E M I K A T

PANDUAN MEMIKAT TEKNIK MENINGKATKAN KEJAYAAN MEMIKAT ANDA

SEHINGGA 99%

Page 3: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

3 | P A N D U A N M E M I K A T

ISI KANDUNGAN

Siapakah Saya & Disclaimer

Pengenalan

Bahagian 1 – Memahami bagaimana seseorang jatuh cinta 1.1 Kenapa kita jatuh cinta 1.2 Kenapa cara sebelum ini gagal membuatkan dia jatuh cinta 1.3 Proses manusia Jatuh cinta 1.4 Bagaimana orang memilih pasangan untuk jatuh cinta 1.5 Mengapa sebelum ini anda gagal berjumpa cinta anda

Bahagian 2 – Persiapkan diri anda dahulu 2.1 Bagaimana paras rupa yang menarik 2.2 Skalakan wajah anda dengannya 2.3 Semak penampilan anda 2.4 Semak bahasa badan anda 2.5 Memiliki Mindset yang TIDAK AKAN GAGAL

Bahagian 3 - Buatkan dia tertarik 3.1 Bagaimana memberikan pandangan pertama yang hebat 3.2 Teknik-teknik pandangan Mata -Kuasa renungan -Mata seksi -Pandangan yang membangunkan perasaan meresahkan dan perasaan seksi dalam dirinya -Pelayaran mata

Bahagian 4 – Langkah memikat 4.1 Langkah memikat bagi lelaki 4.2 Langkah memikat bagi perempuan 4.3 Bahasa badan untuk memiliki cinta 4.4 Perhatikan gerakan badannya 4.5 Membina Kuasa Tarikan 4.6 Mengapa Lelaki nakal selalu mendapat perempuan cantik.

Bahagian 5 - Cara komunikasi ke arah percintaan 5.1 Imbas semua perkataan dari bibirnya 5.2 Ayat yang merapatkan keintiman 5.3 Buatkan hidup anda sesuai dengan cara hidup sidia 5.4 Topik yang pasti memikat 5.5 Topik paling mudah mencipta hubungan perasaan (emotionally connected) 5.6 Teknik ‘Bocor Rahsia Sendiri’

Page 4: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

4 | P A N D U A N M E M I K A T

Bahagian 6 – Temujanji pertama adalah penting 6.1 Anda perlu ada Ini sebelum mengajaknya bertemujanji 6.2 Menjual mahal, perlu atau tidak 6.3 Pertemuan pertama yang pasti jatuh cinta 6.4 Bagaimana menanam persamaan 6.5 Lokasi dating yang menaikkan mood 6.6 Restoran pertama anda 6.7 Pakaian 6.8 Bagaimana mahu membuatkan dia gilakan anda selepas temujanji

Bahagian 7 – Persamaan 7.1 Masakan pipit dan enggang boleh terbang bersama-sama 7.2 Persamaan dan perbezaan semasa berusaha memiliki hatinya 7.3 Tetapi perbezaan adalah lebih penting! 7.4 Bagaimana mewujudkan persamaan luar sedar 7.5 Memberi apa yang dia mahukan 7.6 Bagaimana Mewujudkan persamaan dalam sedar 7.7 Jangan memaksa lelaki bercakap tentang cinta 7.8 Lovemap

Bahagian 8 – Mencipta keintiman 8.1 Buatkan dia berasa istimewa 8.2 Ketahui bagaimana dia melihat dirinya 8.3 Biarkan dia Cerita Segalanya 8.4 Gunakan empati 8.5 Mengapa mesti ingat topik perbualan? 8.6 Lawak Peribadi 8.7 Berikan penghargaan 8.8 Bagaimana pujian yang pasti MEMBUNUH akan membuat dia jatuh cinta 8.9 Nama yang kiut , perlukah? 8.10 Bantu dia untuk jatuh cinta

Bahagian 9 – Perbezaan lelaki dan perempuan 9.1 Perbezaan komunikasi 9.2 Topik perbincangan lelaki dan perempuan 9.3 Teknik ‘ Apa Perasaan Awak’ yang akan menaikkan markah anda 9.4 Lelaki straightforward dan perempuan tidak? 9.5 Apabila perempuan bersedih 9.6 Apabila lelaki marah 9.7 Ayat Berkias

Kesimpulan

Page 5: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

5 | P A N D U A N M E M I K A T

SIAPAKAH SAYA

Apa khabar saudara saudari, Nama saya Ahmad Fikri Bin Kamarudin.

Berumur 27 Tahun.masih lagi bujang, bekerja sebagai pegawai kerajaan dan

akan berkahwin pada September 2011. Mula menggiatkan diri dalam IM

tempatan pada tahun 2010 dan ini adalah produk sulung saya yang saya

kongsikan untuk membantu anda.

Sejujurnya, saya dahulu juga mempunyai masalah seperti saudara saudari sekalian.

Satu ketika dahulu saya juga seperti anda. Saya juga pernah bercinta dan dikecewakan. Cinta

pertama saya bermula pada umur 12 tahun (darjah enam), dan sudah tentulah ia hanya cinta

monyet. Kemudian saya menemui cinta saya yang seterusnya, malangnya ia hancur

disebabkan orang ketiga. Saya menemui cinta seterusnya, dan sekali lagi bertemu cinta

tetapi tetap gagal dan gagal..ketika itu hanya tuhan menjadi peneman saya..ok cukup nanti

semua orang tahu rahsia saya

Akhirnya, pada ketika itu, 2007, oleh kerana kepesatan internet saya telah mula membuat

rujukan dan bacaan di internet tentang cinta, tentang memikat, tentang lelaki dan

perempuan, psikologi manusia dan akhirnya saya telah menemukan satu penjelasan yang

jelas bagaimana membuat seseorang itu jatuh cinta! Saya kumpulkan segala bahan bacaan

yang saya gunakan dan saya telah tuliskan dalam bentuk sebuah ebook untuk memudahkan

pembacaan.

Dua tahun saya menggunakan panduan ini, dan panduan ini sangat berkesan dan berjaya

mengubah hidup saya! Selama ini saya hanya berikan panduan ini hanya kepada rakan

terdekat yang memerlukan sahaja. Kini telah tiba masanya saya kongsikan panduan ini

bersama anda semua kerana saya tahu anda semua masih lagi seperti saya pada 4-5 tahun

yang lepas. Anda tidak perlu lagi try n error yang belum terbukti berkesan! Anda juga tidak

perlu gagal seperti saya!

Page 6: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

6 | P A N D U A N M E M I K A T

Oleh itu, bacalah apa yang saya sampaikan ini dengan teliti dan catitkan mana-mana

tindakan yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Jika ada sebarang masalah, sila hubungi

saya di [email protected] Selamat mencuba

DISCLAIMER

Buku ini adalah rujukan kepada anda dan panduan untuk anda, bukan ilmu ghaib yang

dengan mudah menyelesaikan masalah anda. Buku ini mengajarkan anda praktikal dan

teknik-teknik yang anda perlu amalkan. Jika setakat membaca tanpa mempraktikkan, tiada

apa pun perkara yang akan berubah dalam hidup anda.

Semua isi dan material dalam buku ini adalah benar ketika ebook ini ditulis. Ianya adalah

kompilasi ilmu, rujukan dan pengalaman penulis sendiri sejak bertahun-tahun dahulu. Tiada

paksaan untuk anda mengikuti semua kandungan ebook ini dan anda bertanggungjawab ke

atas setiap tindakan anda dari penggunaan isi kandungan buku ini.

Ebook ini sesuai dibaca oleh lelaki dan perempuan. Setiap tips akan di’highlight’kan samada ia

sesuai untuk lelaki atau perempuan. Jangan sesekali berfikir bahawa hanya dengan membaca

buku ini anda dengan mudahnya mendapatkan pasangan idaman anda!

Untuk memikat pasangan, anda harus berlatih sama seperti di alam persekolahan. Anda

perlukan latihan dan ulangkaji. Hanya membaca buku tidak akan membawa anda kemana-

mana, anda harus melakukannya di dunia ini dan berhadapan pelbagai kemungkinan samada

baik atau buruk. Jika anda gagal, anda harus mencuba lagi sehingga anda berjaya menemui

cinta anda.

Tiada kejayaan segera di dalam dunia ini. Kegagalan akan membawa anda ke satu ilmu

baru yang akan membuahkan kejayaan pada akhirnya.

Ok cukup. Mari kita teruskan pembelajaran kita yang

menarik!......

Page 7: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

7 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 1 - MEMAHAMI BAGAIMANA SESEORANG JATUH CINTA

1.1 KENAPA KITA JATUH CINTA?

Untuk membuatkan seseorang jatuh cinta, mula-mula anda perlu tahu apa itu cinta? Anda

boleh google di internet dan menjumpai pelbagai definisi cinta yang penuh dengan ayat-ayat

romantis dan indah yang membuatkan anda terbuai-buai dengan perasaan anda. Tetapi,

bagaimanakah anda ingin membuatkan seseorang jatuh cinta hanya berpandukan definisi

yang membosankan seperti ini???

Anda perlukan alasan yang lebih baik bagaimana untuk

meransang seseorang untuk seseorang jatuh cinta

dengan anda. ANDA PERLUKAN TEKNIK-TEKNIK untuk

membuatkan orang jatuh cinta. Jika anda tidak tahu

tentang perkara ini, mana mungkin dia mencintai anda?

Mari kita lihat cinta dari sudut sains dan juga psikologi.

Ini untuk memudahkan anda memahami tentang teknik

yang diajarkan untuk membuatkan seseorang jatuh cinta

dengan anda. Manusia tidak bangun tidur dan terus

jatuh cinta kepada orang pertama yang mereka lihat

pada hari itu. Betulkan? Menurut kajian barat, ada satu bahan kimia di dalam otak kita

yang dipanggil Phenylethylamine atau PEA yang akan meransang diri kita untuk jatuh cinta.

Biar saya beritahu cik abang dan cik kakak bahawa sebenarnya hanya dengan perkara-

perkara kecil sahaja boleh membuatkan PEA ini aktif di dalam otak dan membuatkan

seseorang jatuh cinta. Contohnya mudahnya adalah seperti anda tertawan semasa melihat

caranya tersenyum, cara dia berjalan, atau betapa menariknya wajahnya ketika dia tertawa,

atau anda terharu ketika dia menolong anda dan sebagainya.

Page 8: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

8 | P A N D U A N M E M I K A T

Seseorang hanya akan jatuh cinta apabila bertemu seseorang yang dirasakannya memenuhi

kehendak dirinya dari segi emosi dan psikologi. Apabila anda berjaya membuatkan PEA

sidia mengalir didalam badan dan juga memenuhi kehendak emosinya, maka mudahlah

untuk dia jatuh cinta kepada anda.

1.2 KENAPA CARA SEBELUM INI GAGAL UNTUK MEMBUATKAN DIA

JATUH CINTA

Cik abang dan cik kakak, mungkin sebelum ini gagal kerana anda terlalu memilih. Mungkin

juga kerana anda memilih sasaran yang salah. Mungkin juga memang sidia tidak meminati

anda. Mungkin juga ada kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang proses memikat yang

membuatkan dia hilang minat dengan anda. Mungkin juga bahasa badan atau penampilan

anda tidak cukup menarik. Ada bermacam macam lagi kemungkinan yang boleh berlaku,

yang jika saya senaraikan boleh memakan sehingga 10 mukasurat.

Tidak ada gunanya kita mengesali kesilapan lalu. Adalah

lebih baik jika kita pandang kehadapan dan tumpukan

bagaimana dengan ebook ini anda boleh melihat

dimakah kesilapan anda. Pemikiran yang positif adalah

sesuatu yang anda perlukan untuk mengubah hidup

anda menjadi lebih baik.

Di sepanjang ebook ini, saya akan kupaskan segala permasalahan dan ANDA SENDIRI

AKAN SEDAR mengapa teknik yang selama ini anda gunakan tidak menjadi. Oleh itu,

janganlah anda membaca buku ini dengan melompat-lompat walaupun ada ketikanya anda

akan merasa sedikit bosan kerana terlalau banyak perkataan.

Page 9: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

9 | P A N D U A N M E M I K A T

1.3 PROSES MANUSIA JATUH CINTA

Untuk memudahkan anda membuat dia untuk jatuh cinta dengan anda, anda perlu fahami

bagaimanakah keadaan jatuh cinta terjadi. Di sini saya akan huraikan bagaimana turutan

untuk jatuh cinta melalui panduan memikat ini. Jatuh cinta adalah satu seni turutan yang

saya ringkaskan seperti berikut :-

TERTARIK + PERSAMAAN + KEINTIMAN = JATUH CINTA

Rumusan ini adalah rumusan yang diakui dimana-mana di seluruh dunia dan berlaku untuk

semua insan yang berpasangan di dunia ini.

Terma-terma yang terlibat adalah :-

Tertarik – Rasa tertarik untuk saling mengenali dan menjadi sebahagian dari hidupnya.

Persamaan – Merasa selesa antara satu sama lain melalui pelbagai persamaan dan

melakukan apapun bersama-sama.

Keintiman – Perasaan sayang dan istimewa yang hadir di dalam diri seseorang.

Merasakan diri mereka rapat dan ‘emotionally connected’.

Mari kita lihat apa yang berlaku jika salah satu unsur itu tiada

TERTARIK + PERSAMAAN = KAWAN BIASA

Ini adalah biasa berlaku, si wanita sudah tertarik dan mempunyai persamaan, tapi si lelaki

tidak tahu bagaimana mewujudkan keintiman dan hubungan perasaan. Mereka hanya

menjadi teman biasa tanpa melangkah ke hubungan yang lebih jauh.

TERTARIK + KEINTIMAN= FAIL

Hal ini adalah hal yang lucu dan sering terjadi. Si lelaki dan wanita sama-sama suka dan

tertarik serta merasakan keintiman yang dalam, tapi sayang tiada persamaan atau ciri saling

melengkapi dan tidak cukup mengenali pasangan secara dekat terlebih dahulu. Percintaan

seperti ini selalunya terputus di tengah jalan kerana prinsip persamaan (lovemap, WIIFM )

tidak dapat dipenuhi oleh pasangan.

Page 10: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

10 | P A N D U A N M E M I K A T

1• Anda mempersiapkan diri, mental dan memiliki mindset yang betul sebelum

anda pergi keluar memikat.

2• Anda mengesan sidia dan mula berkenalan daripada sebab yang sekecil-

kecilnya hanya untuk memulakan langkah memikat anda yang seterusnya.

3• Anda memulakan perbualan pertama anda dan dengan pandangan mata

anda, anda mulakan untuk membina tarikan kepada anda

4• Anda memulakan temujanji pertama anda dan sepanjang perkenalan, anda

mula mencari persamaan dan perbezaan pada dirinya.

5• Akhirnya, anda merapatkan keintiman, membina hubungan emosi dan

membuatkan sidia berasa istimewa serta jatuh cinta dengan anda.

6

• Anda memastikan ketiga-tiga unsur telah dipenuhi , anda menyatakan cinta anda padanya dan akhirnya dan memutuskan untuk membawa perhubungan ini lebih jauh.

PERSAMAAN + KEINTIMAN =KAWAN RAPAT

Ini agak kelakar. Lelaki ini mempunyai banyak persamaan dan memiliki keintiman yang tinggi

dengan wanita ini. Tetapi wanita ini tidak tertarik untuk masuk ke dalam kehidupan lelaki ini

dan menjadi kekasihnya. Maka jadilah mereka sekadar kawan rapat.

Oleh itu, ketiadaan salah satu unsur akan gagal membuatkan anda membuatkan dia jatuh

cinta .Sebelum anda menyatakan cinta anda padanya, pastikan anda telah memiliki ketiga-

tiga unsur ini terlebih dahulu. Jika tidak penolakan cinta darinya pasti akan berlaku.

Ini adalah turutan yang akan berlaku sepanjang tempoh anda memikat.

Page 11: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

11 | P A N D U A N M E M I K A T

1.4 BAGAIMANA ORANG MEMILIH PASANGAN UNTUK BERCINTA?

Adakah cinta boleh dipilih-pilih? Bukakah cinta itu datang dengan spontan dan tiba-tiba?

Ya saya tahu itulah juga yang anda faham selama ini. Sesiapa pun boleh memikat dan

membuatkan sesorang jatuh cinta. Tapi mengapa ada yang terputus di tengah jalan dan ada

yang berjaya ke jinjang pelamin? Ini kerana mungkin pasangan itu tidak mempunyai

lovemap yang sama seperti dirinya.

Penulis ini cakap mengenai apa? Apakah itu lovemap? Saya tidak faham?

Ok begini. Ianya adalah satu hasil kajian seorang

doktor psikologi perubatan di Universiti Hopkins.

Lovemap ialah sekumpulan mesej yang dikodkan

dalam otak kita yang menggambarkan apa yang

kita suka dan tidak suka, pemilihan kita mengenai

warna rambut dan mata, suara, bau, dan bentuk

tubuh yang kita minati dan sukakan. Ia juga

mencatat jenis personaliti yang menarik bagi kita,

samada yang ramah atau jenis pendiam. Lovemap

juga terbentuk daripada apa yang kita pelajari daripada ibubapa kita semasa kecil.

Jadi apa kaitannya lovemap dengan cinta?

Begini, kita jatuh cinta dan mengejar orang-orang yang lovemapnya mempunyai persamaan

dengan kita. Kita mahukan seseorang yang ada ciri-ciri ibu kita yang jujur, mengambil berat,

peramah, kelakar dan sebagainya. Kita juga mahukan orang yang taraf sosialnya sama

seperti kita yang mempunyai gaya percakapan yang sama, cara hidup yang sama yang

membuatkan kita merasa selesa dan tenang.

Page 12: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

12 | P A N D U A N M E M I K A T

Jika anda mahukan seseorang mencintai anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan

membuatkan dia berfikir

bahawa anda ada ciri-ciri

lovemapnya sahaja. Perkara-

perkara seperti inilah yang

memainkan peranan bagaimana

dia memilih pasangan yang ideal

untuk jatuh cinta.

Ianya semudah itu.

Ianya kelihatan mudah kerana saya mahu meringkaskannya disini. Jika anda benar-benar

ingin membuatkan dia jatuh cinta, maka hayatilah setiap apa yang telah diperkatakan di

dalam ebook ini. Bacalah satu-satu kerana jika anda bertanya kepada orang yang hangat

bercinta, tidak boleh tidak pasti mereka memperakui bahaa apa yang dikatakan ini benar.

1.5 MENGAPA ANDA MASIH TIDAK BERJUMPA CINTA ANDA?

Dimanakah mereka-mereka yang bujang dan juga sama seperti anda, masih lagi mencari

cinta dan mengharapkan seseorang datang dan mencintai mereka? Jawapannya adalah

mudah. Mereka ada dimana-mana.

Satu kajian di barat menyatakan bahawa

sebenarnya cinta kita berada tidak kurang

daripada satu kilometer sekitar kita. Jika benar,

dimanakah mereka ini? Mengapa anda tidak

dapat bertemu mereka?

Apa yang berlaku sebenarnya adalah bukannya

anda tidak tahu dimana untuk mencari cinta. Sebenarnya apa yang berlaku adalah anda tidak

mempersiapkan diri anda untuk mencari cinta. Anda tidak bersedia dari segi mental dan

Page 13: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

13 | P A N D U A N M E M I K A T

fizikal untuk mencari cinta. Anda tidak berpakaian seperti orang yang mencari cinta dan anda

tidak tahu teknik-teknik untuk membuatkan dia jatuh cinta.

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu memulakan langkah pertama anda. Anda

akan dibawa untuk memulakan pembacaan anda bagi mencari teknik-teknik yang sebenar

bagaimana anda ingin membuatkan sesiapa pun yang anda jumpa menjadi cinta anda.

Page 14: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

14 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN SATU – PERSIAPKAN DIRI ANDA DAHULU

Apa? Mengapa diri saya dahulu? Bukankah ebook ini mengenai membuatkan dia mencintai

saya?

Ya saya tahu, tapi jujur saya katakan, jika anda ingin membuatkan seseorang jatuh cinta

dengan anda, perkara pertama yang perlu diperbaiki adalah diri anda dahulu. Jika sebelum

ini anda telah keluar bertemujanji dengan pelbagai wanita tetapi gagal, adakah anda akan

menyalahkan mereka atas kegagalan anda? Bukankah anda sepatutnya menyemak

mengapa dia lari secepat kilat selepas tamat bertemujanji?

Jika anda ingin memikat gadis secantik Lisa surihani, tetapi

pakaian anda teruk, tidak kelas, bahasa badan anda pula tidak

menarik, fikiran pula negatif, bagaimana anda mahu

membuatkan Lisa Surihani terpikat?

Bayangkan pula anda ini Lisa Surihani, anda mempunyai ratusan

lelaki yang mahu bertemujanji dengan anda, bagaimana anda

ingin memilih lelaki yang ingin ditemujanji Jika anda mahu yang

kacak, ramai yang kacak di Malaysia ini. Jika mahukan yang

hatinya bersih, bagaimana anda mahu tahu bahawa hatinya itu

bersih?

Pernahkan anda semak bahasa badan anda (bagaimana tu), perkataan anda (ayat la tu?) dan

juga pemikiran anda (kalau anda jenis berfikiran negatif, memang semua perempuan lari).

Mari saya pujuk anda untuk merendah diri dan percayalah, IANYA BERMULA DARI DIRI

ANDA. Malahan sepanjang ebook ini juga saya akan berikan teknik-teknik hebat dan juga

saya akan selitkan beberapa teguran yang perlu anda ikuti agar lebih mudah untuk anda

membuatkan sidia jatuh cinta dengan anda.

Page 15: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

15 | P A N D U A N M E M I K A T

2.1 BAGAIMANA PARAS RUPA YANG MENARIK

Adakah paras Rupa Sangat Penting?

Cik abang dan cik kakak, ketahuilah bahawa ia adalah benar bahawa paras rupa memainkan

peranan yang penting dalam mencari cinta. Mungkin anda pernah lihat satu pasangan yang

langsung tidak serasi (lelaki muka hitam tetap girlfriend nya sangat cantik bukan). Nampak

pelik bukan. Ini kerana mereka ada kelebihan-kelebihan lain, persamaan dan ada ciri-ciri

melengkapi yang akan diterangkan sepanjang ebook ini.

Rupa yang bagaimanakah perempuan suka?

Lain orang lain pula apa yang disukainya. Sudah tentu

seorang perempuan tidak suka jika pemakaian anda

kelihatan seperti pondan. Adakah perempuan sukakan

lelaki yang berbadan sasa? Tidak semuanya. Secara

puratanya, perempuan sukakan lelaki yang :-

1) Bahunya lebih besar dari pinggangnya

2) Badan yang sederhana sasa

3) Lebih tinggi daripadanya

1) Mempunyai mata yang besar

2) Dagu yang besar dan dahi yang luas

3) Senyuman yang menawan dan

4) Apabila berpakaian kelihatan menarik daripada

lelaki lain (pada pandangan matanya)

Walaubagaimanapun, minat dan citarasa perempuan pula berbeza-beza bergantung kepada

status hidup mereka. Perempuan yang bekerjaya mempunyai minat yang berbeza dengan

perempuan yang biasa-biasa sahaja.

Page 16: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

16 | P A N D U A N M E M I K A T

Bagaimana Pula dengan lelaki?

Lelaki mempunyai minat yang berbeza juga terhadap

perempuan. Antaranya :-

1) Suka kaki yang runcing

2) Kaki yang panjang

3) Dada yang besar

4) Punggung yang menawan

5) Wajah yang menarik

6) Berpakaian menarik

Mengapa semua ciri kesukaan lelaki hanya bertumpu

kepada seksualiti perempuan sahaja?Adakah lelaki gila seks? Tidak sama sekali. Tahukah

anda, lelaki mempunyai kebolehan visual untuk membayangkan perempuan itu tidak

berpakaian walaupun dia bertudung rapi. Lebih menggiurkan tubuh anda, lebih mudahlah

lelaki tertarik kepada anda.

Ini tidak bermakna anda perlu berpakian seksi semata-mata untuk menarik hati lelaki. Pasti

ada sifat anda atau persamaan dengan anda yang akan membuatkan lelaki jatuh cinta

dengan anda. Tetapi jika anda mahu membuatkan lelaki jatuh cinta dengan anda pada

kadar segera, maka mulakanlah berdiet dan jaga bentuk badan anda.

Lagipun itulah lelaki. Tiada penjelasan lanjut perlu diberikan :p

Page 17: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

17 | P A N D U A N M E M I K A T

2.2 SKALAKAN WAJAH ANDA DENGANNYA

Disini ada satu tips bagaimana anda ingin meningkatkan peluang mencari cinta anda dengan

mudah. Jadi jika anda merasakan bahawa anda ini tidak kacak atau tidak cantik, anda boleh

menggunakan tips ini ketika anda hendak memikat pasangan anda

TIPS CERMIN MUKA

Tipsnya sangat ringkas dan mudah iaitu :-

Balik rumah, cermin muka sendiri dahulu

Ok ok, saya tidak berniat hendak menghina anda, maksud saya ialah anda pergi ke depan

cermin dan lihat muka anda dahulu. Dengan menggunakan skala 1-10, lihat muka sendiri dan

nilaikan diri anda berada pada skala yang mana. Katakan muka anda biasa saja dan anda

berada pada tahap 6, maka apabila anda keluar mencari cinta, jika anda ingin meningkatkan

peluang anda untuk bercinta, maka anda carilah orang yang berada di skala 6 atau 7 sahaja.

Ini kerana di dalam dunia ini,

secara umumnya anda akan

dapati bahawa di dalam wajah

satu pasangan, tiada perbezaan

skala yang besar antara lelaki dan

perempuan. Jika lelaki itu

berskala 8, perempuan ini akan

berskala 7, 8 atau 9. Jika anda

tidak percaya, anda boleh pilih

satu pasangan yang anda kenal dan skalakan muka lelaki dan perempuan itu. Anda akan

dapati, tiada pasangan yang mempunyai perbezaan skala yang terlalu besar.

Faktanya disini adalah, biasanya orang akan tertarik dengan pasangan yang sama menarik

dengan dirinya. Jadi, mengapa anda perlu bersusah payah cuba memikat gadis secantik

model jika anda pula berpakaian biasa-biasa sahaja. Pernahkah anda lihat lelaki hensem

berkawan dengan perempuan hodoh?

Page 18: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

18 | P A N D U A N M E M I K A T

Seperti yang saya pernah katakan tadi, ya memang ada pasangan yang langsung kelihatan

tidak serasi (lelaki muka hitam tetap girlfriend nya sangat cantik bukan). Ini kerana mereka

ada kelebihan-kelebihan lain, persamaan dan ada ciri-ciri melengkapi, keseimbangan dan

prinsip WIIFM yang akan diterangkan sepanjang ebook ini.

Apa?Anda pernah jumpa?siapa dia?

Ugly Betty?

Ok lah , anda ini terlalu banyak menonton filem. Sila kembali ke dunia nyata dan jejakkan

kaki anda. Jejaka impian anda tidak akan muncul dan menyarungkan kasut ke kaki anda

seperti Cinderella. Bangunlah dari tv anda dan pergilah keluar mencari cinta.

2.3 SEMAK PENAMPILAN ANDA

Mengapa orang-orang mencari cinta menghabiskan begitu banyak masa untuk membuat diri

mereka menarik ketika mereka pergi ke taman namun begitu sedikit perhiasan ketika

mereka ke pasar?

Anda mungkin telah membiarkan puluhan 'pasangan berpotensi' terlepas dalam beberapa

bulan terakhir hanya kerana anda tidak memasang perangkap anda.

Cik kakak, berapa kalikah anda berjalan di shopping kompleks tanpa make up, apabila anda

melihat seorang lelaki kacak, dia berjalan melepasi anda seolah-olah anda tidak wujud disitu.

Jika pernah berlaku, janganlah sedih. Perbaikilah kesilapan anda ini. Ketahuilah bahawa lelaki

akan mudah tertarik kepada wanita yang pandai menghiasi dirinya dan paling kurang pun

mengenakan lipstik semasa keluar.

Apa yang penting adalah anda harus mula merubah cara penampilan anda. Sedikit sebanyak

rahsia penampilan yang anda perlu ketahui adalah seperti di bawah ini:-

PENAMPILAN YANG BAIK UNTUK LELAKI : MELALUI PAKAIAN

PENAMPILAN YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN : MELALUI WAJAH DAN TUBUH BADAN

Page 19: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

19 | P A N D U A N M E M I K A T

2.4 SEMAK BAHASA BADAN ANDA!

Walaubagaimanapun anda juga boleh kelihatan cantik dan kacak walaupun sebenarnya

tidak. Bagaimana?

Pernah dengar, ‘kecantikan bermula dari dalam?’

Ianya adalah dengan memperbaiki keyakinan dan membina bahasa badan yang menarik.

Bahasa badan yang cantik akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik dan menawan.

Apa itu bahasa badan yang menarik? Mudah sahaja. Apabila

berjalan, jalanlah dengan penuh keyakinan. Bukakan dada anda,

dongakkan sedikit kepala dan senyum sedikit. Jangan sesekali

berjalan dengan muka yang masam atau tangan di dalam poket.

Pandanglah ke sekeliling semasa anda berjalan. Gaya dan

keterampilan anda akan menyerlah dengan cara ini. Anda akan

kelihatan lebih gembira dan bersemangat.

Katakan anda melihat dua

orang jejaka yang berjalan

di shopping kompleks. Salah seorang berjalan

dengan yakin dan sedikit senyuman. Seorang lagi

berjalan dengan berpeluk tubuh, membongkok dan

hanya memandang ke depan. Yang manakah

menjadi pilihan anda untuk anda dekati?

Oleh itu, anda perlu mempunyai bahasa badan yang baik dan meyakinkan untuk

membuatkan seseorang jatuh cinta dengan anda.

Page 20: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

20 | P A N D U A N M E M I K A T

2.5 MEMILIKI MINDSET YANG TIDAK AKAN GAGAL

Kebanyakkan lelaki cuba memikat dengan mindset

yang salah. Mereka selalu melihat perempuan yang

CANTIK sebagai LEBIH BERKUASA ke atas mereka.

Mereka menjadi cemas, lidah menjadi kelu dan takut

untuk bercakap dengan perempuan ini apatah lagi

hendak mengajaknya keluar. Walaupun lelaki ini

penuh keyakinan atau kacak, mereka masih tetap

merasakan yang mereka perlu membuktikan bahawa

LAYAK mendapat perhatian perempuan ini.

Oleh kerana mereka mempunyai pemikiran seperti ini, semua yang mereka lakukan akan

kelihatan MERAYU dan LEMAH. Mereka berharap yang perempuan ini mengekalkan

perhatian dan sudi menerima mereka. Mereka memuji paras rupa atau fizikal perempuan ini

terlalu banyak. Mereka juga akan sentiasa bersetuju dengan apa yang perempuan katakan.

Ketika mereka memikirkan bahawa apa yang mereka buat ini akan menarik perhatian

perempuan, apa yang berlaku adalah perempuan dengan mudahnya meninggalkan mereka.

Akhirnya mereka semua kecewa dengan strategi yang dilakukan untuk membuatkan

perempuan sukakan mereka. Dan akhirnya yang disalahkan adalah perempuan itu kerana

kononnya tidak pandai memilih pasangan.

Oleh itu, untuk memiliki mindset yang betul, mula-mula sekali anda perlu berfikir yang anda

lebih BERKUASA ke atas perempuan. Semua perempuan telah dilatih untuk menolak mana-

mana lelaki yang cuba memikatnya. Oleh itu, saya mahu anda cuba untuk memikatnya

dengan fikiran

‘’SAYA MEMIKAT AWAK UNTUK MELIHAT ADAKAH AWAK INI CUKUP LAYAK UNTUK SAYA!

SAYA TIDAK PEDULI BETAPA CANTIKNYA AWAK INI!’’

Page 21: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

21 | P A N D U A N M E M I K A T

Ya betul, gunakan mindset ini semasa memikat. Hari-hari anda merayu untuk mendapatkan

perhatian perempuan sudah tamat. Mulai hari ini, Ianya adalah tanggungjawab perempuan

untuk Menarik Minat anda, dan untuk membuktikan dia layak untuk mendekati anda.

Tindakan anda akan mengikut mindset yang anda tetapkan. Jadi daripada anda

MEMBERITAHUNYA untuk sukakan anda, anda perlu ada ciri lelaki yang dicarinya terlebih

dahulu. Anda akan didedahkan dengan teknik bagaimana untuk membuatkan dia yang

datang kepada anda tanpa anda perlu merayu cintanya.

Anda juga perlu tunjukkan yang anda adalah lelaki istimewa dan unik yang dia perlukan,

yang akan membuatkan perhatiannya hanya kepada anda. Anda perlu tunjukkan yang anda

adalah lelaki yang berbeza, bukannya lelaki baik yang membosankan yang selalu banyak ada

dimana-mana.

Page 22: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

22 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 3 – MEMBUATKAN DIA TERTARIK

3.1 BAGAIMANA MEMBERIKAN PANDANGAN PERTAMA YANG HEBAT

Apakah pentingnya pandangan pertama?

Saat pertama dia melirikkan matanya pada anda mempunyai kehebatan dan juga potensi

yang luar biasa. Pandangan pertama yang diambil daripada matanya akan kekal di dalam

ingatannya untuk selamanya.

Ya cik adik cik abang, TIADA PELUANG KEDUA UNTUK PANDANGAN PERTAMA. Kasut yang

tercalit tanah atau kolar baju yang dinaikkan boleh merosakkan pandangan pertama sidia

sebelum anda menyapanya. Pandangan pertama sidia ini akan menentukan samada sidia

berminat atau tidak pada diri anda. pandangan pertama begitu penting untuk sidia

membuat keputusan bahawa anda ini "ok atau not my taste " dalam saat pertama sidia

melihat anda.

3.2 KEHEBATAN MATA

Hakikatnya, manusia suka melihat pada

pemandangan yang mereka suka dan dengan cepat

mengelakkan mata mereka dari yang pandangan

mereka benci. Sebagai contoh, kita menikmati

pemandangan di tepi pantai tetapi menutup muka

semasa menyaksikan adegan filem ngeri. Hal ini

samalah juga apabila kita melihat manusia. Semakin

seseorang berkuasa ke atas kita, semakin kita cuba

mengelak untuk bertentangan matanya dengannya. Sangat pekerja berpangkat rendah

sering mengelak untuk bertentang mata dengan lama dengan bos besar. Seorang lelaki yang

tidak kacak pula akan melarikan mata apabila perempuan cantik memandangnya.

Page 23: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

23 | P A N D U A N M E M I K A T

Tetapi, untuk membuatkan orang jatuh cinta, anda perlu menggunakan mata anda. Jika

tidak,bagaimana pula anda ingin membuatkan dia jatuh cinta. Kajian menunjukkan bahawa,

pasangan bercinta yang selalu bertentangan mata mempunyai perasaan tarikan yang lebih

kuat antara satu sama lain. Mereka lebih mencintai dan merasakan perasaan kasih sayang

yang lebih kuat.

Pandangan mata yang berterusan akan mencipta hubungan perasaaan yang sangat kuat.

Ketika anda melihat secara langsung dan tepat ke mata seseorang tubuhnya akan

menghasilkan bahan kimia yang dipanggil phenylethylamine atau PEA, yang menimbulkan

perasaan jatuh cinta. PEA inilah yang akan membuatkan seseorang itu jatuh cinta.

TEKNIK-TEKNIK PANDANGAN MATA

Anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pandangan mata yang penting semasa anda

mula mengesan sasaran anda , ketika berbual dan sepanjang anda menajlinkan hubungan

dengannya. Oleh itu, memandang sasaran anda dengan tepat adalah langkah pertama

adalah salah satu langkah pertama dalam membuat dia jatuh cinta dengan anda.

TEKNIK 1) KUASA RENUNGAN

Kajian seorang saintis Inggeris menyatakan

bahawa, secara purata semasa berbual, kita

melihat satu sama lain hanya 30 hingga 60

peratus dari sepanjang masa perbualan.

Ini tidak cukup untuk menimbulkan perasaan

cinta pada pandangan pertama.

Cik abang dan cik kakak, untuk memberikan

sidia perasaan luar biasa bahawa anda berdua

sudah jatuh cinta , secara drastik tingkatkan

Page 24: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

24 | P A N D U A N M E M I K A T

pandangan mata anda kepada sidia apabila anda berdua sedang berbual. Naikkan

sehingga 75 peratus daripada masa atau lebih jika anda ingin membuatkan bahan kimia di

dalam badannya yang dipanggil PEA mengalir di dalam darahnya.

Renung tepat ke matanya untuk merangsang perasaan cinta pada pandangan pertama.

Bukan di alis mata, bukan di tengah hidung. Lihatlah seolah-olah anda pandangan mata anda

telah menembusinya. Lihat tepat ke matanya dan pandanglah sedalam-dalamnya. Kuncikan

mata anda padanya untuk memberikan aura yang sidia sudah berada di dalam cinta.

Pandangan yang tepat akan menghantar isyarat yang anda berdua sedang jatuh cinta, dan

membuatkan sidia akan merasa perasaan cinta mula muncul di dalam dirinya.

Tetapi awas, jika anda memandangnya seolah-olah menonton berita tidak akan

membuatkan dia jatuh cinta. Anda perlu melihat kematanya dengan pandangan yang

paling manis anda boleh lakukan. Jangan lupa anda perlu senyum ketika memberikan

pandangan ini.

TEKNIK 2) MATA SEKSI

Apa yang membuat mata anda seksi? Cukup mudah, anak mata yang besar. Ambil contoh

pada kucing. Kucing yang bermata besar atau bermata runcing yang nampak lebih comel?

Kita tidak boleh mengawal saiz anak

mata kita. Tetapi, kita boleh

memanipulasikannya. Ianya hanya

dengan melihat sesuatu yang kita

sukakan yang memberikan perasaan

yang indah pada kita. Apabila kita

melihat sesuatu yang kita sukakan, ia

akan membuatkan anak mata kita akan

mengembang.

Page 25: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

25 | P A N D U A N M E M I K A T

Ketika berbual dengannya, lirikan mata anda pada sesuatu yang menarik pada wajahnya.

Lihat hidungnya yang menarik atau pipinya yang comel. Ketika anda menikmati sesautu yang

indah, anak mata anda akan turut menjadi besar. Dengan ini anda akan kelihatan lebih

menarik pada pandangan sidia. Untuk perempuan, jika anda rasakan agak sukar

melakukannya, maka dapatkan contact lens yang menampakkan anak mata anda kelihatan

besar.

TEKNIK 3) PANDANGAN YANG MEMBANGUNKAN PERASAAN MERESAHKAN DAN

PERASAAN SEKSI DALAM DIRINYA

Ini adalah teknik terpenting dalam membuatkan seseorang jatuh cinta. Ia akan memberikan

perasaan mengganggu bahawa dia sudah mula hendak jatuh cinta.

Ketika bercakap dengan rakan-rakan, kita cenderung untuk melihat ke arah lain setelah kita

menghabiskan ayat yang kita nyatakan atau ketika kita berdiam diri. Tetapi, jika anda lihat

kepada pasangan bercinta, sepanjang perbualan mereka akan lebih banyak mengadakan

eye contact, melihat ke dalam mata pasangan mereka semasa berbual dan mereka lebih

sukar mengalihkan mata mereka daripada satu sama lain setelah berbual.

Hal yang sama boleh anda lakukan kepada sidia. Apa yang anda perlu lakukan adalah

perbanyakkan eye concact anda

padanya. ketika anda memandang

kepadanya, pandanglah kepadanya

dengan kekal dan lembut. ketika tamat

ayat yang dinyatakannya atau ketika

tempoh berdiam diri, jangan alihkan

pandangan anda daripadanya.

pandanglah selama mungkin kepada

dirinya.

Anda akan menimbulkan perasaan gelisah, malu dan satu perasaan yang mengganggu

perasaannya. Saya jamin, apabila dia pulang ke rumah, dia akan berkata 'Apakah perasaan

yang pelik ini. Mengapa saya selalu teringatkan sidia ini'. Ya tuan puan, itulah perasaan

pembangkit permulaan kepada cinta anda.

Page 26: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

26 | P A N D U A N M E M I K A T

Ketika anda perlu untuk memandang ke tempat lain, alihkan pandangan anda daripadanya

secara perlahan-lahan. Buatlah seolah-olah mata anda sebenarnya enggan memandang ke

tempat lain selain dia.

TEKNIK 4) PENJELAJAHAN MATA

Ada langkah langkah yang seorang lelaki dan seorang wanita harus ambil ke atas setiap

pertemuan jika mahu membuatkan cinta berkembang.

Sebagai sepasang kekasih yang terbuai oleh perasaan yang sama, mata mereka menjadi

lebih berani. Mereka perlahan-lahan mulai berjalan penuh kasih di wajah masing-masing,

rambut, mata. Kemudian mereka menjadi lebih berani dan menjelajah ke bahu

pasangannya, leher, dan dada.

Teknik yang sama anda perlu gunakan disini. Sepanjang perbualan berlangsung, biarkan

mata gambar anda perlahan-lahan turun dari hidung ke bibir. Pandanglah dan belailah

bibirnya dengan mata anda untuk beberapa saat, lalu perlahan-lahan turun ke lehernya dan

jika semua berjalan baik, turun ke bawah lagi. Walaubagaimanapun, gunakan teknik ini

hanya jika anda benar-benar yakin dan percaya bahawa sidia telah mula sukakan anda.

Jika anda gunakannya terlalu awal, ditakuti teknik ini boleh memakan diri.

