WAJ3105 LITERASI NOMBOR TAJUK2 OPERASI DAN PENGIRAAN SINOPSIS Dalam tajuk ini, pelajar akan membinateknik-teknik untuk membuatpengiraan mental dan penganggarandi samping meneroka kaedah kertas dan pensil dalam pengiraan nombor bulat melibatkan empat operasiasas. Pengiraan mental dan penganggaran memerlukan pemahaman yang mantap tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik nombordan keupayaan menaakul matematik. Tajuk ini jugamembincangkan tentang penggunaan kalkulator dan komputer sebagaialat pengiraan dalam matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat membantu pelajar menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti dengan menyelesaikan masalah matematik yang lebihmencabar. HASIL PEMBELAJARAN: Mengira menggunakan kaedah: pensil dan kertas, kalkulator,komputer, pengiraan mental, dan bahan manipulatif. Menyenaraikan dan menerangkan kesesuaian menggunakan kalkulator dan komputer dalampengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. 29
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
WAJ3105 LITERASI NOMBOR
TAJUK2 OPERASI DAN PENGIRAAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, pelajar akan membinateknik-teknik untuk membuatpengiraan mental
dan penganggarandi samping meneroka kaedah kertas dan pensil dalam pengiraan
nombor bulat melibatkan empat operasiasas. Pengiraan mental dan penganggaran
memerlukan pemahaman yang mantap tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik
nombordan keupayaan menaakul matematik.
Tajuk ini jugamembincangkan tentang penggunaan kalkulator dan komputer
sebagaialat pengiraan dalam matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat
membantu pelajar menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti dengan menyelesaikan
masalah matematik yang lebihmencabar.
HASIL PEMBELAJARAN:
Mengira menggunakan kaedah: pensil dan kertas, kalkulator,komputer,
pengiraan mental, dan bahan manipulatif.
Menyenaraikan dan menerangkan kesesuaian menggunakan kalkulator
dan komputer dalampengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah
rendah.
29
WAJ3105 LITERASI NOMBOR
KERANGKA TAJUK
2.1 KAEDAH PENSIL – KERTAS
Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian. Model digunakan untuk menggambarkan
prosedur bagi setiap operasi. Kemudian, kita applikasikan prosedur tersebut untuk
mengembangkan algoritma setiap operasi menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya,
gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma tersebut.
2.2 MENGAJAR OPERASI TAMBAH DAN TOLAK
Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat selepas
memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah tambah,
tolak, darab dan bahagi. Dalam tajuk ini kita akan tumpukan kepada dua operasi asas,
iaitu tambah dan tolak yang telah mula diperkenalkan semasa pra sekolah dan Tahun
Satu. Walaubagaimanapun, operasi tambah dan tolak akan terus diajar setiap tahun
dengan melibatkan nilai digit yang lebih besar.
2.2.1 Membina Algoritma untuk Operasi Penambahan
30
Operasi dan Pengiraan
Kaedah Pensil – Kertas
Mengajar Operasi Tambah, Tolak, Darab & Bahagi
Kalkulator dan Komputer - kesesuaiannya
Pengiraan Mental dan Penganggaran
Penggunaan Bahan Manipulatif
WAJ3105 LITERASI NOMBOR
Dalam bahagian ini, kita akan lihat algoritma untuk operasi tambah dan tolak
melibatkan nombor bulat. Tumpuan kita menggunakan model dan logik untuk
memahami prosedur pengiraan dalam mencari hasil tambah dan tolak.Terdapat lebih
daripada satu algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat.Kebanyakan
algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat mengambilkira nilai tempat, ciri-
ciri dan mencari persamaan untuk mencerakinkan pengiraan kepada yang lebih mudah
serta menggunakannya untuk mencari jumlah ataupun hasiltolak yang dikehendaki.
Bagaimana anda menyelesaikan pengiraan di bawah yang melibatkan operasi tolak
dengan menggunakan kaedah kertas-dan-pensil?
2,004- 1,278
Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkansesuatu algoritma dengan
jelas. Sebagai contoh, pergerakan dalam penggunaan blok asas sepuluh seperti Blok
Dienes untuk mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkah-
langkah dalam algoritma untuk penambahan. Dari sini kita akan membina algoritma
menggunakan kaedah kertas dan pensil. Akhirnya kita akan menggunakan ciri- ciri
operasi dalam Nombor Bulat untuk membuktikan langkah- langkah dalam algoritma
tambah adalah logik.
