PANDANG KEDALAMDR BAGINDO MUCHTARPRAKATA SATUBismillah hir
rahmanirrahim
Dengan IradatNya jua saya digerakkanNya untuk menulis semula
buku karangan Dr Bagindo Muchtar ini. Secara jujur dinyatakan
bahawa ianya dilakukan tanpa mendapat keizinan dari Dr Bagindo
Muchtar kerana saya tidak pernah menemuinya dan tidak tahu
bagaimana untuk berhubung dengannya. Saya tidak pasti sama ada
penulis asal buku ini masih hidup atau telah kembali ke
Rahmatullah. ( bukunya merupakan MANUSKRIP yang mengikut catatannya
siap ditaip / tulis pada 27hb November 1965 41 tahun yang lalu )
Namun ianya dilakukan juga kerana tuntutan mencari ilmu. Saya yakin
Dr Bagindo Muchtar pasti mengizinkannya.
Ianya juga merupakan permintaan saudara dan sahabat saya Sdra
Anuar Yasin dari Felda Jelai 3, Gemas. Saya memanggilnya sebagai
Syeikh Nuar. Ini adalah kerana salinan buku berkenaan yang ada pada
saya ( dan salinan yang saya hadiahkan kepada beliau ) merupakan
salinan fotokopi yang tidak jelas dan sukar untuk dibaca.
Pada tahun 1980 saya bertugas sebagai Pengarah Bekalan di
Jabatan Stor Keretapi Tanah Melayu. Seorang kakitangan saya ( yang
saya anggap sebagai abang kerana jauh lebih berusia daripada saya )
bernama Amar Mansor telah menghadiahkan buku karangan Dr Bagindo
Muchtar ini kepada saya. ( Sdra Amar pernah menjadi JURULATIH KANAN
SILAT NASRUL HAQ YANG DITERAJUI OLEH PROF DR MUCHTAR LINTANG DARI
INDONESIA )
Ketika itu saya baru berumur 29 tahun dan langsung tidak
berminat kepada isi kandungan buku tersebut. Namun saya sangat
menyayangi buku. Saya telah menyimpan buku itu dan telah membacanya
banyak kali juga tetapi tidak dapat memahaminya seperti yang
sepatutnya pada ketika itu.
Pada tahun 1995 saya telah mula menulis buku karangan saya
sendiri yang saya namakan sebagai Pengantar Ilmu Hakikat Yang
Diwariskan. Sebagai bab penutup saya sangat berhajat untuk menulis
mengenai pendapat pendapat sama ada sesaorang itu boleh menemui
Dirinya ketika ianya masih hidup didunia ini.
Ini adalah kerana kesemua guru guru saya menegaskan bahawa satu
ketika nanti sesaorang salik itu akan dapat menemui Dirinya
sendiri. Malangnya ketika saya bertanya kepada guru guru saya itu
sama ada beliau sendiri telah menemui Dirinya, jawapan yang saya
terima secara langsung dan tidak langsung tidak memuaskan hati
saya. Ini pada hemat saya adalah kerana guru guru saya itu sama-ada
masih belum lagi menemui Dirinya atau barangkali ianya merupakan
satu SIRR atau Rahsia yang tidak boleh diberitahu kepada sesiapapun
atau barangkali ianya ( perkara boleh menemui Diri itu ) merupakan
cakap cakap sahaja bukan satu perkara yang benar. Yang demikian
saya sendiri masih belum menemui Diri saya itu kerana saya tidak
pernah diberitahu bagaimanakah cara dan amalannya.
Saya telah mencari buku Dr Bagindo Muchtar ini tetapi adalah
jelas bahawa ianya sudah tiada dalam simpanan saya lagi. Tidak
mungkin saya akan dapat menemuinya kembali melainkan atas Kehendak
Allah jua. Saya menadah tangan berdoa kepada Allah dan meminta
Allah memberikan petunjukNya untuk menunjukkan bahawa Ilmu Hakikat
/ Ilmu Mengenal Diri dan Tauhid Hakikat itu merupakan ilmu yang
benar bukan ilmu yang sesat seperti mana dikatakan oleh ramai ulama
Syariat. Saya juga memohon agar Allah memulangkan semula buku
berkenaan.
Selepas tiga hari saya telah didatangi oleh seorang anak muda
dari kampong saya juga. Anak muda ini telah datang kerumah saya
selama tiga malam berturut turut namun pulang kerumahnya kerana
setiap kali dia datang saya ada tetamu. Jelas sekali anak muda ini
ingin berbicara atau berbincang dengan saya secara bersaorangan.
Anak muda ini hanya dapat menemui saya secara bersaorangan pada
malam keempat. Ketika mengetahui saya tiada tetamu beliau terus
memegang kaki saya sambil menangis teresak esak meminta saya
mengampunkannya. Ini adalah kerana ( menurutnya ) dia telah
mengambil buku saya tanpa pengetahuan dan izin saya dan setelah
membacanya terus mengamalkan ajaran ajaran yang terdapat didalam
buku tersebut. Anak muda ini menceritakan kepada saya pengalaman
pengalaman aneh dan menakjubkan yang dinikmatinya selama lima tahun
setelah mengamalkan amalan amalan yang diyorkan oleh buku
tersebut. Katanya dia telah menemui Dirinya sendiri dan
menyerahkan urusan kehidupannya selama lima tahun kepada Dirinya
itu.
Beliaulah orang pertama yang mengaku kepada saya bahawa Diri itu
boleh ditemui jika kita tahu JALANNYA. Anak muda ini menjadi guru
saya yang entah keberapa.
Menurutnya sejak lima hari yang lalu beliau berasa amat gelisah
dan hatinya diruntun runtun untuk memulangkan harta yang bukan
miliknya. Harta yang dirujuknya itu ialah buku Dr Bagindo Muchtar
milik saya ( yang saya cari cari itu ) tetapi buku yang
dikembalikannya kepada saya bukanlah buku yang asal tetapi
merupakan salinan fotocopy. Yang asal telah diambil oleh sesaorang
katanya.
Anak muda ini juga menyatakan bahawa MURTIARANYA telah hilang.
Sudah tiga tahun katanya dia kehilangan Dirinya .. tidak lagi dapat
menemui Diri itu seperti yang dialaminya selama lima tahun. Pada
sangkaannya sebabnya ialah kesilapan mengambil buku berkenaan tanpa
izin pemilik dan mengamalkan ilmu tanpa mendapat ijazah.
Sebab yang sebenar saya sendiri pun tidak tahu. Ada juga
kemungkinan bahawa perkara yang SIRR telah diceritakan kepada orang
lain khususnya orang yang bukan ahli.
Namun begitu Keagungan Allah adalah amat jelas dan nyata.
Peristiwa yang saya ceritakan tadi membolehkan anda membaca buku Dr
Bagindo Muchtar ini. Mudahan mudahan anda juga akan menikmati
nikmat sepertimana yang telah dinikmati oleh anak muda yang saya
ceritakan diatas. Namun segala-galanya adalah KetentuanNya jua.
Saya tidak bercadang untuk menceritakan didalam Prakata ini akan
pengalaman pengalaman luarbiasa oleh anak muda tersebut. Saya juga
tidak dapat menyebutkan namanya kerana tidak dapat keizinannya.
Yang dapat saya katakan ialah adalah satu perkara yang benar bahawa
sesaorang salik itu dapat malah amat perlu menemui Dirinya. Ini
telah disebutkan oleh Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir Jailani
didalam kitabnya dan juga telah dinyatakan oleh Syeikh Hamzah Al
Fansuri didalam karangan karangannya.
NOTATajuk Asal Buku Dr Bagindo Muchtar ialah MENGENAL DIRI
Penyalin mengubah tajuknya kepada MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG
KEDALAM kerana itulah yang dibincangkan sebenarnya oleh Dr Bagindo
Muchtar. Fatihah Untuk Dr Bagindo Muchtar. Penyalin ( dan
sewajarlah semua pembaca ) sangat berterimakasih kepada beliau atas
isi kandungan buku ini. Isi kandungannya sangat MIRIP kepada PATRAP
yang diterajui oleh bapak Slamet dan Bapak Abu Sangkan
Dzikirullah.com . Terimakasih dan Fatihah juga untuk abang penyalin
Sdra Amar Mansur.
Penyalin tidak pasti sama-ada Buku MENGENAL DIRI karangan DR
BAGINDO MUCHTAR ini telah pernah diterbitkan. Salinan yang ada pada
penyalin merupakan Manuskrip yang ditaip. Mengikut catatan
manuskrip, Dr Bagindo Muchtar mula menaipnya pada 1hb ogos 1962 dan
siap pada 27hb November 1965 di Palembang, Indonesia.
Pada hemat penyalin Dr Bagindo Muchtar ialah Prof Dr Muchtar
Lintang Mahaguru Silat NASRUL HAQ. Ini adalah berdasarkan pengakuan
Sdra Amar Mansur bahawa manuskrip ini dihadiahkan kepadanya oleh
Prof Muchtar Lintang sendiri. Ketika itu sdra Amar merupakan
jurulatih kanan Nasrul Haq, di Kuala Lumpur. Amar Mansur pula
menghadiahkan satu salinan kepada penyalin pada tahun 1980 sebagai
Hadiah Harijadi.
***********************
PRAKATA DUAAl-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi
Saudara pembaca,
Dikalangan pengikut Ilmu Hakikat Diri Yang Sebenarnya Diri itu
merupakan perkara immaterial yang bersifat Rabbaniah atau bersifat
Ketuhanan. Yang demikian ianya juga dikatakan mempunyai Sifat Sifat
20 Allah SWT. Nyata dengan jelas akan wujudnya 7 ( tujuh ) Sifat
Sifat MaaniNya ( Hayat / Basar / Kalam / Kudrat / Ilmu / Sama &
Iradat ) pada Diri itu yang seterusnya melihatkan kesan kesannya
melalui anggota anggota badan manusia itu.
Yang menjadi persoalan ialah adakah Diri itu juga memiliki Sifat
Sifat MAHA atau SIFAT SIFAT MAKNUYAH Allah SWT ? ( Hayyun / Basirun
/ Mutakallimun / Qadirun / Alimun / Samiun & Muridun )
Jika dikatakan ada kenapakah manusia itu mempunyai pelbagai
kelemahan dan serba kekurangan ?, sedangkan yang dikatakan MAKNUYAH
itu ialah HAYYUN / MAHA HIDUP, QADIRUN / MAHA BERKUASA, ALIMUN /
MAHA TAHU, BASIRUN / MAHA MELIHAT, SAMIUN / MAHA MENDENGAR,
MUTAKALLIMUN / MAHA BERKATA-KATA dan MURIDUN / MAHA BERKEHENDAK ?.
Pernahkah anda menemui manusia yang memilikki Sifat Sifat sebegini
?
Jika dikatakan Diri itu hanya memilikki Sifat Sifat Maani
sahaja, maka tidaklah boleh dikatakan bahawa Diri itu bersifat
Ketuhanan ! Hanya IlmuNya sahaja yang dapat memberi penjelasan
kepada sesaorang salik itu kerana pada hakikatnya Tiada Yang
Berilmu Hanya Dia.
Saudara pembaca,
Marilah kita alihkan tumpuan dan perhatian kita buat seketika
kepada perkara yang mungkin kita anggap sebagai remeh temeh ( yang
jarang sekali kita fikirkan secara mendalam rahsianya ) kerana kita
terlalu biasa dengannya oleh kerana kita sentiasa bersamanya,
setiap detik dan ketika barangkali.
Saya ingin menarik perhatian saudara tentang dua perkara iaitu
mengenai tenaga letrik yang mengalir dirumah kita, dipejabat kita
di sekitar kita dan juga tentang jalan jalan atau laluan laluan
yang selalu kita gunakan tanpa kita memikirkan hakikat yang kita
sebenarnya menumpang jalan jalan yang bukan milik kita itu .
Mengenai tenaga letrik ianya adalah abstrak kerana sangat susah
bagi kita menjelaskan apakah ianya sebenarnya melainkan bercerita
mengenai kesan kesannya. Jurutera letrik mengukurnya dengan
mengadakan kata kata ukuran seperti watt, voltage dan
sebagainya.
Jika dikatakan ianya mati, letrik itu menghidupkan pelbagai
peralatan dan membahagiakan kehidupan kita pula. Jika kita katakan
ianya hanya benda yang mati ianya bergerak dan mengalir dari
janakuasa kerumah kita melalui jalannya sendiri. Jalannya ialah
dawai tembaga ( copper ). Jika kita gantikan dengan tali plastik
umpamanya ia enggan berjalan ( mengalir ) Ianya tetap mahu kepada
jalannya sendiri. Tidak mahu ia menumpang jalan yang bukan jalannya
( jalan orang / benda lain )
Jika kita katakan ianya hidup kita tidak pernah nampak akan
rupanya melainkan lambang lambang yang diadakan oleh jurutera. Jadi
ianya seperti sesuatu yang ada ZAT seperti air juga yang hidup dan
menghidupkan.