Empat teknik mata ini adalah terbukti secara ilmiah. Apabila anda mula menggunakan

teknik-teknik ini pada sidia, anda akan mula merasakan kesan. Teknik-teknik ini anda perlu

gunakan sejak mula anda mengenalinya sehinggalah anda berjaya membuatkannya

menjadi buah hati idaman anda.

Page 27: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

27 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 4 - LANGKAH MEMIKAT

Mari kita mulakan dengan satu cerita.

Pada satu hari anda berjalan-jalan di taman dan mengesan seorang wanita yang cantik. Anda

sangat berminat dengan perempuan itu dan berminat untuk mendekatinya. Anda mahu

cuba tetapi anda enggan kerana takut terlepas lagi kerana taktik yang anda gunakan

sebelum ini tidak pernah berjaya.oleh itu anda :-

1) Berputih mata dan membiarkan lelaki lain mendekati wanita itu

2) Hanya berani memandang dan tengok sehingga dia balik

3) Balik rumah dan tidur. Esok hari anda akan datang lagi untuk cuci mata

Apakah pilihan tuan-tuan? Saya percaya tidak ada satu jawapan pun di atas yang ingin tuan-

tuan mahukan. Lebih-lebih lagi anda mendapatkan ebook ini dengan penuh pengharapan.

4.1 LANGKAH MEMIKAT BAGI CIK ABANG

Ya cik abang, seperti yang anda jangkakan , tidak ada tindakan lain kecuali anda perlu

mendekatinya dan menegurnya. Jika anda lambat menegurnya dan dia berlalu pergi,

bukankah anda akan berputih mata? Pernah dengar ‘ orang

yang selalu bertangguh adalah orang yang rugi?’

Ketika anda melihat seorang wanita yang menarik, apa

strategi terbaik perlu dilakukan? Pertama, gunakan mata

anda. Lihatlah dan lekatkan mata anda terus memandang

dia, dan jika dia memandang anda, jangan larikan mata

anda.

Bersiap sedia untuk sidia memalingkan mukanya. Ini kerana

seorang wanita telah dilatih untuk menurunkan matanya

ketika seorang lelaki menatapnya. Jika dalam masa dalam

masa 45 saat sidia memandang anda kembali, maka inilah isyarat yang penting. Ia

bermakna sidia mengalu-alukan perhatian anda.

Page 28: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

28 | P A N D U A N M E M I K A T

Apa yang anda perlu lakukan adalah senyum padanya dan memberikannya anggukan kecil.

Kemudian hampirilah dia dan terus bertegur sapa dengannya. Jangan berasa ragu dan

hapuskan semua fikiran tentang "Adakah saya terlalu cepat untuk terus bertegur sapa

dengannya? " Dia tidak akan berfikir apa pun selagi anda tidak bertemu dengannya.

Beranikan diri anda. Tambahan lagi, bukankah dia telah memberi isyarat kepada anda

sebentar tadi? Jika anda tidak bergerak cepat, wanita ini akan terlepas dari diri anda. Ini

adalah turutan bagaimana anda ingin menarik perhatiannya :-

1) Eye contact . pandang dengan tetap dan terus padanya selama beberapa saat

2) Senyum padanya. Berikan senyuman mesra dan dengan rasa hormat dan bukannya

senyuman lelaki gila seks.

3) Berikan anggukan kecil. Jika dia kembali memandang anda dalam 45 saat,angguk

sedikit. mengangguk itu bermaksud, "saya suka awak. Bolehkah saya membuat tempahan

untuk bercakap dengan awak? "

4) Bergerak kepadanya. Langkah terakhir adalah untuk bergerak dan memulakan

perbualan anda dengannya.

Baik, anda sekarang dalam kedudukan untuk memulakan perbualan. Apa yang harus anda

katakan padanya? Adakah anda telah ada ayat pembuka kata anda sendiri?

Sekarang padamkan apa sahaja ayat

permulaan yang anda pelajari

daripada orang lain. Anda tidak perlu

ada skrip ketika anda sedang cuba

memikat pasangan .

Adakah anda perlu katakan ‘hai,

adakah awak seorang model?’ Atau’

hi, saya Abdul. Saya ingin berkenalan

dengan awak’...terus terang saya

katakan tuan dan puan, anda tidak perlukan semua ini. Ini bukan panduan cara memikat

tahun 90’an.

Page 29: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

29 | P A N D U A N M E M I K A T

Rahsianya adalah begini saudara sekalian. Kata-kata pembuka anda harus berkaitan

dengan situasi pada saat itu. Tanyakan apa yang sedang dilakukannya waktu itu. Puji

pakaiannya atau bajunya. Atau anda boleh membuat konon-konon sedang bertanya arah.

Lebih kurang bijak soalan yang anda berikan adalah lebih baik. Ini kerana ini pada awal

pertemuan, dia sedang menilai anda. Dia sedang mula menyemak percakapan anda dan

budi bahasa anda. Apapun yang anda katakan, dia tahu itu hanya sebuah alasan anda untuk

bercakap dengannya. Jika dia suka dengan cara anda, apapun yang anda cakap tidak akan

menjadi masalah.

Walaupun anda tidak perlu ada skrip, apa yang anda katakan perlulah sesuatu yang

menyedapkan telinganya. 30 SAAT PERTAMA PERKENALAN ANDA ADALAH SANGAT

KRITIKAL!

PERINGATAN!! Kalimat pertama yang anda keluarkan kepadanya akan menjadi 100%

anggapannya terhadap anda!! Jika anda membuka perbualan dengan bebelan, dia akan

menganggap anda seorang yang pembebel . Jika anda membuka perbualan dengan komen

sombong, dia akan menganggap anda seorang yang cakap besar. Tetapi jika kalimat pertama

anda adalah kata-kata yang indah dan mempersonakan, dia akan melihat anda sebagai

seorang yang menawan.

Tuan-tuan, ketika ini anda harus bermain dengan tenang. Jangan terlalu gopoh. Buatkan

perkenalan ini nampak lebih relax dan bersahaja.

Untuk menarik perhatiannya, anda perlu menjadi unik. Ramai lagi jejaka diluar sana yang

cuba memikatnya. Oleh itu, anda perlu tunjukkan bahawa anda berbeza dengan teknik yang

saya huraikan dibawah nanti.

Page 30: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

30 | P A N D U A N M E M I K A T

4.2 CARA MEMIKAT BAGI CIK KAKAK

Cik kakak, anda mungkin fikir adalah tanggung jawab lelaki untuk memikat anda dan anda

juga tidak mahu digelar ‘perigi mencari timba’. Jika anda mahu menjadi sebahagian statistik

ramai perempuan di malaysia menjadi anak dara tua, maka teruskanlah perangai anda itu.

Bagaimana perempuan memulakan pertemuan?Tipsnya adalah sangat mudah. Ianya adalah

dengan menarik perhatian lelaki. Adakah anda sudah faham kenapa rakan-rakan anda di luar

sana sanggup berhabisan ratusan ringgit di luar sana hanya untuk kelihatan menarik?

Cik kakak, katakan anda melihat

sorang lelaki yang menarik, apa

harus anda lakukan? Senario yang

biasa berlaku seperti ini, wanita ini

akan memandangnya dengan sekilas

mata dan kemudian pergi.

Perempuan yang lebih berani pula

tersenyum sedikit dan kemudian

berpaling, berharap bahawa lelaki ini akan mengambil inisiatif untuk mendekatinya (konon-

kononnya perempuan ini tidak mahu dilihat terlalu straightforward).

Terus terang saya katakan inilah taktik memikat terburuk yang pernah anda lihat di alam ini.

Jika anda serius mahu mendapatkan pasangan, bertindaklah dengan cara yang akan saya

nyatakan dibawah.

Kajian seorang wanita barat mendapati bahawa Cara berikut adalah cara terbaik untuk

perempuan memulakan langkah :-

1 (Paling hebat) senyum padanya

2- Lemparkan senyuman pendek

3-Lihatlah lurus ke arahnya dan flip rambut anda

4- kekalkan pandangan pada dirinya

5-Lihat dia, pandang ke tempat lain, kemudian pandang kepadanya kembali

Page 31: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

31 | P A N D U A N M E M I K A T

Cik kakak, jangan ragu-ragu tentang cara membuat langkah pertama. Jika anda memerlukan

lebih banyak keberanian, fikirkan cara-cara diatas ini.

Masih malu? Adakah anda merasa dia akan berfikir anda ini gatal jika anda tersenyum lebar

padanya di keramaian atau "sengaja" terlanggar dirinya? Tidak.Dia tidak akan berfikiran

begitu. Apabila anda memulakan langkah-langkah diatas tadi, lelaki yang mendekati anda

tidak akan menyedari bahawa dia sebenarnya bukanlah orang yang memulakan langkah.

Lelaki berfikir mereka membuat langkah pertama sedangkan sebenarnya mereka

sebenarnya yang memulakan langkah kedua.

4.3 BAHASA BADAN UNTUK MEMILIKI CINTA

Bahasa tubuh awal kedua-dua pasangan sangat penting untuk membuatkan perasaan cinta

berkembang atau tidak.

Apakah langkah-langkah bahasa badan ke arah keintiman? Ianya bagaikan satu susunan yang

tertentu yang anda perlu lakukan jika anda mahu keintiman berkembang ke dalam dirinya.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda pelu meniru semua gerakan ini untuk

memudahkan dia jatuh cinta dengan anda. Kuasai teknik-teknik di bawah dengan betul

kerana jika anda jika anda silap pada salah satu daripada mereka, perkembangan keintiman

akan terbantut dan anda akan kembali ke alam bujang :-

Page 32: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

32 | P A N D U A N M E M I K A T

>>GERAKAN KE ARAH KEINTIMAN<<

Langkah Satu: isyarat nonverbal

Satu atau yang lain membuat kehadirannya diketahui (seperti yang dinyatakan dalam bab sebelumnya) dengan senyuman, lirikan dan mengangguk kecil.

Langkah Kedua: Memulakan perbualan

•Anda dengannya memulakan perbualan. Mungkin dia membuat komen atau mengajukan soalan. Ataupun sekadar berkata hai sudah memadai

Langkah Tiga: Hidupkan suasana

Ketika anda memulakan perbualan, maka sidia akan menolehkan muka paling tidak pun hanya sedikit kepada anda. Jika dia tidak melakukannya, sila cuba lagi dengan menukar topik perbualan anda. Jika gagal juga, tamatkan perbualan dan pergilah cari orang lain.

Namun sekiranya dia berpaling wajahnya kepada anda, keadaan turutan yang penting akan terjadi. Ketika perbualan semakin menarik, perhatikan bahawa mereka mula memalingkan bahu mereka pula. Jika mereka saling menyukai, bahagian perut pula akan berpaling dan diakhri pada bahagian kaki. Akhirnya, dalam pertemuan yang berjaya, seluruh tubuh mereka akan saling berhadapan.

Langkah Empat: Menyentuh (Tidak digalakkan di dalam islam)

Seiring dengan perbualan, sedikit sentuhan memainkan peranan penting. Perbualan disertakan degan sedikit sentuhan yang ‘tidak disengajakan’ seperti terlanggar begnya, terkena sikunya dan lain-lain. Bagaimana anda bertindakbalas dengan sentuhan adalah faktor penting dalam menentukan interaksi ini berjaya atau tidak. Jika dia sengaja tersentuh anda dan anda menarik tangan anda, sidia akan melihat perkara ini sebagai penolakan daripaada anda dan hubungan ini tidak akan berjaya.

Langkah Kelima: Persamaan gerakan (mirroring)

Persamaan gerakan adalah perkara yang paling akhir dan menarik untuk ditonton. Sebagai contoh, lelaki dan wanita boleh menikmati munuman mereka pada masa yang sama dan meletakkan gelas mereka dan kembali meletakkan gelas pada meja bersama-sama.

Page 33: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

33 | P A N D U A N M E M I K A T

.

Perhatikan pada pasangan yang sedang bercinta. Pasangan yang hangat dilamun cinta duduk

benar-benar saling berhadapan, dan mereka condong ke arah satu sama lain. Mereka

tersenyum dan mengangguk bersama-sama, tangan mereka kadang-kadang bergerak

bersama-sama dan gerakan mereka bagaikan mempunyai persamaan. Mereka kelihatan

ketawa bersama dan mengerutkan kening bersama-sama. Ketika sesuatu berlaku di luar

perbualan mereka, mereka mempertahankan pandangan mata mereka. Setelah beberapa

ketika, barulah mereka memandang apa yang terjadi dan kemudian melihat kembali ke arah

satu sama lain serentak. Inilah bahasa badan orang yang sedang di dalam percintaan.

4.4 PERHATIKAN GERAKAN BADANNYA

Apabila anda sedang berbual, perhatikan dengan jelas tentang reaksi si dia apabila dia

mendengar tentang apapun yang anda katakan. Perkara yang anda perlu perhatikan adalah

Wajah + Gerakan kepala + Posisi Badan + Mata

WAJAHNYA

Lihat wajah sidia sepanjang perbualan, perhatikan samada wajahnya akan berubah menjadi

suram atau menjadi excited tentang apa yang anda katakan. lebih banyak excited maka

perbincangan anda itu adalah sesuatu yang menarik minatnya.

Adalah lebih baik jika anda perhatikan dengan jelas apa topik yang akan membuatkan dia

menjadi ceria. Apabila wajah sidia menjadi ceria, minta darinya maklumat lebih lanjut

tentang topik itu.

Ketika wajahnya menjadi hambar, itu adalah isyarat anda perlu menukar topik perbualan.

Tukar ke topik lain yang akan membuatnya berminat kembali. Anda tidak dapat membaca

hatinya, tetapi anda dapat memerhatikan reaksi mukanya.

Page 34: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

34 | P A N D U A N M E M I K A T

GERAKAN KEPALANYA

Ketika sidia merasakan bahawa perbualan anda ini membosankan, mereka akan

memalingkan kepalanya daripada anda dengan mudah apabila anak kucing lalu di tepi,

seorang budak terjatuh di lantai atau apapun yang membuatkan sidia berpaling daripada

anda.

Tetapi, jika dia dapati bahawa perbualan anda ini menarik, dia tidak akan berpaling daripada

anda walaupun sebutir bom meletop di tepinya.Oleh itu jadilah peka terhadap gerakan

kepalanya. Apabila dia memandang ke tempat lain, itu adalah isyarat untuk memulakan

topik yang baru.

POSISI BADANNYA

Ketika dia berasa bosan dengan cerita anda, tanpa disedari badannya akan mula berpaling

dari anda. Anda akan dapati posis badannya mula menghala keluar dari anda.

Jika ini berlaku, jangan teruskan perbualan anda. Panggil namanya dan tanyakan soalan yang

bersifat peribadi kepadanya. Ini akan menarik pehatiannya kepada anda kembali.

Jika segalanya berjalan lancar, tiada tanda-tanda penolakan kelihatan, anada boleh

memulakan langkah seterusnya. Anda boleh meminta no telefon, akaun facebook, email,

alamat atau apapun yang akan membolehkan anda menghubunginya kemudian untuk

temujanji pertama anda.

MATANYA

Perhatikan pada matanya. Jika matanya selalu memandang tempat lain, mungkin dia

mendapati apa yang anda bualkan itu membosankan. Tukar topik dengan segera dan

lebihkan perbualan anda mengenai dirinya agar dia berminat kembali untuk berbual.

Page 35: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

35 | P A N D U A N M E M I K A T

4.5 MEMBINA KUASA TARIKAN (untuk lelaki)

Saya akan bongkarkan bagaimana anda mendapat perhatian dari perempuan yang anda

minat. Apa yang anda perlu lakukan adalah,

JANGAN RISAU TENTANG BAGAIMANA MEMBUAT DIA TERTARIK PADA ANDA

Lagi bagus…

JANGAN CUBA LANGSUNG UNTUK MENARIK PERHATIAN DIA

Biasanya apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, perkara pertama yang cuba

dilakukan adalah cuba untuk menarik perhatiannya. Mereka cuba berlagak cool dan dan

memperkatakan sesuatu yang cool. Mari saya beritahu satu rahsia :-

INI ADALAH TAKTIK TERBURUK DALAM MEMIKAT WANITA!!

Lelaki biasanya cuba mencari apa yang perempuan suka dengar. Dia juga cuba berlagak

macho dan berkelakuan nervous semasa perbualan. Paling teruk adalah, dia tidak berani

mengusik perempuan ini atau memperkatakan sesuatu yang menyedihkan perempuan itu.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah, ANDA SEDANG MENGHANTAR ISYARAT KEPADANYA

SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA ANDA!

Ini adalah kesilapan 99.99% yang biasa dilakukan oleh lelaki semasa cuba memikat wanita

yang menjadi idaman mereka.

Sebagai rumusan.............

‘’LELAKI MERASAKAN MEREKA PERLU MENARIK PERHATIAN PEREMPUAN. AKIBATNYA,

KELAKUAN MEREKA KELIHATAN TIDAK NATURAL DAN AKAN MENYEBABKAN PEREMPUAN

MERASA TIDAK TERTARIK’’

Oleh itu, berhentilah dari cuba menarik perhatian sidia. Sukar sangat kah? Anda hanya harus

menjadi.......

Page 36: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

36 | P A N D U A N M E M I K A T

JADILAH LELAKI YANG TIDAK PERNAH CUBA MENARIK PERHATIAN SIDIA. DAN ANDA AKAN

KELIHATAN LUARBIASA! Hanya dengan cara ini saja akan membuatkan perempuan tertarik

kepada anda!

Berbualah secara normal, gunakan kuasa

mata anda, gunakan teknik ayat ayat yang

merapatkan keintiman. Gunakan empati

anda. Ciptakan perasaan ‘emotionally

connected’ dengan berkongsi perasaan

dengannya. Jangan fokuskan cerita itu

tentang diri anda. Fokuskan mengenai

dirinya sahaja. Apabila kena pada

masanya, minta no telefon, email atau

facebook agar anda dapat sentiasa berhubungan dengannya.

Anda akan kelihatan luar biasa kerana cuba membuat sesuatu yang lain yang jarang

dilakukan oleh lelaki lain. Dan perasaan ini akan membuatkan dia yang mengejar anda, dan

anda hanya perlu menunggu sahaja.

BAGAIMANA MENJADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI HADIAH?

Cik abang, untuk kebanyakkan perempuan, mendapatkan cinta bukanlah susah sangat.

Banyak lelaki di luar sana yang bersedia menjadi teman lelakinya bila-bila masa sahaja. Oleh

sebab inilah, mereka dengan mudah boleh membuat keputusan samada hendak berkenalan

dengan anda ataupun tidak. Usaha memikat ini nampak sangat mudah pada mereka. Tiada

cabaran dalam mencari cinta, tiada pengalaman yang menarik.

Jika anda hendak membuatkan perempuan tergila-gilakan anda, anda WAJIB membuatkan

dia berfikir bahawa anda adalah hadiah dari cabaran mencari cinta ini. Anda perlu yakinkan

anda adalah satu ASET yang dia perlu berusaha untuk dapatkan.

Page 37: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

37 | P A N D U A N M E M I K A T

Kebanyakkan lelaki membuatkan diri mereka ‘selalu ada’. Mereka selalu ada untuk

memenuhi apa yang merempuan ini mahukan. Tapi inilah yang membuatkan perempuan

merasa bosan, kerana semua lelaki melakukan perkara yang sama.

Jika anda ingin membuatkan dia tergila-gilakan anda, anda perlu kelihatan degil dan ‘nakal’.

Lelaki baik ada di mana-mana, yang semuanya gagal memikat perempuan. Anda sudah tentu

tidak mahu menjadi sebahagian lelaki yang menyedihkan ini. Buatkan dia berfikir yang anda

adalah lelaki unik dan istimewa yang dia akan rugi jika melepaskan anda .

Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi lelaki idaman wanita dalam bab-bab yang

akan datang. Teruskan bacaan anda dahulu.

4.6 MENGAPA LELAKI NAKAL SELALU MENDAPAT PEREMPUAN CANTIK?

Jawapannya adalah sangat mudah..

Ini kerana dalam fikiran mereka ada fikiran ‘INGAT AKU KESAH SANGAT DENGAN KAU?’

Jika seorang perempuan tidak mahu mengikut cakapnya, dia langsung tidak kesah. Ini kerana

dia tahu ada banyak lagi perempuan di luar sana. Mereka juga tidak takut untuk mengatakan

apa yang mereka fikirkan. Jika seorang perempuan cuba menjadi queen control atau

mengawalnya, dengan selambanya dia akan meninggalkan perempuan itu.

Perempuan sangat tertarik dengan lelaki

seperti ini. Bukannya kerana mereka bodoh

untuk bertemu lelaki nakal, tetapi mereka

dapat mengesan perangai ‘ Ada Aku kesah’

pada lelaki-lelaki ini. Ia membuatkan lelaki

nampak ‘menguasai’ pada mata mereka.

