1 1.0. PENGENALAN Perkahwinan dari perspektif Islam merupakan suatu ikatan yang kukuh dan suatu sistem sosial yang memartabatkan manusia daripada kongkongan naluri kehaiwanan kepada hubungan kerohanian manusia yang suci. Dengan perkahwinan, insan yang hidupnya sepi dan keseorangan diangkat ke dalam pelukan kasih sayang dan dihormati masyarakat. Perkahwinan pada zaman dahulu jika dibandingkan dengan zaman moden pada hari ini memang mempunyai jurang yang amat ketara di mana seorang anak perempuan yang dara pada zaman dahulu akan menyerahkan proses mencari jodoh kepada keluarganya kerana pilihan keluarga adalah pilihan terbaik dan pilihan yang paling tepat. Namun, dalam zaman yang dipenuhi kemodenan pada hari ini amat jarang berlaku perkara sebegini bahkan sekiranya berlaku perkahwinan yang diatur pada hari ini akan dipanggil perkahwinan paksa. Fenomena perkahwinan seseorang anak perempuan dengan lelaki pilihan ibu bapa mungkin sudah jarang-jarang terjadi pada masa sekarang berbanding zaman dahulu. Namun demikian, kejadian seperti itu masih berlaku pada beberapa keluarga terutamanya di kalangan orang kampung, orang kaya yang menjaga hartanya, bahkan dalam keluarga yang kuat beragama. Kebanyakan ibu bapa yang melakukan perjodohan itu adalah atas alasan perkara itu memang dibenarkan dalam ajaran Islam, iaitu dengan menggunakan konsep ijbar wali (hak paksa wali) terhadap anak perempuannya.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1.0. PENGENALAN
Perkahwinan dari perspektif Islam merupakan suatu ikatan yang kukuh dan suatu
sistem sosial yang memartabatkan manusia daripada kongkongan naluri kehaiwanan
kepada hubungan kerohanian manusia yang suci. Dengan perkahwinan, insan yang
hidupnya sepi dan keseorangan diangkat ke dalam pelukan kasih sayang dan
dihormati masyarakat.
Perkahwinan pada zaman dahulu jika dibandingkan dengan zaman moden
pada hari ini memang mempunyai jurang yang amat ketara di mana seorang anak
perempuan yang dara pada zaman dahulu akan menyerahkan proses mencari jodoh
kepada keluarganya kerana pilihan keluarga adalah pilihan terbaik dan pilihan yang
paling tepat. Namun, dalam zaman yang dipenuhi kemodenan pada hari ini amat
jarang berlaku perkara sebegini bahkan sekiranya berlaku perkahwinan yang diatur
pada hari ini akan dipanggil perkahwinan paksa.
Fenomena perkahwinan seseorang anak perempuan dengan lelaki pilihan ibu
bapa mungkin sudah jarang-jarang terjadi pada masa sekarang berbanding zaman
dahulu. Namun demikian, kejadian seperti itu masih berlaku pada beberapa keluarga
terutamanya di kalangan orang kampung, orang kaya yang menjaga hartanya, bahkan
dalam keluarga yang kuat beragama. Kebanyakan ibu bapa yang melakukan
perjodohan itu adalah atas alasan perkara itu memang dibenarkan dalam ajaran Islam,
iaitu dengan menggunakan konsep ijbar wali (hak paksa wali) terhadap anak
perempuannya.
2
2.0 PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Dalam isitilah fiqh, al-Nikah atau al-Ziwaj (perkahwinan) ialah suatu ‘aqad (kontrak)
yang melahirkan pengharusan dan pemilikan istimta’ (berseronok-seronok dengan
persetubuhan) serta mendapatkan hak-hak dan tanggungjawab suami isteri secara
syarie.
Merujuk kepada definisi di atas, perkahwinan itu adalah suatu kontrak. Ini
bermakna, peminangan yang dibuat sebelum perkahwinan bukanlah suatu kontrak
sebaliknya ia sekadar suatu janji lisan untuk membuat kontrak perkahwinan.
Memandangkan perkahwinan itu adalah suatu kontrak, maka ia memerlukan kepada
rukun-rukun iaitu lelaki dan perempuan, sighah atau lafaz nikah yang mempunyai ijab
dan qabul, wali dan dua orang saksi.
Setiap dari rukun-rukun asas tersebut mesti memenuhi syarat-syarat tertentu
bagi memastikan suatu perkahwinan itu menjadi sahih. Lelaki itu mestilah lelaki yang
sempurna sifat-sifat kelakiannya, yakni boleh berfungsi dengan baik sebagai suami.
Perempuan pula harus mempunyai sifat-sifat kewanitaannya yang dapat berfungsi
dengan baik dalam hubungan kelamin dengan pasangan lelakinya di samping dapat
melahirkan anak. Ini kerana tujuan perkahwinan bukan sekadar untuk berseronok-
seronok tetapi bertujuan melahirkan zuriat. Justeru, apabila seseorang lelaki
mengahwini seseorang wanita yang mempunyai keaiban atau lelaki yang mempunyai
keaiban sehingga menyebabkan persetubuhan tidak dapat disempurnakan, maka
perkahwinan tersebut boleh difasakhkan kerana salah satu tujuan perkahwinan tidak
tercapai. Sehubungan dengan ini, Rasulullah saw telah memberi saranan kepada
seorang lelaki sepertimana yang diriwayatkan oleh Ma’qal ibn Yasar bahawa lelaki
tersebut telah datang menemui Rasulullah dan berkata, “Aku sudah mencintai
perempuan yang ada kedudukan dan berharta, namun ianya tidak boleh melahirkan
anak, apakah aku boleh mengahwininya?”. Jawab Rasulullah, “Jangan.” Kemudian
dia datang lagi buat kali kedua, namun Rasulullah masih menegahnya. Kemudian dia
datang lagi buat kali ketiga, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Kahwinilah wanita yang masih dara (al-wadud) dan juga yang boleh melahirkan
anak (al-walud) kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat
nanti.” (Amin 2011: 542-543).
3
Sighah atau lafaz nikah pula terbahagi kepada dua iaitu lafaz ijab dan lafaz
qabul. Lafaz ijab merupakan lafaz nikah yang diucapkan oleh wali iaiu seperti lafaz
“Aku nikahkan engkau”. Manakala lafaz qabul pula ialah lafaz penerimaan nikah
yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya seperti lafaz “Aku terima nikahnya”.
Syarat sighah nikah bagi memastikan lafaz ijab dan qabul itu sahih adalah berturutan
di antara lafaz ijab dan qabul, jelas sebutan lafaz ijab dan qabul tersebut, didengari
dengan jelas oleh dua orang saksi yang memahami maksud lafaz ijab dan qabul,
hendaklah disebut nama pengantin perempuan dengan khusus, tidak mempunyai lafaz
taklik atau bersyarat iaitu tiada batasan masa, tidak diselangi oleh diam yang lama
atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan qabul dan menggunakan perkataan
“nikah” semasa melafazkan ijab dan qabul atau yang membawa kepada makna yang
sama.
Dua orang saksi yang merupakan antara salah satu rukun bagi memastikan
suatu perkahwinan itu sahih juga mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Syarat-syarat tersebut mestilah lelaki yang beragama Islam, baligh, seorang yang
berakal dan dapat berfikir dengan waras, mempunyai ingatan yang kuat, merdeka,
seorang yang adil dan tidak fasiq, seorang yang sempurna dan tidak mengalami
sebarang kecacatan fizikal iaitu boleh mendengar, melihat dan bercakap serta boleh
memahami maksud ijab dan qabul dengan jelas.
4
3.0. WALI DAN KUASA PAKSAANNYA DALAM NIKAH
3.1. Konsep Wali
Dalam rukun perkahwinan, wali merupakan elemen terpenting. Ia merupakan rukun
yang menentukan kesahihan sesebuah perkahwinan. Tanpa wali, perkahwinan itu akan
dianggap terbatal. Kenyataan ini diperjelaskan lagi melalui sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud “tiada pernikahan kecuali dengan wali”.
Wali secara umumnya bermaksud sebagai orang yang diberikan kuasa oleh
syarak bagi melaksanakan akad perkahwinan seseorang perempuan sama ada wali
tersebut wali mujbir atau wali bukan mujbir. Antara kategori-kategori wali menurut
mazhab Syafie ialah:
i. Wali Nasab
- Orang yang memiliki kuasa syarak untuk mengakadnikahkan perempuan
daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.
ii. Wali Mujbir
- Bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.
iii. Wali Aqrab
- Wali yang paling dekat hubungannya dengan bakal pengantin perempuan
mengikut susunan wali.
iv. Wali Ab’ad
- Wali yang jauh hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut
susunan wali.
v. Wali Raja atau Wali Sultan atau Wali Hakim atau Wali Am
- Wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau
DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak
mempunyai nasab, wali ghaib atau walinya enggan mengahwinkannya tanpa
sesuatu sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.
5
vi. Wali Tahkim
- Seseorang yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk menjalankan akad
nikah di tempat yang tiada wali nasab dan tiada wali raja atau wali sultan atau
wali hakim atau wali am dengan syarat-syarat tertentu
(masjidwilayah.gov.my).
3.2. Susunan Wali
Wali yang mendapat keutamaan di antara sekalian wali-wali yang ada ialah ayah dari
pengantin wanita, kemudian kalau tidak ada atau berhalangan barulah datuknya,
kemudian saudara lelaki seayah dan seibu atau seayah, kemudian sanak saudara lelaki,
barulah sesudah itu kerabat-kerabat terdekat (ashabah) yang lain (Siti Hajar & Siti
Sakinah 2008:421). Oleh itu, susunan wali mengikut tertib menurut mazhab Syafie
ialah:
1. Bapa kandung.
2. Datuk sebelah bapa ke atas.
3. Saudara lelaki seibu-sebapa.
4. Saudara lelaki sebapa.
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa.
6. Anak saudara lelaki sebapa.
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa.
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa.
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah.
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah.
11. Bapa saudara seibu-sebapa.
12. Bapa saudara bapa sebapa
6
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa.
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah.
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa.
16. Bapa saudara datuk sebapa.
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah.
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah.
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq.
21. Raja/Sultan.
Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika
wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan
anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah
kepada datuk pengantin perempuan itu dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak
wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan
dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya. Sekiranya pengantin
perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim
(www.islam.gov.my). Rasulullah saw bersabda:
“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
3.3. Syarat-syarat Wali
Untuk meletakkan seseorang sebagai layak bagi menjadi wali beberapa syarat telah
digariskan, antaranya:
7
Wali mestilah seorang yang berkelayakan untuk melakukan akad iaitu dia
hendaklah seorang yang berakal dan baligh. Sehubungan itu, tidak sabit atas
kanak-kanak walaupun ia telah mencapai umur tamyiz (waras) begitu juga
orang yang gila dan bodoh atau cacat minda.
Persamaan agama antara wali dengan orang yang hendak diwalikan juga
merupakan satu kemestian. Dalam soal ini Allah berfirman dalam surah an-
Nisa’ ayat 141 yang bermaksud:
“…dan Allah sekali-sekali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang
kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman”.
Ini bermakna seorang muslimah mestilah diwalikan oleh walinya yang muslim
juga, dan sebaliknya seorang kitabiyah berhak diwalikan oleh walinya yang
kitabi.
Wali juga mestilah seorang lelaki, wanita tidak boleh mewalikan perkahwinan.
Meskipun begitu al-Imam Abu Hanifah menafikan syarat ini dengan
memberikan hak kepada wanita untuk mewalikan orang lain.
Wali hendaklah seorang yang adil iaitu seorang yang istiqamah dalam
menunaikan perintah Allah dan tidak melakukan dosa-dosa besar di samping
tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Seseorang yang adil adalah
muslim yang sahih dan tidak fasik. Keadilan seseorang wali peril dinilai
berasaskan kepada pandangan zahir sahaja tanpa memerlukan penelitian yang
agak mendalam. Secara umumnya, seseorang yang tidak dipertikaikan oleh
orang ramai tentang keperibadian dan keagamaanya iaitu dengan diistilahkan
sebagai masturul-hal boleh dianggap sebagai adil.
