1 KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman Kuala Lumpur, 29 Oktober 2018 - Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya. Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari! Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
9
Embed
OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA
OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR
PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA
Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2018 - Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel
dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio
telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.
Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan
rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5,
Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9
malam setiap hari!
Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan
pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang
menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
2
Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu
merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-
kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta
pengalaman baru.
13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa
Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan
berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan
berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet
syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.
Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang
jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di
pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang
belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan
menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.
The Plushy World - Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar
Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan
lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam
sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung
mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan
masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’
pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat
melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh
menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah
Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala
Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut
mengenai zon pameran, sila rujuk Lampiran 1.
3
Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
• Pembelian awal * Warganegara Malaysia & bukan warganegara Malaysia *
(dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
• Warganegara Malaysia: RM33
• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma
dan syarat.
Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA
EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY
MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.
Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat
lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau www.facebook.com/oursanriotimes/ atau Instagram
oursanriotimes.malaysia.
Mengenai SANRIO
Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan dengan falsafah "Hadiah Kecil,
Senyuman Besar" yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur,
telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah
berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk
Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan
hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak