1.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
1.1. Definisi Undang-UndangMenurut Kamus Dewan, undang-undang
membawa erti sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang
digubal atau dibuat oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat yang berkenaan. Berdasarkan Kamus Undang-Undang Oxford,
perkataan undang-undang bermaksud sekumpulan perturan-peraturan
yang dikuatkuasakan bertujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat.
Konklusinya, undang-undang adalah peraturan-peraturan yang
diwujudkan oleh sesebuah negara atau organisasi dan wajib dipatuhi
oleh semua individu yang terikat dengan negara atau organisasi
tersebut.
1.2. Ciri-Ciri Undang-UndangTerdapat berberapa element yang
diambil kira sebagai syarat untuk mengiktiraf satu-satu draf
undang-undang sebagai undang-undang yang diwartakan. Undang-undang
yang diwartakan membaw maksud bahawa undang-undang tersebut akan
dikuatkuasakan dan digunapakai oleh semua rakyat Malaysia.
Rajah 1: Ciri-ciri Undang-undang.
1.3. Klafikasi Undang-Undang di MalaysiaUndang-undang Malaysia
adalah terdiri daripada dua jenis undang-undang asas iaitu
undang-undang awam dan juga undang-undang persendirian.
Rajah 2: Klasifikasi Undang-Undang Malaysia.
1.3.1. Undang-Undang AwamUndang-undang awam ataupun public law
adalah merupakan undang-undang yang digubal bagi memelihara
hubungan antara kerajaan ataupun negara dan rakyat-rakyatnya.
Undang-undang awam bertujuan untuk melindungi hak asasi rakyat atau
masyarakat negara berkenaan. Terdapat 3 jenis undang-undang yagn
termaktub di bawah undang-undang awam iaitu pertama Undang-Undang
Perlembagaan, Undang-undang Pentadbiran dan Undang-undang
Jenayah.
26
Jenis-Jenis Undang-Undang AwamKeterangan
Undang-undang Perlembagaan Melibatkan perhubungan antara
pelbagai badan dalam kerajaan seperti eksekutif, perundangan dan
kehakiman. Mentakrifkan struktur kerajaan dan hak-hak asasi rakyat
atau individu di bawah pemerintahannya. Memastikan segala hak yang
termaktub dalam perlembagaan adalah dipatuhi.
Undang-undang Pentadbiran Melibatkan perhubungan individu dan
negara. Mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh badan
eksekutif atau pentadbiran kerajaan. Memstikan pihak berkuasa
membuat tindakan dan keputusan berdasarkan undang-undang yang telah
ditetapkan.
Undang-undang Jenayah Memastikan individu tidak melakukan
kesalahan yang boleh mermudaratkan masyarakat. Menyenaraikan
pelbagai jenis kesalahan yang berkemungkinan dilakukan oleh anggota
masyarakat keapda negara. Undang-undang ini disertakan dengan
hukuman mahupun denda yang bakal dikenakan sekiranya kesalahan
tersebut berlaku.
Jadual 1: Senarai undang-undang yang temaktub di bawah
Undang-Undang Awam serta fungsinya.
1.0 1.1. 1.2. 1.3. 1.3.1. 1.3.2. Undang-Undang
PersendirianUndang-undang persendirian, private law merupakan
undang-undang yang diwujudkan bagi memelihara hubungan sesama
individu dengan individu yang lain. Undang-undang ini melindungi
individu daripada ditindas oleh individu yang lain. Individu yang
teraniaya boleh mendapatkan pampasan sebagai ganti daripada
indivudu yang menindas mereka. Undang-undang persendirian boleh
dibahagikan kepada berberapa jenis.
Rajah 2: Jenis-jenis Undang-Undang Persendirian
Jenis-Jenis Undang-Undang PersendirianKeterangan
Undang-undang Perkongsian Memelihara hak individu-individu yang
terlibat dalam aktiviti perkongsian ataupun aktiviti bersama bagi
memperolehi keuntungan seperti perkongsian perniagaan. Terdapat
berberapa jenis pekongsi seperti pekongsi am, pekongsi aktif,
pekongsi semu dan pekongsi tidur.
Undang-undang Amanah Mendaftarkan pemengang amanah bagi sesuatu
badan/kumpulan orang sabagai satu pertubuhan perbadanan yang
ditubuhkan. Undang-undang ini hanya diterima pakai di Semenanjung
Malaysia sahaja.
Undang-undang Syarikat Mengurus penubuhan syarikat, pendaftaran
dan pembubaran syarikat. Menyenaraikan hak-hak dan tanggungjawab
syarikat sebagai ahli koperat. Melindungi hak-hak dan menyenaraikan
tanggungjawab kesemua pekerja, pemegang saham dan pengarah
syarikat.
Undang-undang Keluarga Mengurus segala perkara berkaitan
kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak,
pemberian nafkah dan pembahagian harta pusaka. Undang-undang ini
dipraktikakan untuk rakyat yang bukan beragama Islam.
Undang-undang Tanah Setiap pemilikan tanah hendaklah dibuktikan
dengan pendaftaran hakmilik. Melindungi tanah dan mngesahkan tanah
tersebut milik individu yang telah dinamakan di dalam pendaftaran
hakmilik. Pengesahan ini akan mengelakkan berlakunya pertikaia n
terhadap tanah tersebut.
Undang-undang Tort Membolehkan seseorang individu menuntut
pampasan atas kecederaan atau kerugian yang ditanggungnya daripada
individu yang lain atas kecuian yang yang dilakukan. Contohnya
individu A boleh menuntut ganti rugi daripada individu B yang telah
menyebabkan kerugian atau kecederaan atas kecuaian individu B.
Undang-undang Komersial Mentadbir semua transaksi berkaitan
dengan aktiviti periagaan dan perdagangan.
Jadual 2: Jenis-Jenis Undang-Undang Persendirian1.4. Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diwujudkan retentan peristiwa
letupan sbuah kilang membuat mercun dikenali sebagai Bright Sparkle
di Sungai Buloh, Selangor pada tahun 1991. Kemalangan tersebut
telah menyingkap kelemahan Akta Kilang dan Jentera 1967 yang dimana
akta tersebut tidak melindungi pekerja yang tidak bekerja atau
terlibat secara lansung dengan jentera ataupun di dalam kilang.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dikuatkusakan oleh
kerajaan Malaysia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP).
2.0 HUBUNGAN DI ANTARA AKTA KESELAMATAN DAN PEKERJAAN 1994
DENGAN STANDARD MORAL
1. 2. 2.1. Definisi Standard MoralBerdasarkan kepada Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, standard membawa maksud dapat diterima sebagai
yang rasmi atau yang sah. Standard juga membawa maksud sesuatu yang
diterima dan dijadikan dasar pengukur atau menilai sesuatu yang
lain.Manakala moral membawa maksud ajaran atau pegangan tentang
buruk dan baiknya sesuatu perbuatan, sikap atau kelakuan contohnya
seperti ajaran agama yang membantu membezakan sikap yang baik dan
buruk. Secara kesimpulannya standard moral bererti dasar yang
membantu membezakan perkara atau tingkah laku yang baik dan buruk
yang dapat diterima secara rasmi atau sah.
2.2. Perkara yang membezakan undang-undang dan standard
moralUndang-undang adalah gubahan oleh sekumpulan manusia manakala
moral adalah prinsip-prinsip yang datang sejajar dengan ajaran
agama. Undang-undang memerlukan penguatkuasaan dan harus dipatuhi
oleh semua rakyat sedangkan moral tidak perlu dikuatkuasakan
mahupun harus dipatuhi, ia terpulang kepada individu itu sendiri
sama ada mahu memprkatikan standard moral tersebut.Batas-batas yang
digariskan oleh undang-undang adalah terang dan jelas. Manakala
batas-batas standard moral pula adalah bersikap relatif berdasarkan
nilai-nilai yang diterapkan oleh perikemanusiaan, adat, agama dan
idealisme. Contohnya tiada undang-undang yang menegah bahawa lelaki
dan perempuan bukan muslim yang tidak berkahwin atau memiliki
hubungan yang sah tidak boleh tinggal di dalam rumah yang sama.
Namun standard moral menganggap bahawa perbuatan itu tidak elok dan
boleh menyumbang kepada kemaksiatan.Standard moral mengambil kira
aspek rohaniah seperti iri hati, hasad dengki, cemburu dan
sebagainya bagi mentakrifkan perkara tersebut sebagai tingkah laku
buruk. Namun demikian undang-undang cuma mengambil kira dan
menjatuhkan hukuman sekiranya terdapat bukti yang nyata kesan
daripada perbuatan cemburu tersebut. Sebagai contoh, Anita berasa
cemburu dengan Caroline kerana Caroline seringkali mendapat pujian
daripada majikan mereka kerana sering menjalankan tugas dengan
cekap dan sempurna sedangkan Anita pula tidak mendapat perhatian
daripada majikannya. Oleh itu, Anita telah menggelapkan sejumlah
wang syarikat dan menjadikan Caroline sebagai kambing hitam atas
perbuatannya itu. Dari segi standard moral, perbuatan Anita
memerangkap Caroline kerana cemburu tidak boleh diterima dan
dianggap tidak baik, tetapi dari segi undang-undang Anita tiadak
bersalah kerana semua bukti telah menunjukkan bahawa Caroline yang
telah melakukan kesalahan pecah amanah.
1. 2. 2.1. 2.2. 2.3. Undang-undang menegah aspek negatif tetapi
tidak menggalakkan aspek positif standard moralTuntutan
undang-undang seringkali bertindan dengan keperluan standard moral.
Undang-undang seringkali menegah perbuatan negatif atau tingkahlaku
buruk standard moral namun tidak menggalakkan perbuatan baik dalam
standard moral. Undang-undang digubal bagi mengawal perlakuan
individu namun begitu, moral adalah panduan kepada individu
tersebut dalam membezakan perkara yagn baik dan buruk. Contohnya
seperti, adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk
sebuah pusat perjudian beroperasi tanpa permit yang sah namun
begitu undang-undang tidak melarang kelab tersebut beroperasi
sekiranya pusat tersebut berdaftar dan memiliki permit yang
sah.Mematuhi standard moral menjerumuskan individu tersebut kearah
mematuhi undang-undang namun begitu, dengan mematuhi undang-undang
seseorang itu tidak semestinya mematuhi kehendak standard moral.
Contohnya seperti kita tidak dibenarkan untuk mengeksploitasikan
orang kurang upaya untuk kepentingan persendirian seperti memaksa
mereka meminta sedekah, tetapi kita tidak diwajibkan oleh
undang-undang untuk membantuk mereka. Keinginan untuk membantu
orang kurang upaya adalah bergantung dengan sejauh mana seseorang
individu tersebut berpegang kepada standard moral yang menuntut
masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada yang kurang upaya.