Jika perempuan cuba-cuba mengawal

Page 38: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

38 | P A N D U A N M E M I K A T

mereka, dengan segera lelaki-lelaki ini akan ‘meletakkan perempuan ini balik ke tempat

asalnya. Tempat perempuan adalah mengikut lelaki. Bukan menjadi ketua kepada lelaki.

Perkara inilah yang membuatkan perempuan mudah jatuh hati kepada mereka.

Oleh itu, janganlah anda menjadi lelaki yang menuruti kata mereka membabi buta. Anda

seorang lelaki maka bertindaklah seperti seorang lelaki sejati.

Page 39: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

39 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 5 - CARA KOMUNIKASI KE ARAH

PERCINTAAN

Adakah perbualan yang perlu anda bincangkan? ia berlainan pada setiap individu. Ada orang

suka bercerita tentang kereta, sukan, filem dan lain-lain. Ada orang suka membincangkan

perniagaan, falsafah dan lain-lain. Anda perlu tahu apa perbualan yang menarik minatnya

bagi membuatkan perbualan anda akan mudah untuk diingatinya.

Jadilah sensitif ketika berbicara dengannya. Jika anda dapati dia sedang mengeluh, tawarkan

simpati anda. Jangan sesekali cuba membuat lawak jenaka kerana anda akan kelihatan

sebagai seorang yang tidak sensitif.

5.1 TEKNIK IMBAS SEMUA PERKATAAN DARI BIBIRNYA

Ada satu teknik yang mudah untuk anda gunakan bagi mengetahui apakah topik yang suka

dibicarakan oleh pasangan impian anda. Semasa anda berbual dengannya, berikah perhatian

terhadap setiap PERKATAAN yang dikatakannya samada fakta, minatnya, pendapatnya atau

hidupnya. pemerhatian terhadap perkataan ini penting kerana inilah KUNCI untuk anda

meneruskan perbualan yang benar-benar dia ingin bicarakan.

Satu Cerita....

Sebagai contoh, semasa anda pulang dari kerja, anda lihat seorang gadis sedang menunggu

bas. Anda bertindak dengan teknik renungan mata yang anda pelajari tadi dan cuba melihat

adakah respon yang diberikan adalah baik. Apabila dia memberikan respon yang baik, anda

datang menegurnya dan anda memulakan perbualan anda dengan dengannya.

Anda : ' susah nak dapat bas hari ni'.

si dia hanya tersenyum pada anda .

Anda cuba meneruskan perbualan , 'anda kerja disini ke?'..

Sidia : ' saya kerja di ofis di hujung bangunan itu '...

Anda : Oh ya kah? saya tak perasan pula bahawa anda selalu naik bas disini.'

Sidia : ''saya baru lagi kerja di ofis itu. Saya datang dari johor''..

Page 40: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

40 | P A N D U A N M E M I K A T

Anda : ''oh ya kah?''...

anda pun tersenyum dan dia pun tersenyum. Tiba-tiba suasana menjadi senyap dan sunyi.

15 minit kemudian, bas pun datang dan dia menaiki bas dan meninggalkan anda. tamatlah

sudah satu perhubungan cinta yang berpotensi.

Teruk betul anda ini. Sidia sudah pun memberikan isyarat bahawa dia membenarkan anda

untuk berbual dengannya. Perbualan itu berjalan dengan baik sehinggalah anda tiba-tiba

mati akal dan tidak tahu apa topik yang harus diteruskan. Bukankah sidia tadi sebenarnya

telah berikan kepad anda satu topik baru untuk anda teruskan?cuba teka apa dia?

Perkataannya adalah ''baru kerja'!!

Setelah dia memberikan ayat hint itu , anda

seharusnya bertanya, "Oh, dah lama kah

anda kerja disana?" Mungkin dia baru kerja,

mungkin dia pelajar praktikal, mungkin dia

telah lama kerja disitu. Jadi mengapa anda

boleh ketandusan idea?

Sekarang katakan dia berminat menyambung perbualan 'saya perlu balik cepat untuk

memberi kucing saya makan.' Perhatikan, sidia baru saja memberi hint bahawa sidia baru

saja memberi anda topik baru untuk perbualan. KUCING inilah perkataan yang menjadi

KUNCI topik perbualan yang menarik minatnya. Katakanlah, "Oh ya ka, kucing jenis apa?''

Kemungkinannya merasa selesa dengan anda dan berminat meneruskan perbualan dengan

anda. Anda boleh kembangkan lagi perbualan anda mengenai topik ini.

5.2 AYAT YANG MERAPATKAN KEINTIMAN

Pernahkah anda membezakan bagaimana cara anda berbual dengan rakan baik anda dan

juga dengan rakan anda yang kurang rapat? Saya percaya anda semua tidak sedar tetapi jika

anda fikirkan semula, percakapan anda bersama rakan baik mempunyai perbezaan. Dengan

rakan baik anda mempunyai bahasa yang tertentu dan juga topik yang dibincangkan juga

lebih meluas sehingga memasuki hal peribadi dan perasaan.

Page 41: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

41 | P A N D U A N M E M I K A T

Jika anda inginkan sidia menjadi lebih rapat dengan anda, anda juga boleh menggunakan

cara yang sama. Teknik ini juga boleh mengelakkan sidia daripada mengganggap anda

sebagai kawan sahaja. Terdapat turutan yang membezakan bagaimana kita berbual dengan

orang yang asing dan juga dengan orang yang rapat dengan kita.

Turutannya adalah seperti ini :-

Biasanya, sewaktu perkenalan kita dengan seseorang yang lain, kita jarang menggunakan

ayat kita. Tetapi jika ingin mewujudkan keintiman, gunakan teknik ini untuk membuatkan

dia berfikir bahawa anda dengannya adalah sangat rapat. Gunakan perbualan tahap ketiga

TAHAP 1 (KLISE) : Dua orang yang asing berbual mengenai apa sahaja perkara tetapi menggunakan ayat pendek. Sebagai contoh, Dua orang asing akan berkata,"berjogging ini bagus" atau "Wah, penatnya jogging" Itu tahap pertama, klise.

TAHAP 2 (FAKTA) : Orang yang mengenali satu sama lain, tetapi hanya berkawan sering memberikan kata-kata berunsur fakta. "Kau tahu ina, bila kita berjogging, semua toksin di dalam badan akan dikeluarkan melalui peluh"atau" 'berjogging di bawah panas akan membuatkan badan kita terhidrat lebih cepat''.

TAHAP 3 (PERTANYAAN PERIBADUI DAN UNSUR PERASAAN ) : Rakan sering mengungkapkan perasaan mereka walaupun untuk topik yang biasa seperti berjogging: "Awak tahu,saya sangat suka berjogging. " Mereka juga menggunakan soalan peribadi seperti". Bagaimana dengan awak, awak suka berjogging tak?"

TAHAP 4 (Ayat 'Kita') : Ini adalah tahap dimana keintiman menjadi lebih dekat. Ia seperti ayat pendek tetapi mempunyai unsur-unsur perasaan. Sebagai contoh, "Jika kita terus berjogging seperti ini, kita pasti berasa seronok dan gembira"

Page 42: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

42 | P A N D U A N M E M I K A T

dan keempat sahaja semasa berbual dengannya. Jangan berbual seolah-olah anda ini

kawan sahaja.

5.3 BUATKAN HIDUP ANDA SESUAI DENGAN CARA HIDUP SIDIA

Apabila memikat, anda perlu tunjukkan yang hidup anda dengannya adalah ‘sekufu’ dan

berpadanan. Anda perlu membuatkan bahawa kehidupan anda menepati lovemap sidia.

Apabila sidia bertanya pada anda ‘Apa kerja anda?, ada beberapa faktor yang anda perlu

pertimbangkan jika anda ingin membuatkan dia menyukai anda iaitu :-

1. Anda perlu kelihatan seperti lelaki hebat atau wanita hebat yang dia ingin cintai

2. Anda perlu kelihatan berkeyakinan terhadap hidup anda.

3. Anda perlu berikan setiap jawapan anda tergantung supaya dia sentiasa meneruskan perbualan dengan anda.

Nombor 1: "Sayalah orang yang anda inginkan selama ini."

Ketika anda mengenali orang baru, anda tidak tahu banyak mengenai dirinya. Melalui

perbualan, jika anda rasakan bahawa dia mahukan seseorang yang mempunyai kerjaya

proffesional, maka anda tekankan padanya betapa pentingnya kerja anda.

Jika anda merasakan bahawa dia mahukan seorang businessman, ceritakan tentang kejayaan

anda dan juga projek-projek anda yang lalu.

Mudah kata, ketahui orang bagaimana yang dia mahukan dahulu. Kemudian, suapkan

padanya cerita apa yang dia ingin dengar tentang kerjaya anda dan sebagainya.

Nombor 2 : Saya Suka Kehidupan Saya

Ceritakan padanya tentang kehidupan anda yang menarik dan seronok untuk didengar.

Jangan sesekali menceritakan tentang kehidupan anda yang sedih.

Semua orang sukakakan cerita yang positif pada pertemuan mereka. Ia akan memberikan

reaksi positif tentang perhubungan anda dengannya. Mungkin anda ada kisah sedih yang

Page 43: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

43 | P A N D U A N M E M I K A T

ingin diceritakan, tapi tahanlah dahulu. Setelah perhubungan anda berjalan dengan lancar,

maka perlahan-lahan anda boleh menceritakan topik seperti ini.

Nombor 3 : Mari terus berbual

Apabila berbual, elakkan menggunakan ayat yang boleh dimatikan. Sebagai contoh, apabila

dia bertanya tentang kerja anda, jangan lah hanya menjawab,’saya jurutera’, saya doktor,’

saya peniaga dan lain lain. Jika memberi soalan, jangan berikan soalan yang mempunyai dua

pilihan sahaja seperti Ya atau tidak.

Panjangkan sedikit huraian anda.

Sebagai contoh.

Saya seorang doktor. Baru-baru ini,

saya telah merawat seorang pesakit

kanser. Saya sukakan semangatnya

yang tidak mahu putus asa.

Maka dengan ini, perbualan tidak

akan putus dan anda akan lebih

mudah merapatkan keintiman anda

dengannya.

5.4 PERBUALAN YANG PASTI MEMIKAT

Jika anda ingin berjaya memikatnya, anda perlu lakukan taktik yang orang kebanyakkan tidak

lakukan. Jadilah unik, jadilah lain dan jangan tanyakan ayat –ayat yang membosankan.

Untuk menjadi unik, tanyakan diri anda perkara perkara ini ‘ apa perkara biasa yang lelaki

buat ketika memikat wanita? Dan bagaimana saya boleh gunakan cara lain yang unik dalam

cara memikat saya?’

Salah satu cara yang terbaik untuk memikat adalah anda BUATKAN BAHAWA ANDA TIDAK

KISAH LANGSUNG MENGENAI KECANTIKKANNYA. BUATKAN SEOLAH-OLAH ANDA

MENCARI SESUATU YANG LAIN DALAM DIRINYA.

Page 44: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

44 | P A N D U A N M E M I K A T

JANGAN komen mengenai kecantikannya. Cara memikat yang biasa pasti akan menggunakan cara untuk memuji paras rupanya atau fizikalnyapada pertemuan pertama. Apa yang anda harus lakukan adalah sebaliknya. Jika anda ingin memuji, maka pujilah perkara lain yang anda mahu puji.

JANGAN memberikan hint bahawa anda sukakannya terlalu awal. Ini juga adalah pra matang. Pada ketika ini, anda perlu membuatkan dia dan anda mempunyai persamaan. Anda juga masih belum mengetahui cara bagaimana untuk merapatkan keintiman anda dan membuatkan sidia berasa istimewa.

JANGAN gunakan perkataan sayang pada pertemuan pertama. Pada perempuan, perkataan sayang adalah perkataan keramat. Jika anda mengeluarkan senjata ini telalu awal, ia boleh memakan diri.

JANGAN kelihatan ego. Sesetengah orang mempunyai ego yang agak tinggi. Mereka ini sering merasakan yang diri mereka sangat hebat berbanding dengan orang lain. Jika beginilah perangai anda, mungkin di awal perkenalan anda sahaja, dia sudah hilang minatnya terhadap anda. Bagi mereka, jika anda sudah bersikap ego, itu tandanya yang anda memang tidak boleh mengalah pada sesuatu keadaan.

KATAKAN sesuatu yang kelakar. Anda tidak dapat mengetahui jika dia melalui hari-hari yang sukar. Jika anda membuatkannya ketawa, anda akan dapat markah lebih!

Page 45: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

45 | P A N D U A N M E M I K A T

5.5 TOPIK PALING MUDAH DALAM MENCIPTA PERASAAN

‘EMOTIONALLY CONNECTED’

Inginkah anda mengetahui apakah topik yang paling mudah dalam mencipta perasaan? Ianya

adalah sama bagaimana persahabatan bermula. Pada masa persahabatan bermula, ia

bermula apabila anda mendapati ada persamaan dengan dirinya. Hubungan menjadi

semakin rapat apabila sidia mulai sedar bahawa anda memahami setiap kesukaran

kehidupan yang sedang dilaluinya, yang anda juga sedang berhadapan kesukaran yang sama.

Perkara yang paling pantas membina hubungan adalah apabila anda dan sidia BERKONGSI

SESUATU PERASAAN, LEBIH-LEBIH LAGI JIKA BERKONGSI PERASAAN SEDIH ATAU TEKANAN

KEHIDUPAN. Oleh itu, jika dia sedang menceritakan sesuatu yang ‘berperasaan’, maka

dengarlah apa yang diperkatan dengan sebaiknya. Jadilah pendengar yang setia. Masukkan

unsur empati (akan diterangkan kemudian) ke dalam respon yang akan anda berikan

kepadanya.

Cara paling mudah untuk menggunakan

teknik ini adalah dengan BERTANYA

kepada dirinya. Tunjukkan padanya yang

anda benar-benar berminat hendak

mengetahui perkara itu. Jadilah jujur dan

jangan berpura-pura. Anda perlu

paparkan keunikan anda sejak pandangan

pertama bermula dan membinanya dari

situ.

Sebelum anda boleh membuatkannya jatuh cinta dengan anda, anda harus memasuki

hidupnya terlebih dahulu dan melihat melalui cara dia melihat masalah itu. Selamilah isi

hatinya dan fahamlah segala kesusahan atau kesukaran yang dia kongsikan dengan anda.

Page 46: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

46 | P A N D U A N M E M I K A T

5.6 TEKNIK ‘Bocor Rahsia Sendiri’

Cik abang dan cik kakak, biasanya, dalam hubungan baru, kita jarang memdedahkan rahsia

sendiri kepada orang yang baru kita kenal. Kita hanya mendedahkan rahsia atau membuat

pengakuan hanya kepada kenalan rapat atau sahabat kita.

Oleh itu, untuk merapatkan keintiman, apa yang anda perlu lakukan adalah membocorkan

sedikit rahsia kecil anda kepadanya.

Sebagai contoh, ‘’Saya suka gigit kuku semasa saya bosan mendengar ceramah.’’. Mungkin

dia akan menjawab, ‘’Oh saya lagi teruk! Jika saya bosan, saya boleh tidur dalam keadaan

duduk !’’

Berkongsi rahsia seperti ini akan merapatkan hubungan dan mewujudkan keintiman antara

anda dengannya. Tetapi jangan bocorkan rahsia besar. Ia boleh menunjukkan anda ini jenis

yang cuai dan jenis yang tidak berguna.

Page 47: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

47 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 6 – TEMUJANJI PERTAMA ADALAH

PENTING

Pada peringkat mengajaknya bertemujanji, skill memikat menjadi semakin penting. Sebarang

kesilapan kecil akan membuatkan markah anda menjadi kurang. Setiap tutur kata dan

tingkah laku anda akan menjadi penentu samada pasangan impian akan meneruskan

perhubungan dengan anda ataupun tidak. Ketika anda ingin memulakan hubungan anda,

jadilah relax dan bersahaja dalam setiap perbuatan anda.

6.1 ANDA PERLU ADA INI SEBELUM MENGAJAKNYA BERTEMUJANJI

Soalan : Bilah masa yang sesuai untuk anda mengemukakan ayat menjemputnya

bertemujanji ? Adakah ketika panggilan pertama atau minggu pertama anda berbalas-balas

sms dengannya?

Jawapan : Sebelum mengajaknya bertemujanji, apa yang anda perlu pastikan adalah

sudahkah dia cukup tertarik kepada anda. Caranya adalah mudah sahaja iaitu dengan

menumpukan fokus perbualan atau perbicangan anda hanya mengenai dirinya sahaja.

Ya cik abang cik kakak, biarkan si dia menceritakan tentang kehebatan dirinya atau dunia

bisnesnya. Biarkan dia merasakan dia menarik minat anda ketika dia menceritkan tentang

personalitinya, kucingnya, keretanya, pakaiannya, tudungnya atau apapun yang dia ingin

ceritakan.

Kemudian apabila dia menghargai anda yang

sudi mendengar ceritanya, ajaklah si dia

keluar dengan baik. Gunakan ayat yang

lembut dan dengan personaliti anda yang

bersahaja, jemputlah si dia makan tengahari

atau makan malam bersama anda untuk anda

Page 48: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

48 | P A N D U A N M E M I K A T

mendengar ceritanya dengan lebih lanjut. Anda juga boleh menelefon dia jika anda

berjauhan tetapi jangan sesekali mengajaknya bertemujanji dengan SMS.

Jangan pula mengajak si dia keluar dengan anda terlalu cepat. Sebelum si dia meluangkan

masanya yang sangat berharga untuk bertemujanji, PASTIKAN BAHAWA ANDA INI CUKUP

MENARIK PADANYA UNTUK BERTEMUJANJI. Dia perlukan lebih maklumat. Dia juga ingin

tahu serba sedikit tentang anda. Ajakan terlalu awal akan merosakkan segala-galanya. Dia

tidak akan membuat keputusan go/no go untuk bertemujanji hanya berdasarkan paras rupa

anda, tetapi juga personaliti anda, kebijakan anda, humor anda dan segala-galanya tentang

anda

6.2 MENJUAL MAHAL, PERLU ATAU TIDAK?

Sesetengah orang beranggapan bahawa semakin perempuan itu menjual mahal, semakin

lelaki akan mengejarnya. Ia boleh jadi ya jika perempuan ini adalah sangat cantik di dalam

kerana dia boleh memlilih salah seorang lelaki meminatinya. Ada pula pendapat

mengatakan bahawa perempuan yang memilih, pandai menjaga dirinya kerana tidak mudah

diajak keluar berasama sebarangan lelaki.

Tetapi hakikatnya, orang lelaki TIDAK SUKA dengan

perempuan yang jual mahal, kecuali dia benar-benar

tergila-gilakan perempuan itu. Oleh itu wahai kaum wanita,

janganlah menjual mahal, lebih-lebih lagi kepada

perkenalan baru. Jika dia mengajak anda bertemujanji,

maka sebutllah ‘oh saya setuju’, tetapi kemudian, perlahan –lahan berikan hint-hint bahawa

anda ini tidak mudah diajak keluar oleh lelaki lain. Anda setuju keluar dengannya kerana si

dia ini istimewa sahaja.

Page 49: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

49 | P A N D U A N M E M I K A T

6.3 PERTEMUAN PERTAMA YANG PASTI JATUH CINTA

Semasa bertemujanji, anda harus menggunakan teknik ini untuk membuatkan dia tertarik

dengan anda. Apa yang saya akan kongsikan adalah satu tips yang paling berkuasa yang tidak

semua orang tahu. Ia adalah satu rahsia bagaimana minda manusia berfungsi.

Jika anda berjaya membuatkan seseorang berkongsi ‘perasaan’ ketika bersama-sama

anda, minda mereka akan sentiasa mengingat ‘perasaan’ itu terhadap anda. Dalam kata

lain, jika anda dan dia melihat sesuatu yang sedih dan kelakar bersama-sama, minda anda

dengannya akan merasakan ‘’rasa seronok bersama-sama anda, kelakar bersama–sama

anda’’

Ianya adalah dengan menggunakan teknik yang paling pantas dalam membina hubungan

didalam bab sebelum ini iaitu ANDA DAN DIA MESTI BERKONGSI SESUATU PERASAAN

YANG SAMA. Semasa bermain rollercoaster, anda dengannya sama-sama mempunyai

perasaan seronok ketika itu. Oleh itu, setelah selesai aktiviti itu, gunakan teknik REMINDER

iaitu dengan membuatkan dia mengingat semula keseronokan yang dialaminya tadi.

Antara ayat-ayat yang anda boleh gunakan adalah ‘’seronok kan wak main roller coaster

tadi. Kelakar jek kita jerit-jerit SEBAB TAKUT tadi kan’’ .

Jika anda membawanya menonton cerita seram dan dia berkata ‘xsuka tengok cite hantu

tadi. Takut sangat’, anda boleh katakan ‘aha betulkan wak, memang tak suka langsung. Asyik

buat KITA TERKEJUT saja kan’.

Ianya adalah semudah itu. Ianya adalah dengan BERKONGSI PERASAAN YANG SAMA.

Adalah lebih baik jika anda meminta dia yang berkongsi perasaan itu dengan anda.

Kemudian, anda hanya gunakan empati (di dalam bab seterusnya) untuk membuatkan diri

Page 50: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

50 | P A N D U A N M E M I K A T

anda kelihatan istimewa. Anda boleh gunakan kuasa ini untuk membuatkan dia tertarik

dengan anda tidak kira apapun ‘perasaan’ yang anda ingin gunakan kepadanya. Ianya juga

adalah berkaitan dengan konsep empati yang akan dihuraikan kemudian.

6.4 BAGAIMANA MENANAMKAN PERSAMAAN

Pada bab seterusnya, antara topik yang dibincangkan adalah bagaimana anda ingin

menanam persamaan antara diri anda dengan sidia. Waktu yang terbaik untuk anda

menanam persamaan ini adalah semasa temujanji pertama. Perempuan biasanya

memulakan hubungan dengan lebih banyak berbicara. Lelaki pula menjadi rapat dengan

dengan membuat aktiviti bersama-sama.

Perempuan biasanya lupa akan perkara ini. Pada temujanji pertama, mereka mencadangkan

sesuatu tempat dimana mereka boleh bercakap dan mengenali sesama sendiri. Ini adalah

memulakan perhubungan cara perempuan. Jika anda benar-benar ingin membuatkan si dia

jatuh cinta dengan anda, cadangkan aktiviti yang anda dan dia menjadi rapat dengan cara

lelaki. Cari aktiviti yang dia minat dan lakukan lah bersama-sama. Dia akan mendapat mesej,

‘’perempuan ini sesuai dengan gaya hidup saya’’.

Mungkin anda bosan menonton bola di stadium, mengikuti perlawanan hoki atau menonton

cerita perang. Tetapi jika itu adalah minatnya, dan anda juga mahu menjadi sebahagian dari

dirinya, maka lakukanlah apa yang menarik minatnya, bukan mengikuti minat anda sahaja.

6.5 MENDAPATKAN LOKASI DATING YANG MENAIKKAN MOOD

Apabila si dia besedia dengan untuk

temujanji pertama bersama anda, soalan

yang amat sukar di jawab adalah di mana

anda mahu membawa dia bertemujanji. Jika

ditanya kepada orang perempuan, maka

selalunya yang akan dijawab adalah ‘’mari

Page 51: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

51 | P A N D U A N M E M I K A T

kita pergi dinner’’. Kebiasaanya ini menjadi pilihan orang perempuan, kerana semasa dinner

anda berpeluang untuk mengenali diri pasangan impian anda, dan membolehkan si dia

mengenali personaliti dengan lebih mendalam.

Tetapi jika anda ingin membuatkan dia jatuh cinta dengan anda, maka dengan ini ketahuilah

bahawa dinner bukanlah pilihan yang baik. Lokasi tempat pertemuan temujanji yang baik

adalah suatu tempat yang menaikkan emosi dirinya dan MEMBERIKAN PERASAAN.

Apabila merancang untuk lokasi dating, anda perlu

mengetahui apa yang tidak pernah dirasai oleh pasangan

impian anda. Kemudian rancanglah sesuatu pengalaman yang

memberikan kesan emosi untuk dirinya. Anda tidak perlukan

pengalaman berbahaya, cukuplah dengan pengalaman yang

membuatkan dirinya dapat berkongsi cerita pengalaman itu

dengan anda pada masa hadapan. Mungkin dia akan berasa

sangat gembira jika anda membawanya menonton wayang yang

dilakonkan pelakon kesukaannya. Mungkin si dia suka pergi ke

konsert yang ramai orang. Mungkin si dia sukakan aktiviti lasak seperti memanjat bukit dan

flying fox. Mungkin juga anda boleh bawa dia ke expo-expo yang dianjurkan di tempat anda.

Expo seperti belon panas putrajaya yang penuh dengan belon-belon cantik mungkin sesuai.

Ini kerana ia satu pengalaman baru untuk dirinya.

Cara yang terbaik untuk anda mengetahui apa yang menarik minatnya adalah anda perlu

sentiasa peka semasa perbualan anda dengannya sebelum anda mengajaknya keluar.

Akhirnya, sesudah selesai aktiviti-aktiviti ini dilakukan, maka pergilah makan malam dan

anda dan pasangan impian boleh berkongsi cerita dan perasaan anda mengenai apa yang

dilakukan tadi.

6.6 RESTORAN PERTAMA ANDA

Kebanyakkan lelaki mempunyai masalah dalam memilih restoran. Mereka tidak tahu samada

perlu membawa anda ke restauran yang mahal ataupun kedai mamak kesukaannya.

Page 52: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

52 | P A N D U A N M E M I K A T

Sesetengah perempuan berasa tidak selesa apabila anda membawanya ke restoran yang

mahal untuk pertemuan pertama. Sebagai langkah selamat, adalah lebih baik jika anda

membawanya ke restauran yang cantik tetapi murah dan kelihatan sesuai dengan keadaan

anda dan pasangan impian yang sedang dilamun cinta.

Satu tips yang baik adalah dengan membawanya ke restoran yang mempunyai mood

tertentu seperti klassik, elegan, cool,romantis, berseni dan lain-lain yang anda ingin

tanamkan ke dalam diri pasangan impian anda. Ini kerana unsur unsur ini akan memainkan

peranan dalam memainkan perasaannya.

Kepada kaum perempuan, jadikan perkara memilih lokasi restoran ini lebih mudah kepada

kaum lelaki. Cadangkan kepadanya suatu tempat makan yang anda rasakan sesuai dengan

suasana romantis dan tidak menipiskan poketnya.

Ada dua cara untuk memiliki hati lelaki iaitu melalui perutnya dan poketnya. Anda masakkan

makanan yang sedap untuknya, dia menyintai anda. Anda tidak menipiskan dompetnya, dia

menyintai anda.

6.7 PAKAIAN

Perempuan tidak apa hendak dipakai?Jangan risau..kaum lelaki lebih sepatutnya risau

mengenai perkara ini.

Semasa pertemuan pertama, pemilihan pakaian

adalah sangat penting. Ini kerana ia adalah

persepsi pertama sidia terhadap diri anda.

Cik abang, pilihan pemakaian oleh kaum lelaki

sebenarnya bukanlah mudah. Ini kerana seorang

wanita mempunyai satu kebolehan untuk melihat

kasut GUCCI yang anda pakai walaupun anda masih jauh dihujung

taman yang sesak. Lebih elok pakaian si lelaki, lebih tinggilah

persepsi wanita tersebut kepada anda. Lelaki yang berpakain kemas

menunjukkan bahawa dia sangat mengambil berat dan menjaga

Page 53: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

53 | P A N D U A N M E M I K A T

dirinya dengan baik. Ini akan meningkatkan keyakinan pasangan impian terhadap

keupayaan diri anda untuk menjaga dirinya.

Pemakain pula hendaklah disesuaikan dengan tempat temujanji pertama anda. Memakai kot

di kedai yang biasa-biasa sudah tentu akan membuatkan anda kelihatan janggal dan

pasangan impian anda akan menilai bahawa anda ini orang yang hanya ingin menunjuk-

nunjuk. Kaum perempuan pula biasanya tiada masalah untuk memilih pakaian. Pakaian yang

cantik, tidak terlalu berserabut dan menarik sudah pasti akan membuatkan pasangan impian

anda merasa selesa duduk menikmati makan malam bersama anda.

6.8 BAGAIMANA MAHU MEMBUATKAN DIA TERGILA-GILAKAN ANDA

SELEPAS TEMUJANJI

Dalam dunia perniagaan, ada satu istilah yang sangat hebat yang dipanggil SCARCITY. Ianya

bermaksud sesuatu barang itu akan menjadi lebih berharga jika ianya kurang di pasaran. Jika

pengeluaran barang ini kurang atau lebih sukar untuk mendapatkan barang ini, maka lebih

berharga lah barang tersebut.

Manusia, terutamanya perempuan, selalu mahukan sesuatu yang mereka tidak boleh

dapat. Mereka juga selalunya tidak akan menghargai sesuatu yang mereka boleh dapatkan

dengan mudah. Untuk sesetengah perempuan, mendapatkan cinta bukanlah susah sangat.

Ramai lelaki yang sanggup berbaris dan beratur semata-mata untuk bertemujanji

dengannya.

Semua lelaki ini biasanya suka memanjakan perempuan ini dengan memberi barang, hadiah

dan ayat-ayat yang romantis.

Oleh kerana ini jugalah,

perempuan ini biasanya akan

cabut lari secepat kilat setelah

mendapat semua hadiah ini.

Permainan cinta ini sudah

menjadi bosan untuk mereka,

Page 54: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

54 | P A N D U A N M E M I K A T

tiada cabaran, tiada emosi mereka yang digunakan.

Apa yang harus anda lakukan , adalah begini :-

Kebanyakkan lelaki selalu membuatkan diri mereka SELALU ADA untuk perempuan-

perempuan ini.mereka sentiasa ada untuk memenuhi kehendak perempuan ini hatta jika

perempuan ini menyuruhnya membuat sesuatu yang tidak masuk akal. Oleh itu, apa yang

anda perlu buat adalah , JANGAN SELALU ADA!

Anda perlu timbulkan ‘scarcity’ itu. Ramai lelaki baik di luar sana, oleh itu jangan menjadi

sebahagian dari mereka. Anda harus buatkan bahawa anda adalah ASET yang dia perlukan.

Anda perlu buatkan dia berfikir samada dia LAYAK atau tidak untuk berkawan dengan anda.

Anda perlu buat dia tahu yang anda tidak hanya melihat kepada paras rupanya yang cantik,

yang sebenarnya ada kualiti lain pada dirinya yang anda mahukan.

Jika dia meminta anda lakukan sesuatu untuknya, KATAKAN TIDAK. Buatkan anda ada kerja

lain yang lebih penting dari dirinya. Jika dia hari-hari mahu keluar berdating, KATAKAN

TIDAK. Jangan memenuhi hasratnya. Jika dia mahu anda menghantar sesuatu padanya,

suruh dia datang dan ambik sendiri.

Jika dia mahu call atau sms, jangan sentiasa

ada untuk dia. Nyatakan yang anda sedang

sibuk atau sedang membuat sesuatu yang lebh

penting. Sebagai contoh, Jika dia yang

meminta anda untuk call, maka cakaplah ,

‘maaflah, malam nanti baru saya call k.’’

Kemudian, pada malam hari , hubungilah dia

dan berbuallah sepenuh hati. Tanyakan apa

yang mahu dibincangkan.

Page 55: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

55 | P A N D U A N M E M I K A T

Dengan ini dia akan tahu bahawa anda ini tidak sentiasa ada untuknya. Dan itulah lelaki yang

sentiasa menjadi idaman wanita.

Tetapi jangan pula asyik mengatakan tidak kepadanya. Adakalanya anda juga perlu

memenuhi permintaan dirinya. Hanya jika ia benar-benar penting sahaja.

Mudah kata, perempuan lebih sukakan lelaki yang ada untuknya tetapi adakalanya tiada ,

berbanding lelaki yang sentiasa terhegeh-hegeh dan sentiasa memenuhi permintaanya

24jam. Lelaki seperti ini dilihat sebagai membosankan dan tiada tarikan.

Page 56: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

56 | P A N D U A N M E M I K A T

BAB 7 – MENCARI PERSAMAAN

7.1 MASAKAN ENGGANG DAN PIPIT BOLEH TERBANG SAMA-SAMA

Pernahkah anda mendengar peribahasa ini? Peribahasa ini tidak menipu. Enggang hanya

terbang bersama enggang sahaja. Burung pipit boleh tinggal di zoo dan menjadi tontonan

pelawat.

Cik abang dan cik kakak, ini adalah benar. Jika anda adalah

enggang, anda akan berkawan dengan enggang sahaja.

Anda berasa selesa apabila dikelilingi dengan orang yang

‘sama jenis’ dengan anda. Anda sukakan mereka kerana

pada anda mereka ini sama dengan anda. Mereka

mempunyai persamaan sikap, nilai minat dan kehidupan

dengan anda. Apabila anda berhampiran dengan seseorang

yang mempunyai ciri-ciri ini, anda merasa selamat, gembira

dan sangat intim.

Begitulah juga semasa mencari cinta. Kita mencari

seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita.

Yang mempunyai nilai yang sama, kepercayaan yang sama.

Kita mahukan seseorang yang mempunyai pendapat yang

sama bagaimana dunia ini beredar disekeliling kita. Ustaz

tidak mungkin berkahwin dengan pelacur, Rock Star tidak

mungkin berkahwin dengan pensyarah dan gembala kambing tidak mungkin berkahwin

dengan pegawai kerajaan.

Page 57: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

57 | P A N D U A N M E M I K A T

Persamaan akan membuatkan kita berasa selamat. Orang akan mendapatkan seseorang

seperti ini untuk dijadikan pasangan hidup. Ia adalah sangat baik untuk kelebihan masa

panjang. Akhirnya, mudah untuk kita jatuh cinta dengan orang seperti ini.

7.2 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SEMASA BERUSAHA MEMILIKI

HATINYA.

Persamaan adalah bagus untuk hubungan anda. Tetapi terlalu banyak persamaan hidup akan

menjadi cepat bosan. Manusia sentiasa mencari perbezaan atau kelainan. Tapi ia bukanlah

bermakna semua bentuk kelainan. Hanya sesetengah kelainan sahaja yang dicari oleh

individu berkenaan.

Orang yang mencari cinta mahukan sesuatu yang berbeza

pada pasangan yang boleh membuatkan hidup mereka

menarik, TETAPI TIDAK TERLALU BERBEZA SEHINGGA

BOLEH MENYUSAHKAN HIDUP MEREKA SENDIRI. Mereka

mencari seseorang yang boleh memberikan mereka idea

baru, pengalaman baru, menaiktaraf kehidupan mereka dan

memperbaiki segala kelemahan mereka.

Pada ketika anda bertemu sidia, anda tidak banyak tahu

mengenai dirinya. Walaupun diri anda dengannya kelihatan

mempunyai persamaan, anda masih belum mengetahui

samada anda mempunyai kualiti yang dia diperlukan

daripada anda.

7.3 TETAPI PERBEZAAN ADALAH LEBIH PENTING!

Ya dia mahu mempunyai persamaan dengan anda. Tetapi dia juga mahu anda mempunyai

perbezaan dengannya. Perbezaan disini pada dirinya membawa maksud ‘saya mahukan

perbezaan yang membuatkan hidup saya bertambah menarik dan juga menyempurnakan

diri saya. Tetapi saya tidak mahu awak ini terlalu berbeza sehingga menyusahkan saya.’

Page 58: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

58 | P A N D U A N M E M I K A T

Sebagai contoh seorang lelaki yang pendiam mungkin mengahwini seorang perempuan yang

banyak cakap untuk menutupi kelemahannya. Seorang perempuan yang tidak garang

mungkin mengahwini lelaki yang tegas demi kebaikan anak-anaknya yang bakal lahir. Anda

yang tidak pandai memasak pula mahukan pasangan yang boleh memasak untuk anda.

Wanita yang tidak mahir dalam kerja bertukang pula berasa sangat gembira jika

dipertemukan dengan jejaka seperti itu.

Tiada cara yang mudah untuk mengetahui apakah perbezaan anda dengannya melainkan

melalui pemerhatian. Anda perlu melakukan sedikit analisis dan perhatikan pada perbezaan

yang boleh melengkapkan hidupnya. Perhatikan tingkah lakunya, tutur katanya, minatnya,

bahasanya, perangainya dan lain-lain.

Untuk membuatkan dia jatuh cinta dengan anda, perhatikan dia dengan sebaiknya,

MULAKAN HUBUNGAN DENGAN MENUMPUKAN KEPADA PERSAMAAN ANDA

DENGANNYA TERLEBIH DAHULU. Buatkan dia rasa anda dengan dirinya mempunyai banyak

persamaan. Jika dia sukakan kucing, belailah kucing seolah-olah anda lagi sayangkan kucing

itu berbanding dirinya.

Jika segalanya berjalan lancar, PERHATIKAN APAKAH PERBEZAAN PADA DIRI ANDA YANG

BOLEH MELENGKAPKAN HIDUPNYA. Sebagai contoh, jika dia selalu mengatakan yang dia

cuai, tekankan bahawa anda ini orang yang cermat. Dengan ini dia akan merasakan yang dia

boleh bergantung harap kepada anda. Inilah maksudnya saling melengkapi. Langkah

seterusnya, anda akan menanam pelbagai helah yang membuatkan dirinya percaya bahawa

anda dengannya adalah sama dan sepadan!

7.4 BAGIMANA MEWUJUDKAN PERSAMAAN TANPA DIA SEDARI

Ya, mari kita mulakan dengan bercerita.

Pada satu hari, anda bertemu dengan seseorang pekerja baru di tempat kerja anda. Anda

duduk minum dengannya dan ada dua kemungkinan yang berlaku sepanjang anda minum

dengannya.

Anda akan berfikir:-

Page 59: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

59 | P A N D U A N M E M I K A T

Pilihan 1 - ‘’Hmm...saya dan dia ini ada banyak persamaan. Seronok sembang dengan dia ini’’

Ketika ini anda rasa anda boleh berkawan baik dengannya dan sudi minum untuk kali kedua.

Pilihan 2 - ‘’hmm...dia ini dengan saya langsung tak sepadan. Macam tak boleh geng je’’

Ketika ini, pada ajakan akan datang sudah pasti anda berat untuk turut serta.

Ketika bertemu dengan orang baru, anda akan dapat merasakan salah daripada kedua-dua

perasaan di atas. Tetapi anda sendiri tidak tahu mengapa ada orang yang anda suka

dengannya dan ada orang yang anda tidak suka dengannya.

Mungkin anda tidak sedar, tetapi sebenarnya

pemilihan kata-kata yang keluar dari mulut mereka

adalah sesuatu yang menjadi penentu samada anda

akan sukakan mereka ataupun tidak. Samalah juga

halnya semasa sidia sedang mengenali anda.

Percakapan anda akan melambangkan cara anda

berfikir.

Kata-kata anda akan menunjukkan samada anda ini orang yang berfikiran atau pun jenis

yang cetek akal. Kata-kata anda akan menunjukkan kecenderungan anda, minat anda,

bahasa anda, dan juga pandangan anda terhadap kehidupan. Pemilihan kata-kata

melambangkan bagaimana anda memandang dunia ini.

7.4.1 MENGGUNAKAN BAHASA PERCAKAPAN YANG SAMA

Samada kita sedar atau tidak, kita juga mempunyai bahasa percakapan yang tersendiri. Cara

kita berbicara, melawak, melontarkan idea sudah tentu berbeza dengan rakan-rakan kita.

Mari kita lihat rakan-rakan di sekeliling anda. Mengapakah ada rakan-rakan yang anda boleh

berbual dengannya berjam-jam dan mengapa ada yang anda tidak boleh duduk dengannya

walaupun untuk 5 minit. Lihat pada bahasa yang mereka gunakan, dan juga bahasa badan

yang mereka paparkan.

Untuk mewujudkan persamaan, ANDA BOLEH MEWUJUDKAN SATU BAHASA ATAU DIALEK

BERSAMA SIDIA yang akan mewujudkan perasaan dekat bagaikan satu keluarga kerana

bercakap bahasa yang sama.

Page 60: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

60 | P A N D U A N M E M I K A T

Sebagai contoh, perhatikan padanya ketika bercerita. Adakah dia membahasakan dirinya ‘I

you’ atau ‘saya awak’ ataupun ‘Aku Kau’. Gunakan bahasa yang sama dengan yang sidia

gunakan.

Begitu juga dengan ayat-ayat yang lain. Cik kakak, bayangkan jika anda sedang berada di

dalam satu expo sedang berbicara dengan seorang lelaki. Ketika berbual, utamakan pada

perkataan yang sesuai tentang kerjayanya. Sebagai contoh, jika dia mengatakan bahawa dia

adalah seorang usahawan, jangan pula anda menggunakan perkataan bisnesman. Lebih

teruk lagi peniaga.

Pelbagai perkataan digunakan untuk menunjukkan keadaan tempat kerja, bagi pekerja biasa,

mereka akan mengatakan bahawa mereka sedang ke ofis. Engineer pula mengatakan site

ofis. Arkitek pula mengatakan firm. Lawyer pula mengunakan chamber. Meniru perkataan

yang mereka guna ini sangat penting ketika sedang membicarakan tentang kerjaya

seseorang. Perkataan-perkataan seperti inilah yang akan mewujudkan persamaan antara

anda dan dirinya.

JIKA ANDA SALAH PERKATAAN, SIDIA AKAN MEMIKIRKAN BAHAWA ANDA MEMPUNYAI

PEMAHAMAN YANG SANGAT RENDAH TENTANG HIDUP YANG SEDANG MEREKA JALANI.

Memandangkan perkataan anda menunjukkan setakat mana anda mengetahui kkehidupan

mereka, pilihlah perkataan yang sesuai agar anda tidak salah jalan.

7.4.2 MENGGUNAKAN BAHASA BADAN YANG SAMA

Bahasa badan bagi setiap orang adalah berlainan. Bahasa badan bagi sesetengah kelas

masyarakat juga adalah PASTI berlainan. Sebagi contoh, bahasa badan seorang pegawai

bank sudah tentu tidak sama dengan keraninya. Cuba perhatikan di tempat kerja anda.

Perhatikan antara bos dan kerani. Bezakan antara gaya percakapan, bahasa dan juga bahasa

badan yang digunakan.

Sedikit sebanyak, anda akan dapati ada perbezaan antara bahasa badan yang digunakan.

Bahasa badan seorang pengurus kelihatan lebih berkeyakinan, jalannya mendada,

pandangannya didongakkan sedikit. Ianya jauh berbeza dengan bahasa badan seorang

kerani yang kurang berkeyakinan dan takut-takut.

Page 61: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

61 | P A N D U A N M E M I K A T

Apa yang saya ingin nyatakan ialah, bahasa badan bagi sesetengah kelas masyarakat adalah

berbeza. Oleh itu, semasa anda sedang memikat, perhatikan dengan teliti gerakan

tangannya, renungannya, mimik mukanya, perkataannya dan perbuatannya dengan baik.

Kemudain, tiru gaya bahasa badannya agar anda dengannya kelihatan sekufu dan di dalam

Lovemap yang sama.

7.5 MEMBERI APA YANG SIDIA MAHUKAN

Saya percaya anda juga pernah cuba

memikat seseorang. Saya juga

percaya yang anda pernah gagal.

Jangan berasa malu dan segan

kerana inilah pengalaman yang

paling berharga untuk anda. Mari

kita semak semula kenangan

percubaan memikat anda yang gagal

itu.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sidia hanya mahu berkawan sahaja? Adakah

kerana anda ini tidak kacak atau tidak cantik? Mengapa dia ini tidak berminat mahu menjadi

pasangan anda?

SOALANNYA, PERNAHKAH ANDA AMBIL TAHU PASANGAN BAGAIMANAKAH YANG DIA

MAHUKAN SEBENARNYA?

Ya cik adik dan cik abang. Sebenarnya setiap orang mempunyai kriteria orang bagaimanakah

yang menjadi pasangan idamannya. ANDA JUGA MEMPUNYAI KRITERIA PASANGAN

BAGAIMANA YANG ANDA MAHUKAN, BUKANKAH BEGITU?

Cuba ingat kembali, anda mempunyai banyak perkara yang anda mahukan dari dirinya.

Anda mahukan dirinya yang cantik,yang kelakar, yang pandai memasak dan lain-lain. Tetapi

PERNAHKAH ANDA FIKIRKAN APA YANG DIA MAHUKAN DARI ANDA? Adakah dia mahukan

sesorang yang penyayang, romantik dan menjamin hidupnya, kaya, bergaya, popular atau

Page 62: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

62 | P A N D U A N M E M I K A T

sebagainya. Tidak semestinya anda mesti hanya kacak atau cantik sahaja ya.

Cik adik dan cik abang, mari saya beritahu bahawa ketahuilah JIKA ANDA TAHU APA YANG

SIDIA MAHUKAN, MEMBUATKAN SIDIA JATUH CINTA KEPADA ANDA ADALAH SEMUDAH

MEMETIK JARI SAHAJA! ANDA HANYA PERLU MENJADI APA YANG DIA MAHUKAN SAHAJA

Inilah prinsip yang dinamakan ‘WIIFM’ (what is it for me?). hanya penuhkan apa yang dia

mahukan, dan sepantas kilat sudah pasti dia akan mencintai anda.

Secara Mudahnya, ada 6 elemen yang akan dihalusi semasa seseorang cuba mencari

pasangan hidupnya

Kajian memunjukkan bahawa dalam sesuatu perhubungan yang berjaya, pasangan biasanya

mempunyai persamaan dalam setiap kategori diatas.

Kebiasaannya, kita mahukan seseorang yang lebih baik dari diri kita. Kita mahukan dia cantik

dari kita, dia kaya dari kita atau sebagainya. Tetapi pada dasarnya, dengan prinsip WIIFM

ini, biasanya pasangan yang LEBIH dominan akan bertindak lebih menguasai.

Keseimbangan dalam perhubungan menjadi kurang dan hubungan ini biasanya gagal atau

kurang bahagia. Apabila tiada keseimbangan, pasangan biasanya akan cuba untuk

mengurangkan kelebihannya tadi dan cuba menyamakan keadaan.

1 • PENAMPILAN FIZIKAL

2 • KEMAMPUAN/WANG

3 • STATUS/PRESTIJ

4 • ILMU

5 • PERSONALITI

6 • HATI

Page 63: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

63 | P A N D U A N M E M I K A T

HURAIAN BAGI KEENAM-ENAM KRITERIA ITU ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Penampilan fizikal : Anda perlu menjadi seseorang yang menarik, baik dari segi pakaian,

wajah, kebersihan dan lain-lain. Teknik SKALA WAJAH anda telahpun diterangkan dalam bab

terawal ebook ini.

Kemampuan: Wang, siapa yang tak sukakan wang? Orang yang berwang dilihat lebih

meyakinkan, lebih teratur, tersusun dan juga lebih selamat untuk berdampingan dengannya.

Jika anda mahu membuatkan anda kelihatan seperti berwang, jaga dengan baik penampilan

anda. Anda tidak perlukan kereta mahal ataupun poket yang tebal. Hanya dengan

penampilan yang baik dan dari cerita-cerita anda sahaja sudah menunjukkan yang anda ini

berwang orangnya.

Semasa membeli pakaian, belilah pakaian yang mempunyai brand-brand yang terkenal. Ini

akan menampakkan anda ini orang berada dan mempunyai class yang tersendiri. Tetapi

awas, pasangan yang high taste mungkin dengan mudah boleh mengesan bahwa pakaian

yang anda beli itu original ataupun tidak.

Status / Prestij : Ada sebabnya lelaki mencari wanita yang cantik dan perempuan pula

mencari lelaki kacak. Ada sebabnya mereka juga memilih seseorang yang mempunyai

pekerjaan yang baik. Sebabnya ialah untuk kepuasan diri, dan satu sebab lagi adalah untuk

ditayangkan kepada rakan-rakan!!

Walaupun pendapat ini tidak tepat sepenuhnya, fikirkan secara terbalik pula. Jika anda

berpasangan dengan seseorang yang hodoh, ADAKAH ANDA AKAN BERBANGGA apabila

anda bertemujanji di shopping kompleks. Bolehkan anda tahan dengan pandangan sinis

orang yang lalu disekitar anda?

Bukanlah ia bermaksud yang anda harus menayangkan kepada rakan-rakan, tetapi biasanya

kita mahukan pasangan yang jika kita bawa berjalan-jalan, kita tidak dilihat memalukan diri

sendiri.

Page 64: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

64 | P A N D U A N M E M I K A T

Begitu juga dengan dia. Sudah tentu dia tidak mahu dimalukan jika keluar dengan anda yang

berperangai seperti budak-budak atau melawak seperti orang yang rendah akalnya. Oleh itu,

anda haruslah bersikap seperti apa yang dia mahukan. Sudah tentu dia akan berbangga jika

dapat berjalan dengan anda yang kelihatan kool dan menarik perhatian ramai.

Ilmu, personaliti dan hati : Anda haruslah menganggap ini sebagai aset anda. Ada juga

sesetengah orang yang jatuh cinta kerana ilmu yang anda ada. Ilmu yang anda ada

membuatkan mereka tertarik kerana anda ada sesuatu yang mereka mahukan dari anda.

Biasanya perempuan akan melihat lelaki yang berilmu lebih menarik berbanding lelaki yang

hanya cakap perkara-perkara kosong sahaja.

Sebagai contoh, seorang lelaki yang berbual tentang isu di tempat kerja dan memberikan

pendapat tentang bagaimana menambah baik tempat kerjanya dilihat lebih profesional dan

mengagumkan berbanding lelaki yang hanya merungut-rungut tentang masalah ditempat

kerja.

Personaliti anda seperti garang, penyayang , baik , nakal atau apa sahaja adalah subjektif dan

berbeza pada pandangan setiap orang. Walaubagaimanapun, anda telah dijelaskan dengan

berbagai-bagai teknik didalam ebook ini yang telah pun menjelaskan bagaimana anda boleh

dilihat mempunyai personaliti yang baik .

Elemen yang terakhir adalah elemen hati. Untuk membuatkan seseorang jatuh cinta dengan

anda, anda memerlukan kualiti seseorang yang layak dicintai. Pepatah biasanya

mengatakan, ‘beri sebelum anda menerima’. Ia membawa maksud, sebelum anda mahu

menerima cinta dari orang lain, anda perlu memberi cinta anda terlebih dahulu .

Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud anda perlu menyatakan cinta (ingat! Ungkapan

cinta terlalu awal akan menyebabkan semuanya hancur!). Bertindak mengambil berat, sudi

mendengar cerita dan prihatin akan menunjukkan kualiti sesorang yang layak dicintai.

Ianya adalah segalanya tentang perasaan. Jika dia menceritakan sesuatu yang berperasaan,

maka dengarlah. Jika dia gembira, gembiralah bersama-sama. Jika dia perlukan anda,

hadirlah sekadar perlu (ingat tips lelaki nakal tadi!).

Page 65: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

65 | P A N D U A N M E M I K A T

7.6 BAGAIMANA MEWUJUDKAN PERSAMAAN DI DALAM SEDAR

Persamaan di dalam sedar boleh diperolehi dengan tiga (3) peringkat.

.

Mari lihat huraian-huraian berikut untuk ketiga-tiga tahap tadi.

Persamaan tahap pertama : Kami gembira melakukan aktiviti-aktiviti ini bersama-sama

Lihat fakta ini. Perempuan mengeratkan hubungan melalui percakapan dan komunikasi

manakala lelaki pula mengeratkan hubungan melakukan aktiviti bersama-sama.

Perempuan mahukan lelaki yang sudi mendengar ceritanya, yang sudi memahaminya.

Perempuan mahu merasakan apabali dia berada disaat getir, dia ada bahu seseorang

sebagai ttempat untuk dia tangisi , lengan yang besar untuk menenangkannya dan yang

paling penting, telinga yang baik dan sudi mendengarnya.

TETAPI, LELAKI MAHUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG MAHU MELAKUKAN AKTIVITI-

AKTIVITI BERSAMA-SAMA DIRINYA, DAN DIA BOLEH BERGEMBIRA BERSAMA-SAMA

DENGANNYA. Mereka boleh main tenis, boleh menonton wayang, atau hanya duduk di

taman-taman sambil menikmati pemandangan bersama-sama pasangannya.

Tahap pertama :

Ia adalah mempunyai minat, hobi, sukan aktiviti yang anda berdua gembira lakukan bersama-sama

Tahap kedua :

Ia adalah nilai, kepercayaan, tindakan, sikap dan cara anda dan sidia melihat dunia ini. Ini mempunyai kaitan dengan falsafah, psikologi dan emosi.

Tahap ketiga (terpenting) :

Mengetahui bagaimana dia ingin dicintai

Page 66: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

66 | P A N D U A N M E M I K A T

Berita baik disini adalah kepada cik kakak, perkara ini lebih mudah dilakukan untuk

memperlihatkan persamaan. Buatkan sidia berfikir yang sidia seronok kerana anda

mempunyai minat yang sama dengannya. Ikutlah dia menonton wayang aksi jika itu yang dia

suka. Jika dia sukakan fotografi, nyatakan bahawa anda juga mempunyai minat yang sama.

Katakan bahawa anda suka melihat gambar-gambar yang cantik dan anda sangat berminat

untuk belajar fotografi dengannya. Pasti dia sudi mengajar anda dan sebagai bonus, dia akan

menghargai anda yang mahu melakukan aktiviti bersamanya.

Persamaan tahap dua : Adakah dia mempunyai nilai yang sama dengan saya

Cik abang dan Cik kakak, pada tahap ini, anda telahpun membuatkan sidia berfikir yang anda

mempunyai persamaan dengannya daripada segi minat dengan melakukan aktiviti

bersamanya. Anda juga telah menggunakan bahasa yang sama dengannya yang

membuatkan sidia berasa sidia rapat dengan anda.

Kini tiba masanya anda membuatkan sidia dia berfikir bahawa anda dengannya mempunyai

nilai, sikap dan pendapat yang sama tentang kehidupan.

Sidia tidak melihat kepada semua nilai atau sikap diri anda untuk membuatkan dia

menyenangi anda. Mungkin hanya ada satu sikap anda yang dia suka, yang sikap inilah yang

anda akan gunakan untuk membuatkan sidia jatuh cinta dengan anda.

Cik abang, ini adalah teknik yang perlu anda lakukan. Anda perlu lebih sensitif tentang

perkara ini untuk membuatkan dia jatuh cinta dengan anda. Cari satu sikap pada dirinya

yang sangat kuat, dengar ceritanya, biarkan dia luahkan segala-galanya dan kemudian

bersetujulah dengan apa yang dikatakannya. Apabila bersetuju, anda perlu bersetuju lebih-

lebih solah-olah anda merasakan perkara itu melebihi dirinya. Kemudian bincangkan

perkara-perkara tersebut bersama-samanya. Dia pasti menghargai anda.

Sebagai contoh, jika dia sukakan kucing, di

rumahnya terdapat sehingga 5 ekor kucing dari

kucing Parsi sehinggalah kucing hutan. Kucing-

kucing ini pula adalah kucing yang dibeli dengan

harga ribuan ringgit. Anda selalu memuji-muji

Page 67: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

67 | P A N D U A N M E M I K A T

kecantikan kucing-kucingnya dan anda selalu mengatakan anda sukakan sikapnya yang

sayangkan haiwan. Dia merasa sangat gembira dengan pujian anda dan sangat menghargai

anda.

Pada satu hari, Ketika anda bertemujanji dengannya, anda

membawanya pergi makan. Tiba-tiba dia melihat seekor kucing

kurap lalu dihadapan seorang lelaki , lelaki itu melihat kucing itu

dengan pandangan menjiikkan dan menyepak kucing itu

sehingga jatuh ke longkang.

ANDA MERASAKAN PERKARA ITU SANGAT LUCU DAN ANDA PUN TERTAWA KECIL DAN

TERSENYUM. DIA MENJELING ANDA LALU MENDIAMKAN DIRI.

TERUK! Jika anda melakukan perkara ini, inilah perkara paling buruk pernah anda lakukan.

Bukankah anda berusaha bermati-matian untuk memikat dirinya. TETAPI OLEH KERANA

SATU KESALAHAN SEPERTI INI, PELUANG UNTUK DIA MENCINTAI ANDA MUNGKIN TELAH

DITUTUP.

Ini kerana pada dirinya, kucing ialah haiwan yang amat disayanginya. Pada dia, kucing tidak

patut dilayan sebegitu. Dengan kelakukan anda tadi, dia akan melihat bahawa anda tidak

ada nilai yang sama dengan dirinya. Dia tidak akan melihat anda sebagai seorang pasangan

yang ideal kerana anda tidak mempunyai nilai yang sama dengan dirinya. Adakah anda masih

merasakah bahawa dia akan jatuh cinta dengan anda jika anda berkelakuan begini?

Kita sambung ke kisah itu tadi. Apa yang akan berlaku, oleh kerana dia sangat sayangkan

kucing, dia merasa marah dengan pakcik itu. Lalu dia membebel-bebel dan anda mendengar

bebelannya sepanjang sesi makan itu. Walaubagaimanapun anda tidak berminat untuk

mendengar. Fikiran anda merewang-rewang kerana berasa bosan mendengar hal kucing

yang anda tidak kisahkan sangat.

Biar saya beritahu, CARA INI TIDAK AKAN MEMBUATKAN DIA JATUH CINTA DENGAN

ANDA. Untuk membuatkan dia jatuh cinta, anda perlu bertindak dengan lebih advance.

Page 68: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

68 | P A N D U A N M E M I K A T

Ini adalah apa yang anda perlu lakukan! Jika dia meluahkan perasaanya, dengar luahan

perasaanya itu sebaiknya. Berikan RESPON DENGAN MENGANGGUK kepada setiap apa yang

dia katakan. Kemudian, BERSETUJULAH DENGAN SEPENUH HATI terhadap apa yang dia

katakan. Apabila bersetuju, anda HENDAKLAH BERSETUJU LEBIH-LEBIH SEOLAH-OLAH

ANDA LEBIH EMOSI DARI DIRINYA tentang hal yang terjadi itu.

Contoh ayat yang boleh digunakan, ‘Em saya setuju sangat dengan apa yang awak cakap

tadi, memang betul dia tak patut sepak kucing itu. Dahlah kucing itu sakit, kene sepak pula.

Saya memang sangat marah. Lelaki itu sangat teruk. Di manakah keadilan didalam dunia

ini?!’

Sekarang anda pula yang kelihatan berlebih-lebih. Jangan lupa anda perlu meneruskan

perbincangan mengenai perkara itu untuk satu tempoh sehingga dia berasa tenteram

semula.

Walaupun bunyinya agak kelakar, inilah apa yang anda perlu lakukan. Anda perlu kelihatan

seolah-olah anda mempunyai nilai yang sama, kepercayaan yang sama dan pendapat yang

sama dengan dirinya mengenai isu kekejaman kucing tadi.

Tetapi ia tidak terhad mengenai isu kucing sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, anda perlu

mencari satu sikap pada dirinya yang paling kuat untuk anda gunakan teknik ini. Anda perlu

perhatikan sidia sebaiknya untuk anda mengetahui apakah kualiti penting pada dirinya yang

sangat kuat. Biasanya, apabila mereka membincangkan topik ini mereka akan kelihatan

agak beremosi. Ia boleh jadi tentang kesukaannya pada kerjanya, ibu bapanya, minatnya

dan lain-lain.

Page 69: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

69 | P A N D U A N M E M I K A T

Persamaan tahap tiga : Ketahui Bagaimana sidia ingin dicintai

Semua orang yang bercinta mempunyai persamaan yang sama. Mereka jatuh cinta pada

pasangan yang mempunyai kepercayaan yang sama bagaimana cinta mereka sepatutnya

berjalan.

Ya, setiap orang mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka mahu dicintai.

Pemahamannya adalah begini.

Kebiasaanya, seseorang akan membuat

ukuran kegembiraan cinta dengan

membandingkannya dengan pengalaman

cinta yang lalu. Jika pada anda, cinta itu

bermaksud komitmen penuh dan cinta

jarak dekat, maka percintaan jarak jauh

boleh membuatkan anda separuh gila.

Semakin anda cuba menarik sidia untuk

cuba bercinta jarak dekat, maka dia akan

menjadi semakin jauh daripada anda.

Jika anda sukakan sedikit ruang dan tidak terlalu rapat, sidia yang selalu nak berhubung atau

menebeng akan menyebabkan anda rimas. Semakin anda cuba memberitahunya untuk

menjauhkan diri, maka semakin jauhlah cinta darinya.

Oleh itu, pada peringkat awal percintaan, KETAHUI DENGAN JELAS BAGAIMANA SIDIA

MAHUKAN ANDA MENCINTAINYA. Cik abang, perkara ini adalah lebih mudah dilakukan

kerana kaum wanita mudah untuk diajak berbincang mengenai hal perasaan. TANYAKAN

KEPADANYA BAGAIMANAKAH SI DIA INGIN DICINTAI . Adakah dia perlukan belaian atau kata

manja setiap hari?Atau adakah dia mahukan anda menghubunginya sekali sekala sahaja.

Page 70: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

70 | P A N D U A N M E M I K A T

Adakah dia mahu anda menghantar bunga sebulan sekali atau adakah dia mahu anda

menghubunginya sejam sekali?

Jangan tanyakan soalan yang terlalu direct kepadanya seperti ‘bagaimana awak ingin

dicintai’...gunakan ayat yang lebih mudah seperti, ‘apa makna cinta pada awak’ atau pun

‘awak suka orang sayang awak dengan cara bagaimana’.

Jika anda masih lagi bukan pasangan, antara cara yang anda boleh gunakan adalah ‘Apakah

makna cinta pada anda’ ‘Anda sukakan cinta yang bagaimana’

Kebanyakan kegagalan pasangan bercinta adalah mereka jarang membincangkan

bagaimana mereka ingin dicintai sehinggalah segalanya sudah terlambat dan tidak boleh

diperbaiki. Berita baiknya anda telah pun membaca ebook ini dan jangan mengulangi

kesilapan ini seperti pasangan-pasangan terdahulu.

7.7 LELAKI TAK SUKA CAKAP PASAL CINTA?

Ya benar, hanya jika mereka merasakan yang anda tak layak membincangkan perkara itu

dengannya.

Tidak semua pasangan bercinta berasa selesa untuk membincangkan isu cinta secara

terbuka. Sesetengah lelaki atau perempuan merasa agak janggal untuk berbincang tentang

hal ini kerana ego atau tidak pernah membincangkannya. Pasangan yang biasa

membincangkannya biasanya hanyalah pasangan yang mempunyai kepercayaan yang sama

bagaimana cinta sepatutnya berjalan.

Terdapat lelaki yang tidak suka berbicara tentang cinta walaupun pada dasarnya, dia juga

manusia yang ingin dicintai. Tetapi cik kakak, saya tahu anda mahu tahu bagaimana hendak

membuatkan lelaki ini memberitahu bagaimana dia mahukan dirinya dicintai.

Tipsnya adalah begini. Jangan tanyakan soalan secara terus. Ia akan membuatkan dirinya

meluat atau muntah-muntah.

Adalah lebih baik jika anda membuat cerita kononnya seorang rakan anda atau sepupu anda

bertanyakan pendapat anda tentang ‘bagaimana seorang lelaki ingin dicintai.’ Katakan

padanya anda tidak tahu hendak menjawab dan anda perlu meminta pendapatnya.

Page 71: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

71 | P A N D U A N M E M I K A T

Apabila dia memberikan pendapatnya , dengar setiap perkataannya. Catatkan ianya. Apa

yang keluar dari mulutnya sebenarnya adalah cara yang sebenarnya dia ingin dicintai.

7.8 LOVEMAP

Lovemap telah pun diberi penerangan secara ringkas di bahagian sebelum-sebelum ini. Ini

adalah huraian yang lebih jelas bagaimana lovemap dalam diri seseorang terbentuk. Setelah

memahaminya, anda boleh gunakan lovemap untuk memudahkan anda membuatkan dia

jatuh cinta dengan anda.

Ketika kita kecil, ibu kita adalah pusat perhatian kita, dan kita adalah segala-galanya

padanya. Oleh itu, ciri-ciri ibu kita meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang hidup kita.

Kita tertarik terhadap orang yang mempunyai sifat-sifat seperti ibu kita, wajahnya, bentuk

badannya dan lain-lain lagi.

Ibu juga mempengaruhi anda bagaimana anda melihat perempuan dan juga mempengaruhi

bagaimana perasaan mereka tentang perempuan. Jadi, jika sifat ibu ini menyenangkan,

anak-anaknya akan berfikir bahawa begitulah sifat seorang perempuan.

Ayah pula akan memberikan pengaruh mengenai kepada anak perempuan. Ayah akan

memberikan pengaruh bagaimana seseorang anak perempuan itu melihat lelaki dan

bagaimana perasaan mereka terhadap lelaki. Jika seorang ayah selalu memberikan pujian

pada anak perempuan dan mengatakan perkara yang baik-baik kepada anak perempuan itu,

maka anak perempuan ini akan mempunyai keyakinan yang baik terhadap diri sendiri dan

juga terhadap hubungannya dengan lelaki. Tetapi jika ayah bersikap dingin, selalu mengeji,

maka anak perempuan akan mempunyai keyakinan diri yang rendah atau dia merasakan

yang dia ini tidak menarik pada pandangan lelaki.

Selain itu, sebahagian besar daripada kita membesar dengan orang-orang yang mempunyai

keadaan sosial yang sama. Kita mudah bergaul dengan orang-orang yang berasal dari tempat

lahir yang sama, mempunyai latarbelakang yang sama, pendidikan yang sama atau kerjaya

Page 72: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

72 | P A N D U A N M E M I K A T

yang sama. Kita cenderung untuk menjadi selesa apabila dikelilingi oleh orang-orang seperti

ini dan seterusnya kita mahukan orang yang mempunyai kesemua ciri ini untuk dijadikan

pasangan hidup kita.

BAHAGIAN 8 – MENCIPTA KEINTIMAN

8.1 BUATKAN DIA BERASA ISTIMEWA

Tahukah anda bahawa ego memainkan peranan yang sangat penting dalam percintaan?

Tahukah anda bahawa setiap orang merasakan dirinya istimewa? Adakah anda tahu

bahawa orang hanya jatuh cinta kepada seseorang yang melihat dirinya istimewa sahaja?

Lihat perkara ini dahulu. Adakah sidia berbangga apabila anda memuji sidia cantik? Kacak?

Hebat? Berjaya dan sebagainya. Sidia tahu sidia memiliki kesemua itu, tetapi sidia berasa

berbangga apabila seseorang menyedari hakikat tersebut dan memberitahunya ke dalam

telinganya. Inilah ego yang akan dimaksudkan di dalam panduan ini.

Setiap orang yang ingin bercinta mahukan pujian atau kata-kata yang manis daripada

mulut pasangan masing-masing. TETAPI, TIDAK SEMUA ORANG MAHU ANDA BERKATA

BAHAWA DIRINYA CANTIK ATAU KACAK. Bukan anda seorang sahaja yang mengatakan

dirinya cantik, malahan ramai lagi. Apabila semua orang mengatakan perkara yang sama,

pujian itu akan menjadi sangat biasa dan sidia tidak tidak lagi merasakan bahawa ia istimewa

untuk dirinya.

Jadi bagaimana hendak membuatkan dirinya berasa istimewa?

Ianya adalah mengenai memahami bagaimana dia melihat

dirinya sendiri dan kemudian anda gunakan maklumat ini

untuk membuatkan dia berasa istimewa.

Sesetengah orang mahu dilihat sebagai jaguh sukan, pakar

memasak, pakar buat kerja cepat, pakar tepati masa dan lain-

lain. Lain orang maka lainlah cara dia melihat dirinya sendiri.

Page 73: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

73 | P A N D U A N M E M I K A T

Setiap orang perlukan seseorang yang sedar bahawa dirinya istimewa. Buatkan dia fikir

anda adalah orang itu dan sebagai balasannya, dia akan jatuh cinta dengan anda.

Soalannya, bagaimana anda ingin tahu bagaimana dia melihat dirinya?

8.2 KETAHUI BAGAIMANA DIA MELIHAT DIRINYA SENDIRI

Semasa perbualan, anda perlu membuatkan dia berbicara lebih banyak, bukan anda yang

banyak cakap. Apabila anda berbual dengannya, anda harus peka apakah topik yang selalu

dibicarakannya.. Daripada perbualannya, anda akan mendapati dia ini melihat dirinya

sebagai pakar memasak, shopper, penggemar fesyen, bisnesman, pakar jaga bayi atau

sebagainya. Kejayaan anda mengetahui perkara ini akan memudahkan anda merapatkan

keintiman anda dengannya. Ini akan memudahkan anda untuk kelihatan istimewa dan juga

untuk membuatkan dirinya berasa istimewa.

Kaedah yang terbaik dalam membuatkan dirinya berasa istimewa adalah seperti berikut :-

1) Buatkan dia fikir bahawa anda ini benar-benar berminat untuk memahami dirinya.

2) Melalui perbualan, buatkan dia dapat merasakan empati anda kepada dirinya.

3) Berikan penghargaan pada dirinya.

4) Buatkan jenaka peribadi dengannya dan juga teknik lain yang akan membuatkan dirinya berasa istimewa.

Page 74: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

74 | P A N D U A N M E M I K A T

8.3 BIARKAN DIA CERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG DIA

Apabila sidia berbicara, perbualaan anda

dengannya sudah tentu akan berkisar

tentang segala-galanya tentang anda dan

dia. Ada satu tips yang lebih dan rahsia

penting yang lebih baik. Ia adalah

perbualan anda haruslah :-

Perbualan yang segala-galanya adalah

tentang dirinya.

Ya, biar dia menceritakan semua tentang dirinya. Biar dia ceritakan tentang pakaiannya,

minatnya, kesedihannya, danjuga perasaannya. Anda akan membuatkan dia berasa dirinya

istimewa apabila anda memfokuskan lebih 70% perbualan anda hanya tentang dirinya

sahaja.

Ini kerana pada semua orang, topik paling menarik untuk diceritakan adalah tentang dirinya

sendiri.

Dalam perbualan anda dengannya, isu-isu kecil pun akan menjadi sesuatu yang menarik

padanya untuk diceritakan. Dia lebih berminat dengan cerita tentang dirinya berbanding

cerita tentang kehebatan anda. Apabila anda memfokuskan perbualan hanya tentang

dirinya sahaja, pada akhir perbualan dia akan melihat anda ini sebagai seseorang yang

istimewa kerana anda menghargai setiap apa yang diceritakannya.

Page 75: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

75 | P A N D U A N M E M I K A T

8.3 GUNAKAN EMPATI

Apakah itu empati. Empati sama juga seperti simpati, tetapi ia DILUAHKAN dengan cara

yang berbeza dengan simpati.

Apabila kita berasa simpati, kita akan menunjukkan mimik muka yang sedih dan kita akan

datang kepada orang yg kita sedihkan itu dan berkata ‘saya simpati dengan awak.’ Tetapi,

tidak pernah pula kita lihat seseorang berkata kepada kita, saya empati dengan awak.

Empati hanya ditunjukkan apabila anda memahami, berasa sedih dan bersetuju dengan

apa yang dikatakan oleh sidia. Ianya sama juga dengan simpati, anda berasa sama-sama

sedih tetapi bezanya IA MENGANDUNGI PERASAAN ANDA SENDIRI yang diterjemahkan

dalam bentuk ayat sebagai ‘saya faham perasaan awak’. ‘ya anda betul’, ‘ya saya faham

apa yang anda maksudkan ‘ dan sebagainya.

Biasa kita lihat dan mendengar cerita mengenai seorang

isteri yang mengandung, tetapi sumainya pula yang

lebih-lebih muntah-muntah, mahu makan asam,

teringin makanan itu dan ini sedangkan isterinya hanya

biasa-biasa sahaja. Keadaan inilah yang berlaku apabila

empati si suami kepada isterinya itu sangat tinggi, dia

memahami penderitaan dan kesusahan isterinya

mengandung seolah-olah dia yang mengandung pula!

Sebagai contoh, katakan sidia sedang bercerita tentang kesedihannya kerana kehilangan

dompetnya semasa keluar bersiar-siar:-

Dia : Saya tiada wang dan kini saya tidak boleh bergerak bebas kerana saya tiada kad

pengenalan dan lesen.

Anda : ya kah?Kasihannya awak. Mesti awak di dalam kesusahan sekarang (empati).

Dia : Ya, saya juga perlu menggantikan semua dokumen saya yang hilang itu.

Page 76: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

76 | P A N D U A N M E M I K A T

Awak : Saya faham perasaan awak Jamal (empati ). Awak mesti perlukan bantuan sekarang

ini (empati lagi sekali)

Dengan menggunakan empati, anda akan kelihatan seolah-olah BEGITU MENJIWAI apa jua

yang diceritakannya. Anda juga perlu tunjukkan mimik muka yang sama sepertinya. Jika dia

di dalam kesedihan, maka

wajah anda patut turut sedih

bersamanya. Jangan

menggunakan wajah yang flat

kerana empati anda akan

kelihatan dibuat-buat dan

tidak ikhlas.

Pada sesetengah waktu,

masukkan namanya sekali

dalam ayat anda. Tiada muzik yang lebih indah di telinga manusia melainkan mendengar

namanya sendiri. Gunakan teknik empati ini pada waktu yang sesuai sahaja kerana ia tidak

sesuai digunakan di dalam setiap perbualan. Pastikan juga bahasa badan anda adalah sama

dengan empati yang anda keluarkan.

8.5 INGAT TOPIK PERBUALAN TERAKHIRNYA

Dengan mengingati beberapa perkara

yang dibualkan di dalam perbualan

terdahulu, anda akan kelihatan seperti

benar-benar memberi perhatian

kepadanya. Apa yang anda perlu lakukan

hanyalah dengan mengingat beberapa

perkara penting yang dikongsikan

didalam perbualan anda sebelum ini.

Jika sebelum ini dia bercerita tentang

beg barunya, di dalam perbualan baru anda, selitkan ayat-ayat yang mengandungi cerita

tentang beg barunya itu.

Page 77: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

77 | P A N D U A N M E M I K A T

Ia akan membuatkan anda kelihatan seolah-olah begitu prihatin dan menghargai setiap

perbualan anda dengannya.

8.6 KONGSIKAN LAWAK PERIBADI

‘Kita bako’..’Sape setuju angkat tangan macam usop’

Kenalkah anda dengan ayat ini?

Ya ayat ini digunakan di dalam filem Hantu Mak

Limah Balik Rumah dan menjadi fenomena ketika

ini. Adakah anda perasan, ayat yang mencuit hati

ini digunakan oleh ramai orang ketika ingin

MENGHIDUPKAN SUASANA. Pada waktu yang

sesuai, penggunaan ayat seperti ini akan

mebuatkan suasana menjadi lebih ceria dan

bersemangat.

Berita baiknya, anda juga boleh menghidupkan suasana anda dengan sidia dengan cara

yang sama. IANYA ADALAH DENGAN MENCIPTA JENAKA ANDA BERSAMANYA.

Maksud mencipta ini bukanlah dengan duduk berdua dan memikirkan jenaka apa yang

sesuai digunakan. Caranya ialah dengan apabila dia menceritakan sesuatu yang kelakar

atau yang menyeronokkannya, ingat cerita itu dengan sebaiknya. Kemudian, pilih ayat

mana yang benar-benar membuatkan dia berasa sangat kelakar dan membuatkan dia

tertawa. Pada perbualan akan datang, gunakan semula ayat ini. Dia pasti akan berasa

sangat terkejut kerana anda mengingati lawak jenakanya sebelum ini. Hasilnya, Markah

lebih! Anda bertambah kelihatan istimewa pada matanya!

8.7 BERIKAN PENGHARGAAN

Ianya adalah dengan memuji dirinya dengan apa yang dia sedang lakukan ketika itu. Adalah

lebih baik lagi jika perkara yang anda puji itu mempunyai kaitan dengan kemahirannya.

Sebagai contoh :-

Page 78: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

78 | P A N D U A N M E M I K A T

Pasangan anda adalah seseorang yang pandai membuat hantaran . Apabila anda merasa

kagum dengan hasil kerjanya , maka berilah pujian seperti ini:-

‘Sayang, pandainya sayang buat hantaran ini. Lihat betapa menariknya kombinasi warna

yang sayang pilih dan juga bunga-bunga segar yang tersususun rapi!’ (Penghargaan)

Ya cik abang, dia tahu dia mahir dalam kerjanya. DIA HANYA MAHUKAN SESEORANG

MENGHARGAI PENCAPAIAN KERJANYA YANG HEBAT. Apabila anda memujinya seperti ini,

sudah pasti mukanya akan merah tanda malu apabila dipuji seperti ini.

Antara pujian lain yang anda boleh berikan adalah, ‘anda sangat bagus’, baju anda cantik,

anda sangat berani, anda kelihatan kacak, hebatnya awak membuat kerja itu dan lain lain

lagi.

Oh ya, saya tahu lelaki sukar memberikan pujian kepada pasangan. Memuji perlukan seni.

Salah memuji, buruk padahnya. TETAPI JIKA ANDA INGIN MEMBUATKAN DIA JATUH CINTA

KEPADA ANDA, MAKA ANDA PERLU BELAJAR CARA MEMBERIKAN PUJIAN YANG BAIK. DI

dalam perkahwinan, salah satu tips yang anda akan jumpa di mana-mana adalah tips

memberikan pujian. Ini menunjukkan betapa pentingnya memberikan pujian kepada

pasangan kita. Ia adalah penentu setakat manakah perkahwinan anda akan bahagia atau

tidak.

Apabila anda menguasai teknik memuji, ia akan membuatkan anda kelihatan istimewa pada

matanya. Pada akhirnya, markah anda akan naik dan mudahlah untuk dia jatuh cinta pada

anda.

8.8 BERIKAN PUJIAN PERIBADI

Apakah itu pujian peribadi? (Ya, saya yang namakan pujian ini pujian peribadi). Ianya

bukanlah pujian biasa seperti, ‘awak kelihatan kacak pada hari ni’. Ianya adalah satu pujian

yang jauh lebih hebat daripada itu. Pujian ini akan membuatkan dia ketar lutut, berpeluh,

merah muka dan merasa malu yang amat sangat.

Page 79: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

79 | P A N D U A N M E M I K A T

Ianya adalah satu pujian terhadap ciri unik pada diri sidia yang boleh membuatkan

mukanya merah ketika anda mengeluarkan pujian itu.

Caranya adalah dengan mencari satu ciri unik pada sidia yang anda lihat sangat unik,

sehingga tiada orang lain perasan akan ciri ini padanya. Anda perlu membuat pemerhatian

sepanjang perkenalan anda untuk mengetahui yang mana satukah pujian superb ini. Ianya

lebih kepada pujian yang bersifat peribadi , mungkin berkaitan ciri fizikal dirinya atau pun

berkaitan personalitinya.

Ianya seperti :-

Anda ini sangat kelakar.

Bile awak senyum, awak kelihatan sangat manis.

Awak ini sangat lemah lembut orangnya.

Saya sukakan gigi awak yang cantik.

Pujian ini yang anda luahkan secara peribadi yang

mana tiada orang lain pernah menyebutnya akan

membuatkan dia tersentak dan terkejut. Kakinya akan

berasa lemah, jantungnya berdegup kecang dan

mukanya mulai merah. Ini kerana pada pemikirannya,

hanya anda orang yang benar-benar mengamati

dirinya dan menyedari sesuatu hal yang seperti itu.

Saya percaya anda tidak pernah gunakan teknik ini kepada rakan-rakan bukan? Ini kerana

mereka tidaklah begitu istimewa di hati anda untuk anda mengamati mereka sepenuhnya.

Lagipun bukankah anda tidak berminat membuatkan rakan-rakan anda jatuh cinta dengan

anda.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh gunakan pujian ini sesuka hati kerana ia lebih

bersifat peribadi. GUNAKAN PUJIAN INI HANYA PADA MASA YANG TEPAT DAN HANYA

Page 80: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

80 | P A N D U A N M E M I K A T

KETIKA DIA SEMAKIN TERTARIK PADA ANDA. Jika anda menggunakannya terlalu awal,

pujian ini hanya akan memakan diri anda.

Anda akan mendapat balasan yang hebat apabila pujian seperti ini dibuat. Percayalah.

Keintiman antara anda dan dia pasti bertambah. Anda akan kelihatan isitimewa pada

matanya, kerana anda membuatkan dirinya berasa istimewa.

AMARAN!! BERHATI HATI KETIKA MEMUJI!

Ketika memuji, berhati-hatilah dengan setiap tutur ayat anda dan apa jua yang anda pujikan.

Ini kerana pada setiap pujian yang salah, pujian anda akan dilihat dibuat-buat dan tidak

ikhlas. Anda akan kekurangan markah dan matlamat anda untuk membuatkan dia jatuh cinta

akan menjadi kurang.

Pastikan pujian anda adalah lebih berpandukan kepada bagaimana dia melihat dirinya. Saya

pernah berjumpa seorang wanita yang giginya sangat cantik, tetapi pada dirinya, giginya itu

senget dan tidak cantik. Apa yang anda fikirkan tidak penting. TETAPI, BAGAIMANA DIA

MELIHAT DIRINYA, ITULAH YANG LEBIH PENTING. GUNAKAN PUJIAN YANG BERKAITAN

DENGAN CARA DIA MELIHAT DIRINYA UNTUK MEMBUATKAN DIA JATUH CINTA PADA ANDA.

Terlalu kerap memberikan pujian juga tidak bagus. Ia akan membuatkan dirinya menjadi

imun terhadap pujian daripada anda. Pilihlah waktu dan ketika yang sesuai untuk

memberikan pujian. Lebih-lebih lagi pada teknik pujian peribadi tadi, selangkan hanya

sebulan sekali untuk pujian seperti itu.

CARA ANDA MENERIMA PUJIAN

Apabila menerima pujian, hanya berkata ‘terima kasih’ sahaja tidak mencukupi. Dalam

percintaan, anda perlukan jawapan yang lebih baik dari itu. Kegagalan memberikan respon

yang baik akan membuatkan dia tawar hati untuk memuji anda pada masa akan datang.

Apa yang anda perlu katakan adalah, oh ‘terimakasih banyak’ atau ‘terimakasih. Saya hargai

sangat-sangat’ atau ‘terima kasih, saya gembira kerana awak perasan hal ini’.

Walaupun hanya dengan penambahan sedikit ayat, jawapan seperti ini kelihatan lebih jujur

dan ikhlas berbanding hanya jawapan pendek ‘terima kasih’ tadi.

Page 81: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

81 | P A N D U A N M E M I K A T

8.9 BERIKAN NAMA KIUT KEPADA DIRINYA

Sekarang anda akan mempelajari satu lagi teknik untuk menambah keintiman pada dirinya.

Ingat tak semasa kita kecil atau di sekolah, kita mempunyai

gelaran-gelaran yang entah dari mana datangnya. Ada yang

dipanggil boboy, bulat, pendek dan lain-lain. Biasanya gelaran

ini hanya digunakan oleh orang-orang yang rapat dengan kita

untuk mencipta suasana yang lebih mesra dengan diri kita.

Begitu juga dengan bercinta, PASANGAN YANG ROMANTIK BIASANYA MEMBERI GELARAN

KEPADA PASANGANNYA. IA BOLEH JADI BUCUK, YAYANG, AYANG, CUTIE PIE, MAMA PAPA

DAN LAIN-LAIN. Tanyakan kepadanya, apa gelaran yang dia sukakan dan apabila tiba

masanya yang anda pasti dia cintakan anda, gunakan gelaran ini di dalam perbualan anda.

KEKALKAN PUJIAN ANDA

Jika anda ingin membuatkan dia mencintai anda untuk temph yang lama, anda perlu satu

teknik pujian rahsia. Ia adalah dengan memberi pujian TENTANG APA YANG ANDA SUKA

DIA BUAT. Ia akan membuatkan anda sentiasa mencintainya kerana dia sentiasa membuat

perkara yang anda sukakan.

Orang jatuh cinta dengan pelbagai sebab. Ianya boleh jadi anda jatuh cinta kerana cara dia

memandang anda, cara dia ketawa, cara dia menggeliat, cara dia mengambil berat anda dan

sebagainya.

Berkata ‘i love u’ atau ‘saya sayangkan awak’ sahaja tidak mencukupi. Anda perlu

memberitahu dia mengapa anda cintakannya.

Oleh itu, untuk mengekalkan cinta, galakkan dia melakukan perkara yang membuatkan anda

jatuh cinta tadi. Katakan padanya, saya SUKA CARA AWAK MEMANDANG SAYA, SAYA SUKA

Page 82: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

82 | P A N D U A N M E M I K A T

CARA AWAK KETAWA, SAYA SUKA CARA AWAK MENGGELIAT, CARA AWAK MENGAMBIL

BERAT SAYA DAN SEBAGAINYA. Ini akan membuatkan dia mengulang-ulang tabiat tersebut

kerana pada dasarnya, dia akan sentiasa dahagakan cinta anda.

Pendek kata, apabila anda kerap memberikannya pujian yang positif, maka bertambah

baiklah keintiman anda dengannya dan cinta anda dengannya akan menjadi semakin kuat .

8.10 BANTULAH DIA UNTUK CINTAKAN ANDA

Apabila kita mula sukakan seseorang, atau dia mula sukakan kita, apa yang berlaku adalah

kita dengan mudahnya ingin selalu memberikan bantuan kepadanya walaupun tanpa

disuruh. Kita tanpa disuruh dengan sengaja mahu membukakan pintu kereta untuknya,

membelikan pakaian untuknya, datang membuat kejutan dan berbagai-bagai lagi.

Mengapa keadaan ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Ia berlaku kerana kita sudah

mula cintakannya dan sayangkannya

Sama juga halnya dengan dia. Apabila dia cuba melakukan sesuatu untuk anda, ia

membawa maksud yang dia sudah mula tertawan dengan anda.

Tetapi apa yang biasa berlaku, apabila dia menawarkan untuk berbuat sesuatu untuk kita,

kita akan menolak dengan berkata ‘eh xpayah la susah-susah’, ‘menyusahkan awak saja’.

Mari saya beritahu anda,

BIARKAN SAHAJA JIKA DIA INGIN BERBUAT SESUATU UNTUK ANDA

Ya, biarkan sahaja. Sepertimana anda cuba berbuat sesautu untyuk orang yang anda sayang,

anda melakukannya tanpa balasan bukan. Ia juga bermakna anda sukakan orang itu bukan?

Oleh itu, samalah juga halnya dengan dia. Sedikit sebanyak didalam hatinya sudah sukakan

dan sayangkan anda. Oleh itu, biarkan sahaja dia untuk berbuat sesuatu untuk anda.

Dengan ini, anda telahpun membantu dia untuk meluahkan rasa cintanya dengan

menawarkan untuk berbuat sesuatu untuk anda.

Perbuatannya menawarkan untuk berbuat sesuatu secara ikhlas kepada anda membawa

maksud dia sudah sukakan anda. Noktah!

Page 83: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

83 | P A N D U A N M E M I K A T

BAHAGIAN 9 - MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA

LELAKI DAN PEREMPUAN

9.1 PERBEZAAN KOMUNIKASI LELAKI DAN PEREMPUAN.

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam cara berfikir. Lelaki lebih kepada logik

manakala perempuan lebih cenderung kepada hal yang melibatkan emosi. Perempuan

mempunyai struktur badan yang berbeza dengan lelaki bukan. Begitu juga dengan otaknya.

Kajian menunjukkan bahwa perempuan mempunyai otak yang 11-12% lebih kecil daripada

lelaki, tetapi mempunyai ‘deep limbic system’ di dalam otak mereka yang lebih besar, dan

inilah yang membuatkan perempuan lebih emosi daripada lelaki.

Perempuan lebih mahir dalam menggunakan

komunikasi dengan lebih efektif berbanding

lelaki. Mereka lebih menumpukan untuk

menyelesaikan masalah yang boleh

digunakan bersama-sama, bercakap

mengenai isu secara keseluruhan dan

menggunakan bahasa badan dan linguastik

seperti tona suara, emosi, empati manakala

Lelaki pula lebih kepada result oriented, kurang bercakap dan lebih menuju kepada

matlamat. Lelaki juga lebih sukar memahami emosi sendiri tidak tahu bagaimana

menungkapkan emosi sendiri dengan kata-kata manakala perempuan dengan mudah saja

dapat mengesan perubahan emosi dari diri pasangan . Inilah yang menyebabkan perbezaan

komunikasi antara lelaki dan perempuan dan juga.

Page 84: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

84 | P A N D U A N M E M I K A T

Bagi mewujudkan keintiman, anda perlu mempersonakan dia dengan menukarkan cara anda

berkomunikasi. Lelaki perlu lebih memahai perempuan dan perempuan perlu memahami

lelaki bagi mendapatkan satu suasana yang menyeronokkan untuk dibawa berbual.

Lelaki, anda perlu berjalan seperti lelaki, bercakap seperti lelaki, makan seperti lelaki tetapi

anda perlu sensitif seperti perempuan. Jangan takut jika dia berfikir anda ini lemah dan

sebagainya jika anda berbual tentang perasaan dan hati. Ini adalah topik yang disukai

perempuan.

Perempuan,anda perlu kelihatan seperti perempuan, makan seperti perempuan, senyum

seperti perempuan tetapi berfikir seperti lelaki. Jangan takut jika anda kelihatan ‘jantan’

apabila berbual tentang topik yang lelaki suka. Ia hanya akan membuatkan anda lain dari

mana-mana perempuan yang pernah dia temujanji dan anda akan kelihatan hebat.

Mudah kata, dalam pemilihan topik perbualan , lelaki perlu berfikir seperti perempuan dan

perempuan perlu berfikir seperti lelaki.

9.2 TOPIK LELAKI DAN TOPIK PEREMPUAN

Dari zaman persekolahan lagi, masyarakat kita sudahpun mempunyai jarak komunikasi

antara lelaki dan perempuan. Di sekolah, budak lelaki bercakap mengenai game, basikal,

gajet dan sukan. Budak perempuan pula bercakap mengenai budak lelaki kacak dan stylo di

sekolah itu. Perkara sekecil inilah yang memberikan perbezaan budaya kepada kita apabila

kita dewasa di mana pada ketika ini, kita tidak tahu topik apa yang disukakan.

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan mengenai topik apa yang mereka suka

bincangkan. Lelaki suka berbual tentang kejayaan , kereta , gajet, tentang bagaimana

sesuatu perkara itu berlaku, bagaimana ia bekerja, bagaimana ia boleh dibaiki dan

bagaimana mereka boleh mengawalnya. Dalam pekerjaan, mereka sukan berbual tentang

siapa di atas dan siapa di bawah.

Page 85: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

85 | P A N D U A N M E M I K A T

Cik kakak, bercakap mengenai politik, sukan, kereta dan komputer akan meningkatkan

peluang untuk berbual dengan lebih baik. Jika anda tahu bagaimana komputer berfungsi dan

bagaimana sistem kenderaan bergerak, anda akan kelihatan hebat dimata lelaki! Buatkan

anda kelihatan tahu mengenai apa yang anda bincangkan, tetapi jangan sehingga anda

terlebih pandai pula.

Lelaki pula, bualkan perkara seperti hubungan, fesyen, falsafah , kecantikan, psikologi dan

lain-lain yang mana topik-topik seperti inilah yang suka dibualkan perempuan. Mereka juga

hebat dalam topik seperti kesihatan, kain baju, masalah dan menerokai perasaan orang

lain. Apabila berbual tentang kerja, mereka lebih suka berbicara tentang bagaimana

hubungan kerjasama mereka dengan orang lain, tentang ofis mereka yang kondusif dan baik

bukannya siapa di atas dan siapa di bawah .Jadilah lebih memahami dan berbual

menggunakan isi hati anda.

9.3 APA PERASAAN AWAK?

Perempuan lebih suka berbual tentang perasaan daripada lelaki bukan? Ketika mereka

berbual bersama rakan-rakan, mereka selalu meminta pendapat tentang perasaan mereka

tentang sesuatu perkara yang mereka bicangkan. Lelaki pula tidak begitu, mereka jarang

sekali membincangkan tentang perasaan mereka bersama rakan-rakan. Tambahan lagi,

lelaki juga adalah makhluk yang tidak suka membicarakn tentang perasaan mereka.

Cik abang, jika anda ingin kelihatan luarbiasa pada matanya, anda perlu menggunakan cara

yang power ini. Apabila dia berbual mengenai sesuatu perkara , anda masukkan elemen

‘apa perasaan awak tentang perkara ini?’ Anda boleh bertanyakan perkara ini tentang apa

sahaja topik yang dibualkannya. Jika dia berbual tentang rakan sekerjanya, bosnya, rakan-

rakannya dan anda mendapati ada elemen perasaan pada topik yang dibicarakan , maka

anda tanyalah soalan ini. Biarkan dia bercerita...angguk pada setipa apa yang

diperkatakannya walaupun anda sedikit bosan.Semasa berbual renunglah kedalam matanya.

Lelaki yang sensitif akan kelihatan luarbiasa pada wanita. Itu sahaja huraiannya.

Page 86: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

86 | P A N D U A N M E M I K A T

Cik kakak, anda perlu berhati-hati ketika bertanya ‘apa perasaan awak’ kepada kaum lelaki.

Ini kerana lelaki tidak biasa dan janggal untuk memperkatakan hal perasaan.

9.4 LELAKI STRAIGHFORWARD MANAKALA PEREMPUAN TIDAK?

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam berkomunikasi. Lelaki lebih

straightforward dan menuju kepada jawapan apa yang ditanya manakala perempuan pula

lebih suka bercerita yang meleret-leret sebelum sampai ke jawapan sebenar yang dicari itu.

Ada satu cerita. Semasa seorang lelaki dan seorang perempuan (couple) berjalan di sebuah

shopping kompleks, maka datanglah seorang perempuan lebih kurang makcik datang

bertanyakan arah. Makcik ini berkata ‘di manakah kedai yang menjual aromaterapi ye?’

Oleh kerana pasangan ini baru sahaja melalui kedai aromaterapi, maka mereka dapat

mengingat dimana kedai aromaterapi itu.

Maka si gadis menjawab ‘Owh aromaterapi. Kami baru je keluar dari kedai aromaterapi tadi.

Banyak bauan baru yang sedap-sedap. Makcik pasti sukakannya! Tambahan pula kedai ini

sedang membuat promosi pada minggu ini. Ok makcik jalan terus, lebih kurang dalam 100

meter, owh tak mungkin jauh sedikit kot, makcik akan nampak ada satu kedai bunga

bersebelahan dengan eskalator.banyak bunga-bunga segar di kedai ini dan makcik boleh

nampak di luar kedai ada dihiasi dengan bunga-bunga yang terbaru. Di tepi escalator juga

ada satu booth yang menjual brooch-brooch keluaran terbaru tapi tak la cantik sangat. Ada

satu kedai lain di tingkat tiga lebih cantik koleksinya. Ok jadi makcik turun escalator dan

makcik pergi ke sebelah kiri. Di sebelah kiri pula makcik akan nampak...................

Oleh kerana jawapan si gadis tadi agak panjang maka si lelaki pun menyampuk, “makcik

jalan terus sampai jumpa escalator, makcik turun escalator dan kedai aromaterapi itu ada

disebelah kiri.”

Page 87: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

87 | P A N D U A N M E M I K A T

Kelakar bukan? Tetapi inilah bezanya antara cara lelaki dan perempuan berfikir. Ianya telah

pun ditakdirkan dengan kuasa tuhan yang memberikan perbezaan antara lelaki dan

perempuan. Oleh itu, janganlah anda berasa marah jika situasi seperti ini berlaku.

Bagaimana anda ingin menggunakan perkara ini dalam menjaga hubungan anda? Cik kakak,

apabila memberi penjelasan kepada lelaki, maka berilah penjelasan yang ringkas. Beri

jawapan kepada apa yang dimahukan sahaja. Lelaki tidak sukakan jawapan yang meleret-

leret dan membosankan.

Cik abang pula, apabila perempuan meminta pandangan anda, jangan menjawab dengan

terlalu pendek. Berikan jawapan yang panjang, disertakan sekali dengan unsur-unsur emosi

dan perasaan (ingat inilah yang disukai perempuan). Perincikan apa yang anda bualkan dan

ambil masa anda untuk lebih berkomunikasi dengannya. Anda masih ingat perempuan

merapatkan hubungan dengan berkomunikasi bukan?

9.5 APABILA PEREMPUAN BERSEDIH

Satu perkara yang mempunyai masalah dalam

perhubungan adalah ketika pasangan anda sedang

bersedih. Pada kebiasaanya, apabila seseorang perempuan

sedang bersedih, biasanya lelaki akan bertanya ‘kenapa

ni?’ dan perempuan pula akan menjawab ‘ tak ada apa-

apa’. Lelaki ini pula akan berkata ‘ok’.

Ia hanya tamat disitu..

Apa yang berlaku, dalam hati perempuan akan berkata

‘lelaki celaka, langsung tak ambil kisah perasaan aku.’

Untuk merapatkan keintiman, buatkan dia tahu bahawa anda ada untuknya. Jika dia

berkata ‘tak ada apa-apa. Saya ok’, anda harus tanyakan lagi ‘ceritalah pada saya. Awak akan

Page 88: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

88 | P A N D U A N M E M I K A T

rasa lebih lega setelah meluahkannya. Saya tidak mahu awak simpan sorang-

sorang.”..Rayulah kepadanya untuk mendengar cerita itu. Kemudian bom! Dia kan

menceritakan hal itu kepada anda sehabisnya. Apa yang anda perlu buat adalah tutup mulut

anda dan dengar sahaja. Berikan sedikit respon tapi jangan menggangu ceritanya.

Pada lelaki, apabila orang datang bercerita kepadanya, itu bermakna orang itu ada masalah

dan perlukan penyelesaian daripada dia. Pada perempuan pula, bercerita itu adalah

meluahkan apa yang terpendam dihatinya. Oleh itu, biar sahaja dia bercerita apa yang

dimahukannya. Apabila dia mula kelihatan ok, barulah anda berikan cerita anda pula.

Jangan sesekali merasakan anda perlu berikan cadangan bagaimana ingin menyelesaikan

masalah itu. Biarkan dia sahaja. Sebenarnya dia hanya ingin mengadu

sahaja...jadi..dengarkan saja. Anda akan kelihatan sebagai lelaki romantik pada dirinya.

9.6 APABILA LELAKI MARAH

Cik kakak, apabila lelaki marah, sedih , terganggu , biasnya

lelaki akan marah marah atau berdiam diri sahaja.

Jangan cuba bertanya ‘kanapa awak marah ni’ atau kenapa

awak diam ni? Anda akan membuatkan dia bertambah marah.

Ketika dia sedang marah, perkara terbaik yang anda harus

lakukan ialah DIAM. Biarkan diam mendiamkan diri dan

menenangkan dirinya. Lelaki tidak biasa berkongsi perasaan

mereka jadi janganlah anda memaksanya.

Walaubagaimanapun, anda boleh menjadi supportif dengan memberikan ayat ‘kalau awak

nak cerita, saya ada disini tau”. Anda akan kelihatan lebih supportif, empati, dan ada

untiuknya. Jangan tertunggu-tunggu samada dia ingin menceritakannya atau tidak. Biarkan

sahaja dia dengan labu-labunya.

Page 89: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

89 | P A N D U A N M E M I K A T

9.7 AYAT BERKIAS

Satu hari anda keluar bertemujanji dengannya, dan dia berkata kepada anda..”awak lapar

tak?. Dekat hujung sana ada kyros kebab”. Apa yang berlaku anda berkata, ‘’tak, saya belum

lapar lagi’’. Kemudian anda meneruskan perjalanan dan dia berkata lagi “Awak rasa kat

depan sana ada kedai ayamas x?’. Anda pun berkata, “mungkin ada. Kejap lagi kita pergi la

tengok.”

Tiba-tiba dia mendiamkan diri dan tidak berminat untuk berbual dengan anda. Anda pun

merasa pelik dan menyampah kerana temujanji yang sepatutnya seronok ini tiba-tiba

bertukar mood

Saya ingin bertanya. Adakah

anda tidak faham dia sedang

mengajak anda pergi makan?

Ya, dia sedang mengajak anda

pergi makan. Perempuan

memang telah didik sedari

kecil untuk tidak menagtakan

sesuatu dengan berterus

terang oleh kerana

disebabkan rasa malu dan

juga bagi menjaga adab

pertuturan dengan orang lain.

Tetapi cik abang, tidak semua perempuan begitu. Tahap kiasan yang digunakan adalah

berbeza bagi setiap perempuan. Pada ketika anda bertemujanji, anda perlulah lebih

Page 90: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

90 | P A N D U A N M E M I K A T

memahami apakah ayat yang diucapkannya adalah ayat terus atau bahasa kiasan.

Kebolehan anda memahami aspek ini akan memberikan anda markah bonus untuk

membuatkan anda merapatkan keitiman dengannya.

Cik kakak pula, jangan terlalu banyak menggunakan bahasa kiasan. Otak lelaki tidak

beroperasi untuk memproses bahasa kiasan. Otak lelaki adalah straighforward dan hanya

mendengar sesuatu yang jelas diperkatakan kepadanya. Kurangkan ayat-ayat kiasan jika

anda tidak mahu merosakkan temujanji anda dengannya.

Permudahkan perkara ini dengan terus mengajaknya pergi makan seperti “awak lapar tak.

Saya lapar. Mari pergi makan sebelum kita berjalan-jalan” ini akan memudahkan temujanji

anda dengannya dan tidak ada pihak yang bermasam muka.

Page 91: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

91 | P A N D U A N M E M I K A T

KESIMPULAN

Tidak kira apapun cara yang anda gunakan, anda seharusnya tidak lari daripada persamaan

cinta yang asal iaitu :-

TERTARIK + PERSAMAAN + KEINTIMAN = JATUH CINTA

Penuhi ketiga-tiga elemen ini untuk membuatkan dia jatuh cinta dengan anda.

Saya juga ingin mengingatkan tuan-puan bahawa mencari cinta juga adalah seperti

pembelajaran di sekolah yang memerlukan latihan-latihan yang berulangkali untuk mencapai

kejayaan. Usaha anda memikat untuk kali pertama mungkin tidak membuahkan hasil. Tetapi

apabila anda memperbaiki teknik-teknik anda dan berusaha menambahkan ilmu, sudah pasti

anda akan berjaya pada akhirnya.

Jika anda ada seseorang yang anda telah sasarkan pada awal lagi, gunakan teknik-teknik

yang diajarkan agar anda lebih mudah untuk memiliki hatinya. Perbaiki diri anda dulu, semak

keyakinan diri, penampilan, bahasa, kelas sosial, mindset dan apa sahaja teknik yang

diajarkan dalam ebook ini . Mainkan perasaannya, tanamkan persamaan dan perbezaan, dan

juga rapartkan keintiman anda dengannya. Keluarlah bertemujanji untuk kali pertama,

jadilah unik yang lain dari yang lain dan akhir sekali jangan lupa berdoa kepada tuhan agar

dipermudahkan segalanya.

Ingat, ia bukanlah tentang apa yang anda boleh berikan, ia adalah tentang memberi apa

yang dia mahukan. Sekian dari saya, Ahmad Fikri, semoga panduan memikat ini akan

membantu anda menambah baik hidup anda

Page 92: Pandduan Memikat Wanita Dengan Mudah

PANDUAN MEMIKAT

92 | P A N D U A N M E M I K A T

Jika anda perlukan bantuan atau tidak faham pada sesetangah bab di atas, jangan segan silu

untuk menghubungi saya di [email protected] atau add saya di facebook

http://www.facebook.com/profile.php?id=785713780