PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK. LIEW PUI SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU
PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT
WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH HILIR PERAK.
LIEW PUI SAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU
PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya LIEW PUI SAN__________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PM DR ABD WAHID MUKHARI 1955.P TMN HONG KONG, Nama Penyelia JLN MAHARAJA LELA, 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh : 25/4/2009 Tarikh : 25/4/2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : PM DR ABD WAHID MUKHARI
Tarikh : 25/4/2009
PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU
PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT
WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH HILIR PERAK.
LIEW PUI SAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………...........
Nama Penyelidik : LIEW PUI SAN
Tarikh : 25/4/2009
iii
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,
Teristimewa Buat ,
Mama yang tersayang…..
(Pua Cho Kee)
Dan juga ahli keluaraga saya
Kakak dan abang tersayang
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan
sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….
Jua Buat,
Buat teman-teman yang mengenali diri ini....
menjaga diri ini ketika disambar keresahan...
Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....
Seterusnya,
Penyelia Pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
PM Dr Abd Wahid Mukhari
Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan
sehingga dapat penyelidik menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, PM Dr Abd Wahid
Mukhari atas idea tentang tajuk kajian, bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh penulisan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua
Guru Besar dalam daerah Hilir Perak, yang telah memberi kebenaran dan kerjasama
kepada penyelidik untuk menjalankan kajian di sekolahnya
Penghargaan juga diberi kepada pihak Pusat Sumber Fakulti Pendidikan dan
Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia yang menyediakan
kemudahan dan sumber rujukan yang berguna dalam penulisan tesis ini.
Akhir kata, penulis ingin berterima kasih kepada semua pihak yang memberi
kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tesis ini.
v
ABSTRAK
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian
iaitu Bahagian Teras dan Bahagian Pilihan. Terdapat banyak topik yang guru perlu
mengajar bagi menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pengurangan waktu pengajaran daripada empat waktu kepada tiga waktu seminggu
mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap kesan pengurangan waktu
pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada empat waktu kepada tiga waku di
Sekolah Menengah daerah Hilir Perak. Seramai 62 orang guru Kemahiran Hidup
Bersepadu daripada 11 buah Sekolah Menengah daerah Hilir Perak telah dipilih
sebagai responden kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal
selidik yang diedarkan kepada guru-guru tersebut. Data yang diperoleh dianalisis
secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages For
Social Sciences (SPSS) Versi 11.0. Kajian rintis memperolehi keputusan pekali alpha
sebanyak 0.845. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa (i) pengurangan waktu
pengajaran menyebabkan pelajar menghadapi kesuntukan masa untuk menjalankan
aktiviti amali di bengkel (ii) pengurangan waktu pengajaran menyebabkan responden
kesukaran menilai kerja amali pelajar.
vi
ABSTRACT
Living Skills subject is divided into two sections which are the core section
and optional section. There are a lot of topics to be covered by the teachers in order
to finish the syllabus on time. The reduction of teaching period from four periods to
three periods in a week, may cause problems during learning process. The purpose of
this study is to identify the perceptions of teachers on the effect of period reduction of
Living Skills teaching period from four periods to three periods in secondary school
Hilir Perak district. A total of 62 Living Skills teachers from 11 secondary schools
Hilir Perak district were selected as respondents of this study. A set of questionnaire
was distributed to those selected teachers. Data were analysed using Statistical
Packages For Social Sciences (SPSS) Version 11.0. The value of alpha for the pilot
test conducted was 0.845. Findings of the study indicated that the reduction of the
teaching period had caused to (i) inadequate time for students to complete their
projects due to limited time in the lab (ii) inadequate time for teachers to access the
students work.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Definisi atau Istilah 12
1.8.1 Kemahiran Hidup 12
viii
1.8.2 Guru 13
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran 13
1.8.4 Pengurusan Bengkel 13
1.8.5 Penilaian Kerja Kursus 14
II SOROTAN PENULISAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Sukatan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu 16
2.3 Bahagian Teras 16
2.4 Bahagian Pilihan 16
2.5 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Mata 19
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
2.6 Pengetahuan dan Kemahiran Guru 20
2.7 Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 22
2.8 Tanggungjawab Guru di Bengkel Kemahiran 23
Hidup Bersepadu
2.9 Aspek Pengurusan Bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu 26
2.10 Fungsi Kerja Amali 29
2.11 Kerja Kursus 30
2.12 Peranan Guru dalam Penilaian 31
2.13 Beban Tugas 33
III METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
ix
3.4.1 Bahagian A: Demografi dan Latar
Belakang Responden 38
3.4.2 Bahagian B: Persepsi Responden
Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Dari Empat
Waktu Kepada Tiga Waktu. Satu Tinjauan
di Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak,
Perak Darul Ridzuan Telah Dijalankan. 39
3.4.3 Pemilihan Jawapan 39
3.5 Kajian Rintis 40
3.6 Prosedur Kajian 41
3.7 Analisis Data 42
IV ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis dan Keputusan Bahagian A 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Etnik 45
4.2.3 Bidang Pengkhususan Ketika di
Universiti 45
4.2.4 Pengalaman Mengajar 46
4.2.5 Bilangan Waktu Mengajar dalam
Seminggu 47
4.3 Analisis dan Keputusan Bahagian B 47
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 50
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 54
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 58
4.3.4 Rumusan Dapatan Persoalan Kajian 62
Secara Keseluruhan
4.4 Penutup 63
x
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan Kajian 64
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 66
5.3.1 Latar Belakang Responden 66
5.3.2 Dapatan kajian Persoalan Pertama 67
5.3.3 Dapatan kajian Persoalan Kedua 67
5.3.4 Dapatan kajian Persoalan Ketiga 68
5.4 Perbincangan 68
5.4.1 Latar Belakang Responden 68
5.4.2 Persoalan 1: Apakah pandangan guru
Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai
kesan pengurangan waktu terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu? 71
5.4.3 Persoalan 2: Apakah pandangan guru
Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai
kesan pengurangan waktu terhadap
pengurusan bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu? 74
5.4.4 Persoalan 3: Apakah pandangan guru
Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai
kesan pengurangan waktu terhadap
penilaian dan pelaksanaan kerja kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu? 77
5.5 Cadangan 80
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 81
RUJUKAN 83
LAMPIRAN 91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tahun Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan di Sekolah Rendah
dan Menengah 7
2.1 Tanggungjawab Guru-Guru Kemahiran Hidup
Bersepadu di dalam Bengkel Dari Segi Makmal
(Bengkel) atau Ruang Kerja 24
2.2 Tanggungjawab Guru-Guru Kemahiran Hidup
Bersepadu di dalam Bengkel Dari Segi
Keselamatan Diri 24
2.3 Tanggungjawab Guru-Guru Kemahiran Hidup
Bersepadu di dalam Bengkel Dari Segi Alatan
dan Bahan 25
2.4 Definisi 5S di Dalam Bengkel 27
3.1 Bilangan guru yang mengajar Kemahiran Hidup 37
Bersepadu di Hilir Perak
3.2 Persoalan Kajian Mengikut Nombor Item 39
3.3 Pengelasan Skala Likert 40
3.4 Skala Likert 5 poin yang dikod Semula kepada 3 poin 42
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44 4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 45
xii
4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan
ketika di Universiti 45
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 46
4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar dalam Seminggu 47
4.6 Skala Likert 5 poin yang dikod Semula kepada 3 poin 49
4.7 Penilaian Mengikut Nilai Min 49
4.8 Kekerapan, Peratusan dan Min Respon Bagi Item-item
Pandangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu
Mengenai Kesan Pengurangan Waktu Terhadap
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu 51
4.9 Kekerapan, Peratusan dan Min Respon Bagi Item-item
Pandangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu
Mengenai Kesan Pengurangan Waktu Terhadap
Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 55
4.10 Kekerapan, Peratusan dan Min Respon Bagi Item-item
Pandangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu
Mengenai Kesan Pengurangan Waktu Terhadap
Penilaian dan Pelaksanaan Kerja Kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu 59
4.11 Jadual Perbandingan Min Mengenai Pandangan
Guru Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu dari Empat Waktu
kepada Tiga Waku 62
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 91
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 97
C Surat Kebenaran daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 99
D Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran
Perak 101
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berlaku antara satu generasi kepada generasi
yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan adalah struktur
sosial yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran berkenaan. Persekolahan pula secara khusus ialah proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal yang berlaku dalam suasana bilik darjah di sekolah.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat harus diamalkan dan dijadikan induk dalam
pembentukan dasar pendidikan negara maju dan membangun pada masa depan.
Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran
Bersepadu yang merupakan satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi dalam
Tingkatan 1 hingga 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran
negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif
berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara (Rafie, 2000
dalam Pusat Perkembangan Kurikulum 2000). “Tujuan mata pelajaran ini adalah
untuk membekalkan pelajar-pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan
mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dalam dunia teknologi
dan perdagangan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).
2
Kandungan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada
dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Pilihan. Bahagian Teras meliputi bidang
pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi manakala Bahagian Pilihan merangkumi
empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,
Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2000).
Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini
membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar pelajar boleh bertindak
dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi serta
industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap yang positif
seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek,
penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah
bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah. Ia berkaitan dengan pemasangan,
pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Di samping itu, masakan, jahitan,
tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2000).
Di samping itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memainkan
peranan penting dalam membekalkan pelbagai kemahiran asas vokasional yang
sesuai dan diperlukan oleh pelajar sebelum mereka menceburi bidang pekerjaan
berasaskan kemahiran teknik dan vokasional apabila tamat persekolahan nanti. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran teras teknik dan vokasional
yang wajib diambil oleh semua menengah rendah (Tingkatan satu, Dua dan Tiga)
kerana ia adalah satu-satunya mata pelajaran yang memberi pendedahan awal kepada
pelajar tentang mata pelajaran pra-vokasional seperti lukisan kejuruteraan, teknologi
elektrik dan elektronik, pertukangan kayu serta banyak lagi (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1991).
Mengikut Utusan Malaysia, 11 Ogos 2008 Mei, Datuk Razali Ismail
(Timbalan Menteri Pelajaran) menyatakan bahawa pengajaran aliran vokasional dan
teknik seawal tingkatan satu dapat memastikan pelajar yang kurang cemerlang dalam
3
pelajaran lebih terjamin masa depan mereka. Sejajar dengan langkah itu, laluan bagi
pelajar aliran vokasional dan teknik untuk menyambung pelajaran ke institusi
pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan. Usaha itu akan diteruskan dari semasa ke
semasa dalam usaha memastikan hala tuju masa depan pelajar berada di landasan
yang betul.
Secara umumnya, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan
satu cabaran kepada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Tanggungjawab guru
Kemahiran Hidup Bersepadu bukan sekadar hanya mengajar tetapi juga memastikan
proses pembelajaran pelajar berjalan dengan berkesan. Menurut Esah (2003),
sebagai profesional dalam apa sahaja bidang, seseorang itu perlu menguasai ilmu
dengan mendalam. Guru yang profesional bukan setakat cekap mengajar di bilik
darjah dan dalam mata pelajaran tertentu sahaja, tetapi perlu mahir dalam pelajaran
yang lain, aspek pengurusan, kepimpinan, penyelidikan, kemahiran interpersonal dan
lain-lain kemahiran yang diperlukan pada masa kini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di dalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan
dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan
pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Wan Zah
(2000), setelah menjalani proses pembelajaran, seseorang itu mengetahui, melakukan
ataupun berfikir tentang sesuatu yang tidak diketahui sebelumnya. Di samping itu,
proses pembelajaran tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti mendapatkan dan
menggunakan pengetahuan. Apabila pengetahuan telah diperoleh dan digunakan,
maka perubahan yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian
iaitu Bahagian Teras dan Pilihan dan boleh menimbulkan masalah kepada pelajar
dalam menghadapi proses pembelajaran kerana terdapat banyak topik yang dihendaki
4
belajar. Selain itu, masa pembelajaran untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu
adalah suntuk. Menurut Asmah (1989), kadar penerimaan pembelajaran adalah
berbeza bagi setiap individu kerana setiap individu adalah unik. Adakalanya
pembelajaran berlaku dengan cepat, sederhana atau lambat.
