Top Banner

of 29

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI /2011 OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

830509035816001 830509-03-5816 019-9493328 [email protected] PPT TAWAU

ARAHANJangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti yang tertera dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah dihadkan kepada 25 slid tidak termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 16 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang sewajarnya. Setiap rumusan mesti mempunyai LIMA slaid SAHAJA. Nyatakan URL untuk setiap topik yang dipilih di bawah setiap rumusan.

OUMH1103

2

(Slid Rumusan)

TOPIK

OUMH1103

3

5 RAHSIA BELAJAR

KAJI BUKU TEKS ATAU BUKU KERJA SEBELUM MEMULAKAN PEMBACAAN Ambil beberapa minit untuk mencari daftar kata, isi kandungan, soalansoalan berkaitan pelajaran dan maklumat penting yang terdapat di dalam buku teks. Ini akan dapat memudahkan kita mencari jawapan yang kita kehendaki. Pastikan kita membaca soalan-soalan berkaitan pelajaran terlebih dahulu sebelum membaca sesuatu bab, agar memudahkan kita mendapatkan idea untuk menghadapi ujian yang akan datang.

http://distancelearn.about.com/od/studyskills/a/testtakingtips.htmOUMH1103

LEKATKAN NOTA RINGKAS PADA BUKU TEKS

Semasa membaca,buat ringkasan tentang apa yang telah dibaca. Catat isi-isi penting dan lekatkan nota ringkas tersebut pada setiap bab apabila selesai membacanya. Cara ini lebih mudah dan cepat untuk mengingat kembali maklumat yang telah dibaca, serta memudahkan kita untuk mencari maklumat yang diperlukan tanpa membaca semula keseluruhan bab. http://distancelearn.about.com/od/studyskills/a/testtakingtips.htm

OUMH1103

BUAT PETA MINDA

Peta minda dapat membantu kamu menyusun atur maklumat yang diperolehi melalui pembacaan.Catat apa sahaja isi penting ke dalam peta minda tersebut. Gunakan peta minda yang telah lengkap untuk belajar sebelum menghadapi ujian. Membuat peta minda juga dapat menguji diri kita semasa kita mencatat kembali apa yang telah dibaca ke dalam peta minda tersebut. http://distancelearn.about.com/od/studyskills/a/testtakingtips.htm

OUMH1103

LAKSANAKAN UJIAN PRAKTIKAL KENDIRI

Anggap diri sebagai seorang profesor. Selepas kita membaca sesuatu bab, buatkan soalan-soalan berkaitan bab tersebut. Jadikan ia seperti kertas ujian. Masukkan semua perkara penting seperti perbendaharaan kata, soalan-soalan berkaitan bab tersebut dan sebagainya. Jawab sendiri soalan-soalan tersebut sebagai latihan untuk menguji apa yang telah dibaca. Jika kita tidak dapat menjawabnya, ulangkaji lagi bab tersebut.

http://distancelearn.about.com/od/studyskills/a/testtakingtips.htm

OUMH1103

MENCIPTA KAD IMBAS BERGAMBAR

Mencipta sendiri kad imbas bergambar juga dapat membantu kita belajar sebelum menghadapi ujian. Kad imbas dapat membantu kita mengingat orang,tempat, tarikh dan sebagainya. Di bahagian hadapan kad, tulis istilah atau soalan yang harus dijawab serta lukis gambar yang berkaitan. Ini akan dapat membantu kita mudah mengingat isi pelajaran yang sukar difahami. Di bahagian belakang kad, tulis definisi atau jawapan bagi soalan yang ditulis di hadapan kad. Tayang semula kad tersebut dan uji diri sendiri sebelum menduduki peperiksaan. http://distancelearn.about.com/od/studyskills/a/testtakingtips.htmOUMH1103

4 LANGKAH MENYEIMBANGI ANTARA KELUARGA DAN SEKOLAH

Masa sangat penting di dalam kehidupan setiap individu. Bagi mereka yang bekerja sambil belajar akan menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa di antara keluarga dan pelajaran. Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan hubungan yang baik di antara di antara suami atau isteri dan anak-anak, walaupun semasa kita sedang melanjutkan pelajaran secara pengajian jarak jauh (PJJ) dan sebagainya.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/familyandsc hool.htmOUMH1103

SEDIAKAN PERATURAN ASAS UNTUK SEMUA PIHAK

Biasanya kita memerlukan sedikit ketenangan dan suasana yang tenteram untuk menyiapkan tugasan. Sediakan satu jadual waktu, tampalkan di pintu pejabat atau di pintu sejuk di rumah supaya rakan sekerja atau anak-anak tahu bila waktu kita sibuk dan sebaliknya. Dengan ini, mereka akan tahu bila kita tidak boleh diganggu atau sebaliknya.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/familyandsc hool.htm

OUMH1103

AMBIL MASA UNTUK BERGEMBIRA

Belajar akan jadi lebih tertekan jika kamu tidak pandai membahagikan masa dengan baik. Luangkan masa untuk bergembira bersama anaanak dan pasangan seperti menonton tv bersama atau bersiar-siar di taman rekreasi. Dengan ini, kamu akan lebih tenang di samping dapat menggembirakan keluarga.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/familyandsc hool.htm

OUMH1103

ROLE MODEL

Jadi contoh kepada anak-anak. Luangkan masa untuk belajar bersama ana-anak semasa berada di rumah. Sediakan makanan ringan yang berkhasiat dan mainkan muzik yang menenangkan semasa menelaah pelajaran. Anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar, seterusnya meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Di samping kita dapat belajar, kita juga dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/familyandsc hool.htmOUMH1103

LIBATKAN KELUARGA DALAM PEMBELAJARAN

Jangan menyepikan diri berjam-jam di dalam bilik sema-mata untuk belajar. Biarkan keluarga kita tahu bahawa kita sedang melakukan sesuatu yang berguna, yang akan memberi manfaat kepada keluarga. Bincangkan dengan anak-anak atau pasangan jika ada sesuatu perkara yang menarik berkenaan pelajaran kita, sama ada semasa makan malam, semasa menghantar anak-anak ke sekolah dan sebagainya. Dengan ini keluarga akan berasa dihargai dan seronok kerana kita tidak mengabaikan mereka.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/familyandschool. htmOUMH1103

5 CARA UNTUK TERUS BERMOTIVASI

BERHUBUNG DENGAN RAKAN SEKELAS Berusaha untuk mengenal rakan sekelas kerana itu akan dapat membantu kita belajar dengan lebih baik. Adakan study group jika kita tinggal di kawasan yang sama dengan mereka. Wujudkan kumpulan belajar di laman web supaya dapat bertukar-tukar idea dan saling memberi galakan di antara satu sama lain. Kita juga akan rasa lebih yakin dan mudah untuk memahami setiap pelajaran.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/motivation.htm

OUMH1103

BINCANG APA YANG TELAH DIPELAJARI

Cari seorang kawan atau saudara mara yang mempunyai minat yang sama dengan kita atau seseorang yang boleh mendengar tentang pengajian atau apa-apa sahaja yang berlaku di dalam kelas. Kita akan memahami sesuatu bahan atau tajuk itu dengan lebih baik apabila menyatakan atau menceritakan kepada seseorang.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/motivation.htm

OUMH1103

CARTAKAN PERKEMBANGAN DIRI

Buat carta perkembangan diri untuk melihat sejauh mana kemajuan diri kita. Tampalkan carta tersebut di tempat yang selalu kita lihat setiap hari seperti di bilik tidur dan lain-lain. Kita akan mendapat kepuasan apabila melihat matlamat kita telah tercapai.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/motivation.htm

OUMH1103

MEMBERI GANJARAN KEPADA DIRI SENDIRI

Berikan ganjaran kepada diri apabila kita telah menyiapkan tugasan dengan baik, sama ada berjalan-jalan di bandar, beli pakaian baru, pergi ke pusat kecantikan dan sebagainya. Memberi ganjaran pada diri akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk berjaya. Jadikan ia sebagai satu cara untuk mendapatkan kejayaan yang lebih memberangsangkan kepada diri sendiri.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/motivation.htm

OUMH1103

ADAKAN MASA UNTUK BERGEMBIRA

Jika kita hanya asyik dengan kerja, belajar dan menguruskan keluarga sahaja, kita akan menjadi tertekan setiap masa. Luangkan sedikit masa pada setiap minggu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai seperti membeli belah, berenang dan sebagainya. Kita akan jadi lebih produktif apabila kita kembali bekerja.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/motivation.htm

OUMH1103

TIP BELAJAR

Setiap orang sentiasa sibuk dengan kerja, menguruskan keluarga, kawan yang memerlukan perhatian, dan sebagainya. Semua itu merupakan cabaran yang perlu dihadapi bagi seseorang pelajar pengajian jarak jauh untuk meneruskan pengajian. Oleh itu kita hendaklah mempelajari bagaimana untuk belajar dengan cara yang lebih baik dan berkesan.

http://grandschool.about.com/cs/studytips1/a/studytips.htm?terms=study

OUMH1103

PELAJARI CARA BELAJAR

Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara belajar yang konsisten dan berkesan. Apabila kita telah memahami cara untuk kita belajar, maka kita perlu menyesuaikan tabiat belajar mengikut keperluan diri.

http://grandschool.about.com/cs/studytips1/a/studytips.htm?terms=study

OUMH1103

PEMBELAJARAN SECARA AUDIO

Pelajar yang belajar menggunakan audio tidak perlu mencatat nota di dalam kelas. Mereka mengingat fakta melalui perbincangan dan perbualan yang berkesan. Antara strategi pembelajaran secara audio ialah : Rakam kuliah di kelas. Belajar dengan kawan, pasangan, suami, isteri, atau rakan sekelas yang lain. Perbincangan akan lebih memberi kita kefahaman tentang isu-isu yang penting.