Saudara pembaca,
Jalan tenaga letrik ini kita sebut sebagai dawai letrik.
Jurutera membuatnya mengikut pelbagai ukuran ( saiz ) sesuai dengan
kekuatan atau satu satu kegunaan itu. Jika dawai dawai yang
merupakan jalan jalan tenaga letrik ini berbalut mengikut piawaian
yang ditentukan maka tenaga atau kekuatannya telah dihadkan kepada
kegunaan yang ditujukan itu. Umpamanya ia akan menyalakan lampu
tanpa membakar lampu tersebut, memusingkan kipas tanpa
merosakkannya atau menghidupkan peti televisyen tanpa memudaratkan
kita sebagai pengguna atau peti televisyen itu sebagai alat. Jadi
bolehlah kita katakan bahawa tenaga letrik dalam dawai yang
berbalut itu bukanlah kekuatan sebenar tenaga letrik itu. Ini
adalah kerana jika balutan itu dibuang dan yang tinggal hanya dawai
tembaga maka kekuatan sebenar tenaga letrik itu boleh membunuh
manusia dan merosakkan segala peralatan.
Yang demikian balutan itulah sebenarnya yang membuatkan kekuatan
yang MAHA itu terkawal sesuai dengan apa kegunaan yang
diinginkan.
Mengenai jalan pula, jalan keretapi umpamanya kita sebut sebagai
landasan keretapi. Jika kita naik keretapi kita disebut sebagai
penumpang keretapi. Jika kita naik bas pula kita disebut sebagai
penumpang bas. Ini adalah kerana landasan itu bukan milik kita
tetapi milik keretapi. Kita hanya tumpang menggunakan sahaja.
Apapun, jika tidak ada jalan maka kita akan menjadi statik
kerana tidak dapat kemana mana pun. Yang demikian jalan itu adalah
penting malah sangat penting.
Sesuatu perkara itu mempunyai jalan jalan masing masing, atau
jalan jalannya sendiri. Untuk memperolehi sesuatu kita hendaklah
tahu akan jalannya. Jika kita tidak tahu jalan, maka kita tidak
akan kemana malah boleh sesat pula.
Oleh kerana selama ini kita hanya menumpang jalan, jalan yang
bukan milik DIRI kita maka sentiasalah kita menjadi penumpang. Maka
adalah amat perlu kita membina atau menemui jalan kita sendiri.
Yang sebenarnya tidaklah perlu kita membinanya kerana jalan itu
telahpun disiapkan untuk kita. Cuma kita tidak menyedari akan
wujudnya. Lantaran itu ianya jalan yang tidak pernah kita gunakan
kerana kita sememangnya jahil tentang kewujudannya.
Saudara pembaca,
Marilah kita kembali kepada perkara yang serius semula ( bukan
perkara remeh lagi )
Saya ingin menarik perhatian saudara kepada sebuah kitab yang
dikarang oleh Qutubul Aulia Syeikh Abdul Qadir Jailani yang
berjudul SIRRUR ASRAR. Jika anda belum membacanya maka carilah buku
ini dan bacalah berulang ulang kali.
Didalam kitab berkenaan Syeikh kita menjelaskan bahawa Ruh Al
Qudsi ( yang juga dirujuk sebagai Diri Yang Sebenarnya oleh ulama
lain ) dan umumnya dirujuk sebagai ruh atau nyawa kita itu
dinamakan oleh beliau sebagai TIFLUL MAANI iaitu sesuatu yang
immaterial atau bukan benda yang terlalu rahsia yang bersifat
Rabbaniah atau Ketuhanan yang membuatkan kita hidup dan menjadi
manusia atau insan yang sempurna.
Menurut beliau, Allah SWT telah mambalut Tiflul Maani ini dengan
pelbagai balutan cahaya kerana jika ianya tidak dibalut maka
kekuatanNya akan membakar jasad atau tubuh atau badan yang menjadi
sarungnya didunia ini.
Seperti tenaga letrik yang berjalan didawai tembaga terhad atau
dihadkan kekuatannya oleh lapisan lapisan pembalut plastik sesuai
dengan kegunaan tenaga itu, begitu jugalah kekuatan TIFLUL MAANI
itu dihadkan kekuatannya sesuai dengan kehidupan manusia itu dimuka
bumi ini.
Maka yang kelihatan ketika kewujudan balutan balutan itu
hanyalah kekuatan yang terhad yang disesuaikan hingga yang terlihat
hanyalah apa yang kita sebut sebagai kesan kesan SIFAT SIFAT MAANI
ALLAH SWT. Sifat Sifat MAHA iaitu Sifat MAKNUYAH itu seperti ghaib.
Kesan wujudnya juga hampir tidak kelihatan.
Yang demikian bolehlah kita katakan bahawa Sifat Sifat Maknuyah
Allah SWT sememang wujud pada Diri Sebenar manusia itu. Ianya hanya
akan NYATA apabila balutan balutannya terhapus atau dihapuskan.
Saudara pembaca,
Bagi sesaorang yang bertauhidkan kepada Keesaan Allah SWT dan
betul betul meyakini akan kebenaran Ilmu Hakikat, wajiblah ianya
beriman bahawa tiada apa yang wujud dialam maya pada ini melainkan
Zat Alllah semata mata.
Wajib juga ia percaya bahawa Allah meliputi dirinya dan
pengliputan itu menjadikan dirinya sebagai manusia pada hakikatnya
tidak wujud.
Dia juga yakin bahawa Ruh atau Nyawa atau Hati atau Qalbunya
merupakan Ruh Al Qudsi Allah yang memilikki segala Sifat Sifat
Allah termasuk Sifat Sifat 20 yang wajib diketahuinya berkaitan
Allah SWT.
Yang demikian apa yang harus ditumpukan oleh sesaorang salik
itu, setelah meyakini bahawa Diri Yang Sebenarnya Diri itu
memilikki Sifat Sifat Maknuyah Allah SWT ialah mencari JALAN untuk
menemuinya dengan pemecahan pemecahan balutan balutan itu.
Usaha usaha pemecahan balutan balutan cahaya yang membalut Ruh
Al Qudsi atau bagi Syeikh Abdul Qadir TIFLUL MAANI boleh dicapai
dengan beberapa cara mengikut pegangan dan fahaman sesaorang
itu.
Bagi orang orang yang hanya meyakini Ilmu Syariat maka caranya
ialah mentaati Alllah SWT sebaik mungkin dengan menjauhi sift sifat
terkeji dan melakukan sebanyak mungkin ibadah.
Bagi ahli ahli Tarikat pula maka sewajarnyalah ia menaikkan
tahap zikirnya dengan bimbingan mursyid hingga mencapai
Makrifatullah.
Bagi Ahli Tauhid iaitu Ahli Hakikat tumpuan ialah kepada
Mengesakan Allah dan memusnahkan Keakuannya ..
Dan bagi Dr Bagindo Muchtar Diri Yang Sebenarnya Diri itu boleh
ditemui kalau sekiranya sesaorang itu mengetahui JALAN DIRI itu
sendiri. Perkara inilah yang dihuraikan oleh Dr Bagindo Muchtar
didalam bukunya yang oleh penyalin dijudulkan semula sebagai
PANDUAN MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG KEDALAM.
MATLAMAT TERAKHIR THE ULTIMATE OBJECTIVES.
Saudara Pembaca !
Awal Awal Agama Ialah Mengenal Allah . Apa pula Akhir Akhir
Agama itu ? Sewajarnyalah Akhir Agama Itu Menemui Allah.
Saya tidak pasti sama-ada ada Hadith atau Ayat Ayat Al-Quran
yang menegaskan bahawa Akhir Akhir Agama Itu Ialah Menemui Allah
setelah Kita Dapat Mengenalnya.
Apapun terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran yang menjelaskan
bahawa sesaorang itu dapat BERTEMU dengan Allah mengikut cara cara
yang ditentukan oleh Allah sendiri dan caranya yang jelas ialah
dengan PANDANGAN BATIN dan dengan MENGENAL DIRI SENDIRI.
Yang demikian Mengenal Diri itu sewajarnyalah Awalnya dan
MENEMUI DIRI itu adalah akhirnya.
Jadi kita katakan bahawa tiadalah gunanya ILMU, jika kita tidak
dapat menggunakannya untuk MENGENAL DIRI. Dan boleh juga kita
katakan bahawa adalah sia sia kita dapat kita Mengenal Diri kita
jika kita tidak dapat MENEMUINYA. Dan adalah perkara yang SANGAT
MALANG dan SANGAT RUGI jika kita tidak dapat MENEMUI ALLAH setelah
kita berjaya Menemui Diri kita.
Barangkali inilah yang sewajarnya menjadi MATLAMAT AKHIR atau
THE ULTIMATE OBJECTIVES kita menuntut Ilmu apatah lagi ILMU
MENGENAL DIRI .
Iaitu kita wajib belajar Mengenal Diri agar Diri itu dapat kita
TEMUI dan akhirnya sebagai SifatNya Diri itu sebagai bahagian Yang
Ghaib kita dapat pula DIRI itu, membawa kita MENEMUI ALLAH TUHAN
kita YANG MAHA GHAIB itu.
Barangkali inilah maksud Hadith : Wa Man Arafa Rabbahu Fasadal
Jasad Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya maka binasalah JasadNya.
Pokoknya ialah JASAD atau BADAN itu wajarlah diBINASAKAN dahulu
agar YANG BATIN itu WUJUD ESA DENGAN ALLAH, dapat berkuasa
sepenuhnya dalam ertikata menguasai segala-galanya mengikut
KETENTUAN TUHANNYA.
Soalnya ialah bagaimanakah caranya kita dapat mengenal dan
menemui DIRI kita itu ? Maka sewjarnyalah kita menghalusi maksud
Hadith Baginda Nabi Muhammad : BERTAFAKUR SESAAT ITU LEBIH BAIK
DARI BERIBADAH SELAMA 70 TAHUN. Bagaimanakah caranya kita
bertafakkur itu ?
Cara Bertaffkur dan CARA UNTUK MENEMUI DIRI dan TUHAN inilah
yang ditumpukan oleh Dr Bagindo Muchtar dalam buku yang anda akan
baca ini. Maka wajarlah anda BERSYUKUR kepada Allah dan
berterima-kasih kepada Dr Bagindo Muchtar kerana selain buku ini
saya belum pernah terjumpa mana mana buku dan kitab yang
menunjukkan cara caranya MENEMUI DIRI sejelas buku Dr Bagindo
Muchtar ini.
Semuga anda sebagai pembaca akan menemui Diri anda sendiri dan
menikmati erti kehidupan sebenar melalui cara cara Dr Bagindo
Muchtar, kerana bagi Dr Bagindo Muchtar cara cara kehidupan yang
kita jalani selama ini adalah cara cara kehidupan yang salah dan
merugikan. Kita perlu mencari jalan CARA KEHIDUPAN BARU dengan
menyerahkan segala urusan kehidupan kepada DIRI yang telah ditemui
itu.
Semuga Allah memeberi Taufik dan HidayahNya kepada kita semua.
Bersyukur kita kepada Allah dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Dr Bagindo Muchtar ( yang pada pendapat penyalin barangkali
dia jugalah yang menamakan dirinya Professor Dr Muchtar Lintang
pengasas silat NASRUL HAQ. ) Terima ksih kita juga kepada anak muda
yang telah memulangkan semula buku Dr Bagindo Muchtar ini kepada
penyalin.
Walllahhualam, salam takzim dan selamat membaca.
Ikhlas dari,
Al Fakir Abdillah Abdullah Al GemasiKampong Londah, Gemas Negeri
Sembilan, Malaysia.09 Julai 2006.BAB SATUKESIMPULAN DARI
PERJALANANKU
Yang ada mencari yang tiada Menemui sesuatu yang harus
mendapatkan perhatian dari kita sendiri. Mengikuti terus
perkembangannya.
Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang terus, sampai
dapat merasakan yang sesuatu itu telah memancar dari dalam badan
sendiri.
Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapat mengetahui akan
rahsia yang terkandung padanya.
Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai kepada
tidak ada.
Tempat tidak ada menyadarkan dan menyatakan badan diri guna
untuk mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan
Allah dan Muhammad sebagai Rasullullah dengan melafazkan Dua
Kalimah Syahadat sekurang kurangnya tiga kali berulang ulang.
Sekali berjalan dari tidak ada kepada sampai kepada ada.
Kewibawaan kita keluar selalu sebagai seorang manusia dengan
sesuatu.
Demikianlah adanya.
AKUBAGINDA MUCHTAR( SI SEPULUH )
BAB DUAKATA BERMULA
Anak anakku sekalian,
1 Ketahuilah olehmu, resapkan kedadamu bahawa dibumi Tuhan
engkau berpijak dan dibawah lindungan yang Maha Besar engkau
berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu sembahlah DIA
ALLAH Yang Maha Esa dan pohonkanlah segala galanya kepadaNya,
2 Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tidak ada ibu
bapamu tentu engkau tak akan menjadi manusia kerana ibu bapamu itu
manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan
jangan durhaka kepadanya ( mereka ).