2.4. Undang-undang menyokong aspek positif dalam standard
moralAdakalanya undang-undang turut menyokong kuat tingkahlaku baik
dan positif di sisi standard moral dengang menguatkuasakan
kepercayaan standard moral tersebut di dalam berberapa aspek
perundangan.Undang-undang jalan raya menegah kita daripada
membunyikan hon di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan
hospital dan sekolah. Undang-undang ini mengalakkan pengguna jalan
raya agar menghormati orang lain meskipun orang tersebut tidak
menggunakan jalan raya ketika itu. Undang-undang Malaysia ada
memberi kebenaraan dan kelonggaran kepada masyarakat beragam lain
untuk mempraktikkan agama mereka walaupun agama rasmi negara adalah
agama Islam. Ini membuktikkan bahawa negara Malaysia memamndang
tinggi dan menyambut baik tututan standard moral agar kita
menghormati antara satu dengan yang lain walaupun datang dari
agama, bangsa dan budaya yang berbeza. Peraturan ini juga telah
menyumbang kepada keharmonian kehiduan berbilang kaum dan
masyarakat majmuk di Malaysia.Kesimpulan amnya, individu yang
mematuhi undang-undang tidak semestinya mematuhi standard moral
yang sedia ada, ini dapat dikaitkan dengan pernyataan bahawa
undang-undang adalah wajib dipatuhi oleh semua rakyat manakala
standard moral merupakan satu pilihan oleh seseorang individu sama
ada individu tersebut mahu berpegang dan mempraktikkan standard
moral tersebut.
2.3. Hubungkait antara undang-undang dengan standard moral
berdasrkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
2.3.1. Bahagian 4: Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja
sendiri15(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan
tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang
praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua
pekerjanya.Berdasarkan perkara di atas, undang-undang mewajibkan
bahawa para majikan mengambil berat akan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerja mereka dalam waktu bekerja. Undang-undang yang
sama tidak pula menggalakkan para majikan untuk mengambil berat
akan pekerja mereka pada waktu bukan bekerja sedangkan standard
moral menuntut kita agar mengambil berat antara satu dengan yang
lain tanpa mengira bangsa, agama, waktu dan pangkat.15(2)(e)
pengadaan dan penyelengaraan persekitaran pekerjaan bagi
pekerja-pekerjanya yang setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko
kepada kesihatan dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi
kebajikan mereka yang bekerja.Pernyataan di atas menuntut agar
majikan menyediakan kelengkapan yang secukupnya kepada para
pekerja. Namun definisi secukupnya adalah berbeza bagi setiap
individu. Majikan diberi kelonggaran untuk menentukan sama ada
penyelengaraan adalah perlu bagi menjamin keselamatan, kesihatan
dan kebajikan pekerja. Perkara ini boleh dirujuk dengan penggunaan
istilah setakat yang prkatik dalam pernyataan di atas. Oleh itu
majikan hanya berusaha memastikan semua kelengkapan adalah
mencukupi setakat yang digariskan oleh undang-undang. Contohnya,
majikan Syarikat Atelah menyediakan tandas, ruang pejabat yang
selesa, elaun sara hidup dan sebagainya namun, syarikat berkenaan
tidak menyediakan khairat kematian bagi para pekerja sekiranya
berlaku kematian dalam keluarga pekerjanya walaupun kita seharusnya
memberi bantuan kepada keluarga orang yang meninggal dunia
berdasarkan standard moral.
2.3.2. Bahagian 4: Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja24(1)
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja-(c)
untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa
kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majiakn
bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan
kesihatannya.Para pekerja diminta untuk mengenakan segala
perlalatan keselamtan individu sekiranya peralatan tersebut
disediakan oleh majikan. Namun begitu peralatan keselamatan
individu adalah disediakan atas budi bicara majikan. Kewajipan
mengenakan perlatan keselamtan individu adalah tututan
undang-undang manakala budi bicara phak majikan pula adalah
berdasarkan standard moral sama ada majikan merasakan bahawa para
pekerjanya cukup selamat tanpa peralatan keselamatan individu atau
mereka bersetuju bahawa para pekerja seharusnya dibekalkan dengan
peralatan keselamtan individu sewaktu bertugas.
2.3.3. Bahagian 4: Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja
(Diskriminasi terhadap pekerja, dsb)27(1) Tiada majikan boleh
memecat seseorang pekerja, mencederakannya, dalam pekerjaannya atau
mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh
pekerja itu-(a) membuat suatu aduan mengenai perkara yang
dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada
kesihatan.Pernyataan di atas menunjukkan aspek undang-undang yang
menyokong standard moral. Undang-undang ini menggalakkan individu
atau pekerja melaporkan apa-apa perkara yang boleh menjejaskan
kesihatan. Contohnya seperti, En. Azhar telah mealporkn kepada
majikannya Syarikat Berjaya bahawa terdapat salah seorang rakan
sekerjanya telah diserang penyakit demam denggi. Majikan tersebut
telah bertindak dengan menghubungi pihak Kementrian Kesihatan agar
pihak kementerian boleh menghantar pekerja untuk melakukan proses
semburan kabus ataupun fogging. Perbuatan En. Azhar dan majikan
Syarikat Berjaya telah memenuhi tututan standard moral supaya
menjaga kebajikan sesama anggota masyarakat tanpa mengira sama ada
dari segi keselamatan, kesihatan dan kebajikan.