http://grandschool.about.com/cs/studytips1/a/studytips.htm?terms=study

OUMH1103

PEMBELAJARAN SECARA VISUAL

Pelajar yang belajar secara visual dapat belajar dengan lebih baik menggunakan buku. Kaedah ini mementingkan penulisan nota, bukan semata-mata mendengar sahaja, tetapi perlu mencatat. Terdapat beberapa strategi pembelajaran secara visual iaitu : Banyakkan membaca. Tulis nota yang tepat. Salin semula maklumat yang telah dihafal supaya ia kekal dalam ingatan. Tulis satu perenggan yang ringkas mengikut kefahaman. Jangan hadkan diri untuk menulis hanya maklumat tertentu, tetapi teroka soalan-soalan yang ada. Catatkan jika kita tidak bersetuju dengan apa yang terdapat di dalam topik dan jelaskan sebabnya.

http://grandschool.about.com/cs/studytips1/a/studytips.htm?terms=study

OUMH1103

PEMBELAJARAN SECARA MANUAL

Pelajar yang belajar secara manual perlu mempraktikkan apa yang dipelajari, bukan hanya belajar secara teori. Terdapat beberapa strategi untuk pembelajaran secara manual iaitu : Fikir dahulu apa bidang yang kita kehendaki dan lihat bagaimana perkara itu dilakukan. Luangkan masa dalam agensi yang menawarkan bidang yang diminati. Tempat praktikal adalah tempat terbaik untuk mengalami suasana yang hebat. Temubual majikan yang berkebolehan berkenaan bidang yang diceburi. Jangan hadkan diri kita melakukan perkara yang berada di dalam kelas sahaja. Kita perlu melangkah ke luar persekitaran kelas dan belajar hidup melalui kerja-kerja sukarela dan pengalaman dalam hidup.

http://grandschool.about.com/cs/studytips1/a/studytips.htm?terms=study

OUMH1103

6 CARA UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH DENGAN PANTAS

RANCANG DAN LAKSANAKAN KERJA ANDA Apabila kita mahukan ijazah dengan pantas, elakkan mengambil kelas yang tidak ada kaitan dengan pensiswazahan. Semak dan semak semula kelas yang kita perlukan dan rangkumkan ia bersama. Buat perancangan belajar. Kita hendaklah sentiasa berhubung dengan tutor atau pensyarah setiap semester, kerana ia boleh membantu kita agar mengikut setiap perancangan yang telah kita rancang.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/FastDegree.htm

OUMH1103

BERTEGAS DALAM PERPINDAHAN KREDIT SUBJEK

Jangan bazirkan masa untuk belajar semula apa-apa subjek yang telah dipelajari di kolej terdahulu. Dapatkan nasihat daripada pihak kolej,tempat kita melanjutkan pelajaran kini berkaitan perpindahan kredit subjek. Semak sama ada subjek tersebut boleh diambil kira atau tidak untuk pensiswazahan kita nanti

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/FastDegree.htm

OUMH1103

UJI!UJI!UJI!

Kita boleh mendapatkan kepujian dengan mudah dan mengurangkan jadual belajar dengan membuktikan tahap pengetahuan kita melalui ujian. Kebanyakan kolej menawarkan kepada pelajar peluang untuk mengambil peperiksaan kelolaan kolej dalam pelbagai subjek untuk mendapatkan kepujian daripada kolej.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/FastDegree.htm

OUMH1103

GUGURKAN SUBJEK MINOR

Tidak semua kolej meminta pelajar untuk mengisytiharkan subjek minor, dan kebanyakan orang tidak menyatakan subjek minor mereka dalam karier kehidupannya. Gugurkan semua kelas minor dapat menjimatkan keseluruhan semester.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/FastDegree.htm

OUMH1103

SERTAKAN PORTFOLIO YANG LENGKAP

BUAT KERJA YANG BERLIPAT GANDA Jika kita mempunyai pekerjaan, kenapa kita tidak dapatkan kelebihan daripada pekerjaan tersebut. Kebanyakan kolej menawarkan markah kepujian yang terhad kepada pelajar yang menyumbang dalam latihan industri atau kerja sambil belajar yang berkaitan dengan subjek major. Kita boleh mendapatkan ijazah dengan pantas, dengan cara mendapat kepujian daripada apa yang telah kita dilakukan.

http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/FastDegree.htm

OUMH1103

RUJUKANhttp://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/motivation.htm http://grandschool.about.com/cs/studytips1/a/studytips.htm?terms=study http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/FastDegree.htm http://distancelearn.about.com/od/managingyourwork/a/familyandschool.htm

http://distancelearn.about.com/od/studyskills/a/testtakingtips.htm

OUMH1103 29