3 Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau anak
kandungnya kerana dia yang mengandung engkau. Seorang anak tak akan
jadi kalau tak ada bapamu.
Dan dibidang Ilmu Pengetahuanku adalah engkau anakku pula dan
adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa padaku.
BAB TIGABAHAGIA
Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu.
Kelahiranmu mendatangkan Bahagia pada perasaan ibu bapamu dan kaum
familimu. Dan dimana letaknya Bahagiamu itu ? Engkau membawa
bahagia dan bahagia itu ada padamu, tetapi dimana letaknya ?
Letaknya ialah padamu yaitu ditempatnya. Mungkin letaknya diluarmu
? Tidak mungkin kerana engkau yang membawanya.
Bahagiaku letaknya padaku dan bahagiamu letaknya padamu. Aku
mangandung bahagia dan engkau ( juga ) mengandung bahagia. Untuk
merasakan dan mendapat ( kan ) itu bahagia tentu engkau harus
melahirkan kandunganmu itu.
Engkau tak tahu. Dalam hal ini maka aku yang engkau anggap
gurumu yang menolong melahirkan kandungan mu itu. Dan engkau akan
merasa bahagia sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan
dapat memahami bahagiamu yang telah dilahirkan itu.
Kesadaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan
menghargai gurumu sebagai pembimbingmu memecahkan Rahsia DIRImu
sendiri, menuju hidup sepanjang masa menjelang hidup yang kekal
abadi.
Pelajarilah segala sesuatunya dengan sesuatu yang ADA padamu dan
jagalah hadapmu terhadap ibubapamu, sesudah itu guru gurumu. Dan
istimewa terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang
menjadikan segala yang dijadikan, yang Mengetahui yang tidak
diketahui oleh apa dan siapa saja, sembahlah Dia dan carilah
Rahsianya yang terkandung didalam dirimu, untuk dapat mengenalnya
dengan erti yang sebenarnya.
Rabbigefer warham wa anta khairurrahimin.( Wa ) Hai Tuhanku
ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, Engkau ( lah ) yang
sebaik-baik Yang Mengasihi.
Palembang27hb Nov 1965Bagindo Muchtar.BAB EMPATKISAHKU
Bidukku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju karam
dihentam badi topan ( taufan ) sehingga terdampar ketepi pantai
sampai menyebabkan kemudi patah. Semua orang didaratan menyalahkan
aku. Aku belayar dengan bidukku mengharung lautan samudera dengan
tujuan mencapai pulau cita cita yaitu BAHAGIA. Bahagia yang diidam
idamkan oleh setiap manusia.
Dalam pelayaran itu sewaktu aku memutar haluan hendak menuju
sesuatu tujuan yang tertentu yang aku anggap baik, maka sekonyong
konyong dengan tidak aku sadari berembuslah badai taufan dengan
amat dahsyatnya yang menyebabkan bidukku terhempas kekanan dan
kekiri. Segala ikhtiarku, daya upayaku aku jalankan guna untuk
bertahan menjaga supaya bidukku jangan karam.
Akhirnya setelah aku cuba bertahan berhari hari dan bermalam
malam ( lima belas hari dan lima belas malam lamanya ) untuk
menyelamatkan biduk itu, kesudahannya bidukku ketepi pantai dan
tidak sampai tenggelam ditengah lautan. Daya tahanku boleh
dikatakan hampir habis.
Kerana kalau sampai tenggelam ditengah lautan tentu semenjak
waktu itu akan berakhirlah riwayat hidupku dan tidak ada satu
manusia pun akan mengetahui kisahku ini. Kerana seluruh isi biduk
itu akan ikut tenggelam dan termasuk aku sendiri.
Aku kehabisan tenaga. Bidukku terdampar dan disaat itu aku belum
sedar betul. Dengan tidak usul periksa semua orang didaratan
menyalahkan aku.
Aku berusaha dan mencuba menerangkan keadaan yang sebenarnya
akan tetapi tidak satu orang pun waktu itu yang mahu mendengar
keteranganku. Aku tidak mengharapkan belas kasihan dari orang orang
itu, tidak.. hanya aku ingin mengemukakan kebenaranku kepada mereka
itu akan tetapi manusia manusia itu tidak mahu menerimanya.
Dan dari segi lain, angin badai taufan tersebut menyebabkan
mulai berlakunya PERISTIWA GHAIB BAGI DIRIKU.
Aku terkatong katong seorang diri dan tiap tiap orang yang
menemui aku atau yang aku temui memperlihatkan rasa curiga
padaku.
Dan segala sesuatunya itu aku terima dengan segala kesabaran dan
tawakkal. Curiga orang orang itu menjadi bahan bagiku untuk
mengoreksi ( memperbetulkan ) diriku. Aku harus menyesuaikan
batinku dengan zahirku. Dan beransur ansur mulai ada orang yang
mempercayai aku dan sudah ada pula menaruh perhatian padaku.
Bidukku dikuasai oleh orang orang tertentu, bahkan sampai kepada
kekayaanku yang tidak seberapa dikuasai orang juga. Pihak pihak
yang tertentu tidak mahu mengerti dan tidak mahu tahu akan
keadaanku waktu itu dan terang aku rasakan ialah kemerdekaanku
dirampas oleh orang orang yang tertentu itu dengan tujuan tertentu
pula.
Aku tidak berdaya kerana tidak ( ada ) satu orang pun yang
memihak padaku. Kebenaranku dikalahkan oleh jumlah bilangan mereka
yang banyak. Dan belakangan ternyata kemudi bidukku patah, patah
tidak dapat disambung lagi sehingga aku kehilangan kemudi (
kesayanganku ) untuk selama lamanya.
Aku mengatakan maka sampainya patah kemudi itu disebabkan
keranakan yang menguasai bidukku itu setelah kemerdekaanku
dirampas, kerana setahuku bidukku tidak sampai sebegitu jauh
rosaknya, akan tetapi oleh kerana dari semula orang mengatakan aku
yang menyebabkannya, maka kesalahan tetap dipikulkan
kepundakku.
Aku tahu bidukku rosak. Dengan mati- matian sewaktu di tengah
lautan aku pertahankan supaya jangan sampai tenggelam dan akhirnya
dengan tidak berdaya aku sampai ketepi.
Hanya aku yang tahu bagaimana hebatnya taufan itu mengamuk siang
dan malam dan hanya aku yang bertahan dan lantaran aku juga makanya
biduk itu sampai ketepi pantai. Dan sekalian yang terjadi dibidukku
adalah akibat dari serangan gelombang dahsyat yang menghentam
bidukku itu. Kemerdekaanku dirampas dan aku disingkirkan dengan
paksa. Kesalahanku waktu itu ialah aku tidak tegas, aku waktu itu
disaat lemah tidak berdaya.
Patahnya kemudi disebabkan tidak pandainya tukang memperbaikki
biduk itu, lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atau sebab
musababnya. Dan akhirnya aku yang kehilangan, akulah yang
menderita.
Kekuatanku dengan beransur mulai timbul, kesadaranku mulai
datang dan keadaan itu tidak bolih aku biarkan begitu sahaja. Aku
mulai bertindak mulai tegas dan segala hakku yang sengaja dirampas
orang aku tuntut supaya dikembalikan. Dan akhirnya dengan kesadaran
dan ketegasanku itu, walau tidak keseluruhannya kemerdekaanku mulai
ku perdapat kembali dengan jalan mushawarah atau perdamaian.
Pengalaman dan penderitaanku ditaraf yang pertama ini
menyebabkan aku mendapat kesimpulan bahawa memang Tuhan itu ada.
Ini bukan bererti aku tidak percaya pada Tuhan sebelumnya.
Contoh contoh diantaranya aku pernah tidak makan sewajarnya akan
tetapi ( aku ) tidak lapar, aku pernah dicari oleh sesaorang untuk
ditembak lantaran dihasut orang, aku bertemu dengan orang itu akan
tetapi aku tidak dilihatnya dan ada saja orang lain yang
mempertahankan aku. Aku pernah dapat tahu apa yang akan terjadi
pada sesaorang dan banyak pengalamanku yang lain lain yang
menyebabkan aku mendapat kesimpulan yang seperti aku sebutkan
diatas itu. Memang Tuhan Itu Ada.
Kemerdekaanku telah ku perdapat kembali dan aku ingin
membuktikan kebenaranku kepada masyarakat, aku kembalikan ingatanku
kepada seluruh peristiwa peristiwa yang telah menimpa aku sejak
dari semulanya aku pelajari dengan saksama dan dengan peganganku
memang Tuhan itu ada, aku merenung dan merenung untuk mengadukan
untung perasaanku kepadaNya.
Aku insaf bahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil
untuk mengemukakan kebenaranku akan tetapi aku yakin bahawa dibalik
saksi yang nyata tidak ada itu ada saksi tidak nyata iaitu yang
ghaib, malaikat malaikat yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai
mata mata untuk mengamat- amati segala perbuatan kita manusia ini
buruk dan baiknya.
Adalah aku waktu itu ibarat musafir dipadang pasir sedang
kehausan memerlukan seteguk air untuk melepaskan dahaga dalam
pengembaraan untuk mencari sesuatu aku ingin hendak mencarinya
menemuinya yang menjadikan aku sentana ( ? ) diizinkannya aku
menemuinya aku akan menangis dan menangis sejadi-jadinya untuk
mengadukan penderitaanku yang rasanya tidak pada tempatnya
itu.Zahirku itu seolah-olah tidak bererti kerana dengan
kepergiannya aku sangat berasa kekurangan dan kehilangan
keseimbangan dan aku terkatong-katong dalam kehidupan aku sedari
diriku aku melihat keluar hampa perasaanku kerana tidak ada rasanya
erti hidup ( dunia ) bagiku. Aku melihat kedalam perasaanku dadaku
penuh dengan daya rasa bermacam macam aku bertanya sendiri dan
mendapat jawapan sendiri dan akhirnya aku temuilah diriku
sendiri.
Tahulah aku sudah, bahawa peristiwa besar telah terjadi
didiriku, cubaan besar telah terjadi didiriku, aku harus berkorban
dan pengorbanan sedang berjalan dan perubahan besar sedang
berkembang pula didiriku terutama dibatinku. Peristiwa ghaib sedang
berlaku pula didiriku, padaku yang mungkin ada pula terjadi pada
sesaorang atau beberapa orang yang hidup sebelumku. Segala sesuatu
itu mesti ada waris mewarisi, patah tumbuh hilang berganti dan
telah berlaku pula Qadar Tuhan atas diriku, aku telah lulus ujian
dari ujian berat yang pertama berkat ketabahanku ( sendiri )
Penderitaanku lahir batin tidak sanggup aku melukiskannya
sebagai pengorbananku, aku harus mengembara melakukan sesuatu
perjalanan yang jauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku yang
jauh pula.
Jauh disana aku lihat ada cahaya. Diriku tertarik akan cahaya
itu dan aku mendekatinya, aku perbaikki bidukku yang terdampar
kemudi aku tukar
dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautan luas
untuk menuju cahaya yang terlihat olihku itu. Bahawa adalah yang
aku lihat itu tidak ubah seumpama cahaya lampu mercu suar pada
sebuah pulau yang sangat jauh ditengah lautan yang dapat kita lihat
dari jauh, hilang hilang timbul atau hidup mati.
Aku belayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu aku belayar dan
belayar gelombang besar kecil harus kulalui, kadang kadang
bercampur dengan badai taufan perjalananku berbelok belok akan
tetapi akhirnya berkat kesungguhanku pulau idamanku tercapai
juga.
Sering pula akau terdampar kekiri dan kekanan akan tetapi
syukurlah tidak sampai bidukku pecah kerana tiap tiap pengalamanku
aku ambil jadi pelajaran untuk melanjutkan perjalananku.
Dan begitulah setelah lebih kurang tujuh tahun lamanya aku
belayar, aku mendarat dipulau cahaya itu. Aku takjub dan hairan
cahaya yang aku lihat dari jauh hidup mati atau hilang timbul itu
rupanya disana tidak pernah mati atau hilang hilang timbul, malahan
hidup terus.
Aku berjalan selangkah demi selangkah sambil memperhatikan
keadaan sekelilingku dan cahaya yang menjadi perhatianku itu aku
selidikki dengan teliti dan tahulah aku sudah rahsianya, sebab
sebabnya maka dia kelihatan hidup mati dari jauh dan rahsianya
telah menjadi rahsiaku.
Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain lain aku
melihat sebuah rumah. Aku ingin mendekati rumah tersebut. Melihat
dan memperhatikan akan segala yang aku lihat ( disitu ) anggapanku
tentu ada penghuni dirumah itu. Aku ingin hendak menemui penghuni
rumah itu, hendak meminta permisi ( izin ) memasukki
perkarangannya. Aku mencari dan mencari, aku perhatikan sekeliling,
namun yang aku cari tidak juga bertemu ( ditemui ). Aku memasuki
perkarangannya dengan perlahan lahan dan berhati - hati sambil
mencari penghuninya. Aku naikki rumah itu kalau kalau ada dia
didalam aku maju selangkah lagi, masuk dengan memberi salam akan
tetapi tiada yang menjawab salamku.