Abdul Rahim (1998), turut menyokong kenyataan bahawa kegiatan
pembelajaran mengikut pendekatan secara semula jadi; terlibat dalam proses
pengajaran-pembelajaran yang berlandaskan minat, kecenderungan, kebolehan,
kesediaan, serta kemahiran setiap individu dan terlibat dalam kegiatan ke arah
perkembangan individu mengikut keunikannya.
Menurut Asmah (1989), seseorang boleh terlupa tentang apa yang
dipelajarinya sekiranya dia kurang memahami tentang apa yang dipelajarinya, atau
dia harus menghafaz sahaja tanpa memahami, tidak suka terhadap tajuk yang diajar,
tidak gemar terhadap guru yang mengajar atau kerana emosinya terganggu dan
mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran lain yang tidak
menggalakkan ingatan.
Peruntukan waktu untuk sesuatu tajuk sama antara kelas cemerlang dan kelas
potensi sedangkan tahap pencapaian berbeza. Menurut Lee Shok Mee (1986),
masalah ketidakseimbangan penerimaan pelajaran di kalangan pelajar dalam
sesebuah bilik darjah adalah masalah kurang kecerdasan. Sesetengah pelajar bersifat
leka dan lambat berfikir, lemah dalam gerakbalas, lekas lupa, sukar memahami
sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Menurut Dr. Mahathir, Menteri
Pelajaran pada tahun 1974 menyatakan bahawa mendapati anak-anak Melayu di luar
bandar ketinggalan ekoran dasar pendidikan yang dibawa oleh penjajah. Beliau
hendak bantu merapatkan jurang pendidikan di bandar dan luar bandar.
Pelajar-pelajar diwajibkan menyediakan pelbagai jenis kerja kursus daripada
setiap pecahan komponen, baik samada berupa projek ataupun penulisan berbentuk
folio, sebagaimana yang telah disyaratkan untuk menduduki peperiksaan bagi
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Peperiksaan Mengah Rendah (PMR).
5
Penilaian markah bermula dari Tingkatan 1 (10%), Tingkatan 2 (20%) hingga
Tingkatan 3 (10%). Jumlah markah adalah 40 peratus ini akan dimasukkan ke dalam
keputusan PMR. Penilaian pada kerja kursus akan dibuat oleh guru yang
mengajarnya (Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2000).
Kerja kursus ini menjadi beban kepada pelajar kerana kebanyakan masa
belajar diperuntukkan dalam pelaksanaan kerja kursus dan masa belajar teori adalah
singkat. Menurut Lee Shok Mee (1986), kadangkala murid memerlukan masa
panjang dan berbagai-bagai jenis aktiviti untuk mempelajari sesuatu kemahiran.
Dalam keadaan begini, aktiviti sokongan boleh diselitkan dalam proses pembelajaran
ini supaya memberi kerehatan dan secara tidak langsung mengukuhkan penguasaan
atas kemahiran itu.
Kelemahan yang ada pada guru adalah tidak mempunyai keyakinan serta
kemahiran mengubah suai teknik dan bahan untuk memenuhi desakan dan keperluan
pembelajaran yang baru. Menurut W.A. Dodd (1979), guru baru mempunyai
kesulitan untuk mengajarkan kerana mengambil masa yang lama untuk set induksi
semasa pengenalan di suatu topik sehinggakan isi pelajaran tidak tercapai seperti
yang diingini.
Menurut Trigwell (1997) dalam kajian Wan Zah (2000), guru yang baik
menunjukkan keupayaan untuk mengubah dan mengembang atau melebarkan
pengetahuan daripada sekadar menyampaikan pengetahuan itu. Mereka dapat
menggariskan pengetahuannya tentang sesuatu mata pelajaran, pengetahuan tentang
pelajarnya, dan pengetahuannya tentang pedagogi yang membolehkan sesuatu
konsep diubah dalam bentuk yang mudah difahami oleh pelajarnya.