2.4.1. Bahagian 6: Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
(Pengawasan perubatan)28(1) Jika Menteri mendapati bahawa dalam
mana-mana industri atau kelas atau jenis industri-1. kes-kes
penyakit telah terjadi yang dia mempunyai sebab untuk percaya
mungkin disebabkan oelh jenis proses atau keadaan lain kerjadia
boleh membuat peraturan-peraturan mengkehandaki supaya perkiraan
munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam peratuan-peraturan itu
dibuat bagi pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, tidak
termasuk rawatan perubatan yang bersifat pencegahan, orang-orang
atau mana-mana golongan orang yang diambil kerja dalam industri
atau kelas atau jenis industri itu.Undang-undang diatas memberi
kebenaraan untuk melakukan pengawasan perubatan sekiranya berlaku
kes-kes kesihatan yang melibatkan sifat dan perskitaran pekerjaan
tersebut. Ini menunjukkan undang-undang ini menyokong standard
moral di mana semua anggota masyarakat layak diberi perhatian atas
maslah kesihatan mereka dan hendaklah ditolong semampu yang boleh
bagi meringgankan beban kesakitan mereka.
1.0 2.0 3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
2. 3. 3.1. Sumber undang-undangMenurut Wu Min Aun (1986), sumber
undang-undang membawa maksud sumber sejarah yang menunjukkan factor
yang mempengaruhi perkembangan undang-undang seperti ajaran agama,
adat resam dan pandangan pakar perundangan. Maksud kedua pula,
sumber undang-undang mungkin merujuk kepada di mana asalnya
undang-undang tersebut, laporan perunangan, buku rujukan dan
keputusan mahkamah. Manakala maksud yang ketiga ialah sumber
undang-undang merujuk kepada sumber perundangan iaitu garis panduan
yang diguna pakai dalam membentuk sesuatu undnag-undang. Dalam
tajuk ini, maksud yang ketiga telah digunakkan bagi menerangkan
sumber undang-undang. Sumber undang-undang boleh dikategorikan
keada dua jenis utama iaitu undang-undang bertulis dan
undang-undang tidak bertulis.
Rajah 3: Kategori utama sumber undang-undang di Malaysia
3.1.1. Undang-undang bertulis Sumber bertulis merupakan sumber
utama bagi pembentukan undang-undang. Ianya sama ada diterbitkan
dengan rasmi(diwartakan), ditulis mahupun dibukukan. Undang-undang
bertulis dibentuk oleh Parlimen, badan perundangan negeri dan
badan-badan berkanun. Undang-undang bertulis boleh dibahagikan
kepada berberapa bahagian seperti berikut:-I. Perlembagaan
PersekutuanPerlembagaan Persekutuan telah ditubuhkan pada 1948 dan
dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Perlembagaan ini merupakan sumber undang-undang tertinggi di
Malaysia.Perlembagaan Persekutuan diwujudkan bagi mengasingkan
bidang kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Pengasingan ini dilakukan sebagai langkah untuk memastikan
kelancaran pentadbiran. Bidang-bidang di bawah kuasa kerajaan pusat
atau Perlembagaan Persekutuan kebiasaannya berkisar dengan isu-isu
diperingkat negara atau kebangsaan seperti isu pertahanan,
keselamatan dalam negeri,pendidikan, kerakyatan, kesihatan,
industri, perdagangan dan hal-ehwal luar negara. Undang-undang ini
digubal oleh Parlimen.II. Perlembagaan NegeriKesemua negeri di
Malaysia mempunyai perlembagaannya yang tersendiri. Perlembagaan
Negeri boleh dipinda oleh Majis Perundangan Negeri atas persetujuan
pemerintah tertinggi negeri seperti sultan dan yang DiPertua Negeri
bagi negeri yang tidak memilik sultan. Perlembagaan ini hanya boleh
dikuatkuasakan di dalam kawasan negeri tersebut.III.
Akta/Undang-Undang PersekutuanAkta adalah set undang-undang yang
digubal oleh Parlimen selepas merdeka. Akta hendaklah dipersetujui
oleh 2/3 ahli Dewan Undangan Negara dan diluluskan oleh Yang
DiPertuan Agong. Undang-undang yang telah diperkenankan akan
diwartakan. Contoh Akta adalah seperti, Akta Buruh, Akta Kualiti
Alam Sekitar, Akta Perdagangan dan sebagainya. Semua aspek
terkandung di dalam undang-undang persekutuan atau akta adalah
terikat dibawah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
Perlembagaan Negara.IV. Enakmen/Undang-Undang
Negeri/OrdinanUndang-undang negeri digubal oleh Dewan Undangan
Negara (DUN). Enakmen adalah istilah yang digunakan oleh semua
kerajaan negeri kecuali kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan negeri
Sarawak menggunakan istilah Ordinan. Undang-undang ini berasaskan
daripada kes undang-undang atau juga dari rentetan peristiwa.
Undang-undang yang digubal hendaklah berdasarkan syarat-syarat
dibawah Perlembagaan Kerajaan Negeri.V. Undang-undang
SubsidiariAkta 1967 mendefinisikan bahawa undang-undang subsidiari
adalah apa-apa pengisytiharaan, kaedah,peraturan, pemberitahuan,
undang-undang kecil atau suratcara lain yang dibuat di bawah
mana-mana akta, enakmen, ordinan atau kuasa yang sah, yang lain
yang mempunyai kesan perundangan. Contohnya seperti Undang-Undang
Kutipan Zakat I. II. III. IV.
1. 2. 3. 3.1. 3.1.1. 3.1.2. Undang-undang tidak
bertulisUndang-undang tidak bertulis terdiri daripada undang-undang
yang tidak digubal oleh Parlimen dan kerajaan negeri dan tidak
terkandung di dalam mana-mana perlembagaan, akta, ekanmen, ordinan
dan undang-undang subsidiari. Undang-undang tidak bertulis terdiri
daripada:-a) Undang-undang Inggeris/ English Common
LawUndang-undang Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu
terutamanya di Negeri-Negeri Selat sebagai membantu British untuk
mentadbir di Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu.
Undang-undang Inggeris telah diolah semula oleh pemerintah British
agar bersesuaian dengan adat dan budaya masyarakat di Tanah Melayu
ketika itu disamping menjaga kepentingan mereka. Pada masa kini,
undang-undang Inggeris hanya digunapakai dalam pembentukan dan
penggubalan undang-undang di Malaysia sekiranya perlu dimana
Malaysia tidak memilik sumber rujukan yang lain.b) Adat ResamAmalan
budaya dan adat resam masyarakat di Malaysia turut digunakkan
sebagai titik rujukan dalam penggubalan sesetengah undang-undang
seperti undang-undang perkahwinan, undang-undang penceraian,
keluarga dan undang-undang pembahagian harta pusaka. Ini kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang memilik masyarakat majmuk dan
berbilang kaum, agama, adat dan budaya. Pengadaptasian perbezaan
agama dan bangsa memberi panduan kepada penggubal undang-undang
agar undang-undang yang bakali dihasilkan boleh dipraktikkan oleh
semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Contohnya, perkahwinan
adalah tidak sama di antara masyarakat beragama Islam dengan yang
bukan Islam. Masyarakat beragam Islam boleh mengahwini 4 orang
perempuan pada satu-satu masa dan mendaftarkan keempat-empat
perkahwinan tersebut dengan sah, namun begitu masyarakat yang bukan
Islam hanya boleh mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dengan
seorang perempuan sahaja pada satu-satu masa.c) Undang-undang
IslamAgama Islam telah dijadikan agama rasmi oleh kerajaan
Malaysia. Oleh itu undang-undang yang digubal turut menerap
sebahagian daripada prinsip syariah yang boleh diterima pakai bukan
sahaja oleh masyarakat Islamtetapi juga dalam kalangan masyarakat
bukan Islam. Undang-undang Islam turut digubal dan diwujudkan agar
ajaran Islam dapat dipraktikkan dalam kalangan masyarakat beragama
Islam tanap menyinggung perasaan masyarakat yang menganut agama
lain di Malaysia.
3.2. Rang Undang-Undang Rang undang-undang adalah istilah yang
digunakan bagi sesuatu undang-undang yang masih didalam proses
pembentukkan dan juga cadangan pindaan yang ingin dilakukan ke atas
undang-undang sedia ada. Rang undang-undang akan diluluskan oeh
Parlimen atau Dewan Undangan Negaradan diperkenanan oleh yang
DiPertuan Agong.Undang-undang yang diluluskan akan diwartakan atau
di maklumkan kepada umum. Rang undang-undang terbahagi kepada 4
jenis iaitu:-1. Rang undang-undang Awam/Kerajaan (Public Bill)Rang
undang-undang awam merupakan rang undang-undang paling selalu
dibincangkan. Rang undang-undang ini diperkenalkan ataupun
dibentangkan oleh menteri. Rang undang-undang ini berkait dengan
perkara-perkara yang berasaskan dasar-dasar kerajaan dan
perkara-perkara umum.2. Rang undang-undang Bukan Kerajaan (Private
Members Bill)Rang undang-undang yang dibentangkan oleh mana-mana
ahli perundangan selain daripada mneteri dan timbalan menteri.
Undang-undang ini melibatkan semua/umum atau untuk sesetengah pihak
sahaja.3. Rang undang-undang Persendirin (Private Bill)Rang
undang-undang ini dirangka untuk sesetengah pihak, kumpulan,
organisasi dan jabatan.4. Rang undang-undang Hybrid (Hybrid
Bill)Rang undang-undang ini diperkenalkan oleh kerajaan seperti
menteri dan timbalan menteri mahupun bukan kerajaan seperti Ahli
Dewan Undangan. Namun begitu, matlamat rang undang-undang itu pada
hemat Yang DiPertua Dewan sebagai memenuhi kepentingan tertentu
tidak seperti yang dibentangkan.
1.0 2.0 3.0 3.1. 3.2. 3.3. Proses penggubalan undang-undang
Sebelum undang-undang dihasilkan, terdapat berberapa proses dan
proseduer yang perlu dilalui bagi mewujudkan undang-undang
tersebut. Proseduer tersebut boleh dibahagikan kepada 3 peringkat
utama seperti dibaawah:-
Rajah 4: Pringkat-peringkat penggubalan undang-undang
3.3.1. Pra ParlimenMenteri dan pihak kementerian akan
menghasilkan satu draf berkenaan undang-undang yang ingin
diperkenalkan mahupun apa-apa pindaan ke atas undang-undang yang
sedia ada.Penghasilan draf ini berdasarkan kajian, penelitian,
kepentingan dan keperluan undang-undang tersebut pada pandangan
pihak menteri dan kementerian. Draft tersebut dihasilkan berbentuk
polisi dan dasar-dasar yang berkaitan. Draft tersebut akan dihantar
kepda Jabatan Peguam Negara. Pihak Jabatan Peguam Negara akan
meneliti draf tersebut dan mula merangka draft tersebut berdasarkan
format yang telah ditetapkan dan objektif penghasilan undang-undang
tersebut.
3.3.2. ParlimenMenteri akan membentangkan rang undang-undang
tersebut sama ada di hadapan ahli salah satu dewan sama ada Dewan
Undagan Rakyat atau Dewan Undangan Negara. Pembentangan tersebut
akan melalui tiga fasa iaitu:-Fasa Pertama: Bacaan PertamaFasa
Pertama, menteri akanmembentangkan tajuk rang undang-undang
tersebut dan memaklumkan bahawa beliau ingin meneruskan
perbincangan ke fasa kedua. Fasa Kedua: Bacaan KeduaFasa kedua
bermul dengan permohonan oleh menteri kepada speaker dewan untuk
membentangkan kali kedua. Pada bacaan kedua, Salinan rang
undang-undang telah diedarkan kepada semua ahli dewan. Bacaan kedua
adalah di mana rang undang-undang tersebut akan dibahaskan oleh
ahli dewan undangan terlibat. Perbahasan juga menentukan sama ada
rang undang-undang itu dipinda ataupun tidak. Setelah itu rang
undang-undang diserahkan kepada Jawatakuasa Seluruh Dewan di mana
perbincangan dilakukan dengan teliti dalam keadaan tidak formal di
antara ahil dewan. Kemudian ahli dewan akan mengundi sama ada
bersetuju atau tidak dengan pengubalan undang-undang tersebut. Rang
undang-undang hanya akan diterima sekiranya undi tidak kurang
daripada 2/3 jumlah kesemua ahli dewan.Fasa Ketiga: Bacaan
KetigaMenteri akan mengumumkan bahawa rang undang-undang tersebut
telah dibahaskan dan dipersetujui atau tidak bersama-sama pindaan
ataupun tanpa pindaan. Sekiranya rang undang-undang tersebut
dipersetujui dengan pindaan ataupun tanpa pindaan, menetri akan
memohon agar dibacakan kali ketiga. Apabila Bacaan Ketiga
dijalankan, rang undang-undang itu dengan rasminya telah
dipersetujui oleh dewan dimana ianya telah dibahaskan.
Setelah itu, rang undang-undang tersebut akan dihantar kepada
dewan yang satu lagi, sekiranya rang undang-undang dibahaskan di
Dewan Rakyat, ia akan dihantar pula ke Dewan Undangan Negara
manakala sekiranya dibahaaskan di Dewan Undangan Negara, ianya akan
dihantar ke Dewan Rakyat untuk diteliti dan dipersetujui. Rang
undang-undang tersebut akan melalui kaedah yang sama sepertimana
pada permulaan ianya dibentangkan di dewan asal rang undang-undang
tersebut.Setelah dipersetujui oleh kedua-dua dewan, rang
undang-undang tersebut akan dihantar dibentangkan dihadapan Yang
DiPertuan Agong untuk diperkenankan oleh baginda dengan menurunkan
cap Mohor Besar untuk rang undang-undang tersebut. Cap Mohor Besar
menandakan bahawa Yang DiPertuan Agong telah memperkenankan rang
undang-undang tersebut menjadi undang-undang penuh.
3.3.3. Post ParlimenWalaupun rang undang-undang telah diluluskan
dan dan secara rasminya menjadi undang-undang penuh, undang-undang
tersebut tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah undang-undang
tersebut diwartakan kepada rakyat.
4.0 PENILAIAN PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP
PEMBENTUKAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah dikuatkuasakan oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.
Menurut laman sesawang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP), Majils Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(MNKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah badan tertinggi
yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan Dasar Negara
berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ianya
ditubuhkan pada 1995 bagi memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994.
4.1. Kronologi Pembentukan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
Rajah 5: Kronologi Peristiwa Pembentukan Akta Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan 1994sumber dari Jabatan Kesihatan &
Keselamatan Pekerjaan
Era Keselamatan Dandang Sebelum 1914En. William Gavin dilantik
menjadi pemeriksa jentera pada tahun 1878. Tugas utama beliau
adalah untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan katas dandang stim
yang digunakan dalam perlombongan bijih timah. Kerajaan Negeri
Perak telah memutuskan untuk melantik orang persoarangan yang
terlatih dan diiktiraf serta diberi lessen untuk memeriksa dandang
stim yang dikenali sebagai boiler surveyor sekitar tahun 1980an.
Sistem tersebut kemudiannya diganti dengan Inspector of Boiler yang
disandang oleh En. C. Finchman pada tahun 1900. Dari peristiwa itu
wujudnya Enakmen-Enakmen Dandang Stim yang bersifat kenegrian.
Enakmen tersebut telah dikeluarkan masing-masing oleh Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.Era Keselamatan Jentera (1914-1952)Enakmen Dandang
Stim yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah
dimansuhkan dan diganti dengan Machinery Enactment 1913. Machinery
Enactment tidak hanya memeriksa dandang stim tapi juga meliputi
kesemua jentera-jentera lain seperti enjin pembakaran dalam, turbin
air dan pemasangan jentera auxiliary yang bersangkutan. Oleh itu,
jawatan Inspector of Boiler telah diganti dengan Inspector of
Machinery dan Assistant Inspector of Maschinery.Machinery Enactment
1913 telah dimansuhkan dan diganti dengan Machinery Enactment 1932.
Enakmen ini menambah pendaftaran jentera di dalam undang-undangnya.
Machinery Enactment ini diletakkan di bawah kausa Jabatan Galian
memandangkan jentera-jentera yang termaktub di dalam undang-undang
ini digunakkan di dalam sektor perlombongan.
Era Keselamatan Industri (1953-1967)Pada masa ini, pemeriksaan
telah berkembang dan tidak hanya dilakukan hanya ke atas sektor
perlombongan. Oleh yang demikian, Cawangan Jentera yang asalnya
dibawah kelolaan Cawangan Galian telah dipisahkan dan diasingkan
menjadi satu cawangan lain yang dikenali sebagai Jabatan
Kejenteraan.Kesemua Enakmen Kejenteraan di bawah Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri
Selat dimansuhkan dan diganti dengan Machinery Ordinace 1953.
Ordinan ini telah menambah satu aspek baru iaitu keselamatan tidak
lagi hanya pada jentera yang diguna pakai tetapi juga mengambil
kira keselamatan pekerja di mana jentera tersebut digunakan.
Era Keselamatan & Kesihatan Industri (1970-1994)Akta
Keselamatan Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen pada
tahun 1967. Akta ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1970. Dengan
berkuatkuasanya akta tersebut, maka dengan rasminya Machinery
Ordinace 1953 telah dimansuhkan. Akta ini digubal bagi manampung
kekurangan Machinery Ordinace 1953 dari segi aspek keselamatan
pekerja. Hal ini kerana ordinan tersebut tidak merangkumi pekerja
di mana jentera-jentera yang termaktub di dalamnya tidak digunakan.
Akta ini meliputi 3 aspek utama iaitu keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerja. Namun begitu akta ini hanya berkuatkuasa di
Semenanjung Malaysia. Akta ini mula berkuatkuasa di Sabah dan
Sarawak pada tahun 1980. Melalui Akta Kilang dan Jentera 1967, mak
wujudlah berberapa undang-undang kecil/ undang-undang subsidiary
seperti, Akta (langkah-Langkah Keselamatan) Petroleum 1984,
Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengankutan
Petroleum Melalui Talian Paip) 1985.
Era Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan-Selepas 1994.Parlimen
telah meluluskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada
tahun 1993. Akta ini membantu mengatasi kekurangan yang ada pada
Akta Kilang dan Jentera 1967 dimana akta tersebut tidak melindungi
kesemua pekerja tanpa mengira sektor. Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 telah meluaskan perundangan agar pekerja
yang tidak bekerja di sektor perlombongan, perkilangan, pembinaan
dan penguarian turut mendapat perlindungan keselamatan, kesihatan
dan kebajikan.
4.2. Penilaian Proses Pembentukan Undang-Undang Berdasarkan
Kronologi Pembentukan Akta Keselamatan dan Kesihatan
PekerjaanKewujudan titik permulaan undang-undang negara bermula
pada zaman penjajahan British. Bagi melindungi kepentingan mereka
di Tanah Melayu, pihak British telah memperkenalkan undang-undang
mereka iaitu Undang-Undang Inggeris di Negeri-Negeri Melayu
Besekutu.Kemudian undang-undang yang berdasarkan kepada kerajaan
negeri telah dimansuhkan dengan mewujudkan undang-undang
diperingkat pusat seperti Machinery Orfinace 1953. Ini adalah unutk
menyelaraskan pentadbiran dan melancarkan pentadbiran kerajaan
British di Tanah Melayu ketika itu. Serelah merdeka, Kerajaan
Berpelembagaan Tanah Melayu telah menggubal sendiri undang-undang
berpandukan Machinery Ordinace 1953. Undang-undang tersebut
dikenali sebagai Akta Kilang dan Jentera 1967. Disini terbukti
bahawa pembentukan undang-undang di Malaysia adalah berpandukan
undang-undang bertulis yang digubal oleh kerjaan British dan juga
undang-undang tidak nertulis iaitu Undang-Undang Inggeris.
Undang-undang tersebut adalah di bawah kuasa Jabatan Kilang dan
Jentera. Dengan penguatkuasaan Akta Kilang dan Jentera 1967, wujud
berberapa undang-undang kecil/undang-undang subsidiary yang
memfokuskan industry Petroleum pada ketika itu. Setelah sekian lama
dikuatkuasakan, pihak Jabatan Kilang dan Jentera mendapati bahawa
akta sedia ada tidak lagi releven dan perlu digubal semula. Dengan
itu, Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah
diusulkan di Parlimen bagi menampung kekurangan Akta Kilang dan
Jentera 1967. Rang undang-undang tersebut telah diluluskan pada
1993 oleh Parlimen dan diwartakan pada tahun 1994.Akta tersebut
juga mengalami berberapa proses pindaan sepanjang ianya
dikuatkuasakan sehingga ke hari ini bagi memenuhi keperluan
semasa.
5.0 6.0 KESIMPULANUndang-undang digubal bagi memelihara hubungan
antara kerajaan dan masyarakat juga hubungan sesama anggota
masyarakt itu sendiri. Ia juga memstikan hak-hak asasi rakyat
dilindungi. Undang-undang adalah penentuan bagi membicarakan
sesebuah kes di Mahkamah.Undang-undang adalah bersifat
konsisten/tetap, tidak berubah, umum dan diterima oleh semua
anggota masyrakat, diterbitkan serta dikuatkuasakan oleh penguasa
yang ditetapkan. Namun begitu undang-undang boleh diubah dengn
meminda undang-undang tersebut bagi memastikan ianya masih releven
dan memenuhi keperluan masa kini. Undang-undang boleh dibahagikan
kepada 2 jenis iaitu undang-undang awam dan persendirian.
Undang-undang dibentuk dan digubal berdasarkan undang-undang
bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Ini bagi memastikan
undang-undang tersebut tidak mengatasi perlembagaan negara dan
releven sebagai satu undang-undang. Undang-undang amat berkait
rapat dengan standar moral. Namun begitu, tidak kesemua aspek
undang-undang memenuhi standard moral.Undang-undang memerlukan
proses tertentu untuk digubal. Draf undang-undang atau Rang
Undang-Undang di hasilkan terlebih dahulu bagi mengusulkan
undang-undang yang baru mahupun melakukan sebarang pindaan kepada
undang-undang yang sedia ada. Rang undang-undang ini hendaklah
dibentangkan, dibahaskan kemudian dipersetujui oleh ahli dewan
sebelum dihantar unutk kelulusan Parlimen dan doperkenan kan oleh
Yang DiPetuan Agong. Setelah diluluskan dan iperkenankan, barulah
rang undang-undang tersebut dengan rasmi menjadi undang-undang
penuh. Undang-Undang hanya boleh dikuatkuasakan setalah diwartakan.
Aliran penggubalan undang-undang boleh dilihat di dalam sejarah
penggubalan dan pembentukkan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994.Kesimpulannya, undang-undang adalah teras
pentadbiran sesebuah negara kerana tanpa undang-undang pentadbiran
negara akan mengalami kesukaran untuk berfungsi dengan baik dan
lancar. Walau bagaimana pun, undang-undang tidak menjamin pematuhan
individu terhadap standard moral kerana undang-undang bersikap
lebih kebendaan berbanding standard moral yang menjerumus kearah
kemanusiaan.RUJUKANAdmin. (2010). Pengenalan kepada Perundangan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malysia. Retrieved from
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=145on 15/03/2016. Aziz.
(2013). Proses Penggubalan Undang-Undang dan Pindaan Terhadap
Perlembagaan Persekutuan serta Kepentingannya. Retrieved from
https://prezi.com/l83xdgpcgd0m/proses-penggubalan-undang-undang-dan-pindaaan-terhadap-perle/
on 14/03/2016.Baharuddin, Asnan & Yahya. (n.d). Managerial
Ethics, The Rule of Law and The Organization Design. Retrieved from
www.geocities.com/norlionline on 12/03/2016Bari. (2001).
Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.Ho & Tee. (2003). OUMM3203 Professional
Ethics. Selangor. Open University Malaysia.Karsahid. et. al.
(n.d.). P2114 Undang-undang Komersan Modul Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia. Retrieved from
http://notapoliteknikmalaysia.blogspot.my/2013/10/p2114-undang-undang-komersan.htmlon
2/03/2016.Ibrahim Ahamd. (1992). Towards A History Of Law In
Malaysia And Singapore. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.n.a.
(n.d). Do you know how the law of Malaysia are made.Retrieved from
http://www.lawyerment.com/library/kb/Malaysian_Legal_System_and_Constitution/Legal_System_and_Theory/1000.htm
on 15/03/2016.n.a. (1999). Moral dan undang-undang Jagan gadai
maruah dan negara untuk keseronkkan hari ini. Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htmon
12/03/2016.n.a. (n.d). Moral, Etika dan Undang-Undang. Retrieved
from
http://documents.tips/documents/hubungkaitantaramoraletikadanundang-undang.htmlon
10/03/2016.n.a. (n.d). Pengenlan Sistem Perundangan Malaysia. Topik
1 Sistem Perundangan. Retreived form
http://onlyyoumylaw.weebly.com/topik-1-sistem-perundangan-malaysia.html
on 15/03/2016.n.a. (2010). Pengertian undang-undang. Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0413&sec=Rencana&pg=re_02.htm
on 8/03/2016.n.a. (2010). Penggubalan Sesuatu Undang-Undang di
Malaysia. Retrieved from
http://miqdad-hak.blogspot.my/2010/02/pengggubalan-sesuatu-undang-undang-di.htmlon
15/03/2016.n.a. (2013). Peranan dan Perkembangan Profile Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Retreived from
http://www.dosh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=84:the-role-and-development&catid=39:dosh-profile&Itemid=750&lang=mson
16/03/2016. n.a. (2013). Proses Penggubalan Undang-Undang.
Retrieved from
http://www.slideshare.net/azam_hazel/6-proses-penggubalan-undang2
on 14/03/2016. Penasihat Undang-Undang. (2011). Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-Peraturan. Kuala Lumpur. MDC
Publishers Sdn. Bhd.Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang
Malaysia; Pindaan 2009.Suffian, Lee & Trindade. (1979). The
Constitution of Malaysia; Its Development: 1957-1977. Petaling
Jaya. Oxford University Press.Shuid & Yunus. (2001). Malaysian
Studies. Selangor. Pearson Education Malaysia sdn. Bhd.Wu Min Aun.
(1999). Public Law In Contemporary Malaysia. Selangor. Addison
Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.Wu Min Aun. (1986). An
Introduction To The Malaysian Legal System. 3ed. Kuala Lumpur.
Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Zubairy. (n.d). Signifikan Setakat
Yang Praktik Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Terhadap
Konsep Pengaturan Kendiri Premis Kencana HL Sdn. Bhd. Selangor.
Universiti Selangor Malaysia.