Aku sudah berada disana, akan tetapi yang aku cari tidak
ketemui. Aku buka pintu kamarnya, banyak yang aneh aneh aku lihat
didalamnya, namun dia yang aku cari tidak juga aku temui.
Aku teruskan perjalananku kekamar yang lain, sampai seluruh
kamar telah aku masukki dan banyak yang aku senangi yang terlihat
olehku didalamnya dari muka aku terus kebelakang dan terus kebawah
dan berjalan lagi sekelilingnya, namun dia yang aku cari tidak juga
bertemu.
Aku bingung, aku hairan, orangnya tidak nampak, akan tetapi
tanda tanda keadaannya banyak bertemu olehku, banyak yang aku
ingini yang aku lihat dalam kamar kamar yang telah aku periksa itu
akan tetapi aku tidak berani mengambilnya. Akhirnya aku duduk
bermenung dibawah naungan cahaya tadi sambil menanti-nantikan kalau
kalau penghuni datang.
Dalam kesunyian itu tiba tiba aku seolah-olah mendengar suara
Hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi ?
Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya DIA yang engkau cari itu
sebenarnya TIDAK ADA, bagaimana DIA akan ada kerana DIA tidak
berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Kembalilah engkau ketempat tadi, kerana dengan izinnya juga engkau
sampai, dan pergunakanlah kesempatan ini sebaik-baiknya. Bahawa DIA
itu ADA dalam TIADA, ada dalam sebutan tidak ada dalam
kenyataan.
Aku tersentak dari lamunanku, aku sedar dan insaf dan dengan
tenang aku langkahkan kakiku kembali ketempat semula iaitu kerumah
yang isinya yang telah kuketahui itu.
DIA ada tetapi tidak ada, DIA ada dalam tiada dan tidak dalam
ada. Aku perhatikan segala sesuatunya yang kulihat dengan saksama
dan tahulah aku sudah bahawa disanalah rupanya letak kunci dari
segala kunci, pusat dari segala pusat. Dari sana titik permulaan
dan kesana pula pengembalian segala sesuatunya.
Sungguh sangat syukurku kepadaNYA yang menjadikan aku. Banyak
sudah rahsiaNYA yang aku ketahui dan aku mendapat tali
pegangan.
Dengan tali pergantunganku itu aku kembali dari pengembaraanku
dan rahsia rahsia yang telah aku ketahui itu akan kupergunakan
sebagai amalanku.
Jalan kesana telah terbuka bagiku. Kesimpulanku sekarang DIMANA
AKU BERADA DISANA ADA DIA. Dan aku akan mencari terus yang belum
kuketahui, kerana aku yakin seyakin-yakinnya, kalau jalan kesana
telah terbuka bagiku pasti sudah jalan jalan lain sudah terbuka
pula. ( juga )
Keinginanku dan doaku semuga TUHAN yang aku sembah, yang
menjadikan aku, memanjangkan umurku, memelihara kesihatanku dan
memberi rezekiku, kerana hasratku sangat besar supaya manusia yang
banyak ini akan mendapat pula seperti apa yang telah aku dapat dan
terbuka pula jalan baginya, bagi yang mahu mencarinya. Kiranya
ALLAH akan menerima segala amalanku.Pusat dari segala pusat telah
aku ketahui, kunci dari segala kunci telah aku punyai pula. Banyak
sudah yang telah kuketahui rahsianya telah menjadi rahsiaku,
ilmunya telah menjadi ilmuku dan satu persatu akan kucuba
memecahkannya dengan anak kunci yang telah ada padaku.
DIA memerintah seluruh alam termasuk alamku sendiri. Perintahnya
berjalan dengan sendirinya dengan Qudrat dan IradatNYA apa yang
dikehendakkiNYA terjadi, kerana DIA Mahakuasa, Maha Besar &
Maha Mengetahui. Segala-galanya diatur menurut KehendakNYA dan
peraturanNYA itu berjalan dengan sendirinya.
Dimanakan batas antara aku dan DIA ? Setelah aku selidikki
dengan saksama dengan ilmuNYA yang telah ada padaku tahulah aku
bahawa dinding atau batas aku dengan DIA hanya zahirku atau lebih
tepatlah aku katakan hanya bulu dan kulitku.
Akhirnya aku dapat tahu katakan AKU telah menemui DIRIku,
rahsianya telah aku ketahui dan aku telah kembali dari sana dan
dinding aku dengan DIA telah tembus.
Palembang1hb Ogos 1962.BAB LIMARAHSIA HIDUP
Anak anakku,
Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan AKU bagimu itu
letaknya ialah ditempatnya dan tempatnya ialah padamu jua iaitu
didalam batang tubuhmu.
Dan buat AKUmu itu, aku memanggilkan engkau padanya, kerana
AKUku dan AKUmu walaupun asalnya sama, tapi letaknya berlainan
tempatnya, iaitu padamu dan padaku.
AKU yang dimaksudkan DIA yang bila saatnya telah tiba nanti akan
meninggalkan kita. DIA akan kembali keasalnya iaitu kepada TUHAN
Yang Maha Esa.
Jadi adalah bagi kita manusia yang akan menjadi pegangan ialah
AKU. Dan DIAlah yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Suatu ANUGERAH AGUNG dari Yang Maha Esa kepada kita.
Saya belum dapat kata kata lain sebagai penilaian dan
penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya untuk menamakan
pemberian dari TUHAN yang dikatakan AKU itu. Mungkin orang lain
akan menamakannya lain pula, tetapi saya mengatakan adalah itu
ANUGERAH yang SEBESAR-BESARnya dari Yang Memberi untuk kita (
manusia ). Betapa tidak ! bukankah DIA pokok pangkalnya dari
kehidupan kita ? Bayangkanlah kalau DIA tidak ada, adakah yang kita
manusia hidup namanya ? Tidak bukan, dengan kepergiannya maka
matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan hidup
kita bergantung padanya.
Bila HIDUP telah meninggalkan kita namanya kita telah MATI. Dan
adalah yang dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal diatas
dunia. Ada yang dikubur dan ada pula yang dibakar.
Ada orang yang memberi nama ANUGERAH AGUNG kepada OTAK, kerana
dari sanalah keluar sesuatunya yang menghasilkan segala
sesuatunya.
Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari Yang Maha
Menjadikan, kejadian yang berat dan teratur oleh Yang Maha
Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Biasakah yang dijadikan itu
berbuat atau menghasilkan sesuatu kalau itu tenaga HIDUP yang
berasalkan dan berisi DAYA HIDUP, tidak mengalir dalam otak
tersebut ? Tentu tidak bukan ? Jadi pastilah ada sesuatu yang
dinamakan HIDUP dibatang tubuh kita yang berisikan DAYA DAYA
mealiri kehidupan kita.
Berdasarkan keterangan diatas adalah kita terdiri dari YANG
DIJADIKAN dan YANG DIANUGERAHKAN. Yang Menjadikan dan Yang
Menganugerahkan ialah Yang Tunggal Esa iaitu ALLAH SWT.
Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya. Kejadian kita
dijadikannya dengan AnugerahNYA yang sangat berharga dan berguna
untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk
menjalankan kehidupan kita menurut Yang Kehendak. Manusia sedar
selamanya ingin kesenangan kekayaan - kejayaan kesimpulannya
BAHAGIA.
Tiak ada yang mahu sakit hina miskin. Kesimpulannya menderita
atau sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat
hidup yang dinamakan sampai ketingkatan Bahagia apa lagi diidamkan
dunia dan akhirat ?
Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan
tidak berpegang pada jalannnya HIDUP yang sebenarnya.
Dan adalah kesalahan itu letaknya tidaklah diluar atau pada
orang lain melainkan pada kita sendiri. Dimanakah letaknya
kesalahan kita itu ?
JALAN yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagiaan hidup
kita itu ? Untuk ini hendaklah kita pelajari ke ada an badan diri
kita semenjak dari luar sampai kedalam dan sampai kita menemui AKU
kita.
Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri
dari :-
1 YANG DIJADIKAN iaitu TUBUH kita ( BADAN )
2 YANG DIANUGERAHKAN iaitu yang dinamakan HIDUP ( NYAWA )
Yang pertama iaitu Yang Dijadikan merupakan LAHIR ( zahir ) bagi
kita dan yang kedua iaitu yang dinamakan HIDUP berupa BATIN iaitu
tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan KE ADA AN nya.
Jadi adalah DIA terkandung dalam badan kita.
Kemanusiaan kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan
diantara kedua itu. Badan tidak akan bererti kalau HIDUP tidak ada.
Hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya.
Jadi adalah satu sama lain perlu memerlukan. Oleh kerana itulah
maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada
diperbandingkan dengan makhluk makhluk lain, sebaik kejadian oleh
Yang Menjadikan.
Didalam batang tubuh kita didapati DUA ALIRAN iaitu ALIRAN ZAHIR
dan ALIRAN BATIN. Aliran zahir iaitu aliran yang bertitik tolak
dari hasil bekerjanya jantung kita mealiri jalan jalan saluran
saluran yang telah tersedia mealiri seluruh batang tubuh atau yang
dinamakan orang JASMANI.
BAB 6RUMAH SUDAH TUKANG DIBUNUH
Rahsia yang terkandung didalam rumah ini ialah sebab makanya
tukang dibunuh oleh yang punya rumah setelah rumah siap. Tujuanya
supaya jangan ada orang lain yang bisa ( boleh ) membikin rumah
seperti itu kerana dia tidak mahu ada rumah yang lain yang serupa
dengan rumahnya.
Mengenai JALAN ada pula ceritanya iaitu : Dimuka kita terentang
jalan panjang tidak habis-habisnya. Mahu kemana kita ?
Banyak sudah orang menuruti jalan terentang itu akan tetapi
tidak ramai yang sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula
yang tersesat dengan tidak tentu jalan pulang atau kembali dan
tidak kurang pula banyaknya yang tidak puas pada jalan yang
ditempuhinya itu. Kalau begitu tentu ada jalan yang dilalui orang
banyak itu bukan jalan yang sebenarnya atau kekurangan syarat dalam
perjalanan.
Sebagai seorang Islam pada tiap tiap rakaat sembahyang kita
sentiasa memohon kepada Tuhan iaitu agar Tuhan menunjukkan kepada
kita JALAN YANG LURUS iaitu jalan nikmat yang telah diberikan Allah
kepada mereka yang tiada dimurkai dan tiada disesatkan.
Sudahkah kita perdapat itu jalan ? Kalau belum adakah pernah
kita usahakan mencarinya sampai kita dapat PetunjukNYA ?
Berdasarkan keterangan diatas jalan yang dimaksudkan tentu telah
ditunjukkan kepaa orang orang yang sebelum kita iaitu jalan yang
diberi nikmat yang tiada dimurkai dan tiada sesat.BAB 7RUMAH NAMPAK
JALAN TAK TENTUPengertian kebanyakan orang tentang perkataan diatas
ialah diwaktu mendapat kesulitan yang mana dia tidak dapat
menyelesaikannya maka dilahirkanlah perkataan tersebut diatas rumah
nampak jalan tak tentu atau tidak tahu Kemana tujuannya yang
sebenar perkataan itu ? Biasa tiap tiap orang akan mendirikan rumah
sudah tersedia lapangan untuk itu. Dan sebelum rumuah dibuat
selamanya ada jalan untuk kelapangan itu dan seterusnya sampai
rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada dan dalam hal
ini kejadian lain ( pula ) Rumah nampak jalan tentu. Pastilah ini
bukan rumah yang sebenarnya. Rumah yang dimaksudkan yang penuh
mengandung rahsia itu ialah BADAN diri kita. Bukanlah didalamnya
ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita ? Jadi
adalah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu
untuk menjadi buah pemikiran bagi orang dibelakang hari.Jadi adalah
untuk memecahkan Rahsia rumah itu, kita mesti cari jalan untuk
memasukkinya. Kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada
kita serta kegunaanya sampai kita dapat mengenal DIRI sendiri. Dan
DIRI itulah yang mengandung Rahsia. Bagaimana ( kah ) jalan atau
cara untuk MENGENAL DIRI itu apalagi menguasainya ? Dengan alam
fikirankah ? Sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui DIRI itu
secara positif ? Kuatkah saraf saraf kita untuk itu ? Tenaga alam
fikiran kesanggupannya ialah menghayal, menggambarkan barang yang
tidak ada, tapi ada. Ada dalam angan angan dalam cita cita dalam
idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan ilmu pengetahuan
mengkehendakki positif, kenyataan atau realiti.JALAN untuk
mengetahui itu letaknya di RASA kerana Rasa itulah yang amat banyak
mengandung Rahsia. Dan kalau Rasa yang sebenarnya telah kita
perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.Untuk
mendapat RASA yang sebenarnya secara positif kita harus MENEMBUS
DINDING yang menutup aliran dari dalam itu. Pada huraian yang sudah
( lalu ) telah diterangkan bahawa didalam batang tubuh kita kita
mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan
isinya iaitu ALIRAN LAHIR dan ALIRAN BATIN.Kedua-duanya
berdindingkan BULU dan KULIT. Untuk mengetahui ISI tentu kita harus
menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.Kedua
aliran ini berisi DAYA TENAGA iaitu yang satu berisikan TENAGA
HIDUP dan yang satu lagi berisikan DAYA TENAGA KEHIDUPAN
disebab-keranakan adanya YANG MENGHIDUPKAN berada besertanya.Tenaga
Hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tidak
dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya dan tenaga
kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan setiap
hari.Kehidupan kita didalam penuh berisi dengan pergerakan
pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat
mngetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah
kita cuba mencarinya pada badan kita umpama DENGAN MENGADAKAN
LATIHAN LATIHAN sampai kita dapat menemuinya.Yang akan dicari ialah
TENAGA YANG TERSEMBUNYI iaitu tenaga yang tidak sanggup kita
menguasainya. Kita latih diri kita iaitu DENGAN MEMATIKAN BADAN
SEBELUM MATI.CARANYA ialah dengan duduk tenang, hentikan segala
gerak geri kita diluar dan juga gerakan fikiran sehingga yang
tinggal dan yang terasa bagi kita ialah GERAK YANG KITA TIDAK
SANGGUP KUASAI iaitu GERAK JALAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN
kita.Latihan ini lakukan dan bawalah dengan BERULANG-ULANG sampai
kita dapat MENURUTKAN JALAN GERAK PERNAFASAN kita DARI DALAM. Bagi
kita adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan
untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui HENDAKNYA bahawa
ADA SESUATU yang terkandung dalam batang tubuh kita.Sudahkah kita
dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian bahawa
adalah YANG KITA KANDUNG itu ialah yang dinamakan RUH JIWA NYAWA
dan sebagainyaPelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari
luar sampai kedalam sampai kita menemui apa yang dinamakan orang
NYAWA JIWA RUH itu. Dan setelah mendapat kepastian baru kita akui
akan kebenaran kata kata orang yang berilmu itu. Janganlah
hendaknya kita menjadi Pak Turut sahaja. Kita ingat pada kita
sendiri sewaktu dalam kandungan iaitu dalam kejadian dibumi dan
alam sempit yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan
pergerakan didalam sebagai pembawaannya dan untuk ini siibu harus
melahirkan supaya kandungan itu menjadi KENYATAAN.Kita yang tadinya
DIKANDUNG setelah terlahir maka kembalikan pula yang terjadi iaitu
MENGANDUNG.Sebagaimana ibu kita mengandung sewaktu kita dikandung
maka setelah terlahir sebelumnya kita melahirkan kandungan kita,
kita senantiasa sahaja akan MENANGGUNG. Rahsia kandungan ibu kita
dilahirkan telah terbuka dengan adanya KITA. Akan tetapi sudahkah
kita mengetahui akan RAHSIA KANDUNGAN kita ? Untuk mengetahui tentu
kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama mengandung
berlainan kandungan dan penanggungan. Rahsia yang pertama yang
dilahirkan ANAK dan apa kiranya Rahsia kandungan yang kedua itu
?Sewaktu kita dalam kandungan tinggal dialam sempit kita tidak
pernah mengeluh, tidak tahu apa apa, tidak tahu lapar, tidak tahu
menagis tidak tahu kekeurangan, akan tetapi setelah kita berada
dialam yang lapang dan luas yang dinamakan DUNIA kita merintih,
kita menangis, kita lapar kita dahaga dan sebagainya. Kenapa kita
berasa kekurangan dan sentiasa tidak puas ? Renungkan dalam dalam,
cuba balik balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita didalam
kandungan dan kepada sewaktu diluar kandungan.Kita telah kehilangan
sesuatu iaitu tali penggantungan, tali yang berisikan serba ada
untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilangan BAHAGIA dengan
terputusnya tali penggantungan kita. Siibu yang mengandung dan
menanggung tadi, setelah mendengar akan suara yang dilahirkan tidak
dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya sianak yang tidak tahu
apa apa setelah lahir berontak mengeluarkan suaranya kerana tali
pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya diputuskan.Putus
sudah tali hubungan yang dikandung dengan yang mengandung. Kalau
tadinya sibudak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu
dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar. Dia harus belajar
untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah
dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali penggantungan
kehidupannya itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus
hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan kehidupannya
dia harus pelajari itu HIDUP yang ada padanya. Jadi untuk
mengetahui RAHSIA HIDUP itu kita harus melahirkan KANDUNGAN kita
itu. Sama- sama mengandung ( tetapi ) berbeza kandungan dan
berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah
diketahui, iaitu anak. Kandungan yang kedua tidak mungkin anak,
kerana seperti telah dikatakan juga berlainan kandungan, letaknya
pun berlainan. Kandungan yang pertama letaknya diperut, dirahim ibu
dan letaknya yang kedua iaitu bukan diperut melainkan DIDALAM DADA
kita.Mungkinkah kita bisa ( bolih ) melahirkan kandungan kita itu ?
Sanggupkah kita melahirkannya untuk mengetahui dan memecahkan
Rahsianya ?Kita kembali ( kepada ) LATIHAN semula iaitu mencari
DIRI SENDIRI uang berdiri dengan sendirinya itu. Setelah kita dapat
MENEMUI JALANNYA PERNAFASAN kita yang turun naik itu yang berasal
dari dalam, maka DENGAN MEMATIKAN SEGALA TENAGA kita yang ada, kita
CUBA MENURUTKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita itu, dengan
pengertian kita MULAI MEMAKAI atau MENGGUNAKAN TENAGA DARI DALAM
iaitu TENAGA YANG MENYEBABKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN
kita.Lancarnya latihan kita dan sampai kepada MENINGKATNYA
PERGERAKAN yang dibawakan oleh DAYA TENAGA YANG BERASALKAN DARI
JALANNYA PERNAFASAN kita bergantung kepada pandainya kita
membawakannya. Untuk dapat membawakan sampai mengerti, ialah
pandainya kita MENYERAHKAN SEGALA SESUATU apa yang ada pada kita
KEPADANYA iaitu pada YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu. DIA akan
bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita teleh dipunyainya dan
dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap Dia
kepunyaan kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi iaitu JADIKAN
KITA MENJADI KEPUNYAANNYA.Setahu kita, DIA telah ada bersama kita
dan adalah Dia itu kepunyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH yang Maha
Esa lagi Maha Besar kepada kita. DIA datang dariNYA dan akan
kembali kepadaNYA pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk
Kesempurnaan Kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya,
kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan MENEMUInya.Adalah DIA
langsung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari
yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana
DIA ASLI ( original ) dan kita dari yang dijadikan, sungguhpun yang
menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga.Satu ASAL, tetapi
berlainan KE-ADA-AN. DIA ada tetapi tiada, kita ada dan nyata, DIA
yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung didalam batang
tubuh kita, kenapa kita tidak dapat menemuinya ? Tuhan telah
memberikannya kepada kita untuk HIDUP bukan untuk MATI.Jadi
nyatalah sudah ada KELEBIHANNYA dari kita dan Rahsia Hidup dan
kehidupan kita padanyalah LETAKNYA. Dan kalau kita ingin hidup
bahagia, tentu DIA MESTI KITA CARI dan KITA TEMUI, seperti telah
dikatakan diatas, PADANYALAH TERLETAK RAHSIA HIDUP itu. Untuk
mengetahui dan MENEMUInya tentu lebih dahulu harus kita pecahkan
soal antara kita dengan DIA dengan jalan MEMISAHKAN YANG SATU
DENGAN YANG LAIN, iaitu antara BADAN dan DIRI atau antara DIA dan
AKU.Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati
sebenarnya mendatangkan sudah PERMULAAN PERPISAHAN, kerana dengan
perbuatan kita itu maka tinggallah YANG HIDUP. Perbuatan kita
dengan latihan itu ialah kita meninggalkan YANG HIDUP oleh kerana
kita hendak mengetahuinya dalam KE ADA-AN yang sebenarnya. Sebelum
kita dapat menemui dan MENGUASAInya kita tidak dapat yang
sebenarnya. Untuk itu hendaklah kita TERUS BERLATIH dan BERLATIH
mencarinya SAMPAI ADA PANCARAN KELUAR DARI HUJUNG JARI JARI kita.
Dengan telah dapatnya kita MERASAKAN PANCARAN YANG KELUAR DIHUJUNG
JARI JARI kita itu beerti DINDING TELAH TEMBUS dan RAHSIA TELAH
TERBUKA dan tugas kita ialah MEMPELAJARInya lagi dengan pengalaman
pengalaman atau PERCUBAAN PERCUBAAN.DIA adalah HAKMILIK kita dan
tiadalah orang lain berhak atasnya. Kenapa tidak kita pergunakan
Hakmilik kita Yang Amat Berharga itu ? Pendirian kita ( selama ini
) selain SALAH kerana tidak berpegang pada DIRI barang yang hidup,
melainkan kepada BADAN barang yang mati. Yang TERANG ada pada kita
dan yang GELAP pun ada pada kita. Kenapa berpegang kepada itu yang
GELAP ? SIANG ada pada kita MALAM pun ada pada kita.SIANG adalah
TERANG dan Yang Terang adalah DIRI dan MALAM adalah GELAP dan Yang
Gelap ialah BADAN. Siterang letaknya DIDALAM dan Sigelap letaknya
DILUAR. MASUKKAN itu MALAM kepada SIANG dan MASUKKAN itu SIANG
kepada MALAM. Datangkanlah itu YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG
MATI dari YANG HIDUP. KELUARKANlah Yang Didalam dan KEDALAMKANlah
Yang Diluar.UNTUK itu REZEKI yang TIDAK TERDUGA-DUGA dan TERBILANG
banyaknya yang akan kita PERDAPAT.Semua orang takut mati kerana
SALAH MEMAHAMI HIDUP. Dia takut ditinggalkan Hidup. Dari itu
makanya dia takut mati. Mereka mereka SALAH PEGANG, salah tangkapan
berpegang pada Yang Mati YANG DIANGGAPnya Yang HidupSebenarnya
Hidup, tidak diperdulikannya selama ini. Bagi kita berpegang pada
Yang Hidup tidak akan takut mati kerana bagi kita Yang Hidup itu
mestilah TIDAK ADA MATInya. Adalah DIA itu KEKAL dan ABADI mungkin
BERPINDAH pindah tempat.Pembawaan hidup mereka mereka yang seperti
itu menuju kepada kematian dan perjalanan hidup yang kita bawakan
menuju kepada hidup yang kekal dan abadi untuk kembali
kepengkalan.Perlalanan mereka KEBAWAH ( manakala ) perjlanan kita (
pula ) KEATAS. Mereka MENUJU KEMATIAN manakala kita pula MENUJU
KEHIDUPAN YANG KEKAL dan ABADI.Perjalanan kita BESERTANYA ialah
kita telah mati sebelum dimatikan, telah pergi sebelum dipanggil
dan AKU telah kembali dari SANA. AKU telah MENEMUINYA setelah
engkau menemui AKU dan BATAS Aku dengan DIA ialah seperti batas
antara Engkau dengan Aku iaitu JAUH TIDAK BERANTARA dan DEKAT TIDAK
BERBATAS. Engkau yang tadinya DINDING bagiku untuk menghubungi dan
MENEMUInya satelah dapat menghubungiku dengan CARA PEMECAHANMU,
maka TERBUKAlah JALAN bagiku untuk menghubungi dan menemui NYA,
kerana pintu telah terbuka bagiku.Engkau Aku bawa serta kerana
cinta kasih sayangku tertumpah padamu dan adalah ENGKAU ITU
BADANKU. Kita tidak akan berpisah kecuali kalau dipisahkan oleh
Yang Maha Kuasa. Dari itu KUASAILAH AKU supaya apa yang ada padaku
menjadi KEPUNYAANMU.Bagaimana cara menguasainya ? Mudah sahaja.
Cintailah, kasihilah dan sayangilah AKU. Bagimanakah cara
mencintai, mengasihi dan menyayanginya ? AKU tidak pinta apa yang
tidak ada padamu, cukuplah kalau engakau SERAHKAN APA YANG ADA
PADAMU KEPADAKU dan untuk itu akan AKU serahkan pula apa yang ada
padaKu sehingga AKU menjadi kepunyaanmu dan engkau menjadi
kepunyaanku.Kedalam Engkau yang berkuasa, keluar AKU dimuka.
Tadinya sebelum engkau mengenal Aku maka adalah AKU NYAWAMU.
Setelah Engkau telah dapat mengenal AKU, maka tahu Engkau yang
bahawa AKU ini sangat berguna padamu. Engkau ketahui bahawa seluruh
kehidupanmu BERGANTUNG PADAKU. Setelah Engkau menemui AKU, maka
Engkaulah lebih kenal padaku.AKUlah yang akan menjadi Engkau dan
Engkaulah yang akan jadi AKU. AKU dan Engkau sebenarnya SATU dan
memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita. Dan AKUlah
kita, AKU LUAR dan DALAM.Selama ini Engkau berjalan sendiri dengan
tidak memperdulikan AKU. Sekarang setelah Engkau menemui AKU, apa
lagi kita telah menjadi AKU maka kalau Engkau berjalan ikut
sertakanlah AKU dan kalau AKU berjalan akan mengikut sertakan
Engkau pula. Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. Selama ini
kita berjalan pada jalan sendiri sendiri.Sekarang kita kenal
mengenal satu sama lain. Selapik seketidur, sebantal, sekalang
hulu, sehina, semulia, kelurah sama menurun, kebukit sama mendaki,
sikit senang sama-sama kita rasai.Apa yang tidak ada padaKU, ada
padamu dan apa juga yang tidak ada padamu ada padaku.Engkau selama
ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan AKU,
walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. Dalam banyak hal AKU
menderita kerana AKU yang merasakannya.Sekarang AKU berjalan dan
Engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan dan mempelajari
hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu setelah
mempelajari perjalananku akan banyak mendapat yang Engkau tidak
ketahui selama ini.AKU yang berbuat, Engkau yang melakukan dan
hasilnya untuk KITA. Bahagiamu terletak PADAKU dan bahagiaku
padamu. AKU sangat merasa bahagia kalau yang AKU perbuat dan
lakukan besertamu menghasilkan yang memuaskan. Lambat laun Engkau
akan mengenal AKU yang sebenarnya. Dan adalah perbuatanku bagimu
namanya ILMU. Oleh kerana Aku GHAIB sifatnya maka namanya ILMU
GHAIB.Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan
latihan yang telah kita lakukan iaitu keluarnya pancaran yang
terasa betul pada hujung KUKU kita, hujung jari jemari kita. Dan
kita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita
dan yang dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah
DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA, bergerak dan berjalan dengan
sendirinya, akan tetapi duduk ditempatnya.Keluarnya dari badan kita
melalui saluran saluran tertentu yang bernamakan pancaran yang
setelah sanggup menebus alam sendiri akan sanggup pula menembus
alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan
RAHSIANYA yang sebenarnya.Ibu melahirkan kita sebagai seorang
manusia lengkap dengan pembawaan dan kelahiran kita mengandung
pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan
kita supaya dapat menikmati Kebahagiaan Hidup, maka adalah tugas
kita melahirkan kandungan kita iaitu pembawaan dari Rahim
ibu.Kebahagiaan hidup yang kita alami di Rahim ibu semasa dalam
kandungan ibu ialah dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan
dua ( 2 ) keadaan hidup, iaitu pertama yang mengandung dan yang
kedua yang dikandung.Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita
itu sampai akhir hayat kita, maka senantiasa akan panjanglah
jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup
sendiri. Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita
lahirkanlah kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkan HIDUP BARU
bagi kita dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.Kita telah
bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungi lautan hidup
yang tidak bertepi itu. Maka pergunakanlah jalan hidup yang baru
kita perdapat itu.Bila itu HIDUP tidak kita pergunakan tidak perlu
disesalkan kalau satu saat nanti kita ditinggalkannya.Dengan telah
melahirkan kandungan itu kita telah menjadi manusia baru dengan
tenaga baru. Dan Yang Hidup itulah pegangan kita. DIA juga telah
menjadi kita kerana perjalanannya DIDALAM adalah sepanjang aliran
batang tubuh kita. Dengan PENYERAHAN kita yang bulat kepadaNYA maka
seluruh keadaan telah dipunyaiNYA dan DIAlah yang menjadi
kita.Jalan yang sebenarnya yang telah kita ketemui iaitu jalan yang
bergerak sejak titik didalam sampai menembus alam sendiri. DIA
telah lahir. Kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru
dan pergunakanlah itu tenaga baru, iaitu tenaga yang selama ini
TERSEMBUNYI didalam batang tubuh kita.Kita tinggalkan jalan yang
tidak bererti dan turutkanlah jalan yang BERISI. Jalan yang berisi
kita katakan, isinya ialah NIKMAT yang berasal dari NIKMATULLAH
yang dikurniakanNYA kepada kita, yang bukan dimurkai dan bukanpula
sesat...Nota :Sebahagian muka surat dibuku asal terkoyak maka ada
bahagian tertinggal Namun begitu penyalin telah mengolahnya
semulaBAB LAPAN
Anak anakkku !
Pergunakanlah DIRI yang telah ditemui itu. Ingatlah kedalam kita
SATU, keluar SEJALAN dengan pengertian menurutkan JALANNYA dan
terasa betul sama kita perbezaan kita dengan DIA yang dari
dalam.
RASA itu terletak dihujung KUKU dihujung jari jari kita. Dan
disitulah letaknya segala Rahsia keluar dan kedalam. Untuk itu
dapat kita hendaknya merasakan PERPISAHAN antara satu dengan yang
lain, sampai dapat pula hendaknya kita mengetahui dengan pasti yang
mana DIRI dan yang mana BADAN.
Berpeganglah pada DIRI dan turutkanlah JALANNYA dan pelajarilah
HASIL yang diperdapat dengan menurut jalannya itu.
DIRI memperbaikki ke-ada-an sendiri dengan pengertian si DIRI
yang didalam tadi memperbaikki apa yang ada pada kita iaitu yang
terang badan yang mengandungnya, kerna DIRI yang dapat merasakan
sakit senangnya kita.
Sekali jalan tetapi meliputi keseluruhannya, mungkin
memperbaikki dua atau tiga ke-ada-an seperti :-a. memperbaikki
batang tubuh serta alat alat kalau ada yang kurang baik atau
sakit,
b. adalah BADAN bagi DIRI alam. Dan untuk mengetahui ke-ada-an
diluar, diukur dengan perasaan badan,. Buruk baik yang akan terjadi
dapat kita merasakan LEBIH DAHULU sebab hidup yang bermasyarakat
hubung menghubungi antara yang satu dengan yang lain.
Dengan praktik DIRI memperbaikki ke-ada-an itu terjadi sekali
jalan iaitu memperbaikki apa yang ada diluar dan didalam batang
tubuh kita.
c. memperbaikkki DIRI sendiri.
CARA MEMPERBAIKKI DIRI yang letaknya didalam tubuh kita ialah
dengan yang kita namakan DIRI yang sudah memancar keluar. Semuanya
itu kita ukur dengan Rasa Perasaan dengan menurutkan jalan
perbuatan DIRI itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam dan kita
mendapat kepastian akan sebenarnya DIRI itu, maka hendaklah kita
lakukan PERJALANAN itu dengan BERULANG-ULANG sambil mempelajari
nikmat dan nikmat yang terkandung didalamnya.
BAB SEMBILANMENGADAKAN PENGAKUANUNTUK MENDAPAT PENGAKUAN.
Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan.
Siapa yang mengadakan pengakuan kepada siapa pengakuan diadakan dan
dari siapa pengakuan itu kita perdapat ?
Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan
NIAT. Setelah kita mendapat kepastian tentang DIRI kita, maka
hendaklah kita me-ada-kan PENGAKUAN terhadap ALLAH, Tuhan Yang Maha
Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang sebanyak
TIGA KALI. Kalimah Syahadah yang bererti Naik saksi aku bahawa
tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammmad
Rasul Allah.
Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Alllah dan kita
akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah HIKMAH yang
terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah :-
PENGAKUAN dan PANGKAT atau MERTABAT
Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu,
kita harus berjalan ( bertarikat ) dan yang berjalan itu bukanlah
badan kita melainkan DIA iaitu DIRI yang telah kita temui itu dan
kita berjalan menurut JALANNYA.
Kalau kita yang diluar yang mencari Tuhan kemanakah kita akan
pergi mencariNYA ? Masukkah diakal kita yang berupa dan bertampan
dapat mencari dan menemui NYA yang tiadak berupa dan bertampan itu
?
Kita ketahui DIA ada dimana mana. DIA ada tetapi tiada,
ke-ada-annya didalam TIDAK ADA, Bagi orang yang mahu berfikir dapat
membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang
telah ditemuinya dan kitab kitab banyak meyakinkan akan
ke-ada-annya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala
sesuatunya, tiadak dapat memungkiri akan ADANYA Yang Maha Kuasa
itu.
Akan dapatkah SI BADAN KASAR MENMUI YANG MAHA GHAIB ??? Tentu
Tidak dan pasti tidak !!!!
DIRI yang ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan DIRIlah
yang TAHU JALANNYA untuk KESANA, kerana DIA BERASAL dari SANA dan
KESANA pula tempat kembalinya.
Lain halnya BADAN, yang dijadikan dari yang telah dijadikanNYA
iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau
orang telah mati badannya dikembalikan keasalnya iaitu tanah.
Dan adalah bagi kita setelah menemui DIRI sendiri, jalan untuk
keSANA telah terbuka.
MENCARI YANG GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB juga. Para Arifin
dan Budiman mengatakan SIAPA YANG MENGENAL DIRINYA MENGENAL
TUHANNYA dan SIAPA YANG MENEMUI DIRINYA AKAN MENEMUI TUHAN DENGAN
SENDIRINYA.
Sekarang kita telah menemui DIRI kita. Sudahkah kita menemui
Tuhan kita ? Bagaimanakah kita menemuiNYa ? dan dalam keadaan
bagaimanakah kita menemuiNYA ?
DIRI yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, kalau pintu telah
terbuka akan berjalan dengan sendirinya pula.
Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang telah masuk
kepada malam, Yang Hidup telah KELUAR daripada Yang Mati dan Yang
Mati dari Yang Hidup, telah tahu diDIRI, bahkan telah MENEMUI DIRI
dan telah punya PEGANGAN HIDUP.
Rupa-rupanya Pegangan Hidup selama ini adalah SALAH, tidak benar
kerana berpegang kepada YANG MATI. Yang Mati yang dianggap Hidup
sedang yang sebenarnya Hidup dan tidak mengenal erti mati dibiarkan
begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan
hidup,
sunggguhpun diketahui dengan pasti bahawa DIA ADA BERSAMA kita
bahkan terkandung didalam badan kita.
ITULAH DIRI. DIRI ITULAH AKU dan AKULAH DIA ITU. ORANG YANG
TIDAK TAHU diDIRI TIDAK BERPENDIRIAN
Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya AKU iaitu
SIHIDUP LAGI TERANG jadi BUKAN SIMATI LAGI GELAP, sebelum berjalan
keluar dari RUMAHKU untuk tujuan tertentu, lebih dahulu
MEMPERBAIKKI KE-ADA-AN ku sendiri LUAR dan DALAM.
Setelah itu AKU berjalan MENMUI TUHANKU Yang Pengasih Lagi
Penyayang untuk MENGADAKAN SUJUD SYUKUR TERHADAPNYA dengan MENGUCAP
KATA PENGAKUAN DUA KALIMAH SYAHADAH
Dengan telah mengadakan Pengakuan itu jadilah AKU seorang Islam
dengan erti yang sebenarnya dan adalah AKU seorang Muslim Sejati
yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama
manusia.
Dan adalah AKU seorang Musafir yang senantiasa dalam
pengembaraan menjelang sampai kembali kepengkalan iaitu Pokok
Pangkal dari segala pangkal, Pokok Kejadian dari segala kejadian,
Pokok Hidup dari segala kehidupan iaitu :-
BAB SEPULUHHIDUP YANG KEKAL ABADI
Dari sana AKU datang dan kesana pula AKU kembali. Dan semenjak
AKU MENEMUI DIRIku sendiri, AKU telah terlahir kembali dan
Penemuanku itu menjadi Peganganku dan berubahlah jalannya
kehidupanku sehari hari.
Dengan membaca keteranganku diatas mungkinkah orang begitu saja
dapat mempercayai aku ? Aku tidak memaksakan orang supaya
mempercayai aku melainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang
aku rasai, dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan
mempelajari caranya aku menemuinya DIRIku semuga dapat dibenarkan
oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba MEMECAHKAN dan
MENURUTKAN jalanku ini.
Padanya banyak diperdapat petunjuk petunjuk dan dengan
menurutkan jalannya DIRI itu dengan sendirinya kita telah menjadi
MANUSIA BARU.
Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana DIA telah lahir.
Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya kerana pembawaannya
Yang Hidup Lagi Berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk
golongan MANUSIA LAMA yang tidak tahu DIRI YANG SEBENARNYA.
Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli segala
bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang dari alam
sekelilingnya padanya. DIA sanggup menundukkan masa kerana DIA
telah pandai menundukkan alamnya sendiri. DIA pandai membaikkan
orang kerana DIA telah pandai membaikkan badan diri sendiri. DIA
anti penjajahan kerana bukankah DIA selama ini terkongkong dan
terkurung ?
DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana
berasal dari YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana
KEISTIMEWAANNYA terletak PADA DIRINYA bukan pada orangnya.
DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Bear dan
bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman
Allah ketika meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana
tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammmad SAW.
Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA
TIDAK ADA BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tiak peduli
siapa, DIA akan membuktikan akan kebenarannya.
Itulah dia AKU yang telah menjadi MANUSIA BARU. Aku telah
mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan
Pengakuan terhadapNYA Tuhan Yang Aku Sembah dan sementara itu Aku
telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang
mendatangiku.
Jadi pengakuan Aku perdapat bukan langsung dari Tuhan melainkan
melalui orang.
Dan adalah itu Pertanda bagi orang yang tahu.
Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan NIAT.
Perjalananku mencariNYa untuk mengadakan pengakuan ialah dengan
ILMUKU yang BERASAL DARI DIRI yang keluar mendatangkan DAYA-GERAK
kepada anggota badanku, yang jalannya menembus hujung jari jarimu
yang dapat dirasakan. Suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan
dari yang ADA kepada YANG TIADA dari TIADA kepada TIDAK ADA dan
dari TIDAK ADA kembali kepada TIADA, dari TIADA kepada ADA.
Ditempat yang TIDAK ADA itu, TIDAK ADA YANG ADA, tidak ada
gerak, tidak ada angin, tiada ribut, tidak ada yah .. tidak ada apa
apa ,.. YANG ADA HANYA yang tidak dapat aku mengatakan kerana
disaat itu aku dalam keadaan TIDAK ADA pula.
Pada waktu itulah ditempat Yang Tidak Ada itu, aku kembali jadi
ADA, menyampaikan niat dan maksudku menandakan Pengakuan seperti
yang telah kusebutkan diatas tadi.
Untuk sampai kepada RASA PERASAAN TIDAK itu hendaklah kita
lakukan BERULANG ULANG YANG MERUPAKAN LATIHAN LATIHAN SAMPAI kita
TERLATIH.
DISANA DI-HADIRATNYA DITEMPAT TIDAK ADA BERTEMULAH YANG MENCARI
DENGAN YANG DICARI YANG
DIJADIKAN DENGAN YANG MENJADIKAN SEORANG HAMBA DENGAN KHALIKNYA
AKU DENGAN TUHANKU.
DAN ADALAH AKU DENGAN DIA JAUH TIDAK BERANTARA DEKAT TIDAK
BERBATAS.
BAB 11MENDUDUKKAN DIRI PADA TEMPATNYA
Telah jauh kia berjalan dan telah lama kita berjalan dibidang
kehidupan. Banyak sudah lurah yang dituruni dan bukit didaki dan
bermacam macam pula sudah gelombang hidup yang kita lalui untuk
mencari sesuatu untuk keperluan sesuatu. Telah letih badan selama
berjalan apalagi perjalanan yang dibawakan dengan tidak menentu
arah tujuannya, kehendak hati belum dapat juga, tenaga sudah hampir
habis, apa daya apa akal . Apa harus dibuat ? Apa kita harus
kembali ?
Pantang bagi sesaorng akan kembali, kalau yang dicari belum
didapati atau yang dimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana
mestinya ? Falasafah hidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah
penat berjalan duduklah tetapi sebelum duduk berdiri terlebih
dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat dituruti
untuk mencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuai
dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja,
hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu.
Duduk sebagai seorang berilmu atau seorang ahli
Untuk mengetahui KEDUDUKAN DIRI YANG SEBENARNYA hendaklah kita
turutkan JALAN yang telah kita ketemui itu, iaitu jalan Yang Hidup
Lagi Berisi. Maka kecerdasan dan kearifan kita dapat meangkap,
bahawa DIA SENDIRI telah duduk ditempatnya. Tanda tanda yang
ditemui menunjukkan keadaan kita dimana tempat yang sebenarnya.
Telah kita ketahui bahawa duduknya didalam batang tubuh kita dan
letaknya ditempatnya. Duduk beserta kita dan berjalan pun beserta
kita juga.
Baginya tidak peduli apakah kita seorang pedagang besar atau
kecil, pegawai tinggi atau rendah atau jadi apa sekalipun pokoknya
pandai mendudukkan DIRI pada tempatnya kalau tidak, tidak akan
dapat kehendak hati.
Bagiku AKU duduk ditempatku iaitu dirumahku, yah memang dirumah
tempatku dan adalah DIRIKU yang banyak mengandung Rahsia itu
ILMUKU.
Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir
dan yang batin menampung segala galanya dan mendudukkan pula pada
tempatnya. Tempuh tempuh aku berjalan yah aku berjalan tetapi aku
duduk ditempat. Dimana sahaja aku ditempatkan aku tetap hidup.
Lapar aku makan, haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur
aku tidak, itulah Rahsiaku dan itu pula Rahsia DIRIKU. Rahsianya
telah menjadi Rahsiaku. Oleh kerana DIA HIDUP maka peganganku Yang
Hidup itulah. Akulah Hidup itu mealiri seluruh batang tubuhku. Dan
itulah AKU sekarang, besok, lusa dan nanti ( seterusnya )
Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui Yang
Menghidupkan. Aku sudah berpengalaman, suka duka telah kulalui,
derita jangan disebut lagi pengorbanan !! Yah hanya Tuhan Yang
Tahu. Hidupku yang sudah sudah berpedoman kepada yang ada. Aku
telah berkorban, hanya berkorban perasaan. Pengorbanan yang
kukatakan itu ialah Cubaan dan Peringatan bagiku. Dan akhirnya
tahulah aku bahawa pegangan hidupku SALAH. Aku berpegang pada Yang
Mati yang kuanggap Hidup padahal dibalik yang kukatakan Hidup
itulah SEBENARNYA HIDUP.
Hidup Yang Sebenarnya, kalau diumpamakan DIA HANYA SATU TITIK
akan tetapi BERISI ALIRAN HIDUP sepanjang batang tubuhku.
ALIRAN HIDUP itu sekarang menjadi peganganku. Setelah aku
menemui tahulah aku bahawa DIA itu ialah ALIRAN DIRIKU dan
mengandung sangat banyak dayaguna.
DAN DUDUKLAH DIA DITEMPATNYA DAN LETAKNYA SAMAKU.MENAMPUNG
DANMENYELESAIKAN SEGALA YANG MENDATANG.
Pengalamanku bertahun-tahun ( 10 tahun ) dengan duduk menanti
membawakan DIRI itu, banyaklah sudah Rahsianya aku ketahui dengan
telah banyak pula bermacam-macam persoalan yang mendatangiku, telah
keselesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan semuanya
itu aku selesaikan BESERTANYA.
Sejarah hidupku sejak kecil penuh kesusahan. Akan tetapi setelah
aku menemui GARIS HIDUP YANG SEBENARNYA yang dikurniakan Tuhan
kepadaku yang aku jadikan ILMU PENGETAHUANKU iaitu ILMU HIDUP, Aku
jadi hidup sebenarnya hidup dan bisa ( bolih ) hidup kerana jalan
hidup yang menjadi peganganku sekarang ialah berisikan NIKMAT bukan
yang dimurkai dan bukan pula SESAT.
Jalannya kehidupanku sendiri yang kutemui itu yang kepastiannya
berasal dari dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui rahsianya
aku pergunakanlah DIA untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya
mengkagumkan dan memuaskan dan sangat banyak daya gunanya yang
telah aku ketahui. Pengalaman aku ambil menjadi GURUKU.
Aku berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar, menerima
dalam memberi. Aku jadi murid waktu menjadi guru. Percubaan
percubaan aku lakukan pada badan sendiri, pada anak anakku, pada
isteriku, pada anak muridku dan pada orang lain. Dan semua itu
menjadi Rahsiaku.
Aku yang tadinya dikenal orang sebagai buruh pada perusahaan
bangsa asing, belakang dikenal dengan penilaian masing masing. Dan
begitulah hidupku sekarang dengan rahsia Diriku. Aku telah lahir
KEDUA KALINYA dan kelahiranku yang kedua terlahir dengan
sendirinya.
BAB 12MELAHIRKAN MANUSIA BARU
Gunanya MANUSIA BARU dilahirkan ialah untuk merubah CORAK HIDUP
yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai
dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan
baru caranya ialah dengan GAYA BARU.
Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita LAHIR KEMBALI
untuk KEDUA KALINYA dan dengan DAYA TENAGA BARU kita perbaharui
corak masyarakat yang tidak sesuai lagi dan dengannya pula kita
bentuk masyarakat dbaru dengan gaya baru.
Pahit getir dalam kurngan sewaktu terjajah kita telah alami dari
itu makanya kita anti penjajahan dan tidak mahu pula menjajah. Yang
kita ingini kemerdekan penuh, peri kehidupan yang teratur dan
tersusun dan layak sebagai manusia. Kita tidak akan menjajah
melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur,
membukakan mata yang buta, menunjukkn jalan yang benr dan hidup
berdampingan, duduk sma rendah berdiri sama tinggi, kerana
berperikemanusiaan dalam ertikat yang sebenarnya.
Dri itu lahirlah dahulu untuk kedua kaliny. Kalu idk bolih dan
yiddak sanggup melahirkan sendiri, minta lahirkan kandungan itu
pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya.
Dan dengan kelahirn baru itu pergunakanlah kecerdasan dan
kearifan.
Temui DIRI sendiri terlebih dahulu perbaikki ke-ada-an DIRI itu
dan pelajari kehidupan sendiri didalam dan ketahuilah apa itu DIRI
YANG SEBENARNYA supaya kita berpendirian.
Lahir yang kedua kalinya itu bukanlah seperti seorang ibu
melahirkan anak, melainkan si dIRI menembus alam sendiri dengan
memancar pancaran yang berisi. Pancaran yang berisi itulah yang
akan diperhatikan yang akan kita pelajari. Kerana isinya mengandung
Rahsia iaitu RAHSIA DIRI.
BAB 13TENAGA RUHANI DENGAN DAYA GUNANYA
DIRI yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi Aliran
Kehidupan kepada badan menurut saluran saluran tertentu sampai
meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mealiri seluruh
batang tubuh kita yang dinamakan JASMANI dengan terdirilah pula
RUHANI.
JASMANI ialah JASAD atau BADAN keadaanya POSITIF
DIRI yang memberi DAYA HIDUP mealiri badan atau jasad, maka dia
merupakan gambaran dalam bentuk Jasmani, yang diberi nama RUHANI.
Keadaanya TIDAK NYATA atau NEGATIF. Jadi adalah pada kita dua
aliran iaitu Positif dan Negatif.
Sebenarnya didalam batang tubuh kita didapati ada DUA Aliran
:-
a. Pertama Aliran Nyata iaitu Aliran JASMANI
b. Kedua Aliran Tidak Nyata Aliran DIRI / RUHANI
Kedua-dua aliran tersebut menjadi satu didalam tubuh kita.
Aliran Ruhani berada didalam Aliran Jasmani.
Dan pokok-pangkal dari segala pergerakan ialah Aliran DIRI dan
mendatangkan Aliran Jasmani.
Aliran Jasmani merupakan darah dan aliran Ruhani merupakan
KARAN. Satu tetapi DUA. Keadaannya kandung mengandung. Jasmani
mengandung Ruhani dan Ruhani terkandung didalam Jasmani.
Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Ruhani, kita kembali
kepada JALAN yang telah kita temui iaitu JALANNYA DIRI yang telah
menembus alam sendiri atau Badan sendiri.
Dengan telah menemui ALIRAN DIRI dengan sendirinya kita telah
menemui pula ALIRAN RUHANI kerana ALIRAN DIRI itulah ALIRAN RUHANI.
Dan adalah Aliran Ruhani itu Jalan bagi Aliran Diri.
Dan setelah kita dapat memahami keduanya maka dapatlah kita
membezakan Jalan atau KARAN dan mana pula ISI.
Dan telah kita temui dan kuasai itu TENAGA Yang Tersembunyi yang
amat banyak mengandung Rahsia iaitu Tenaga Ghaib dan letaknya ialah
ditangan kita atau pada kita, asalnya dari DALAM. Dan adalah
menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya kerana adalah
DIA itu SERBAGUNA.
Untuk itu kita harus SERBATAHU. Ketahuilah DIRIMU lebih dahulu,
supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia Dirimu itu.
DIRI itu berdiri dengan sendirinya. Ianya merupakan suatu
kumpulan dari Zat Serba Zat iaitu suatu Zat. Hidup kerana berasal (
dari ) Diri yang hidup. Itulah dia anugerah, Kurnia Tuhan yang
sebenar benarnya kepada kita untuk hidup.