Al-Imam al-Ghazali juga menegaskan pernikahan yang dilakukan oleh wali
yang fasid atas alasan kesukaran dalam menentukan identiti seseorang yang adil
melihat kepada keadaan dan suasana yang ada sekarang. Pandangan ini disokong
oleh kebanyakkan fuqaha mutakhir dari kalangan mazhab Syafi’i.
8
Kesimpulannya, menafikan syarat adil dalam menentukan kelayakan seorang
wali adalah suatu yang logik kerana melihat kepada suasana di mana masyarakat
banyak terdedah kepada perkara-perkara yang fasid dan terlalu sukar untuk
mengklasifikasikan identiti seseorang. Wali juga mestilah seorang yang berfikiran
matang dan waras dalam urusan iaitu yang disebut rasyid. Ini bermakna seorang
yang safih atau cacat minda tidak berhak menjadi wali.
3.4. Hukum Wali dalam Perkahwinan
Perwalian dalam literatur fiqh Islam disebut dengan al-wilayah. Secara etimologi, ia
memiliki beberapa erti. Di antaranya adalah cinta (al-mahabbah) dan pertolongan (an-
nashrah). Ayat 61 surah at-Taubah juga membawa erti kekuasaan seperti dalam
ungkapan al-wali (الوالى), yakni orang yang mempunyai kekuasaan. Hakikat dari al-
wilayah adalah “tawalliy al-amr” iaitu mengurus atau menguasai sesuatu.
Adapun yang dimaksudkan dengan perwalian dalam terminologi para fuqaha
seperti yang dinyatakan oleh Wahbah Al-Zuhayli ialah kekuasaan yang dimiliki oleh
seseorang untuk secara langsung melakukan sesuatu tindakan sendiri tanpa bergantung
dan terikat dengan izin orang lain. Orang yang mengurus sesuatu transaksi dan akad
disebut wali seperti yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 282:
Perkataan al-waliyy berasal dari kata wala-yali-walyan-wa-walayatan, secara
kasarnya bererti yang mencintai, teman terdekat, sahabat, yang menolong, sekutu,
pengikut, pengasuh dan orang yang menguruskan urusan seseorang.
Atas dasar pengertian makna wali tersebut, dapatlah difahami dengan mudah
mengapa hukum Islam menetapkan bahawa orang yang paling berhak untuk menjadi
wali bagi kepentingan anaknya adalah bapa. Alasannya adalah kerana bapa adalah
orang yang paling dekat yang sentiasa menolong bahkan orang yang mengasuh dan
membiayai anak-anaknya. Jika tiada bapa, maka hak perwaliannya digantikan dengan
keluarga terdekat dari pihak bapa sebagaimana yang dibahaskan dengan panjang lebar
dalam buku-buku fiqh.
9
Sebahagian ulama, terutamanya dari kalangan Hanafiah membezakan
perwalian melalui tiga kategori, iaitu perwalian terhadap jiwa, perwalian terhadap
harta serta perwalian terhadap jiwa dan harta sekaligus. Perwalian dalam perkahwinan
tergolong dalam perwalian terhadap jiwa, iaitu perwalian yang berkaitan dengan
pengawasan terhadap urusan yang berhubungan dengan masalah-masalah keluarga
seperti perkahwinan, pendidikan dan kesihatan di mana hak pengawasannya pada
dasarnya berada di tangan bapa atau datuk dan para wali yang lain (Muhammad Amin
2005:134-135).
Fuqaha dari mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali pula bersependapat bahawa
wali adalah syarat mutlak sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang dilaksanakan tanpa
wali dengan sendirinya akan terbatal. Wanita tidak mempunyai kuasa untuk
mengahwinkan dirinya sendiri atau diri orang lain.
Pendapat ini disandarkan kepada beberapa sumber hukum Islam. Antara
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 232:
أزواجهن ينكحن أن تعضلوهن فال أجلهن فبلغن ساء الن قتم طل وإذا
بالمعروف بينهم تراضوا إذاMaksudnya: “Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis
iddahnya, maka janganlah kamu larang perempuan itu kembali kepada bekas
suaminya, jika mereka itu suka secara makruf”.
Ayat diatas jelas ditujukan kepada wali dan kerana itu secara langsung
memberi tegahan kepada para wali agar tidak melarang anaknya yang telah diceraikan
untuk kembali rujuk kepada suaminya. Ini menunjukkan bahawa wali adalah unsur
penting dalam perkahwinan. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka nikah tersebut
batal (Nabi s.a.w) telah mengulangi sebanyak tiga kali tentang pembatalan nikah
tanpa wali”.
Dari dalil-dalil yang dikemukakan di atas jelas menunjukkan kepentingan wali
dalam perkahwinan dan setiap perkahwinan yang dilakukan tanpa keizinan wali
adalah terbatal dengan sendirinya.
10
Namun, pada hari ini kita melihat bermacam-macam isu muncul di negara kita
berkaitan dengan perkahwinan. Ada wali yang memudahkan perkahwinan anak
gadisnya dan ada juga yang membuat berbagai-bagai kerenah bagi mengelakkan anak
gadisnya berkahwin dengan pemuda pilihannya. Keadaan ini membuatkan sesetengah
orang mengatakan lebih baik tidak ada wali di dalam perkahwinan, kerana dengan
adanya wali dan keperluan meminta kebenaran daripadanya, menyusahkan urusan
perkahwinan seseorang anak gadis. Ungkapan ini sebenarnya tidak wajar dikeluarkan
oleh seseorang Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana wali
merupakan satu ketetapan syarak yang perlu diambil kira di dalam mengatur sesuatu
proses perkahwinan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. menjelaskan:
فان مرات ثالث باطل فنكاحها مواليها اذن بغير نكحت امرأة أيما
ولي فالساطان تشاجروا فان منها أصاب بما لها فالمهر بها دخل
له ولي ال منMaknanya: “Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa keizinan walinya,
perkahwinannya adalah batil (tiga kali). Jika telah melakukan persetubuhan dengan
isterinya, mahar berhak diberikan kepadanya. Jika mereka berselisih pendapat, sultan
adalah wali kepada orang yang tidak ada wali”.
Bagi majoriti ulama, mereka mensyaratkan perlu ada wali di dalam
perkahwinan. Kitab Ibn Al-Munzir tidak pernah diketahui, adanya mana-mana sahabat
yang mencanggahi perkara ini. Kata al-Tirmizi, amalan terhadap hadis di atas diterima
pakai oleh para ulama termasuklah di kalangan mereka iaitu Umar, Ali, Ibn Abbas dan
Abu Hurairah. Begitu juga diriwayatkan daripada ulama fiqh tabi’in termasuklah
Sa’id bin al-Musayyab, al-Hassan, Syuraih, Ibrahim al-Nakha’ie, Umar bin Abd al-
Aziz dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang dipegang oleh al-Thawri, ibn al-
Mubarak, al-Syafie, Ahmad dan Ishak. Golongan ini juga berhujah dengan firman
Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 232:
11
Maksudnya: “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa
idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka
daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki
dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang
dibenarkan oleh syarak”.
Ungkapan “maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka
daripada berkahwin semula” membuktikan wali merupakan syarat penting di dalam
sesuatu proses perkahwinan. Jika bukan syarat penting, tidak ada makna menyebutnya
di sini.
Ulama mazhab Hanafi berpendapat, tidak disyaratkan perlu ada wali di dalam
sesuatu proses perkahwinan. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan
menerusi Ibn Abbas r.a. :
واذنها نفسها في تستأذن والبكر وليها من بنفسها أحق األيم
صماتها Maksudnya: “Janda lebih berhak ke atas dirinya berbanding dengan walinya,
manakala anak gadis hendaklah meminta izin daripada dirinya dan keizinannya
diketahui melalui diamnya”.
Terdapat dalil lain yang turut menyokong pandangan dan pendapat majoriti
ulama iaitu hadis yang menjelaskan tidak sah perkahwinan tanpa wali. Sabda
Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Musa r.a. :
بولي اال نكاح ال
Maksudnya: “tidak ada nikah tanpa wali”.
Melihat keadaan sekarang ini, kita lebih suka memilih pendapat majoriti ulama
yang mensyaratkan mesti ada wali dalam sesuatu proses perkahwinan. Hari ini kita
melihat dan mendengar banyak penipuan dilakukan ke atas anak-anak gadis, sehingga
menjerumuskan mereka ke lembah pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain.
Mengambil kira peranan dan syarat wali tetap relevan dengan zaman sekarang.
Seseorang gadis yang merasa wali menimbulkan kesukaran kepadanya untuk
12
berkahwin, boleh mengadu kepada mahkamah untuk mendapatkan penjelasan tentang
sebab keengganannya mewalikan perkahwinan anak gadisnya. Jika mahkamah
mendapati ada hujah dan alasan yang munasabah, perkahwinan itu perlu diteruskan
dan wali gadis berkenaan bersikap tidak adil terhadapnya, mahkamah boleh
memindahkan wali anak gadis itu kepada wali hakim (Basri 2009:187-188).
3.5. Kuasa Paksaan Wali
Mengikut kamus Lisan al-Arab, kata ijbar bererti al-qahr atau al-ikrah, iaitu
memaksa. Demikian juga menurut Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi
rahimullahuta’ala yang menyamakan perkataan ijbar dengan ikrah. Takrif lain
menyebut bahawa ijbar diertikan sebagai al-qahru (memaksa), al-ilzamu
(pemaksaan), ajbarahu ‘alal amri (memaksa agar melakukan, mewajibkan).
Sedangkan menurut Muhammad Abdul Ra’uf al-Munawi rahimullahuta’ala, ijbar
adalah seseorang untuk memaksa pihak lain untuk dapat memperbetulkan
kesalahannya (Ibanah Suhrowardiyah).
Wali dalam perkahwinan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu wali
mujbir dan wali bukan mujbir. Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang
kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa
meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu
terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas.
Manakala wali bukan mujbir atau wali ikhtiar ialah wali terdiri daripada
saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya. Wali ini hanya berhak
mengahwinkan perempuan yang di bawah kuasa perwaliannya setelah mendapat
keizinan dari perempuan tersebut. Tanpa persetujuan wali perkahwinan tersebut tidak
mungkin boleh dilakukan. Dalilnya ialah:
'Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan
perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya'.
(Riwayat Darul-Qutni)
13
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk yang mengahwinkan anak perempuan
yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah
akadnya (www.islam.gov.my).
Untuk melakukan perkahwinan, persetujuan daripada perempuan hendaklah
diperolehi terlebih dahulu oleh wali. Sabda Rasulullah s.a.w :
. يا قالوا تستأذن حتى البكر تنكح وال تستأمر حتى األيم تنكح ال
. : تسكت أن قال اذنها؟ وكيف الله الخمسة –رسول رواه “tidak boleh dikahwinkan mana-mana janda kecuali sesudah diminta arahan
daripadanya dan tidak boleh dikahwinkan mana-mana anak dara kecuali sesudah
diminta izin daripadanya. Kata orang ramai, wahai Rasulullah, bagaimanakah
keizinan anak dara itu? Jawab Baginda: dengan berdiam diri”.
(Riwayat oleh lima perawi)
Dalam riwayat lain Rasulullah disebut berkata:
سكوتها واذنها تستأمر والبكر وليها، من بنفسها أحق رواه –الثيب
داود أبو و مسلم“seorang janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya, sedangkan seorang
dara diminta kebenaran dan kebenarannya ialah diamnya”.
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Dalam riwayat lain lagi Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata:
صماتها رضاها والبكر نفسها عن تعرب ماجه –الثيب ابن رواه“seorang janda boleh menerangkan sikap mengenai dirinya sedangkan kerelaan
seorang anak dara itu boleh digambarkan oleh diamnya”.