Rajah 1 Blok Dienes dengan Nilai Tempat
Contoh 1menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan
algoritma operasi tambah. Nombor- nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan
31
Ra Pu Sa
WAJ3105 LITERASI NOMBOR
blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan
dengan mengambilkira konsep nilai tempat.
Contoh 1
Menggunakan Model- Blok Dienes untuk operasi tambah.
Kedua- dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model
ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu.
Penyelesaian:
Ra Pu Sa
Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut:
369+ 244613
32
Guna blok asas sepuluh untuk menunjukkan proses penambahan 374 + 128. Tuliskan satu persamaan yang berkaitan.
atau
WAJ3105 LITERASI NOMBOR
Sekarang mari kita lihat cara lain untuk penambahan menggunakan kaedah kertas dan
pensil yang berkait terus dengan penggunaan dalam contoh 1. Kita akan menggunakan
soalan yang sama, 369 + 244 ditambah menggunakan Expanded Algorithmdi mana
semua nombor yang mempunyai nilai tempat yang sama ditambah dan kemudian
dan(g)interaktiviti. Aspek pelaksanaan dilihat dari segi (a)kebolehan pelajar
mengakses kendiri perisian dan(d) pengendalaian perisian yang lancar.
.
2.5.3Penggunaan Kalkulator dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah
menimbulkan kontroversi di kalangan warga pendidikan. Antara isu yang ditimbulkan
ialah, pelajar:
menjadi tidak cekap atau mahir mengira
tidak dapat mengamalkan pengiraan mental ataupun anggaran
tidak menghafal fakta asas matematik
Walaubagaimanapun pengunaan kalkulator bahan sokongan pembelajaran pada situasi
yang sesuai boleh membantu pelajar untuk lebih memahami nombor dan operasi
41
Pilih tiga perisian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah anda. Berdasarkan ciri-ciri perisian yang dibincangkan di atas, bina satu borang penilaian perisian untuk menentukan kesesuaian perisian tersebut
WAJ3105 LITERASI NOMBOR
pengiraan.Antara kelebihan penggunaan kalkulator yang telah dikenalpasti ialah:
meningkatkan minat pelajar dan pencapaian matematik.
menunjukkan kesan positif terhadap kemahiran mengira dan
perkembangan konsep matematik.
meningkatkan kemahiran pengiraan mental pelajar
:
.
Terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran
matematik. Beberapa kajian mendapati perisian seperti Geometric Sketch Pad (GSP),
Cabri dan Geogebra membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan
menganalisis masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang.Perisian
yang terdapat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalampengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program
microsoft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan
persembahan data.Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan
mengumpul data. Selain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh
digunakan secara interaktif oleh pelajar-pelajar.Pelbagai laman web boleh diakses
untuk membantu guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik.
Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam
pengajarannya.
42
Dengan menggunakan kalkulator, cari jawapan bagi yang berikut,
11 ¿ 11, 111 ¿ 111 dan 1,111 ¿ 1,111
Seterusnya teka jawapan bagi 11,111 ¿ 11,111Terangkan pola yang anda lihat. Adakah pengunaan kalkulator membantu anda?
Dengan merujuk kepada kajian dalam dan luar negara, senaraikan kebaikan dan keburukan menggunakan kalkulator dalam kelas matematik bagi pelajar sekolah rendah. (rujuk kajian 5 tahun kebelakang)
Cooke, H. (2000). Primary Mathematics.London, UK: Paul Chapman.
DewanBahasadanPustaka.(2007). Istilahmatematikuntuksekolah-sekolah Malaysia. Kuala Lumpur: Author.
Groves, S. (2006). Exploring number and space. Study guide. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University.
Haylock, D. (2006). Mathematics explained for primary teachers. 3rd ed. London, UK: SAGE.
Jabatan Matematik. (2011). Literasi Nombor. Modul Pembelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kota Bharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V. & Smith, N. L. (2009). Helping children learn mathematics. 9th ed. Hoboken, NJ: John Wiley.
Sobel, M. A. &Maletsky, E. M. (1991).Teaching mathematics.A sourcebook of aids, activities, and strategies. 2nd ed. Needham Height, MA: Allyn and Bacon.