Segala Puji dan Puja kupersembahkan terhadapNYA Allah Tuhanku
yang memerintah dan menjaga seluruh alam. Aku telah menemui itu isi
yang serbaguna kerana aku telah tahu banyak mempergunakannya untuk
kebaikanku dan kebaikan orang lain. Aku tidak dapat menyatakannya
hanya dapat MERASAKANNYA terasa olehku dan terasa pula oleh orang
yang menghubungi aku.
Aku meisi diriku dan aku meisi orang lain. Dn dari itu makanya
isi pokok yang ada padaku tidak habis habisnya. Dia ada padaku dan
banyak diluarku. Dan banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui.
Yang banyak itu tidak menyusahkan aku, tidak memberatkan kerana
aku tahu mendudukkannya pada tempatnya. Dia silih berganti
mendatangiku DIRI ku dan DIA datang dan pergi bagiku. Kenapa bolih
begitu ? Yah kerana mengetahuinya pintu telah terbuka bagiku hijap
terbuka sudah.
Dan itu bintang yang banyak selain dari meisi bintangku
bertaburan disekelilingku meisikan ganti berganti. DIA yang
dikasihi telah menjadi kekasihku. Dan mungkinkah aku yang mengaihi
yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya pula. InsyaAllah.
Dan banyak lagi yang aku belum diketahui. Aku masih mencari,
memohon minta tambah ilmuku. Yang menjadi pertanyaan bagiku
sekarang isi yang telah aku perdapat itu yang tidak dapat
dinyatakan akan tetapi dapat dirasakan bolih dapat ditangkap oleh
alat alat dari fizikal untuk dipelajari .
Aku yakin seyakin-yakinnya isi yang ada padaku itu tidak akan
habis-habisnya, kerana sangat banyak diluar.
Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan. Aku
ingin manusia cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendakki
iaitu Damai, damai sekali lagi damai. Untuk menciptakan perdamaian
itu ialah dengan isi yang aku maksud isi yang mempunyai jalan
sendiri, iaitu jalan yang berpetunjuk yang berisikan nikmat dan
bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.
Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukan segala
sesuatu dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam
fikirannya yang berasal dari otak, otak yang berasal dari tanah
yang tidak bolih bebas dari Hawa Nafsu.
Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran HIDUP yang berisi
termasuk otak kita dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang
akan dipergunakan kerana dia bolih membebaskan Diri dari tekanan
tekanan alam sekelilingnya termasuk Hawa Nafsu, syaitan, iblis dan
sebagainya.
Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada
kita dan tunjukkanlah jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang
senang mencari jalan yang benar.
Sebelum menciptakan Perdamaian, damaikanlah DIRI terlebih
dahulu. Bebaskanlah Diri dan tekanan tekanan yang menghalangi
tujuan kita.
Semuga bekerja dengan isi itu terciptalah damai didunia ini
kalau memang perdamaian yang akan dituju.
Saya sengaja pecahkan TENAGA GHAIB ini secara ilmiah untuk orang
orang yang meminatinya, dan kepada siapa saja yang sanggup menemui
dan menguasainya, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan
perantaraanku atau dengan perantaraan muridku yang cerdas dan
banyak mengetahui akan selok belok RAHSIANYA. Jalan yang baik dan
membaikkan akan diturut, jangan jalan yang buruk yang akibatnya
merusak atau menghancurkan. Tanya diri sendiri : Siapa aku, mahu
kemana aku dan apa mahuku. Dan yang penting dudukkanlah DIRI itu
pada tempatnya.
Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa
yang ada padaku aku serahkan padanya dan DIAlah yang jadi aku, oleh
kerana aku mahu hidup dan Dialah yang hidup itu. Seluruh
kehidupanku diatur dan disusunnya sendiri kerana DIAlah sebaik-baik
pengatur dan penyusun. DIAlah yang tahu sebab DIA MAHA TAHU Aku
duduk ditempatku dan adalah ilmunya menjadi ilmuku.
Rahsia DIRI ialah terletak pada kita. Diluarkah atau didalamkah
kerana DIA ada diluar dan ada pula didalam. Ada pada kita dan ada
pada orang ( lain ) Orang yang tidak tahu diDIRI tidak
berpendirian. Dari itu ketahuilah DIRImu dan temuilah DIA dan
pelajarilah Rahsianya.
Dengan DIRI engkau bolih menangkap segala-galanya. Diri yang
lemah akan menjadi mangsa yang kuat. Dari itu perkuatlah Dirimu,
perbesar, perkembanglah DIA. Diri yang kuat, yang besar dan sudah
berkembang tidak bolih dipengaruhi oleh sesiapapun.
Perkuatlah DIA dengan jalannya, perbesarlah Dia dengan jalannya,
perkembanglah Dia dengan jalannya. Untuk itu temuilah JALAN DIRI
itu.
DIA kuat lagi benar, kerana berasal dari YANG MAHA KUASA dan
YANG MAHA BENAR. Gunungkanlah itu setitis dua lautkanlah itu yang
sekepal.
Dengan apa menggunungkan yang setitis dan dengan apa melautkan
yang sekepal itu ? Jawabnya mudah shaja, iaitu dengan JALANNYA.
Segala sesuatu selesaikanlah dengan JALANNYA, dan jalan itu telah
kita punyai.
Berpegang teguhlah pada Jalannya dan jangan bercerai berai.
Adalah Jalan itu merupakan mata rantai, kait berkait, rangkai
berangkai dengan satu dan lain. Putus minta disambung, kusut minta
diuraikan, keruh minta dijernihkan. Kusut dihujung benang, kembali
kepangkal benang.
Kesemuanya diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan JALANNYA.
Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan DIRI, hidupnya tidak
bererti dan akan menjadi mangsa yang berDIRI. Kita akan diperalat
kerana dianggap barang mati.
Dari itu KETAHUILAH DIRI. Carilah DIRI. TEMUILah dan
PERGUNAKANlah DIRI SENDIRI supaya kita berpendirian. Dan hiduplah
dengan DIRI supaya kita berpendirian.
DIRI yang dimaksudkan ialah DIRI YANG SEBENARNYA DIRI bukan Diri
yang dibuat buat. DIRI yang duduk benar, tegak benar, berjalan
benar kerana berasal langsung dari YANG MAHA BENAR.
DIRI itu JERNIH, BERSIH, SUCI. Dia HENING, TENANG, TIDAK ADA
TETAPI ADA. DIA yang tidak ada ( kelihatan ) ada bersama kita sejak
kita diadakan. DIA bersifat KETUHANAN kerana berasal dari
TUHAN.
Jadi adalah yang telah ada bersama kita itu KETUHANAN tetapi
BUKAN TUHAN. TUHAN TETAP TUHAN, Esa, Tunggal, tidak dua tidak tiga
apalagi banyak.
KETUHANAN ada pada kita, ada pada orang lain dan ada dimana
mana. Kenal mengenali satu sama lain, hubung menghubungilah, kerana
tidak kenal maka tidak cinta.
Syaitan berdiri, Iblis berdiri dan Jin pun berdiri. Akan tetapi
DIRInya tidak seperti DIRI MANUSIA, sama sama makhluk dijadikan
Tuhan ( Cuma ) berlainan jenis. Mereka itu berasal dari API yang
sifatnya merusak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia
membawa kita keneraka, kerana dia tidak senang akan kejadian
kita.
Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada ADAM dia tidak mahu. Mereka
berkata : Patutkah kami sujud kepada orang yang engkau jadikan
daripada tanah ? Dia meminta dipanjangkan umurnya sampai kiamat
guna memusnahkan atau memperdayakan anak cucu orang itu dibelakang
hari KECUALI YANG SEDIKIT.
Dan Yang Sedikit itu tidak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya
aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui Firman Allah.
Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan Diri Yang Berdirikan
pada tanah dengan mudah terperdaya oleh syaitan kerana api itu
bolih berdiri dan hidup diatas tanah. Dengan tidak disedarinya dia
telah menjadi manusia Iblis kerana telah bersarang didalam tubuhnya
yang berasal dibalik asal dari tanah itu.
Betapa tidak Iblis yang tidak nyata itu bagaimana bolih
mengetahui kalau ia lupa keDIRInya ? Iblis bolih masuk melalui
makanan, minuman, sedang tidur dan lain lain sebagainya dan lama
didalam menguasai DIRI dan menutup sampai orang kehilangannya.
Intan telah terbenam didalam lumpur.
Hanya dengan mengetahui DIRI MENEMUI DIRI dan dengan jalannya
DIRI, segala sesat dan yang menyesatkan itu bolih disapu bersih.
Dari itu kenalilah DIRI, pelajarilah DIRI, temuilah dan turutlah
jalannya DIRI yang telah ditemui itu.
Iblis yang berasal dari api itu akan hancur berantakan kalau
kita ketahui DIRI kita. Dan itulah yang dimaksudkan dengan KECUALI
YANG SEDIKIT itu. Yang sedikit itu ada pada tiap tiap orang, dari
itu kemukanlah DIA dan pergunakanlah DIA.
SEDIKIT tetapi menakutkan, menggemparkan, tidak sanggup Iblis
memperdayakannya, sebab DIA tak lekang dek panas dan tak lapuk dek
hujan, berdiri dengan sendirinya. YANG SEDIKIT itulah RAHSIA.
Rahsia kelebihan bagi yang mengetahui, menemui,
mempergunakannya.
Seluruh makhluk akan sujud menyembah kepadanya, ingat akan
kejadian kita waktu Tuhan akan menyuruh menyembah nenek moyang kita
ADAM AS. Semuanya sujud kecuali Iblis. Dia engkar, tidak patuh pada
Yang Maha Kuasa sedangkan Allah mengetahui yang tidak diketahuinya.
Dia engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu. Dia
berniat akan memusnahkan, memperdayakan kita manusia sampai kepada
anak cucu cicit hingga hari kiamat.
Sekarang kita telah mendapat tahu Rahsia iaitu maksud dan rahsia
Kalam Allah YANG SEDIKIT bahkan kita telah menemuinya pula. Apa
yang kita takutkan lagi, kalau kita mahu kita akan sanggup
menghancurkannya iblis itu. Bahkan kalau kita ketahui betul,
melihat kita sahaja dia sudah lari, menyingkir dari kita.
Dengannya, kita tidak takut kepada sesiapa sahaja, kecuali
Allah. Hanya Allah yang patut ditakuti. Yang Sedikit yang kita
ketahui, hendaklah DIA kita temui dan punyai serta kuasai sehingga
kita bolih mempergunakan daya gunanya yang banyak mengandungi
rahsia itu.
Kecerdasan kita menjadikan DIA besar, memperkembangkan DIA
menjadikan DIA bahkan lebih dari itu kerana DIA ada didalam dan
diluar kita.
DIA sedikit, kita perbanyak, dia setitik kita gunungkan, Dia
sekepal kita lautkan, sudah banyak kita perbanyak kerana DIA ada
dilangit, dibumi dan dimana mana sahaja. Gali dan pelajarilah Yang
Sedikit itu sampai dikuasai hendaknya.
Mereka bertanya kepada ENGKAU ( Muhammad ) mengenai RUH,
jawablah : TIADA AKU DIBERITAHU TENTANG ITU KECUALI SEDIKIT.
Bukankah Yang Sedikit Firman Allah kepada Muhammad itu sama
dengan
Yang Sedikit yang tidak bolih diperdayai Iblis ? Muhammad
Rasullullah diwahyukan Tuhan kepadanya rahsia Yang Sedikit. Ini
kepada manusia MUHAMMAD yang telah diangkatnya, dijadikan
utusanNYA.
BAB 14KETAHUILAH DIRIMU
Ketahuilah bahawa tiap tiap orang, tiap tiap kita da itu
ANUGERAH AGUNG, Kurnia Tuhan yang terrahsia letaknya pada kita. Dan
selain terrahsia dia banyak mengandung rahsia.
Masing masing kita MENGANDUNGNYA. Supaya kita puas menjalankan
kehidupan, maka lahirkanlah kandunan itu. Dengan kelahirannya maka
terbukalah sudah Rahsianya. Hnya sedikit tetapi amat besar ertinya
bagi kita, kerana DIA hidup dan menghidupkan kita.
Dan itulah DIA Yang Sedikit, RUHKU Firman Allah, sewaktu
meniupkannya kedalam batangb tubuh ADAM. Bagi orang yang telah
mengenlnya Tuhankah itu ? Tentu tidak. Dan bagi orang yang
mengetahui kedatangannya dari Tuhan anak Tuhankah itu. Tentu
bukan.
Dari itu kami yang telah menemuinya dan telah menjadikan diri
kami DIA menamakan DIA yang telah berada bersama kita itu
KETUHANAN. Orang mengatakan : Kenali DIRImu kerana siapa mengenal
DIRINYA mengenal TUHANNYA dengan sendirinya.
Untuk mengenal DIRI secara positif, lahirkanlah kandungan masing
masing. Dan setelah tahu diDIRI yang sebenarnya, akan tahulah kita
bahawa kesalahan besar yang telah kita lakukan dalam me