Guru harus memajukan diri sendiri dengan melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi atau menjalani kursus yang membolehkan pengajaran
dilaksanakan secara lebih berkesan. Menurut Trigwell (1997) dalam kajian Wan Zah
(2000), guru yang baik menyedari kepentingan konteks dan menyesuaikan
pengajaran menurut konteks tersebut, mereka tahu bagaimana untuk mengubahsuai
6
strategi pengajaran mereka berpadanan dengan keperluan pelajar, mata pelajaran dan
persekitaran pembelajaran.
Mengikut Utusan Malaysia, 20 Mei 1991 dalam kajian Saw Bee Kheng
(1997) menyatakan bahawa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
mengemukakan bantahan ke atas pelaksanaan Kemahiran Hidup dengan menyatakan
para guru dan pelajar belum bersedia, permasalahan bengkel dan peralatan, gangguan
pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM serta pelajar tidak
berminat.
Dari segi fizikal, mungkin sebuah bilik darjah dan bengkel Kemahiran Hidup
di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah dan bengkel
Kemahiran Hidup di sekolah Bandar pula lengkap dengan pelbagai bahan dan alat
kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Asmah (1989), organisasi dan
pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Di antaranya ialah:
i. Penyusunan benda-benda fizikal seperti kerusi,meja dan alat perabot
lain.
ii. Mewujudkan pelbagai ruang mata pelajaran.
Pada tahun 2005, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
mula diperkenalkan di semua sekolah rendah dan menengah yang melibatkan
Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Tujuan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan diperkenalkan adalah untuk membentuk murid yang seimbang dan
dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara,
adalah wajar satu mata pelajaran yang dapat memberi kesan ke arah kesedaran sivik
dan perpaduan kaum diperkenalkan. Mata pelajaran ini diharap dapat melahirkan
generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara,
menghargai perpaduan dan mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia
(Surat Pekeliling Ikthisas Bil. 6/2004). Mata pelajaran ini akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat seperti berikut:
7
Jadual 1.1 : Tahun Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di Sekolah Rendah dan Menengah
Tahun Tahap
2005 Tahun 4 dan Tingkatan 1
2006 Tahun 5 dan Tingkatan 2
2007 Tahun 6 dan Tingkatan 3
2008 Tingkatan 4
2009 Tingkatan 5
Masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ialah dua waktu. Kesan langsungnya ialah waktu mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu dikurangkan waktu pengajaran iaitu daripada empat
waktu kepada tiga waktu. Dapat disimpulkan bahawa pengambilan satu waktu itu
dari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah diberikan kepada mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Pada tahun 1991, peruntukkan waktu mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu adalah empat waktu. Perubahan berlaku kerana mata pelajaran
Pendidikan Sivik diperkenalkan maka waktu mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu berubah kepada tiga waktu. Impak perubahan jadual waktu ini memberi
kesan kepada guru terutamanya mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun perubahan waktu daripada empat waktu seminggu kepada tiga waktu
seminggu jumlah sukatan adalah tetap sama bagi Tingkatan Satu, Dua dan Tiga.
Pelaksanaan amali tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut sukatan kerana
kekangan masa.
Jadi perancangan masa untuk pelajar adalah padat untuk pembelajaran dan
pengajaran. Guru akan menentukan masa, apa yang dipelajari dan buku yang
produktif. Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengejar masa untuk membuat kerja
amali. Dalam masa yang pendek ini adalah sukar untuk pelajar tahu arah tuju
mereka apa yang telah dipelajari. Menurut Sabri Ahmad (2003), kualiti kerja adalah
8
sama pentingnya dengan kuantiti. Sebenarnya, tidak berfaedah untuk belajar
beberapa jam tetapi tidak efektif.
Menurut Abdul Rahim (1999), penggunaan masa yang berkesan amat penting
dalam sesuatu sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Penstrukturan masa
dibuat berpandukan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu
dicapai. Penggunaan masa juga boleh dinilai dari segi peranan guru dan pelajar, iaitu
siapakah yang banyak berperanan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Wan Zah
(2000), turut menyokong kenyataan bahawa pengajaran hanya berlaku sekiranya
pelajar berjaya mempelajari sesuatu daripada pengajaran tersebut sekiranya
pengajaran efisien, tetapi pelajar tidak memperoleh apa-apa daripada pengajaran
tersebut, maka pengajaran itu tidak bererti.
Menurut Lee Shok Mee (1986), pembelajaran tidak akan berjaya dan tidak
berkesan sekiranya ia dijalankan dengan hanya sekadar memenuhi jadual waktu
sahaja. Guru mengajar semata-mata hanya memenuhi sukatan pelajaran. Dalam
jadual waktu yang singkat guru tidak dapat memperkembangkan isi pelajaran dari
segi teknik dan kaedah. Pembelajaran tidak akan berkesan sekiranya guru hanya
mengajar sepanjang proses dan kurang memberi perhatin pada pelajar. Selain itu,
interaksi kurang berlaku antara guru dengan pelajar menyebabkan guru kurang
mengetahui tahap penguasaaan pelajar dalam pembelajarannya. Menurut Mok Soon
Sang (1993), proses pembelajaran mesti berlaku di kalangan murid terhadap
pengajaran guru atau interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Penggunaan pengajaran secara kelas tidak akan memberi penilaian secara
objektif. Kadang kala sesuatu kerja yang diusahakan bersama-sama dianggapkan
sebagai pencapaian setiap orang dalam kelas. Menurut Asmah (1989), guru yang
hendak mengajar seharusnya memikirkan objektif pengajaran yang hendak dicapai
secara tepat dan jelas. Bidang (domain) mana yang hendak diperkembangkan dalam
diri murid-murid harus dikenali iaitu sama ada bidang kognitif (mental), psikomotor
atau afektif. Objektif yang ditentukan haruslah sepadan dengan kebolehan dan
kemampuan murid-murid dan bukannya bersesuaian dengan kebolehan guru.
9
Mengikut Sim dalam kajian buku Asmah (1989), proses pengajaran
melibatkan interaksi di antara beberapa komponen iaitu objektif, guru, isi pelajaran
dan murid dalam persekitaran-persekitaran yang tertentu. Persekitaran di sini
meliputi segala aspek budaya, sosioekonomi, organisasi, lokasi dan masa yang
melibatkan dalam satu-satu proses pengajaran. Isi adalah segala ilmu pengetahuan,
saranan , mesej, alatan, media dan cara-cara yang digunakan.
Pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu sering melibatkan diri dalam segala
aktiviti di sepanjang pelajaran, sama ada secara fizikal atau mental. Masalah yang
yang dihadapi pada pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu adalah penglibatan kerja-kerja amali yang banyak. Hanya tiga
waktu disediakan untuk guru Kemahiran Hidup Bersepadu, dalam masa yang singkat
guru dikehendaki mengejar sukatan pelajaran di samping itu, pelajar juga perlu
mengejar masa untuk menyiapkan kerja kursus amali seperti yang ditetapkan oleh
Jabatan Pendidikan. Sudah tentu tugasan ini akan menjadi beban kepada pelajar dan
menambahkan beban kerja kepada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu.
Menurut Mok Soon Sang (1993), kaedah seluruh kelas ini melibatkan banyak
aktiviti pengajaran guru seperti penerangan dan demontrasi. Kebanyakan masa
pembelajaran murid adalah di dalam keadaan pasif, iaitu duduk diam dan dengar
sahaja. Oleh itu, penggunaan pengajaran secara kelas tidak boleh mendorongkan
semua murid melibatkan diri secara aktif dalam pelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap
pengurangan waktu pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada empat waktu
kepada tiga waktu. Satu tinjauan di sekolah Menengah dalam daerah Hilir Perak.
10
1.4 Objektif
Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Mengenalpasti pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan
pengurangan waktu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4.2 Mengenalpasti pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan
pengurangan waktu terhadap pengurusan bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu.
1.4.3 Mengenalpasti pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan
pengurangan waktu terhadap penilaian dan pelaksanaan kerja kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan
pengurangan waktu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu?
1.5.2 Apakah pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan
pengurangan waktu terhadap pengurusan bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu?
1.5.3 Apakah pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan
pengurangan waktu terhadap penilaian dan pelaksanaan kerja kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu?