Overgrowth Candidiasis Mikrob yang mengancam tubuh manusia apabila tumbuh berlebihan, ialah spesies kandidiasis; atau dikenali sebagai Candiasis Overgrowth. Ia berlaku apabila tiada keseimbangan antara jenis dengan jumlah mikrob yang baik dan yang jahat atau lebih dikenali sebagai gut dysbiosis. Kandida merupakan kulat yang duduk bersama-sama tubuh, di celah-celah paha, ketiak dan amat suka bermastautin di tempat yang lembap, seperti di vagina dan lapisan usus. Kandidiasis mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Apakah kaitan kandidiasis, magnesium dan leaky gut dengan hormon anda? Adakah ketiga-tiganya berkaitan? Ya, sangat berkaitan. Rajah 19: Kandidiasis yang putih melepak yang bertaburan dalam badan manusia
10
Embed
Overgrowth Candidiasis - merrawellness.com · Indikator tahap pembiakan kandidiasis boleh kita ukur dengan seberapa banyak gejala yang kita ada, bermakna kita semakin ... Bulimia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Overgrowth Candidiasis
Mikrob yang mengancam tubuh manusia apabila tumbuh berlebihan, ialah spesies
kandidiasis; atau dikenali sebagai Candiasis Overgrowth. Ia berlaku apabila tiada
keseimbangan antara jenis dengan jumlah mikrob yang baik dan yang jahat atau lebih
dikenali sebagai gut dysbiosis. Kandida merupakan kulat yang duduk bersama-sama
tubuh, di celah-celah paha, ketiak dan amat suka bermastautin di tempat yang lembap,
seperti di vagina dan lapisan usus. Kandidiasis mengakibatkan ketidakseimbangan
hormon.
Apakah kaitan kandidiasis, magnesium dan leaky gut dengan hormon anda?
Adakah ketiga-tiganya berkaitan? Ya, sangat berkaitan.
Rajah 19: Kandidiasis yang putih melepak yang bertaburan dalam badan manusia
Cerita di sebalik kulat ini lebih mengerikan. Cuba anda bayangkan, siapakah
yang menghuni usus anda sekarang? Usus merupakan lokasi utama pembiakan
bakteria. Bakteria lazimnya akan mula membiak di gaster atau perut. Namun,
kehadirannya di dalam usus adalah yang paling banyak.
Bercakap tentang koloni (kolonial), membuatkan saya terkenang kisah sejarah
zaman penjajahan. Bagaimana kita hendak mengaitkan penjajahan dengan kuasa?
Mudah saja rumusnya. Sesiapa yang kuat akan menjajah yang lemah. Sesiapa yang
berada dalam kuantiti yang banyak akan mempunyai kuasa untuk bertindak. Umpama
parti politik yang menang majoriti 2/3, maka parti itulah yang mampu mentadbir dan
membentuk kerajaan. Itulah analogi yang mudah untuk kita fahami. Lebih baik, jika
tidak keterlaluan. Jom kita kuasai topik ini!
Apabila kandida tumbuh atau membiak secara berlebihan, sistem imun tubuh
terganggu dan sistem lapisan usus akan rosak dan sel-sel yis akan menghasilkan
pelbagai toksin. Hampir semua orang pernah mengalami gejala kandidiasis bezanya
tempoh dan jumlah.
Ini adalah rupa Candida di usus
Tanda-Tanda lain ialah:
1.Kegatalan kronik pada tempat
sulit seperti di bawah pelipat perut
2. Oral Thrush
3. Sering sakit perut, kembung,
sebu dan mual
Gejala hormon kandidiasis:
�Gejala Umum
• Lesu
• Tiada tenaga
• Kurang Libido
�Gejala gastro usus
• Seriawan lisan/Thrush oral
• Kembung atau gas
• Kekejangan perut/Perut 'cramp'
• Gatal pada dubur
• Perubahan fungsi usus (cirit-birit dan
sembelit silih berganti)
�Gejala urin
• Keputihan
• Kerap kencing kotor
�Gejala Hormon
• Perubahan aturan haid
(kitaran haid tidak teratur)
�Gejala Sistem Saraf
• Kemurungan
• Mudah marah
• Susah Fokus
�Gejala Sistem Imun
• Alergik
• Sensitif pada bahan kimia
• Kerap demam dan batuk
• Psoriasis (penyakit yang menyebabkan kulit mengalami tompok-tompok merah
yang diselaputi sisik)
�Lain Lain:
• Ketagihan makanan manis dan tinggi karbohidrat!!!
Gula ialah chief nutrient untuk kandidiasis.
Indikator tahap pembiakan kandidiasis boleh kita ukur dengan
seberapa banyak gejala yang kita ada, bermakna kita semakin
membiakkan kandidiasis di dalam lapisan usus kita!!!
Simptom biasa Overgrowth Kandidiasis
Rajah 22: Kaitan Kandidiasis dengan kepelbagaian penyakit